CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fleurzsa

Sejauh Mana Al Quran Perlu Ditafsir Menggunakan Akal

[Copy link]
Post time 7-2-2011 11:50 AM | Show all posts
Salaamun 'alaikum...





tuhan mana yg mengatakan begitu? kalau Tuhan ALLAH anda kata begitu, ...
sirrikhafi Post at 23-8-2010 19:50


mike nie syok sendiri nampaknye..mike jgn la nk mentafsir Al-Quran ikut nafsu mike je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2011 12:03 PM | Show all posts
Salamun 'alaikum,


Apa yang saya sampaikan adalah terjemahan ZAHIR TIDAK boleh dipakai untuk SEMUA KES.



Maaf. Sila mnm berikan bukti-bukti &dalil-dalil nya.


Asyik dok ulang. Anda GAGAL MEMAHAMI. Dah dijelaskan dalam post #335 lepas!


Maaf. Mnm langsung tiada memberi bukti &dalil.


TIDAK semua ZAHIR Al-Quran boleh diambil secara literal,


Tiada bukti &dalil pun.


Inilah jadinya orang yang TIDAK MENDALAMI ILMU HADITH nak pertikai hadith!


Apakata mnm cuba rasionalkan ajaran syirik dlm hadis tersebut yaitu  ، فَإِنَّ الله هو الدَّهْرُ /maka sesungguhnya Allah itu Dia lah Masa????? &  وَأَنَا الدَّهْرُ / Dan Aku ialah Masa ?????????????????????????????


Buat apa nak berhujjah dengan Al-Quran sekiranya anda kata Al-Quran kini pun dah tiada yang original? Sejak bila pulak Al-Quran yang original ada pada anda?


Apakata mnm tolong bawakan mushaf usmani @ mushaf hafsah ke sini supaya boleh di rujuk kembali akan penulisan ayat-ayat nya yg asal.


Seterusnya, 'nya' dalam kalimah فِيهِ (ke dalamnya), adalah singular masculine (dhamir 'Hi' bukan 'Haa') walaupun secara ayatnya merujuk Maryam AS (badan/rahim). Ini adalah kerana secara grammar adalah berbalik kepada perbuatan/arahan Allah yang MAHA KUASA iaitu فَنَفَخۡنَ (Kami Tiupkan). Sebab itulah ayat tersebut menyebut FiiHi (singular masculine), BUKAN FiiHaa (singular feminine)


Maaf. فِيهِ LANGSUNG tidak kembali kpd  فَنَفَخۡنَا kerana فَنَفَخۡنَا adalah pelaku perbuatan/Fa'ieel, sedangkan
فِيهِ
adalah objek perbuatan si pelaku perbuatan/Maf'ul. bahkan menurut kaedah grammar yg saheh, فِيهِ langsung takde kena mengena dgn maryam, kerana ayat 66:12 mengunakan dhamir musculine yakni فِيهِ, bukan dhomir feminin yakni  فِيهَا seperti yg termaktub dlm ayat 21:91. oleh itu, menurut ilmu grammar arab yg saheh, ayat 66:12 sepatutnya menggunakan kalimah فِيهَا seperti di dlm ayat 21:91. bukan فِيهِ. oleh itu hujjah mnm adalah SANGAT tidak lojik dan beliau gagal lagi memberi hujjah yg rasional.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 12:12 PM | Show all posts

Itu anda yang kata, BUKAN saya yang kata. Anda sengaja lupakan hujjah saya yang ini:
Rasulullah SAW mengikuti bacaan itu dan disampaikan kepada para sahabatnya. Mereka juga menghafal bacaan itu dan menyampaikannya. Juga ditulis di atas helaian untuk manfaat bagi orang yang tidak menghafal, namun sehingga ke hari ini terdapat ramai yang menghafal Al-Quran secara penuh membuktikan Al-Quran itu TETAP TERPELIHARA.


Apakata mnm tolong bawakan mushaf usmani &mushaf hafsah ke sini. ingat, setiap kebenaran harus di buktikan akan kebenarannya. setiap kebenaran akan menjadi suatu kebenaran bila telah di uji akan kebenarannya.


Beginikah sikap anda nak berhujjah DEMI KEBENARAN?


