CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adam125

Rockensteiners[Faizal Tahir FC]Keahlian dibuka!

[Copy link]
Post time 31-8-2008 02:53 PM | Show all posts
Gangstarz berjaya capai matlamat
Oleh Faizal Tahir
[email protected]

One Nation Emcees pamer persembahan memukau untuk muncul juara Gangstarz Muzim Ke-2.

ASSALAMU'ALAIKUM dan salam sejahtera. Bertemu kembali dalam nukilan saya minggu ini. Alhamdulillah, Ahad lalu selesai sudah Konsert Final Gangstarz Musim Ke-2 yang berlangsung dalam suasana penuh meriah di Stadium Malawati, Shah Alam. Saya rasa sungguh bertuah kerana terbabit dalam rancangan berkualiti, khusus dalam mencungkil bakat baru bidang nyanyian yang popular di peringkat serantau.

Jutaan terima kasih kepada semua warga kerja Gangstarz musim ini, khususnya mereka yang menaruh kepercayaan kepada saya yang masih baru dalam dunia hiburan ini. Terima kasih tidak terhingga kepada Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian TV Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan kerana membenarkan dan memberi kepercayaan kepada saya selama dua musim berturut-turut sebagai pengacara bersama rancangan ini. Juga terima kasih kepada teman pengacara saya, Fara Fauzana, yang begitu profesional dan bekerjasama dengan cukup baik bukan hanya dengan saya, tetapi dengan seluruh warga kerja Gangstarz.

Juaranya kita sudah tahu... One Nation Emcees. Tahniah kepada mereka. Saya rasa tidak perlu ada pertikaian lagi dalam pemilihan mereka sebagai juara kali ini. Namun, yang penting adalah hala tuju dan perancangan mereka selepas bergelar juara ini. Kalau bijak, mereka sudah tentu tahu apa yang patut dilakukan. Kalau tidak, ramai yang sentiasa terbuka untuk membantu menunjukkan jalan. Saya selalu berfikiran, untuk berjaya kita harus tahu apa yang kita mahukan.
Yang paling penting, kita harus tahu apa yang kita lakukan... never do something just because you have to do it. Saya masih ingat lagi bagaimana begitu banyak persepsi yang kurang positif terhadap keputusan Gangstarz Musim Ke-2 untuk menyerapkan dua lagi negara tambahan kali ini.
Akhirnya, dengan strategi betul dan tenaga kerja cukup kuat bekerja, musim kedua rancangan ini berjaya membuktikan ia mampu menyumbangkan satu impak positif kepada industri muzik kita. Setiap yang baru itu harus menghadapi saat getir untuk mencapai sesuatu yang positif. Saya percaya kehadiran kumpulan dari Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura membuka mata banyak pihak dan menyedarkan kita sebenarnya ada bakat muda yang mampu bersaing. Alhamdulillah.

Di sini juga, saya ingin menyatakan bahawa berakhirnya Gangstarz Musim Ke-2, maka berakhirlah juga kerjaya singkat saya sebagai seorang pengacara. Jangan salah faham. Bukan saya tidak suka dengan kerja ini. Namun, saya harus berterus terang dan menyatakan ia bukanlah tujuan saya menceburkan diri dalam dunia hiburan ini. Saya pernah merasa tidak yakin menjadi seorang pengacara. In other words, it's just not my thing.

Bagi mereka yang tertanya-tanya, saya hanya mampu menjawab yang saya mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya muzik saya. Ketika mula-mula membuat keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang ini, niat dan matlamat saya adalah untuk memberi sumbangan sebanyak dan sebaik mungkin kepada industri muzik tanah air.

Saya tidak nampak apa yang saya katakan tadi sewaktu saya menjadi pengacara. Saya sering tertanya-tanya, apakah sumbangan yang sudah saya berikan kepada industri muzik kita dengan kerja saya sebagai pengacara?

With all due respect, hosting is a very high-profile and respectable job . Percayalah, bukan mudah menjadi seorang pengacara yang begitu baik seperti Aznil Haji Nawawi, Farah Fauzana, Ally Iskandar, Faizal Ismail, Cheryl Samad dan AC Mizal. Namun pada setiap minggu naluri saya mengatakan bahawa saya yang mahu dipanggil ke atas pentas itu untuk membuat persembahan dan menghiburkan penonton semua. That is how passionate i am with music .

