CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_iddine

Maid filipina islam

  [Copy link]
Post time 3-12-2012 11:20 PM | Show all posts
Innovedge ni cam byk pulak dgr story2 x best...
Aku ni cadangnyer x moh pkai maid dh biler current maid nk blk for good dec nxt yr..
But hubby ckp, nk pkai pinoy... Psal keje2 umah n nk tunggu bdk2 kt umah lps skolah..
Tp dgrnyer, byk jer agen2 pinoy amik kesempatan.. Cari ntah mna2 pinoy, keje 3 bln n chow.. Pastu keje kt tmpt lain..
Mungkin dh tiba msa x pkai maid dh lps ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2012 06:07 PM | Show all posts
eddina_14 posted on 21-11-2012 10:26 AM
dzeck...
Mostly pinoy maids tak faham bahasa melayu. They can either speak english and tagalog.
...


Eddina i am very upset with Lyn, the agent that you had recommended.tak sangka dia sanggup menipu..mula2 i tanya dia about muslim maid which i mentioned i nak in January 2013. then dia kata bulan January 2013 takde sebab banyak majikan nak ambik so dia suruh ambik sekarang.so i ambik maid tu on temporary basis. she told me i have to pay RM1000 for her fees for 3 months using temporary maid with a salary of RM1200. so dia bagi i maid and this maid tak pernah kerja rumah orang except at resort which she said very hardworking. the maid takde experience jaga budak bawah 2 tahun so i send my toddler to nursery with the rate of RM400 per month. the maid cant cook and i have to wake up every morning to cook for breakfast, lunch, dinner. kerja dia house work and tengokkan anak i 5 orang age 14 the eldest no 5 3 yrs. no 6 i send to nursery. bila waktu pagi maid selalu bangun lambat. pukul 630 baru nak bangun and at one time i tegur dia sbb i bangun pagi masak untuk anak2 and i am late to office. at one time my toddler almost choking sbb dia bergayut kat hand phone and anak i muntah susu sebab dia terlebih tuang susu kat mulut anak i. anak i muntah membuak buak satu rumah , i panik sangat and masa nak rushing to the hospital i jatuh terpelanting terpijak muntah susu masa kelam kabut nak ke hospital nasib baik badan terhempas dan kepala tak terhantuk ke lantai. bila i balik dia kata nak resign and the agent pujuk suruh stay. bila i tegur hal waktu pagi , maid nangis2 nak balik.  i send her back atas cadangan agen. i pay the 8 days salary Rm320 dan lepas tu agen tak ganti orang seperti yang dijanjikan. i was very upset . with all the sms and phone calls, she did not pick up the phone. now baru i belajar kalau ambik ejen tak berdaftar ni memang risiko besar sbb klu dia lari dgn duit u walaupun sikit nak cari kat mana? klu company boleh pegi Tribunal Pengguna. kira i rugi Rm600 untuk 2 bulan temporary maid yg dia charge i for the service. dia kata klu ambik permanent the maid, the fees would be Rm2.5k. i memang bengang sangat2 sbb sebelum ni almost nak kena tipu RM3k dgn agen indon. tunggu berbulan maid tak sampai dan duit dah bayar. nasib baik i dapat balik RM3k. then pergi agensi Job Enrich paid RM4300 to take Sri Lankan Maid, the maid tak nak datang dan the deposit refunded to me is only RM3800. RM500 tu admin fees katanya sbb maid tu tak nak dtg but i dah sign borang nak ambik, all the phone calls to sri lanka....sigh......

eddina..if you can help me to call Lyn and ask her to settle this with me amicably..i would appreciate that..tell her refund my money or get replacement for me...i tak sangka since you mentioned b4 this all the while she's being so professional...i dont blame you well maybe people ada yg menangguk di air keruh dan kita ni jgnlah percayakan org..leason learned for me.. Last edited by cmf_iddine on 19-12-2012 06:18 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2012 06:14 PM | Show all posts
Ly78 posted on 3-12-2012 12:57 PM
Nak share pengalaman... Maid pinoy muslim sy yg sy ambil dr innovedge middle jan thn ni telahpun sy  ...

