|
ok ok...ipo drag sampai bab 20 k?
pastu TAMAT
|
|
|
|
|
|
|
|
ko memang drag queen la ipo
ni drag queen layen tauuu.. bukan yg itu itu
|
|
|
|
|
|
|
|
aku dah edit bab...sekarang dah bab 18...hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
tajuk ko tu aku baca gini: akhir lebih daripada 20 bab
|
|
|
|
|
|
|
|
banyaklah ko punya pemahaman...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 12-2-2015 10:48 PM
"Setakat hari ni, dah 16 nota kaki diterima. Nota ke 16 tu hanya ditulis huruf A. Ipo ada beritahu aku, Ryan puja amalan syaitan dan bersyarat. Aku pasti kau tentu lebih tahu pasal ni." Conan memerhati riak Nayla.
Nayla diam sejenak. Ya, Ipo dulu agak rapat dengan Ryan. Kurt dan Hanna kawan Ipo. Tentu lelaki itu juga tahu tentang Ryan. Apa yang diberitahu oleh Conan tadi memang benar. Bermakna sudah heboh cerita Ryan yang memuja syaitan dan mengamalkan ilmu hitam.
"Jadi..kau nak apa sebenarnya?"
"Aku syak..kau yang sebenarnya tulis nota kaki tu kan? Masa kau tanya Nicki dulu lagi. Itu cuma alasan kau untuk tidak disyaki. Kau sengaja mencari nota kaki tu. Aku terfikir, macam mana kau tiba-tiba kenal Nicki, tahu nombor telefon Nicki dan tanya pasal nota kaki tu. Malah kau siap bagi warning tentang nota kaki tu kononnya makhluk tu akan cari kami. Aku pelik..jadi aku siasat." Conan pandang lagi Nayla yang semakin tidak keruan. Dia senyum sinis.
Nayla hanya diam. Dia menunggu kata-kata Conan seterusnya.
"Perempuan yang bersama kau tadi tu..Esmiranda kan?" Senyuman sinis terukir di bibir Conan saat melihat riak Nayla sudah berubah.
Kali ini Nayla mencerlung. "Kau..kau kenal dia?"
"Ya, dia pernah kerja dengan syarikat TS Berhad. Jadi secretary kepada Tengku Saif." Jawab Conan.
"Wait..jadi kau ni..Tengku Adnan Tengku Saif?" Nayla mula merasa tidak selesa.
Conan hanya mengangguk. "Baguslah kalau kau dah dapat tangkap maksud aku tadi.."
"Jadi..selama ni, Esmiranda tu..secretary ayah kau?" Bulat mata Nayla ketika ini.
Sekali lagi Conan mengangguk. "Tapi dia menghilangkan diri..MIA. Dua tahun kerja dengan ayah aku.."
Nayla menelan liur. Patutlah Conan kenal Esmiranda. Sudah tentu Conan tahu siapa secretary Tengku Saif. "Hmm..kau anak Tengku Saif, pemilik syarikat TS Berhad?"
Conan tidak menjawab. Dari dulu dia tidak suka mendedahkan siapa dirinya yang sebenar. Dia lebih rela bekerja sendiri selepas tamat pengajian. Kerja pertama dulu, kerja shift malam. Baru kini dia bekerja mengikut waktu normal pejabat. Dulu, ayah pulang dari US, terus saja ingin berjumpa dengannya dan inginkan dia bekerja di syarikat TS Berhad. Dia menolak dengan alasan dia sudah mempunyai pekerjaan tetap walaupun gaji tidak tinggi. Cukup baginya menampung hidup seorang diri.
"So, apa kau nak dengan Esmiranda?" Nayla mula senyum. Nampaknya Conan belum kenal pemilik sebenar makmal ABC dan siapa yang mastermind dalam penghasilan enzim yang disalahgunakan selama ini demi untuk mengaut keuntungan berlipatkali ganda!
"Aku cuma nak tahu..what she's up to? Atau lebih tepat lagi..dia orang suruhan kau kan?" Teka Conan dengan riak sinis.
"Kalau betul sekali pun, kenapa?" Nayla masih berteka teki dengan Conan.
"Aku tahu selama ni kau tahu angkara siapa pembunuhan kejam tu kan? Kau berpura-pura saja tidak tahu tentang tu. Huruf A pada nota terakhir tu, kau nak tuduh Alif atau Amir kan?" Nada Conan sudah berlainan. Gadis itu pandai berlakon.Bijak memainkan peranan.
