CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

KAU JANGAN MENANGIS SEBAB AKU TAK SUKA! (KEPALA BATU KEPALA ANGIN) (U)

  [Copy link]
 Author| Post time 21-4-2012 10:12 PM | Show all posts
“Kenapa kau tak nak kahwin?” soal Harris sewaktu makan tengahari. Semalaman, kata-kata Azah semasa perbualan mereka di tepi kolam renang membuatkan dia tidak lena malam. Hendak bertanya pagi tadi, bimbang Azah mengesyaki apa-apa pula. Nampak macam kasanova terdesak pulak!

Mendengar soalan Harris, Azah terdiam sejenak. Dipandang wajah Harris. Mamat ni, kenapa nak tahu sangat pasal aku….

“Kalau aku kahwin, nanti tak ada orang nak tanggung family aku kat kampong,” lemah jawpan Azah. Harris terkulat-kulat berfikir. Dia merenung wajah Azah yang sudah bertukar kemerah-merahan menahan bahang panas matahari. Tengahari itu, mereka hanya makan di gerai tepi jalan yang terletak tidak berapa jauh dari gudang.

“Husband kau boleh tolong kau nanti, kan?’ ujar Harris. Azah senyum hambar. Ada nada mengejek juga dalam lirik senyumnya.

“Husband aku? Nak tanggung family aku? Kak long aku pun dulu, sebelum dia kahwin, itulah yang dia cakap. Tapi, bila dah kahwin, semua orang ada masalah sendiri..” balas Azah. Harris terdiam.

“Tapi, bukan semua lelaki sama kan?” tokok Harris yang masih mahu mempertahankan pendiriannya.

“Lelaki, sebelum kahwin memang semua tak sama. Tapi, bila dah kahwin, semua pun sepesen saja,” luah Azah. Harris menjerut bibirnya.Wajah Azah dipandang lagi.

“Termasuk ayah kau?” soal Harris. Azah diam sejenak. Nasi dipinggan dihabiskannya.

“Mungkin…Mungkin. Tapi aku faham, mungkin selepas kahwin, lelaki mahu semua keutamaan diberi kepada keluarganya dahulu. Kalau ada extra, baru boleh bagi orang lain,” cetus Azah membuat kesimpulan sendiri.

Azah bangun menuju ke sinki untuk membasuh tangan. Seketika, Harris diam mencerna kata-kata Azah.

“Berapa adik beradik kau?” soal Harris sebaik Azah duduk kembali ke tempatnya.

“4. Semua perempuan. Aku anak nombor dua,” jelas Azah. Harris terangguk-angguk.

“Mak dan ayah aku kat kampong tak kerja. Aku ada sorang lagi adik yang tengah belajar, nak ambil SPM nanti. Lagi sorang adik aku yang nombor tiga, tengah kursus dengan MAS. Itu semua jadi tanggungjawab aku sekarang. Rasanya, selagi dua orang adik aku tu belum bekerja sendiri, selagi itulah aku tak boleh nak berfikir soal kahwin ni…” ujar Azah.

Harris diam lagi. Dia merenung Azah. Pelbagai persoalan menujah kepalanya satu demi satu. Melihat kata-kata gadis di depannya itu, nampaknya gadis itu sangat tekad dengan keputusannya. Keluhan kecil dihembus perlahan.

“Betul-betul kau tak mau kahwin?” soal Harris sekali lagi. Azah memandang Harris sambil mengetap bibir. Kemudian angguk. Mengiyakan jawapannya.

“Kalau kau tiba-tiba jatuh cinta?” soal Harris menduga. Soalan Harris membuatkan Azah terkedip-kedip. Lama dia terdiam, kemudian menarik nafas resah.

“Aku kena fikirkan tentang keluarga aku dulu. Cinta…mungkin aku terpaksa tolak belakang,” jawab Azah perlahan. Harris diam tak berkutik. Direnung lagi wajah Azah dalam-dalam. Serba sedikit timbul rasa kecewa dihatinya. Tidak ada perasaankah gadis ini? Tidakkah dia ingin bercinta dan dicintai seperti gadis lain?

“Kalau ada orang nakkan kau?” soal Harris sekadar menduga. Azah memandang Harris. Pandangan lelaki itu sejak akhir-akhir ini kerap benar singgah ke wajahnya.

“Aku tak nak,” balas Azah pendek. Harris terdiam. Hatinya yang sejak dua-tiga minggu ini mula berkembang bak bunga di taman, kini mula pudar. Pupus satu demi satu dipuput angin kecewa.

Harris menelan air liur pekatnya. Dia menoleh ke tepi, melempar pandang kea rah suasana petang yang kian gelap. Langit nampaknya mula kelam dan mendung. Menandakan hujan akan turun sebentar lagi.

