CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Rilistix

CINTA

[Copy link]
Post time 4-12-2006 08:07 PM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 4-12-2006 07:58 PM
aku dengar hot fm interview dg que haidar
pastu dj hot fm call nanu nak tanye ape yg jelik pasal que haidar yg dia tau...
nanu cakap masa shooting filem cinta tu, scene kat spital yg "adik j ...


kui..kui...scene sedey dier boleh tido plak.......:nerd:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2006 08:08 PM | Show all posts
best...best.....2 thumbs up tuk citer nih
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 08:15 PM | Show all posts
i like this story...........paling kelakar for me masa amani menjerit masa ada ada dua org lelaki kejar kejar tue........macam pakcik tu nak pukul dia plak....then lagik satu masa makcik dlm erl kata....makcik ada anak pompuan kat umah tue......huhuhuhu...mamat sebelah fasha tu pun cam kelakar jek muka dia.......heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 09:33 PM | Show all posts
tunggu kat astro box office je lah nanti................
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 03:36 AM | Show all posts
CITER CINTA NIH MMG BEST............

TAK SANGKA LAK CITER NIH BYK MSG2 TERTENTU........
TAHNIAH PADA PENERBIT, PENGARAH, PELAKON2 DAN SEMUA YG TERBABIT...........:tq:
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 08:19 AM | Show all posts
i really like this movie...soooo much.
aku suka dialog2 yg so meaningful....

"sehari bersama org yg kita sayang lebih baik seumur hidup dengan org yg x kita sayang"...sort of..by cik rubi
"isteri bukan hakmilik tapi anugerah" cikgu elyas
"kadangkala orang yang paling kita sayang, adalah orang yg paling susah untuk disayangi"...cik rubi

ada banyak lagi.......

kadang2 tu airmata dah mengalir...dan2 ada lawak nya....buat kita ketawa.
tak perlu ada apek ker senario ke to make u laugh....tak perlu ada lawak2 slapstik....
aku suka dua part yg very the lawak...scene mamat tu nak order makanan sama ngan pierre bila amani peluk dia... dan scene mamat sebelah fasha dalam erl...ngan makcik depan fasha....

so sweet laa citer nie........
nak tengok lagi......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2006 12:19 PM | Show all posts

Utusan Malaysia 5/12

Cinta menggarap kepelbagaian kasih

PERSOALAN yang cuba diangkat oleh filem ini bukanlah sebuah persoalan yang baru dalam sejarah filem atau dalam romans apa pun. Malah ia adalah isu yang hampir pasti wujud dalam setiap karya filem.

Sentiasa diulang-ulang dalam pelbagai pendekatan dan dalam kepelbagaian lapisan emosi.

Sama ada dalam bentuk harapan, pengkhianatan, pengorbanan, kekecewaan atau kebahagiaan, ia adalah antara cebisan-cebisan kehidupan yang sentiasa menarik apabila dikisahkan.

Filem Cinta tulisan oleh Mira Mustapha dan arahan oleh Kabir Bhatia membawakan kisah kemanusiaan ini daripada lapisan sudut yang pelbagai. Ia merakamkan bentuk-bentuk hubungan yang penuh kejujuran, terputus, dikhianati atau diisi dengan sebuah harapan.

Dalam konteks filem tempatan inilah sebuah filem yang menggunakan judul yang bersifat langsung, padat dan jelas, tetapi kerana olahannya yang berbeza dengan filem-filem tempatan sebelum ini, maka filem ini telah mengemukakan bentuk dan lapisan makna yang pelbagai dalam perhubungan tersebut. Latar yang berbeza dalam setiap watak-wataknya memberikan tafsiran yang berbeza tentang kasih dan sayang serta makna persahabatan dalam perhubungan mereka.

Kabir Bhatia mengemukakan lima bentuk hubungan yang berhadapan dengan konflik dan dilemanya sendiri dengan berlatarkan kehidupan di kota Kuala Lumpur.

Lima pasangan yang berhadapan dengan masalah dan dilema dalam perhubungan mereka sama ada sebagai kekasih, sahabat, suami isteri atau keluarga dibawakan dalam bentuk fragmen-fragmen yang kemudiannya dijalin dalam satu kesatuan cerita.

Ada kisah seorang bekas guru, Elyas (Datuk Rahim Razali) yang menghidap penyakit lupa dalam menjalani kehidupan tuanya menemui seorang wanita peniaga makanan Rubiah (Fatimah Abu Bakar) yang bersimpati dan secara jujur mahu membantu Elyas sebagai teman hidup. Kisah hubungan mereka paling menyentuh emosi dengan adegan-adegan yang begitu mengesankan disebalik kesederhanaannya.

Sebuah lagi kisah sama menarik ialah seorang gadis yang kelihatan naif, Ariana (Sharifah Amani) dalam pencarian terhadap kekasihnya yang telah mengkhianati perhubungan kasih mereka dan dia kemudiannya menemui Taufik (Pierre Andre) seorang wartawan akhbar kecil.

Bentuk hubungan mereka dengan berlatarkan kawasan perumahan kampung Melayu di tengah kota cukup menarik dan lebih realistik berbanding dengan hubungan seorang penerbit yang berjaya Azlan (Eizlan Yusuf) yang menemui secara tidak sengaja dengan jurujual di kedai buku Azura (Fasha Sandha). Gadis yang berani mengkritik majalah-majalah terbitan syarikat Azlan dan Azlan akhirnya jatuh hati dengan gadis ini yang hidup dalam kesederhanaan. Tetapi pengarah cuba memberikan latar yang fantasi untuk hubungan pasangan ini.