Anda maseh tak jawab lagi soalan-soalan saya dlm post #338. ;)



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 01:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 11-2-2011 09:11
Anda maseh tak jawab lagi soalan-soalan saya
sirrikhafi Post at 9-2-2011 12:12
Sila mnm berikan bukti-bukti &dalil-dalil nya.
Mnm langsung tiada memberi bukti &dalil.
Tiada bukti &dalil pun.


Salam... Jika anda anggap post-post saya semua tiada bukti, sekalipun dijelaskan, maka saya tak perlu buang masa layan soalan-soalan anda. Sebanyak mana bukti dan penjelasan yang saya bawa, dijawab dengan kenyataan-kenyataan di atas menunjukkan anda tidak mahu berbincang, sebaliknya mahu menang.

Justeru angaplah anda menang kalau itu yang anda mahukan

menurut ilmu grammar arab yg saheh

Sebelum berundur, saya ada soalan terakhir sebagai renungan bersama. Dengan siapa anda belajar Grammar yang SAHEH tu? Agak-agak grammar tu manusia yang tetapkan, atau Allah yang tetapkan?

Salaamun 'alaikum ....   sahabatku sirrikhafi.....

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2011 01:27 PM | Show all posts
Salamun 'alaikum,



Sebelum berundur, saya ada soalan terakhir sebagai renungan bersama. Dengan siapa anda belajar Grammar yang SAHEH tu? Agak-agak grammar tu manusia yang tetapkan, atau Allah yang tetapkan?


Mustahil Tuhan Allah anda melakukan kesalahan grammar yg amat JELAS di dlm Kitab AlQuran Nya.

nampaknya mnm &ulamak mazhab sunni tiada JAWAPAN mengenai kesilapan/kesalahan  فِيهِ dlm ayat 66:12.

Sekian.

Salamun 'alaikum ... sahabat teology debat ku mnm




Ketika mega berarak, aku bertanya:

"Lampu apakah yg ada utk menjadi petunjuk? anak kecil tumbang tersungkur di dlm kegelapan!"

Tiba-tiba suatu suara di langit berseru: "PERCAYA BUTA SAJA LAH MANUSIA!"


Omar Khayyam




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2011 04:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 12-2-2011 23:56

Reply 345# sirrikhafi

bismillah,

sy dtg utk menyampaikan satu hujah yg anda selalu bangkitkan.
yakni,

tentang hadis" aku adalah masa". sy harap selepas penerangan ini, tiada masalah lagi dgn hadis tersebut utk dikaitkan dgn syirik.

begini, pendapat ini sy peroleh dari seorang ustaz berasal dari yaman yg jugak penghafaz Quran dan jugak penghafaz sahih bukhari.
beliau dtg ke perlis berbekalkan duit gadai laptop beliau utk menyebarkan ilmu di sini. di tempatnya beliau sudah mencapai taraf boleh keluar fatwa, tetapi di sini, beliau dduduk dan tidur bersama2 budak2 remaja yg ingin hafal QUran secara low profile.
semoga Tuhan merahmati usaha beliau.

sy pernah bertanyakan beliau masalah hadis AKU adalah masa itu.

beliau menjawap dgn satu pendapat yg sy harap dapat menyelesaikan masalah ini. di mana pendapat ini adalah pendapat yg menyebabkan golongan sunnah menerima hadis tersebut pada masa yg sama tidak menganggap Allah adalah masa.

bagai mana hendak menerima hadis tersebut pada masa yg sama tidak menganggap Allah adalah masa?????

begini,

katakan saudara sirri kahfi membuka satu pusat pengajian bernama "darul quraniyun wa al hadith." dan jadi bos di situ kerana menguruskannya. suatu hari ada org dtg berjumpa tuan siiri di tempat lain, bukan di tempat pengajian itu. lalu ia  berkata, "sungguh teruk hadis2 yg diajar di darul quraniyun wa al-hadis itu.

kemudian saudara sirri berkata, adakah kamu marah aku???

org itu menjawap, "tidak, aku tidak memarah kamu, aku hanya memarah tempat itu."

kemudian saudara sirri akan mengaitkan diri saudara kepada tempat itu dgn berkata,: bagaimana kamu boleh marah tempat itu tanpa memarahi aku? utk pengetahuan kamu, kalau kamu marah tempat itu, kamu marah aku lah. AKULAH TEMPAT ITU. AKU YG MENGURUSKAN DAN MENGATURKAN TEMPAT ITU.

sila lihat kembali hadis bukhari itu.