“Jomlah balik. Nak hujan ni…” ajak Harris dengan nada lemah. Entah mengapa, tiba-tiba dia berasa tawar hati. Melihat wajah Azah, ada  sakit yang dirasakan di hatinya. Azah angguk, menurut saja kata Harris.

Azah dan Harris sama-sama mengatur langkah laju pulang ke gudang. Namun, langkah yang diatur nyata tidak selaju hujan yang mula turun secara tiba-tiba. Melihat hujan yang turun secara tiba-tiba, Azah dan dan Harris yang sama-sama sudah kebasahan, berpandangan.

“Nak lari?” soal Azah kepada Harris. Harris menarik nafas dalam-dalam sambil meraup air hujan yang membasahi mukanya. Harris menggeleng sambil senyum tawar.

“Tak payahlah. Nak lari pun, kita dah basah…” jawab Harris perlahan. Dia mengukir senyum tawar kepada Azah yang sedang berjalan di sisinya. Azah angguk saja. Akhirnya, mereka sama-sama mengatur langkah di dalam hujan lebat yang turun tiba-tiba. Masing-masing diam, tanpa bicara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2012 10:12 PM | Show all posts
Perbualan bersama Azah siang tadi, masih berlegar di ruang ingatan Harris. Dia yang masih merenung jendela dengan tuala yang bersangkut di kepalanya merenung sahaja pemandangan Bandar Kuching.

Mujurlah aku belum cakap apa-apa pada Azah. Melihat gaya dia bercakap, macam kena kerat 18 pun, dia tak mahu kahwin. Tapi, kalau hanya alas an keluarga dia yang merupakan penyebab dia tak mahu kahwin, sebenarnya itu bukan masalah besar. Tapi, nak berjanji depan dia tadi pun, tak kena juga. Nanti apa pula dia cakap.

Tapi, yang paling penting ialah, hati Azah perlu merasa cinta. Apa guna jika menyimpan rasa sedangkan Azah sendiri tidak langsung menunjukkan tanda-tanda mahu memberi harapan untuk membuka hatinya pada cinta.

Hmmm…sejak bila aku mula berfalsafah tentang cinta? Harris merenung hujung kakinya. Rasanya aku sudah jatuh cinta. Jatuh cinta pada Azah. Tapi, cinta yang datang ni, nampaknya sia-sia.  Orang yang aku cinta, tak mungkin membuka pintu hatinya untuk aku.

Tawar hati? Mungkin iya…Hendak lepaskan cinta ini begitu saja tanpa berusaha untuk mendapatkannya? Harris menarik nafas dalam-dalam. Barangkali aku patut lupakan saja. Harris mendongak ke langit malam. Langit kelam dilihatnya dengan tenang.

Tuhan…jika gadis ini adalah untukku, kau permudahkanlah hubungan ini. Tapi, jika dia bukan ditakdirkan untukku, maka kau jauhkanlah dia dari aku. Kerana, aku sudah mula merasa siksa bila melihat wajahnya, bila berbual dengannya, tapi aku tahu, mustahil untuk memilikinya.

Harris menarik nafas dalam-dalam. Mencari sedikit kekuatan untuk meneruskan hari-hari yang mendatang. Dia sudah membuat keputusan, jika begitu pendirian Azah, jadi dia perlu hormati. Apa yang akan lakukan adalah, bersikap seperti biasa seperti sebelum ini. Selebihnya, dia menyerahkan kepada Tuhan. Dia yakin, jika Azah adalah untuknya, Tuhan pasti permudahkan segala jalan. Harris yakin benar hal itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 10:13 PM | Show all posts
Sedar tak sedar, 3 hari lagi, mereka akan pulang ke Kuala Lumpur. Sekejap saja rupanya sebulan itu. Tak sedar masa yang berlalu dengan kerja yang sibuk setiap hari. Azah merenung Harris yang sedang berbual dengan beberapa pekerja di situ.

Entah mengapa, sejak dua tiga hari ini, sikap Harris kembali sama seperti sikapnya semasa di Kuala Lumpur. Layanan baiknya terhadap Azah sudah agak kurang. Namun, sikap prihatinnya yang masih tebal. Sentiasa memastikan Azah makan pada waktunya.

Agaknya, dah nak balik KL ni, dia punya belang pun dah datang balik….itulah telahan Azah.  Mungkin juga dia sibuk. Layanan Harris yang agak dingin buatnya, membuatkan Azah kadang-kadang tertanya-tanya sendiri. Kadangkala, sukar untuk diakuinya bahawa dia rindukan keprihatinan Harris kepadanya. Tapi, segera disedarkan dirinya bahawa semua itu cuma bisikan hati yang kurang waras.

