CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Arwah Zara Qairina pernah mengadu diugut Kak M, nak ‘touch’ sampai berdarah

[Copy link]
Post time 24-1-2026 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
https://sabahmedia.com/2026/01/23/bye-antara-nota-kertas-daripada-zara-saksi/

“Bye” antara nota kertas daripada Zara – Saksi

KOTA KINABALU: Seorang saksi kanak-kanak yang dipanggil semula memberi keterangan bahawa beliau menerima dua nota kertas dan salah satunya bertulis “Bye” dan ”kesayangan” daripada Allahyarhamah Zara Qairina.

Menurut peguam Shahlan Jufri nota yang mengandungi perkataan tersebut diselitkan dalam buku teks saksi.

“Menurut saksi, nota (kertas kuning) yang diberikan oleh Zara tersebut adalah bertujuan untuk memberitahu saksi bahawa Zara pada ketika itu mahu pergi ke musolla terlebih dahulu.

“Saksi juga menyatakan bahawa memang kebiasaanya Zara selalu menulis nota atau surat kepadanya,” katanya dalam kenyataan bersama pasukan guaman ibu Zara.

Tedahulu Shahlan menjelaskan terdapat dua jenis nota yang pernah diterima oleh saksi iaitu nota kertas berwarna putih berjalur biru yang diselitkan dalam buku tafsir dan nota kertas berwarna kuning yang mengandungi tulisan seperti “Bye” dan ”kesayangan”.

Nota kertas berwarna putih mengandungi tulisan yang ditujukan kepada saksi untuk memohon maaf kepada saksi dan memohon untuk saksi berkawan semula dengan Zara.

“Saksi juga menyatakan bahawa terdapat satu lagi nota, tetapi nota itu telah hilang atau tersalah tempat,” katanya sambil menambah saksi yang dipanggil semula ini merupakan kawan rapat Zara.

Sementara itu, peguam Joan Goh yang mewakili Pelajar A, juga menjelaskan bahawa saksi kanak-kanak yang dipanggil semula itu memberitahu beliau menerima dua nota tulisan tangan daripada Zara, salah satunya iaitu nota berwarna kuning telah diserahkan kepada guru.

“Nota itu bertulis: ‘(nama saksi) aku sayang kau (nama saksi), aku pergi dulu ni bay (nama saksi)’, ditandatangani ‘da kesayangan 15/7/2025’,” kata Joan.

Menurut Joan, semua nota ini telah ditanda sebagai bahan bukti mahkamah, termasuk nota yang ditulis Zara yang memohon maaf kepada saksi kerana dia bersikap cemburu terhadap saksi.

Prosiding inkues berlangsung secara tertutup di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan kerana melibatkan saksi kanak-kanak.

Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di asrama SMKA Tun Datu Mustapha sekitar jam 3 pagi pada 16 Julai lalu dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, di sini.

Peguam Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James juga mewakili ibu Zara.

Peguam Datuk Ram Singh dan Prem Elmer Ganasan turut mewakili Pelajar A.

Pasukan pegawai pengendali terdiri daripada Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah, serta Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S. Sawayan dan Dacia Jane Romanus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2026 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 24-1-2026 12:51 PM
tak tau la

dlm isu kematian adik zara ni, saya cuma ikuti je berita dgn label2 sbg pelajar a, b,  ...

Sbb x penah dgr nma Dayang blum ni, ini bukti yg baru di revealkan
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2026 11:51 PM | Show all posts

Baru bc kenyataan2 media. Kali ni mama arwah snd yg share. Boleh tgk kt fb sheols "Noie Aida".  So utk kertas tu , KW terima drp pelajar D pd 21/7. Ringkasannya.

- Pelajar D klaim jumpa sekeping kertas dilekatkan pada rel tangga , di ting.3 , berdekatan tandas.
- bertulis "Sok Badar terpaling mau jaga form 1 solat tau la mau jd badar bodoh"
- dijumpai pd 12/7 (sabtu) , hari gotong royong. Sabtu ni yg A ikut Zara balik sipitang.
- identiti penulis tak dikenal pasti.
- KW tak tahu kewujudan kertas ni b4 kejadian zara jatuh.
- D serahkan kat KW pd 21/7.

