CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fazss

tiupan sepi (U)

  [Copy link]
 Author| Post time 9-11-2010 09:50 AM | Show all posts
punya x sabar nak baca seterusnya..sampai tersalah tulis nama ...ampon fazss...ehhehehe
lailies Post at 8-11-2010 16:58



    fazss ampon kan.. hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2010 10:11 AM | Show all posts
hai fazss... lama xmasuk sini... kebizian melanda... nasib baik sempat merempit.. apa masalahnya datin noraini dgn lisa ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 12:37 PM | Show all posts
Reply 328# fazss


    xla.... ank dier....
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 12:41 PM | Show all posts
ermmm...
lom kawen lagi LISA x selesa...
baik tolak awal2...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 12:54 PM | Show all posts
ckitnya faszz...dah lama tunggu...ingatkan byk...
tambah lah lagi ckit faszz...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2010 03:22 PM | Show all posts
Reply  fazss


    xla.... ank dier....
mawar65 Post at 9-11-2010 12:37



    wah!!!!! ermmm...cuti hari ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-11-2010 03:24 PM | Show all posts
hai fazss... lama xmasuk sini... kebizian melanda... nasib baik sempat merempit.. apa masalahnya dat ...
asnita Post at 9-11-2010 10:11



    biasa la..datin yang memandang kasta..

hehehe...time kasih sempat jgk bertandang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2010 03:24 PM | Show all posts
ckitnya faszz...dah lama tunggu...ingatkan byk...
tambah lah lagi ckit faszz...
bb_75 Post at 9-11-2010 12:54



    fazss cuba...  bahan2 ada..nak adun tak sempat lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2010 03:25 PM | Show all posts
penerimaan dingin dari mama reza.....good!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2010 03:25 PM | Show all posts
ermmm...
lom kawen lagi LISA x selesa...
baik tolak awal2...
shahrinas Post at 9-11-2010 12:41



    susah yer kahwin rupa nya.. betul ker???
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 04:24 PM | Show all posts
Reply 350# fazss


    nnt tlg letak novel ni [U] atau [18sx] atau [21sx] ye? sbb mek nk highlight kan entry ni. huhuhu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2010 04:29 PM | Show all posts
Reply  fazss


    nnt tlg letak novel ni  atau [18sx] atau [21sx] ye? sbb mek nk highlight kan  ...
jingga007 Post at 9-11-2010 16:24



    dah...hehehe.. sebenar nya, fazss tgh berusaha td macam mn nak edit tajuk.. last2 jumpa gak..
adoi...malu jap...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 04:30 PM | Show all posts
Reply 352# fazss
xpe fazss orang x nampak..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 04:36 PM | Show all posts
Reply 352# fazss


    hehehehe...ok thx ye
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 12:14 AM | Show all posts
Reply 346# fazss


    hehehe.... yup, ade exam...
    mne cik fasz tau nie????
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 12:21 AM | Show all posts
begitu penerimaan mak reza baik tak yah kawen...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2010 08:44 AM | Show all posts
setia menunggu n3 nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2010 09:40 AM | Show all posts
salam semua... N3 baru...

Suasana di meja makan hanya di hiasi dengan tawa dan gurauan Dato Rahmat dan Reza. Masing2 asyik mengusik aku, ada sahaja topik mereka mengenakan aku dari isu2 semasa hingga la isu2 makan.

Keasyikan itu langsung tidak mengganggu Datin Noraini yang seakan berada dalam dunianya sendiri. Bibir nya yang cantik seakan terkunci sejak duduk di bangku itu. Tangannya tertib mengatur suapan demi suapan..

Matanya banyak tertumpu kepada hidangan, cuma sekali sekala kerlingan tajam di hadiahkan buatku. Wajah cantik nya tidak pernah tersenyum lagi buat ku, kenapa? Tanpa senyum, dia masih cantik..itu lah Datin Noraini, padan dengan Dato Rahmat yang segak, seakan tidak terjejas dek usia yang kian melanjut.

“tambah nasi Lisa” sapa Dato Rahmat.

“tak daya dah Uncle”

“diet la tu..” sedap je Reza memerli.

“uncle nak naik sekejap k..” Dato berlalu terus ke atas, Datin juga bangun dan menghilang mengikut langkah Dato tanpa pesan. Aku termangu, hanya memerhati Reza menghabiskan sisa yang ada di pinggan.

