|
CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)
[Copy link]
|
|
Arif membuka matanya perlahan2. Silau cahaya mentari menerobos masuk melalui sliding door yang langsung tidak ditutup sejak dia pulang dari Restoran Rumbia malam tadi. Hari pertama Jasmin bekerja, dia duduk dihujung sudut di sebuah gazebo, menjadi pemerhati. Bergelas2 air dipesan buat menemaninya. Pak Mat yang sibuk, tidak dapat menemaninya berbual malam tadi.
Apabila jam hampir ke pukul 2 pagi dan kerusi diterbalikkan ke meja, barulah Arif pulang. Meskipun Jasmin baru, dia seperti cekap mengendalikan kerja2 dapur dan memesan makanan. Apa sahaja arahan yang diberikan kepadanya, Jasmin pantas melakukannya. Dari riak wajahnya, dia memang bersungguh2 membuat kerja.
Arif tersenyum simpul sendirian mengingati setiap saat hari pertama Jasmin berkerja malam tadi. Dari cara Jasmin, Arif yakin, gadis itu mampu berdikari dan membawa diri sendiri. Arif senyum lagi. Arif bangun perlahan2 dari katil.
Pintu kamar mandi ditolak. Arif meneliti segenap ruang kamar mandinya yang kosong. Kebiasaannya, bila dia bangun pagi untuk mandi, pasti lantai tengah akan kelihatan seperti baru dilap dengan tuala. Tapi kali ini, lantai tengah kamar mandi itu kering kontang.
Arif mencemik. Hhmmhh…Arif menggaru2 lehernya sambil merenung wajahnya di cermin. Apa aku nak buat hari ni? Kayak? Snorkling lagi? Masuk hutan? Mandi laut? Berjalan2 kat Pulau Tekek? Hmm..macam semuanya dah buat aje…
Berus gigi diambil lalu secalit ubat gigi disapu. Arif mula memberus gigi sambil merenung wajahnya ke dalam cermin. Rambutnya yang berserabai sesekali diusik. Rambut Robert Pattison!! Selepas menonton filem Twilight, terus sahaja Arif ke salon dan menggunting rambut ala2 hero filem tersebut.
Arif membilang2 baki hari cutinya. Hmm..masih berbaki lagi 2 minggu. Sedar tak sedar, rupa2nya sudah 2 minggu dia mengenali Jasmin. Tapi..betulkah kata2 Jasmin? Betulkah dia anak orang asli? Dahi Arif berkerut. Arif cepat2 menyudahkan gosokan giginya. Dia mahu ke suatu tempat hari ini! |
|
|
|
|
|
|
|
Arif mundar mandir di lebuhraya yang panjang lagi membosankan itu. Arif berkira2 di dalam hati, rasanya inilah tempat dia melanggar Jasmin dahulu. Sepanjang perjalanannya, memang terdapat beberapa buah perkampungan orang asli. Tapi, tidak pula diketahui oleh Arif, Jasmin berasal dari kampung yang mana satu.
Arif memperlahankan pemanduannya setelah dia sudah hampir2 masuk ke jalan Keratong. Dia berpatah balik ke laluan asalnya tadi. Kampung2 yang agak jauh dari satu lokasi ke satu lokasi ditelitinya. Sesekali, bertembung dengan orang asli yang sedang berjalan di tepi lebuhraya itu, seseolah mengiyakan semua kata2 Jasmin.
Rupa2nya ada kampung di tengah2 hutan itu. Tapi malam itu, agaknya dek kerana hujan yang lebat, maka satu apa pun aku tak nampak. Beberapa nama kampong yang berdasarkan papan tanda di pinggir lebuhraya dicatit di dalam diarinya. Mungkin dia boleh bertanya Jasmin kemudian, dari kampong mana satu Jasmine berasal.
Setelah puas mundar mandir memastikan kawasan kampong tersebut, barulah Arif menyusur meninggalkan lebuhraya itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Jasmine membantu Kak Tini, warga Indonesia yang tinggal sebilik dengannya mengupas bawang yang bertimbun di dalam besen. Ali, pembancuh air di restoran itu datang mendekati mereka.
“Nak saya tolong kak? Kesian kat akak…sampai berjurai airmata tu…” kata Ali sambil menyangkut tuala kecil kebahunya.
