CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: CARI-MRO

Arwah Zara Qairina pernah mengadu diugut Kak M, nak ‘touch’ sampai berdarah

[Copy link]
Post time 22-1-2026 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
https://sabahmedia.com/2026/01/21/inkues-zara-pengetua-dedah-laporan-rasmi-wujud-diserah-secara-lisan/

Inkues Zara: Pengetua dedah laporan rasmi wujud, ‘diserah’ secara lisan

KOTA KINABALU: Laporan rasmi berhubung insiden melibatkan pelajar, Zara Qairina Mahathir, telah diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengetua SMKA Tun Datu Mustapha, Shaharoom Hashim, 51, ketika menjawab soalan peguam, Shahlan Jufri, pada prosiding inkues kematian Zara.

Shaharoom memberitahu Koroner Amir Shah Amir Hassan bahawa laporan rasmi tersebut disediakan oleh Setiausaha Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah berkenaan.

Shaharoom, saksi ke 47, yang dipanggil semula memberi keterangan mengakui ada melihat melihat dan meneliti laporan berkenaan sebelum dihantar kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Beliau turut memaklumkan laporan berkenaan, yang mengandungi tiga muka surat, masih tersimpan di dalam telefon bimbitnya.

Susulan pendedahan baharu mengenai kewujudan laporan tersebut, koroner menangguhkan prosiding inkues bagi membolehkan semua pihak meneliti dokumen berkenaan.

Shahlan: Laporan bertulis kepada PPD dan JPN pernah dihantar?
Saksi: Melalui saya tiada

Shahlan: Bermaksud tidak ada laporan rasmi daripada pihak sekolah kepada PPD dan JPN mengenai kes Zara ini.

Saksi: Ada. Selepas saya yang hantar melalui whatsapp, penyelarasan dan perkara-perkara yang berlaku dilaporkan oleh Setiausaha Hal Ehwal Murid (HEM)

Apabila prosiding bersambung, Mahkamah dimaklumkan bahawa terdapat dua laporan bertulis berasingan, iaitu laporan awal berkaitan kes seorang murid yang terjatuh di asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Limawan, Papar, serta satu lagi laporan awal khusus berkaitan kes Zara Qairina Mahathir yang mengandungi tiga muka surat.

Menurut Shaharoom, laporan pertama diterimanya pada 16 Julai ketika beliau berada di hospital, sebelum ia dimajukan kepada PPD dan JPN. Manakala laporan kedua diterima beberapa hari kemudian, selepas laporan awal pertama diterima.

Beliau menjelaskan laporan pertama dihantar kepada PPD dan JPN melalui aplikasi WhatsApp, manakala laporan kedua hanya disampaikan secara lisan.

Menjawab soalan Shahlan, Shaharoom berkata laporan pertama disediakan oleh seorang cikgu (Setiausaha HEM) atas arahannya untuk dimajukan kepada PPD dan JPN.

Beliau menjelaskan butiran masa dalam laporan itu diperoleh hasil perbincangan bersama Penolong Kanan HEM dan warden, ketika berada di hospital pada hari kejadian.

Shaharoom turut mengesahkan Cikgu Rahmatina adalah warden ‘on call’ pada malam kejadian dan berada di lokasi semasa menunggu ambulans.

Menurutnya, laporan pertama dihantar kepada PPD Papar pada 10.04 pagi, 16 Julai, namun beliau tidak dapat memastikan pegawai PPD yang menerimanya, manakala laporan kepada JPN dihantar kepada seorang Ustaz.

Berhubung laporan kedua, Shaharoom berkata beliau menerima laporan tersebut pada 12 Ogos daripada seorang Pegawai PPD.

Beliau menjelaskan laporan kedua itu diminta sebagai dokumen simpanan peribadi (dokumentasi) memandangkan beliau telah menerima surat arahan untuk berpindah.

Shaharoom menegaskan bahawa kandungan laporan kedua telah diterangkan secara lisan kepada pihak PPD dan JPN semasa lawatan mereka ke sekolah pada 18 Julai, namun laporan bertulis tersebut tidak diserahkan secara fizikal kepada kedua-dua pihak.

Apabila ditekan oleh Shahlan, Shaharoom mengakui bahawa laporan kedua tidak pernah dihantar secara bertulis kepada PPD atau JPN, sebaliknya hanya dibentangkan secara lisan.

Shahlan: Jadi, soalan saya, laporan kedua ini pernah diserahkan kepada PPD dan JPN atau tidak?
Saksi: Ya, saya serahkan secara lisan kemudian baru ditaip, sebab itu saya minta pada 12 hari bulan yang sudah ditaip untuk dokumentasi saya.

Shahlan: Laporan bertulis ni, bila diserahkan kepada PPD atau JPN?
Saksi: Macam tu maksudnya…. laporan ini sudah ditaip tapi belum diserahkan sebab saya minta pada 12 hari bulan untuk dokumentasi saya, supaya saya tidak lupa untuk persediaan inkue atau apabila ditanya.

Shahlan: Berdasarkan jawapan Cikgu, pemahaman saya, laporan kedua ini tidak dihantar kepada PPD ataupun JPN?
Saksi: Saya menghantar, tetapi melalui pembentangan saja. Tetapi untuk bertaip ini, tidak dihantarlah.

