CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

MASIH DIHATIKU----- TAMAT DAH

[Copy link]
 Author| Post time 19-12-2012 11:51 AM | Show all posts
Shazrina dan Aliff sedang bersantai di taman city park sambil memandang sekitar taman yang mendamaikan. Mimi dan Izham turut serta namun mereka sedang meronda taman berkenaan. Shazrina dan Aliff sekadar duduk dibangku setelah penat berjalan mengelilingi taman tersebut. Shazrina menyedut ice blended berperisa coklat yang dibeli digerai berhampiran. Nyaman rasa tekak apabila minuman sejuk itu turun ke dalam perut.

“Aliff....”seru Shazrina lembut. Matanya dihalakan kearah tasik yang meluas didepannya. Dari ekor matanya, Shazrina nampak Aliff memandang kearahnya. Mahu memberi tumpuan setelah namanya dipanggil.

“hmm...”balas Aliff sambil keningnya sedikit terjungkit. Matanya memandang kearah Shazrina yang merenung tasik.

“hubungan kita ni seriuskan... bukan main-main. Betul tak?” Duga Shazrina sambil membalas pandang kearah Aliff. Minuman ice blended disedut lagi.

“of course laa... memang saya serius dengan awak... kalo panjang jodoh biarlah sampai ke jinjang pelamin. Kenapa awak tanya macam tu?” soal Aliff... ada rasa curiga terdetik dihatinya apabila Shazrina tiba-tiba sahaja mengungkit status hubungan mereka. Entah-entah gadis ini dapat menghidu sesuatu dalam hubungan mereka kini.

“agak-agak bila awak sedia nak kahwin?” Shazrina menghadiahkan soalan yang lain pula. Pertanyaan dari Aliff tergantung begitu sahaja.

“sekarang pon boleh... kenapa? Awak nak ajak saya kawin cepat-cepat ke?” giat Aliff dengan senyuman nakal. Jauh dihatinya gembira dengan pertanyaan dari Shazrina. Seolah-olah soalan itu menjadi pemangkin dalam misi yang bakal dilaksanakan.

“hish...tak de maknanya. Sebenarnya.......” kata-kata Shazrina terhenti disitu. Agak-agak Aliff sudi ke berjumpa dengan keluarganya secepat ini. Wajah Aliff yang sedang menanti kata-katanya dipandang. Satu keluhan kecil dilepaskan.

“sebenarnya apa Shaz? Ada orang masuk minang awak ke?” Tembak Aliff... rambang!

“hish awak ni... Mana ada...”

“habis tu?”

“papa dan mama tahu saya bercinta dengan awak... dia orang nak jumpa dengan awak...nak kenal-kenal katanya.” Jawab Shazrina akhirnya. Ada rasa malu seperti dia yang terhegeh-hegeh membawa hubungan mereka ke arah lebih serius. Aliff sekali pon tak ada menyebut mahu menemui papa dan mamanya. Tetapi logik sahaja Aliff begitu kerana mereka baru bercinta tidak lebih dari sebulan. Aliff terkejut dengan perkhabaran yang dibawa Shazrina. Lebih cepat dari yang dijangka!

“tak cepat sangat ke?” duga Aliff pula. Sekadar mahu melihat reaksi dari Shazrina. Baginya lagi cepat lagi bagus. Lagi cepat misinya tercapai!

“kalo awak rasa cepat sangat tak pe la... saya boleh je bagitau papa dan mama yang awak busy...”

“kalo ikutkan saya tak kisah Shaz... nak kahwin esok pon tak apa... tapi awak pulak macam mana? Awak dah sedia ke?” jelas Aliff tenang. Dia faham maksud apabila pertemuan dengan kedua ibubapa Shazrina dibuat. Ini bermakna mereka bakal disatukan secepat mungkin.

“nak kata bersedia seratus peratus tu memang la tak... tapi kalo nak cepatkan hubungan kita saya okey je... saya memang tak berminat pon nak bercinta lama-lama dengan awak.” Akur Shazrina dengan jujur. Aliff tersenyum kecil mendengar jawapan dari Shazrina.

“oooooo...kiranya awak tak sabar-sabar nak kahwin dengan saya lah ni.” Usik Aliff.

“saya je ke? Awak tak nak ke?” Shazrina menokok selamba. Mereka sama-sama tergelak memandang masing-masing sudah bersedia untuk ke peringkat seterusnya.

