|
Reply #340 minahleter's post
pernah terbaca kat mana ntah..
cinta tu tak buta. tapi org yg dilamun cinta tu yg sengaja membutakan hati, mata @ mindanya
kes kamali tu.. bila fikir2 balik.. memanglah dia teruk sampai begitu sekali, sbb dari kecik dah dihadapkan dgn keadaan mcm tu.
err.. minah.. sekarang ni tengah tahap `rabun' ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #333 minahleter's post
min..dah biasa bk kata org tua alah bisa tegal biasa.. hik hik hik
kalo anak buah aku dtg umah siap tolong (bukan tolong nak bungkus,tolong kacau ade lah) |
|
|
|
|
|
|
|
nenek baru je beli novel tu...
rasa tak sabar plak nak baca |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #343 Acun's post
sayang betul adib kat adeena tu ek. betul lah cun.. cinta punya pasal |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #345 nenektua's post
nek, dah habis baca nanti boleh kita sembang2 pasal mkm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #334 NickyAzrai's post
oooo......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #336 minahleter's post
nasib baiklah ending nya gitu
ngeri bila bayangkan hidung adeena terkoyak
eweew...
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #347 silencez's post
sembang sil jgn tak sembang
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #348 aprilsnow's post
sudah faham ye murid ku cik Kuc
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #335 NickyAzrai's post
haku baru habis awal pagi tadi nick...dasat pukulan MKM nie...
Org cam Kamali yg ada split personality mmg ada kat luar sana, kekdg kita x sangkapun coz secara luaran mrk nmpk normal...tapi siapa tau disebalik penampilan lahiriah yg "sempurna" mereka punya jiwa yg pincang....
Bagi kita yg tdk mengalami situasi seperti Adeena mmg akan marah, geram, sakit hati atau merasakan betapa bodohnya dia (cam kata Salabiah,kwn Adeena) kerana mendiamkan diri, merahsiakan perilaku jijik suami malah lebih teruk terus membiarkan diri diperlakukan seperti binatang..tetapi bagi org yg mengalaminya atau berhadapan dgn situasi sebegini mereka sebenar di persimpangan dlm bertindak/membuat keputusan..antara rasa malu, takut, sedih semuanya berlegar dlm fikiran......
Nasib Adeena sedikit lebih baik kerana sekurang2nya Kamali tahu kesalahan yg telah dilakukan dan melepaskan Adeena secara baik dan rela utk menebuskan kesalahannya..tapi ada di luar sana yg tidak bernasib baik mcm Adeena, lebih tragis hanya kematian menjadi penamat penderitaan tersebut... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #338 minahleter's post
bukan semua lelaki mcm tue cik minah oi!
ade yg romantis gi le |
|
|
|
|
|
|
|
he he he.. ni minah ambik dari blog dari rak buku carriekirana... pergghh... memang pukulan hebat lah mkm ni sampai carriekirana bagi 4.5 bintang. cayok lah Moga kau Mengerti...
CARRIEKIRANA... ya ampun, minah tempekkan carriekirana nye ulasan utk meriah kan benang ni ..jgn marah ye carriekirana!
ULASAN CARRIEKIRANA..
Moga Kau Mengerti - Lily Haslina Nasir
Sinopsis Novel:
Perpisahan membuatkan Adeena Adalia sengsara menanggung rindu. Semakin disisih wajah dan nama Kamali dari ingatan, semakin memanggil-manggil kerinduan di jiwa. Sepuluh tahun berlalu, dia tidak pernah berputus asa menanti agar dipertemukan de-ngan lelaki itu.
Melayari lautan kehidupan yang sesekali bergelora mempertemukannya dengan Dr. Adib yang nyata kasihnya sebening air dari pergunungan. Dia cuba memujuk diri menerima huluran cinta itu. Namun, setiap ceruk hatinya hanya menyebut nama Kamali.
Kehadiran e-mel daripada Wani membuka jalan untuk Adeena menghubungi Kamali semula. Biarpun di persimpangan yang amat mengelirukan, hatinya memilih jejaka yang dikenali sejak di bangku sekolah. Sihir cinta yang dirasai amat luar biasa. Tetapi syurga yang dicari bersama Kamali rupa-rupanya neraka yang tiada penghujung. Cinta lelaki itu tidak mengharum di jiwa.
Abang...
Adakah aku yang khayalkan kasih sayangmu
Hingga aku tertanya-tanya siapa yang lebih luhur setia
Tapi kau lukakan hati ini hingga kecewa
Aku derita setelah menyanjung cintamu.
Adeena masih tidak berhenti berdoa, masih mengharap agar Kamali mengerti. Cinta bukan untuk dipersenda. Namun, bercahayakah cinta di hati setelah dihancurluluhkan?
Biar abang panglima garang
Adik kecil ratu di hati
Abang rindu pandang bulan
Bawah bulan ada saya
Indah sungguh mimpikan tuan
Serasa menjenguk pintu syurga
Kalau boleh dipetik bulan
Mahu kuberi kepada abang
Badan kurus menahan rindu
Rindu bukan mendengar kata
Sekali kuseru namamu ke langit
Mengapa setahun hujan tak turun
...wajah itu yang membawa warna-warna pelangi untuk diriku!
