|
wahai sang kunci
tolonglah buat puisi yang menggembirakan hati |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 5-10-2010 22:17
Ilham datang kian laju
kelopak mata kian layu
hati kata cukuplah dulu
jemarian kata aku ikut kamu
badan sudah lesu
akal sudah sebu
mohon diri beradu dulu
kumpul tenaga menulis tak jemu-jemu
buat tatapan para tetamu
walau kita tak pernah ketemu
ruang berbahasa jadi penyatu
saling bantu membantu
menjadi insan yang bermutu.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
ingin aku khabarkan gundah dihati
benarkah langkahku ini
sedangkan engkau punya isteri
bermain ...
assafdiyah Post at 3-10-2010 22:40
ini puisikah
atau cinta
yang terjana
lewat alam maya? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 343# sayawifenikmie
ini berbahasa je bukan bercinta
janganlah cepat meneka atau bersangka-sangka
nanti mendatangkan dosa
habis pahala |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 6-10-2010 09:58
ini puisikah
atau cinta
yang terjana
lewat alam maya?
sayawifenikmie Post at 5-10-2010 23:59
Terima kasih bertanya
mengingatkan saya dari alpa
tidaklah saya nak bercinta
menggarap puisi memantapkan kosa kata
saya punya keluarga bahagia
menyayangi isteri sepenuh nyawa
andai kata ada silap bicara
maafkan saya dalam berbahasa. |
|
|
|
|
|
|
|
wahai sang kunci
tolonglah buat puisi yang menggembirakan hati
assafdiyah Post at 5-10-2010 22:10
maaf ye susah juga genre jenaka
selalu duk fikir idea tak menjelma |
|
|
|
|
|
|
|
Kota
Di kota itu
penuh hutan batu
suhu luar biasa panas memburu
udara tercemar penuh jerebu
insan hidup dalam haru biru
penyakit datang serang paru-paru.
Di kota itu
banyak kenderaan di pandu laju-laju
asapnya hitam keluar berpusu-pusu
sesak jalan melambatkan waktu
insan tertekan perasaan tak menentu
ada yang membuli lagak macam hantu.
Di kota itu
ramai insan berhati palsu
hidup lintang pukang ikut hawa nafsu
dosa dan pahala bukan penentu
hidup kononnya lebih maju
apa nak jadi dengan negaraku?
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih bertanya
mengingatkan saya dari alpa
tidaklah saya nak bercinta
menggarap puis ...
Goldkey Post at 6-10-2010 09:40
Wahhhhhh beruntungnya isteri saudara
punyai suami yg bukan saja pandai bermain kata
juga punyai rasa cinta sejiwa raga
bolehkah hamba menjadi yang kedua atau ketiga
atu nombor yang seterusnya.....
Hahaha.....ini hanya tanya jenaka..... |
|
|
|
|
|
|
|
Pada suria pagi
kuucapkan syukran
memberi sinar kebahagiaan
yang telah lama diidam-idamkan
meniti hari bersama orang tersayang.
Pada indahnya alam
kuucapkan salam kerahmatan
memberi ruang kehidupan
yang dicari-carikan
menyelusuri hari bersama amanat Tuhan.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Wahhhhhh beruntungnya isteri saudara
punyai suami yg bukan saja pandai bermain kata
juga punya ...
sayawifenikmie Post at 6-10-2010 10:01
Cukuplah yang sedia ada
beratnya akan dipertanya
dibimbangi di akhirat hidup merana
menyesal tiada berguna. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 6-10-2010 10:29
Berjuanglah dengan bermaruah
Azahara
dari sini abah mendoakan tanpa jemu
dipermudahkan urusan kamu
dipertajamkan minda kamu
dilapangkan dada kamu
ditenangkan jiwa kamu
dihilangkan getar di hati kamu
moga kamu berjuang dengan bermaruah
demi kejayaan untuk diri kamu
ingatlah abah-ibu-adik menyanyangi kamu
kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu.
~Abah~ |
|
|
|
|
|
|
|
Berjuanglah dengan bermaruah
Azahara
dari sini abah mendoakan tanpa jemu
dipermudahkan urus ...
Goldkey Post at 6-10-2010 10:27
ni mesti anak ambil PMR..
semalam bm dan agama
pelajar salam datang bertemu
memeluk dan meminta restu
doa ibu bapa penting kepada anak - anak untuk berjaya |
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti anak ambil PMR..
semalam bm dan agama
pelajar salam datang bertemu
...
assafdiyah Post at 6-10-2010 10:33
Ya, terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 6-10-2010 13:41
Ilham tak mari-mari
lebih baik menyucikan diri
sujud memohon pada illahi
biar bait-bait puisi mendatangi
dapat dititipkan di ruangan ini.
