CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mea

Peminat Kritik Foto Suami Datuk Siti Nurhaliza Di Instagram

[Copy link]
Post time 16-7-2013 01:18 PM | Show all posts
mizkajura posted on 16-7-2013 01:14 PM
cer sepot cek g tgk cermin jap kat jamban...kau meletoop tak??
ada bby fat lagi? garis halus ka ...

eh hello...aku meletop ok...

btw kenapa tetiba berkait dgn aku pulak...

choi...ko merembes dgn DK eh...kurang pahala puasa ok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2013 01:26 PM | Show all posts
harisbee posted on 16-7-2013 01:18 PM
eh hello...aku meletop ok...

btw kenapa tetiba berkait dgn aku pulak...

malas la nak print skrin bagai. beb if you asked me as a joke, so take my quote also as a joke loh. noktah
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 02:06 PM | Show all posts
siapa ada baca ni :



malas nak gi beli paper, tak dapat la baca .
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 02:15 PM | Show all posts
Apa2 pun tak payah lah nk tunjuk badan suami ke, kebahagian ke kat dalam internet sbb ada kenalan yg buat mcm tu last2 suami di kebas org...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 02:20 PM | Show all posts
korang ada bc kat Mega utusan hari nie tak...ada cite psl mek ti kesayangan korang...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 02:22 PM | Show all posts
poyohabis posted on 16-7-2013 02:20 PM
korang ada bc kat Mega utusan hari nie tak...ada cite psl mek ti kesayangan korang...

cer citer, malas nak gi beli utusan ptg2 ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2013 02:30 PM | Show all posts
nie artikel dia aku coppy n paste dr utusan sana...mod nak tocang leh tak

Saya terlalu hampir dengan kematian
Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
Gambar FOREL STUDIO

KAK Engku, duduk dekat sikit, betul-betul sebelah depan sini. Saya tak nampak," katanya dalam bahasa kesakitan yang cuba ditahan-tahan. Dalam keadaan darah saya yang masih berderau-derau dek kerana terkejut, (sungguh, saya tidak sangka dia akan selemah itu). Kenapakah? Apakah terlalu serius sehingga dia kehilangan penglihatan juga atau bagaimana ni?

Dalam keadaan terlentang kesakitan, tengkuk disokong pendakap leher, kaki tangan berbalut simen sana sini, saya boleh nampak kesan jahitan panjang yang menghuni pada beberapa anggota badannya. Di sebalik wajah menahan sakit, lelaki yang dikenali segak bergaya setiap kali berdiri di sisi 'si jantung hati Malaysia', Siti Nurhaliza ini masih sempat tersenyum mesra.

Episod rasa terkejut saya itu berlaku di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur selepas dua minggu Datuk K dibawa pulang ke Kuala Lumpur menaiki pesawat peribadi ekoran kemalangan yang menimpanya di Queenstown, New Zealand pada detik yang seumur hidup tidak mungkin dilupa - 13 Disember 2012.

Ketika itu Datuk K bersama seorang sahabat yang dikenali sebagai Cikgu Syamsuri dan seorang pemandu pelancong berbangsa Inggeris dalam perjalanan bermotosikal di Queenstown.

Mereka menaiki motosikal berkuasa besar, melalui kawasan berbukit dan curam di kiri kanan jalan yang sempit di pendalaman daerah tersebut.

Ketika melalui sebuah kawasan ladang kambing,sekitar pukul 4 petang, motosikal Datuk K tersasar lalu terlanggar pagar ladang itu. Dia terjatuh lalu tersembam di bahu jalan.

Banyak yang barangkali tidak tahu, kesan daripada kecederaan itu sangat parah sebenarnya, Datuk K dalam keadaan kritikal. Dan ini pertama kali, cerita benar yang keluar daripada bibir empunya diri, selepas tujuh bulan kejadian ngeri itu berlalu.

Menurut Datuk K, sejurus selepas kemalangan, beliau pengsan dan hanya kemudian tersedar kala kalimah azan di laungkan ke telinganya oleh cikgu Syamsuri.

"Ketika tersedar, saya sudah berada di atas ribanya. Saya dengar suara dia, 'Datuk kemalangan, mengucap Datuk, mengucap', Itu sahaja dan saya tiba-tiba menjadi sangat takut.

"Dalam keadaan cemas, tiada kenderaan lalu-lalang langsung, saya fikir barangkali saat untuk saya menemui Allah sudah pun hampir. Beberapa anggota badan terkulai, mulut berdarah, saya fikir saya akan mati di negara orang.

"Saya menangis, saya berasa diri sangat kerdil dan semua yang saya punya akan hilang sekelip mata," cerita Datuk K dalam nada sangat perlahan, tertahan-tahan.

Lelaki dengan empat zuriat ini kemudian menyambung bicaranya.

