CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adilla

PERLUKAH AKU?

  [Copy link]
Post time 27-10-2011 11:11 PM | Show all posts
b'cucuk tanam pun bole
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2011 08:26 AM | Show all posts
MINAH camne ari nie erkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2011 10:42 AM | Show all posts
uwaarrrrggghhh... tak cukup weh... minah ngan hj. din ni dah boleh bercucuk tanam ke??
asyriqa Post at 27-10-2011 18:22


erkkk...cucuk tanam...wahhh...mentang mentang sayur dah mahal...idea bagus..tanam serai daun kunyit daun pandan daun kesum...wah sure boleh buat duit..nak nak bunga kantan...mahal ooo...
bijak hj din ajar minah berekonomi..jana pendapatan dari rumah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2011 10:45 AM | Show all posts
erkkk...cucuk tanam...wahhh...mentang mentang sayur dah mahal...idea bagus..tanam serai daun kun ...
kaypo Post at 28-10-2011 10:42



   amboi2...bercucuk tanam pulak..pasti lepas ni sya kena brainwash lagi....kay..apa2 hal sya tunjuk ko ek...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2011 10:54 AM | Show all posts
amboi2...bercucuk tanam pulak..pasti lepas ni sya kena brainwash lagi....kay..apa2 hal sya  ...
Adilla Post at 28-10-2011 10:45



no hal...aku dah sedia ngan kete kebal......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2011 11:13 AM | Show all posts
no hal...aku dah sedia ngan kete kebal......
kaypo Post at 28-10-2011 10:54


pastikan keter kebal ko tu 200% kebal tau.......nanti tak pasal2 anak panah yg terbang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2011 11:28 AM | Show all posts
uikss.. nk wat mesyuarat tingkap ke bg aji
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2011 11:56 AM | Show all posts
pastikan keter kebal ko tu 200% kebal tau.......nanti tak pasal2 anak panah yg terbang...
Adilla Post at 28-10-2011 11:13



anak panah...wei..tak lut ler ngan kete kebal..nama pun kebal...silap haribulan anak panah tu melantun balik kena tuannya..

oooppp..sembang hari jumaat...mana hj din ni...tgh ready nak gi solat jumaat ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2011 12:24 PM | Show all posts
anak panah...wei..tak lut ler ngan kete kebal..nama pun kebal...silap haribulan anak panah tu  ...
kaypo Post at 28-10-2011 11:56



   haji din tengah ajar minah ikat tali leher....
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2011 01:51 PM | Show all posts
Reply 349# Adilla


kak...cakap kat Hj DIn.. ajo tie sama cam ner nak ikat tali leher tu...
mesti bestkan dapat belajo ngn Hj.DIn...
hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2011 02:02 PM | Show all posts
salam Rin... lama xdgr berita... cik cenggeng ni shat ke? dah ada baby ke? brp org? lepas nikah trus dpt lesen HM ke smpaikan tak jengah ke sini? newbee nmpak... lupa password e tak jumpa cari jln pulang ke WR?
Jaza2008 Post at 23-10-2011 01:10


Hi jaza2008...hehe..sihat sj....yup ada baby dah...baru 1 sj (9 bulan ++) hehe...ya la lama tak masuk kat sini smp lupa passowrd...boleh tak jaza2008 tolong bagi jawatan rin yg dulu hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2011 02:25 PM | Show all posts
kak..bila nak sambung nie hehe....cepat la sambung lagi....dah rindu nie hehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2011 04:48 PM | Show all posts
show time.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2011 04:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by Adilla at 28-10-2011 17:06

Haji Din memimpin aku dan didudukkan di birai katil. Aku terdiam bila Haji Din memberi isyarat suruh menunggu. Haji Din keluar dari bilik dan hilang entah kemana. Hampir sepuluh minit Haji Din kembali bersama satu kotak ditanganya. Aku cuba amati kotak yang berwarna biru gelap itu. Haji Din kembali duduk disebelah aku.

“Nah!” Haji Din menghulurkan kotak tersebut.

“Nak buat apa?” aku cuba merungkaikan tindakan Haji Din.

“Ini hadiah untuk Aminah Amia.” Jawab Haji Din sambil merenung aku.

“Apa ni?” sekali lagi bertanya.