Nayla ketawa. Kemudian dia menggeleng. Sungguh lelaki itu tidak tahu apa-apa. Apa kejadahnya dia hendak menuduh Amir atau Alif sebagai pembunuh?? Sedangkan orang yang dibenci selama ini adalah Ryan???
"Apa yang menyebabkan kau fikir macam tu?" Ketawa Nayla masih bersisa.
"Sebab Amir dah tinggalkan kau kerana perempuan lain dan perempuan tu adalah Linda. Am I right?" Conan mula sakit hati melihat tingkah Nayla yang padanya sangat menjengkelkan.
"Jadi..atas sebab tu kau tuduh aku tulis nota tu dan tuduh Amir sebagai pembunuh sebenar? Macam tu?" Nayla ketawa lagi.
"Ya! Kau ada motif tuduh Amir dalam hal ni."
"Bravo bro! Kau boleh jadi PI yang baik! Tapi kau belum cekap menyiasat. Kalau aku dedahkan perkara sebenar, kau sendiri akan malu dengan tuduhan kau tu. Kau akan tahu siapa pemilik sebenar makmal ABC tu. Jadi, soalan kedua kau sudah pun aku jawab!" Nayla ketawa lagi.
"Untuk pengetahuan kau..aku dah tahu lama pasal siapa Amir dan Alif. Aku tak pernah dendam dengan Amir atas apa yang dia sudah lakukan pada aku. Aku percaya pada jodoh yang ditentukan oleh Allah. Kalau aku beritahu polis sekali pun, pihak polis tak ada bukti untuk heret Amir atau Alif ke penjara. Dalam dunia moden ni, tak ada siapa percaya adanya makhluk jadian. Malah, mereka akan ketawa sinis mendengar semua tu. Apa yang aku nak, Ryan dihukum. Itu saja!" Nayla menggeleng dengan sisa ketawa yang masih ada.
Conan terdiam. Begitu cekap Nayla menyusun rancangannya. "Maaf..aku mungkin salah anggap pada kau.."
"Now you know, so, excuse me." Nayla mula minta diri.
"Nay! Tunggu! Macam mana dengan makmal ABC tu?!!" Laung Conan. Nayla sudah jauh berjalan ke arah tempat letak kereta. Laju sungguh gadis itu berjalan.
Conan tidak mengejar Nayla. Apa yang diberitahu Nayla tadi cukup untuknya berfikir bahawa selama ini, nota kaki itu adalah sebenarnya rancangan Nayla untuk memerangkap Ryan. Namun bila memikirkan tentang pemilik makmal ABC yang dikatakan oleh Nayla tadi,membuatnya merasa tidak senang. Dia perlu siasat siapa yang dimaksudkan oleh Nayla tadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Al fatihah untuk tuan guru Nik Abd Aziz Nik Mat yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.45 malam tadi di rumah beliau di Pulau Melaka. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
|
|
|
|
|
|
|
|
amiin... sedihnya bila dengar berita mlm td...
|
|
|
|
|
|
|
|
CONAN pulang ke rumah dengan perasaan bercampur baur. Kata-kata Nayla tadi sudah terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena pada keluarganya. Esmiranda, gadis itu menghilang dua tahun tanpa berita dan muncul semula. Dia harus tahu apa yang terjadi sebenarnya dan apa kaitan gadis itu dengan kes Kurt yang disiasat Nayla.
"Nan..apasal kau ni? Monyok je aku tengok?" Nicki melabuhkan punggung sebelah Conan yang kelihatan termenung panjang.
"Bila kau balik?" Conan berpaling.
"Tu la..berangan lagi! Eh, buah hati kau tu tak lari la." Usik Nicki sambil tersengih.
Conan hanya senyum kelat. Aylanins juga seperti sudah banyak berubah. Sejak pada malam itu lagi, gadis itu seperti rapat dengan Muzafar. Dan yang peliknya, kenapa gadis itu ikut sekali pada malam tu? Siapa sebenarnya gadis itu?
Nicki bingkas bangun. Dia perlu membersihkan diri, sekejap lagi dia ada temujanji dengan Arisha. Ah..bahagianya. Arisha akhirnya terima cintanya. Bersiul-siul kecil Nicki melangkah menuju ke bilik.