Dari Abu Hurairah  dari Nabi  beliau bersabda: “Allah  berfirman: “AnakAdam menyakiti Ku mereka mencela masa, sedangkan Aku adalah masa danAkulah yang mengatur malam dan siang.

HR. Bukhari dan Muslim.

lihatlah, Allah cuba mengaitkan mencela masa sama seperti mencela Tuhan.
kenapa???

cuba lihat, selepas ayat Tuhan kata bahawa dia adalah masa, ayat tersebuat diikuti dengan pengakuan Tuhan bahawa DIA YANG MENGATUR MASA.

sy ulang sekali lagi, selepas Tuhan kata DIa masa, ia diikuti dgn pegakuan TUhan tentang tugasnya sebagai RABB pengatur masa, pengatur alam.

oleh itu, tiada seorang pun ahli sunnah akan pening menganggap Allah itu masa.
hadis itu hanya memberikan idea seperti mana idea mencela takdir, mencela nasib, mencela malang, mencela sial, yg mana tarafnya adalah sama seperti mencela Allah.

tetapi adakah Allah itu takdir, Allah itu nasib, Allah itu sial??? tentulah tidak.
ia menunjukkan Allah yg mengatur segala-galanya.
jadi kesimpulannya kita dilarang mencela segala g Tuhan aturkan termasuklah masaaaaaaa~.......


wallahua'lam....


p.s: siapa yg ingin mengambil manfaat dari ustaz tersebut boleh download paltalk dan pilih join room kemudia pilih religion, kemudia pilih ISlam, kemudian pilih dar al-quran wa al hadith perlis. setiap hari ada kelas selepas maghrib dan sesi soaljawap secara live di internet selepas isyak.

semoga bernmanfaat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2011 12:06 PM | Show all posts
Salamun 'alaikum ussop, ;)



beliau menjawap dgn satu pendapat yg sy harap dapat menyelesaikan masalah ini. di mana pendapat ini adalah pendapat yg menyebabkan golongan sunnah menerima hadis tersebut pada masa yg sama tidak menganggap Allah adalah masa.



Maaf. Itu hanya takwilan &analogi ustaz berkenaan shj. sedangkan teks yg zahir yg tertera ialah: فَإِنَّ الله هو الدَّهْرُ / Maka Sesungguhnya Allah itu Dia lah Masa, وَأَنَا الدَّهْرُ Dan Aku lah Masa.

oleh itu, hadis tersebut secara zahir menyatakan Allah itu Masa.

ini adalah perkataan yg BATIL lagi SYIRIK serta bercanggah dgn AlQuran yg jelas mengatakan: لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ TIADA YANG SEUMPAMA AKAN NYA OLEH SESUATU PUN 42:11,
وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَد DAN TIADA LAH BAGI NYA AKAN KESETARAAN OLEH SESEORANG PUN 112:4
oleh itu, saya TIDAK DAPAT MENERIMA hadis tersebut kerana ia menjurus ke arah Akidah Pantheism.

nampaknya, golongan ahlussunnah yg menerima hadis tersebut tidak ada beza dgn puak hindu &Golongan Dahriyah.



bagai mana hendak menerima hadis tersebut pada masa yg sama tidak menganggap Allah adalah masa?????

begini,

katakan saudara sirri kahfi membuka satu pusat pengajian bernama "darul quraniyun wa al hadith." dan jadi bos di situ kerana menguruskannya. suatu hari ada org dtg berjumpa tuan siiri di tempat lain, bukan di tempat pengajian itu. lalu ia  berkata, "sungguh teruk hadis2 yg diajar di darul quraniyun wa al-hadis itu.

kemudian saudara sirri berkata, adakah kamu marah aku???

org itu menjawap, "tidak, aku tidak memarah kamu, aku hanya memarah tempat itu."

kemudian saudara sirri akan mengaitkan diri saudara kepada tempat itu dgn berkata,: bagaimana kamu boleh marah tempat itu tanpa memarahi aku? utk pengetahuan kamu, kalau kamu marah tempat itu, kamu marah aku lah. AKULAH TEMPAT ITU. AKU YG MENGURUSKAN DAN MENGATURKAN TEMPAT ITU.





