|
letaklah n3 lagi...rindulah kat Hani...
shahrinas Post at 12-8-2009 08:54
aah..., betul tue......
cepat2 la smbung lagi............. |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu...bile nak sambung nie |
|
|
|
|
|
|
|
n3 plis....... |
|
|
|
|
|
|
|
{:3_84:} {:3_84:} {:3_84:} {:3_84:} {:3_84:} {:3_84:} {:3_84:} {:3_84:} {:3_84:} {:3_84:} {:3_84:} {:3_84:} |
|
|
|
|
|
|
|
lambatnyer rasa nk tunggu sambungan...:re: |
|
|
|
|
|
|
|
BILA LA NAK LETAK n3 BARU LAGI..... |
|
|
|
|
|
|
|
SMILEY...
xde N3 ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
smiley bz arr
bila bz idea pun kering... sori ye
nanti mlm ni or besok smiley sambung |
|
|
|
|
|
|
|
penantian satu penyiksaan |
|
|
|
|
|
|
|
ha.... tolong lah... sambunglah..... |
|
|
|
|
|
|
|
smiley, perah idea byk2 dulu lps tu baru lepaskan. |
|
|
|
|
|
|
|
Biar diddy sambung
eh silap... biar smiley sambung
..................................................................................................
" Cik Hani?" Hani mengangguk. Gadis Cina yang bekerja di kedai Flora's Flowers itu menghulurkan jambangan bunga ros putih dan pink bersama sekeping kad.
" Untuk you. Ambil lah. Cepat lah, saya ada banyak lagi tempat mau pergi" gesanya. Nafasnya sedikit semput.
" Er.. you salah orang kot." Hani mengerutkan dahi. Namun di capai nya jambangan yang di balut dengan plastik lutsinar. Mungkin untuk Aina. Cantiknya!
" No lah. Tengok. You punya nama, kan? Hani Hishamuddin. Bilik 3-3, Asrama Orkid. You sign sini" Kertas delivery order dan pen di beri.
"Boyfriend you handsome lorrr." Gadis itu tersengih melihat riak muka Hani yang blur sebelum berlari anak ke arah lif.
Macam pelik saja. Siapa yang hantar? Bila masa aku ada boyfriend? Handsome pula tu. Pening kepala memikirkan peristiwa yang berlaku dua tiga hai kebelakangan ini. Beg nya yang muncul tiba tiba, dapat hadiah perfume. Hari ini dapat bunga pula. Kenapa saham aku tiba tiba naik? Tak ada pula aku pakai jampi serapah atau mandi bunga.
Sahabatnya Izzah yang tumpang solat di bilik melipat telekung dan sejadah. Aina keluar bermain futsal dengan teman se kursus.
" Wah... cantiknya. Siapa bagi?" tanya Izzah sambil menyisir rambut. Hani masih tercegat di depan pintu. Kad yang terlekat di cabut.
[b]When will I see your smile again, my sweet Honey
Shamil Marzuki[b]
Uh - Oh. My sweet honey. Geli ada, seram pun ada. Pantas kad itu di masukkan ke dalam kocek jeansnya.
" Kenapa ni? Muka kau pucat jer. Stalker mana yang hantar bunga kat kau?"
" Entah. Aku pun tak tahu. Silap orang kot. Mungkin dia nak hantar kat Aina." Hani berhelah. Aduh... kenapalah si Shamil ni? Dah tak ada perempuan lain kat kampus kah? Apa motifnya? Hati Hani di salut prasangka.
" Humphh... tak logik lah. Nur Aina Azman dengan Hani Hishamuddin, nama korang jauh beza. Takkan dia tak tahu bezakan kau dengan Aina. Kau jenis yang jalan tunduk sampai boleh langgar tiang, minah tu jalan mendada. Kau tu jenis tak reti bersolek. Aina tu kalau nak keluar sampai setengah jam menempek apa benda ntah kat muka." dengus Izzah.
Izzah memang tak sekepala dengan Aina yang di anggapnya terlalu sosial dan ligat. Aina juga tak berkenan dengan perangai Izzah yang konservatif dan suka menegur silap orang. Pengkritik tetap - nama jolokkan di beri. Kadang kadang Hani rasa pelik, macam mana dia boleh bersahabat baik dengan dua orang yang begitu berbeza dari segi karekter. Senang cerita, siapa baik dengan aku, aku baiklah dengan mereka. Aku ni versatile , kaedahnya.