“Cuba buka.” lembut Haji Din menyuruh. Matanya terarah pada kotak yang berwarna biru itu. Perlahan-lahan aku buka penutup kotak tersebut dengan dada yang berdebar. Tidak pernah seumur hidup aku menerima hadiah walau sekeping kad.

“Apa ni Haji Din?” tanya ku sebak.

“Hadiah untuk isteri saya Aminah Amia.” Jawab Haji Din tenang. Aku dah pandang Haji Din. Kenapa ini yang diberikan. Aku tidak pernah terniat untuk meminta-minta dan mengambil peluang atas gelaran yang ku sandang.

“Minah tak boleh ambil. Cantik sangat dan pasti mahal.” Ada airmata yang mengalir. Untuk apa semua ini. Aku tidak memerlukan.

“Jangan begitu Aminah Amia. Ini ikhlas dari saya kerana Aminah Amia sudi menerima saya sebagai suami.” Terang Haji Din lagi. Lembut bicara Haji Din kali ini. Bagaikan lelaki ini mahu aku bersedia untuk berbincang sedalam-dalamnya hubungan kami.

“Minah menerima Haji Din bukan kerana ini semua. Minah menerima Haji Din dulu kerana terpaksa tetapi Minah menerima Haji Din sekarang kerana hati Minah untuk Haji Din yang telah mengangkat darjat Minah sebagai isteri dan pendamping Haji Din.” Lancar aku meluahkan apa yang aku fikir sejak melihat lelaki ini keluar dari pintu masjid di Putrajaya tadi. Sebak yang ditahan, airmata sudahnya.

“Jangan menangis sayang, saya berikan ini semua kerana rasa kasih sayang untuk Aminah Amia. Walau baru seminggu kita berkahwin tetapi saya dapat menerima yang Aminah Amia memang ditakdirkan melengkapkan hidup saya. Walau Aminah Amia muda dari saya hampir dua dekad, tetapi saya senang dengan isteri saya yang sentiasa menurut kata dan menyenangi hati saya.” Jari Haji Din menyapu airmata yang mengalir lesu. Tidak sangka Haji Din menerima aku seadanya walaupun banyak kekurangan aku dari kelebihan. Aku tidak pandai masak. Aku tidak pandai berdandan. Aku tidak pandai nak berlawan cakap. Aku sedar semua itu.

“Terima kasih Haji Din. Terima kasih.” Luah ku sambil mencium tangan Haji Din. Satu kucupan melekat didahi ku sebaik saja kami bertemu pandang.

“Mari saya pakaikan.” Pinta Haji Din sambil mengeluarkan seutas rantai leher dari kotak tersebut. Aku beralih duduk dan membelakangkan Haji Din sambil mengangkat rambut yang lepas dibahu ku. Haji Din menyarungkan rantai tersebut dan sekali lagi satu kucupan melekap dibahu aku. Sepasang subang berbunga matahari disematkan ke dua cuping telinga aku. Simple tapi menarik.

Haji Din menarik tangan kiri aku pula dan mengenakan seutas rantai tangan yang juga berbunga matahari yang comel tergantung. Selesai itu Haji Din mengucup tangan aku pula dan menarik aku bangun. Kemudian Haji Din mencangkung lantas memakaikan seutas gelang kaki tidak berloceng tetapi bergayut sebiji bunga matahari di tepi kacing gelang tersebut. Kemudian Haji Din membawa aku menghampiri meja solek dan memegang kedua bahu aku.

“Cantik tak?” tanya Haji Din.

“Cantik, Minah suka.” Jawab ku jujur sambil memegang buah rantai berbunga matahari. Gelang juga ku usap dan hiasanya menarik perhatian aku. Tak sangka Haji Din pandai memilih.

“Bila Haji Din beli?” tanya ku sambil mengadap Haji Din semula.

“Semalam! Balik dari pejabat saya singgah beli kat Habib.” Terang Haji Din.

“Kenapa beli?” tanya aku.

“Kan saya dah terangkan tadi. Saya tak mahu Aminah Amia tanya lagi okey.” Jawab Haji Din tenang. Aku hanya menganggukkan kepala dan berjanji tiada lagi soalan berbentuk begini kerana Haji Din sudah menyatakan bahawa apa yang diberikan pada hari ini tanda terimakasih dan sayangnya pada diri aku. Sudah cukup bagi aku.

“Jom!” ajak Haji Din. Nak kemana pula ni?