"Jom berdiri bertakbir, sebelum kita ditakbirkan dengan empat kali takbir"
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
MISZA @ 34244
MISZA dengan kod nombor pengenalan diri 34244
yang ni kalau tak kenal parah tuan-tuan!!!
ini nama tunjang dalam kehidupan
nama ini akan dipertanyakan
kenal atau tidak?
sempurna atau tidak "anggotanya"?
kalau kenal dan sempurna "anggotanya"
mudahan hisab kita dipermudahkan
timbangan kita mengembirakan
dari itu saya menyeru pada diri saya dan tuan-tuan
kenalilah MISZA @ 34244.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 30-12-2010 09:59
Isteriku
Ingat lagi detik kau jadi isteriku
di mana hatimu
malam bersejarah pasti kekal dalam ingatanku
aku terasa baru semalam ia berlalu.
Isteriku
kasih sayangku tiada bandingan
kepadamu kumenumpang kasih
tiada lagi insan lain tempat mengadu
dalam hidup seditik cuma.
Istana kita, kita pertahankan
taman kita, kita serikan
gelombang sama kita tempuh
badai sama kita harungi.
Isteriku
curahkan kasihmu
kumenanti tanpa jemu
moga Tuhan restuimu
jadi isteri solehah.
Zuriatku kau lahirkan
didik ia jadi insan
satu amanah anugerah Tuhan
bersama kita laksanakan.
Isteriku
pohon maaf
andai hatimu pernah terluka
aku cuma insan biasa.
Wassalam.
Abg
1997. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Isteriku
Ingat lagi detik kau jadi isteriku
di mana hatimu
malam bersejarah pasti kekal dala ...
Goldkey Post at 6-10-2010 18:46
Bersahaja dan manis .. tumpang senyum.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 30-12-2010 10:01
Cintaku hanya padamu sayang
Sejak dari pertamaku memandangmu sayang
cintaku tak pernah sirna
sentiasa membugar segar.
Kutahu terkadang cintaku diragui
kufahami itu,
namun cintaku hanya padamu sayang
telah kusebatikan dalam jiwa
cintaku hanya untukmu
hingga terhenti nafas ini
pasti cintaku hanya untukmu.
Ketentuan Ilahi
kita ditakdirkan hidup bersama
banyak sudah ranjau, badai, gelombang menghempas
istana kita tetap berdiri teguh, seteguh Himalaya
marilah sayang, kita terus memperteguhkan istana impian
bina dengan penuh kasih sayang , cinta-mencintai, hormat-menghormati.
Tiada apa yang dapat memisahkan kita sayang
hanya hujung nyawa mampu meleraikan ikatan suci kita
andai itu akhirnya
moga kita jadi umat yang diberi Syafaat junjungan besar kekasih ALLAH
moga kita jadi hamba yang datang kepada-Nya dengan hati suci diberkati ALLAH.
Cintaku kasihku
kasih sayang kita bina demi kebahagian dunia dan akhirat
itulah motto keluarga kita
marilah jayakannya
jangan lagi menoleh ke belakang
sama-sama kita pohon rahmat dan keberkatan dari-Nya
dalam kesempatan beberapa ketika ini lagi
ayuh cintaku kasihku
atur langkah agar kita tidak menjadi hamba yang kerugian.
Anak-anak jadi kita kuat menempuh semuanya
kupercaya pada rahmat dan keberkatan-Nya
pasti milik kita
Allah akan sentiasa menguji hamba yang dikasihi-Nya.
Sayangku
dalam diriku, hanya ada kamu jadi harapan
menumpang kasih sepanjang hayat
dan
ku pasti menjagamu selagi ada dayaku.
Isteriku manjaku
andai masih ada kesilapanku di matamu
maafkan daku untuk sekian kalinya
kerana daku hanya insan biasa,
tak lari dari kesilapan dan kelemahan
hanya pada-Nya kuberserah
dan kepada-Nya kupohon keberkatan.
Di sini tempat kita disatukan,
di sini abg pasti cintai abg hanya padamu sayang.
Hapuslah sangsi mu,
moga tenang milikmu yang hakiki.
Abg, Trolak S, 23 Ogos 2009 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Keranamu Zharif Aimran
Darimu kupelajari
nilai kasih memaut
nilai cinta menyimpul
nilai persaudaraan terpeteri.
Aimran,
masa kegetiran
uji kesabaran
buat kami
pedulikan segala
hanya kamu!
hanya kamu!
hanya kamu!
anugerah ternilai
waris penyelamat kami.
abah
20/08/10
5.20pm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bersahaja dan manis .. tumpang senyum..
bintang Post at 6-10-2010 18:58
ma kacih |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|