Bagaimanapun, saya harus mengakui bahawa selama dua tahun menjadi pengacara Gangstarz, ia banyak membantu meningkatkan tahap keyakinan diri saya. Insya'Allah, apa yang saya dapat sewaktu bergelar pengacara akan saya gunakan untuk memperbaiki kelemahan diri selama ini.
Akhir kata, terima kasih kepada semua yang menyokong dan tahniah sekali lagi kepada semua kumpulan yang telah memberikan yang terbaik sewaktu Gangstarz Musim Ke-2. Saya doakan industri muzik kita berkembang maju seiring sambutan kemerdekaan ke-51 negara kita.

Selamat Hari Kebangsaan ke-51 kepada semua dan juga selamat mengharungi Ramadan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga ibadah kita dalam bulan mulia ini pada tahun ini membawa lebih banyak keberkatan daripada Allah SWT.

Sehingga bertemu lagi, Wassalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2008 08:11 PM | Show all posts


c: World of My OWn

Kite lambat few minutes jer for this moment.    Then, my friend above brags and made me jealous coz she took pic with FT.

Nak amek gambar ngan Faizal Tahir jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2008 12:18 PM | Show all posts

Anda dijemput menyertai Pertandingan Puasa Raya Board Fanclub

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=373775
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2008 07:02 PM | Show all posts
Jawablah!: Cukuplah dengan GangStarz (Berita Harian)
   


Oleh Farihad Shalla Mahmud
               

     SERASI: Faizal dan Fara Fauzana ketika mengacarakan GangStarz 2.

                   Faizal Tahir tinggalkan dunia pengacaraan, mahu beri lebih tumpuan dalam nyanyian dan penciptaan lagu

BAKATpengacaraan penyanyi Faizal Tahir terserlah di pentas program realitiGang Starz. Kebolehannya berkomunikasi dalam dwi bahasa sertakelincahannya dalam mengendalikan acara membuatkan ramai yang mengagumibakat terpendam bapa kepada dua cahaya mata ini.

Namun, selepas melewati dua musim mengemudi program realitinyanyian berkumpulan itu bersama pasangannya, Fara Fauzana, Faizalakhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang pengacaraan yangsemakin sebati dalam dirinya itu.
    Hasrat itu diluahkan Faizal ketika si pelantunMahakarya Cinta itu menjalani rakaman program raya Ghazal Rock, yangberlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, baru-baru ini.Tegasnya, dia nekad dengan keputusan itu dan tidak akan ditarik balik.

Bukan kerana serik ataupun ada perasaan tidak puas hatitersemat di dalam hati. Sebaliknya, Faizal memberikan alasan yang cukupringkas iaitu dia ingin memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kerjayanyanyian yang amat dicintainya itu.

Hip: Bila dan apa yang membuatkan Faizal nekad meninggalkan dunia pengacaraan?
Faizal:Sebenarnya keputusan ini dibuat ketika saya sudah pun mengacarakan GangStarz musim kedua. Tapi saya gagahkan juga meneruskan tanggungjawabyang diamanahkan. Lagipun tahun ini ada dua negara baru iaitu Thailanddan Filipina yang menyertai program ini. Jadi saya ambil kesempatan ituuntuk memperkenalkan muzik Malaysia kepada mereka. Apabila ada masaterluang dan berpeluang untuk berbual dengan mereka, saya ambilkesempatan itu untuk menceritakan perkembangan industri muzik kitakepada mereka. Dan memandangkan tugas saya sudah pun selesai, jadi sayaingin umumkan di sini bahawa saya memang tidak mahu lagi menjadipengacara dan akan memfokuskan kerja saya dalam bidang nyanyian danpenciptaan lagu saja.

Hip: Apakah selama ini bidang pengacaraan sebenarnya menjadi halangan untuk Faizal menyanyi?

Faizal:
Bukanlah maksud saya menjadi penghalang tetapiramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya apabila saya berada di ataspentas, memanggil satu demi satu peserta membuat persembahan, hati danbatin saya meronta-ronta. Pada waktu itu, saya sering terfikir adalahlebih baik saya tampil ke depan pentas membuat persembahan dan bukannyamelakukan tugas pengacaraan. Dalam hal ini, saya dapat rasakan jiwasaya sebenarnya bukan ke arah pengacaraan. Saya kalau buat sesuatu,tidak suka buat separuh hati atau dalam keadaan sambil lewa. Pada saya,biarlah saya menyanyi dan mencipta lagu saja kerana itulah yang sayaminat dan salah satu cara saya untuk menyumbangkan sesuatu kepadaindustri muzik tanah air.

