CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11

  [Copy link]
 Author| Post time 14-4-2011 01:46 PM | Show all posts
Assalamualaikum
smiley selamat kembali semalam. Terimakasih semua sbb doa smiley slmt kembali
pengalaman kali ni sgt best. Lima hari di Madinah pastu Mekah 7 hari. Cuaca tak panas. Di Mekah org ramai sgt sbb cuti sekolah negara Arab.

sambungan cerita ni kena tunggu dulu.. bnyk kerja rumah nak kena buat. Dua minggu rumah tak bersapu, baju kotor berlonggok. Terlupa pula nak doa depan Kaabah minta permudahkan kerja rumah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2011 01:50 PM | Show all posts
welcome back smiley...
settlekan apa yg patut dulu..kami setia nanti kemunculan semula Amir & Dahlia..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 08:09 PM | Show all posts
Reply 341# sang_arjuna

Wa'alaikumussalam wmwb..

Mabrur.... Moga kesihatan terus terpelihara.... Selamat kembali..

Sue
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 10:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 14-4-2011 23:03

Reply 341# sang_arjuna

Selamat kembali smiley...Alhamdullillah semuanya selamat.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 10:16 PM | Show all posts
welcome back smiley.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 12:46 PM | Show all posts
Assalamualaikum
smiley selamat kembali semalam. Terimakasih semua sbb doa smiley slmt kembali
peng ...
sang_arjuna Post at 14-4-2011 13:46
Alhamdulillah, pantasnya saat-saat manis berlalu...dah balik semula ke Malaysia..selamat kembali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2011 04:13 PM | Show all posts
selamat pulang smiley
....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 05:17 PM | Show all posts

selamat kembali smiley...
semoga kekal sihat dan beroleh ketenangan setelah kembali dari rumah ALLAH....

soal disini usah difikirkan, selesaikan dulu urusan dirumah....
semua peminat pasti akan sabar menanti dan setia menunggu kemunculan Dahlia dan Amir...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2011 06:11 PM | Show all posts
selamt kembali smiley............
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 09:29 PM | Show all posts
welcome back ya hajjah!  mabruk...mabruk
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 09:32 PM | Show all posts
Saya dah ketinggalan kapal terbang. Smiley dah pergi dan kembali dari umrah rupanya. Tahniah smiley. Seronok dapat kerjakan umrah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 10:22 PM | Show all posts
selamat kembali kak smiley..
alhamdullah.. selamat pergi dan kembali..
nanti boleh la citer pengalaman kat sana nti...
sy tak penah smpi sana lgi..
mudah2an, ada rezeki saya nak ke sana nanti..
InsyaALLAH...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 01:36 AM | Show all posts
alhamdulillah....kak juna dah selamat kembali...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 10:25 AM | Show all posts
masih sibuk kemas2 ke kak juna?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 01:09 PM | Show all posts
selamat pulang kak smiley...
kitaorang akan sabar menunggu...
settlekan apa yang patut dulu...
lepas nie bolehlah masukkan byk2 cerita...
dah rindu kat CA dan Dahlia....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 01:19 PM | Show all posts
selamat kembali...
take your time...kalu free letak n3 bebanyak tau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2011 01:38 PM | Show all posts
Reply 341# sang_arjuna


    alhamdulillah smiley selamat kembali ....ahniah ye smiley
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 01:58 PM | Show all posts
umrah mabrurah insya Allah
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 08:54 PM | Show all posts
Reply 341# sang_arjuna

selamat kembali akak..
selamat mengemas umah
dh abis kemas umah...
selamat menaip utk n3 baru...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2011 10:41 PM | Show all posts
dah lama tinggal Dahlia & Cikgu Amir
liat sgt nak sambung
..........................................................................................................
Dahlia menyusun bekas mengkuang bentuk hati yang di isi dengan gula gula ke dalam raga rotan. Dia agak terkilan tidak dapat memberi bunga telur yang original beserta bunga rampai pada semua tetamu tapi bekas yang di pesan dari Jakarta itu terlalu “ comel” untuk di isi dengan telur. Impian untuk majlis perkahwinan konsep tradisional terpaksa di ubah suai. Lagipun tak ramai yang suka makan telur rebus, takut kolestrol naik.