“Kemana?” tanya aku sambil mengikuti langkah Haji Din yang menarik aku bersamanya. Kami keluar dari bilik.

“Kita lepak kat bilik bacaan.” Ujar Haji Din. Memang dalam rumah ini ditingkat atas bersebelah dengan bilik tetamu, Haji Din menyediakan sebuah bilik untuk lelaki ini menyelesaikan tugasannya yang tertangguh. Bilik ini juga dipenuhi dengan buku-buku rujukan dan bacaan ringan. Kadang kala jika tiada apa yang hendak dilakukan, aku turut melepak dalam bilik ini sementara Haji Din menyelesaikan kerjanya. Dalam bilik tersebut dilengkapi television dan computer.

Aku mengambil tempat di sofa berkembar dua sementara menunggu Haji Din mencari sesuatu dalam laci meja kerjanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2011 04:51 PM | Show all posts
“Kita main Dam nak tak?” tanya Haji Din. Macam budak kecil pula aku rasa bila Haji Din bertanya demikian.

“Dam? Minah tak pandai main sangat.” Luah ku. Memang aku ini agak lembab dalam permainan duduk dan fikir ini. Kalau berlari atau melompat serah saja pada yang pakar iaitu akulah.

“Tak mengapa, saya ajar. Meh duduk kat bawah ni.”Ajak Haji Din. Kami duduk bertentangan. Haji Din membuka tapak dam dan terus menyusun buah dam yang berwarna hitam dan aku membantu untuk berwarna merah. Setakat susun aku tahulah.

“Minah jalan dulu.” Arah Haji Din.

Aku pun menolak buah dam pertama. Kemudian giliran Haji Din pula. Kami bermain sambil gelak ketawa. Kadang kala aku buat ‘U’ turn bila tidak berpuas hati melihat Haji Din makan buat aku sampai empat biji. Haji Din yang tadi tenang pada pemulaan permainan seakan geram dengan tingkah aku. Sempat juga jari aku dijentik bila aku teragak-agak nak melangkahkan buah dam aku. Sempat lagi aku turun kebawah untuk mengambil air kopi Haji Din yang tertinggal tadi. Haji Din pula memeriksa semua pintu dan tingkap sebelum menutup suis lampu. Kemudian kami naik semula dan menyambung permainan yang terhenti tadi. Sebanyak dua pusing aku masih kalah. Haji Din dah gelak-gelakkan aku. Tadi lelaki ini berjanji untuk mengajar aku tetapi sebaliknya aku dibuli.

“Minah tak mahu mainlah. Haji Din main tipu.” Marah ku. Geram bersisa bila kalah kali ketiga.

“Saya tak main tipulah. Aminah Amia yang tidak berhati-hati. Patutnya fikir dahulu sebelum bertindak.” Ujar Haji Din membela diri.

“Tak kira..tak kira…Minah nak menang juga. Kalau tidak Haji Din main seorang-seorang.” Ugut aku sambil mengatur kembali buah dam tersebut. Aku tidak puas hati ni.
Haji Din tergelak dengan gelagat aku dan lelaki itu dalam rela tapi terpaksa meneruskan permainan ini. Sengaja Haji Din melengah-lengahkan gilirannya membuat aku tidak sabar. Haji Din memang sengaja.

“Cepatlah!” bentak aku geram. Haji Din dah mengeleng kepala.

“OK!” balas Haji Din dan menolak sebiji buah dam. Aku terpegun. Dalam kepala otak terfikir-fikir jalan seterusnya. Mata aku dah bersinar. Aku dah nampak sesuatu. Jaga Haji Din. Kali ini pasti Haji Din kalah. Aku mengambil sebiji buah dam Haji Din dan meletakkan bersama buah dam yang sudah dimakan.

“Kenapa pula ni?” tanya Haji Din hairan.

“Siapa suruh tak makan. Kan dah kena.” Jawab aku selamba. Lantas tangan aku mengatur stategi yang ada dalam kepala otak aku tadi dan akhirnya aku mendapat HAJI. Muka Haji Din dah kelat. Hahaha…pasti kali ini juara dalam tangan aku.

“Betul ni?” tanya Haji Din minta kepastian bila melihat aku berpuas hati dengan giliran aku.

“Betul!” jawab aku dan memandang Haji Din dengan senyum melebar.

“Lepas ni tak boleh patah balik.” Luah Haji Din lagi.