Saya TOLAK & BANGKANG analogi ussop tersebut kerana ia menjurus ke arah Akidah Pantheism.
tidak ada bezanya jika kita mengatakan:

Org islam mencela yahudi, mencela org kafir, mencela fira'un, mencela abu jahal, mencela anjing, mencela babi, mencela atheist, mencela agnostik dsb nya, sedangkan Allah lah yg menciptakan mereka semua. Maka sesungguhnya Allah itu ialah mereka-mereka itu semua....


oleh kerana analogi tersebut tidak di sokong pun oleh AlQuran, maka saya kira analogi ini sebagai analogi BATIL lagi SYIRIK.

mereka yg menyokokng analogi tersebut tidak ada beza dgn puak hindu, golongan pantheism dll.


Dari Abu Hurairah  dari Nabi  beliau bersabda: “Allah  berfirman: “AnakAdam menyakiti Ku mereka mencela masa, sedangkan Aku adalah masa danAkulah yang mengatur malam dan siang.

HR. Bukhari dan Muslim.

lihatlah, Allah cuba mengaitkan mencela masa sama seperti mencela Tuhan.
kenapa???




Ia tiada di sebut di dlm AlQuran. oleh itu, mustahil nabi muhammad mengatakan sesuatu yg bercanggah dgn AlQuran. apatah lagi hadis tersebut berbau ajaran syirik &pantheism. mustahil nabi muhammad mengajarkan perkara sedemikian.


cuba lihat, selepas ayat Tuhan kata bahawa dia adalah masa, ayat tersebuat diikuti dengan pengakuan Tuhan bahawa DIA YANG MENGATUR MASA.

sy ulang sekali lagi, selepas Tuhan kata DIa masa, ia diikuti dgn pegakuan TUhan tentang tugasnya sebagai RABB pengatur masa, pengatur alam.



أُقَلِّبُ اللًّيْلَ وَالنَّهَارَ / Aku membolak-balikkan Malam & Siang.



Boleh saya tanya ussop, dari mana datangnya lafaz/matan: DIA YANG MENGATUR MASA? ;)

oh ya, pengakuan tersebut TIADA di sebut di dalam AlQuran.


oleh itu, tiada seorang pun ahli sunnah akan pening menganggap Allah itu masa.
hadis itu hanya memberikan idea seperti mana idea mencela takdir, mencela nasib, mencela malang, mencela sial, yg mana tarafnya adalah sama seperti mencela Allah.


Maaf. itu BUKAN Ahlussunnah. itu AHLUL-PANTHEISM seperti penganut hindu dll. mustahil nabi muhammad mengajarkan idea-idea yg bercanggah dgn AlQuran seperti idea-idea syirik, idea pantheism dll.


jadi kesimpulannya kita dilarang mencela segala g Tuhan aturkan termasuklah masaaaaaaa~.......


Kita juga tak boleh mencela iblis, syaitan, fir'aun, qarun, abu jahal, org kafir, murtad, atheist etc kerana mereka semua di ciptakan &di atur kan oleh tangan Tuhan sendiri. sudah tentu lah Allah itu ialah mereka semua, yakni menurut kesimpulan dari pengajaran hadis di atas.


Nah lu org semua pikir lah sendiri...



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2011 10:17 PM | Show all posts
Reply 347# sirrikhafi

anda sy lihat antara yg paling tinggi ilmu bahasa arabnya, tetapi apabila masuk bab akal,

apabila tiba bab generalization dan pengkhususan, sy dapati anda cukup lemah.

bagaimana buleh anda buat generalization kepada panthesim, sy pun tak tahu, sedangkan sy sendiri cukup lama bergelumang dgn isu panteism.

mengaitkan Allah sebagai pencipta tidak lah sama dengan meletakkan dzat Allah dalam makhluk(panteism)....
tidakkah buleh anda bezakan bahawa mengutuk ciptaan/aturan Allah KERANA ALLAH YG MENGATURNYA/membolak-baliknya tidaklah sama dengan mengutuk ALLAH kerana dzat Allah ada dalam makhluk yg diaturnya....

hampir2 saja sy tidak mahu berbicara dgn saudara kerana sy lihat saudara tidak mempunyai fikiran yg yg sihat dlm membuat perbandingan, analisis dan pemikiran kritikal....

