untuk hari ni.. petang ni.. nanti sambung lagi..
************************************************************
Pagi esok, Auna Aulia duduk bersarapan bersama Khaleel Zachry. Khaleel Zachrykelihatan tenang. Maun tak tenang semalamkan dah dapat kasih sayang.
“Abang,hari ni Auna nak pergi tengok site dekat Bangi, lepas tu nak discuss dengan walid pasal project dekat Seremban tu..”
“Bukan semalam ke sepatutnya sayang pergi Bangi” kata Khaleel Zachry sambil tersenyum.Gara-gara cemburu semuanya tunggang langgang.
Auna Aulia menjeling Khaleel Zachry “Errmm sepatutnya lah. tapi ada amukan garuda tu yang tak jadi pergi. So hari ni dari rumah ingat nak terus ke Bangi lepas tu masuk office jumpa walid.”
Khaleel Zachry tergelak. Dia tahu dia silap. Memang dia akui dia cemburu. Dia tidak suka orang lain cuba usik atau perhatikan isterinya. Auna Aulia hanya untuk dia. Hanya dia yang boleh menyentuh dan melihat Auna Aulia. Teruk bunyinya tapi itu hakikatnya.
“Sayang tak ada plan ke nak berhenti kerja? Jadi fulltime house wife. I can support you even more..” cadang Khaleel Zachry.
Auna Aulia memandang Khaleel Zachry. Bukan dia tak mahu tapi buat apa duduk di rumah bosan. “Not for the time being abang.. nantilah bila kita ada baby nanti Aunaakan fikirkan..” jawab Auna Aulia.
“Errmm baby.. belum ada rezeki kita lagi. But abang prefer sayang duduk rumah ataubuat kerja dalam pejabat saja. Abang tak nak share isteri abang dengan oranglain..”
“abang..Auna tak biasa duduk office. Auna tak minat. Nantilah bila sampai masanya Auna akan berhenti kerja. Masa tu nanti abang jangan merungut kalau Auna minta macam-macam jangan abang tak belikan pulak..” ugut Auna Aulia.
Khaleel Zachry tergelak. “Sayang, apa lagi yang sayang nak abang belikan cuba cakap?Pocket money tak cukup ke?”
“Abang..nanti okey.. now kita dah lambat. Nanti kita continue story ni petang nanti okey..” kata Auna Aulia bangkit membawa cawan ke sinki untuk di cuci.
Selepas mengemaskan meja lebih kurang mereka berpisah untuk ke pejabat. Khaleel Zachry dengan motor besarnya Auna Aulia dengan BMW X5 sampai sekarang Auna Aulia tak tahu mana Khaleel Zachry sembunyikan kunci motornya. Nak tanya semalam mereka dalam perang dingin. Nak tanya Khaleel Zachry pagi ni takut Khaleel Zachry bertukar angin. Better senyapkan saja. Cari perlahan-lahan.
Auna Aulia sampai ke pejabat selepas waktu makan tengah hari. Ada masalah di site tadi yang perlu dia uruskan. Kepalanya berdenyut. Panas mungkin. Dah hampir duabulan dia menjadi isteri kepada Khaleel Zachry. Banyak perkara yang diabelajar. Tiba-tiba telefon dimejanya berbunyi.
“Hello”sapa Auna Aulia.
“Auna,Datuk nak jumpa sekarang..” beritahu Syafiqah.
“errmm okey. Akak.. ada makanan tak lapar lah..” beritahu Auna Aulia.
“Auna tak makan lagi ke?”
“Belum tak sempat..”
“Auna nak makan apa?”
“Mee hun soup bleh akak?”
“errmm okey nanti aka belikan. Pergikan jumpa Datuk dulu”
“Thank akak..” Auna Aulia meletak ganggang telefon. Beberapa kertas lukisan dan bukucatatan di capai dan dia bergegas berjumpa dengan Datuk Megat Khaleed Zamri aka bapa mentua.
Syafiqah memegang mee huun soup yang di pesan oleh Auna Aulia. Nampaknya dia terpaksa satu lif dengan Khaleel Zachry.
“Baru nak makan ke kak?” tanya Khaleel Zachry. Lebih-lebih lagi dah bukul 3 dah lepaswaktu makan.
“Bukan untuk akak, ni untuk Auna, dia baru balik site tak makan lagi..”
“Auna tak makan lagi kak?” Khaleel Zachry terkejut.
“Belum lagi. Now tengah berbincang dengan Datuk” terang Syafiqah lagi.
“Tak apalah. Bak sini makanan tu.. nanti kalau Auna dah setle dengan Datuk suruh dia datang bilik saya.” Kata Khaleel Zachry Bungkusan Mee Hun soup itu bertukar tangan. Syafiqah serba salah. Sini bos sana bakaladik ipar merangkap isteri bos.
Auna keluar dari bilik Datuk Megat Khaleed Zamri jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. dia memang sedang kelaparan tahap gaban sekarang. Laju dia melangkah ke menuju ke bahagiannya.
