CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: torsotiger

[Tempatan] MRT Kajang -Sg Buloh dibuka HARI INI - 17-07-17 ! UPDATED PICS POST #560 #563 #5

[Copy link]
Post time 14-7-2017 11:07 AM | Show all posts
intan_smsb replied at 14-7-2017 11:06 AM
ingatkan dapat da naik mrt isnin depan trs smpi KL

rupanye kene tunggu perasmian dulu

laa yeke..kempunanlah korang ekk..ke boleh naik start dari pagi cuma pelancaran je petang??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2017 11:09 AM | Show all posts
mummy75 replied at 13-7-2017 03:01 PM
majlis pelancaran pukul 3 petang or start beroperasi pukul 3 petang??aisseehhh baru berangan nak g ...

aku pun baru berangan nak naik mrt ari senin pagi

x tentu ptg balik keje tu dpt naik ke tk lagi

katanye pkl 4pm baru perasmian

tunggu rasmikan dlu baru la blh naik smpi kajang smpi kl semua tu

selasa lah kite naik ye mummy
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 11:12 AM | Show all posts
MH3709 replied at 14-7-2017 11:07 AM
laa yeke..kempunanlah korang ekk..ke boleh naik start dari pagi cuma pelancaran je petang??

kene tunggu pelancaran jugak sis

hancur harapan nk naik mrt ari senin

mlm smlm aku dgr berita katanye psl isu free ride

akan di umumkan ms perasmian tu nnti

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 11:13 AM | Show all posts
Kenyataan Media: PEMBUKAAN KESELURUHAN LALUAN SBK MENINGKATKAN LIPUTAN RANGKAIAN REL BANDAR KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur, 13 Julai 2017: Pembukaan Fasa Kedua MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang pada hari Isnin, 17 Julai 2017 akan meningkatkan liputan rangkaian rel di bandar raya Kuala Lumpur.
Pembukaan Fasa Kedua ini bermakna keseluruhan Laluan SBK sepanjang 51km telah siap dibina. Pengguna kini boleh sampai ke pusat bandar raya Kuala Lumpur, seperti Segitiga Emas atau ‘Golden Triangle’ dan kawasan Chinatown dengan mudah dengan menggunakan Laluan SBK.
Fasa Kedua Laluan SBK terdiri dari Stesen Semantan ke Stesen Kajang. Fasa ini merangkumi bahagian bawah tanah dengan panjang 9.5km dan bahagian bertingkat selatan yang panjangnya 20.5km. Fasa ini mempunyai 19 stesen, tujuh daripadanya adalah stesen bawah tanah.
Fasa Pertama, yang telah dibuka pada 16 Disember 2016, meliputi jajaran dari Stesen Sungai Buloh ke Stesen Semantan dan terdiri dari bahagian bertingkat utara sepanjang 21km.
Di sebuah taklimat media pada hari ini sempena pembukaan keseluruhan Laluan SBK pada 17 Julai 2017, Pengarah Projek Laluan SBK Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Encik Marcus Karakashian berkata semua tujuh stesen pertukaran Laluan SBK akan mula beroperasi dengan pembukaan Fasa Kedua.
“Ini akan membenarkan pengguna bertukar dari perkhidmatan MRT ke perkhidmatan rel yang lain dengan mudah, membenarkan mereka untuk tiba ke banyak kawasan di Kuala Lumpur,” jelas Karakashian.
Stesen pertukaran di bawah Fasa Kedua ialah:
• Muzium Negara yang dihubungkan melalui laluan pejalan kaki ke Stesen KL Sentral (di mana terdapat perkhidmatan ERL, KTM, LRT Laluan Kelana Jaya);
• Pasar Seni yang mempunyai sambungan kawasan berbayar dengan Stesen LRT Pasar Seni (LRT Laluan Kelana
Jaya);
• Merdeka yang mempunyai sambungan kawasan berbayar dengan Stesen LRT Plaza Rakyat (LRT Laluan Ampang);
• Maluri yang mempunyai sambungan kawasan berbayar dengan Stesen LRT Maluri (LRT Laluan Ampang);
• Kajang di mana terdapat ruang legar bersama dengan Stesen KTM Kajang.
Stesen Sungai Buloh juga berkongsi ruang legar bersama dengan Stesen KTM Sungai Buloh dan telah dibuka pada tahun lepas di bawah Fasa Pertama Laluan SBK.
Sambungan kawasan berbayar dapat menghubungkan kawasan berbayar antara dua atau lebih stesen, dan ini bermakna pengguna tidak perlu keluar ke mana-mana pintu tiket mahupun membeli tiket baru semasa bertukar dari perkhidmatan MRT ke perkhidmatan rel yang lain.
Karakashian berkata pembukaan Fasa Kedua akan memberi perkhidmatan tren ke kawasan yang padat dengan penduduk yang sebelum ini tidak diliputi oleh pengangkutan awam berasaskan rel seperti Cheras dan beberapa bahagian di kawasan Kajang.
“Disebabkan kesinambungan dengan laluan lain dan liputan di kawasan baru, saya percaya ramai akan menggunakan Laluan SBK. Sudah pasti kami menggalakkan orang ramai untuk menggunakan mod pengangkutan yang moden, efisyen, boleh dipercayai, selamat dan mesra alam sekitar,” tambah beliau.
Bagi kemudahan tempat letak kereta pula, Karakashian berkata tujuh kemudahan tempat letak kereta ini akan dibuka pada 17 Julai 2017. Kemudahan tempat letak kereta ini terdapat di Stesen Maluri , Taman Midah, Taman Suntex, Bandar Tun Hussein Onn, Bukit Dukung dan Sungai Jernih, serta di Stesen Phileo Damansara.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT Corp memberi taklimat kepada media tentang Majlis Perasmian MRT Laluan SBK yang akan berlangsung pada 17 Julai 2017.
Beliau berkata majlis tersebut akan berlangsung di Stesen Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur. Selepas itu, Perdana Menteri akan menaiki tren MRT ke Stesen Stadium Kajang di mana beliau akan terus ke Stadium Kajang untuk meraikan pembukaan MRT ini bersama orang ramai.
Laluan SBK merupakan laluan MRT pertama di Malaysia yang dibuka. Laluan sepanjang 51km mempunyai 31 stesen, di mana tujuh adalah stesen bawah tanah.
-tamat/-




Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 11:15 AM | Show all posts
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT Corp memberi taklimat kepada media tentang Majlis Perasmian MRT Laluan SBK yang akan berlangsung pada 17 Julai 2017.
Beliau berkata majlis tersebut akan berlangsung di Stesen Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur. Selepas itu, Perdana Menteri akan menaiki tren MRT ke Stesen Stadium Kajang di mana beliau akan terus ke Stadium Kajang untuk meraikan pembukaan MRT ini bersama orang ramai.


tunggulah perasmian ari isnin 17/7 tu baru blh naik
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 11:20 AM | Show all posts
MH3709 replied at 14-7-2017 10:53 AM
haritu ada appointment kat jln ipon, tgk mrt2 tgh rancak sepanjang jalan tu..

dulu keje kat area jln ipoh... gile jem depan tu... ade mrt sonang le...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2017 11:32 AM | Show all posts
meols harap lps ni warga melesis rajin2 lah melawat Muzium Negara...
stesen MRT dah ade
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 11:42 AM | Show all posts
Modngengade replied at 13-7-2017 04:54 PM
tolong tepek gambar kejiranan sister....kakak yakin mesti ramai nigga dlm gambar berkubang di kola ...

pprt nya sis...
ni hah kejiranan apartment akak.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2017 11:46 AM | Show all posts
Changa replied at 14-7-2017 03:42 AM
pprt nya sis...
ni hah kejiranan apartment akak.

pprt sgt tepek gbr artist impression/illustration...x siap lagi ke kondo kau dekk?