bagaimana anda ingin menafsirkan Al-Quran dlm keadaan akal yg sebegini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2011 11:49 PM | Show all posts
wow..sungguh tajam pemikiran semua kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 09:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 17-2-2011 10:38
Maaf. فِيهِ LANGSUNG tidak kembali kpd  فَنَفَخۡنَا kerana فَنَفَخۡنَا adalah pelaku perbuatan/Fa'ieel, sedangkan
فِيهِ adalah objek perbuatan si pelaku perbuatan/Maf'ul. bahkan menurut kaedah grammar yg saheh, فِيهِ langsung takde kena mengena dgn maryam, kerana ayat 66:12 mengunakan dhamir musculine yakni فِيهِ, bukan dhomir feminin yakni  فِيهَا seperti yg termaktub dlm ayat 21:91. oleh itu, menurut ilmu grammar arab yg saheh, ayat 66:12 sepatutnya menggunakan kalimah فِيهَا seperti di dlm ayat 21:91. bukan فِيهِ. oleh itu hujjah mnm adalah SANGAT tidak lojik dan beliau gagal lagi memberi hujjah yg rasional.
sirrikhafi Post at 9-2-2011 12:03


Salam saudaraku sirrikhafi,

Saya kembali untuk berbincang tentang percanggahan yang ditimbulkan berkaitan ayat-ayat Al-Quran. Saya tidak memaksa sesiapa (seperti anda) menerimanya, kerana cukup bagi saya Al-Quran itu ASLI. Anda boleh anggap saya silap, dan perbetulkan saya. Jika saya memang silap, saya tidak ada masalah untuk mengakuinya.

Dulu saya pernah tanya anda tentang JAR wa MAJRUR, tetapi anda tidak menjelaskan walaupun anda menampakkan diri anda mahir (dengan tawar untuk mengajar saya).

Boleh tolong jelaskan tentang I'rab yang berlaku dalam kedua-dua ayat yang anda kata ada percanggahan tu?
Boleh anda jelaskan penggunaan Jar wa Majrur dan kesannya ke atas ayat menurut Traditional Arabic Grammar?
Boleh anda terangkan istilah Muta'alliq?

Surah Al-Anbiya, 91:
وَٱلَّتِىٓ أَحۡصَنَتۡ فَرۡجَهَا فَنَفَخۡنَا فِيهَا مِن رُّوحِنَا وَجَعَلۡنَـٰهَا وَٱبۡنَهَآ ءَايَةً۬ لِّلۡعَـٰلَمِينَ
«والتي» اسم موصول معطوف على «زكريا» في الآية (89)، «وابْنَها» اسم معطوف على الضمير الهاء في «جعلناها»، الجار «للعالمين» متعلق بنعت لـ«آية».

Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik (89)


Surah At-Tahrim, 12:
وَمَرۡيَمَ ٱبۡنَتَ عِمۡرَٲنَ ٱلَّتِىٓ أَحۡصَنَتۡ فَرۡجَهَا فَنَفَخۡنَا فِيهِ مِن رُّوحِنَا وَصَدَّقَتۡ بِكَلِمَـٰتِ رَبِّہَا وَكُتُبِهِۦ وَكَانَتۡ مِنَ ٱلۡقَـٰنِتِينَ
قوله «مريم» اسم معطوف على «امرأة»، «ابنت» بدل، «التي» نعت لـ«مريم».


Disebabkan masa saya terhad, dan sukar untuk membincangkan bahasa Arab dengan tulisan Roman (rumi), serta ilmu pembelajaran saya dalam bahasa Arab tidaklah setinggi hingga mampu membuat tafsiran secara independent, maka sebagai bahan (tool) untuk kemudahan perbincangan eloklah rujuk di website ini:
http://corpus.quran.com/documentation/prepositionphrase.jsp

Mungkin penjelasan di situ betul, atau tidak semestinya semua betul, cuma sebagai mudah untuk membuat rujukan dalam isu terjemahan dan bahasa Arab secara grammar-nya kerana penerangan grammar secara graphical lebih jelas berbanding penerangan menerusi ayat.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 11:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by YusNor at 18-2-2011 23:16

assalamualaikum..
Perbezaan Al-Quran, Terjemahan dan Tafsir.

Kitab Al-Quran adalah ayat-ayat dalam bahasa Arab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam bentuk wahyu sekitar Mekah dan Madinah dan dilindungi Allah SWT sehingga ke akhir zaman. Al-Quran tidak mempunyai versi kerana ia hanyalah satu, sebuah kitab sahaja. Al-Quran adalah kata-kata (firman) dari Allah SWT.