“jom duduk kat ruang tamu.”

“ok”

Sebaik badan enak bersandar di sofa mewah itu, Reza pula meminta izin naik ke atas. Aku kembali dalam alam hilusi ku.. bayang demi bayang terdampar senang, mohon telus untuk di mengerti kan. Namun aku terpaku pada sesuatu yang aku sendiri keliru, apa dan siapa??
Bagai nyawa ku tersentak, tiba2 jelas wajah Reza di tepi ku, aku masih lagi separuh sedar. Berkhayal ke aku??

“fikir apa sampai sakit tekak I call u.. tak dengar2..” Reza mengamati wajah ku.

“nothing..” Dato pun bersama kami, di hadapan ku . aku hanya tersenyum.

“minum la dulu, hot coffee” ujar Reza. Adakah lama aku mengelamun tadi, sehingga terlalu banyak yang berubah, bila pula ada coffee, Dato, Reza pula tu…??? Tapi, tidak ada susuk Datin pun.

“yup..”

“parents sihat?” Dato mula berbasa basi.

“ayah dak lama tak ada, tinggal ibu jer.. ibu bekerja di kampong, kerja biasa2 je Uncle” Dato mula mengangguk2..

“dah lama running butik?”

“since habis study”

“oh…it’s good for u.. uncle doakan u berjaya k.. bisnes ni sama seperti berperang, nak menang kita perlu strategik. Kalau jatuh jangan mengalah, u muda lagi.. bujang.. jangan fikir soal lain sangat ”

“kahwin daddy?” Reza bertanya..seperti anak kecil pula lagaknya.

“u cukup duit ke nak sara Lisa?” tempelak Dato’ , Reza pantas mencebik.
Aku hanya tersenyum, Reza dan Dato jelas amat akrab, mudah untuk bergurau dan memahami antara satu sama lain.

“terima kasih Dato’. Lisa faham, insya Allah.. semoga Allah permudahkan.” Senyum puas tergambar di wajah2 mereka.

“maaf Dato, Lisa kena pulang dah, dah lewat”

“ok dear..bila2 nak datang, datang la.. Reza, hantar ke rumah terus ok, jangan nak singgah mana2“

“Lisa balik pulang dulu, terima kasih sudi melayan Lisa, sampaikan salam pada Datin” ujar ku sekadar menghormati tuan rumah.

Sebaik banglo mewah itu di tinggalkan, Reza mula bersuara.
“I nak minta maaf atas sikap my mummy..” mata nya sesekali memandang ku, dan jalan raya.

“kenapa dia macam tu sebenarnya?” aku mula menggorek.

“kenapa? Kenapa apa?”

“as u see… her act, u better be sure, your mummy tak suka I, I can smell it” ujar ku
bersahaja. Aku pasrah sebenarnya, jika ada halangan baik ia berhenti sekarang sebelum pisang berbuah dua kali.

Reza mula resah dengan permainan nya, memang Lisa adalah stok untuk calon isterinya, tapi mummy pula tak suka, mummy kenal ke Lisa? Belum di kenalkan pun dah angin. Otak Reza pantas berfikir sendiri.

Lisa melihat reaksi Reza yang berubah tanpa suara. Dahi nya berkerut2 , mungkin dia memikirkan soal tadi, tapi ya atau tidak? Lisa sendiri tidak puas hati bermain kata sendiri.

“Reza..i’m talking to you!”

“ya…..”

“apa tujuan u bawa I dinner malam ni kat rumah parents u?”

“untuk kenalkan u pada my parents.” Ringkas dan bersahaja. Maaf Reza, beban nya terserlah di wajah u.

“untuk apa?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2010 09:43 AM | Show all posts
“be my wife”

“Reza, I tak bagitau lagi jawapan I kan,” aku rasa tertekan, entah kenapa. Padahal ia terang lagi bersuluh. Jika petang tadi aku telah pasrah, tika ini aku mula gundah…

“kenapa I perlu fikirkan jawapan u?”

“hah!!!!???” aku agak terkejut dengan respon nya.

“what?”

“u ingat kahwin ni main pondok2”

“stop Lisa..nanti kita bincang…” suara Reza mula mengendur…

“bila lagi…??” aku mula geram dengan sikap nya. acuh tak acuh…

“esok ok.. lunch time..”

Aku sekadar mengangguk, malas nak membeta dan malas juga nak membazir suara.