Hip: Kalau tawaran yang datang meminta Faizal mengacarakan program bual bicara yang berkaitan dengan muzik bagaimana?
Faizal:Seperti yang saya tegaskan tadi, selepas ini saya memang tidak berminatuntuk menjadi pengacara. Berilah peluang itu kepada mereka yang minat.Dan saya, biarlah dengan kerja saya untuk menghiburkan orang denganhasil seni saya. Lagipun saya mempunyai prinsip yang tidak percayakepada konsep kepelbagaian iaitu seorang artis itu perlu pandaimenyanyi, mengacara atau berlakon. Saya lebih senang fokus kepada apayang saya minat. Sebagai contoh, sebelum ini bukan tak ada tawaranberlakon yang datang tapi saya terpaksa tolak. Ada empat tawaran yangdatang kepada saya. Kesemuanya menawarkan watak utama. Tetapi sayaterpaksa tolak kerana tidak berminat. Cuma saya ada juga menerimatawaran untuk muncul sebagai cameo dalam filem yang dilakonkan NabilRaja Lawak, Lu Pikirlah Sendiri. Itupun saya bawakan watak sayasendiri.

Hip: Betulkah sebab nak tumpukan perhatian pada bidangnyanyian atau Faizal sebenarnya ada perselisihan faham dengan produksiatau rakan pengacara, Fara Fauzana?

Faizal:
Setakat ini apa yang saya tahu, saya tidakbergaduh dengan mana-mana pihak dan kami bekerja bagaikan sebuahkeluarga. Keputusan ini memang sudah lama ada dalam fikiran saya. Bulatsudah tekad saya untuk tidak mahu lagi bergelar pengacara walaupun adayang datang memujuk. Bidang pengacaraan bukan untuk saya dan hati sayamemang tiada ke arah itu.

Hip: Jadi apakah Faizal rasa yang selama Faizal menjadi pengacara adalah sia-sia belaka?

Faizal:
Oh tidak! Saya akui sewaktu menjadi pengacara GangStarz saya banyak belajar pelbagai perkara terutama dari segi keyakinandiri. Sebelum ini saya memang cepat gugup dan gementar apabila berdepandengan khalayak ramai. Dan selepas mengacarakan program itu selama duamusim, saya dapat rasakan perubahan dalam diri saya.

Hip: Mengenai isu memakai celak sewaktu mengacarakan program final Gang Starz. Komen sikit.

Faizal:
Sebenarnya saya dalam peringkat untuk membuatperubahan dari segi konsep muzik dan imej untuk album kedua nanti danpemakaian celak adalah salah satu daripadanya. Tapi, ia lebih kepadaeye liner sebenarnya. Memandangkan muzik saya lebih ke arah rock, jadiapabila saya memakai celak nampak 慳ttitude
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2008 07:08 PM | Show all posts
Cukup hanya satu!


Oleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]

Rap
ACAP KALI tiba Ramadan, majoriti artis mengambilkesempatan ini untuk berehat selain menumpukan perhatian terhadapibadat wajib dan sunat selepas penat bekerja sepanjang tahun.
Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 30 atau Faizal Tahir tidak ketinggalan melakukan perkara sama.

Ketikaditemui di sesi rakaman Ghazal Rock di Sri Pentas 2, Plaza AlamSentral, Shah Alam baru-baru ini, Faizal mengharapkan ibadat puasadilakukan dapat dijalani dengan penuh keberkatan.

"Inilah masaterbaik memandangkan pada waktu sama tidak banyak aktiviti dibuatselain memberi tumpuan kepada kerja rakaman. Itu pun ia dilakukanselepas saya selesai bertarawih.

"Pada minggu awal Ramadan kalau boleh saya mahu berbuka puasa bersama keluarga," katanya.

Faizal yang berkemampuan menulis lagu dan lirik, berkata bulan puasamemberikan lebih masa dan ketenangan untuk mencari ilham menghasilkankarya terbaru bagi dimuatkan dalam album kedua nanti.