“Mau tolong apa? Sebelum ni tak pernah engkau tolong aku, sekarang baru mau ditolong? Kalau mau mengorat Jasmin, bilang aja!!” Kak Tini lantas mencampakkan kulit bawang besar yang sudah busuk ke muka Ali. Begitulah mereka setiap hari, sudah terbiasa bergurau kasar.
Semalam, semasa hari pertama Jasmine di situ, tersentak juga dia bila melihat Kak Tini menyimbah air basuh pinggan ke tubuh Ali yang sedang mengusik Kak Tini.
“Apalah akak ni. Orang ikhlas nak tolong ni…kan Jasmin,” Ali yang malu2, memandang Jasmin yang turut mengupas bawang besar. Jasmin senyum sahaja.
“Yang hantar kau semalam, itu abang angkat kau ya dik?” soal Kak Tini. Ali turut memandang. Rasa ingin tahu meluap2 didadanya. Bukan calang2 orang yang menghantar Jasmin ke situ semalam.
Dari hujung kaki ke hujung rambut, jelasnya dia bukan lelaki biasa2. Rambutnya tegak bersisir rapi dengan kulit wajah putih bersih. Bibirnya merah dengan alis kening yang lebat. T-shirt tanpa kolar Mont Blanc dengan seluar bermuda dari Salvatore Ferragamo jelas menunjukkan dia mempunyai citarasa yang tinggi. Tapi, bila terpandangkan Jasmin, alahai…macam langit dengan bumi saja layaknya.
“Ya,” Jasmin hanya mengangguk saja. Tini dan Ali berpandangan.
“Mana kau jumpa dia? Dia kerja apa? Kenapa kau tak minta kerja dengan dia? Aku tengok dia sayang bangat sama kau, takkan tak dibaginya kerja sama kau?” soal Tini lagi. Malam tadi, pulang dari kerja, masing2 sudah kepenatan. Tidak sempat bercerita panjang, terus saja mereka tidur.
Jasmin terdiam sambil termenung.
“Saya baru kenal dia saja,” balas Jasmin berterus terang. Ali dan Tini berpandangan lagi.
“Baru kenal? Kayaknya macam kamu udah lama kenal sama dia…Dia menjeling aja, kamu udah tahu maksudnya…”ujar Tini lagi.
“Bila pulak dia menjeling?” Jasmin menyoal sambil tersenyum lucu.
“Alah, itu yang semalam tu! Dia buat isyarat mata saja, kamu mengangguk. Macam kau udah faham benar apa maksudnya,” kata Tini lagi.
“Yalah..yalah…” malas hendak bertekak dengan Tini yang banyak mulut, Jasmin beralah saja.
“Jas ni, umur berapa?” soal Ali pula yang dari tadi hanya menjadi pendengar. Jasmin memandang Ali yang merenungnya sambil tersenyum2.
“21,” balas Jasmin berterus terang. Ali tersenyum lagi.
“Muda lagi. Tak apa, kalau Jas ada masalah dengan kerja, Jas bagitau abang…nanti abang tolong,” entah bila pulak Ali membahasakan dirinya abang.
Tini sudah berderai ketawa mendengar kata2 Ali. Jasmine hanya membatukan diri. Dari lagak Ali, Jasmin tahu Ali sedang mencuba untuk mendekatinya. Kalau setakat nak jadi kawan, aku tak kisah. Tapi, jangan hujungnya tiba2 cakap nak kat aku, sudahlah! Jasmin sudah biasa benar dengan keadaan seperti itu sejak di sekolah lagi.
Ali masih merenung raut wajah Jasmin. Cantik benar gadis itu pada pandangan matanya. Meskipun hanya berbaju t-shirt besar dan berseluar jeans lusuh, jelas gadis itu sebenarnya memang memukau pandangan matanya.
Ali bangun setelah penat mencangkung di sebelah Tini.
“Cantik…ingin rasa hati berbisik….untuk melepaskan keresahan dirimu..hooo..cantik…” Ali tiba2 menyanyi sambil meninggalkan mereka berdua. Suara nyanyiannya meski agak sumbang, namun masih kuat kedengaran di telinga Jasmin dan Tini.