innovedge bagi i biodata mmg impressive.. with the pdf interview forms, video youtube maid tengah buat kerja...maid pun ada pengalaman kerja di middle east..i masa tu tengah riki nak pilih sri nadin or innovedge. tak dinafikan innovedge punya biodata muslim maid impressive dan banyak compare to others. tapi bila i baca your komen, lepas 3 bulan warranty period agen cuci tangan klu ada masalah, i changed my mind..walaupun fees dia slightly cheaper than sri nadin but i dont want to take a risk..thank you for posting those comments. i deal with christie and stella and they sound very proffesional tapi sebelum dpt duit kan...kita tak tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 12:49 PM | Show all posts
cmf_iddine posted on 19-12-2012 06:14 PM
innovedge bagi i biodata mmg impressive.. with the pdf interview forms, video youtube maid tengah  ...

iddine.. I can vouch that Stella and Christie walaupun sound very professional... lepas warranty period tengok la how they lepas tangan dengan jayanya. +__+

I was SO frustrated.

The reason I amek maid dgn deyols pun sebab they had a lot of biodatas available.

Nak share citer, my old maid yang dah 3 tahun kerja dengan I pergi X'Mas gathering semalam and tak balik2. This is after I paid another RM9k to bring her back in (sebab after 2 tahun kata takmo sambung kerja, tup2 balik Philippines tak menyempat2 nak balik kerja) Amek balik through Innovedge and I dah citer dah kat post belakang how susah they made it for me.  Second round ni, dia kerja 4 bulan and lesap begitu sahaja. I percayakan dia sebab selama ni kalau keluar, OK aje.. balik dengan selamat. Keluar pun dengan auntie and cousin dia yang memang kerja kat KL ni jugak.

Masa buat police report, the policewoman yang amek report kata... sekarang ni takde beza dah Indon dengan Pinoy dalam bab2 lari dari majikan. Dulu Pinoy jarang buat kerja gini but nowadays sebab demand tinggi they choose to work as live-out maids and masa kerja pun tertentu (i.e. 8am-8pm)

Moga dipermudahkan Allah SWT all our efforts to keep our homes running smoothly. Aamiin.


Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 12:50 PM | Show all posts
cmf_iddine posted on 19-12-2012 06:07 PM
Eddina i am very upset with Lyn, the agent that you had recommended.tak sangka dia sanggup menip ...

I rasa I ada baca pasal this Lyn on expat-underground punya website.

Banyak kes kekenchengan telah berlaku katanya.

Sebbaek I didn't call her yet.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2013 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_iddine posted on 19-12-2012 06:14 PM
innovedge bagi i biodata mmg impressive.. with the pdf interview forms, video youtube maid tengah  ...


I deal dgn christie lah thn lps... Masa memula nak duit kita mulut sgtlah manis... Lps 10 bln kerja maid nak berenti bawak jumpa dia terus dia kata kalau maid sudah tamo kerja dia tak bleh buat apa2... Dlm agreement yg maid sign ada tulis majikan berhak potong gaji kalau maid tak habis kontrak... Tp tak detail brapa exactly amount yg majikan boleh potong... So, sy rasa tertipu sbb amount yg sy request christie kata tak boleh... Cuma boleh potong rm1500 shj... Fikirlah kalau lps 3 bln warranty habis, maid tamo kerja nangis2 bg alasan mcm2 kata dah tamo kerja sedangkan duit dah lebur kat agent lbh dr 10 ribu, sapa yg rugi????... Maid sy sendiri ada terlps ckp pd sy masa raya thn lps sy tak bawak dia balik kampung, tinggalkan dia di hostel yg innovedge sediakan... Maid sy bgtau yg david (one of the shae partner) pesan kan dia, kalau dia tak happy kerja dgn sy, bgtau dia & dia akan tolong carikan majikan lain... Sbb tu maid sy dgn senangnya mintak sy hantar dia balik ke agent bila dia dah tamo kerj dgn sy sbb dia tahu agent akan protect dia... Lg satu nak share cerita pasal innovedge ni, sy dah pulangkan maid sy kat innovedge pertghan bln nov 2012.. Tp dlm dua minggu lps dia friend request sy kat fb nak tunjuk yg dia bahagia slps berhenti kerja dgn sy sedangkan innovedge ada email sy checkout memo yg sepatutnya maid sy keluar pd atau sblm 12/12/12... So, sy dah buat police report utk protek diri sy sbb sy dah amanahkan innovedge utk hantar maid sy balik tp kenapa dia masih kat sini... Bukti dia masih disini ialah gambar2 dia kat fb tgh celebrate christmas 25/12/12... Bila sy call mintak ckp dgn christie mcm alasan reception bg... So, awal minggu ni sbb sy tak dpt ckp dgn christie, sy dpt ckp dgn stella dan tanya dia kenapa maid sy overstay??? Dia ckp, diorg extend maid sy.... Mmg sy tahu majikan atau agent bg pihak majikan bleh request extent maid tp atas tujuan apa????...   Last edited by Ly78 on 12-1-2013 12:32 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2013 07:49 PM | Show all posts
Ly78 posted on 12-1-2013 12:27 AM
I deal dgn christie lah thn lps... Masa memula nak duit kita mulut sgtlah manis... Lps 10 bln ke ...