Menjawab soalan lanjut, Shaharoom memaklumkan bahawa satu mesyuarat penyelarasan kronologi kejadian telah diadakan pada 17 Julai, bertempat di bilik mesyuarat sekolah.

Mesyuarat itu dihadiri oleh pihak pentadbir, unit disiplin serta warden, termasuk guru disiplin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2026 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
https://sabahmedia.com/2026/01/21/inkues-zara-pengetua-tidak-dimaklum-tentang-kenyataan-bertulis-pelajar/

Inkues Zara: Pengetua tidak dimaklum tentang kenyataan bertulis pelajar

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini dimaklumkan bahawa pengetua sekolah tidak pernah dimaklumkan mengenai kewujudan penyataan bertulis pelajar yang dirakam semasa siasatan dalaman berkaitan insiden melibatkan Zara Qairina Mahathir.

Pengetua sekolah berkenaan, Shaharoom Hashim berkata dia hanya dimaklumkan secara lisan mengenai laporan bertarikh 16 Julai 2025 pada 17 Julai dan bukannya mengenai penyataan bertulis pelajar.

Shaharoom memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari.

Fairuz: Untuk siasatan yang dijalankan pada 16 haribulan, tahu tak tentang penyataan bertulis yang ditulis oleh pelajar-pelajar semasa siasatan dibuat?
Shaharoom: Untuk penyataan tidak dimaklumkan kepada saya. Mereka hanya bagi pelaporan secara lisan.

Fairuz: Cikgu pernah baca atau lihat penyataan-penyataan bertulis pelajar tersebut?
Shaharoom: Tidak dinyatakan kepada saya secara bertulis, bermaksud tidak ada yang saya baca pernyataan bertulis ini sebab mereka bagi pelaporan secara lisan.

Fairuz: Sebagai pentadbir sekolah, kenapa cikgu tak minta untuk lihat atau teliti laporan-laporan atau penyataan bertulis pelajar-pelajar tersebut?
Shaharoom: Saya dimaklumkan pada pagi tersebut mereka menemu bual secara lisan.

Fairuz: Jadi maksudnya, Unit Disiplin sekolah tidak pernah maklumkan cikgu selaku pengetua bahawa mereka ada ambil penyataan bertulis daripada pelajar-pelajar pada 16 Julai?
Shaharoom: Mereka tidak maklumkan kepada saya secara bertulis penyataan yang diambil daripada pelajar.

Fairuz: Cikgu tahu tak ada penyataan bertulis yang dibuat oleh pelajar B, C, D, E dan seorang lagi pada 16 Julai 2025?
Shaharoom: Saya dimaklumkan tentang penyataan bertulis oleh Ustaz Azhari.

Fairuz: Maksudnya, maklumat itu datang daripada Ustaz Azhari dan bukan daripada Unit Disiplin? Selaku pengetua, cikgu tak pernah minta penjelasan Unit Disiplin kenapa maklumat penting daripada penyataan bertulis pelajar-pelajar tersebut tidak dimaklumkan kepada cikgu?
Shaharoom: Sebab pada ketika itu saya berada di hospital dan mereka terus berhubung dengan Ketua Warden, Ustaz Azhari. Ustaz Azhari ialah cikgu yang selalu dihubungi oleh pihak polis untuk meminta apa-apa info tentang sekolah. Jadi mungkin kerana ketidakupayaan saya, mereka tidak maklumkan dan kebetulan siasatan sudah bermula, mereka terus berhubung dengan pihak polis. Jadi saya minta penjelasan pada pagi 17 haribulan itu yang diberi pelaporan secara lisan sahaja.

Fairuz: Cikgu minta penjelasan pada pagi 17 haribulan. Jadi adakah pada 17 haribulan tersebut, cikgu dimaklumkan tentang penyataan bertulis pelajar-pelajar ini ada diambil?
Shaharoom: Pada 17 haribulan itu, mereka hanya melaporkan mereka menemu bual sahaja.

Untuk rekod, pada 25 November 2025, dokumen penting yang sebelum ini tidak didedahkan, iaitu butiran mengenai apa yang berlaku kepada Zara pada malam sebelum beliau ditemui tidak sedarkan diri, telah dibentangkan dan mengejutkan semua pihak di Mahkamah Koroner.

Dokumen berkenaan merupakan pernyataan yang mengandungi pelajar, termasuk beberapa pelajar telah memberi keterangan sebagai saksi kanak-kanak, serta pelajar lain yang tidak dipanggil sebagai saksi.

Pernyataan bertulis tersebut dibuat dua hari selepas kejadian dan disediakan khusus untuk tujuan siasatan dalaman oleh Unit Disiplin sekolah.

Saksi ke-53, Nur Shukriah Mohd Fauzi, dalam keterangannya pada isyarat pendengaran sebelum menyiarkan bahawa kenyataan bertulis berkenaan selama ini hanya disimpan dalam fail Unit Disiplin sekolah.