“awak pulak bila nak bawak saya jumpa mak awak?” tegur Shazrina.

“saya rasa biar saya je la yang jumpa family awak... kalo kita nak bertunang dalam masa terdekat ni, awak boleh jumpa mak saya masa bertunang tu je.. okey?”

“okey je... lagi pon macam tak manis pulak perempuan pergi rumah family lelakikan...” sokong Shazrina setelah berfikir sejenak. Aliff mengangguk-angguk tanda setuju.

“nanti saya check schedule macam mana. Kalo tak ada aral melintang hujung minggu ni saya jumpa family awak.. apa-apa hal nanti saya inform awak balik.” Putus Aliff perlahan. Shazrina mengiakan sahaja kata-kata Aliff. Mereka berbual-bual seketika sebelum berjalan-jalan lagi disekitar city park.

Last edited by misssakura on 19-12-2012 11:58 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2012 12:04 PM | Show all posts
Tak sabarnya nak taw.....
Camne bila Aliff jumpa parent Shaz...........
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 12:11 PM | Show all posts
misssakura posted on 19-12-2012 11:29 AM
aii cepat je detect kewujudan Aqil ye... hehehe

opkoz sbb ada watak baru
kesian gak kat Aqil sbb dah jatuh hati kat shaz tp nak wat camner si shaz dgn aliff dah kenal lama
tp nak gak suh sakura wat bersegi2
nnt ada si farah dgn aqil in between
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2012 12:27 PM | Show all posts
fatehana posted on 19-12-2012 12:11 PM
opkoz sbb ada watak baru
kesian gak kat Aqil sbb dah jatuh hati kat shaz tp nak wat camner si sha ...

jenuh pulak nk cri idea wat cinta bersegi2 ni.. tp x pe.. sakura akan perah segala urat otak utk bg best sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 02:10 PM | Show all posts
misssakura posted on 19-12-2012 12:27 PM
jenuh pulak nk cri idea wat cinta bersegi2 ni.. tp x pe.. sakura akan perah segala urat otak utk b ...

alah boleh tue
cubalah yea
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 11:35 PM | Show all posts
cinta bersegi2 , menarik juga tu kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2012 01:21 AM | Show all posts
Baru ada adventure kalu bersegi2 cinta antara shaz dengan aliff...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 09:47 AM | Show all posts
Cik_Andak posted on 20-12-2012 01:21 AM
Baru ada adventure kalu bersegi2 cinta antara shaz dengan aliff...

hahahaah panjanglah lagi konfliknya yeee...i like
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2012 09:54 AM | Show all posts
Lagi panjang lagi best...malam2 sebelum tido leh mengelamun baca cite ni dulu...
hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 11:31 AM | Show all posts
sambung lagi miss...tak sabor nak tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 03:15 PM | Show all posts
Cik igtkan dah ade sambungan....
keciwa cik..huhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2012 10:12 PM | Show all posts
x de sambungan lagi ke.. miss sakura bz..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2012 11:17 AM | Show all posts
Cik_Andak posted on 20-12-2012 03:15 PM
Cik igtkan dah ade sambungan....
keciwa cik..huhuhuhuhu

sakura nk smbung dh ni... jgn keciwa2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2012 11:19 AM | Show all posts
norza79 posted on 23-12-2012 10:12 PM
x de sambungan lagi ke.. miss sakura bz..

hehe.. sakura smbung. cerita bnyk sngt lubang2 sbb tu x smbung..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2012 11:20 AM | Show all posts
mana sambungannya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2012 11:24 AM | Show all posts
fatehana posted on 24-12-2012 11:20 AM
mana sambungannya

sabar bru nk copi pes nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2012 11:24 AM | Show all posts
Aliff melangkah masuk rumah bungalow dua tingkat sambil menyalami encik Tarmizi yang menjemputnya masuk. Buah tangan yang dibawa diserahkan kepada puan Rogayah yang tersenyum mesra kearahnya.

“susah-susah je bawak buah tangan ni..” puan Rogayah menegur lembut. Sekadar berbasa basi supaya suasana tidak terlalu kejung diantara mereka. Shazrina yang turut ada diantara mama dan papanya sekadar berdiam diri. Menjadi gadis pemalu secara tiba-tiba!

“tak susah pon mak cik...” jawab Aliff sopan.