Ohhh... padaaaaanlah masa akak nak hantar Analisa (the first Pinay maid I took with them) balik, pihak Innovedge (Stella) kemain BERKERAS suruh akak hantar dia balik ke agency and kata THEY will do the checkout memo.  Suami akak dah kata dah... ini sure ada meatball di sebalik spaghetti... MUSTI ada sebab derang beria2 kata DIA yang akan buat checkout memo untuk maid yang nak dihantar pulang tu.

Lepas akak baca citer @Ly78 ni... terang lagi bersuluh la.  They wanted to take the maid back, extend her stay and RECYCLE kasi kerja dengan majikan lain. Dari akak dapat RM10k, dari majikan baru another RM10k... pastu 4 bulan gitu, maid DISURUH "buat tahi" lagi dengan majikan supaya boleh di-RECYCLE semula. Another RM10k for them. Tak gitu? Nasib baik akak buat check-out memo sendiri (takes only 5 minutes kat Imigresen Jalan Duta). Dia dah tak ada choice dah, terpaksa hantar balik jah.

Akak speku maid lama akak yang tak balik2 dari "perayaan" Xmas baru2 ni tu pun diSURUH blah dari rumah akak.  Sebabnya maid akak tu kira direct hire, akak cuma guna khidmat Innovedge utk bawak dia masuk.  Christie ada komen pada akak, "your maid is so good, ah? Very clever, very good work, very hard-working.." Memang pun... Surely dia gula2kan maid akak ni, suruh cabut lari then dia boleh jual high price to some expat employer willing to bayar harga tinggi kat dia.

Possibility besar tu.

Maknanya BETUL sangat speku akak tentang Innovedge ni.  Kita patut bukak satu blog/website di mana kita share citer pasal agency/hamlau2 agen perseorangan yang MENIPU atau tak professional pasal maids ni. So that esok2 kot orang buat Google Search, website tu terpampang first result. Sah2 Innovedge hampeh!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 07:53 PM | Show all posts
Maid sy bgtau yg david (one of the shae partner) pesan kan dia, kalau dia tak happy kerja dgn sy, bgtau dia & dia akan tolong carikan majikan lain... Sbb tu maid sy dgn senangnya mintak sy hantar dia balik ke agent bila dia dah tamo kerj dgn sy sbb dia tahu agent akan protect dia


@Ly78 EXACTLY jugak berlaku dengan akak... My first maid tu kemain CONFIDENT dia boleh dapat majikan baru di tengah2 contract dgn akak, tukar majikan suka-suki makpak dia sebab DAVID (laki Christie tu, owner of Innovedge) said the same thing to her.  Dia tak sedor gamaknya akak yang dah bayar RM 10k ni ada hak buat check-out memo and kick her back to Cagayan d'Oro. Which is exactly what I did.