Shaharoom merupakan antara saksi yang dipanggil semula untuk memberi keterangan. Beliau sebelum ini, sebagai saksi ke-47, telah selesai memberikan keterangannya pada November 2025.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
https://sabahmedia.com/2026/01/21/lagi-pendedahan-baharu-dalam-inkues-zara-kejutkan-mahkamah/

Lagi pendedahan baharu dalam inkues Zara kejutkan Mahkamah

KOTA KINABALU: Sekeping kertas mengandungi tulisan berkaitan Zara Qairina Mahathir yang ditemui sebelum kejadian telah didedahkan di Mahkamah Koroner, hari ini.

Pendedahan oleh Ketua Warden Asrama, Ustaz Azhari Abd Sagap, yang dipanggil semula hari ini untuk memberi keterangan dalam inkues Zara, telah mengejutkan Mahkamah.

Menurut Azhari, kertas berkenaan telah diserahkan kepadanya oleh pelajar yang dikenali sebagai Pelajar D, selepas ia ditemui tergantung di pagar koridor sekolah semasa aktiviti gotong-royong.

Azhari turut menjelaskan bahawa kertas itu ditemui sebelum kejadian berlaku, iaitu ketika aktiviti gotong-royong diadakan dan kertas berkenaan telah diserahkan kepada pihak polis pada minggu berikutnya selepas menerimanya daripada Pelajar D.

Susulan pendedahan tersebut, Koroner Amir Shah Amir Hassan menangguhkan prosiding inkues ke esok hari dan menyuarakan harapan agar tiada lagi kejutan baharu dalam prosiding berkenaan.

“Saya mahu semua dokumen dicetak. Pastikan ini adalah kejutan terakhir. Satu demi satu keluar jadi mnta semua dokumen dikemukakan supaya semua pihak mempunyai masa mencukupi untuk membaca… Untuk berlaku adil inkues ini disambung esok,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2026/01/22/zara-qairina-inquest-court-stunned-as-witness-reveals-new-note-coroner-cautions-no-more-surprises/206311

Zara Qairina inquest: Court stunned as witness reveals new note, coroner cautions ‘no more surprises’

KOTA KINABALU, Jan 22 — A recalled witness, who was formerly dormitory chief warden at the late Zara Qairina Mahathir’s school, revealed new evidence at the Coroner’s Court here, namely a piece of paper with something written about Zara found prior to the incident.

Azhari Abd Sagap surprised everyone in the courtroom when he testified before coroner Amir Shah Amir Hassan regarding items he surrendered to the police.

Counsel Shahlan Jufri asked for confirmation that Azhari had given to police several items, including written statements of students, Zara’s alleged diary, room plan, and a piece of paper found by a student.

“Yes, I also gave police a piece of paper which was surrendered to me by Student D, found at the corridor fence during a gotong-royong at the school,” said Azhari when asked to explain.

He testified that the piece of paper contained the words, ‘Zara Qai A35 sok badar terpaling mahu jaga Form 1 solat, tahu la mahu jadi badar, bodoh, lepas itu alasan kak Dayang suruh’ (Zara Qai A35 thinks she’s a prefect to look after Form One performing prayers, stupid, after that giving excuse she was ordered by kak Dayang).

Azhari further testified that he gave the paper to the police a week after Student D gave it to him.

Following the revelation of new evidence, coroner Amir Shah put off the inquest until tomorrow, saying he hoped “this will be the last surprise” for parties in the inquest.

“I want it to be printed out. Make sure no more surprises after this,” he said. — The Borneo Post
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2026/01/22/zara-qairina-ada-problem-dengan-ibu-nenek-kata-saksi

Zara Qairina ada ‘problem’ dengan ibu, nenek, kata saksi

PETALING JAYA: Bekas ketua warden, Azhari Abdul Sagap, berkata Zara Qairina Mahathir mempunyai konflik dengan ibu dan neneknya, merujuk tangkap layar perbualan dalam aplikasi WhatsApp.

Saksi kelapan itu dipanggil semula memberi keterangan, memaklumkan perkara itu ketika diminta oleh peguam, Shahlan Jufri, menjelaskan lebih lanjut berhubung salah satu dokumen didedahkannya dan ditandakan sebagai bahan eksibit.

Dalam inkues kematian Zara, Azhari menceritakan apa yang berlaku sebelum dan selepas perbualan WhatsApp antara seorang guru warden dan ibu kepada salah seorang pelajar yang didakwa dalam kes pelajar itu, selepas tangkap layar perbualan tersebut dikongsikan kepadanya.

“Cikgu Dayang Hazirah ada cerita pada perjumpaan pagi 17 Julai itu, dia beritahu ibu pelajar A pernah chat dia, beritahu Zara yang cantik itu ada ‘problem’ dengan ibu dan neneknya.

“Lepas itu, pelajar A beritahu pernah satu minggu emaknya datang, dia buat tidak tahu saja dengan mak dia. Berjam dia tunggu, emak dia tunggu di bawah. Dia (Zara) di atas memaki hamun mak dan nenek dia.

“Last-last, dia tidak tahan, mak dia naik dorm dan marah si Zara. Itu pada 12 Mac, masa itu awal lagi masih beberapa minggu mereka masuk (sekolah). Maksudnya ibu pelajar A ini tahu yang Zara memang ada konflik atau ‘problem’ dengan ibunya,” katanya menurut Sinar Harian di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu.