Pekerja dari  butik pengantin di Kuala Kangsar menyiapkan hiasan pelamin. Warna krim menjadi warna utama kali ini. Bantal rona merah hati bertekat benang emas kemegahan warga Perak di atur di belakang tempat duduk. Bunga bunga segar cuma boleh di letak esok pagi, bimbang layu nanti. Empat buah kanopi sudah di rentang di halaman dan di jalan depan rumah.  Berpuluh orang ke hulu hilir, menyiapkan itu ini walaupun malam sudah menjenguk. Meriahnya, mengalahkan malam Raya. Rancangan awal Hj Zul untuk mengadakan majlis perkahwinan Dahlia dan Amir di Dewan Serbaguna di tolak oleh kuasa veto kaum keluarga. Biar mereka bersusah payah dan bersempit sempit, janji kenduri di adakan di rumah. Majlis di dewan tak ada oomph!

“ Cantik pelamin kau Lia. Tak sangka hebat juga taste orang KK” komen Najwa sambil mengira bekas bunga telur.

“ Apa kau ingat orang KK ni ulu sangat kah? We have good taste lah” Dahlia mengangkat kening. “Okay tak warna yang aku pilih? Tak kampung sangat?”

“ Tak adalah. Warna krim tu warna neutral. Baju kawin kau nampak timbul bila duduk di pelamin.  Biar lain dari konsep majlis kahwin di KL nanti. “ sokong Ellisya.

“ Lia, Sya, Wawa, jom makan” laung Usu dari dapur.

Dahlia bangun dan meregang tubuh. Lenguh! Seharian dia sibuk. Pagi tadi ada majlis khatam Quran walaupun dia sudah dua kali khatam sebelum ini. Hajat arwah emak, kata Babah. Arwah emak pesan yang semua anak perempuannya kena buat majlis khatam Quran. Nasib baik bacaannya masih lancar walau sejujurnya  johan qariah peringkat sekolah rendah jauh lagi bagus.

‘Korang makan lah dulu. Aku tak ada selera.” Dahlia menekan perut yang senak dan sebu sejak tadi. Aku silap makan kah? Tapi aku bukan makan banyak pulut kuning dengan rendang pun. Atau sebab nervous nak bersanding? Ek… eleh, Abang Amir tu dah dua bulan jadi housemate dan roommate aku. Masih malu malu kucen kah? Ada gak lah sikit sikit. Dahlia menyembunyikan senyum.

“ Eh, kau okay tak ni? Besok kau nak bersanding. Jangan main main. Kalau kau tak sihat, jom kita pergi klinik” Ellisya menggoncang lengan Dahlia.

“ Tak payahlah. Aku tak apa apa. Perut aku angin sebab makan pulut kuning tadi.  Aku letak minyak angin nanti okay lah.”

Usu menjenguk dari dapur. “ Tunggu apa lagi? Cepatlah makan. Nasi sejuk nanti tak sedap. Lia, apa pasal muka kamu pucat?” Dia terus menghampiri anak saudaranya.

Dahlia meraba mukanya “ Pucat? Pucat sangat kah, Usu?”

“ Aku dah cakap dah. Kau tu tak sihat. Usu, Lia ni degil lah. Ajak pergi klinik dia tak nak” sampuk Ellisya

“ Lia penat saja. Malas lah nak pergi klinik. Bila dah rehat okaylah.” Dia memeluk tubuh.

“ Lia, besok kamu nak bersanding. Takkan nak ambil MC masa kenduri kawin sendiri? Kalau pengsan atas pelamin nanti, siapa yang malu. Kamu ni macam budak kecil, takut pergi klinik. Kalau laki kamu ada, kamu tak berani melawan. Biar Usu telefon Amir.”  gertak Usu

“ Ee.. jangan, jangan! Lia pergi tukar baju” Dahlia bergegas ke bilik. Kalau Amir tahu , mesti dia kena taruh baik punya. Amir terlalu ambil berat bab bab kesihatan. Dahlia melepaskan keluhan lalu mencapai handphone, mana lah tahu kalau ada panggilan dari Amir. Sejak pulang dari umrah, Amir terlalu sibuk. Susah betul kahwin dengan orang korporat. Nak jumpa suami sendiri pun  macam nak jumpa PM. Sekurangnya kalau nak tengok muka Datuk Seri Najib , aku boleh buka TV atau surakhabar.Dahlia mengeluh  hampa, bila mesej di handphone  dari wedding planner. Dia terus menyarungkan baju kurung kain cita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.066361 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list