Sorry bertubi2 reply. Akak emo subjek Innovedge hampeh ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2013 07:56 PM | Show all posts
Kesimpulan: Innovedge hanya menjaga hak maids tapi hak majikan langsung tak diendahkannya.  Kalau amek maid dgn deyols, bernasib baik dapat yg betul2 serasi dan sesuai... Alhamdulillah.  Tapi kalau ada problem... SIAPlah... Majikan akan left melopong.

(OK this is my last.. for the day.. Mintak mahaaaap... )
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2013 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
akakbosan posted on 15-1-2013 07:56 PM
Kesimpulan: Innovedge hanya menjaga hak maids tapi hak majikan langsung tak diendahkannya.  Kalau am ...

Sy "TERSANGAT" menyesal pulangkan maid sy pd innovedge... Kalau sy tahu diorg nak buat mcm tu lg bagus sy yg buat sendiri checkout memo & hantar dia balik... So, pd sesapa yg blum terkene mcm sy silalah berhati2... Pd sesapa yg dah amik maid, kalau maid buat hal mintak balik, sy rasa ada lbh baik majikan sendiri yg buat checkout memo & hantar dia balik... So, tadelah kes overstay atau agent ambil peluang utk jual maid pd majikan lain... Kita sebagai majikan sebenarnya ada hak utk hantar maid tu balik sendiri tp sy tak tahu... Bila dah terkene mcm ni terasa sgt2 menyesal... Mcm kes sy, walau maid tak habis kontrak gaji dia sy tetap tak boleh potong bnyk sbb innovedge kata nak kene cover flight ticket utk dihantar balik... Ntah betul ke tidak atau sebenarnya aku dah kene kencing dgn diorg... Yg makin kaya agent, yg papa kedana majikan... Yg seronok maid... Sbb maid sy ada bgtau sy, kalau dia tukar majikan, dia bleh dpt gaji rm1200 sbb dah ada experience... Dia keje dgn sy gaji dia ari tu rm1000 jer sbb tade pengalaman... So, walau sy potong gaji dia sbb dia tak habis kontrak pun maid sy tetap untung sbb lps dia dpt majikan baru dan dpt gaji baru rm1200 dah bleh cover balik gaji dia yg sy potong....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 10:40 AM | Show all posts
Ya Allah..berpeluh Eva baca komen u all pasal kena tipu...
Eva baru je nk booking maid dgn agen thru broker
Masa nk booking tu hubby tiba2 ckp xmo pakai maid...takut anak kena dera pulak
And dia bgtahu kalau u nak ambil...apa2 hal u yg jawab...
Bgaduh jugakla..coz Eva mmg x larat dah nk buat kerja rumah etc...
So  Eva ikut ajelah walau hati panas dan sedih..huhu

Pagi ni tgk lagi gambar maid yang katanya akan sampai hari ni
Cost RM8k (w/o permit)..monthly kl ada experience RM900 (6 months potong 500)
Berbelah bahagi pikirkan duit yg nk melayang coz pernah kena tipu jgk b4 dgn agen indon RM3.5K

Bila dh baca comments ni...mengucap panjang jgk
Ada hikmah disebaliknya kan..belum bersedia ambil maid ni
X semua agen penipu tp tulah...risiko terlalu besar sekarang
Semoga Allah menggantikan yang lebih baik untuk kita semua...
Insya Allah..


Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 05:53 PM | Show all posts
aku dulu masa usia dalam 22 tahun aku ambik bibik indon ,kira masa tu memang tak dok pedah pon ,aku bayar RM5,800 pada lelaki nama arsyad tapi tak ada apa nak dikomplen ,si bibik nama jeton tu keje ngan aku setahun je,pastu aku suruh berambos,ex bf aku pun berambos jugak dari hidup aku...Yang kedua pulak aku ada masa usia aku 25 tahun hingga ke 26 ,tapi yang ni seko kaki penipu...Pengajaran yang aku dapat, rumah bersepah ke,rumah macam kucing mengamok ke,biarlah aku kemas,paling penting aku uruskan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 05:59 PM | Show all posts
Yang si bibik kedua ni ada laki ,orang malaysia,benar ke tak benar,wallahu'alam,memula ok lah sebab niat aku nak tolong je,dia tumpang duduk rumah aku dengan aunty jadi kami kasilah dia RM200 ok.Aku cakap kat dia aku memang takkan bayar mahal sebab aku bukan perlu maid pun,tapi aku bolehlah tanggung makan minum dia.Laki dia ni nama Kama antar si bibik nama Ifa ni ke rumah aku kerana isteri pertama kama dah halau bibik ni keluar dari umah (si Ifa ni isteri kedua entahlah mana satu aku pun tak tahu),memula ok ,lama lama ,asal pagi je nak keluar beli breakfast ngan laki dia.Aku memang tension sebab benci tengok muka Kama tu,laki bini penipu,mulut bukan main manis,nak pinjam duit tapi bayor tidak ....