Mengenaikerjaya seninya, Faizal mahu komited untuk satu cabang saja apabilamengumumkan mahu meninggalkan bidang pengacaraan, bagi membolehkannyamemberikan tumpuan pada bidang nyanyian.

Sukar untukmenidakkan, sebelum ini ramai memuji kemampuan Faizal sepanjangmengendalikan rancangan realiti Gangstarz musim pertama dan kedua yangdisiarkan di TV3.

Keputusan mengejutkan Faizal ini pasti mengecewakan peminat setia penyanyi yang cukup popular dengan lagu Maha Karya Cinta itu.

Memberipenjelasan lanjut mengenai keputusan diambil, tegas Faizal sudah tibamasanya dia berbuat demikian bagi memastikan kerjaya nyanyiannyaberjalan lancar.




"Terus terang, saya sebenarnya tidak boleh melakukan dua kerjadalam satu masa. Mungkin inilah kelemahan saya. Seperkara lagisepanjang mengendalikan rancangan Gangstarz, saya berasa sedih dancemburu apabila setiap kali memanggil peserta keluar mengadakanpersembahan.


"Saya berasakan sepatutnya tugas saya bukan memanggil pesertasebaliknya saya yang dipanggil untuk menghiburkan penonton. Perkara inisudah saya perjelaskan kepada pihak atasan Media Prima Berhad terutamaTV3 dan produksi Gangstarz. Mereka faham dan menerima keputusandiambil," katanya.

Keputusan sama dibuat membabitkan bidanglakonan. Dia tidak akan menerima tawaran kecuali ia sekadar penampilanistimewa seperti apa yang dilakukan dalam filem Lu Fikirlah Sendiri.

"Dalamfilem itu saya menjadi diri saya sendiri dengan tampil mengadakanpersembahan. Sekiranya ada tawaran seperti itu saya akan fikirkan,tetapi tidak berlakon sepenuhnya," katanya lagi.

Bagaimanapun,jelas Faizal, sepanjang pembabitannya sebagai pengacara Gangstarzbanyak perkara baik dipelajari. Paling utama apabila dia dapatmempromosikan muzik tempatan kepada orang luar.

Sepanjang duamusim mengendalikan Gangstarz, naib juara One In A Million (OIAM) inimenjelaskan dia banyak bertukar pendapat dengan peserta dari Singapura,Indonesia, Thailand dan Filipina. Dia tidak ketinggalan memberikanalbumnya AKU.MUZIK.KAMU kepada mereka sebagai buah tangan.

Menyentuhkritikan imej terbarunya yang kini tampil bercelak seperti disiarkanruangan Soseh-Soseh, Faizal menjelaskan solekan seperti itu akandikekalkan sebagai penampilan terbaru.

"Perkara ini sudah lamasaya fikirkan dan rasanya ia sesuai dengan konsep muzik bakal sayatampilkan untuk album kedua nanti. Rasanya bercelak tidak perlulahdijadikan isu memandangkan ia sebahagian daripada solekan apabilatampil di atas pentas mahupun fotografi.

"Satu lagi perkara mahusaya kongsi dengan peminat iaitu penampilan baru itu juga ada kaitandengan tajaan solekan daripada Dior untuk lelaki.

"Sayasatu-satunya artis tempatan dipilih Dior untuk menjadi jurucakap merekabagi jenama solekan terbaru untuk lelaki itu," katanya lagi.

Walaupunmengubah penampilan rupa tetapi tegas Faizal dia akan terus mengekalkanimej Superman, memandangkan tajaan untuk baju yang digayakan selama initidak bercanggah dengan wajah terbaru cuba ditampilkan nanti.



5 perkara dilakukan & dielakkan Faizal Tahir sepanjang ramadan



DILAKUKAN

1.Saya suka bawa keluarga membeli juadah di bazar Ramadan. Lokasi pilihandi Stadium Malawati Shah Alam berhampiran kediaman orang tua saya.Sejak kecil sehingga ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara(UiTM), saya tidak ketinggalan membeli makanan kegemaran di sana.

2.Juadah menjadi kemestian saya sepanjang bulan puasa adalah ayam golek,yong tau fu dan air kacang soya yang dijual di pasar Ramadan di StadiumMalawati, Shah Alam.

3. Saya akan memastikan minum banyak airterutama air suam. Saya lebih gemar minum air pada waktu sahurberbanding makan makanan berat seperti nasi.