“ok..dah sampai..” Reza memeriahkan suasana sunyi yang bertandang sejak tadi.

“drive carefully..” aku terus masuk ke rumah tanpa menunggu Reza berlalu. Biarlah lelaki….

Aku menunaikan tanggungjawab ku yang tertangguh, solat isya’. Tiba2 hati sebak menghadap pencipta, betapa kerdil aku untuk keluar dalam kesepian ini. Walau aku bersama mereka, mengapa aku masih sepi. Deraian airmata menjadi peneman aku meluah segala yang terpendam di hati. Jauh di lubuk hati ada sesuatu yang teramat aku rindukan. Mungkin tidak akan aku temui lagi…

Sepi, angin malam menyelimuti aku. Masa mendewasakan aku, keadaan mematangkan aku. Kesepian .. terus dengan kesepian ini.

Kesibukan aktiviti butik tidak mampu menghalang ingatan ku kepada Datin Noraini, seorang yang cantik tapi penuh dengan spekulasi. Berat nya kepala ku, lantas telefon ku capai, nombor si comel ku dail.

“hello…” suara si comel.

“miss Kira ada?”

“auntie Lisa !!!!” adoi..pekak setahun telinga aku.

“Kira buat apa tu?”

“baru balik sekolah, ni dengan Nenek Som. Auntie..datang la sini.”

“Kira nak auntie datang sana ke?”

“mesti la..”

“kenapa?” sengaja aku menyakat hati si kecil.

“I miss u” suara yang tadi riang mula terdengar seperti beresak. Hati aku mula tersentuh.

“kira…”

“ya….”suara serak si comel menyambar hati ku, mata ku sendiri sudah bergenang.

“ok..jangan menangis, wait for me ok.” Pujuk ku.

“ok..”

“sekarang lap air mata dulu dan pegi mandi dulu k..nanti auntie datang k”

“ok..”

“love u honey…”

“love u too” talian diputus, air mata yang bersisa di pipi ku sapu.

Pintu pejabat ku kunci, aku segera meninggalkan amanat buat semua insan di dalam butik. Jelas wajah mereka yang agak terkejut , bukan kebiasaan aku keluar seawal ini.

“ok everybody, take note yer..kalau ada masalah besar baru telefon ok, selagi boleh handle, handle la dulu..” sekali lalu aku mengingatkan mereka. Bukan niat untuk lepas tangan, tapi aku ingin mereka biasa bekerja tanpa pengawasan.

Rumah itu masih seperti dulu, sekilas jam di tangan aku kerling, pukul 12! Ermmmm… Kira menanti ku di ruang parking, si comel ni, selalu membuat aku terkurung dengan rasa yang indah. Gaun biru putih itu mengerbang di tiup angin, rambut nya beralun lembut, wajah nya berseri2…

“honey sihat?”

“kenapa auntie lama tak datang?” soalan ku di jawab dengan soalan.

“sibuk sikit..tapi auntie telefon kan?” leher ku di rangkul.

“Kira dah berat la..” gurau ku. dia ketawa.. senang hati ku.

Mak Yah yang sibuk bertarung di dapur agak terperanjat melihat wajah ku, mungkin tidak menjangka kedatangan ku. Mak Som pula tersengih, tangan masih bergerak pantas menghidang lauk masakan Mak Yah.

Kira masih lagi melekat bersamaku, kami duduk berdua di taman belakang. Dia semakin petah dan semakin bijak. Setiap butir kata nya semakin penuh berilmu, walau usianya baru menjangkau 5 tahun. Terima kasih buat Astro….

Di meja makan kami masih lagi berdua, Kira lebih senang aku menyuapkan nya, jadi dengan berbesar hati aku laksanakan. Mak Yah pula hanya menggeleng, sambil mengingatkan aku, jangan memanjakan sangat cucu nya itu.

“sedap makan tak tunggu pun?” Shah muncul dengan bermuda dan T-shirt, aku hanya pandang sekilas.

“hi..tukar baju dah? Tadi kata nak balik lunch je..” Mak Yah mula bertanya, aku hanya memandang. Mungkin dia balik sewaktu aku dan Kira di taman.

“tak ada hal penting pun kat pejabat..” senyum nya, sambil sengaja mengambil tempat paling hampir dengan ku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2010 09:48 AM | Show all posts
“hal penting ada kat sini yer..” Mak Yah membalas, Shah yang baru menyuap tersedak, kantoi!! Pantas tangannya mengapai air Lisa dan di minum. Kisah hati dah terpancar.. namun ia masih beku buat Lisa.