Yang aku nak kasi tau pada ngko semua,kalau keadaan tak genting lagi mudharat,tak payahlah ambik bibik,satu masa dulu aku pernah nak kerja pembantu rumah (kelako tak kelako) aku kata bagi aku gaji RM1200 ,Sabtu Ahad cuti,public holiday cuti dan tak perlu bayo agent fees lagi tau.Tapi yang kudapat semua nak murah murah .Anak ada enam nak bagi gaji RM600 .

Akhirnya aku kerja pegawai undang undang .hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 06:34 PM | Show all posts
akakbosan posted on 15-1-2013 07:56 PM
Kesimpulan: Innovedge hanya menjaga hak maids tapi hak majikan langsung tak diendahkannya.  Kalau am ...

akakbosan, kes mcm ni tak boleh bawak ke tribunal pengguna ke? nampak sangat penipu agent maid tu. patut paparkan je gambar maid tu kot-kot forumer kat sini yang pernah ambil maid yg sama. sekarang ni mmg susah nak cari maid yg jujur. agent pun dan 2x5 pulak bila orang dah desperate nak maid
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2013 07:56 PM | Show all posts
Mcm kes sy, walau maid tak habis kontrak gaji dia sy tetap tak boleh potong bnyk sbb innovedge kata nak kene cover flight ticket utk dihantar balik... Ntah betul ke tidak atau sebenarnya aku dah kene kencing dgn diorg...


@Ly78 , Innovedge pun tak bagi tau akak pasal ni, so akak dengan tak berapa cerdiknya telah membeli tiket utk Analisa yg hampeh ittewww... Sebenarnya kalau tak habis contract kita tak payah bayar tiket kapalterbang dia. Dia yang nak balik, dia bayar sendiri la.  Kita hanya bertanggungjawab kalau dia dah cukup habiskan contract dengan kita 2 tahun ATAU kita yang nak hantar dia balik sebab tak mahu kat dia kot...Kalau dia yang mintak berhenti... Sila bayar sendiri. Rasanyalah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2013 07:58 PM | Show all posts
cepheid posted on 18-1-2013 06:34 PM
akakbosan, kes mcm ni tak boleh bawak ke tribunal pengguna ke? nampak sangat penipu agent maid tu. ...

Itulah pulak... nanti akak find out.  Suami akak memang berkobar2 nak report-kan agency2 kurang asam niih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2013 12:21 PM | Show all posts
Korg... Rpt jer... Biar agen2 lbh brtanggungjwb.. Xder la amik kesempatan.. Kwn aku pon ader yg trkena.. Konon amik pinoy coz serik ngn indon.. Last2 2 kali 5 jer.. Maid aku nk blk ujung taun ni.. Plan nyer nk amik pinoy..  Tp baca kes2 cni n pengalaman kwn2, aku igt nk maidless je laaa.. Pinoy dh la mahal, if buat perangai, mmg lgi lah sakit hati...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2013 09:27 PM | Show all posts
cmf_iddine posted on 19-12-2012 06:07 PM
Eddina i am very upset with Lyn, the agent that you had recommended.tak sangka dia sanggup menip ...

Hi iddine...

Sorry lama sgt tak masuk cari. Nape teruk sgt ur case eh? Tapi mmg I pun hari tu my maid minta naik gaji 200 to over duit teksi dia kuar dan balik ke rumah. My hubby kata nak tambah 100 je boleh. So dia berenti. Macam ada org cucuk sbb dia baru dapat gaji hari tu tp brg dia sume ada kat rumah.