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 12:02 AM | Show all posts
hart_attack replied at 24-1-2026 12:50 PM
Elok sgt la panggil mak si A ni sbb si A kuat ngadu ngn mak dia kalau ada apa² hal dkat dorm. Lps ...

Mak A vs Mak Zara. Mak zara ni katanya last dipanggil , sheols pun dh terkeluar sket2 komen kat fb.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 25-1-2026 11:51 PM
Baru bc kenyataan2 media. Kali ni mama arwah snd yg share. Boleh tgk kt fb sheols "Noie Aida".  So ...

ooh.. sblm ni kenyataan2 media ni dipost di fb marhamah rosli kan.. sekarang ni di fb ibu arwah pula
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 09:34 PM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 26-1-2026 07:47 PM
ooh.. sblm ni kenyataan2 media ni dipost di fb marhamah rosli kan.. sekarang ni di fb ibu arwah pu ...

a ah , rasanya MR dh tak terlibat dgn kes ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2026 10:04 PM | Show all posts
saksi kanak2 ke 37 (saksi baru)
- form 1
- 15/7 , sekitar 10 mlm , saksi berada dlm dorm , sedang duduk makan bersama kawan2.
- Zara dipanggil masuk oleh 2 pelajar senior.
- Zara duduk dilantai berhampiran katil dan tingkap.
- Pelajar senior soal , zara nafi dan ckp "wallahi". Namun penafian itu tidak diterima senior.
- Slps itu , satu pin jalur gemilang dijumpai dlm beg arwah. Saksi melihat arwah dimarahi & dimaki . Pin itu juga dilempar ke arah arwah.
- Kata2 makian dilontar kuat , hingga boleh didengar dari aras bangunan lain.
- zara tunduk dan tak beri sbrg reaksi balas.
- tk nmpk arwah menangis tp saksi snd berasa takut dgn keadaan itu.
- tdpt bbrp senior tlh masuk ke dorm & ada arahan utk spot check barangan arwah.
- slps zara keluar , pelajar jr diarah utk tidur .

- 17/7 , diminta buat 2 kenyataan bertulis
- sblm tulis , pelajar diarah berkumpul dan berbincang terlebih dahulu ttg kandungan kenyataan. Borang hanya diberi slps perbincangan dilakukan.
- arwah antara individu yg mahu berkawan dgnnya , ketika saksi snd berhadapan fitnah asrama.




saksi kanak2 ke 38 (saksi baru)
- form 1
- Zara sering bantu kawan yg kekurangan duit , & pnh tambah duit saksi bila sheols dlm kesusahan.
- 15/7 , saksi berada di katil (bhgn atas, berhampiran tingkap)
- lihat zara dimarahi dgn kata2 kesat.
- turut menyatakan tdpt perbincangan yg dibuat atas arahan guru , sblm buat kenyataan bertulis.


https://www.facebook.com/photo?fbid=10164505202441944&set=pcb.10164505202846944
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada dua saksi baru,mgkin lps ni ada saksi baru lg. Skang ni saksi dh jd form 2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2026 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
hart_attack replied at 27-1-2026 12:54 AM
Ada dua saksi baru,mgkin lps ni ada saksi baru lg. Skang ni saksi dh jd form 2.

hari keluar berita ckp yg semua saksi kanak2 dah habis dah sesi diorg.. kecuali kalau ada apa2 perubahan pada masa akan dtg

inkues akan disambung semula nanti dgn saksi2 dewasa dan akan ada lawatan lagi ke lokasi kejadian pada tarikh yg belum ditetapkan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 11:57 PM | Show all posts
saksi kanak2 ke 23
* sheols ni kakak badar yg jd idola arwah. Ada tolong alih arwah pd mlm kejadian.