“Akak mana mee hun soup saya?” tanya Auna Aulia kepada Syafiqah.
“Encik Khaleel ambik tadi. Akak terserempak dengan dia depan lif. Dia mintak Auna datang bilik dia. Sorry” kata Syafiqah serba salah.
Auna Aulia melepaskan keluhan. Dia tiada pilihan. Dia memang tak suka time bekerja mengadap Khaleel Zachry berkenaan perkara-perkara peribadi. Kerja is kerja. Di pejabat Khaleel Zachry bos dia pekerja. Tak ada istilah dia isteri bos.
“It’s okey akak. Akak tolong simpankan barang saya ni. Saya nak pergi jumpa boss kecik. Dah lapar sangat ni..” kata Auna Aulia sambil mengusap perut.
Dia terus melangkah laju ke pejabat Khaleel Zachry tanpa menanti jawapan dari Syafiqah.
“Kak Intan, boss ada.. boleh jumpa tak?” tanya Auna Aulia.
“errmm ada.. Auna masuk lah. dia memang tengah tunggu Auna.”
Auna Aulia mengetuk pintu sebelum masuk.
“Assalamualaikum..”sapa Auna Aulia. Khaleel Zachry sedang leka menulis sesuatu mengangkat muka.
“Walaikummussalam..masuklah..tak payah berdiri depan pintu.. bilik abang ni belum nak roboh..” jawab KhaleelZachry.
AunaAulia tergelak. “Abang, nak jumpa Auna kenapa. Lepas tu kenapa ambik makanan Auna.. Auna lapar lah..” kata Auna Aulia.
Belum sempat Khaleel Zachry menjawab sekali lagi pintu pejabatnya di ketuk setelah memberi keizinan untuk masuk Intan masuk dengan menantang dulang berisi Mee Hun soup yang masih berasap bersama sebotol air meniral.
“Letak kat coffee table tu kak intan. Now kak intan boleh keluar. Oh yaa.. saya tak mahu di ganggu. No phone call.” Arah Khaleel Zachry.
Intan hanya mengangguk mengerti. Dia melangkah keluar dari bilik.
“Now Auna duduk situ makan..” arah Khaleel Zachry.
Auna Aulia tidak membantah. Laju saja dia melangkah ke meja kopi dan duduk di sofa.Dia lapar sangat-sangat.
Khaleel Zachry membuka air mineral untuk Auna Aulia.
“Oucchhh..”tiba-tiba. Panas pijar rasanya lidah Auna Aulia. Gelojoh sangat. Ni lahpadahnya.
“Sayang..kan panas tu hati-hati..” kata Khaleel Zachry menghulurkan air kepada Auna Aulia.
Sudu di tangan Auna Aulia di ambil. Di ambilnya kuah soup tadi di tiup kemudian disuakan kepada Auna Aulia.
“Makan.”Kata Khaleel Zachry menyuapkan Auna Aulia.
“Alaa abang segan lah. Auna boleh suap sendiri..”
Tapi Khaleel Zachry masih meneruskan perbuatannya menyuapkan makanan kepada Auna Aulia.Sehinggalah habis semangkuk mee hun soup. Auna Aulia kekeyangan.
“Thanks Abang..” kata Auna Aulia.
“Lain kali jangan abaikan waktu makan. Nanti Auna sakit macam mana. Siapa yang susah..”kata Khaleel Zachry mendatar.
Auna Aulia tertunduk. Bukan dia tak nak makan tapi dia betul-betul sibuk tak sempat.“Sorry..” hanya itu yang mampu di ucapkan.
“it’s okey. Abang tak nak tengok sayang sakit. Itu saja. tak lama lagi kita nak puasa.Kalau tak sihat macam mana nak puasa..”
“Okey..lepas nie Auna tak skip lagi..”
“Good..girl..”jawab Khaleel Zachry.
Auna Aulia tersengeh. Perut dah kenyang. Mata pula mula mengantuk. Terus kopi Khaleel Zachry di teguknya selamba.
“sayang..kan abang dah cakap jangan minum coffee..” tegur Khaleel Zachry. Dia tahu Auna Aulia hantu nescaffe.
“alaa sikit jer pun. Kedekut lah abang ni..” jawab Auna Aulia.
“Errmm banyak lah sayang sikit. Setengah dah sayang minum..” kata Khaleel Zachry geram.
Auna Aulia tersengih. Dia bangkit mengangkat dulang.
“Nak kemana bawak dulang tu..” tanya Khaleel Zachry hairan
“Bawak pergi pantry lah.. basuh.”
“Tak payah. Biar kak Intan buat..” Khaleel Zachry menghalang.
“Tak apa.. Auna segan..”terus Auna Aulia melangkah kepintu sambil menatang dulang. Setelah membasuh mangkuk dan cawan dia terus ke biliknya menyudahkan kerja.
Last edited by mrsT on 31-7-2013 01:51 PM
|