ada kena mengena x dgn amik dadah nk kurus
ada beberapa artis mmg amik dadah tuk kurus ?
OT
[size=0.875em]IPOH: Ibu kepada tiga anak menggunakan alasan mahu kelihatan kurus dengan mengambil dadah sejak beberapa tahun lalu. [size=0.875em]Wanita berusia 42 tahun itu mengaku mengambil dadah sebagai ‘ubat’ supaya ramping meskipun melewati usia 40-an.
[size=0.875em]Bagaimanapun, tindakannya itu memakan diri apabila anak perempuannya berusia 15 tahun turut terlibat menagih.
[size=0.875em]Kegiatan kedua-dua mereka terbongkar selepas ditahan di sebuah rumah di Sitiawan, sempena Operasi Perdana Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Manjung, awal pagi Rabu.
[size=0.875em]Penolong Pengarah Penguatkuasaan AADK negeri, Mokhtarudin Mohamad berkata, ketika ditahan dua beranak itu terkejut kerana saling tidak mengetahui, masing-masing terlibat dalam penagihan. [size=0.875em]Menurutnya, mengikut rekod, remaja itu tidak lagi bersekolah, sementara ibunya bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak.
[size=0.875em]“Mereka merayu agar tidak dikenakan tindakan, bagaimanapun kita anggap kes ini sebagai serius apatah lagi wanita itu bekerja sebagai pengasuh,” katanya. [size=0.875em]Mereka merupakan antara 39 individu, tiga daripadanya wanita yang ditahan AADK dalam operasi melibatkan 14 anggota bermula 9 malam hingga 10 pagi, semalam. [size=0.875em]Kesemua mereka berusia 54 hingga 15 tahun ditahan selepas ujian air kencing mendapati, positif dadah.
[size=0.875em]Mokhtarudin berkata, operasi kali ini juga berjaya melumpuhkan port jualan dadah di sebuah ladang kepala sawit di Sungai Tiram, Lekir dengan tertangkapnya 16 individu, sebahagian besarnya tokan dadah.- Sinar Harian
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/b ... cLbgstrXbGqWcTpo.99
|