Shah memandang Lisa yang menyuap Kira, hati nya makin tertaut. Lisa penuh dengan sifat keibuan walau adakala nya dia sendiri pun manja. Fikirannya mula melayang….
Lisa merasa ada mata yang sedang merenung nya, dia pun menoleh. Malu bukan kepalang pada Mak Yah, Shah ni tak malu ke ? ada ke patut tengok aku sampai nasi tak terusik langsung. Tanpa mengendahkan nya aku terus menyuap Kira beberapa ketika. Kira sudah pun terduduk kekeyangan, sekilas aku melihat kembali ke arah Shah. Gila ke Shah ni?? Getus hatinya.

“Shah..u nak makan ke nak telek muka i?” aku sergah Shah yang asyik merenung ku,mula la tersenyum sumbing, kantoi kali kedua la pula. Mak Yah dan Mak Som hanya ketawa kecil. Padan muka Shah, nak ngintai tak bijak la pula sekarang.

Selepas solat zuhur, aku mohon beredar atas alasan kerja. Kira ku bawa bersama dengan izin Mak Yah. Sewaktu melangkah keluar, Shah masih tidak kelihatan. Aku mula gusar, takut pula dia tidak izin kan Kira mengikuti aku.

Seperti terbau kerisauan ku, Mak Yah segera menyakinkan aku. Tentu lah si comel itu yang paling girang. Sebelum tiba di butik, aku membeli makanan ringan untuk nya. Tanpa sedar masa berlalu, si comel yang tadi menonton CD upin dan ipin kini terlena di sofa dalam pejabat ku. Tubuh nya ku betul kan supaya dia selesa, kepalanya ku lapik dengan bantal kecil, tubuh nya ku selimut dengan selimut nipis.

Aku duduk sebentar di kaunter ruang legar, sambil2 aku mengemas dan mengatur peralatan di situ. Pekerja ku semua sibuk dengan kerja masing2, aku membelek telefon tangan ku. Bila pula ada sms masuk? Miss call 2.Pelik juga aku, mungkin semasa dalam rumah Mak Yah, sebab telefon aku tinggal kan dalam kereta tadi.

Pesanan 1:

‘I call u several time, u buzy ?’

Pesanan 2:

‘I can’t make it this lunch hour, kita jumpa tea time’

Semua nya dari Reza.. mujur tak jadi, Lisa pun terlupa janji nya dengan Reza. Lisa pun membalas.

‘ok,’

Menjejak pukul 4 lebih, semua pekerja sudah mula mengemas butik . Lisa masuk semula ke pejabat dan pintu yang tadi sengaja di buka, di tutup rapat mengelak debu yang berterbangan . Lisa menyusun semua fail dan kertas2 dimeja nya. Sedang asyik mencapai pen yang jatuh di bawah meja tiba2 ada sesuatu di tepi. Belum sempat Lisa melihat, dia terkejut disergah.

Melihat wajah Lisa yang bertukar pucat, Kira ketawa..Lisa hanya mampu mengurut dada, sungguh terkejut, bukan sekadar ‘beruk’..gini ‘gajah’ pun boleh.

“bila bangun ni…” pinggang Kira di geletek.. Kira mula meronta2 kegelian.

Ketawa mereka terganggu ada ketukan di balik pintu, muncul Intan sebagai wakil, memberitahu mereka ingin balik. Lisa menyambung semula menggemas peralatan, Kira hanya memerhati dari sofa. Aku menelefon Mak Yah memberitahu , aku akan menghantar Kira pulang malam nanti.

Lisa perlu berjumpa Reza di Taj pukul 5.30, masih ada 20 minit. Masuk sahaja kereta, Kira mula mengomel, si comel ni kalau buka je mata..maka terbuka la mulut nya yang comel itu.

“auntie..kita nak g mana? Kira tak nak balik lagi ..” aku hanya menggeleng, macam2 si comel ni.

“kita pegi jumpa kawan auntie yer..pastu kita makan dan Kira nak ais krim tak?” aku mula mengayat.

“yes!!! I love you auntie…” pipi ku di raih, berkali2 pipi di kucup.. mujur aku berhenti di persimpangan lampu isyarat.