Namun, Azhari memaklumkan tidak ingat tarikh tepat tangkap layar perbualan itu dikongsikan kepadanya, namun mengetahui mengenai perkara tersebut semasa satu mesyuarat diadakan di sekolah susulan kejadian menimpa Zara.

Dia kemudiannya diminta menjelaskan punca guru warden terbabit berkongsi tangkap layar perbualan tersebut dengannya.

“Sebab pada 17 hari bulan itu, ada gambar dalam diari ‘kenapa hidup saya begini’…’Kenapa hidup’, dia (ayat itu) menunjukkan Zara ada masalah dalam diari itu dan Cikgu Dayang Hazirah keluarkan cerita yang 12 Mac ada chat ibu pelajar A yang Zara ada konflik dengan ibunya,” katanya.

Dalam pada itu, Shahlan mendapatkan pengesahan daripada saksi bahawa mesyuarat yang diadakan pada 17 Julai 2025 bukan sahaja membincangkan kronologi kejadian melibatkan Zara, malah turut menyentuh dakwaan konflik remaja itu dengan ibunya serta kewujudan gambar keratan diari.

“Mengenai chat ini, sewaktu di sekolah sebelum saya ke balai untuk bawa pelajar. Itulah masa itu (mesyuarat) dan Cikgu Dayang Hazirah juga warden,” katanya.

Shahlan bersama pasukannya mewakili ibu Zara, Noraidah Lamat, dengan prosiding didengar Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Zara disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai lalu selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi, 16 Julai.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/765057

Inkues Zara Qairina: Saksi dedah dokumen baharu di Mahkamah Koroner

KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner di sini pada Khamis diberitahu mengenai kewujudan satu lagi dokumen baharu apabila bekas ketua warden sebuah sekolah menengah agama di Papar memaklumkan bahawa beberapa helaian kertas yang diterimanya sebelum diserahkan kepada polis adalah berbeza daripada kenyataan bertulis lima pelajar yang direkodkan sebelum ini.

Saksi kelapan dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir yang dipanggil semula, Azhari Abdul Sagap mendedahkan perkara itu ketika menjawab soalan peguam, Shahlan Jufri berhubung dokumen yang diterimanya daripada guru disiplin sekolah berkenaan.

Menurut Azhari, selain helaian kertas yang diperolehnya selepas ditemui pelajar D, pelajar tersebut turut memaklumkan bahawa terdapat helaian kertas lain yang pernah ditunjukkan kepada mereka pada malam 15 Julai 2025.

"Pada hari itu, dia (pelajar D) ada cerita berkenaan kertas yang ditunjukkan pada mereka, pada malam 15 Julai itu semasa Zara dipanggil. Dia tidak ingat dan kertas itu tidak ada dengan mereka," katanya.

Azhari menjelaskan bahawa helaian kertas tersebut tidak berada dalam simpanan pelajar D, sebaliknya hanya diperolehnya kemudian daripada guru disiplin, Ustazah Syukriah.

"Saya tiada, saya dapatkan kemudian (dari Ustazah Syukriah).

"Saya sudah serahkan kalau tidak silap kepada Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kapayan yang original.

"Saya tidak ingat berapa helai cuma yang saya ada ambil gambar, ada scan, ada beberapa muka suratlah bukan satu helai," katanya ketika menjawab soalan peguam.

Ditanya sama ada helaian kertas yang diterimanya itu sama dengan pengakuan bertulis lima pelajar, Azhari memaklumkan ia adalah dokumen yang berlainan.

"Tiada ada dalam pengakuan bertulis," katanya.

Susulan pendedahan dokumen baharu itu, Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan terpaksa menangguhkan prosiding selama setengah jam bagi membolehkan salinan bahan berkenaan dibuat sebelum diedarkan kepada pihak-pihak berkepentingan dalam inkues ini.

Sebelum itu, dalam prosiding inkues pada Rabu, Mahkamah Koroner turut didedahkan dengan beberapa dokumen lain apabila dua saksi yang dipanggil semula termasuk bekas pengetua, tampil mengemukakan bahan baharu berpotensi membantu prosiding inkues tersebut.

Shahlan bersama pasukannya mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat dalam inkues tersebut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2026 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.nst.com.my/amp/news/nation/2026/01/1362025/july-17-meeting-discussed-chronology-and-contents-zaras-diary

July 17 meeting discussed chronology and contents of Zara's diary

KOTA KINABALU: The Coroner's Court was told that a meeting at SMKA Tun Datu Mustapha had discussed the late Zara Qairina Mahathir's diary contents and a conversation between a school teacher and a parent.

On the 54th day of the Zara Qairina inquest this morning, witness Azhari Abdul Sagap told Coroner Amir Shah Amir Hassan details of a screenshot of a conversation between Student A's mother and school teacher, identified only as Cikgu Dg Azirah, which took place in March last year.

"At the meeting on July 17, Cikgu Dg Azirah said Student A's mother had stated that the pretty Zara had problems with her mother and grandmother.

"On July 17, pictures of 'Kenapa Hidup Saya…' (Why my life...) found in Zara's diary, which was shown during the meeting, indicated there was a problem," said the former school chief warden, adding that Student A's mother also alleged that Zara Qairina had used harsh words towards her mother, who had waited for hours at the school.