Dapat lagi 2 maid tp mcm )(**&^%$#@! so mmg kena maki je la yg 2 orang ni. Lynn kata try tanya balik old maid kalau dia nak sbb dia ni mmg bagus cuma tulah ade org cucuk minta naik gaji. So bila tanya tp naik 100 je, dia kata dia mau pulak sbb agaknya tak dpt lagi kerja lain ke tataulah. So now she is back with me.

Masa I nak minta replace tu mmg I perasan bila call Lynn susah nak dapat. So I tinggal msg. Tapi selalunya dia akan call back atau msg balik. Ade jugak 2x kata nak hantar replacement tp no show. But after that dia call back. So I wouldn't recommend her anymore. But to me, so far, dia replace la cuma lambat cepat.

* Disclaimer: Dina cuma share contacts and experience kat sini supaya others can benefit from the low fee. Dina pun dah state the conditions and risk sbb Lynn ni just introducer who makes money atas angin sbb dia banyak contacts. But she is NOT an agent. Minta maaf tapi any problems that come out with your individual dealings Dina tak boleh campur.Kalau nak comfirmed maids, pls deal dgn established agents. Even tu pun there is no guarantee.

Apa yg Dina buat is just to get a maid with less cost and replacement guarantee lebih dari 3 bulan. But truth be told, mmg maids pinoy nowadays dah macam indon. So baik ambil indon sbb lagi murah. Unless u can get really good pinoy ones. Good luck in search of the ideal maids. Honestly speaking, they don't exist hehehe...

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2013 10:50 PM | Show all posts
kalau ade kes2 penipuan, kenape tak direport sahaja..kalau byk report dibuat oleh org2 yg berlainan, mesti pihak berkuasa buka mata. atau pun nak senang lagi, adukan kat pemuda umno ke pkr...dorang tengah nak cari publisiti sempena pilihanraya
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
mamat2009 posted on 24-1-2013 10:50 PM
kalau ade kes2 penipuan, kenape tak direport sahaja..kalau byk report dibuat oleh org2 yg berlainan, ...


Sy sudah buat report pd imigresen putrajaya... Mula2 sy pergi di bh keselamatan... Pegawai kat kaunter tanya sy "checkout memo dah buat"... Sy kata dahh tp sy tahu agen blum hantar dia balik.. Pegawai tu ckp... Kalau blum balik tu takde kene mengena dgn puan yg penting checkout dah dpt... Sy pun terus beredar tp terfikir kalau mcm tu ramailah pendtg asing yg OVER STAYkat sini... Sy pergi pula di kaunter pertanyaan... Pegawai bertugas suruh sy pergi pd bhg pembantu rmh... Bila sy pergi sana pegawai kat kaunter ckp "oooo ni bkn report kat sini, ni kene pergi bhg penguatkuasa"... Sy pergi pula di bhg penguatkuasa... Kat sana sy nampak punyalah ramai pendtg yg overstay nak settle kes diorg.... Senang ckplah... Patutnya di bhg keselamatan perlu tegas... Bkn setakat bg statement "kalau sudah dpt checkout memo, takde kene mengena dgn puan"... Patutlah makin bersepah pendtg tanpa izin kat malaysia tanah air terchenta ni.... Sy dah buat report pd penguatkuasaan TAPI samaada diorg ambil tindakan atau tidak, sy pun tak tahu... Sy dah pun jlnkan tanggungjwb sy... Ada org kata report kat tribunal?... Sy bkn nak tuntut duit tp sy nak report pasal agent yg tak amanah & penipu... Senang2 jer dpt duit atas angin & tujuan sy berkongsi cerita ni hanya nak org2 yg membaca forum ni lbh berhati2... Apapun sy dah buat polis report utk protect diri sy sekiranya apa2 berlaku kpd maid sy, sy tidak bertanggungjwb sbb sy dah serah dan amanahkan agent utk menguruskan maid sy dihantar pulang ke negara asalnya.... Last edited by Ly78 on 25-1-2013 10:48 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.357933 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list