CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mysara

Ingatkan diculik, Rupa2nya bw diri ke BB..TERKINI dah putus Tunang!!!

  [Copy link]
Post time 19-10-2010 07:06 PM | Show all posts
kesian dia, kesian keluarga dia....persoalannya masih Selamatkah lagi MALAYSIA nie....dulu tak pernah dgr cerita mcm nie....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2010 08:25 PM | Show all posts
habis tu.. kalo yer pun berpre-honeymoon
takkan le lama bebenor... dah berapa hari ilangnyer tuh!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 08:49 PM | Show all posts
hurm....xde updates ke???
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 09:15 PM | Show all posts
semoga dia selamat
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 09:28 PM | Show all posts
yelah bnyk ngat speku...doakan diorg sselmat sudah
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 12:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by cik_audi at 20-10-2010 00:14



Tunang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2010 12:18 AM | Show all posts
Reply 346# cik_audi


   ni ke tunang dia???? mcm tak sepadan je.. tapi dah jodoh nak buat mcm mana.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 12:21 AM | Show all posts
MOHD. Hilmi Mohd. Nor, 24, menunjukkan SMS terakhir yang dihantar oleh tunangnya, Rozaliya Mat Lazim yang memaklumkan dia diekori dua lelaki ketika mahu mengeluarkan wang, sebelum tunangnya itu dilaporkan hilang di Kuantan pada 13 Oktober lalu, ketika ditemui di IPD Kuantan, Pahang, 19 Okt. - Utusan/RUSHDI SALLEH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2010 12:25 AM | Show all posts
Reply 346# cik_audi


    kenapa sara tgk si tunangnya ni mcm tak padan jer ngan Rozaliya?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 12:30 AM | Show all posts
lumrah le tu...... mcm zizi n bung
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 12:58 AM | Show all posts
aku tengok tunang dia tu cam semacam je. tersenyum sinis. nak glamor la tu.... hope memang betul la dia yang culik. at least selamat sikit dari perogol yang culik. Hope hidup lagi walaupun dah kena jual ke, apa ke.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 07:37 AM | Show all posts
update..

Tunang gadis hilang tampil buat aduan

Oleh Shahrul Nizam Mohamad dan Suhaidi Mohamed Amin
[email protected]
2010/10/20

Kakitangan FELDA dakwa Rozaliya hantar SMS diekori ketika mahu keluarkan wang

KUANTAN: Mohd Helmi Mohd Noor yang kehilangan tunangnya, Rozaliya Mat Lazim, sejak Rabu lalu selepas membeli kelengkapan perkahwinan di Pasar Kuantan, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu petang semalam.

Beliau yang berasal dari Johor Bahru dan bekerja di Bandar Cheneh Baru, Kemaman, Terengganu hadir ke IPD Kuantan, kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.

Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Zulkifli Taha yang mengesahkan perkara itu berkata, polis mengambil masa lebih dua jam bagi merekodkan semua keterangan Mohd Helmi, 24, berikutan kes terbabit semakin banyak menimbulkan keraguan.

Katanya, keterangan itu penting selepas keluarga Rozaliya mendakwa gadis terbabit disembunyikan tunangnya itu.

“Kita memandang serius kes ini dan melihat semua aspek termasuk sama ada mempunyai unsur jenayah penculikan atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Zulkifli berkata, beberapa anggotanya pergi ke rumah Rozaliya di peringkat satu Bandar Cheneh Baru, Kemaman untuk bertemu ibu gadis berkenaan, Sabariah Mansor, 42, petang semalam bagi mengumpul maklumat kes itu.

“Ini disebabkan keluarganya enggan datang ke IPD Kuantan bagi memberi kerjasama,” katanya di sini, semalam.

Kehilangan Rozaliya, 20, yang bakal berkahwin pada 12 November ini dengan Mohd Helmi mendapat perhatian ramai dan polis meminta mereka yang melihat gadis terbabit segera menghubungi talian 09-5132222 atau bilik gerakan 09-5142999.

