CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Arwah Zara Qairina pernah mengadu diugut Kak M, nak ‘touch’ sampai berdarah

[Copy link]
Post time 4-12-2025 05:25 AM From the mobile phone | Show all posts
sbg cgu skolah, kita cuma nk bg tau tkde cgu yg ndak jd warden. semua tu paksaan.
berat tgjwb warden ni.
selalu yg dipilih, cgu bujang sbb kurang komitmen tp nnti disalahkan sbb tk pernah punya anak. tkde pengalaman urus anak.
tu sbb di skolah ni nk pilih warden, cabut undi. kalau terjadi apa² dlm kontrak 2 thn tu. ada borang kena isi sbb ko dpt elaun RM240/bulan. kpd Allah swt saja lah kita berdoa moga semua baik² dlm 2 thn tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2025 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by hart_attack at 4-12-2025 01:00 PM

Ringkasan AI

Saksi ke-53 percaya Zara Qairina mungkin terganggu oleh makian dari pelajar A bukannya pelajar E

Nur Shukriah, guru di sekolah Zara Qairina, tiada bukti bertulis hanya keterangan lisan dari pelajar lain.

Keterangan menunjukkan Zara Qairina emosi terganggu setelah dimarahi dan dikepung oleh pelajar senior

Pendapat Nur Shukriah berdasarkan cerita pelajar yang mendengar makian pelajar A kepada Zara Qairina

Keterangan pelajar yang memberi maklumat tentang makian pelajar A tidak direkodkan secara bertulis oleh sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2025 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ringkasan AI

AGC membantah permohonan NGO untuk membatalkan prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir, disebabkan pemohon tidak mempunyai locus standi.

Proses inkues sedang berlangsung dengan 56 saksi telah memberi keterangan; tarikh akhir hujahan dan jawapan ditetapkan pada Januari.

NGO memohon agar inkues dibatalkan, Ordinan 1959 digunakan, dan hak-hak perlembagaan Sabah disahkan, walaupun tidak hadir semasa sebutan mahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2025 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ringkasan AI

Budaya ragging wujud di SMKA Tun Datu Mustapha, diakui oleh guru disiplin dalam prosiding inkues kematian pelajar Zara Qairina Mahathir.

Pengakuan menunjukkan kes serius Zara Qairina merupakan insiden terberat yang pernah berlaku di sekolah tersebut.

Kes ragging melibatkan pelajar lelaki dengan tugasan ringan seperti mengambil air atau menggosok baju; hukuman rotan yang pernah dilaksanakan kini tiada lagi namun masih dianggap patut.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2025 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by hart_attack at 4-12-2025 03:06 PM


Inkues Zara Qairina: Bapa beremosi semasa doktor cabut bantuan pernafasan

KOTA KINABALU - [KEMAS KINI] Saksi ke-53 dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa bapa pelajar tersebut kelihatan beremosi ketika meminta anaknya bangun semasa berada di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Nur Shukriah Mohd Fauzi, yang juga Guru Disiplin di sekolah Allahyarhamah, berkata demikian ketika diminta merujuk kepada penyataan saksinya sebelum ini yang menyebut bahawa semasa di hospital, ibu pelajar itu tidak berada di wad ketika seorang doktor meminta izin mencabut bantuan pernafasan.

Peguam yang mewakili bapa Zara Qairina, Clarice Vyonne Conrad, kemudian bertanyakan kepada saksi sama ada beliau mendengar bapa pelajar itu berkata apa-apa.

"Ketika itu ayahnya nampak sangat emosilah. Seingat saya masa kami sampai, ayahnya berada di hujung dinding, penjuru dinding bilik.

"Tapi bila doktor cakap nak cabut oksigen, ayahnya datang ke tepi katil itu macam ada emosi sikit macam berkata, Zara bangun Zara macam itulah lebih kurang," katanya semasa memberikan keterangannya di sini pada Khamis.

Ditanya sama ada ibu Zara Qairina ada berkata apa-apa pada ketika itu, saksi merujuk kembali kepada penyataan yang ditulisnya sebelum ini bahawa wanita berkenaan reda dengan pemergian anaknya.