“Pasti tak patah balik.” Dengan yakin aku menjawab.

“Okey!” sepatah Haji Din menjawab dan dengan satu langkah aku dah tergangga. Buah HAJI aku dah kena telan. Lama terdiam sambil memandang papan dam tersebut.

“Macam mana boleh jadi macam ni?” tanya ku sambil mengaru kepala. Rambut yang diikat dah tak serupa apa.

“Tak boleh ‘U’ turn.” Amaran Haji Din.

“Minah tak nampaklah tadi.” Alasan aku. Memang aku tidak duga tindakan aku telah membahayakan buah HAJI aku.

“Saya tak perduli. Dah bagi amarankan.” Jawab Haji Din tanpa berkompromi.

“Tak nak mainlah.” Rajuk dan terus menolak papan dam tersebut. Akibat tindakan dari aku, semua buah dam dah beralih tempat. Haji Din dah pandang aku semacam.

“Maafff!” jawab aku lantas terus lari keluar dari bilik tersebut. Tinggalkan Haji Din dengan papan dam yang dah berselerak. Kalau aku tunggu pasti dah kena.

“Aminah Amiaaaa!” terdengar jerit Haji Din. Aku terus masuk bilik dan bersembunyi dibawah selimut. Sambil itu aku tahan ketawa. Tetapi badan aku yang terhinggut-hinggut ini menahan dari ketawa tidak selamat rupanya.

“Ohhh…nak menyorok yeh isteri saya ni.” Tiba-tiba Haji Din menarik selimut.

“Minah tak sengaja. Maafkan Minah.” Jawab ku sambil ketawa.

“Ohhhh….budak nakal.” Ujar Haji Din geram sambil turun melabuhkan tubuhnya disamping aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2011 04:53 PM | Show all posts
“Minah minta maaf.” Jawab ku tetapi ketawa pecah lagi bila Haji Din mengeletek pinggang aku.

“Ok!..ok!...tolonglah Haji Din. Tak naklah.”rayu aku sambil ketawa.

“Nak buat lagi?” tanya Haji Din serius.

“Tak! Tak! Ampunnnn…”jawab aku bersama sisa ketawa.

“Kalau buat lagi pasti kena teruk dari ini.” Ugut Haji Din sambil baring sebelah aku.

“Okkkk….Minah janji.” Pinta ku. Haji Din diam dan aku turut diam. Melepas lelah dari ketawa tadi. Siling yang berukir menjadi tatapan mata kami. Lama kami melayan perasaan.
Hanya satu permainan kami menjadi seperti kawan. Menjadikan seperti sudah lama berkenalan. Menjadikan aku seorang budak nakal dan menjadikan Haji Din kembali muda dari usia. Minah kau dah pandai bezakan usia Haji Din iya. Menjadikan kami cuba mengeratkan hubungan.

“Aminah Amiaaa..”lembut Haji Din memanggil nama aku. Itu yang buat aku leleh.

“Iya!” jawab ku tanpa menatap wajah Haji Din.

“Aminah Amia bahagia?” terus Haji Din bertanya.

“Hah!” jawab ku terkejut. Kenapa Haji Din berkata demikian. Adakah Haji Din tidak bahagia dengan aku.

“Tak mengapalah. Aminah Amia tidurlah. Dah lewat sangat ni.” Haji Din mengubah topik yang dia sendiri luahkan.

“Kenapa Haji Din tanya begitu?” aku tak puas hati.

“Tidurlah. Lupakan apa yang saya tanya tadi.” Jawab Haji Din sambil membetulkan selimut aku.

“Minah tak nak tidur. Minah nak tahu kenapa. Haji Din dah tak suka Minah ke? Haji Din tak bahagia dengan Minah ke?” bagaikan peluru M16, aku menembak Haji Din dengan pertanyaan demi pertanyaan. Dari baring aku terus duduk.

“Aminah Amia, jangan begitu. Mari tidur.” Ajak Haji Din yang dah berbaring sebelah ku. Tangannya menarik aku supaya kembali berbaring. Aku mengeraskan diri.

“Tak nak! Minah tak nak tidur. Minah nak jaga je.” Rajuk ku dan ia berjaya membuat Haji Din pun duduk semula.