"Kuasa Allah, kesedihan saya hanya seketika. Dalam kesakitan yang teramat itu, saya tiba-tiba mendapat semangat luar biasa. Saya kata kepada diri, aku perlu hidup untuk orang yang saya sayang.

"Anak-anak masih lemah, masih memerlukan saya sebagai ketua keluarga. Dan perkahwinan dengan isteri yang baru berusia enam tahun, banyak yang perlu saya selesaikan demi masa depannya. Begitu juga dengan ibu saya yang semakin tua, saya tidak boleh tinggalkan mereka ketika ini.

"Itu yang bermain-main di fikiran dan saya tiba-tiba membisikkan kepada diri sendiri - Jangan mengalah Khalid, jangan mengalah. Engkau perlu terus hidup," katanya.

Dalam kesakitan, darah merah membasah seluruh muka dan memercik di sana-sini ke anggota badan, terfikir juga di benak, apakah dia akan terus lumpuh atau mengalami kecacatan di beberapa bahagian utama badan?

Bahu kiri cedera parah, leher retak di bahagian C2, C5 dan C6, lengan kanan dan bahu kiri patah, tangan kanan juga retak dan perlu segera dibedah.

Ya Allah, aku reda dengan 'malapetaka' yang engkau hadirkan ini. Biarlah segala kesakitan ini menggugurkan segala dosa-dosaku selama ini. Dia hanya mampu berserah, memanjatkan doa kepada Illahi- bantulah aku, aku mahu terus hidup.

Cinta menghidupkan

Kuasa Allah, setiap insan diberi peluang yang baru dalam kehidupan. Hampir setengah jam tersadai pada laluan yang sunyi dan sepi itu, hanya doa yang mampu dipanjat. Tuhan Yang Esa, aku mahu terus hidup.

Tidak lama kemudian, Dia hadirkan bantuan. Secara kebetulan, kereta yang melintas kawasan kemalangan itu dinaiki oleh tiga doktor tetapi mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana keadaan Datuk K yang sangat teruk.

"Tersalah angkat, semua organ dalaman boleh jadi rosak atau saya barangkali boleh lumpuh.

"Kemudian datang lagi sebuah kereta yang kebetulan juga di dalamnya dinaiki oleh dua doktor. Sememangnya Allah sangat kasih dan sayang kepada saya, lalu Allah utuskan mereka untuk memberi bantuan. Bayangkan, secara kebetulan dua kereta yang lalu, ada doktor di dalamnya. Sesuatu yang pelik sebenarnya, tetapi itulah kuasa Allah.

"Seorang daripada doktor tersebut telah menelefon bahagian kecemasan dan mendapatkan bantuan helikopter ambulan untuk membawa saya ke hospital," ujarnya

Sesampai saja di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand, satu lagi dugaan besar menanti. Dia menerima berita, pembedahan segera tidak boleh dibuat kerana semua doktor pakar tiada dek cuti umum. Terpaksa menunggu dalam kesakitan maha hebat, empat hari kemudian barulah pembedahan dijalankan.

"Empat hari itu adalah saat-saat paling menyeksakan. Dua hari awal, saya sendirian, isteri dan anak-anak pun belum sampai kerana tiada penerbangan terus Malaysia ke New Zealand waktu itu, saya sendiri," cerita Datuk K.

Ketika itu, kata Datuk K, dia memang berserah sepenuhnya kepada Allah. Tidak ada lain yang dilakukan melainkan berdoa dan terus berdoa.

Isteri tersayang diperlukan untuk mencari kekuatan. Dari katil hospital dia hanya mahu mendengar suara Siti lalu kata-kata semangat insan terdekat melalui corong telefon menghidupkan semula perasaan yang semakin lemah.

Dia melalui sesi pembedahan kemudiannya, setelah beberapa ahli keluarga termasuk isteri ada di sisi. Selepas pembedahan, proses penyembuhan mengambil masa yang lama. Oleh kerana banyak anggota badan yang tercedera, dia hanya dibenarkan kembali ke Kuala Lumpur selepas lebih dua minggu menjalani pembedahan.

Kerana kondisi yang sangat lemah, Datuk K diterbangkan dengan pesawat peribadi, hasil bantuan seorang rakan, pada 29 Disember 2013. Ratusan ribu terpaksa dihabiskan, demi memastikan kesihatannya tidak terjejas lebih teruk.

Sampai di Kuala Lumpur, dia terus dimasukkan ke Hospital Gleaneagles, Jalan Ampang dan melalui sesi pembedahan keduanya di situ. Datuk K dan Siti menginap di hospital tersebut hampir sebulan selepas pembedahan kedua dilakukan.
© Utusan Melayu (M) Bhd


Siti jadi jururawat


Adib (depan) dan asyraff kagum dengan cinta dan kasih sayang yang ditunjukkan mak iti terhadap ayahnya sepanjang datuk k sakit.