“jom kita duduk kat ruang tamu... tak elok pulak bersembang sambil berdiri macam  ni.” Tegur encik Tarmizi. Mereka sama-sama menuju ke ruang tamu.

“hmmm....Shaz. Pergi buat air.” Arah encik Tarmizi sambil memandang kearah anak daranya. Shazrina menghalakan jari telunjuk ke wajahnya dengan riak terkejut.

“kenapa Shaz? Mak Ti...” belum habis lagi bantahan Shazrina puan Rogayah sudah memotong kata-kata anaknya.

“hmmmm.....Shaz. Pergi masuk dapur sekarang. Mak Timah tengah masak. Pergi nak.”suruh puan Rogayah lembut sambil tersenyum. Keningnya diangkat  mengharapkan anak gadisnya faham dengan situasi kini. Shazrina tak perlu ada diruang tamu buat masa ini kerana dia dan suami mahu ‘menemuramah’ bakal menantu mereka.

“yela-ye la...” jawab Shazrina malas. Dia bangun dari sofa yang empuk itu. Sempat lagi mengerling kearah Aliff dan melemparkan senyuman manis buat jejaka itu. Puan Rogayah, encik Tarmizi dan Aliff tersengih mendengar jawapan Shazrina. Mama dan papa Shazrina sekadar menggeleng melihat sikap anak perempuannya yang sorang.

“Shaz tu susah sikit masuk dapur... harap Aliff faham la.” Sela encik Tarmizi dengan ketawa kecil. Aliff turut sama ketawa senang.. namun tak dinafikan jantungnya seolah-olah mahu melompat keluar dek rasa debar yang tak terhingga.

“lama-lama rajin la tu masuk dapur...” tungkas Aliff senang. Puan rogayah sekadar memerhati wajah bakal menantunya yang dirasakan sangat familiar pada matanya. Macam pernah jumpa tapi dimana ya!

“ datang sorang je ke? Kenapa tak bawak mak sekali.” Tanya encik Tarmizi. Rasanya lebih elok kalau Aliff bawa emaknya sekali. Boleh kenal kedua-dua belah pihak keluarga. Makin mudah urusan perbincangan dibuat dan kata-kata sepakat pon senang dicapai.

“mak tak berapa sihat hari ni.... tapi mak memang dah tahu pon saya nak datang jumpa pak cik dan mak cik. Dia kirim salam kat pak cik dan mak cik.” Dalih Aliff dengan wajah yang tersenyum. Cuba berlagak tenang dan selamba supaya encik Tarmizi dan isterinya tidak mengesyaki apa-apa terhadapnya.

“waalaikummussalam. Kalo macam tu tak pe la... nanti kirim salam balik kat mak.” Minta encik Tarmizi tanpa sebarang rasa curiga. Mereka meneruskan perbualan tentang latar belakang dan kerjaya Aliff.

Last edited by misssakura on 24-12-2012 11:28 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2012 11:29 AM | Show all posts
“err Aliff ni mak cik rasa macam pernah jumpa... kat mana ek?” celah puan Rogayah apabila melihat Aliff dan encik Tarmizi rancak berbual. Aliff mengerutkan dahinya. Tak di nafikan dia turut merasa apa yang dirasa oleh puan Rogayah. Wajah puan Rogayah dan suaminya cukup familiar pada penglihatannya. Terasa seolah-olah mereka pernah bertemu sebelum ini.

“tak pelik mak cik... saya pon tinggal kawasan sini jugak... mungkin pernah terserempak dekat pasar atau kedai.” Jawab Aliff dengan jawapan yang paling logik. Rasanya tak pelik mereka pernah bertemu memandangkan mereka tinggal ditaman perumahan yang berdekatan sahaja.

“mungkin juga kot...” puan Rogayah membalas perlahan namun otaknya masih lagi jauh memikirkan dimana pernah dilihat wajah Aliff.

“memang la kita pernah jumpa dengan Aliff sebelum ni... dekat masjid.” Ungkit encik Tarmizi akhirnya memandangkan hanya dia sahaja yang ingat tragedi 3 bulan yang lepas.

“masjid?” serentak Aliff dan puan Rogayah bertanya sambil memanahkan pandangan ke arah encik Tarmizi. Masing-masing mengerutkan dahi memikirkan kata-kata encik Tarmizi.