Mohd Helmi yang juga Pegawai FELDA ketika ditemui di Kemaman, berkata anggapan kononnya dia cuba menyembunyikan diri dan mengelak daripada keluarga Rozaliya, tidak benar sama sekali.

“Saya memang ada menerima SMS daripada Rozaliya kira-kira jam 3.40 petang berbunyi 'Awak cepat sikit k. Masa nak g (pergi) ambil duit ada dua orang macam ikut saya. Saya takut’,” katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kes itu atas nasihat keluarga dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Sementara itu, hasrat Sabariah untuk ke bandar Kuantan bagi mencari anak perempuannya yang hilang sejak enam hari lalu, tidak kesampaian apabila dia dipatuk seekor ular berdekatan rumahnya, malam kelmarin.

“Ketika hendak ke rumah jiran sebelah rumah untuk meminta pertolongan membeli makanan di kedai berdekatan untuk anak yang ditinggalkan di rumah sebelum saya ke Kuantan, tiba-tiba kaki sebelah kanan terasa sakit digigit atau disengat sesuatu sehingga menyebabkan saya tersentak,” katanya.

Dia kemudian dipapah saudara mara sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman (HK) kira-kira jam 10 malam, selepas mengadu sakit dipatuk reptilia berbisa itu sebelum dimasukkan ke wad dan dibenar pulang tengah hari semalam.

“Saya sedih dan kecewa kerana tidak dapat mencari Rozaliya akibat dipatuk ular. Saya berdoa kejadian ini bukan petanda tidak baik mengenai anak saya,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 07:58 AM | Show all posts
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kes itu atas nasihat keluarga dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan.


apehal smpai tkle ulas lanjut..?
ni kes orang ilang, bukan kes video seks peribadi terlepas...tk ulas buat ape?.. patutnye semua perkara yg dia tahu tu sebarkan kt public, ni baru terhegeh2 nk bitau public yg budak pmpn tu ilang time nk kuar duit plak..

abis citer tk pegi pejabat tu cmne?..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 08:07 AM | Show all posts
Zulkifli berkata, beberapa anggotanya pergi ke rumah Rozaliya di peringkat satu Bandar Cheneh Baru, Kemaman untuk bertemu ibu gadis berkenaan, Sabariah Mansor, 42, petang semalam bagi mengumpul maklumat kes itu.

“Ini disebabkan keluarganya enggan datang ke IPD Kuantan bagi memberi kerjasama,” katanya di sini, semalam.

Kehilangan Rozaliya, 20, yang bakal berkahwin pada 12 November ini dengan Mohd Helmi mendapat perhatian ramai dan polis meminta mereka yang melihat gadis terbabit segera menghubungi talian 09-5132222 atau bilik gerakan 09-5142999.


--------------------------------------

konpius aku baca yg ni   famili pempuan tu x mo cooperate ker
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 08:08 AM | Show all posts
pusing sana...pusing sini...
kalo xsalah crita je la...
tunang sendrik yg hilang...
laki tuh pun kena pk la mak pompuan tuh...
duk pk kuarga sendrik nape lakk...
ke kuarga laki tuh terlibat sama...???
errrr...speku jahat lak aku nih di pg hari...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 08:09 AM | Show all posts
tu la manusia ni...pelik tul....anak hilang taknak bg kerjasama kat polis....kt wartawan boleh la gi cerita segala bagai...padahal yg nak gi cari, buat sisatan tu polis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2010 08:12 AM | Show all posts
Reply 18# kudajantan77

You never fail to amuse me.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 08:15 AM | Show all posts
kata belah lelaki, kuarga ppuan takmo beri kerjasama... tapi kan belah ppuan kata si mak tu kena patuk ular sejurus sebelum nak g kuantan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 08:37 AM | Show all posts
xensemnye tunang rozaliya tuh..xpadan lgsung..dah la muka mat rempit..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 08:41 AM | Show all posts
aku tgk muka tunang die macam x sedih atau risau lansung tunang die hilang...budus..x layak jadi suami perempuan tu lansung!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.092886 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list