Amir and lawyer Shahlan Jufri sought clarification on whether both issues — the teacher-parent conversation and the discussion on the contents of the diary - were raised during the July 17 meeting.

The court had previously heard from two witnesses, including former school principal Shaharoom Hashim yesterday, who testified that only the chronology of events relating to Zara Qairina's incident was discussed during that meeting.

However, Azhari said the meeting, which was held before he went to the Papar district police station, had discussed not only the chronology but also the conversations and diary contents.

Earlier, the Coroner's Court also printed out another set of softcopy documents comprising notes, a private letter, WhatsApp screenshots and photographs.

Shahlan, who is representing Zara Qairina's family, said there were seven papers containing the phrases "saya sedih" (I'm sad), "assalamualaikum kawan" (Peace be upon you friend), "assalamualaikum kaka Thira" (Peace be upon you sister Thira), "Adeeb loves Zara", "surat privacy Adeeb" (Adeeb's privace letter), "kenapa awak nak sangat jadi badar" (Why do you want to be a prefect so much), and "calling BF di block A" (Calling BF in Block A), written on each page.

As for the WhatsApp screenshots, they involved conversations between a teacher and a parent, between teachers, as well as between a teacher and Azhari.

Yesterday, Azhari also informed the Coroner's Court that he had received from Student D a piece of paper with unknown handwriting indicating that Zara Qairina had acted like a "badar" (a prefect).

The witness testified that he received the paper from Student D, who had found it on a stair railing on the third floor of a dormitory on July 12.

However, the student only handed over the evidence on July 21 to Azhari, when police came to the dormitory to investigate Zara Qairina's death.

Students A and D are among five children charged over alleged bullying involving the then 13-year-old Zara Qairina last year.

On July 16, Zara Qairina was found unconscious on the ground floor of her dormitory at 2.50am and died the following day.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
up apa cite up next
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2026 09:27 PM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 22-1-2026 07:04 PM
https://sabahmedia.com/2026/01/21/lagi-pendedahan-baharu-dalam-inkues-zara-kejutkan-mahkamah/

Lagi  ...

Ada aktiviti gotong royong waktu A ikut Zara balik sipitang kan. Time ni ke kertas dijumpai? Pastu D serahkan pd warden lps jatuh @ sblm tu ek. Tk brp jelas.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2026 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 23-1-2026 09:27 PM
Ada aktiviti gotong royong waktu A ikut Zara balik sipitang kan. Time ni ke kertas dijumpai? Pastu ...

mungkin kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2026 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/inkues-zara-qairina-malam-15-julai-tegang-dan-menakutkan-saksi-556750?amp=1

Inkues Zara Qairina: Malam 15 Julai 'tegang' dan 'menakutkan' - Saksi

KOTA KINABALU: Seorang pelajar yang merupakan 'saksi mata' memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa pada malam 15 Julai 2025 keadaan di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha digambarkan sebagai 'tegang' dan 'menakutkan'.

Peguam Shahlan Jufri yang mewakili ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir iaitu Noraidah Lamat berkata saksi baharu itu berkata berlaku tiga kejadian pada malam berkenaan iaitu pertama Zara Qairina disoal siasat oleh dua pelajar senior mengenai kes kecurian sebelum disoal lagi oleh dua pelajar bersama seorang lagi pelajar senior.

"Kejadian ketiga ialah pelajar senior membacakan satu surat yang menyatakan Zara Qairina ingin menjadi Badar (pengawas Badan Dakwah dan Rohani). Ketiga-tiga kejadian itu berlaku antara 10 hingga 20 minit di bilik asrama," kata Shahlan kepada pemberita selepas prosiding inkues yang dijalankan secara tertutup di sini hari ini.

Shahlan berkata semasa kejadian, saksi juga memberitahu pelajar senior itu meminta penghuni bilik supaya 'jangan tengok, jangan pasang telinga' dan saksi juga berkata terdapat makian yang membuatkannya ketakutan.

Menjawab soalan Koroner Amir Shah Amir Hassan yang bertanya sekiranya perkara itu sering terjadi di asrama, saksi memberitahu memang berlaku beberapa kali tetapi yang lebih menakutkan saksi ialah kejadian pada malam 15 Julai itu.

Shahlan berkata seorang lagi saksi yang dipanggil semula iaitu seorang pelajar memberitahu mahkamah, dia ada menerima helaian nota berwarna kuning daripada Zara Qairina yang diselitkan pada buku yang tertulis 'bye kesayangan'.

Ketika ditanya maksud nota itu, saksi itu berkata Zara Qairina ingin memaklumkan bahawa dia akan ke musolla terlebih dahulu dan mereka berjumpa di tempat itu.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai tahun lepas, sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama SMKA Tun Datu Mustapha, di Papar pada kira-kira 4 pagi.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan polis.

Sebelum itu, AGC pada 8 Ogos lepas telah mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.