- dipanggil semula berhubung bbrp brg termasuk keychain dgn patung avokado & bbrp keping kertas yg telah ditandakan sbg bahan bukti inkues.
- Saksi kumpul brg2 dan letak dlm plastik , serahkan kpd ustazah Syukriah , dgn tujuan supaya brg2 tersbt disimpan sementara waktu sblm saksi ambil semula. Namun guru telah serahkan kpd polis utk prosiding inkues.
- Keychain dgn patung avocado diberi oleh zara , melalui rakan2 zara yg merupakan form 1 juga. Tak igt tarikh terima tp dh lama.
- tak tau tujuan diberi & tak pnh bertanya.
- saksi turut menerima bbrp keping kertas bertulis pd masa berlainan , sebelum dan slps kejadian. Tp tak igt tarikh , lokasi & individu yg serahkan sebahagian drp kertas2 tu.
- kbykkan kertas diserahkan di asrama oleh rakan2 arwah.
- bg salah satu kertas yg diterima slps kejadian , saksi ckp ia diserahkan oleh seorg rakan saksi , memaklumkan kertas tsbt dijumpai berhampiran loker arwah ketika membantu guru kemas brg arwah (utk diberi kpd ibu zara).
- Slps terima saksi baca , simpan , sblm serahkan kesemua barangan kpd ustazah.
- tak igt bila bagi , dan ustazah setuju utk simpan.
- tk pnh diminta buat kenyataan bertulis , tp pnh ditemubual bbrp guru , yg bertanya keadaan emosi saksi.
- slps kejadian, pnh terima seisi kaunseling dan bertemu pakar psikiatri sekali.
- pilih utk tak simpan barangan arwah buat sementara waktu sbb berasa tak selesa , takut & sedih.
- mengenai peribadi arwah , berdasarkan pengetahuannya melalui rakan2 , arwah zara seorang yg suka dptkan perhatian dan mudah berasa cemburu.


https://www.facebook.com/photo?f ... b.10164509324991944
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2026 12:09 AM | Show all posts
tgk iv , loyer ckp skk37 tu dh pindah skolah psl  trauma dan takut.  Tgh sedap2 makan megi tiber kena suruh diam +nmpk zara kena marah. Inkues sambung jumaat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2026 11:04 PM | Show all posts
Saksi ke 61 - Cikgu Sham
- mengajar di sekolah Zara sejak April 2025.
- Ogos 2025 , dilantik jd warden.
- Beritahu ada 4 blok asrama , 2 blok lelaki & 2 blok perempuan
- setiap hari seorang warden ditugaskan di asrama lelaki , dan seorang di asrama perempuan.
- rutin warden termasuklah rondaan slps light off sekitar 12 tgh mlm, dgn bantuan pengawas asrama.
- asrama dilengkapi cctv , dan dikawal guard yg bertugas ikut syif ,termasuk sorg guard di asrama perempuan & seorang di asrama lelaki.

- Ajar kelas Zara subject Geografi sejak mei 2025.
- 14/7 , satu kejadian di kelas , seorg pelajar perempuan melaporkan kehilangan rm20 (dlm dompet) semasa ke makmal sains.
- slps tu , saksi buat spot check. SC berlangsung selama 15 minit dan tiada wang ditemui.
- slps kelas tamat , pelajar (yg hilang wang) serah sekeping kertas bertulis "zara" . Saksi nasihatkan pelajar itu supaya jgn buat tuduhan tanpa bukti.
- namun bbrp pelajar lain termasuk A dan seorang rakan dorm zara , sokong tuduhan itu , dgn menceritakan kes kehilangan wang sblm ni yg juga dikaitkan dgn arwah.
- Walaupun dinasihati , pelajar2 ini telah suarakan tuduhan itu secara lantang di dlm kelas.
- Perbincangan berlaku dgn cukup kuat sehingga boleh didengari seluruh kelas , dn saksi berpendapat arwah berada dlm keadaan yg memungkinkan utk dgr perbualan tsbt , walaupun namanya tak disebut secara langsung.
- Zara tidak menunjukkan sbrg reaksi luar biasa dan kekal duduk ditmptnya. Saksi bersetuju bhw adalah tidak normal utk ssrg yg mendengar tomahan thdp dirinya utk keiihatan sepenuhnya normal.
- ketika keluar dari bilik darjah , kira2 3 pelajar temasuk A mendekatinya utk ulang tuduhan thdp zara,
- Cikgu sekali lg menasihati pelajar2 terbabit supaya tidak buat tuduhan tanpa bukti.
- Heols kemudian tinggalkan kwsn berkenaan.
- kes kehilangan wang bukan suatu yg lazim berlaku spjg tempoh mengajar kelas berkenaan, & zara tak ada sbrg rekod disiplin berkaitan kecurian.