Bunga ros sebanyak satu dozen itu di letakkan dalam bekas kaca. Ada kudup, ada yang sedang kembang. Bau harum mengisi ruang bilik. Tapi aku sikit pun tak teruja. Lainlah kalau Nazrin yang hantar. Kenapa dia tak pernah contact aku? Kata tunang tak rasmi konon, tapi satu habuk SMS bertanya khabar pun tarak. Hani cepat mengusir perasaan rindu yang singgah. Mulut mati mati kata tak nak, tapi dalam hati.... Tuhan saja yang tahu. Isshhh... tak boleh jadi ni!
" Jomlah Izz. Kata nak pergi ko-op. Aku pun nak cari buku nota dengan stationery" |
|
|
|
|
|
|
|
Nazrin melabuhkan punggung di sofa lalu meregangkan tubuh. Beg laptopnya di sandarkan di meja sisi. Penat! Sehari suntuk dengan kuliah dan meeting bersama para pensyarah Fakulti Business Studies. Biasalah, kerja baru jadi banyaklah yang perlu di tangani. Tapi teruk mana pun, memang berbaloi. Dari dulu lagi dia bercita cita untuk menjadi pensyarah walaupun terpaksa menghampakan bapanya. Nasib baiklah bapanya boleh menerima hakikat yang Nazrin tidak akan bekerja dengan syarikatnya. Tak sangka pula bila dia menerima tawaran Universiti Datul Ridzuan , yang bakal suri hidupnya ( insyaallah) pelajar di situ. Susah betul dia menyimpan rahsia dari Hani. Nasib baiklah gadis polos itu tidak mengesyaki apa apa walaupun beberapa kali dia hampir terlepas cakap.
Dia mencapai remote control TV. Satu demi satu channel di tukar, tiada yang menarik. Akhir sekali dia memilih Astro Awani. Dah lama tak layan berita, baca suratkhabar pun tak sempat lagi hari ini.
" Dah lama kau balik?" Temannya, Dr Mirzan keluar dari dapur. Mug yang berisi kopi panas di letak atas meja. Sepaket biskut menjadi juadah minum petang. Beginilah hidup bujang, walaupun pada hakikatnya Dr Mirzan sudah berkeluarga. Cuma dia menjadi part time bachelor kerana keluarganya di Kuala Lumpur.
" Baru lagi. Aku ada discussion dengan Murni dan Dr Goh tadi pasal company yang offer internship untuk final year students. Lepas tu tunggu IT guys datang upload software dalam laptop aku."
Dr Mirzan mengangguk sambil menghirup kopi. Lelaki berjanggut sejemput itu tersengih.
" Aku dengar kau ramai peminat. Dah berapa pucuk surat cinta kau dapat?"
" So far tak ada lagi. Setakat main main mata tu ada lah. Aahhh... aku tak ambil kisah lah. Aku buat muka cengil jer. I'm practically a married man. Dah tak pandang perempuan lain dah. Cuma sijil nikah saja belum dapat."
" Hani Hishamudin tu student aku. Kelas Corporate Finance dengan Business Ethics. Tahun lepas pun aku ada ajar dia. Smart kid tapi pendiam sikit. Macam mana kau boleh tersangkut dengan dia?" Mirzan dan Nazrin bukan orang asing, mereka bersahabat sejak sekolah Menengah lagi. Kemudian sambung belajar ke university yang sama di US. Mirzan yang lebih tua dari Nazrin sudah bertugas di UDR selama dua tahun.
" Long story lah bro. Mula mula jumpa di homestay mak aku kat Ulu Langat, aku suka buli dia. Sampai masuk hospital budak tu. Tapi bila dia balik kampung tengok nenek dia, I really missed her. That's when I knew..... " Wajah Hani terbayang bayang di matanya. Malangnya dia tak pernah lagi berjumpa dengan Hani di kampus. Adakah gadis itu sengaja mengelak? Mungkin juga dia belum tahu aku ada di sini. Takkan aku pula nak beria ria pergi cari dia di asrama. Nanti belum apa apa dah jadi skandal. Undang undang tatatertib Universiti Darul Ridzuan menegah siswi dan pensyarah menjalin hubungan. Aduh, ini yang di katakana so near yet so far. Setakat ini nampak bayang pun tak pernah. Sebagai pensyarah muda, Nazrin mengajar foundation level course untuk pelajar tahun pertama. Nasib baiklah juga. Kalau aku jadi pensyarah Hani, susah nak cover perasaan.