Conan hanya senyum melihat tingkah Nicki. Dia tahu dari riak lelaki itu, Nicki sedang dilamun cinta dan sudah tentu dengan Arisha, gadis yang mempunyai rupa paras seiras Nayla. Ya..bila memikirkan hal itu, mungkin ada benarnya Nayla dan Arisha adalah kembar. Dia turut bangun malas. Jam lapan malam nanti, dia perlu ke rumah orang tuanya. Dia perlu tahu apa yang dimaksudkan oleh Nayla tadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
ya zam..sedekah al fatihah
|
|
|
|
|
|
|
|
MOTOSIKAL diparkir di halaman rumah banglo dua tingkat yang terletak di Damansara Heights. Conan mendongak melihat banglo yang tersergam indah itu. Banglo yang sudah ditinggalkan sejak dia mula bekerja sendiri. Helmet disangkut di atas handle dan rambut yang sedikit kusut diirai-irai dengan jari. Conan mengatur langkah perlahan ke arah anjung rumah. Landskap di sekitar halaman itu masih seperti dulu. Ada kolam ikan koi, air pancuran, laman bunga orkid dan juga tanaman herba, kegemaran ayah sejak dulu. Sayang ianya tidak terjaga sejak pemergian ibu lima tahun dulu. Malah sejak itu, ayah selalu ke luar negara terutama US. Entah apa bisnes di sana. Dia tidak pernah ambil tahu.
"Ku Nan...lama Pak Sin tak nampak?" Hussin menyapa Conan sebaik terpandang anak majikannya sedang melangkah ke pintu utama banglo.
"Ya Pak Sin, sibuk sikit. Ayah ada?" Conan melakar senyum.
"Tadi ada..masuklah." Hussin mula buka pintu dan pelawa Conan masuk.
Conan mengangguk. Dia mula duduk di sofa. Sejak ibu meninggal, dia sudah jarang jenguk rumah itu. Ayah pula sering ke luar negara. Sekitar ruang tamu itu dipandang sebentar. Susunan perabot dan hiasan di situ masih seperti dulu. Tiada satu pun yang berubah. Mungkin ayah ingin kekalkan apa yang telah arwah ibu lakukan dulu.
"Ha...tahu pun nak balik rumah." Tengku Saif menapak turun anak tangga menuju ke ruang tamu.
Conan tercegat berdiri dan mula mencium tangan ayahnya yang sudah mula duduk di sofa.
"Ada apa tiba-tiba muncul? Mimpi nak kahwin ke?" Tanya Tengku Saif lagi. Conan di depannya sudah tersenyum kelat.
"Tak adalah ayah..calon pun tak ada lagi.." Conan tersenyum kelat. Pertama kali ayahnya bertanyaka hal itu. Entah apa pula mimpi ayahnya malam tadi.
"Satu lagi, ayah nak kamu kerja dengan ayah. Bukan kerja tak tentu hala macam ni. Tu! Motor tu! Buat malu ayah saja!" Tengku Saif tuding ke arah motosikal Conan di halaman.
"Motor tu dah banyak berjasa pada saya ayah." Conan sandar tubuhnya di sofa.
"Cakap pasal calon, ayah dah ada calon. Dia anak kenalan ayah. Ayah dah setuju. Minggu depan ayah akan hantar rombongan meminang." Ujar Tengku Saif. Riak Conan sudah berubah, dia tahu dari riak itu Conan tentu tidak setuju.
"Soal jodoh, biar saya yang pilih." Conan bersuara tegas.
"Kalau tunggu kau pilih, sampai berjanggut la jawabnya. Sudah! Ayah dah sediakan semuanya. Minggu depan, ayah nak kamu balik sini. Titik!" Tengku Saif turut berkeras.
Conan mengetap bibir. Terasa hidupnya mula diatur oleh orang lain. "Saya dah ada calon saya sendiri ayah!"
"Siapa?"
"Nanti saya kenalkan pada ayah."
"Baiklah. Esok bawa dia ke sini." Tengku Saif cuba berlembut. Namun itu hanya untuk mengambil hati Conan saja. Dia tetap dengan pilihannya.
"Saya datang sini ni ada tujuan lain, betul ke ayah adalah pemilik makmal ABC?" Conan cuba menebak soalan itu.
Tengku Saif diam seketika. Dia melepaskan keluhan sebentar. "Kenapa?"
"Saja nak tahu.."
"Itu bukan urusan kamu. Ayah ada urusan. Kena jumpa klien kejap lagi. " Tengku saif mula bangun dan melangkah ke kereta.
Conan hanya melihat ayahnya pergi sehingga hilang dari pandangan matanya. Dia tahu, dari nada suara ayahnya tadi, dia tak akan setuju dengan gadis pilihannya dan hal makmal itu seperti ada sesuatu yang disembunyikan. Telefonnya berdering. Senyuman mula terukir. Sekejap lagi dia akan berjumpa Aylanins.
|
|
|
|
|
|
|
|
TERSENYUM Conan saat terpandang Aylanins yang sudah menunggunya di meja makan di sebuah restoran makanan barat yang terkenal. Dia menapak dengan penuh ceria. Sejuk mata memandang, Aylanins sudah melemparkan senyuman padanya.