Terjemahan adalah pemilihan kata-kata oleh manusia berdasarkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca.  Iaitu menukar dari bahasa Arab kepada bahasa lain dengan tujuan untuk menghayati dan memahami isi kandungan Al-Quran. Adalah diingatkan bahawa terjemahan bukan kitab Al-Quran yang sebenar.

Tafsir pula adalah penerangan dan menyingkap sesuatu, menjelaskan sesuatu atau menyingkap sesuatu rahsia. Iaitu ilmu yang mengkaji mengenai maksud dan lafaz ayat di dalam Al-Quran, hukum-hakam serta pengajaran dan manfaat dari Al-Quran. Ia juga bermaksud ilmu untuk memahami kitab Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW serta menjelaskan maknanya dan mengeluarkan hukum-hakam dan pengajaran. Penafsiran Al-Quran tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan ia memerlukan Ilmu Tafsir.

Credit to : Cahaya Kehidupan

penafsiran al-Quran tidak boleh dilakukan sewenang2nya. ayat al-Quran tak boleh ditafsir dgn logik akal semata2. kena menguasai "ilmu tafsir" dahulu sebelum layak utk menafsir al-Quran. antara "ilmu tafsir" yg perlu dikuasai adalah :

1. ilmu bahasa Arab sebab hanya dengan ilmu ini erti dan maksud perkataan itu dapat diketahui.

2. ilmu nahu kerana erti sesuatu kosakata selalu berubah dan berbeza-beza menurut perbezaan statusnya di dalam struktur kalimat, maka ilmu nahu ini penting difahami dan diperhatikan.

3. ilmu tasrif atau saraf kerana dengan ilmu ini bentuk kosakata dan kalimat dapat diketahui.

4. ilmu al-isytiqaq (asal usul kosakata) sebab sesuatu nama kata benda itu mempunyai erti yang berbeza-beza apabila pengambilannya berasal dari dua akar kata yang berbeza.

5. ilmu al-ma’ani kerana dengan ilmu ini ciri-ciri struktur kalimat dapat diketahui dari segi indikasi maknanya.

6. ilmu bayan kerana dengan ilmu ini ciri-ciri struktur kalimat dapat diketahui dari segi perbezaannya berdasarkan kejelasan dan ketidakjelasan indikasinya.

7. ilmu badi’ kerana dengan ilmu ini segi-segi keindahan kalimat dapat diketahui. Ketiga-tiga ilmu al-ma’ani, ilmu bayan dan ilmu badi’ dinamakan ilmu al-Balaghah.

8. ilmu al-qiraat kerana melalui ilmu ini dapat diketahui cara-cara mengucap ayat-ayat al-Qur’an dan dengan ilmu ini bacaan-bacaan yang masih mengandungi beberapa kemungkinan dapat ditarjihkan.

9. ilmu usuluddin kerana di dalam al-Qur’an itu ada ayat-ayat yang erti zahirnya tidak boleh ditujukan kepada Allah. Oleh sebab itu, para ahli usuluddin mentakwilkan erti ayat tersebut dan mengemukakan hujah atau dalil mengenai hal yang mustahil, yang wajib dan yang harus.

10. ilmu usul fiqh kerana melalui ilmu ini arah istidlal dan istinbat hukum dapat diketahui.

11. ilmu asbab al-nuzul kerana dengan ilmu ini maksud sesuatu ayat dapat diketahui sesuai dengan peristiwa yang melatari turunnya ayat tersebut.

12. al-nasikh wa al-mansukh untuk mengetahui dan membezakan antara lafaz muhkam dari lainnya.

13. Ilmu Fiqh

14. Hadis-hadis Nabi yang menjelaskan penafsiran hal-hal yang mujmal dan mubham.

15. ilmu al-mauhibah iaitu suatu ilmu yang dianugerahkan oleh Allah kepada orang yang mengamalkan apa yang ia ketahui.

16. Ilmu Tasauf

wallahualam~
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 09:27 PM | Show all posts
Salamun 'alaikum,




mengaitkan Allah sebagai pencipta tidak lah sama dengan meletakkan dzat Allah dalam makhluk(panteism)....
tidakkah buleh anda bezakan bahawa mengutuk ciptaan/aturan Allah KERANA ALLAH YG MENGATURNYA/membolak-baliknya tidaklah sama dengan mengutuk ALLAH kerana dzat Allah ada dalam makhluk yg diaturnya....