"Macam saya tulis dalam inilah, mama reda, Zara nak pergi, Zara anak manja mama, Zara anak yang baik," katanya.

Sebelum itu, saksi turut diminta pendapatnya sebagai seorang guru disiplin sejak 2021, adakah dalam kalangan pelajar tersebut membuat kesalahan disiplin pada malam 15 Julai lalu sebelum Zara Qairina ditemui di aras bawah asrama.

"Kami dapat kenal pasti tiga kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar ini, yang pertama membuat siasatan tanpa izin warden, yang kedua membuat perjumpaan tapa izin warden dan yang ketika mengeluarkan kata-kata cacian," jelasnya.



ADVERTISEMENT



"Seperti mana yang saya cakap semalam (Rabu), yang saya tahu ada dua orang yang melakukan dan mengeluarkan kata-kata cacian ini dan secara peribadi tidak tahu pelajar yang mana satu yang memberi kesan kepada Arwah Zara," katanya.

Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan peguam yang merujuk dengan eksibit di mahkamah, bahawa buli adalah perbuatan oleh seorang atau beberapa orang yang menggunakan kekuatan atau kekerasan untuk menakutkan, mengganggu, menghina atau menyakitkan orang lain melalui pelbagai kaedah sama ada secara fizikal, menta emosi yang mengakibatkan kecederaan fizikal atau gangguan emosi kepada mangsa.


Sebelum itu, Clarice Vyonne bersama rakan sepasukannya, Sherzali Asli dan Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip mewakili Mahathir Hashim sebagai pihak berkepentingan dalam inkues tersebut.

Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di HQE pada keesokan harinya.

Ringkasan AI

KOTA KINABALU - Saksi ke-53 dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir melaporkan bapa pelajar itu beremosi di Hospital Queen Elizabeth.

Semasa di hospital, ibu pelajar tidak berada di wad ketika doktor minta izin mencabut bantuan pernafasan
Peguam yang mewakili bapa Zara bertanyakan saksi mengenai apa yang bapa pelajar itu katakan
Ayah Zara terlihat sangat emosi dan berkata, "Zara bangun Zara" ketika doktor menyatakan akan mencabut bantuan oksigen

Ibu Zara reda dengan pemergian anaknya, menyifatkan Zara sebagai anak yang manja dan baik
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2025 09:44 PM | Show all posts
Saksi ke-55 : Pn. Nor Asimah
- Ajar English (form 1,4 & 5)
- Dilantik JPN sbg warden asrama seja 25/1/2021
- Pegang Unit Kebersihan . Warden bertugas ikut buku panduan MYSG.
- tk kenal Zara secara peribadi & tk pnh bersemuka

Mlm 15/7
- dimaklumkan awal pg 16/7 oleh KW.
- ketika tiba , lihat zara terbaring antara rumah warden & pagar. Masih bernafas , dgn darah di kaki & tulang kaki kiri tertonjol.
- Dlm ambulan , nmpk Zara mengalir air mata 2 kali , kaki masih berdarah.
- Tiba di Hospital Queen Elizabeth pukul 5.40 pg , dan berada disana hingga 1 ptg.
- tak tahu apa berlaku pd 15/7. Waktu mama zara dtg ke hospital, saksi tak ada.

Operasi Asrama
- terlibat rutin harian umum "lights off" , jam 11 mlm , melalui mesin intercom. Mesin intercom ada di bilik tv , blok asrama lelaki & bilik isolasi di asrama perempuan. Slps tu , warden biasanya balik rumah utk rehat/tidur.
- rondaan atas budi bicara warden bertugas , bukan rutin wajib setiap mlm.
- lps kelas prep (10-11 mlm) , warden lazim pantau pelajar sakit & buat catatan.
- Buku warna hijau (size A4) digunakan utk rekod disiplin , kebersihan & kebenaran keluar asrama.
- Wujud budaya "jual beli" diantara warden sekiranya deyols tak dpt bertugas
- tk pasti jika hal itu berlaku pd mlm kejadian , tp warden bertugas CIkgu Addorie ada di skola pd mlm tu.