"Ada apa ajak saya jumpa ni?" Conan tarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Aylanins.
"Saya nak beritahu awak sesuatu tapi sebelum tu kita makan dulu. Saya lapar la.." Aylanins pegang perutnya yang sudah mula berbunyi.
"Ok.." Conan terus memanggil pelayan restoran lalu dua set makanan dipesan.
Sementara menunggu makanan tiba, mereka berbual seperti biasa. Teringat kata-kata ayahnya tadi. Apa mukadimah yang sesuai untuk dimulakan. Topik perbualan mereka tadi hanya berkisar tentang kerja dan kes pembunuhan itu saja.
"Ayla..saya pun ada hal nak beritahu awak." Conan mulakan bicara, cuba mengawal nada suaranya agar tidak ketara gementar.
"Ya?" Aylanins masih senyum.
"Esok..ayah saya nak jumpa awak. Saya nak kenalkan awak pada ayah saya." Saat menutur kata itu, Conan tidak berani bertentang mata.
Aylanins terdiam. Bibir yang mengukir senyum tadi sudah bertukar rentak. Dia menelan liur.
"Kenapa? Awak tak suka ke?" Conan mula tidak sedap hati. Riak gadis itu seperti tidak suka.
"Bu...bukan macam tu. Macam..macam cepat sangat.." Aylanins tunduk.
"Lagi cepat kan lagi bagus..dah halal senanglah nanti." Conan mula mengusik Aylanins.
Aylanins tunduk lagi. Dia terasa sudah berpeluh dingin. Hawa sejuk di dalam bilik itu seperti tidak terasa sejuknya.
"Atau..hati awak sudah beri pada orang lain?" Conan cuba menduga. Mana tahu gadis itu juga menyimpan perasaan untuk Muzafar. Hati orang mana boleh baca!
Aylanins cepat-cepat mendongak. "Apa awak cakap ni?"
"Yalah...saya ni tak adalah kacak macam Muzafar tu. Saya sedar diri..." Conan mula buat muka merajuk.
"Saya tak pernah pandang pada rupa. Awak jangan tuduh saya macam tu.." Aylanins sudah tidak sedap hati. Mungkin Conan cemburu dengan Muzafar.
Conan mula mengukir senyum. Wajah merajuk Aylanins sudah mula jelas. Suka melihat gadis itu merajuk begitu. Perbualan mereka terhenti, makanan yang dipesan sudah mula tiba di meja. Sungguh berselera Aylanins menikmati daging panggang, salad dan pencuci mulut. Conan pula asyik melihat gadis itu yang ternyata tidak pernah kontrol ayu. Melantak sakan!
|
|
|
|
|
|
|
|
"Hmm...ada apa awak nak cakap tadi?" Conan mula bertanya setelah selesai menjamu selera. Aylanins dilihat sudah bersandar di kerusi. Perut sudah kenyang, senyum lebar gadis itu di depannya.
"Ya...pasal makmal tu..dan sebelum tu..saya nak berterus terang dengan awak. Saya sebenarnya polis..bahagian jenayah." Aylanins mula berterus terang. Dia perlu jujur dengan Conan.
Conan terdiam. Jus karot dalam gelas dihirup sampai habis. Mata masih tepat memandang Aylanins.
"Semalam, saya diberi tugas baru. Siasat kes Ryan dan makmal ABC. Detektif Hani tak lagi siasat kes ni. Kes pembunuhan tu sudah dipindahkan ke IPD tempat saya bekerja. Maaf...selama ni saya berahsia dengan awak pasal kerjaya saya.." Aylanins tunduk sebentar dan nafas ditarik perlahan sebelum dihembus.
"Buat apa saya nak marah? Baguslah macam tu...bangga saya ada makwe polis.." Conan kenyit mata.
Aylanins mendongak semula. Dia alihkan mata bila melihat Conan mengenyit mata. Gatal...
"Hmm..pasal makmal tu?" Conan alih topik. Muka Aylanins sudah kemerahan.
Aylanins berpaling semula ke arah Conan. Conan sudah tersenyum lebar di depannya. Toya betul mamat ni..
"Tak apalah..saya beritahu lain kali saja. Saya masih dalam siasatan. Err..jomlah balik. Dah lewat ni. Marah mak saya nanti." Aylanins jeling jarum jam di pergelangan tangannya.