- 15/7 , bertugas spt biasa & pulang ke rumah slps waktu bekerja jam 1.30 ptg.
- tak terlibat dlm siasatan dalaman berkaitan kejadian zara jatuh.
- sahkan pd 17/7 ada mesyuarat tergempar pentadbiran sekolah yg dihadiri pengetua , pihak pentadbiran , unit disiplin & guru2.


* inkues bersambung isnin 2/2


https://www.facebook.com/photo/? ... b.10164523109566944

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2026 11:11 PM | Show all posts
nmpklah kat tt , ada yg ulas psl cikgu sham ckp ada cctv. So mcm2 spekulah keluar. Tp heols jd warden Ogos , slps arwah jatuh. Mmglah lps tu ada dipasang cctv kan. So ai pun tak pastilah heols maksudkan slps kejadian @ b4 pun dh ada.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2026 09:56 PM | Show all posts
Harini giliran mak Pelajar A katanya.  Tp tada kenyataan media lg (loyer mama zara) sbb esok sheols akan sambung bg keterangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2026 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
maceh acik borrow kerana sentiasa bagi hapdet
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 09:52 AM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 2-2-2026 11:47 PM
maceh acik borrow kerana sentiasa bagi hapdet

sama2 . Tq bg tacang chouls & mod seribulan juga. tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2026 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
https://sabahmedia.com/2026/02/02/saksi-dakwa-diganggu-ibu-zara-berhubung-kenyataan-polis/

Saksi dakwa diganggu ibu Zara berhubung kenyataan polis

KOTA KINABALU: Ibu kepada pelajar A, salah seorang daripada lima pelajar yang berdepan pertuduhan mencela Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Kanak-Kanak, memberitahu Mahkamah Koroner bahawa beliau pernah diganggu oleh ibu Zara melalui WhatsApp.

Saksi berusia 42 tahun itu berkata, gangguan tersebut berlaku apabila ibu Zara, Noraidah Lamat, memarahinya kerana membenarkan pelajar A bercakap benar kepada pihak polis.

“Ibu Zara pernah mengganggu saya dengan menghantar WhatsApp memarahi saya kerana membenarkan pelajar A bercakap benar kepada polis.

“Ibu Zara menyuruh kami membuat penafian terhadap kenyataan pelajar A sebelum ini kepada polis dan beliau menyuruh saya menghubungi pegawai tersebut,” katanya ketika membacakan kenyataan saksinya di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Menurut saksi, antara tuduhan yang dikemukakan oleh ibu Zara melalui mesej WhatsApp termasuk dakwaan bahawa kenyataan pelajar A diputar belit, polis berkomplot dengan pengetua, serta arahan untuk membuat penafian kepada polis.

Saksi turut memaklumkan bahawa ibu Zara juga mempertikaikan kesahihan tulisan diari, termasuk tidak mempercayai perkataan kesat ditulis oleh Zara, selain mendakwa pengesahan forensik menunjukkan tulisan tersebut bukan tulisan Zara.

Selain itu, saksi berkata ibu Zara menuduh pihak sekolah cuba mewujudkan bukti palsu, mendakwa pelajar A menurut arahan sekolah, serta mengharamkan pelajar A daripada menziarahi kubur Zara.

“Saya ada memaklumkan kepada pegawai penyiasat dan Ustaz Azhari berkenaan gangguan tersebut,” katanya.

Tambahnya, satu laporan polis telah dibuat untuk menggesa siasatan dijalankan terhadap ibu Zara.

Terdahulu dalam kenyataan saksinya, saksi berkata beliau mengetahui kejadian yang menimpa Zara selepas dimaklumkan oleh ibu kepada seorang pelajar pada 16 Julai 2025, kira-kira jam 8.39 pagi, melalui talian aplikasi WhatsApp.

Saksi juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau ada menghubungi ibu Zara untuk bertanyakan khabar serta mendapatkan kepastian mengenai kejadian yang menimpa Zara, selain menasihatinya supaya bertenang, bersabar dan berhati-hati ketika memandu.