Azah menarik nafas panjang, kemudian menghembus perlahan. Disudahkan kerjanya secepat mungkin.  Dia tidak mahu membiarkan Harris membebel bila kerja tidak siap, sedangkan teksi sudah menunggu untuk membawa mereka pulang ke hotel.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 10:14 PM | Show all posts
Kapal terbang baru saja bergerak, perlahan-lahan meninggalkan Bandar Kuching. Kali ini, Azah tidak berasa gentar seperti pertama kali menaiki kapal terbang dahulu. Azah yang duduk di tepi tingkap, melemparkan pandangannya ke arah langit yang kian dicecah.

Harris duduk di sebelahnya. Lelaki itu, seperti biasa, tenang saja lagaknya. Tak kira masa. Azah menoleh kea rah Harris yang berada begitu dekat dengannya. Melihat Azah memandangnya, Harris pun menoleh.

“Tak baca jampi lagi?” perli Harris dengan senyuman yang lebar. Mengingatkan peristiwa sewaktu kali pertama Azah menaiki kapal terbang dahulu. Azah yang baru hendak senyum, terus tidak jadi senyum.

“Awal-awal dah baca…” tukas Azah geram. Dia menarik muncung panjang. Harris senyum geli hati. Hmm…bolehkah aku terus bersikap biasa dengan dia ni? Sangsi dengan perasaannya. Tapi, dia yakin, jika sudah bertemu kawan-kawannya nanti, hilanglah perasaan itu semua.

“Seronok datang Sarawak?” soal Harris lembut. Azah memandang Harris. Lama. Kemudian mengukir senyum dan mengangguk.

“Quite amazing experience…thanks,” balas Azah. Harris senyum senang. Di luar, awan biru sudah kelihatan menandakan kapal terbang sudah berada tinggi di awan. Selamat tinggal Sarawak…Azah menghembus nafas lega. Satu perasaan aneh mengusik jauh ke dalam sudut hatinya.

Rasa yang sukar untuk diungkap olehnya. Ada sedikit rasa sedih kerana masa yang indah telah berlalu. Masa indah?Hmmm…masa bersama Harris…Azah menyandarkan kepalanya sambil memeluk erat beg tangannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 10:14 PM | Show all posts
Pulang ke Kuala Lumpur, nyata segala-galanya bertukar menjadi biasa. Sikap Harris kembali seperti biasa, seperti sebelum mereka ke Sarawak. Itu yang Azah dapat lihat. Terkadang, sengaja Azah merenung Harris dari jauh bila dia berkesempatan. Cuba merenung jauh ke dalam hati Harris, mengapa Harris tidak mesra seperti di Sarawak.

Ego! Itu yang Azah dapat simpulkan. Mungkin kerana ego yang melangit, maka sebab itu Harrisenggan menunjukkan keprihatinannya terhadap Azah di depan kawan-kawannya yang lain. Tapi….Huu….Azah menyembamkan mukanya ke meja kerjanya. Aku rasa macam rindulah pulak nak baik dengan dia…..

Azah bingkas bangun lalu merenung skrin computer di depannya. Alah! Standardlah! Aku dan dia cuma kawan…kenapa aku nak lebih-lebih pulak? Bukankah aku dengan kawan-kawan dia yang lain sama saja? So..serilah! Memang padanlah layanan terhadap aku sama seperti layanan terhadap Din, Halim dan lain-lain…

Hmm…Azah terangguk-angguk. Dia bangun hendak menuju ke tandas. Di pintu biliknya, dia berselisih dengan Harris yang mungkin ingin menuju ke mesin fotostat. Harris dan Azah sama-sama berbalas senyum. Tapi, aneh perasaan bila senyum itu dilempar. Hissssyy…Azah rasa ada yang tak kena saat Harris tersenyum ke arahnya. Buat derk sajalah!

Harris yang selesai mencetak kertas di mesin fotostat, melangkah kembali ke tempatnya. Namun, sebaik melewati tempat kerja Azah, Harris terpandangkan beberapa barang Azah yang berselerak di atas mejanya.

Kalkulator berwarna pink menjadi tumpuannya. Harris mengukir senyum lebar. Hmm….cantik. Tanpa berlengah, Harris terus masuk ke bilik Azah. Meja Azah didekatinya. Kalkulator pink itu terus direnung penuh minat.

Azah…oh Azah….kalkulator diambil, dikepit di celah ketiaknya. Harris melangkah keluar dari bilik Azah selamba. Bibirnya tak putus-putus senyum. Idea jahatnya mula timbul. Rindu rasanya hendak melihat budak ni menjerit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 10:15 PM | Show all posts
Din mengangkat muka, memandang ke tepinya. Azah berdiri bercekak pinggang dengan baju kurung cotton bunga-bunga ungunya. Mukanya tegang. Beberapa helaian kertas di meja Din diselak berulang kali.