" Muka dia macam ex kau. You sure you tak mengorat dia sebab nak replace Fifi?" duga Mirzan.
Nazrin menggeleng. " I'm totally over Fifi. Lagipun karekter derang jauh beza. Rupa Hani pun kalau kau tengok betul betul taklah serupa sangat dengan Fifi"
" Kau suruh aku tengok dia betul betul, dari hujung rambut sampai hujung kaki? Kau tak marah?" Mirzan berlelucon. Lega rasa melihat Nazrin kembali pada diri asalnya. Memang Nazrin patut dapat pasangan hidup yang lebih baik dari Fifi. Dasar perempuan materialistik!
" Cuba lah... aku report kat bini kau. Silap haribulan dia suruh kau commute dari KL hari hari. Padan muka. Aku dapat apartment ni all to myself. Tak payah nak hidu bau stoking busuk kau."
Tawa mereka bersatu. " Jin, jom kita pergi main squash. Aku dah lama tak exercise. Nanti bini aku complain. Dia yang pregnant tapi aku yang lagi buncit."
" Ok juga. Tapi petang petang camni squash court mesti penuh dengan students."
" Ada squash court yang khas untuk lecturers saja. Takkan nak berebut dengan students kat Sports Complex tu. Atau kau sengaja nak cari peluang, mana tahu kot kot terserempak dengan tunang kau?"
Nazrin tidak menjawab. Reti kah Hani main squash? Sukan apa dia minat pun aku tak tahu. Banyak yang aku tak tahu tentang dirinya. Cuma apa yang aku tahu - aku rindukan dia. Bila lah aku nak jumpa Hani? Macam mana reaksinya nanti? Mesti terkejut beruk...ha ha ha!
......................................................................................................................... |
|
|
|
|
|
|
|
Hani dan Izzah menuju Koperasi Khazanah yang terletak berdekatan dengan kompleks sukan.
" Kau dengar tak, ada rumours kata kita punya internship tahun ni kena start awal." Izzah bersuara dengan nada tak puas hati " Kau dah dapat tempat?"
" Ya ke? Aku tak dengar pun." Hani mula rungsing. Dulu Along dah janji nak carikan tempat untuknya di company Along bekerja. Tapi Along masih di Qatar. Macam mana ni? Kat mana aku nak tinggal sebelum Along dan Kak Ina balik? Masaalah besar ni.
" Ni semua pensyarah baru tu punya pasal lah. Dia yang beri cadangan kat Dekan. Tapi aku suka juga dia punya idea nak buat mentor program. Setiap final year student akan ada mentor dari kalangan pensyarah. "
Pensyarah baru lagi.... setiap hari mesti aku dengar cerita pasal pensyarah baru ni. Hebat sangat ke dia ? Perasaan ingin tahu Hani menebal.
" Mana kau tahu semua ni? Banyak betul inside information kau dapat. Kau baik dengan dia kah? Ramai yang asyik cakap pasal dia. Kau pun jatuh hati dengan dia?"
Izzah menjeling tajam. " Aku dengar dari Kak Sweet. Kak Sweet tu rapat dengan dia. Aku pernah dia nampak sekali kat office Kak Sweet. Not bad looking. Airmuka dia tenang aje. "
Wah... ini sudah dahsyat ! Si Izzah yang tak pernah minat kat lelaki kecuali stok ustaz pun boleh tergoda, detik hati Hani. Mesti hot giler pakcik nih.
" Oh... kalau camtu mesti ramai yang frust. "
" Kenapa pula?" Kening Izzah terjungkit
" Yalah, dia dah couple dengan Kak Sweet. Kak Sweet tu kan sweet, macam nama dia. " Kak Sweet atau Wan Mimi Irmanis adalah kaunselor pelajar di UDR. Cantik dan ramai peminat di kalangan students lelaki walaupun umurnya hampir 30 tahun.
" Siapa kata dia kapel dengan Kak Sweet pula? Kak Sweet dah nak kahwinlah. Tapi aku dengar Pakcik tu pun dah bertunang"
Macam kuciwa saja nada Izzah. Hani menyembunyikan senyuman. Tak sangka pula Izzah dengan Aina boleh minat orang yang sama. Very interesting!