SELURUH teman dan keluarga terdekat yang menyaksikan pengabdian Siti Nurhaliza terhadap suaminya ketika ia sakit, pasti rasa terharu. Dan momen di mana Datuk K mengucapkan 'syurgalah tempat Siti Nurhaliza,' kepada sebahagian besar teman yang datang melawatnya di hospital sebelum ini, seperti dekat kebenarannya.

Derita suami, turut dirasai pelantun Lebih Indah yang mengambil cuti panjang daripada aktiviti seninya. Bergegas terbang ke New Zealand, meninggalkan konsert di Banjarmasin, Jakarta, itu bukan satu-satunya pengorbanan Siti.

Selama suami di katil hospital, di situ jugalah dia tidur, makan minum dan mandi manda. Dia pernah hanya tidur beberapa minit dalam jangkamasa 24 jam, demi memastikan tidak terlepas pandang si suami, takut-takut ada kehendak yang tidak dapat disediakan.

Memandikan, menyuap makan-minum malah membasuh hajat kecil dan besar Datuk K juga, Sitilah yang melakukannya dengan penuh ikhlas. Status divanya terbuang sama sekali ke tepi, saat itu. Tiada khidmat jururawat peribadi digunakan sepanjang proses penyembuhan Datuk K, keputusan itu dibuat oleh Siti sendiri.

Malah kata anak kedua Datuk K, Adib Khalid, 23, memberitahu, dia dan adik-adiknya menjadi bertambah sayang melihat pengorbanan 'Mak Iti', kala Datuk K sakit.

"Satu minit sekalipun dia tidak meninggalkan ayah. Sewaktu di New Zealand, saya dan keluarga lain ada juga pulang ke hotel penginapan, bertukar baju dan berehat. Tetapi Mak Iti tetap di samping ayah. Memang terharu sebab kami tahu, dia sangat menyayangi ayah dalam apa juga keadaan ayah," kata Adib yang juga produser album muda.

Sementara Mohammad Asyraf, 22, si anak ketiga juga mengangguk dan menambah: "Kami sangat tersentuh. Orang sakit macam ayah akan banyak 'kerenahnya'. Hairan juga bila Mak Iti melayan dengan penuh sabar. Bukan semua isteri boleh buat seperti apa yang Mak Iti lakukan kepada ayah," katanya bersungguh-sungguh.

Sementara Siti pula, menganggap ia adalah pengorbanan yang biasa bagi mana-mana isteri sekalipun kala 'belahan jiwa' mereka terlibat dengan tragedi ngeri sebegini.

Apa yang paling penting, kata penyanyi nombor satu negara ini, inilah makna 'kasih sayang' dan cinta dalam erti kata yang sebenar-benarnya.

"Kita selalu bercakap tentang cinta dan sayang. Bagaimanakah bendanya? Inilah dia makna cinta dan kasih sayang yang sebenar. Apabila insan yang kita sayang jatuh sakit atau ditimpa bencana, di situlah ujian kasih sayang kita yang sebenarnya.

"Jika sihat dia boleh menjaga kita dengan baik, pada ketika dia sakit inilah, pengorbanan kita diperlukan. Saya tidak anggap kejadian kemalangan suami sebagai dugaan, tetapi ujian kesetiaan yang mengeratkan lagi kasih sayang kami suami isteri. Selepas insiden itu, kasih sayang kami sebagai suami isteri juga bertambah," kata Siti.

Pada ketika saat pertama mengetahui suami diduga sebegitu, apa yang Siti lakukan? Menangiskah dia, meraungkah dia atau hanya memendam di dalam hati?

"erkara utama yang Siti buat ialah kuatkan hati, tabahkan diri terlebih dahulu. Siti set dalam minda, perlu tunjuk kuat dengan suami supaya dia tidak terus lemah. Saya ibarat menjaga 'baby besar'.

"Tidak sangka, selepas enam bulan, dia sudah boleh berjalan-jalan dan kembali normal macam biasa. Dia memang kuat," kata Siti lagi.

Tidak dinafikan, ketika suaminya jatuh sakit, kata Siti dia sangat takut untuk menghadapi kehilangan. Tetapi perasaan itu dibuang jauh-jauh kala di depan Datuk K.

"Suami yang Siti kenali seorang yang sangat kuat semangat. Apa yang dia hendak, dia akan usahakan dan mesti dapat. Tetapi bila melihat dia lemah, terlantar tidak berdaya, hati isteri mana yang tidak sedihkan? Tetapi akhirnya, dia membuktikan kekuatan semangatnya itu dengan sembuh lebih cepat. Siti sangat bersyukur dan berasa ini semua adalah keajaiban yang Tuhan berikan kepada kami sekeluarga," katanya.