“masjid! Kan Aliff tolong pak cik masa pak cik jatuh kat masjid itu hari... lepas tu kita sembahyang berjemaah. Aliff imam pakcik makmum. Ingat tak?” jelas encikTarmizi lagi. power juga otaknya boleh mengingat dengan baik peristiwa 3 bulan yang lepas. Kelihatan Aliff berfikir jauh dengan kata-kata papa Shazrina.

“ooooooooooo.....saya ingat pak cik. Patut rasa macam pernah tengok pak cik dengan mak cik.”

“a’ah la... mak cik pon baru teringat. Aliff la yang tolong pakcik pergi ke keretakan hari tu.. panjang rupanya jodoh kita yer.” Balas puan Rogayah gembira. Makin berkenan pula dia dengan kekasih Shazrina ini. Rupa ada, kerja pon elok dan yang pasti taat pada agama. Cukup pakej untuk calon suami mithali.

Last edited by misssakura on 24-12-2012 11:32 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2012 11:31 AM | Show all posts
misssakura posted on 24-12-2012 11:24 AM
sabar bru nk copi pes nih

mana leh sabar dah berapa lama ana tunggu taw
nasib baik x kuar janggut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2012 11:33 AM | Show all posts
Shazrina terintai-intai juga layanan papa dan mamanya terhadap Aliff sang kekasih tercinta. Dia cuba mencuri dengar walaupun sedikit pon suara Aliff mahu pun papa dan mamanya tidak mencecah ke gegendang telinganya. Dia mengeluh kasar. Risau juga memikirkan penerimaan ibubapanya terhadap Aliff walaupun dia tahu Aliff mempunyai pakej yang agak lengkap bagi lelaki idaman. Tapi itu dimatanya. Namun pasti lain  pula kata ibubapanya.

“aik Shaz.... kenapa dengan kamu ni? Macam nak terberanak aje mak Timah tengok.” Usik mak Timah apabila melihat wajah tidak keruan Shazrina. Bukan dia tidak paham apa yang dirasai Shazrina. Sengaja menyakat anak majikannya itu.

“mak Timah ni... ada ke kata macam tu...” desis Shazrina ala-ala merajuk. Mak Timah tergelak melihat perangai Shazrina yang bagaikan ibu kehilangan anak. Ke hulu ke hilir, terendap-endap. Gelisah benar gayanya.

“apa yang kamu risau sangat? Bukannya mama dengan papa kamu tu nak makan pon Aliff tu.. tak payah takut la.” Bebel mak Timah perlahan. Dia meneruskan kerja iaitu memasak tengahari memandangkan ada tetamu istimewa berkunjung. Semestinya lauk pauk hari ini turut istimewa.

“agak-agak mama dengan papa berkenan tak kat Aliff? Mak Timah rasa macam mana?” soal Shazrina lembut. Meminta pendapat orang tua itu. Dia menghampiri mak Timah yang sedang memotong bawang.

“aik manalah mak Timah tahu.... nanti Shaz tanya papa dengan mama yer.” Giat makTimah lagi. Kelakar pula melihat wajah cemberut Shazrina.

“hish mak Timah ni... tak membantu betul la...” mulut Shazrina sedikit mencebik. Geram betul mak Timah yang sengaja mengusik jiwanya.

“apa kata Shaz yang bantu mak Timah... meh tolong mak Timah masak.. untuk bakal suami Shaz jugak.” Tambah mak Timah dengan senyuman mengusik. Ketawa kecil dia dengan sikap manja Shazrina. Shazrina menjulingkan mata ke atas sambil mengeluh kecil.

“mak Timah ni... mengada laa...” balas Shazrina sambil membantu apa yang patut.

“jangan risau la Shaz... mak Timah tengok Aliff tu baik budaknya.. tak ada sebab mama dengan papa kamu nak tolak lelaki baik macam tu..” jawab mak Timah akhirnya. Dia menyerahkan tugas memotong bawang kepada Shazrina memandangkan itu sahaja yang boleh dibuat oleh gadis itu.

“harap-harap macam tu la mak Timah.” Tambah Shazrina penuh mengharap. Aliff lelaki pertama yang hadir didalam hatinya dan dia sangat berharap Aliff lah lelaki terakhir yang melekat dijiwanya. Semoga Allah S.W.T memudahkan segala perjalanan kisah dia dan Aliff.  

Last edited by misssakura on 24-12-2012 11:36 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.058788 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list