Hadis di atas jelas mengaitkan ALLAH itu ialah Makhluk yakni Masa, ini Akidah yg Syirik.



WALLAHU A'LAM
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 09:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 20-2-2011 21:42

Salamun 'alaikum... ;)



Dulu saya pernah tanya anda tentang JAR wa MAJRUR, tetapi anda tidak menjelaskan walaupun anda menampakkan diri anda mahir (dengan tawar untuk mengajar saya).



Soalan tidak ada kaitan.

yg patut persoalkan ialah:

'Kenapa dhamir musculine di gunakan utk Feminin?'


وَمَرۡيَمَ ٱبۡنَتَ عِمۡرَٲنَ ٱلَّتِىٓ أَحۡصَنَتۡ فَرۡجَهَا فَنَفَخۡنَا فِيهِ مِن رُّوحِنَا وَصَدَّقَتۡ بِكَلِمَـٰتِ رَبِّہَا وَكُتُبِهِۦ وَكَانَتۡ مِنَ ٱلۡقَـٰنِتِينَ


Tidak ada kah ulamak sunni anda semua yg mahu menjawabnya?  



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 12:27 AM | Show all posts
Reply 352# sirrikhafi

dari kali pertama sy jumpa saudara di board religion and spirituality dan di board kristian,sy risau saudara mengahadapi masalah dlm menganalisis data ketika bertukar2 hujah. padahal  sepatutnya ia buleh difahami.


maka, dlm keadaan ini, sy nasihatkan jgnlah tafsir al-quran.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 09:38 AM | Show all posts
Salamun 'alaikum...






Soalan tidak ada kaitan.

yg patut persoalkan ialah:

'Kenapa dhamir musculine di gunakan utk Feminin?'


وَمَرۡيَمَ ٱبۡنَتَ عِمۡرَٲنَ ٱلَّتِىٓ أَحۡصَنَتۡ فَرۡجَهَا فَنَفَخۡنَا فِيهِ مِن رُّوحِنَا وَصَدَّقَتۡ بِكَلِمَـٰتِ رَبِّہَا وَكُتُبِهِۦ وَكَانَتۡ مِنَ ٱلۡقَـٰنِتِينَ


Tidak ada kah ulamak sunni anda semua yg mahu menjawabnya?
sirrikhafi Post at 20-2-2011 21:39


mike nie bkn mentafsir???..mike menterjemah je ayat tu dr bahase arab ke bahase melayu...nie mike kate mike terer Al-Quran???..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 05:45 PM | Show all posts
mike nie bkn mentafsir???..mike menterjemah je ayat tu dr bahase arab ke bahase melayu...nie mik ...
naruto3484 Post at 21-2-2011 09:38



Kalu naruto tak faham, ada eloknya jadi pemerhati sambil buat homework yg sepatutnya dibuat sebelum nak sambung perbincangan.  Jgn la keluarkan hujah2 tahap budak tadika baru nak berakal.  Dengan berdiam sambil berpikir tu kadang2 lebih membantu dari dok meroyan tak tentu hala kat thread perbincangan kat sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2011 08:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by naruto3484 at 23-2-2011 00:06
Kalu naruto tak faham, ada eloknya jadi pemerhati sambil buat homework yg sepatutnya dibuat sebelum nak sambung perbincangan.  Jgn la keluarkan hujah2 tahap budak tadika baru nak berakal.  Dengan berdiam sambil berpikir tu kadang2 lebih membantu dari dok meroyan tak tentu hala kat thread perbincangan kat sini.
zippelius Post at 21-2-2011 17:45

kalu hujjah tahap tadika yg baru nk berakai ni pun x leh nk jawab...cam ne ngn hujjah yg berakai???...lg x leh jawab???..ate..cube le mike tolong jawabkan???..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 11:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by zippelius at 22-2-2011 23:54

Reply 357# naruto3484

Ok la, kalu suruh diam kejap pun tak nak dengar, dok masih mike kehulu mike kehilir, nah dengarkan dulu Cik Shida dari Parit ni..



Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 09:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 24-2-2011 10:15
Soalan tidak ada kaitan.

yg patut persoalkan ialah:

'Kenapa dhamir musculine di gunakan utk Feminin?'