Sebelum saya dan team jurugambar pulang, pada ketika malam menyambut Ramadan yang pertama itu, Siti sempat membisikan ke telinga: "Siti tidak pernah kesal mengahwininya. Sungguh!"

Lalu kami simpulkan, inilah sebuah kisah 'cinta abadi' yang masih hidup di depan mata.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... rawat#ixzzG36zOPJgv
© Utusan Melayu (M) Bhd

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 02:35 PM | Show all posts

"bulan posa ni...sabar2 semua..meh siti pose utk korang key"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2013 02:46 PM | Show all posts
tak habis habis nak ber camwhore?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 02:47 PM | Show all posts
edee_91 posted on 14-7-2013 04:42 PM
kesian kau. pegi duk arab lah senang citer. since malaysian laifstyle is not ur taste kekdahnye. : ...

kau lagi kesian.. dah sama tarap dengan orang tuh.. suka2 halau org keluar negara sebab x setaste dengan kau kaedahhnyee..
sekatii akuu lerrrr nak lifestyle mcm nee.. bukan lifestyle aku tuh ganggu idop ko and dapat dosa pon..
nak buat benda baik pon kena halau dari negara sendirii.. pooodaaaaaaaaaahh


Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 03:02 PM | Show all posts
poyohabis posted on 16-7-2013 02:30 PM
nie artikel dia aku coppy n paste dr utusan sana...mod nak tocang leh tak

Saya terlalu hampir d ...

tersentuh juga hati kecilku membaca berita ni.. hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 03:11 PM | Show all posts
poyohabis posted on 16-7-2013 02:30 PM
nie artikel dia aku coppy n paste dr utusan sana...mod nak tocang leh tak

Saya terlalu hampir d ...

Karatzzz kalo baca nih sure kembang kempis idung masing2..
Ziana zain tetap di hati..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 03:22 PM | Show all posts
Chekpa posted on 16-7-2013 03:11 PM
Karatzzz kalo baca nih sure kembang kempis idung masing2..
Ziana zain tetap di hati.. ...

hehehe suami aku kata apa...yer la suami mesti la puji isteri sendiri...kalo tak siapa lg nak angkat bakul yg wife tu duduk...takkan nak suruh isteri tu angkat bakul sendiri...

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 03:25 PM | Show all posts
"Kemudian datang lagi sebuah kereta yang kebetulan juga di dalamnya dinaiki oleh dua doktor. Sememangnya Allah sangat kasih dan sayang kepada saya, lalu Allah utuskan mereka untuk memberi bantuan. Bayangkan, secara kebetulan dua kereta yang lalu, ada doktor di dalamnya. Sesuatu yang pelik sebenarnya, tetapi itulah kuasa Allah.

"Seorang daripada doktor tersebut telah menelefon bahagian kecemasan dan mendapatkan bantuan helikopter ambulan untuk membawa saya ke hospital," ujarnya

Sesampai saja di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand, satu lagi dugaan besar menanti. Dia menerima berita, pembedahan segera tidak boleh dibuat kerana semua doktor pakar tiada dek cuti umum. Terpaksa menunggu dalam kesakitan maha hebat, empat hari kemudian barulah pembedahan dijalankan.




tak pelik pun DK
kan tengah cuti umum..doctor2 pun nak berholiday juga
kebetulan lalu kat tempat kemalangan DK
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 03:40 PM | Show all posts
misspokoyo posted on 16-7-2013 03:02 PM
tersentuh juga hati kecilku membaca berita ni.. hihihi

aku pun tersentuh juga

masih ada karat siti lagi kut dlm hati aku ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 03:50 PM | Show all posts
AprilNing posted on 16-7-2013 03:25 PM
"Kemudian datang lagi sebuah kereta yang kebetulan juga di dalamnya dinaiki oleh dua doktor. Sememan ...

nsb la doc yg lalu kalo perompak ke penyamun ke lagu lain lar dia dengar "kami la penyamun di dlm negeri...keje merompak tak henti2..."

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2013 04:18 PM | Show all posts
poyohabis posted on 16-7-2013 03:50 PM
nsb la doc yg lalu kalo perompak ke penyamun ke lagu lain lar dia dengar "kami la penyamun di dlm  ...

ah..kalau itu...baru betul-betul punya pelik


Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 04:27 PM | Show all posts
tq mod
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 04:31 PM | Show all posts
julia5094 posted on 16-7-2013 02:35 PM
"bulan posa ni...sabar2 semua..meh siti pose utk korang key"

cantik
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 04:39 PM | Show all posts
alhamdulillah.. semoga syurga untuk isteri2 yg berbuat baik kepada suaminya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.341778 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list