CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: colmar

ALL ABOUT JAKARTA ~ PART 4

 Close [Copy link]
Post time 17-7-2009 02:06 AM | Show all posts
korang.. nak tny, kat tnh abg blok A, ade tempat solat tak? ok x? kat belah mane ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2009 02:43 AM | Show all posts
handbags branded immi gred A kat bndg@jakarta lagik murah dan byk pilihan ek?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 08:40 AM | Show all posts
korang.. nak tny, kat tnh abg blok A, ade tempat solat tak? ok x? kat belah mane ek?
wana7883 Post at 17-7-2009 02:06


Ada tempat solat - masjid. Ditingkat atas, tak silap tingkat 8. I selalunya balik solat di hotel. Yang bagusnya, di Jakarta dan bandung, shopping compelx sediakan tempat solat yang besar. Macam diChiwalk, bandung - semasa masuk waktu solat, diumumkan melalui PA yang sudah masuk waktu solat. Kat kita ni, takda pun umumkan bila waktu solat (I belum jumpa lagilah).
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 08:57 AM | Show all posts
ermmm.. kt T.A tu mmg bersih tpt dier... tpt mkn pun ok.. tp yg x bestnya toilet dier kt tkt 8 ...
itu ari  i g.. x thn nk buang air kecik... skali x der air.... choyyy..... terus x der selera nk mkn u.... yarkk......{:2_68:} nanti klau sempt i paste kn pic kt T.A keyyy
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 09:54 AM | Show all posts
TA buka seperti biasa on Sunday.... tapi kebanyakan kedai ada yang tutup...
Tapi still boleh SHOPPING sakan.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 10:50 AM | Show all posts
Hotel Ritz Jakarta Dibom MU Batal Ke Jakarta
http://bikin.web.id/info-terbaru ... u-batal-ke-jakarta/

JW Marriot, Ritz Carlton Jakarta dibom
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ni&pg=bt_10.htm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2009 11:42 AM | Show all posts
i pun dpt sms dr my mom td ckp hotel marriot kene bomb.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 01:01 PM | Show all posts
so jauhkanla dr tempat2 exclusive. spt grand indo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2009 01:18 PM | Show all posts
rate rupiah akan turun tak ...look on bright site
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 01:18 PM | Show all posts
opsss ...side...site inspection waktu kat TA nanti ...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 02:02 PM | Show all posts
opsss jangan marah....siapa ada contact yang boleh tolong arrange for door to door delivery tu...kat page mana macam pernah lihat...tapi tak ingat daa...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 02:07 PM | Show all posts
345# shima212


janji boleh shopping sakan............nih berapa byk kedai bukak, 50% ader
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 02:45 PM | Show all posts
Jakarta berduka. Hari ini hotel Marriot dan Ritz Carlton kena bom. I hate terorist!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 03:28 PM | Show all posts
Kemungkinan duit Rupiah akan jatuh berikutan letupan bom ni. Tunggu a few days untuk tukar  duit.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 03:40 PM | Show all posts
this the second time... dulu pun marriot kena juga..
entah la pa yg diaorg nk buat n buktikan...

so as for safety la kan.. sesapa yg pegi jakarta. aku nasihatkan la jauhkan dr tempat2 exclusive.. klu TA .. mangga 2 dia tak kacau kot.. wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 04:01 PM | Show all posts
10 maut, 40 cedera letupan di dua hotel
Jul 17, 09 11:18am  


kemaskini 3.37pm

Sembilan mati dan 40 lagi cedera apabila dua letupan kuat berlaku hampir serentak di dua hotel mewah yang terletak berdekatan di pusat bandar Jakarta pagi ini, lapor agensi berita AFP.

Sementara laman web berita Tempo Interaktif, sepuluh mayat ditemui di lantai bawah Hotel JW Mariott - enam daripadanya bertaburan.

Memetik sumber polis, media itu serpihan badan itu kemudian dikumpulkan untuk dimasukkan ke dalam beg mayat.

Dua daripadanya dilaporkan sudah hancur lebur "seperti potongan daging korban". Sementara empat lagi masih boleh dikenali ciri-ciri tubuhnya.