“Hah..kan aku sudah bilang, dia mahu dekat sama kamu Jas,” Tini becok bersuara sambil merenung langkah Ali yang menghilang ke dapur. Jasmine diam saja. Tini bersiul2 menyambung lagu yang dinyanyikan oleh Ali tadi.
“Dia menyanyi sajalah kak…” sangkal Jasmin sambil meneruskan kerjanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Malam. Selesai mengelap meja makan seorang pelanggan yang sudah pun beredar, Jasmin terintai2 ke pintu masuk restoran itu. Malam ini, dia tak datangkah? Hati Jasmin bergetus lagi. Gelas2 disusun ke dulang, lalu diangkat. Dari maghrib tadi lagi, kemunculan abang baik hati itu amat dinantikan. Tapi, sampai sekarang, dia masih belum muncul. Agaknya dia tengah sedap2 makan kat restoran mewah hotel tu kot…keluh Jasmin di dalam hati.
Pinggan dan gelas kosong ditatang. Entah bagaimana, tanah yang dipijak tidak begitu rata, hampir2 saja Jasmin terjatuh. Ali cepat2 memegang bahunya dan menatang dulang ditangan Jasmine.
“Baik2 jalan…tanah pasir ni kadang kukuh, kadang jerlus…” ujar Ali sambil tersenyum manis. Dulang di tangan Jasmin diambil.
“Terima kasih..” Jasmin mengeluh. Itulah…mengelamun lagi! Jasmin menghentak telapak tangannya ke dahinya. Ali tersenyum.
“Kaki kau terseliuh tak?” belum sempat Jasmin hendak menjawab, Ali sudah pun duduk di hujung kakinya, membelek buku lalinya. Cepat2 Jasmin menarik kakinya dari terus ditelek Ali.
“Aku okay! Tak apa!” kelam kabut Jasmin membetulkan diri. Ali masih memandang kaki Jasmin.
“Kenapa dengan kaki Jas?” entah dari mana manusia ini muncul, tiba2 suaranya terus bergema dicuping telinga Jasmin. Hampir2 tersentak Jasmin bila Arif sudah berada betul2 di sisinya memandang Ali yang masih duduk.
Kelam kabut Ali bangun lalu menghulur tangan ingin bersalam.
“Ali..kawan sekerja Jasmin,” tanpa dipinta, Ali terus memperkenalkan dirinya kepada Arif yang menyambut huluran tangannya. Arif merenung lelaki itu dari hujung kepala ke hujung kaki. Kemudian pandangannya singgah pula kepada Jasmin di sebelahnya.
“Ingat abang tak datang tadi… “ ujar Jasmin sebaik Arif duduk di sebuah kerusi yang mengadap laut. Jasmin segera menolak Ali secara sembunyi, mengarahkan Ali segera berlalu dari situ. Ali mecebik, tapi terpaksa berundur jua.
Riak wajah abang baik hati itu masam mencuka. Kenapa dengan dia? Jasmin mengeluarkan pen dan kertas dari saku apronnya.
“Abang nak makan apa malam ni?” soal Jasmin yang sudah bersedia untuk mencatat pesanan. Arif masih diam. Matanya tak lepas2 merenung laut yang menderu di depannya.
“Bila Jas cuti?” soal Arif sambil memandang Jasmin. Bibir nipisnya diketap. Jasmin terdiam sejenak kehairanan, kemudian menarik nafas.
“Jas baru je kerja. Mana ada cuti,” balas Jasmin perlahan.
“Hari Jumaat, restoran ni tutup kan?” soal Arif pula. Bukan dia tidak tahu waktu operasi restoran itu. Segalanya telah diselidik terlebih awal. Jasmin terdiam, kemudian perlahan mengangguk.
“Hari Jumaat ni, abang ambil Jas…” kata Arif. Jasmine terkedu. Ambil aku? Nak kemana? Macam tinggal kat asrama pulak. Hujung minggu, balik kampong.
“Abang nak makan apa2 tak ni? Kalau abang tak nak pesan lagi, Jas nak pergi ambil order kat customer sana,” kata Jasmin sambil merujuk kepada satu kumpulan keluarga yang baru masuk ke restoran itu.