“oooo….auntie bagi ais krim baru nak love yer…” aku mengusik. Dia hanya ketawa, melonjak kegembiraan.

Tiba di Taj, masalah pertama aku mencari parking kereta. Petang2 begini memang menjadi masalah negara. Kira yang tadi macam bertih jagung senyap aje mengikut aku, pimpin tangan ku di pegang kejap.

Agak lama mencari baru aku melihat kelibat Reza, dia tersenyum melihat aku yang berjalan menuju ke arah nya. namun, senyum itu kian pudar semakin aku menghampiri nya. pelik.

“siapa ni?”

“anak kawan I” Reza mengangguk.

“how are u?”

“fine..”

“Kira salam uncle..” aku pantas menyuruh.

“Kira..so sweet, how old are you” Reza beramah.

“6 years old..tapi not yet..” aku tergelak melihat telatah mereka, Reza berkerut mendengar nya.

Datang pelayan mengambil pesanan, aku hanya memesan capati dan mee mamak untuk aku. Reza pula lebih senang dengan roti kosong. Walaupun di luar agak panas, suasana di dalam restoran agak selesa dengan kipas air yang besar.

Sekali bertiup rasa tubuh aku juga di terbangkan sekali. Rambut ku yang tadi ku biar bebas terpaksa ku ikat, tak selesa pula aku bila kipas itu bertiup2. Terasa sejuk benar la pula. Si Reza ni, senyap pula dia, asyik memandang ke arah Berjaya Megamall. Entah apa yang menarik dengan bengunan itu. Bangunan membeli belah yang telah lama beroperasi.
Minuman dan makanan pun tiba. Capati itu ku carik2 kan untuk memudahkan Kira. Sesekali mee mamak ku suap ke mulut nya.

Hanya bualan kosong yang menghiasi waktu petang kami ini, soal berkisar bisnes ku, keje nya dan isu2 semasa. Tiada lagi soal yang agak peribadi. Namun kelegaan itu tidak lama, sebaik kami berdua telah tenang dia mula berbicara.

“Kira anak siapa” bersahaja tapi seperti ada sesuatu, gaya Reza melontarkan kata2 nya.

“anak papa” aku ketawa mendengar, apa la Kira ni menjawab, macam Reza kenal papa dia.

“anak kawan I la..” Kira yang sedang menjamu mee mamak ku selamba menyuap lagi, seolah tiada apa yang berlaku. Reza mengangguk seakan faham tetapi wajah nya menggambarkan sesuatu yang kurang senang.

“I don’t like u be like this..” tegas kata nya.

“like what??” suara aku agak meninggi.

“rapat dengan this child” aku termangu mendengarnya.

“why??” sekilas aku melihat Kira, mujur Kira sedang asyik dengan ais dalam cawan nya.

Reza hanya senyum tawar, tiada jawapan dan kami kembali bungkam. Reza tak mungkin dapat memisahkan aku dengan Kira. Belum lagi bernikah sudah mahu mengatur hidup aku. Angin ku mula menaik, kini menghampiri ke kepala.

“I tak akan boleh terima u jika your mummy tak dapat terima I” tanpa memandang nya aku menyuarakan hatiku.

“jangan buat my mummy alas an, u dah fall in love dengan her father kan..”

“jangan nak buat fitnah, hubungan I dengan Kira tiada kaitan dengan her father or any body in this world. U yang harus sedar, tak mungkin I bersama u kalau u terus macam ni. I tak boleh bersama dengan orang yang tak suka I, dan terang2 your mummy tak suka i” terhambur segala amarah ku, wajah si comel itu terkebil2 melihat ku. air matanya dah bergenang.. muka nya di sembam ke dada ku, mengerti kah Kira persoalan yang berlaku sekarang.

“u kahwin dengan I bukan dengan my mummy, why u peduli hati dan sikap dia??” kata2 lembut itu seakan belati yang menusuk. Mengapa lelaki yang singgah dalam hidup ku tak pernah ada yang mampu membimbing ku. adakah aku harus meneruskan perjalanan ini, Reza bukan insan itu.

" oh my God, kalau kita nikah of coz kita akan sekali dengan keluarga u.. u ni tak berfikir ker?"

Sedang persoalan kian memuncak, muncul seseorang memeluk Reza tanpa segan dan malu. Aku termangu melihat, terkedu dan kaku. Segalanya berpusing2, kalah kipas air yang berpusing.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.068274 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list