|
|
CnP Public Health Malaysia
Puas Sental Pakai Sabun Pemutih, Tapi Leher Masih Hitam?
Dengar sini.
Kalau anda ada tompok gelap di celah leher, ketiak, atau celah paha yang teksturnya rasa kasar dan tebal macam baldu.
BERHENTI SENTAL.
Itu bukan daki sebab anda pengotor. Itu bukan sebab anda tak pandai mandi.
Itu adalah Acanthosis Nigricans.
Ia adalah jeritan badan anda memberitahu: "Sistem Insulin aku dah jem!".
Ini tanda klasik Rintangan Insulin (Insulin Resistance) atau simptom awal Kencing Manis Jenis 2.
Bila badan anda terlalu banyak gula dan insulin bekerja terlalu keras, sel-sel kulit di kawasan lipatan akan membiak dengan laju dan menjadi gelap.
Apa nak buat?
Buang sabun pemutih viral yang anda beli tu. Ia takkan jalan.
Cara nak hilangkan hitam ni cuma satu: TURUNKAN PARAS GULA & BERAT BADAN.
Bila gula terkawal, insulin stabil, kulit tu akan cerah balik sendiri. Ajaib kan?
Soalan min min, bila kali terakhir anda cek bacaan gula dalam darah? Jangan tunggu sampai kaki kena potong baru nak menyesal.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
CnP Public Health Malaysia
Sangguplah Badan Jadi 'Tong Sampah Kimia' Sebab Nak Makan Cara Mudah?
"Saya makan nugget, sosej, dengan ramen ni je. Senang, jimat masa! Rasa pun sedap, anak-anak pun bertambah makan. Tak payah pening nak masak."
.
Tahu tak kenapa rasa dia "sedap" sangat sampai awak tak boleh berhenti mengunyah? Sebab itu bukan makanan dalam erti kata sebenar. Itu adalah Ultra-Processed Food (UPF) campuran bahan industri yang direka khas untuk 'menipu' otak awak.
Ramai yang terpedaya, mereka sangka sosej itu daging dan nugget itu ayam. Hakikatnya, ia adalah sisa protein yang dicampur dengan pengemulsi (emulsifiers), penstabil, pewarna, dan pemanis tiruan yang awak sendiri pun tak boleh sebut namanya di dapur rumah.
.
Bila bahan-bahan ini masuk ke dalam badan, mereka bertindak seperti 'dadah'. Mereka memintas isyarat kenyang (leptin) dan mencetuskan lonjakan Dopamine yang melampau.
Anda bukan makan untuk kenyang, awak sedang melalui fasa ketagihan yang sama macam nikotin dan alkohol.
.
Dalam sains perubatan, kita panggil fenomena ini sebagai Hyper-palatability.
Apa Kesannya Pada Badan Anda?
1. Dopamine Hijack
Otak dah tak kenal rasa makanan sebenar. Epal atau pisang rasa hambar sebab otak dah biasa kena 'bom' dengan perisa MSG dan pemanis sintetik gred tinggi.
2. Bahan kimia pengemulsi dalam UPF menghakis lapisan mukus usus. Akibatnya, toksin dan kuman mudah masuk ke dalam aliran darah dan mencetuskan keradangan kronik.
3. Kajian terbaru mengesahkan pengambilan UPF secara kerap meningkatkan risiko kanser, penyakit jantung, obesiti, dan gangguan mental (anxiety) secara drastik.
.
Berhenti jadi mangsa eksperimen syarikat gergasi. Mereka jadi kaya raya, tapi anda yang jadi 'kaya' dengan lemak tepu dan penyakit kronik. Anda bukan lapar, awak cuma kena 'drug' dengan campuran kimia yang dibungkus dalam plastik cantik.
.
Nak badan sihat?
Makanlah makanan yang ada 'nyawa' (Real Food). Ikan, telur, sayur-sayuran segar. Bukan 'bahan makanan' yang keluar dari kilang dalam bentuk kiub atau kepingan segera.
Maruah badan anda & keluarga lebih bernilai daripada sekeping nugget murah.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|