Empat yang terkorban disahkan warga asing, lapor media tempatan pula.

Mereka yang tercedera dalam ledakan kuat di Hotel Ritz-Carlton dan Hotel Marriott jam 7.55 pagi waktu tempatan (8.55 waktu Kuala Lumpur) termasuklah warga republik itu dan orang asing.

Serpihan kaca dan bahan binaan kelihatan di merata-rata tempat.

Tiada letupan ketiga

Menurut laporan awal Tempo Interaktif, ledakan pertama di Hotel Mariott, diikuti Ritz Carlton lima minit kemudian - yang menghancurkan beberapa bahagian di kedua-dua bangunan.

Sementara dalam laporan berasingan, AFP turut melaporkan letupan ketiga melibatkan bom kereta di plaza tol lebuhraya di Muara Angke, utara Jakarta, mengorbankan dua orang - dua jam selepas ledakan pertama.

Dalam edisi yang dikemaskini, polis menafikan kejadian tersebut.

Hotel Marriott pernah menerima serangan bom pada 2003 yang mengorbankan 12 orang - dipercayai dilakukan jaringan pengganas Jamaah Islamiah (JI), yang dikaitkan sebahagian sel al-Qaeda.

Menurut akhbar web itu lagi, Indonesia sering menjadi sasaran serangan bom mulai 1999 hingga 2005 yang mengorbankan 280 orang, yang terburuk meragut 202 nyawa di Bali pada 2002.

Sebuah bom meledak di luar bangunan Kedutaan Besar Australia pada 2004 yang meragut sembilan nyawa.

Sementara itu, seorang wartawan di tempat kejadian memberitahu The Star bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2009 04:08 PM | Show all posts
ermmm... rasa T.A jer yg tutup ari ahad ..... yg lain ok jer ...... itu ari g sarinah... bajet nak beli servineer... ermm hampeh.... mahal jerk... klau nk beli kemeja utk lelaki, atau baju utk anak yg ...
noraslina_7810 Post at 16-7-2009 17:47


Bukak la hari Ahad, tapi tak semeriah hari biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 04:10 PM | Show all posts
risau nye la nk pi jakarta nnt...seb bai lom booking kat marriot nih..kene carik hotel biasek2 je la...hotel eksklusif ni nampaknye target pengganas..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 04:12 PM | Show all posts
2 Hotel dibom, 9 tewas, puluhan luka-luka
Tanggal :         17 Jul 2009
Sumber :         Harian Terbit

JAKARTA - Teror bom kembali melanda ibukota Jakarta. Kali ini yang menjadi sasaran adalah Hotel Ritz Carlton dan JW Marriot. Dipastikan 11 tewas, dua diantaranya warga negara asing. Sementara korban luka berat, sedang, dan ringan, hingga berita ini diturunkan sebanyak 50 orang. Ledakan bom mobil juga terjadi di pintu tol Muara Angke, Jakarta Utara, Jumat (17/7) sekitar pukul 10.45. Dua penumpang luka dalam peristiwa itu.

Dilaporkan, sebanyak 38 korban dirawat di RS MMC Kuningan, Jakarta, dan 15 korban lagi dirawat di RS Jakarta. Dua korban luka warga negara asing kini dipindahkan ke RS Pertamina Pusat karena luka bakar se-rius yang dideritanya.

Sementara dua korban tewas warga negara asing adalah Timicey (60) asal New Zealand, pekerja di PT Freeport, sementara satu temannya yang juga dinyatakan tewas, identitasnya belum diketahui.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 04:29 PM | Show all posts
dorg ni teruk btl laa.. nak bom bom bagai.. tapi pelik tul mcm mane bom blh masuk kat hotel tu.. sedang kan security dorg, Ya Allah ketat giler.. penah dok ritz calton last year, n bln 5 baru ni dok intercontinental mid plaza hotel.. hotel2 ni nak masuk kat pintu palang dorg je, kete kite dah kena check.. then b4 masuk lobby hotel, badan n bags2 kite kena check skali lagik.. malaysia takde pun security mcm ni... dah laa nakgi lagik next month jakarta.. huhuhu.. tapi kemungkinan besar rph akan trn..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.254409 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list