Sumber: Malaysian Digest
Kredit foto Faisol Mustafa.
Pelakon Fizz Fairuz memberitahu konflik yang tercetus di antara dia dan pihak TV3 baru baru ini sudah pun selesai. Bak peribahasa buang yang kerih, ambil yang jernih, Fizz yang ditemui Malaysia Digest petang semalam menyifatkan isu yang timbul, kononnya dia disingkirkan dari program Liga Lawak Superstar hanyalah salah faham.
Menurut Fizz, dia telah berjumpa dan berbincang dengan pihak penerbitan program tersebut. Akur dengan keputusan TV3 juga syarat yang telah dipersetujui di dalam kontrak, teman lelaki kepada aktres Almy Nadia ini mengesahkan dia masih lagi sebagai ahli kumpulan ApaKasihToq (AKT) namun dia tidak beraksi di pentas. "Semuanya dah selesai. Saya dah berbincang dengan TV3. Sebenarnya ia adalah salah faham. Saya pun tak mahu besar-besarkan lagi perkara ini. "Saya masih lagi dalam Liga Lawak Superstar tapi saya tak beraksi di pentas. Saya sebagai tulang belakang kepada Syafiq Kyle. Sebab dalam kontrak dah termaktub kalau sekali saya tak ada untuk persembahan bermakna saya tak boleh beraksi lagi selepas itu. Saya akur. Sekarang ni kira saya sebagai pengurus kumpulan AKT lah", katanya yang ditemui pada majlis pelancaran butik baru Lords Taylor, di Pavilion, semalam. Tambah Fizz, dia juga meletakkan harapan tinggi untuk melihat kumpulannya menang di peringkat final nanti. Tak Akan Bertunang
Dalam hal lain, Fizz turut menyangkal dakwaan dia telah bertunang secara rahsia dengan Almy Nadia, baru-baru ini. Begitu pun kongsi Fizz, keluarganya dan keluarga Almy sudah pun mengadakan perbincangan dan kalau tidak ada aral melintang, Fizz dan Almy akan disatukan sebagai suami isteri, pada pertengahan tahun hadapan. "Mana ada bertunang. Saya tak akan bertunang sebab saya dah kenal lama dengan Almy. Tahun ni dah masuk 8 tahun kami kenal. Jadi tak perlu bertunang. Saya akan terus nikah...........................................................................................
Baca Artikel Penuh: http://www.malaysiandigest.com/hiburan/480741-konflik-dengan-tv3-selesai-fizz-fairuz-dah-ada-tarikh-nikah.html
|