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 11:47 AM | Show all posts
Edited by Changa at 14-7-2017 11:49 AM
Modngengade replied at 14-7-2017 11:46 AM
pprt sgt tepek gbr artist impression/illustration...x siap lagi ke kondo kau dekk?

bimbo nya sister...gambar real dengan ilustrasi pun tak boleh beda...aiyoh...
terpegun lah tu sampaikan ingat gambar real pun lakaran punya
takde nya gambar ilustrasi gigih naj lukis pencuci kolam renang tengah cuci  bagai

mesti flat yang sister invest itu flat pprt jah kannn???
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 11:49 AM | Show all posts
Changa replied at 14-7-2017 11:42 AM
pprt nya sis...
ni hah kejiranan apartment akak.

oooh ok2..apartment camni pun ko boleh bangga2kan? ok den paham sekarang,level mu lagu mana..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 11:50 AM | Show all posts
Changa replied at 14-7-2017 03:47 AM
bimbo nya sister...gambar real dengan ilustrasi pun tak boleh beda...aiyoh...
terpegun lah t ...

iyalah sister tepek gbr yg tak jelas....guna fonsel kentang kah sister sehingga resolusi gbr kelihatan spt lakaran artis jua?

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 11:50 AM | Show all posts
MH3709 replied at 14-7-2017 11:49 AM
oooh ok2..apartment camni pun ko boleh bangga2kan? ok den paham sekarang,level mu lagu mana.. ...

ok lah dek...international urban jah sewa studio apartment akak.
kepam2 ini ada la sorang dua jah akak terima sewa
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 12:02 PM | Show all posts
ibu_haritz replied at 14-7-2017 11:32 AM
meols harap lps ni warga melesis rajin2 lah melawat Muzium Negara...
stesen MRT dah ade

iya lah... ada lah sebab nak gi muzium..sebelum ni segan (segan tgk parking sendu.... segan nak lintas jalan takut kereta laju)


Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 12:06 PM | Show all posts
cantiknya stesen muzium negara..kombinasi moden minimalis ngan tradisional gitu..harapnya makin ramai la dtg melawat muzium pasnih..tp muzium negara tu pun upgrade la jugak..tgk website pun alahai sedihnya..so 2000s sangat

http://www.muziumnegara.gov.my/
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 12:07 PM | Show all posts
Changa replied at 14-7-2017 11:42 AM
pprt nya sis...
ni hah kejiranan apartment akak.

next to i-tech tower kan?
meols slalu gi situ sbb opis client kat situ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2017 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
intan_smsb replied at 14-7-2017 11:12 AM
kene tunggu pelancaran jugak sis

hancur harapan nk naik mrt ari senin

Samalah ingat nak try isnin..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 12:09 PM | Show all posts
Edited by Changa at 14-7-2017 12:31 PM
cmf_premierleag replied at 14-7-2017 12:07 PM
next to i-tech tower kan?
meols slalu gi situ sbb opis client kat situ

iya sis...tepi shaftsbury residences,
akak suka area situ, jln tak sibuk, dekat dengan kekedai makan, bank dan nak keluar dan masuk tak payah lalu traffic light.
dengan ERL station pun dekat jah, cikcur cycling putrajaya keliling tasik pun dekat jah masuk ikut perdana lakeview itu
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 12:15 PM | Show all posts
intan_smsb replied at 13-7-2017 03:35 PM
tazabar nak pi keje naik mrt je

no more jem dan roti

nanti dah lama lama dtg rasa penat
nak naik kereta lah
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 12:17 PM | Show all posts
Changa replied at 14-7-2017 11:42 AM
pprt nya sis...
ni hah kejiranan apartment akak.

sis, nyaris nak duduk sini dulu.. kalau x, berjiran dah kita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18443 Replies : 25
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 8323 Replies : 5
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28681 Replies : 131
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14094 Replies : 20
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 6159 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16530 Replies : 136
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24581 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.977076 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list