“Cari apa ni?” soal Din yang rimas bila meja kerjanya di periksa. Muka keruh Azah dipandang.

“Nampak kalkulator saya?” soal Azah.

“Takkan kalkulator pink kau tu kat sini….” marah Din. Tengah banyak kerja, ada pula toyol ni yang mengganggu konsentrasinya.

“Takpelah!” Azah membentak lalu terus berlalu dari meja Din dan menuju ke meja orang lain pula. Panas hatinya bila apa yang dicari tak ditemui.

Din memandang kelibat Azah yang merayap dari satu meja ke satu meja. Sejak balik dari Sarawak ni, Din perhatikan Azah kerap termenung. Masih teringatkan kota Kuching itu barangkali…Din  menggeleng lantas menyambung kerjanya kembali.

Kesibukan kerja, kadang-kadang membataskan masanya untuk berbual lebih panjang tentang apa yang telah berlaku antara Harris dan Azah semasa di Sarawak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-4-2012 10:15 PM | Show all posts
“Kau nampak kalkulator pink aku?” soal Azah tegas. Penat seharian mencari kalkulatornya. Sengaja di beli kalkulator berwarna pink untuk membezakan kalkulator miliknya dengan kalkulator orang lain.

Harris menggeleng, tanpa memandang kea rah Azah. Azah memandang Harris yang beku. Hmmmhh…bercakap dengan mamat ni, serupa bercakap dengan batu!

“Betul kau tak nampak?” soal Azah lagi. Harris menoleh memandang Azah kemudian menggeleng dengan serius. Azah menarik nafas lemah bercampur geram.

“Okaylah…” terus Azah pergi dari situ. Harris terkedu merenung langkah Azah. Sungguh-sungguh budak ni mencari kalkulator dia…penting sangat ke kalkulator tu pada dia? Rasa serba salah menerjah hati Harris pula.

Harap-harap, dia jumpa kalkulator tu secepat mungkin, sebelum kalkulator berwarna pink bertukar menjadi hitam! Aku pun satu hal…kenapa terlupa pergi letak kat meja gudang belakang? Aduhh…. Harris mengetap bibir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 10:16 PM | Show all posts
Din menghampiri Harris lalu meletakkan laporan racking di dalam gudang di meja Harris. Harris menoleh sekali  imbas  lalu menyimpan laporan itu.

“Kau tahu, si Azah tu mengamuk kat warehouse tadi?” soal Din selaku paparazzi tak bertauliah. Harris angkat muka, memandang Din yang masih tersenyum-senyum.

“Aku tak tahulah macammana kalkulator pink dia tu boleh ada kat warehouse. Kalau barang-barang macam tu sampai ke warehouse, ko nak expect apa….budak-budak Bangladesh tu sebat guna jelah! Bukan diorang tahu siapa punya….Si Azah tu pergi marah kat budak Gulab tu….kesian si Gulab tu…terus lari dia masuk warehouse bila Azah marah,” sungguh-sungguh Din bercerita.

Harris diam saja.  Dia cuma angguk seperti biasa bila mendengar sebarang berita. Tetapi, di dalam hati, hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana hatinya menari salsa dengan riangnya!

“So, makan kat mana tengahari ni?” soal Din sambil menepuk belakang Harris.

“Ikut kaulah..” pendek jawapan Harris. Puashati dengan jawapan itu, Din terus berlalu dari situ. Sebaik Din hilang dari biliknya, Harris merenung skrin komputernya. Perlahan-lahan, dia mengukir senyum sendirian. Hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2012 10:16 PM | Show all posts
Harris dan Din cuma makan berdua pagi itu. Halim tidak datang kerja hari ini kerana mengambil cuti tahunan. Kopi suam diteguk perlahan-lahan. Tak ramai orang di kantin pagi itu.

“Seronok honey moon kat Sarawak sebulan?” soal Din mengusik. Harris memandang Din tegang.

“Siapa pulak pergi honey moon….” bebel Harris.

“Kaulah…apa kau buat dengan Azah kat sana?” Din tergelak nakal lagi. Cuak Harris melihat wajah nakal Din.

“Buat bodoh…” jawab Harris selamba sambil meneguk teh tariknya. Din mencebik.

“Kau ni…peluang dah depan mata. Takkan kau tak ayat si Azah tu walaupun sikit? Kau memang tak nak kahwin seumur hidup ke?” risau Din melihat sahabatnya yang masih belum terbuka pintu hati untuk berkahwin.