Tiba tiba tangan Hani di rentap kasar.
" LAAA... panjang umur! Hani ,kau tengok arah pukul 9. Itu dia, dengan Dr Mirzan" Izzah bersuara penuh teruja.
" Mana.... mana?" Hani menoleh ke arah yang di tunjuk. Beberapa orang sedang berjalan di sekitar Taman Tasik Mega. Petang begini memang ramai beriadah. Mana satu ni?
" Yang pakai T shirt biru dengan tuala di leher"
Hani tercari cari dengan sebelah tangan mengadang silau matahari yang mula mengenjak ke ufuk barat. Macam kemaruk sangat nak tengok pensyarah kacak itu.
" Hani! Hani! Tunggu!" tiba tiba laungan suara lelaki mengejutkannya. Pantas dia menoleh. Alamak... Shamil. Mana aku nak lari? Hani tercegat kaku. Izzah mendengus. Menyibuk saja Shamil ni... melepas lah Hani nak tengok pensyarah terhangat di kampus. |
|
|
|
|
|
|
|
alamak smiley............. baru nk menghayati... dah bersambung balik ker?
cecepat sambung ek, x sabar ni nk tengok hani tentang mata ngan nazrin kat kampus tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Nazrin memberhentikan langkah sebaik mendengar seseorang memanggil nama Hani. Pandangannya meliar. Hani? Mana Hani ? Atau mungkin lelaki itu memanggil orang lain yang sama nama? Serta merta wajahnya berubah. Seorang lelaki yang agak sasa bergegas ke arah dua orang gadis. Sah, Hani seorang dari mereka. Sekilas air di sungai, ku tahu jantan betina, inikan pula si jantung hati. Aparahh.. merepek punya peribahasa! Tanpa di sedari kakinya berundur hingga tubuh nya di lindungi pokok.
" Mir, kau balik lah dulu" Nazrin bersuara. Lemah saja nadanya. Hishh... apalah aku ni. Takkanlah Hani tak ada kawan lelaki. Ni university lah woi.
Dr Mirzan turut menyaksikan drama sebabak. Bahunya terhinggut menahan tawa.
" Jin, takkan sampai sembunyi belakang pokok nak intai awek "
' Merepeklah kau" bidas Nazrin. Resah melanda bila teman Hani yang bertudung itu mempercepatkan langkah meninggalkanHani berjalan seiring dengan lelaki tadi. Itu Shamil, kalau tak silap. Nazrin sempat berkenalan dengannya masa menyelenggara freshie pada Minggu Orientasi. Boleh tahan juga orangnya, awek keliling pinggang. Yalah, anak orang kaya, good looking, sportsman. Typical spoilt, rich brat. Dahinya berkerut... apakah Hani juga seorang dari ahli fan club Shamil? Tapi dari bahasa tubuh Hani, macam tak ada apa apa.
" Pergilah tegur dia. Buat buat macam kau ni tengah jalan jalan, tiba tiba terserempak" cadang Dr Mirzan. Kawan aku ni macam remaja yang ada" schoolboy crush" pula. Padahal dah boleh jadi bapak orang.
" Eh, tak ada masa lah aku nak buat kerja budak budak macam tu." Nazrin menggeleng. Pura pura " cool" kunun walaupun hati tak sabar bersemuka dengan Hani. Rindu dengan suaranya, wajahnya yang senang merona, lesung pipitnya. " Jomlah balik. Aku nak mandi. "
" Eh.. aku lupa pula. Aku nak check stok buku teks aku dah sampai belum" Dr Mirzan membuat helah. Kesian kawan aku ni. Mahu tapi malu. Kalau bukan aku yang tolong, siapa lagi? " Ikut aku ke koperasi kejap"
Hani dan Shamil berjalan ke arah koperasi sambil berbual kosong. Bercerita tentang cuti , course load untuk semester ini dan topic yang sewaktu dengannya. Mulutnya berat untuk mengucapkan terimakasih atas jambangan bunga yang di beri. Nanti dia ingat aku suka, lain kali di hantar lagi. Tak mau... tak mau! Takut aku bila teringat cerita Acik Mah. Kena ganyang dengan Wan Safura nanti.....
Shamil menarik pintu untuknya. Hati Hani gusar memikirkan mata mata yang memerhati. Izzah sudah entah ke mana, hilang di celah celah pengunjung kedai yang ramai.