4. Saya jarangmengambil makanan berat waktu berbuka. Sebaliknya saya akan menjamahkurma terlebih dulu dan menunaikan solat Maghrib. Saya tidak terlalucerewet mengenai juadah berbuka.

5. Berkumpul bersama rakan lamauntuk berbuka menjadi kemestian bagi saya. Lazimnya saya akan memilihsatu hari sesuai bagi membolehkan semua kawan lama berkumpul. Lebihmanis apabila ada yang membawa keluarga bersama, sekali gus bagimengeratkan silaturahim sesama kami.



DIELAKKAN

1.Saya mudah rimas jika tidak melakukan sebarang kerja selama berpuasa.Apatah lagi tidur terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan badan lemah.

2. Saya akan mengelak daripada terperangkap dalam kesesakanlalu lintas. Biasanya ketika Ramadan, kesesakan di jalan raya agak luarbiasa ditambah dengan pembukaan bazar Ramadan. Namun, jika ada jemputanmajlis berbuka, saya akan pastikan keluar rumah tiga jam lebih awal.

3.Saya tidak suka menunggu apabila menemani isteri membeli-belah untukmenyediakan kelengkapan hari raya. Justeru saya akan memberikan wangbelanja dan isteri akan menguruskan segalanya sendirian.

4. Sayaelak pembaziran sepanjang Ramadan. Biasanya apabila berpuasa kita akanmenjadi rambang mata dan mahu membeli apa saja, tetapi saya akan beliapa yang dirasakan perlu saja.

5. Agak mengecewakan apabilamembeli juadah di bazar Ramadan nampak sedap tetapi sebaik menjamahnya,ia tidak mempunyai rasa. Justeru saya cuma membeli makanan di geraiyang biasa saya kunjungi dan tahu mutu masakannya.



Profile

Nama penuh: Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir

Panggilan: Faizal Tahir

Tarikh lahir: 26 Oktober 1978

Umur: 30 tahun

Kerjaya: Penyanyi, pengacara, komposer dan penulis lirik

Status: Berkahwin

Isteri: Siti Raihanim Noran

Anak: Mikaeel Zidane dan Siti Raudhah Nur Iman

Album: Aku.Muzik.Kamu

Rancangan Televisyen: Gangstarz

Anugerah  Penyanyi Lelaki Baru Terbaik, Penyanyi Lelaki Popular Anugerah PlanetMusic 2008, Vokal Lelaki Terbaik Dalam Album, Artis Baru Terbaik, AlbumRock Terbaik dan Album Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-15.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 10:11 PM | Show all posts
Kite dengar kat Hot FM pasal Super Raya with FT. Nak jugak masuk tapi takper lah...

Erm.. pasal isu pengacara tu bagi kite. Biarlah FT buat ape yg dia suka dulu. ie. menyanyi. ye lah biler dah rase senang sket ke or nak ubah angin boleh lah buat balik mengacara tu. kalau bolot semua nnt ada yg cakap tamak lah ape lah.

Dia kawen masa umur bape yek. He is 30 yo. Same age as my fave singer from Korea.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2008 08:08 PM | Show all posts
Aku.Muzik.Kamu (Bipop Berita Minggu 14 Sept)

Jangan hanya salahkan pihak luar
    Oleh Faizal Tahir

               

                   Kualiti produksi, lagu, lirik dan strategi pemasaran muzik kita perlu dipertingkat

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca setiaB*Pop. Alhamdulillah, sudah dua minggu umat Islam menyambut Ramadanal-Mubarak. Semoga ibadat puasa serta semua amalan kita di bulan yangmulia ini diterima dan mendapat keredaan Allah SWT.