Harris mendengus. Senyum kelat diukir dibibirnya. Kalaulah Azah tu mahu berkahwin dengannya, sekarang jugak dia hantar rombongan meminang.

“Hmmhh…kau pergilah tanya Azah tu dulu. Kalau dia nak kahwin, kau bagitau aku. Baru aku pergi ayat dia…” ujar Harris perlahan. Nada macam tawar hati je…Din melopong, merenung wajah Harris yang tergambar sedikit riak kecewa. Ada riak tegang di wajahnya.

“Kau melamar Azah ke?” soal Din hampir tidak percaya. Giliran Harris pula yang tercengang dengan soalan Din. Masing-masing berpandangan.

“Apekehalnya pulak aku nak pergi melamar si Azah tu?” entah dari mana soalan itu datang dari mulut Din.

“Iyelah…kau cakap Azah tak nak kahwin. Mana kau tahu dia tak nak kahwin…Unless kau dah propose dia…” Harris terkebil-kebil merenung Din. Jawapan Din tu, masuk akal jugak. Tapi, sayangnya, sangkaan Din kali ini jauh meleset!

“Kau dah propose dia ke? Waahhhhh….diam tak diam kau dan Azah dah bersembang pasal kahwin. Ini tak boleh jadi….” Marah Din sambil tergelak-gelak. Harris menarik nafas geram.

“Din….apa yang kau fikir tu…salah! Aku dapat tahu dia tak nak kahwin sebab….” Harris terdiam sejenak. Takkan dia hendak membuka cerita tentang kisah antara dia dan Azah di tepi kolam renang di hotel tempohari? Nanti…ada gossip lain pulak yang timbul…

“Sebab?” soal Din tegas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 10:17 PM | Show all posts
“Sebab….aku terdengar dia bersembang dengan sorang staff kat Kuching itu hari…” tambah Harris. Din memandang Din sinis. Nampak macam tak percaya.

“Ah!! Sudah!!! Tak payah cakap lagi hal ni….mentang-mentang aku tak kahwin lagi, sibuk je nak matchkan aku dengan orang tu orang ni….” Harris menjuih bibirnya tanda protes. Din menarik nafas diam. Masih merenung Harris dengan pandangan kurang percaya.

“Eleh…tipulah tu….lubang hidung tu dah kembang kempis dah….” Din masih giat mengusik. Harris sudah mula cuak. Din dipandangnya menyampah. Kepala otak dia dia ni, kalau layan lama-lama, aku pun jadi 2x5 macam dia jugak. Baik diam saja… Harris mengatup mulutnya. Enggan bersembang panjang lagi. Moodnya terus berubah.

“Hahaha…macam perempuan datang bulan saja kau ni…angin satu badan! Rileksla…kenapa tiba-tiba nak angin…” Din masih dengan ketawanya. Harris menarik nafas lemah. Diam. Itu jalan terbaik untuknya buat Din.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 10:19 PM | Show all posts
objection! apsal cepat sgt hariss reveal pasal diri dia... ?
want2bhappy Post at 26-3-2012 13:41


sebab terkantoi dgn adik tiri dia...tapi, dia takla reveal diri dia betul2...just rough background...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 10:31 PM | Show all posts
“Apa?Apa?” soal Halim yang baru masuk ke dalam pejabat dari gudang belakang. Miah, Azah dan Ching sibbuk membaca memo yang baru saja ditampal di papan kenyataan. Halim turut mencelah.

“Annual dinner…” jawab Azah sambil mengundur diri, member laluan kepada Halim agar dia boleh membaca memo tersebut.

Azah duduk memeluk tubuh di tepi papan kenyataan. Bilik Harris yang berada di sebelahnya dikerling. Harris sedang tekun membuat kerjanya. Rajinnya…..

“Apa masquerade party tu?” soal Miah sambil menggaru dagunya. Halim dan Ching memandang Azah.

“Ala…pakai costumes ala-ala fairy tales, pakai topeng…macam dalam cerita The Man in The Iron Mask yang Leonardo Di Caprio berlakon tu…” jawab Azah.

“Wajib kena pakai topeng ke?” soal Halim gusar.

“Takdelah sampai jatuh hukum wajib….” marah Azah.

“Tahun lepas, kitorang sewa costumes dekat itu satu kedai. Banyak costumes cantik-cantik you tau…” Ching menokok tambah cerita.

“Mahal tak?” soal Azah. Halim dan Miah memandang Ching.

“Tengok jenis costumes la. Kalau nak survey, saya boleh bagi alamat kedai tu. Dalam website pun ada…” balas Ching.