Beliau turut menyarankan agar ibu Zara memperbanyakkan selawat dan beristighfar untuk melegakan hati yang tidak tenteram.

“Saya agak terkejut dan respek pada beliau kerana suara beliau dalam keadaan biasa dan tenang itu yang saya bertanyakan betulkah Zara jatuh bangunan. Kadang- kadang suaranya kendengaran sedih tetapi tidak meraung.

“Saya menghubungi beliau berkali-kali, hampir setiap jam, kerana bimbang beliau memandu seorang diri dari Sipitang ke Kota Kinabalu dalam keadaan sedih.

“Saya perasan beliau sampai di hospital agak lama, mungkin kerana membawa kereta perlahan dan faktor kesesakkan lalu lintas,” katanya.

Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di asrama SMKA Tun Datu Mustapha sekitar jam 3 pagi pada 16 Julai, 2025 dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, di sini.

Pada 20 Ogos, 2025, lima pelajar termasuk pelajar A, yang identitinya tidak boleh didedahkan di bawah Akta Kanak-Kanak, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mencela Zara.

Pasukan peguam yang mewakili ibu Zara, Noraidah Lamat, ialah Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.

Peguam bagi bapa Zara, Mahathir Mohd Hashim, ialah Sherzali Herza Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.

Peguam bagi pelajar A ialah Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan, manakala peguam bagi empat lagi remaja lain ialah Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Sylvester Kuan.

Pasukan pegawai pengendali terdiri daripada Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah, serta Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S. Sawayan dan Dacia Jane Romanus.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
https://sabahmedia.com/2026/02/02/inkues-zara-pelajar-a-masih-digelar-pembunuh-di-sekolah-baru-saksi/

Inkues Zara: Pelajar A masih digelar “pembunuh” di sekolah baru – Saksi

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner mendengar bahawa pelajar A masih digelar “pembunuh” walaupun selepas berpindah ke sekolah baharu.

Perkara itu didedahkan oleh ibu pelajar A semasa memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, ketika menjawab soalan tambahan daripada peguam Joan Goh.

Joan: Berkenaan dengan keadaan pelajar A pada masa sekarang, adakah pelajar A ada menerima sebarang tekanan ataupun tomahan daripada murid-murid di sekolah baru pelajar A?

Saksi: Ya, ada.

Joan: Bolehkah puan ceritakan?

Saksi: Boleh. Pertama, ketika di dalam kelas, pelajar A baru berdaftar, baru masuk kelas dalam beberapa hari, terdapat seorang pelajar menatapnya sambil membuat muka dan mengelarnya sebagai “pembunuh”. Kedua, sewaktu pelajar A naik pentas menerima hadiah, beberapa pelajar yang di bawah yang sama batch dengan pelajar A boo dia “pembunuh-pembunuh”. Dia tidak dengar sendiri tapi orang keliling dengar dan kawan-kawan memaklumkan kepadanya.

Menjawab soalan daripada pegawai pengendali Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, saksi berkata anaknya mula bersekolah di sekolah baharu itu sekitar bulan November tahun lalu.

Menurutnya selepas kejadian yang menimpa Zara sehingga bulan November, pelajar A tidak bersekolah.

Pegawai pengendali: Boleh beritahu mahkamah kenapa, puan?

Saksi: Kerana pada tempoh itu, nama dan butiranranya menjadi viral. Saya risau akan keselamatannya bila saya hantar dia bersekolah secara bersemuka. Saya teramat risaua akn mental dan keselamatan pelajar A.

Pelajar A merupakan salah seorang daripada lima remaja yang didakwa mencapai niat bersama menggunakan perkataan mencela terhadap Zara yang mana perkataan tersebut didengari dan berkemungkinan menyebabkan Zara berasa terganggu dengan perkataan tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 15 Julai lalu di antara jam lebih kurang 10 malam sehingga 11 malam.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pelajar A dan empat remaja lain mengaku tidak bersalah pada 20 Ogos, 2025 di Mahkamah Kanak-Kanak.

Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di asrama SMKA Tun Datu Mustapha sekitar jam 3 pagi pada 16 Julai, 2025 dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
https://sabahmedia.com/2026/02/02/inkues-zara-ibu-pelajar-a-dakwa-wujud-pengaruh-tidak-bermoral-di-asrama/

https://sabahmedia.com/2026/02/02/inkues-zara-ibu-pelajar-a-dakwa-wujud-pengaruh-tidak-bermoral-di-asrama/

KOTA KINABALU: Ibu kepada pelajar A pernah menyuarakan kebimbangannya kepada ketua warden berhubung apa yang disifatkannya sebagai “pengaruh tidak bermoral”.

Kebimbangan itu timbul selepas anaknya mendakwa menyaksikan perlakuan tidak wajar membabitkan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dan seorang rakan sebilik di asrama.

Saksi ke-62 dalam penyataan saksinya berkata, pelajar A mendakwa pernah melihat rakan sebilik mencium bahagian sulit arwah Zara pada waktu pagi.

Menurut saksi, anaknya turut melihat Zara berada berdua-duaan dengan rakan sebilik yang sama di bilik mandi sambil bergurau mesra dan berkelakuan rapat secara fizikal.

Saksi turut memberitahu mahkamah bahawa selepas beberapa minggu berada di asrama, pelajar A pernah menghubunginya dalam keadaan menangis dan tertekan.

“Suaranya hampir tidak kedengaran, sukar nak bercakap dan tersedu-sedu. Pelajar A  mengadu ada roommate menyerangnya iaitu dengan cara mengherdik, memaki dan memfitnahnya,” katanya.

Menurut saksi, roommate yang dimaksudkan ialah Zara dan rakan sebilik tersebut.

“Saya berasa risau kerana mereka ada pengaruh senior.  Mereka mengadu domba pada senior dan senior telah memarahi pelajar A dengan memaksa pelajar A berkawan juga dengan Zara dan rakan sebilik itu.

“Siapa senior tersebut saya tidak pasti. Saya meminta supaya ustaz Azhari (ketua warden) ambil maklum dan siasat tentang perkara tersebut,” katanya yang melaporkan perkara itu melalui Whatsapp kepada Ustaz Azhari.

Saksi berkata beliau telah beberapa kali mengemukakan aduan kepada ustaz berkenaan sejak Mac hingga Julai, namun mendakwa tidak menerima maklum balas yang memuaskan.

Menurutnya, para warden yang tidak telus dalam setiap laporan yang di buat. Lebih mempercayai pelajar yang menipu dan pandai berlakon.

“Mereka malas buat siasatan, warden tidak pernah datang buat rondaan di waktu malam. Guru-guru ada yang berat sebelah dan tidak peduli akan masalah pelajar hanya tahu marah tapi tidak siasat,’ katanya sambil mendakwa perkara tersebut mengganggu emosi dan mental pelajar.

Mengenai hubungan Zara dengan pelajar A, saksi berkata pada awalnya Zara suka membuli pelajar A tetapi sejak bulan April sudah mula berbaik.

“Saya pernah bertanya pada pelajar A kenapa kawan dengan Zara tu diakan jahat terhadap pelajar A, suka tengking pelajar A.

“Jawapan pelajar A: ‘Itu dulu bonda, Zara sudah berubah dia dah tak nakal-nakal. Dia sendiri mengaku dia nak berubah tak nak nakal-nakal lagi. Lagi pun dia dah taubat,’” katanya sambil menambah pelajar A juga berasa kasihan kerana Zara tidak mempunyai kawan, dipulaukan pelajar lain, selain sering dimarahi guru.

Saksi berkata apabila beliau bertanya maksud taubat, pelajar A menjelaskan Zara telah melakukan solat taubat dan dia sendiri menyaksikannya sebanyak dua kali.

“Saya hanya diam apabila pelajar A berceritakan hal itu dan berdoa dalam hati semoga semuanya baik baik hendakknya dan saya juga berazam untuk menyantuni dia bila berjumpa dengan dia kelak,” katanya.

Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di asrama SMKA Tun Datu Mustapha sekitar jam 3 pagi pada 16 Julai, 2025 dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, di sini.

Pada 20 Ogos, 2025, lima pelajar termasuk pelajar A, yang identitinya tidak boleh didedahkan di bawah Akta Kanak-Kanak, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mencela Zara.