Ya Allah, ...inikah cinta pertama? Inikah yang pernah dirasai Adam dan Hawa sejak sekian lama ? Inikah yang dinamakan manisnya perasaan ?
Ya Allah..sengketa di hati ini bilakah akan memasuki musim tenteram ?
Rindu apakah ini ?
Mengapa rindu ini sebenarnya satu sengsara ?
...mencintaimu seumur hidup adalah satu janji yang paling tegar yang pernah kupahat di dalam hati ini....
Betullah kata orang, cinta yang dilepaskan pergi itulah cinta yang paling dalam bersemadi di dalam hati!
Cinta itu
tidak indah kalau tidak terseksa. Rindu itu bukankah akan kekal
menjadi rindu yang manis selagi tidak bertemu ?
Aku rindu pada dia! Rindu serindu-rindunya. Semakin lama masa berlalu, semakin kuat rindu itu!
Alangkah sukar memahami hati ini! Cinta, mengapa lagi dirindu semakin jauh perginya! Bagai menatap gemilang bintang, namun semakin dikejar semakin jauh untuk digapai tangan.
If I know what love is, it is because of you....
Perasaan tidak pernah kenal siapa kita....
Jauh di sudut hati..semakin kuat gelora yang memukul pantai hatinya....alangkah bahagianya jikalau aku dilahirkan bagai burung terbang bebas..melayang hinggap mencari dahan kasih yang aku dambakan! Singgah ke langit, menyisir bayu dan hinggap di pelangi memuja warna!
Moga Kau Mengerti, karya terbaru daripada Lily Haslina Nasir membawa pembaca menelusuri dunia realiti dalam alam rumah tangga. Ini bukan cerita dongeng hikayat dari kayangan tetapi lebih kepada permasalahan yang dihadapi oleh segelintir wanita yang melalui alam rumah tangga yang bukan semuanya seindah impian yang terlakar di dalam fikiran.
Adeena masih mendambakan cinta pertamanya ketika di bangku sekolah. Takdir menemukan dia semula dengan Kamali, lelaki idaman hati yang dipuja bertahun-tahun. Baginya, Kamalilah belahan jiwanya yang satu tanpa menduga lelaki itu mempunyai rahsia tersendiri.
Kisah cinta tiga segi tercipta jua bila Dr. Adib turut memuja dan cuba memikat Adeena tanpa jemu.
Kisah yang dipaparkan biasa berlaku di kalangan masyarakat kita cumanya sentuhan kreatif Lily Haslina dalam menjadikan perjalanan cerita ini satu pengembaraan "rollercoaster" membuatkan saya tidak mampu meletakkan novel ini setelah mula membacanya.
Saya membesar di zaman di mana penulis-penulisnya masih menggunakan bunga-bunga bahasa yang menjadikan karya itu lebih indah walau karya itu hanya mempunyai sebuah plot yang mudah. Lambakan novel-novel popular karya kebanyakan penulis baru menyaksikan "bunga-bunga" bahasa itu semakin "hilang" menjadikan kebanyakan novel yang diterbitkan menggunakan bahasa yang kadang-kadang terlalu santai sehingga hilangnya keindahan "bunga-bunga" bahasa yang saya sering cari.
Kemunculan Lily kembali sebenarnya mengingatkan saya tentang penggunaan bunga-bunga bahasa itu walau dalam kategori novel popular. Itulah uniknya karya Lily Haslina Nasir. Menggabungjalin pelbagai perasaan dalam satu cerita bukan mudah.
Novel ini sesuai dibaca oleh golongan wanita yang ingin mencari kekuatan di sebalik novel-novel yang dibaca. Isu-isu kewanitaan seharusnya lebih diketengahkan lagi oleh penulis-penulis wanita masa kini seperti yang sering ditonjolkan dalam novel Norhayati Berahim, Anis Ayuni, Salina Ibrahim dan Noorsuraya. Tidak dapat dinafikan bahawa majoriti penggemar novel adalah golongan wanita dan setiap novel yang dibaca atau digemari semestinya menyelitkan unsur-unsur insaniah dan kekuatan jiwa yang dapat membantu golongan wanita untuk membina keperibadian yang lebih jitu dalam mengharungi abad 21 yang begitu mencabar ini.
Kepada Kak Lily, selamat kembali menulis novel dan menyertai barisan penulis-penulis yang sudah mencipta nama atas dasar kesabaran yang begitu tinggi, berdisplin dan konsisten.
Rating:****1/2(Koleksi Peribadi Rak Buku Carrie)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Esok baru nak pegi Festival Buku.....yaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #356 minahleter's post
acun pon selalu lepak blog carrie... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #355 minahleter's post
mau x dasat minah...sampai 3.30 pagi MKM nie ikat mata haku... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|