وَمَرۡيَمَ ٱبۡنَتَ عِمۡرَٲنَ ٱلَّتِىٓ أَحۡصَنَتۡ فَرۡجَهَا فَنَفَخۡنَا فِيهِ مِن رُّوحِنَا وَصَدَّقَتۡ بِكَلِمَـٰتِ رَبِّہَا وَكُتُبِهِۦ وَكَانَتۡ مِنَ ٱلۡقَـٰنِتِينَ


Tidak ada kah ulamak sunni anda semua yg mahu menjawabnya?  
sirrikhafi Post at 20-2-2011 21:39


Soalan saya ada kaitan dengan JAR wa MAJRUR bagi dua ayat yang dikatakan bercanggah tu. Lihat sebelum DHAMIR feminine 'Haa' atau dhamir masculine 'Hi" ada HARF JAR 'Fii'. Bila ada Harf Jar di situ, Majrur tiada kah? Kalau ada, yang mana satu? Bagaimana menjelaskan muta'alliq...?

Apa pun, tak mengapa. Saya rasa sampai di sini saja perbincangan ini. Macam biasa, anda boleh anggap tiada jawapan, kerana pada saya anda SUDAH TUTUP pintu perbincangan dengan kesimpulan anda.

Sekian

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 11:38 AM | Show all posts
Salamun 'alaikum Ussop ,



   
dari kali pertama sy jumpa saudara di board religion and spirituality dan di board kristian,sy risau saudara mengahadapi masalah dlm menganalisis data ketika bertukar2 hujah. padahal  sepatutnya ia buleh difahami.


maka, dlm keadaan ini, sy nasihatkan jgnlah tafsir al-quran.


فَإِنَّ الله هو الدَّهْرُ  &   وَأَنَا الدَّهْرُ   



Kan telah saya berikan data nya...

Masa itu MAKHLUK. MUSTAHIL Tuhan ALLAH anda itu ialah Masa, kerana ia adalah Al-Khaliq/Pencipta.

Maha Suci ALLAH dari apa yg di sifatkan di dlm hadis di atas...

Sebenarnya anda tidak mahu menerima HAKIKAT bahawa hadis di atas jelas BERCANGGAH dgn ajaran AlQuran.

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا

Apakah maka tidak mereka merenungkan AlQuran? Dan jikalau adalah Ia itu dari sisi selain ALLAH, nescaya mereka telah mendapati di dalam nya akan PERSELISEHAN YANG BANYAK 4:82



Benar, Selain AlQuran, pasti terdapat PERSELISEHAN YG BANYAK DI DLM NYA. Tidakkah sepatutnya anda menerima HAKIKAT INI? Atau anda terlalu sayang mahu melepaskan kitab-kitab hadis sunni yg jelas terlalu banyak PERSELISEHAN SERTA PERCANGGAHAN DI DLM NYA?


Terima kaseh kerana menasehatkan saya supaya jangan menafsirkan AlQuran, pdhal saya langsung tidak menafsirkan AlQuran, sebaliknya hanya membawakan TERJEMAHAN menurut kaedah Grammar Arabic shj.

Sesungguhnya Saya Begitu Yakin Bahawa AlQuran tak perlu di tafsirkan. Bukan seperti yg di lakukan oleh PENTAFSIR golongan mazhab sunni sendiri seperti ibnu katsir, jalaluddin as-suyuthi, at-tabari dll, Kerana AlQuran itu sendiri adalah SEBAIK-BAIK TAFSIRAN.

وَلَا يَأْتُونَكَ بِمَثَلٍ إِلَّا جِئْنَاكَ بِالْحَقِّ وَأَحْسَنَ تَفْسِيرًا

Dan tidaklah mereka mendatangkan akan engkau dengan suatu perumpamaan kecuali Kami telah mendatangkan akan engkau dengan KEBENARAN dan SEBAIK-BAIK TAFSIRAN 25:33



Apakah Ussop sudah terlupa dgn pegangan premier golongan ikutan ussop sendiri yaitu golongan Salafi Al-Wahabiyyieeen bahawa:

وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ

Dan Tidaklah mengetahui akan Takwilan-nya kecuali ALLAH 3:7


Jadi, Sepatutnya Anda nasehatkanlah kpd Ulama'-ulama' tafsir mazhab Sunni anda semua Dll.





WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.061958 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list