“Isteri saya dah pandai merajukkan.” Ujar Haji Din sambil menarik hidung aku.
Untuk menunjukkan pemberontakkan, aku memeluk tubuh dan masih mengeraskan diri. Haji Din dah tersenyum. Siot je. Aku tengah marah dia boleh senyumkan aku pulak.

“Marilah tidur.” Ajak Haji Din. Tangan sasanya menarik-narik tubuh aku.

“Tak nak! Minah nak Haji Din ulang apa yang Haji Din cakapkan tadi.” Pinta ku sebak. Iyalah tiba-tiba ditanya ayat sebegitu mahu tak aku terkejut. Macam menyesal saja Haji Din.

“Okeylah, saya ulang. Saya nak tanya adakah Aminah Amia bahagia….” Ayat Haji Din tergantung. Aku dah mula nak marah.

“Kenapa ayat tergantung?” dalam geram aku bertanya.

“Nak tahu sambungan ayat dia tak?” tanya Haji Din bersungguh-sungguh.

“Nak! Nak!” teruja aku nak tahu.

“Ok! Saya nak tanya, adakah Aminah Amia bahagia bermain DAM dengan saya tadi.” Jawab Haji Din selamba. Aku pandang Haji Din. Rasa pelik pula soalan itu. Dalam berfikir aku bertanya. Bahagia bermain DAM!. Haji Din kenakan aku….huhhh…

“Dahlah Minah nak tidur.” Rajuk sambil menarik selimut menutup seluruh tubuh ku.

“Ekkkk…tak nak jawab ke? Tadi beriya-iya bertanya.” Jawab Haji Din dari luar selimut.

“Tak nak! Haji Din main tipu.” Ujar ku bersama rajuk. Minah dah pandai merajuk.

Terdengar tawa Haji Din dan ia menambah sakit hati aku. Dalam menahan geram, tangan sasa itu menarik selimut dan menyapa pandangan dengan aku.

“Tidur sayang, dah lewat sangat.” Tegur Haji Din bersama kucupan di dahi. Bibirnya tersenyum dengan tingkah ku.

“Haji Din tak nak tidur?” masih ingin bertanya lagi.

“Tidurlah, takkan saya nak tinggalkan isteri saya tidur sendirian.” Lembut Haji Din menjawab dan kepalanya diletakkan dibantalnya sambil memandang ku. Tekun lelaki itu menenung aku.

Aku yang pelik dengan renungan Haji Din, terus memejamkan mata. Selang lima saat aku buka mata ku kembali. Haji Din masih merenung aku. Seriaulah.

“Kenapa pandang Minah macam itu?” pelik dengan pandangan Haji Din.

“Saja nak pandang.” Jawab Haji Din yang masih terus merenung aku. Cucuk mata baru tahu.

“Tidur!” Aku pula memerintah Haji Din supaya tidur sambil jari jemari ku menutupkan mata Haji Din. Tindakan itu membuat tangan aku di menjadi tahanan jemari Haji Din lantas dikucup lembut. Aku dah tak tentu arah. Agak-agaklah Haji Din ni.

“Selamat malam Haji Din.” Ucap ku untuk mengendurkan rentak dijantung.

“Selamat malam sayang.”ucap Haji Din dan menarik aku dalam pelukan. Aku dah terkaku. Haji Din dah buat dah. Tangan lelaki itu masih di pinggang ku bila aku bergerak tetapi matanya tertutup. Sedikit pun tidak dilepaskan. Rasa selamat bertandang dihati bila Haji Din berbuat begini. Setiap malam dah terbiasa dengan pelukannya. Akhirnya aku terdengar dengkuran halus dari lelaki disebelah ku.

“Selamat malam Haji Din. Mimpi yang indah iya.” Ucap ku perlahan dan akhirnya aku juga terlena bersama senyuman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2011 05:03 PM | Show all posts
selamat beradu hj din.. slmt beradu minah... hihihihi... super duper like dgn progress hj din+minah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2011 05:21 PM | Show all posts
aiseh...
minah dh pandai merajuk manja...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2011 05:23 PM | Show all posts
Belum ada lagi kelas Biologi ni. Ingat dah mula, rupanya main dam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2011 05:25 PM | Show all posts
aik kak...
dah abis ker???
cepat nya abis...
ke tie baca laju sangat???
hahah..
kak tolong bg tau Hj.din.. Tie nak jugak rantai cam minah...
yang dari habib tu.. ahhahah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.053671 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list