“Haa…molek tu…molek..” Miah menyampuk. Mereka terangguk-angguk. Dalam diam, Harris yang berada di dalam biliknya tersenyum mendengar perbualan pekerja-pekerjanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 10:32 PM | Show all posts
“Kau dah survey kedai costumes tu?” soal Miah sambil bertenggek di meja Azah. Goreng pisang di meja Azah dicapai lalu terus saja disuap ke mulutnya tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu. Itu sudah menjadi perkara biasa di jabatan itu.

Pantang ada makanan free, tak kira di meja siapa pun, mereka pakat bantai makan ramai-ramai. Terutamanya budak-budak lelaki seperti Din dan Halim. Terkecuali Md. Noor, yang boleh dikira, ustaz di dalam jabatan itu. Sekiranya dia mahu makan sesuatu makanan, pasti dia akan berkata ‘Makanan sapa ni, aku amik sikit ye…’

Azah sudah hafal benar dengan kerenah budak-budak pejabatnya itu.

“Aku dah pegi tengok. Okay jugakla costumes dia. Ni catalog baju-baju dia yang aku sempat copy kat website dia..” kata Azah lalu menunjukkan catalog itu kepada Miah. Pantas Miah mengambil lalu meneliti satu persatu.

“Waa…bestnya…costume drakula pun ada….” kata Miah sungguh-sungguh.

“Apa? Apa?” entah dari mana sesat, Din dan Halim tiba di meja Azah. Pisang goreng yang cuma tinggal serbuk pun dicekup juga oleh mereka lantas dimasukkan ke dalam mulut masing-masing.

Halim, Din dan Miah sama-sama meneliti catalog di tangan Miah.

“Haa..kat mana kedai ni? Abang nak pergi!” soal Din pantas. Matanya tertancap pada gambar-gambar baju tersebut.

“Tak jauh, kat sebelah KLCC. Jomla kita pegi ramai-ramai. Nanti boleh dapat diskaun,” kata Azah lagi.

“Boleh gak,jimat sikit…” potong Miah.

“Kau nak pakai baju apa Miah?” soal Din dengan senyuman terkulat-kulat.

“Saya nak jadi princess lah. Ada baju princess tak kat sini?” pantas tangan  Miah mencari  gambar baju yang diingininya.

“Ada…ada…aku rasa ada,” kata Azah . Halim dan Din turut sama melihat. Harris kala itu yang melewati tempat mereka bersembang  segera dipamit oleh Din. Harris turut menghampiri mereka berempat.

“Kau pakai baju apa malam esok?” soal Din. Harris ni bukan boleh diajak berpakat dalam hal-hal melaram ni. Dia memang tak mahu ambil peduli langsung. 5 tahun makan malam tahunan yang dihadirinya, 5 tahun jugaklah dia datang dengan memakai t-shirt berkolar dan jeans sahaja. Harris memang sempoi!

“Ah! Aku tak nak pakai baju,” kata Harris. Tangannya menyeluk kocek seluarnya lalu dia bersandar di dinding memerhati gelagat kawan-kawannya. Din menggeleng kepala kesal. Dia nak jugak buat perangai selambanya ni….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 10:33 PM | Show all posts
“Okeh! Aku cabar kau! Esok malam, kau datang bogel aa….Azah, dengar sini baik-baik. Esok kau bawak kamera. Ambik gambar si Harris ni berbogel…” tersirap darah Azah tatkala namanya disebut oleh Din. Pulak tu, dikaitkan pula dengan perkatan ‘bogel’ pula! Sungguh kurang asam!

“Ah! Tak kuasa,” bentak Azah. Harris, Din dan Halim sama-sama tergelak lucu. Muka Azah yang merah padam benar-benar menarik hati bila dipandang.

“Kau nak pakai apa?” soal Din kepada Halim yang dari tadi asyik memerhati.

“Aku takde bajet nak sewa costume ni…kalau aku pakai baju PLKN adik aku boleh tak?”soal Halim meminta pendapat.

“Okey je….” Pantas Din menepuk bahu sahabatnya. Halim, Harris, Azah dan Miah tersenyum mengangguk setuju.

“Abang Din pulak, nak pakai apa esok?” soal Azah riang. Sepantas kilat, matanya bertembung dengan pandangan Harris lalu cepat-cepat dilarikan pandangannya. Harris turut tunduk bila pandangannya bertembung dengan Azah.

“Abang nak jadi polis esok. Kau pulak?” soal Din. Semua mata tertumpu kea rah Azah. Azah mengulum senyum simpul.