"Ok..jom!" Conan mula panggil pelayan untuk bil.
Usai membayar, mereka berdua mula menapak keluar dari restoran itu. Conan berpesan lagi pada Aylanins tentang hal esok. Dia berharap sangat gadis itu sudi datang bertemu ayahnya nanti. Mereka berdua beriringan melangkah ke tempat letak kereta.
"Kejap!" Conan hentikan langkahnya. Dia mencari-cari sesuatu.
"Awak cari apa?" Aylanins turut melihat ke bawah. Entah apa yang Conan cari, terhendap-hendap melihat ke bawah.
"Ada benda jatuh..." Conan masih mencari. "Awak tolonglah saya cari.."
"Ya la..cakaolah benda apa? Nak cari macam mana kalau tak tahu apa bendanya? Apa yang jatuh?" Aylanins sedikit merengus.
Conan mendongak dan tersenyum. "Hati.."
Aylanins mengetap bibir. Dia pandang tajam ke arah Conan. Bibir yang tadi menahan marah perlahan bertukar senyum dan mula ketawa.
"Saya jatuh hati.." Conan menyudahkan ayatnya.
"Sudahlah! Loyar buruk!" Aylanins segera ke keretanya.
Conan melihat Aylanins memandu keluar sehingga hilang dari pandangannya, barulah dia menunggang motosikalnya. Senyumannya masih mekar di bibir, suka melihat senyuman dan ketawa Aylanins. Motosikalnya ditunggang pulang ke rumah.
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa aku rasa Ku Nan bakal jadi mangsa makhluk itu jugek? |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 19
AYLANINS pulang ke rumah dengan linangan air mata. Apa yang berlaku di rumah orang tua Conan tadi cukup membuat hatinya bengkak. Tidak sangka sampai begitu sekali tanggapan ayah Conan padanya. Sungguh, semua itu bagai tidak terfikir dek akalnya. Selama ini dia hanya ingat berlaku dalam drama tv saja. Rupanya dia sendiri mengalami semua itu. Air mata dikesat perlahan.
"Ayla..kenapa ni?"
Aylanins mendongak. Ibunya sudah duduk di sebelahnya di birai katil. Air mata disapu perlahan. "Tak ada apa mak.."
"Kalau tak ada apa.. kenapa menangis?"
Aylanins cuba mengukir senyum. " Mak..mak dah ada calon untuk Ayla?"
Puan Wahida berkerut kening. Soalan pelik dari anak gadisnya yang membuatnya begitu. "Kenapa? Dah nak nikah ke?"
Aylanins tunduk." Kalau mak ada calon untuk Ayla, Ayla terima saja.."
"Hmm...ada tu memang ada tapi zaman sekarang kan, nak pilih sendiri. Bukan macam masa mak muda dulu. Ayla betul ni tak ada calon?" Tanya Puan Wahida lagi untuk kepastian.
Aylanins diam. Apa yang berlaku di rumah orang tua Conan tadi yang membuatnya merasa terhina. Terang-terang ayah Conan menghina kerjayanya dan bermatian menghalang kehendak Conan. Dengan linangan air mata, dia terus saja melangkah keluar dari banglo besar itu. Conan yang cuba menghalangnya tidak dihiraukan.
"Ikut maklah..Ayla ikut saja.."Aylanins senyum hambar.
"Alhamdulillah.." Puan Wahida mencium dahi anak gadisnya dan beredar.
Aylanins peluk bantal dan menangis semahunya. Puas menangis dia mula ke bilik air. Apa yang berlaku tidak perlu dilayan sangat. Dia perlu tabah. Untuk apa dia dididik menjadi seorang polis jika perkara sekecil itu mudah menggoyahkan hatinya? Usai menunaikan solat zuhur, Aylanins bersiap untuk ke balai. Ada tugasan penting menantinya di sana.
|
|
|
|
|
|
|
|
macam ya ya je ko speku..
|
|
|
|
|
|
|
|
tak kira la makhluk ke orang ke.. tapi mcm bakal jadi sesuatu jer..
adakah Conan bakal membawa diri ke amariya akibat kuciwa sama Alya??
|
|
|
|
|
|
|
|
Cinta Terhalang lah pulok |
|
|
|
|
|
|
|
gini gaya die kata nak abih doh?? mcm panjang lagik je..
|
|
|
|
|
|
|
|
teringin nak buat mcm tu...tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....
setakat ni sajalah...kang korang confius dengan Pantasmakgoria tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|