" You nak beli apa?" tanya Shamil
' Notebook dengan pen. I pergi dulu ya. Excuse me" Hani cuba melarikan diri di celah celah rak. Aku kena jauhkan diri dari Shamil. Mamat ni ramai peminat, nanti aku jadi sasaran perempuan cemburu. Namun Shamil tetap mengekorinya.
" Hani, you ada terima apa apa tak tadi?" Terpaksa Shamil membuka mulut. Risau juga. Hani tak cakap terimakasih pun. Mungkin amoi kedai bunga tu silap hantar.
" Er... apa apa? Oh.. bunga yang you hantar tu? Terimakasih lah. Its very nice. Tapi... er... lain kali jangan hantar lagi"
Muka Shamil berubah. Pelik betul. Tak pernah aku jumpa perempuan yang tak suka bunga. Lebih lagi kalau aku pengirimnya.
" I alergik dengan debunga" Rasa bersalah membuat Hani mencari alasan. Logik ke tidak, belakang kira.
Shamil tersenyum lega. " Oh... I ingat ada reason lain kenapa you tak suka I bagi you bunga. Ada orang marah ke?"
" Memang ada orang marah. Aku marah" Ingin saja Nazrin menjerit. Dia menyelinap ke rak sebelah, dan mencari port agar tersembunyi. Tak ada di antara mereka yang sedar kehadirannya. Hazabnya aku ni, macam undercover agent pula.
" Hani, company bapa I Persada Construction ada tempat untuk internship. You nak tak?" pelawa Shamil.
" Sesuai ke untuk I? I buat Business bukan Engineering" duga Hani. Kalau ada tempat, kan best. Company Along tak tentu lagi nak ambil aku. Along pun tengah sibuk, takkan sempat nak melobi boss nya.
" Of course I'm aware of that. You join Finance Department lah. I dengan kawan I Rashdan kat Engineering department. Ada gang. "
Sekali lagi Nazrin mendengus. Wah, pandai mamat ni atur strategi. Yalah..... bapak ada company sendiri. Hurghhh... Panas hatinya.
" Boleh juga. Tapi I kena check dengan coordinator kita orang dulu. Anyway, thanks" jawab Hani selamba sambil membelek buku nota dengan kulit gambar Hello Kitty. Macam mana kalau Aina tahu. Terdetik sedikit rasa bersalah di hatinya. Tapi bukannya dia caras peluang Aina pun. Posisi ini tak sesuai dengan kursus Aina. Aina pun sudah dapat tempat di NTV7 melalui sepupunya.
Nazrin mengambil fail dari rak walaupun tiada niat untuk membeli. Dia menimbang langkah seterusnya. Lambat laun Hani akan tahu juga dia mengajar di situ. Kalau aku sapa Hani di tengah khalayak ramai begini apa reaksinya? Budak Hani tu bukan boleh percaya. Gelabah habis. Tapi cutenya , alahai....
" Eh... Encik Nazrin. Tak sangka jumpa Encik di sini. Beli apa?" Izzah menyapa dengan senyuman lebar. Tak sangka dapat berjumpa dengan dia di sini. Nazrin tersentak di sapa tiba tiba. Kalau tak silap ini student yang berjalan dengan Hani tadi.
Encik Nazrin? Hati Hani berkocak sakan mendengar nama itu. Suara nya pula suara Izzah. Eleh... takkan seorang saja Nazrin dalam Malaysia ni. Raja Nazrin pun sama nama. Commonlah juga nama tu. Tapi jantungnya makin kencang. Kepalanya di pusing perlahan ke arah suara Izzah di rak sebelah.
" Hani, inilah pensyarah baru di fakulti kita. Encik Nazrin" Izzah memperkenalkan.
MAKKKKKK!!!!!! Lutut Hani terus lembik. Dia memegang sesuatu, cuba menahan diri dari terjatuh. Keletang keletung dua tiga buku nota dan alatulis jatuh dari rak. Peluh merenik di pelipis. Tangan dan kaki seram sejuk. Tarik nafas Hani.... jangan pengsan. |
|
|
|
|
|
|
|
sukanyer..sukanya.....
akhirnyer bertemu gak derang. jangan hani pengsan dah ler tengok nazrin.... |
|
|
|
|
|
|
|
thanks smiley...
sambung lagi n3 ye... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|