“Rahsia…” balasnya sambil ketawa. Sekali lagi, bilik Azah bergema dengan bunyi riuh mereka. Nasib baik si Rashid tak ada petang itu kerana menghadiri mesyuarat di luar. Kalaulah dia ada, jangan haraplah hendak bersembang besar seperti itu. Malah, langau pun takkan berani hendak berbunyi jika mood Rashid tidak baik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 10:33 PM | Show all posts
“Yang ni cantik!” tunjuk Yani kepada satu pakaian yang tergantung di penyangkut kedai sewa pakaian itu. Azah mengambil cuti hari itu. Jadi, pagi Sabtu itu sebelum makan malam tahunan, sempatlah dia mengajak Yani menemaninya ke kedai sewa pakaian untuk memilih baju. Hendak harapkan dia, dia sendiri kering idea.

“Baju apa ni? Macam kain ihram saja….” Azah memusingkan baju berwarna putih labuh dengan potongan lengan sebelah.

“Ini inspired by Helen of Troy la…zaman Athen dan Sparta, semua orang Yunani pakai macam ni la….” kata Yani. Azah menjelirkan bibirnya.

“Ko gila apa…sebelah bahu aku terdedah beb…” kusut otak Azah. Baju apa yang nak dipakai ni. Sesekali, ada majlis macam ni, hendak juga dia melaram. Tak nak kalah dengan pekerja-pekerja perempuan dari jabatan lain!

“Ini…tak nak?” soal Yani sambil mengeluarkan satu gaun labuh berwarna hijau muda. Azah memandang gaun labuh tersebut.

“Inspired by Lady Arween from The Lord of The Ring….” tambah Yani. Azah diam, merenung setiap inci gaun tersebut. Warnanya cantik. Fabriknya juga lembut, sedap badan memakai. Potongannya juga, tidaklah terdedah sana-sini. Cuma…betul-betul menampakkan susuk tubuh sajalah. Bolehkah?

“Okey tak?” soal Yani. Cerewet juga si Azah ni hendak memilih baju. Padahal, bukan baju kahwin pun!

“Cantiklah ni…kalau tambah aksesori, mekap ala-ala Lady Arween, aku rasa cantik ni….” tambah Yani setelah melihat Azah berdiam diri. Azah memandang Yani dengan mata terkebil-kebil.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 10:34 PM | Show all posts
cukuplah kot....sambung len kali lak....berdarah dah mata aku....ngantuk!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2012 10:42 PM | Show all posts
Fizziany,

Thanks for the entry.... Puas sesgt...

Lain kali, jgn lah "pause" terlalu lama.... Missing the entries soooo much.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 10:48 PM | Show all posts
auntie....
saya mintak mahaf ya...bukan takmau taruk n3, tapi memang tak sempat pegang komputer pun....kebetulan mlm ni free sikit...

kat opis, nak duduk pun kadang2 tak sempat...org asyik panggil saja.....sorry ya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 10:49 PM | Show all posts
Makan malam tahunan syarikat yang dinanti sejak seminggu lalu, kini dirai.  Holiday Villa Hotel yang menjadi tempat berlangsungnya acara bergemerlapan sejak pukul 7.00 malam tadi. Kaunter pendaftaran yang bermula jam 7.30 malam mula dibanjiri pekerja-pekerja syarikat itu.

Din Si Polis Pencen, Halim Peserta PLKN yang lari dari kem, Md. Noor Si Lanun berwajah baik dan Miah Puteri Cinderella sedang menunggu di tepi sudut untuk memasuki dewan hotel. Harris dan Azah masih belum sampai. 2-2 ni memang lambat.

Suasana di luar dewan hotel itu bising. Ngguuungggg…bunyinya macam bunyi sekumpulan langau yang menghurung ikan busuk. Masing-masing sibuk bersembang. Lensa kamera tidak henti-henti berbunyi. Miah sendiri, sudah 4-5 kali berposing, meminta Md. Noor mengambil gambar untuk kameranya.

Md. Noor yang baik hati, ikut saja perintah Miah itu. Yang penting, Md. Noor juga dapat tumpang bergambar menggunakan kamera Miah. Sekurang-kurangnya, ada juga gambarnya yang melekat nanti…

“Hah! Tu Harris!!!” kata Halim. Semua memandang ke pintu masuk luar dewan.

“Laaa…..dia buat jugak!” Din menggeleng kesal. Harris datang dengan t-shirt berkolar dan jeans sahaja.

“Degil dia ni…orang suruh pakai costumes tak nak…” marah Din sebaik harris menghampiri mereka dengan bersahaja. Senyuman tak lekang dibibirnya dengan lengan yang diseluk ke dalam kocek jeansnya.

“Aku dengar, malam ni, siapa yang datang tak pakai ikut tema majlis, ada denda…” kata Halim. Mereka tersenyum memandang Harris.

“Biarlah dia nak denda pun. Nak takut apa…” Harris masih berwajah selamba. Din menggeleng. Ikut dialah!