Prosiding inkues bersambung Isnin ini, bagaimanapun ia akan dijalankan secara tertutup kerana melibatkan saksi kanak-kanak.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2026 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2026/01/1500578/zara-qairina-didakwa-ada-konflik-dengan-ibu-nenek-peguam-berhasrat

Peguam berhasrat panggil ibu 'Pelajar A' jadi saksi inkues

KOTA KINABALU: Pasukan peguam yang mewakili seorang kanak-kanak dikenali sebagai 'Pelajar A', berhasrat memanggil ibunya untuk memberi keterangan dalam inkues kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Pelajar A adalah antara lima pelajar dituduh membuli arwah.

Peguam, Joan Goh, berkata prosiding semalam mendedahkan bahawa wanita itu mendakwa Zara Qairina mempunyai konflik dengan ibu dan neneknya.

Saksi kelapan inkues itu, Azhari Abd Sagap yang juga bekas ketua warden, dipanggil semula untuk memberi keterangan, semalam, dan memberitahu mahkamah bahawa ibu Pelajar A telah membuat dakwaan berkenaan dalam satu perbualan melalui WhatsApp dengan seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha.

"Kami berhasrat memanggil ibu anak guam sebagai saksi berikutan mesej teks terbabit yang pernah dihantar kepada warden (ketika itu) dan juga pada Mac tahun lalu kepada seorang guru.

"Setiap kali prosiding, anak guam saya ditemani oleh bapanya dan bukan ibu. Ini kerana ibu itu akan memberikan keterangan," katanya.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan masih belum pasti bila mahkamah akan memanggil saksi berkenaan.

Goh berkata demikian kepada pemberita selepas selesai prosiding hari ke-55 inkues, hari ini, di mana dua saksi kanak-kanak telah memberikan keterangan.

Selain itu, beliau berkata, pasukannya akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada ibu terbabit berhubung perbualan berkenaan.

Dalam pada itu, Goh memaklumkan bahawa sebelum waktu rehat tengah hari tadi, Koroner Amir Shah Amir Hassan menyatakan pemerhatian mahkamah mendapati guru-guru dilihat memiliki maklumat, dokumen atau ekshibit yang tidak didedahkan sebelum ini.

"Sepanjang prosiding berlangsung, dokumen dikemukakan satu per satu, selalunya hanya selepas diminta," katanya.

Mahkamah Koroner dijangka memanggil saksi kanak-kanak tambahan dan beberapa guru apabila prosiding inkues bersambung pada Isnin depan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2026 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
https://www.nst.com.my/amp/news/nation/2026/01/1363107/inquest-zara-qairinas-death-set-one-week-each-month

Inquest into Zara Qairina's death set for one week each month

KOTA KINABALU: The inquest into the death of Zara Qairina Mahathir is expected to be held for only one week each month.

Lawyer Shahlan Jufri said that next week's proceedings would take place on Monday, Tuesday and Friday, rather than all five weekdays.

"In February, there will only be one week of proceedings from Feb 2 to Feb 6. By right, the inquest is supposed to continue until Feb 13. For the following months — March and April — it will also be one week each month until the inquest is completed," he told the media after the 55th day of the inquest concluded with testimony from two child witnesses.

Shahlan, who represents Zara's mother, said his team had requested that coroner Amir Shah Amir Hassan arrange a visit to SMKA Tun Datu Mustapha, where Zara was found unconscious on the ground floor of the school dormitory.

However, he added that a date for the revisit had yet to be fixed as it needed to be discussed with other parties.

The Coroner's Court, which included expert witnesses such as pathologist Dr Jessie Hiu and crime investigation officer Inspector Maidon Bernadus, previously visited the scene on Sept 11.

The inquest, which began on Sept 3 last year following Zara's death on July 17, has called 58 witnesses to date. It was previously reported that more than 60 witnesses are on the list. Lawyers have stated that additional witnesses may be called following further developments from existing testimony.

The proceedings took a month-long break last month to accommodate a court trial involving five students accused of bullying Zara, year-end holidays, and the opening of the 2026 Legal Year.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2026 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg iols muskil kenapa la x de black & white lporan kejadian mlm tu,hanya lisan dan menerusi what:s app je
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2026 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 22-1-2026 07:04 PM
https://sabahmedia.com/2026/01/21/lagi-pendedahan-baharu-dalam-inkues-zara-kejutkan-mahkamah/

Lagi  ...

Kak D ni Dayang kah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2026 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 24-1-2026 11:54 AM
https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2026/01/1500578/zara-qairina-didakwa-ada-konflik-deng ...

Elok sgt la panggil mak si A ni sbb si A kuat ngadu ngn mak dia kalau ada apa² hal dkat dorm. Lps tu mak si A ngadu dkt cikgu pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2026 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
hart_attack replied at 24-1-2026 12:44 PM
Kak D ni Dayang kah?

tak tau la

dlm isu kematian adik zara ni, saya cuma ikuti je berita dgn label2 sbg pelajar a, b, c, d, e
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2026 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 22-1-2026 07:18 PM
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2026/01/22/zara-qairina-ada-problem-denga ...

bwh ni laporan drpd sabahmedia.com

https://sabahmedia.com/2026/01/22/inkues-zara-wujud-kemungkinan-konflik-zara-dengan-ibu-dan-nenek/

Inkues Zara: Wujud kemungkinan konflik Zara dengan ibu dan nenek

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini mendengar kemungkinan bahawa Zara Qairina Mahathir mempunyai konflik dengan ibu dan neneknya.