Dalam kisah yang lain, Dyan (Nanu) dan Harris (Rashidi Ishak) bekerja di sebuah syarikat arkitek tetapi berhadapan dengan kekecewaan yang tersendiri. Sementara Dyan sangat melindungi adiknya Dhani (Que Iskandar) seorang pelukis jalanan yang kecewa dengan kakaknya itu tetapi pada masa yang Dyan turut dikecewakan dalam hubungan intim dengan suami orang.

Harris seorang arkitek yang romantis menjangkakan kebahagiaan pada keluarga yang dibinanya tetapi dikecewakan oleh isterinya yang jelita Airin (Rita Rudaini) yang terpaut dengan lelaki lain. Harris akhirnya tenggelam dalam ilusi romantismenya.

Fragmen kisah dalam filem ini seumpama cerpen-cerpen yang mempunyai tema yang sama dengan watak-watak yang berlainan tetapi kisah mereka dihubungkan melalui pertalian perhubungan. Bukan itu sahaja, yang menyatukan lagi fragmen-fragmen kisah ini ialah kota yang melatari dan turut membina perwatakan.

Jadi apabila kita menonton filem ini ia umpama kita membaca cerita pendek yang digabung menjadi sebuah novel. Ceritanya terpaksa bergerak pantas tanpa dapat memberi tumpuan yang berlebihan dan mendalam pada setiap kisah pasangan.

Ia perlu diseimbangkan dan dijalin hubungannya. Ini menyebabkan kita tidak dapat menyelami secara mendalam latar permasalahan mereka tetapi sekadar melihatnya dipermukaan. Bagaimanapun filem ini berjaya mengolah fragmen-fragmen tentang permasalahan hubungan antara individu dengan latar belakang yang berbeza dalam sebuah filem.

Filem ini dikuatkan dengan keupayaan Kabir memberikan visual dengan karakter latar yang mampu mengangkat mood setiap adegan. Malah dialog-dialog setiap watak adalah terkawal tanpa baris-baris dialog yang keterlaluan.

Barangkali ada penonton yang akan membandingkan filem ini dengan filem Love Actually dari segi bentuk dan konsep cerita, bagaimanapun apa yang penting sejauh mana filem ini mempunyai kekuatan ceritanya yang meyakinkan dengan latar dan perwatakan tempatan.

Dalam hal ini ia perlu dilihat dalam konteks sebuah karya adaptasi yang mengangkat permasalahan dalam hubungan kemanusiaan yang bersifat sejagat. Jika itu dapat diterima, maka filem ini dapat dianggap sebagai antara filem yang dihasilkan dengan cerdik.

Filem : Cinta

Arahan : Kabir Bhatia

Lakonlayar: Mira Mustapha

Pelakon: Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar, Pierre Andre, Sharifah Amani, Nanu Baharudin, Que Haidar, Eizlan Yusuf, Fasha Sandha, Rashidi Ishak, Rita Rudaini, dll.

[ Last edited by  AyieBoyZ at 5-12-2006 12:21 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 02:18 PM | Show all posts
Satu aku x puas hati..naper n perlu ke lagu Cinta dendangan asal Melly+Kris yg dah diguna dalam film Indon Tentang Dia disadur semula dalam film ni...mesti org Indon tgk duk gelak...tolonglah buat lagu lain...OST dia pon byk lagu filler..bkn smua lagu baru kan...mmg la lagu Cinta tu best...but i dun like it..moreover saduran Jac+mIsha x best langsung...mujur ada lagu anuar zain yg agak best tu though ada iras2 lagu Mungkin dia dulu tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2006 03:35 PM | Show all posts
tak rugi jugak tgk cite nie. n yg buat paling sedih scene shidee-rita. time shidee tido ngan anak dia. buat kan istana tuk wife dia. sedih-sedih
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 03:50 PM | Show all posts
aku dah beli tiket kol 9 pm ni..kat midvalley...tak sabar nk tgk

p/s:tak sangka Ashna nanges....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 04:03 PM | Show all posts
Originally posted by Taries at 5-12-2006 03:50 PM
aku dah beli tiket kol 9 pm ni..kat midvalley...tak sabar nk tgk

p/s:tak sangka Ashna nanges....



haku pun tak sangka gak...  :nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 04:34 PM | Show all posts
X SBR NK TGK ESOK KT TGV TEBRAU CITY ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 04:38 PM | Show all posts
citer melayu yg superb..
xrugi tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 04:49 PM | Show all posts
Eeee...xsabar nyer nak nengok!! Agak terujalah bila baca pujian2 yang melambung pasal C.I.N.T.A...
That's the way how to make a great film, rite!! Cayalah CINTA!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 05:12 PM | Show all posts
Originally posted by Taries at 5-12-2006 03:50 PM

p/s:tak sangka Ashna nanges....


brutal-brutal Ashna pun, akhirnya terkulai juga air mata .......:nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 05:47 PM | Show all posts
teruja tgk citer nie..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2006 06:24 PM | Show all posts
Originally posted by ashna at 1-12-2006 04:47 PM
one more thing masa bf amani dtg kat kl sentral tuh  and amani like nak ikut bf dia tu...ada sorang mamat ni kat panggung punya la emo siap marah2 kuat lak tuh...
mesti mamat tu peminat citer tami ...




kahkahakah.....i was in the same panggung as you la ashna.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 08:52 PM | Show all posts
aku dah tgk...........
memang best 4 star
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 09:28 PM | Show all posts
sape ada link torrent cite neh angkat tangan!
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 09:50 PM | Show all posts
Originally posted by orang_letrik at 5-12-2006 09:28 PM
sape ada link torrent cite neh angkat tangan!


tgk wayang la beb..

apa barang donlod.

kalau Nana Tanjung takpe a.haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.111751 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list