Pasukan peguam yang mewakili ibu Zara, Noraidah Lamat, ialah Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.

Peguam bagi bapa Zara, Mahathir Mohd Hashim, ialah Sherzali Herza Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.

Peguam bagi pelajar A ialah Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan, manakala peguam bagi empat lagi remaja lain ialah Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Sylvester Kuan.

Pasukan pegawai pengendali terdiri daripada Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah, serta Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S. Sawayan dan Dacia Jane Romanus.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
https://sabahmedia.com/2026/02/02/kalaulah-dompet-dipulangkan-malam-tu-tragedi-zara-mungkin-dapat-dielak-saksi-ibu-a/

‘Kalaulah dompet dipulangkan malam tu… tragedi Zara mungkin dapat dielak’ – Saksi ibu A

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini dimaklumkan bahawa kegagalan seorang guru memulangkan dengan segera dompet yang hilang milik rakan sekelas Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dipercayai menyumbang kepada tragedi yang menimpa Zara.

Ibu kepada pelajar A, dalam penyataan saksinya, mendakwa bahawa sekiranya guru berkenaan, Cikgu Rohayati, ada rasa empati pada pelajar dan segera menyerahkan dompet tersebut kepada pemiliknya, kejadian Zara ditemukan tidak sedarkan diri di bawah blok asrama mungkin dapat dielakkan.

“Pada awal pagi tersebut, Cikgu Rohayati memberitahu pelajar A yang dompet pelajar yang kehilangan itu telah dijumpai di bangunan akademik oleh pelajar lain. Perbuatan Cikgu Rohayati yang tidak memulangkan segera dompet pelajar terbabit kemungkinan telah menyebabkan malapetaka yang besar terhadap arwah Zara yang dituduh mencuri,” katanya.

Menurut saksi, Cikgu Rohayati telah menyuruh Ketua Blok untuk mengejutkan pelajar A dan mengarahkan pelajar A untuk datang berjumpanya pada seawal jam 3 pagi di kawasan arwah Zara ditemukan jatuh.

“Cikgu Rohayati memberi dompet pelajar terbabit pada pelajar A untuk diserahkan kepada pelajar terbabit.

“Namun Cikgu Rohayati memarahi pelajar terbabit sewaktu di kelas dan menafikan ada kena mengena dengan dompet tersebut.

“Cikgu Rohayati menyifatkan pelajar A sebagai ‘anjing’ yang tidak patut dilayan dengan baik,” katanya sambil menambah perbuatan menipu ini menyebabkan integriti kenyataan anaknya diragui.

Saksi berkata perbuatan Cikgu Rohayati amatlah bertentangan dengan sifat seorang pendidik dan menjatuhkan martabat sebagai seorang tenaga pengajar di sekolah agama.

Tambahnya lagi, Aunty Linah mengakui Cikgu Rohayati berada di tempat kejadian pada awal pagi itu namun pegawai penyiasat memaklumkan bahawa Cikgu Rohayati tidak mengaku berada di tempat kejadian pada awal pagi itu.

Menurut saksi lagi, sekiranya ketua warden, Ustaz Azhari, memberi maklum balas segera terhadap aduannya pada malam tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya, kejadian Zara ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama mungkin dapat dielakkan.

“Ustaz Azhari tidak respon kepada text telegram saya pada jam 10.28 malam tarikh 15 Julai 25 iaitu pada malam pelajar A membuat panggilan terhadap saya menceritakan banyak kes kehilangan yang berlaku di asrama.

“Saya percaya kalaulah Ustaz Azhari respon terhadap aduan saya pada malam itu dan mengambil tindakan sewajarnya, insiden Zara mungkin boleh dielakkan,” katanya.

Saksi turut memaklumkan bahawa Cikgu Miswati juga tidak respon terhadap telegram yang beliau hantar pada 15 Julai jam 10.16 malam.

Semua ‘screenshot’ aduan beliau telah dilampirkan sebagai bukti di mahkamah dan ditandakan sebagai ekshibit.

Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di asrama SMKA Tun Datu Mustapha sekitar jam 3 pagi pada 16 Julai, 2025 dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, di sini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 08:12 PM GMT+8 , Processed in 2.087276 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list