Ustaz Azhari Abd Sagap, yang dipanggil semula sebagai saksi (deponent), berkata seorang guru, Cikgu Dayang Azira telah berkongsi perbualannya dengan ibu Pelajar A susulan isu membabitkan kandungan dua muka surat diari Zara yang dibangkitkan.

Pelajar A merupakan salah seorang daripada lima remaja yang berdepan pertuduhan mencela Zara di Mahkamah Kanak-Kanak.

Azhari berkata, dalam perbualan tersebut, Dayang dimaklumkan oleh ibu Pelajar A bahawa ibu Zara pernah datang bertemu Zara, namun Zara dikatakan berpura-pura tidak mengenalinya.

Menurutnya, ibu Pelajar A turut memberitahu bahawa ibu Zara menunggu selama beberapa jam sebelum Zara didakwa menghamburkan kata-kata kesat terhadap ibu dan neneknya, menyebabkan ibunya tidak tahan dengan perkara itu.

Menjawab soalan peguam Shahlan Jufri, Azhari berkata beliau tidak mengingati bila tangkapan layar (screenshot) perbualan tersebut dikongsikan kepadanya, namun Dayang memaklumkan perkara itu pada pagi 17 Julai, sebelum beliau membawa seorang pelajar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Papar untuk merakamkan kenyataan

Azhari turut memaklumkan bahawa perbualan antara Dayang dan ibu Pelajar A dikongsikan kepadanya oleh Dayang susulan diari Zara yang ada tertulis frasa “kenapa hidup saya begini,” seolah-olah menunjukkan Zara sedang menghadapi masalah.

“Berkenaan chat Dayang Azirah, kenapa dia share dengan saya sebab saya ada bertanya ada lagikah yang dikatakan oleh ibu Pelajar A,” katanya.

Azhari turut menjelaskan bahawa dua muka surat diari tersebut tidak dikongsikan dalam mesyuarat, namun Cikgu Yuslina telah menghantarnya kepadanya dalam bentuk imej pada 17 Julai.

Menjawab soalan lain, Azhari berkata Cikgu Yuslina hanya membuat kesimpulan  secara ringkas berkenaan dua muka surat tentang masalah hidup Zara.

Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di asrama SMKA Tun Datu Mustapha sekitar jam 3 pagi pada 16 Julai lalu dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, di sini.

Pasukan peguam yang mewakili ibu Zara, Noraidah Lamat, ialah Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.

Peguam bagi bapa Zara, Mahathir Mohd Hashim, ialah Sherzali Herza Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.

Peguam bagi saksi kanak-kanak pertama ialah Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan, manakala peguam bagi saksi kanak-kanak kedua hingga keempat ialah Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Sylvester Kuan.

Pasukan pegawai pengendali terdiri daripada Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah, serta Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S. Sawayan dan Dacia Jane Romanus.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2026 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
https://sabahmedia.com/2026/01/23/inkues-zara-jangan-tengok-jangan-pasang-telinga-saksi-mata/

Inkues Zara: “Jangan tengok, jangan pasang telinga” – Saksi mata

KOTA KINABALU: Seorang saksi kanak-kanak memberitahu mahkamah bahawa suasana tegang semasa Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir disoal siasat berhubung tuduhan kecurian oleh sekurang-kurangnya tiga pelajar senior.

Menurut peguam Shahlan Jufri, saksi mata ini juga diarahkan untuk “jangan tengok” dan “jangan pasang telinga”.

Katanya, saksi baru ini merupakan salah seorang pelajar yang telah memberi keterangan bertulis mengenai kejadian malam sebelum insiden berlaku.

Saksi mata ini dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan selepas pendedahan keterangan bertulis pelajar oleh seorang saksi pada pendengaran inkues lalu.

Shahlan, yang mewakili ibu Zara, Noraidah Lamat, menjelaskan bahawa soal siasat pertama melibatkan Zara disoal oleh dua pelajar senior berhubung tuduhan kecurian, manakala soal siasat kedua melibatkan Zara disoal oleh pelajar senior yang sama dan seorang lagi pelajar senior berhubung tuduhan kecurian.

Selain daripada dua soal siasat itu, seorang pelajar senior turut membacakan surat yang ditulis Zara, yang menyatakan hasratnya untuk menjadi pengawas.

“Semasa kejadian dalam dorm itu, terdapat pelajar senior bercakap dengan dorm saksi, jangan tengok, jangan pasang telinga… Saksi ada mengatakan, seperti yang sebelum ini, ada makian dikeluarkan dan saksi juga merasa ketakutan.”

Menurut Shahlan, setelah diarahkan tidak melihat, saksi mematuhi arahan kerana takut dimarahi.

Shahlan menambah bahawa kedua-dua soal siasat itu berlangsung sekurang-kurangnya 20 minit, manakala bacaan surat oleh Zara mengenai hasrat menjadi pengawas berlangsung 10 hingga 20 minit.

“Koroner juga mengambil kesempatan menyoal saksi baru ini tentang keadaan pada masa itu, dan saksi berkata suasananya tegang. Apabila ditanya sekiranya perkara sebegini selalu berlaku di sekolah, saksi berkata ‘ada, juga beberapa kali’.”