Selalunya, bagi golongan artis, Ramadan adalah bulan yangkurang sibuk dan inilah waktunya untuk kami menumpukan perhatian kepadaperkara yang mungkin tidak dapat kami lakukan sebelum ini. Malah,Ramadan juga adalah waktu artis mengambil kesempatan berehat daripadakerja seni dan melebihkan masa dengan amal ibadat yang tidak dapatdicari dalam bulan lain khususnya puasa dan solat tarawih.
         Bagaimanapun, ini bukanlah bermaksud duniahiburan kita terus menyepi begitu saja tanpa berita menarik atau isusemasa yang tidak kurang mendapat perhatian. Antaranya, usaha PersatuanKaryawan Malaysia yang masih memperjuangkan hak ke atas siaran lagutempatan yang harus dilebihkan berbanding lagu luar. Saya pernahmemberi pandangan saya mengenai isu ini dan tidak perlulahmengulanginya lagi.
                                  Cuma seperti pernah dikatakan sebelum ini, tidak usahlah berlebihdengan isu ini. Bukan saya tidak sokong, cuma langkah itu bukanlahpenyelesaian 100% kepada isu industri muzik kita semakin kelam. Banyakperkara lain harus diteliti. Contohnya kualiti produksi kita, karyapenulisan lagu dan lirik kita, strategi pemasaran dan banyak lagi,semuanya di tangan `orang muzik
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 11:31 AM | Show all posts
nak beraya dengan faizal tahir kat kampung korang? try masuk peraduan ni:
http://www.hotfm.com.my/advert/pepsi/faizaltahir/promopage.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2008 06:04 PM | Show all posts
Faizal kejutkan ibu ubah suai rumah (Metro 17 Sept)


PROGRAM Casa Impian terbitan TV3 minggu ini menampilkan kelainan keranamembabitkan pengubahsuaian kediaman artis terkenal Faizal Tahir.

   Faizal menyertai program berkenaan lantaran ingin memberikan kejutan kepada ibu tercinta.

  Beliau masih tinggal bersama biarpun sudah berumahtangga dan mempunyai dua cahaya mata.

Pengubahsuaian itu antara hadiah paling istimewa kepada ibunya yangsentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada kerjaya danperibadi penyanyi popular itu.

Ketibaan Aidilfitri tidak lamalagi tentunya memberikan seribu makna apabila ruang menonton kediamanibu Faizal diberi sentuhan baru dengan idea dekorasi terbaik.

  Sofa sesuai dan susun atur kabinet televisyen diletakkan pada kedudukan yang mampu menjadi titik fokal ruang.

  Suasana lebih ceria dengan kehadiran kemasan langsir bergaya masa kini dan menyuntik keindahan pada seluruh ruang berkenaan.

Rancangan realiti pengubahsuaian itu disiarkan TV3 setiap Ahad, jam 12tengah hari dengan membawakan konsep, wajah dan idea baru hiasandalaman.

  Bagi penonton di rumah yang penyertaan mereka tidak terpilih, jangan risau kerana peluang masih menanti mereka.

  Hanya tonton Casa Impian setiap minggu dan kumpul jawapan bagi setiap soalan diberikan pada akhir rancangan 13 episod itu.

  Maklumat lanjut boleh didapati di laman web www.tv3.com.my.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 07:34 PM | Show all posts
metro silap info... faizal kan tinggal asing.. tp dia selalu ler jenguk parents dia.. parents dia pun cool and sporting
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2008 06:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 10:53 AM | Show all posts
program raya ft... saja repost sini...

30/09/2008 - 11.00 mlm - TV3 - Sampaikan Raya 2008

02/10/2008 - 10.00 pg - TV3 - Ghazal Rock

03/10/2008 - 10.00 pg - TV3 - Kalaulah Aku Jadi...

05 & 12/10/2008 - 12.30 tghari - TV3 - Melodi Raya

[ Last edited by  rienn at 23-9-2008 03:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2008 01:19 AM | Show all posts
Faizal akan muncul dalam konsert Lebaran d KLFM, RTM1 hari raya pertama pukul 2.30 petang


selamat hari raya
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2008 01:44 PM | Show all posts
selamat hari raya semua.. maaf zahir batin
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2008 01:09 AM | Show all posts
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN

:handshake:
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2008 06:49 PM | Show all posts
Ala, kite sempat tengok Ghazal Rock tu jer. Yang lain tak sempat sebab dalam kereta nak pergi beraya... ada youtube link tak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2008 12:33 AM | Show all posts
sampaikan raya 08

joget aidilfitri:


cahaya aidilfitri:


[ Last edited by  rienn at 6-10-2008 12:35 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 01:31 AM | Show all posts
ghazal|rock

4 dara:


fantasia bulan madu:


selamat hari raya:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 12:26 AM | Show all posts
jangan lupa gangstarz raya ahad, 12 oktober kul 9 mlm...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 09:24 PM | Show all posts
Originally posted by rienn at 21-9-2008 06:34 PM


suka giler lgu ni..my theme song.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.093312 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list