Arif terdiam. Matanya menjeling kea rah sekeluarga yang baru duduk. Perlahan dia mengangguk, membenarkan Jasmin pergi walau hatinya terasa tidak enak berbuat demikian.
Jasmin melangkah pergi darinya. Arif mengekori langkah Jasmin dengan pandangan matanya. Dari jauh, Arif nampak Jasmin sedang berkata sesuatu kepada Ali dikaunter bancuhan air. Ali dilihat terangguk2. Jasmin kembali meneruskan kerjanya.
Tidak sampai 5 minit, Ali kembali ke meja Arif dengan segelas kopi panas.
“Minum bang, Jas suruh saya hantar kopi ni kat abang,” kata Ali sopan lalu meletakkan kopi ke atas meja Arif. Arif mengangguk. Ali yang beredar dipandang sepi. Arif merenung kopi panas di depannya. Haaa…. Ni nak ambil hati aku lah ni! Kopi diteguk jua. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Abg baik dah tahu jelessssss...sukanya |
|
|
|
|
|
|
|
nampak alif dah jatuh hati kat jasmin |
|
|
|
|
|
|
|
Entry yang ditunggu ........ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 346# iza89
aRif lah... |
|
|
|
|
|
|
|
dalam ati abg baik ati dah ada taman mini malaysia.... |
|
|
|
|
|
|
|
fizziiiiiiiiiiiiiiiiii
nextttttttttttttttttttt |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 350# hijau_serindit
heeheh yelah... kaka bling buat kat sana sbb cita hangat...takut kat sini RA tinggi kot |
|
|
|
|
|
|
|
Reply hijau_serindit
heeheh yelah... kaka bling buat kat sana sbb cita hangat...takut kat ...
darkharis Post at 12-3-2011 11:07
Terima kasih kerana memahami keadaanku ...wahahahhahahahhah |
|
|
|
|
|
|
|
mmmmm, cinta sudah berbunga |
|
|
|
|
|
|
|
wah cinta dh mula berputik2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Arif membiarkan angin pantai menghembus masuk ke bilik hotelnya. Dia berdiri sendirian di balkoni. Cerita di televisyen langsung tidak menarik minatnya. Masuk hari ini, sudah 3 hari Jasmin bekerja di restoran itu. Entah mengapa, baru kali ini, dia benar2 terasa sunyi.
Terasa ingin ditemani. Terasa ingin mempunyai seseorang untuk berbual2.
Arif duduk di kerusi panjang di balkoni. Matanya merenung langit malam dari balkoni biliknya. Langit malam terang ditaburi bintang2.
Sejak tiga hari kebelakangan ini, dia sudah menjadi pelanggang tetap di restoran itu tiap2 malam. Kadangkala, naik segan juga untuk datang seawal jam 7.30. Lalu restoran itu diperhatikan dari jauh sahaja.
Jasmin memang sudah menyesuaikan diri dengan persekitarannya begitu cepat. Orang2 disekelilingnya juga nampak baik benar dengan Jasmin. Terutama lelaki bernama Ali itu. Asalkan pelanggan kurang, pasti dia akan menempel di sebeleh Jasmin untuk berbual2. Tapi, malam itu, darahnya berderau juga bila tiba2 Ali memegang bahu Jasmin, kemudian membelek buku lali Jasmin.
Nafas Arif berbaur cemburu. Yalah, Jasmine itu sudah dianggap seperti adik sendiri. Segala2 tentang Jasmin adalah menjadi tanggungjawabnya sekarang!
Eh..bila masa pulak kau beria2 nak mengambil adik angkat ni? Arif garu kepalanya yang tidak gatal. Saat itu, dia terasa berharap benar agar Jasmin ada disisinya untuk berbual. Haa..kan betul kata mama…bercuti sorang2 ni tak seronok! Hmmhh..Arif mendengus.
Tak apa, esok hari khamis. Lusa hari Jumaat. Dia mahu membawa Jasmin pulang malam esok. Akan disewakan sebuah bilik hotel berasingan untuk Jasmin. Dia tidak sabar mahu mengajak Jasmin berenang di Ayer Batang Bay, sebuah tempat perkelahan mandi manda yang agak terkenal dikalangan pelancong.
Arif mengukir senyum sendirian. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|