“Koroner bertanya, yang mana lebih menakutkan, kejadian sebelum-sebelum ini ataupun kes Zara? Mengikut saksi, kes Zara ini yang lebih menakutkan bagi dia pada masa itu,” kata beliau.

Prosiding inkues akan bersambung semula secara tertutup pada hari Isnin 26 Januari
dengan panggilan beberapa saksi kanak-kanak. Mahkamah akan bersidang untuk tiga hari sahaja pada minggu depan iaitu Isnin, Selasa dan Jumaat.

Pada bulan Februari, Mahkamah juga akan bersidang pada minggu pertama iaitu 2 Februari
hingga 6 Februari.

Tarikh-tarikh prosiding seterusnya akan ditetapkan pada masa terdekat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2026 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
https://sabahmedia.com/2026/01/22/ketua-warden-akui-ibu-zara-patut-tahu-apa-berlaku-terhadap-anaknya/

Ketua Warden akui Ibu Zara patut tahu apa berlaku terhadap anaknya

KOTA KINABALU: Ketua Warden SMKA Tun Datu Mustapha, Ustaz Azhari Abd Sagap, mengakui ibu Zara Qairina Mahathir sepatutnya diberitahu mengenai apa yang berlaku pada malam sebelum anaknya ditemui tidak sedarkan diri di bawah asrama.

Azhari mengakui perkara itu ketika menjawab soalan peguam Shahlan Jufri, yang bertanya sama ada ibu Zara berhak mendapat maklumat berhubung kejadian tersebut.

Shahlan: Kenapa tiada langsung atau sedikit pun maklumat diberitahu kepada ibu Zara?

Azhari: Pada 16 Julai 2025, saya bertemu ibu Zara tetapi pada waktu itu, saya masih tidak tahu apa-apa. Pada 17 Julai 2025, saya sudah memaklumkan kepada pihak polis, ibu Zara telah membuat laporan polis dan beliau boleh mendapatkan maklumat daripada polis.

Shahlan: Sebagai seorang guru yang mempunyai anak, ibu Zara berhak sekurang-kurangnya mengetahui apa yang berlaku ke atas anaknya. Adakah cikgu rasa ibu Zara patut tahu apa yang berlaku malam itu?

Azhari: Patut, beliau sepatutnya tahu.

Shahlan: Tetapi tiada siapa pun memberitahunya?

Azhari: Apa yang berlaku malam itu, saya tidak memberitahunya.

Menjawab soalan lain, Azhari memberitahu koroner bahawa beliau berasa terganggu secara peribadi dengan kecaman yang diterimanya.

“Saya cerita diri saya sendiri, apabila saya bangun pada jam 3 pagi, badan saya akan bergegar, itu sebelum dikecam. Selepas dikecam lagilah… Saya ada temujanji di hospital, dan itulah yang saya alami walaupun telah membantu pihak polis dalam kes ini,” katanya sambil menambah bukan dirinya sahaja, sesiapa yang tidak berpihak kepada ibu Zara akan dikecam.

Shahlan: Kecaman itu berlaku secara dalam talian, bukan bersemuka. Kenapa cikgu rasa tertekan?

Azhari: Saya tidak dapat pulang ke kampung halaman dalam keadaan normal.

Shahlan: Sebagai ketua warden asrama ketika itu, cikgu tahu apa yang berlaku kepada Zara sebelum beliau ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama. Adakah cikgu rasa Zara mengalami perkara yang sama seperti yang cikgu rasa?

Azhari: Malam itu, Zara hanya ditanya sama ada beliau mencuri atau tidak.

Shahlan: Bagaimana cara soalan itu diajukan kepada Zara?

Azhari: Beliau ditanya sama ada mencuri atau tidak, tetapi tidak mengaku. Tiada keganasan berlaku.

Shahlan: Tuduhan itu terlalu berat bagi seorang pelajar perempuan yang baru masuk sekolah menengah?

Azhari: Jika ia tuduhan mencuri, memang berat kerana ia melibatkan mengambil hak orang lain tanpa izin.

Shahlan: Jadi cikgu rasa Zara tidak patut berasa tertekan?

Azhari: Mungkin ada sebab lain yang menyebabkan Zara berasa tertekan.

Menjawab lanjut soalan Shahlan, Azhari berkata tuduhan mencuri itu mungkin menjadi punca tekanan kepada Zara.

Ditanya oleh peguam Joan Goh, Azhari menjelaskan bahawa beliau dikatakan tidak berpihak kepada ibu Zara kerana menyampaikan perkara yang benar.

Sebagai contoh, beliau memberi keterangan bahawa beliau tidak melihat ibu Zara menangis ketika berada di kecemasan, namun itulah kenyataan sebenar. Perkara itu menimbulkan kecaman terhadapnya kerana orang tidak dapat menerima keterangan tersebut.

Selain itu, menurut Azhari berkata beliau tidak pasti sama ada Zara pernah dipanggil untuk ditanya mengenai kemungkinan konflik dengan ibu dan neneknya, kerana cjat tentang perkara itu hanya diketahuinya selepas kejadian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 08:26 PM GMT+8 , Processed in 2.305379 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list