“Tu Azah!!” jerit Miah sambil tersenyum lebar melihat kea rah pintu. Semua yang ada menoleh ke belakang, memerhati pintu masuk dewan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 10:49 PM | Show all posts
Azah masuk terkocoh-kocoh dengan gaun hijau yang meleret. Terpaksa dipegang hujung kainnya agar kainnya diangkat sedikit bagi memudahkan Azah melangkah laju.

“Waaa……..ini baru betul-betul princess Miah…” Din dengan selamba menjerit. Azah melangkah masuk dengan gaun labuh hijau pucuk pisang Lady Arween, lengkap dengan tiara yang tersemat kemas di atas kepalanya. Rambut panjangnya yang selama ini selalu didandan rapi, kini bebas lepas. Beralun cantik bak sutera.

“Wooii…jangan pandang aku macam tu ah!!! Naik segan aku..” marah Azah sebaik dia menghampiri kawan-kawan sepejabatnya. Mata mereka terutamanya lelaki masih melekat padanya. Tak ketinggalan juga, mata beberapa lelaki lain yang melewati kawasan perbualan mereka.

“Cantik gila! Ni baju apa ni…kenapa aku tak jumpa baju ni sebelum ni…” teriak Miah sambil merapati Azah. Baju Azah dibelek-belek. Tiara di kepala Azah dipandang tak lepas. Tangannya gatal benar hendak menyentuh tiara itu.

“Dengkilah Miah tu…” terkekek-kekek Din mentertawakan Miah diikuti kawan-kawannya.

“Mana ada!  Abang Din ni pandai-pandai je…Tapi…lawa betullah kau Azah…” Miah masih memandang Azah yang berhias cantik. Wajahnya nampak berseri dengan solekan yang sempurna. Azah mula serba tak kena bila diri menjadi perhatian.

“Aku nampak over ke?” soal Azah kesal. Rasa menyesal pun ada bila memakai tiara yang berkilauan tu. Tapi, apa nak heran, orang lain pun, macam-macam ragam pakaian boleh dilihat. Dari pakaian lanun kapal yang terkandas di Pulau Carribean sehinggalah kepada pakaian Maharaja China yang merah menyala, semua ada! Jadi, tak menjadi masalah sepatutnya.

“Alahh…Azah ni, pakai apapun lawa…Kalau tak pakai apa pun, laaaaaagi cantik!” selamba Din mengusik.

“Woiii!!!! Gurau kasar!!!” Azah pantas membentak lalu menampar bahu Din dengan tas tangan kecilnya yang berwarna hitam, sepadan dengan kasut yang dipakai. Yang lain, senyum sumbing.

“Dah! Dah! Jom masuk…” Md Noor cepat-cepat memotong perbualan kawan-kawannya yang kian merapu. Azah angguk. Dari ekor matanya, dia sedar Harris merenungnya tanpa berkata sepatah apa. Azah mengumpul kekuatan, memandang kea rah Harris. Pandangan mereka bersatu. Aneh rasanya! Isk!

Harris senyum manis penuh makna. Senyuman yang diukir sedikit sahaja, tapi cukup memukau. Tepat memandang ke mata Azah. Saat itu Azah bagai terpukau. Terus kelu lidah Azah.

“Kau dengan Harris tak daftar lagi kan?” Miah mencuit lengan Azah. Pantas Azah menoleh kea rah Miah. Kemudian memandang kea rah Harris kembali. Harris menggeleng, sambil matanya tajam merenung Azah.

“Pergilah daftar dulu…nanti tak dapat cabutan bertuah pulak..” usul Miah. Harris masih memandang Azah. Kaget dan serba salah Azah jadinya. Tak tahu mengapa.

“Err..okey,” bagai orang bodoh, Azah melangkah ke kaunter pendaftaran ditemani Harris yang berjalan perlahan. Ada debar yang dirasakan Azah saat Harris berdiri disebelahnya semasa di kaunter. Berkerut dahi Azah. Kenapa dengan aku? Terketar-ketar macam orang buat salah? Kenapa? Hiiii….

“Cantik kau hari ni….” saat pen diserahkan kepada Harris, lelaki itu bersuara perlahan kepada Azah. Azah tergamam merenung Harris yang tersenyum manis. Aku benci senyuman ni!

“Macam katak pisang….hijau semacam…” sambung Harris lalu terus menandatangani kertas di meja pendaftaran. Azah terkedu seketika. Macam katak pisang?????? Grrrrr…

“Harrisssssssssss…..” panjang nama Harris dipanggil geram. Harris senyum gelihati lalu melangkah masuk ke dewan tanpa menunggu Azah. Azah mengepal penumbuknya. Kepala Harris dipandang dari belakang dengan pandangan yang kian kecil. Ada yang nak kena penumbuk malam ni!!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.072506 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list