- Tahu ada bbrp siri siasatan oleh Unit Disiplin tp saksi tak tahu hasilnya. Saksi bukan ahli Unit disiplin
- Tahu ada mesyuarat tergempar pd 17/7 , melalui group sekolah ,  tp saksi tak terlibat secara langsung.
- tak hadir apa2 mesyuarat sbb dh ada kt KL sejak 17/7 - 20/7. Sheols bercuti & ada urusan peribadi di sana. Juga dh dpt kelulusan cuti awal.

isu Diari Zara
- akui terima scan kandungan diari(bentuk pdf) drp cikgu Yuslina pd 17/7, pukul 2.27 pm , waktu ada kt KL
- Ada msg cikgu Yuslina akan perlukan pdf tu tp tak sempat buka sbb bz kat sana.
- tk pasti sbb cikgu Yuslina kongsi scan tu . Arahan skolah menyatakan sbrg maklumat kes zara mesti melalui pentadbiran.
- 18/8 , cikgu Yuslina padam fail tu tu (yg dishare kat wasap)
- slps KW dpt arahan polis pd 17/7 utk tak kongsi diari  , saksi juga tidak membalas permohonan Mama Zara dptkan bahan buku diari tsbt.

interaksi dgn mama Zara
- pg 16/7 , ketika berada di hospital , ada perbualan dgn mama Zara yg bertanyakan samaada pihak sekolah boleh bantu dptkan diari2 arwah. Mama zara ingin membaca dan menyiasat siapakah yg mengganggu Zara selama ini krn buku tu rutin harian arwah.
- Ada tunjuk gambar cover  buku warna hijau & ungu , yg dijumpai cikgu miswati , pd mama Zara di hospital.
- Ptg 16/7 , mama zara hubungi utk bertanya ttg buku2 tersebut. Saksi tak simpan buku2 tu dan minta mama Zara hubungi PK HEM.
- Dpt msg drp mama Zara , bertanya lebih lanjut ttg diari , tp saksi tak membalas & memaklumkan apa2 ttg scan diari.
- tak dpt hubungi mama Zara slps tu krn nombornya diblock.

- 22/7 , saksi bersama pihak sekolah lawat rumah mama Zara utk mohon maaf. Mama Zara tidak minta apa2 buku @ salinan kelika itu.
- PK HEM yg byk bercakap & saksi ada dgr sheols memohon maaf.
- pihak sekolah serah sumbangan. Saksi tak tahu berapa tp dimaklumkan adalah sbyk rm600.

Wasap Group Guru
- bincang insiden pelajar sr jumpa zara mlm 15/7
- keadaan mental zara & berita tular ttg kandungan diari
- reaksi guru thdp makian zara kat mama.
- saksi bbrp kali enggan menjawab soalan peguam mengenai perincian perbincangan tsbt.

Buli
- saksi berpendapat buli sbg perbuatan @ percakapan yg dilakukan utk menyakiti mangsa secara berulang2. Klo cuma sekali tak boleh dianggap buli.
- sering dengar definisi itu dari radio sabah.fm
- definisi yg dikeluarkan KPM & maklumat radio tempatan adalah betul & boleh dijadikan rujukan.
- utk kes ejek , saksi lazimnya hanya minta pengakuan , beri nasihat & hubungi ibu bapa pelajar terbabit.
- apabila dirujuk SOP sekolah yg memerlukan saksi merujuk terus ke Unit DIsiplin , saksi menyatakan itu cuma respon awal & bukannya satu kesalahan.
- tak pasti wujud kes buli pelajar lelaki , & setuju maklumat hasil siasatan dalaman ada dipanjangkan ke PK HEM.

- Baju dipakai zara pd mlm kejadian adalah Tshirt Sukan Biru Putih , diserahkan kpd saksi oleh kaunselor JPN , dan diserahkan kpd sepupu zara di Hospital.
- hanya berperanan teman zara ke hospital & tak terlibat dlm apa2 susulan slps itu.

https://www.facebook.com/photo?fbid=4058664114463911&set=pcb.4058664374463885
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2025 09:58 PM | Show all posts
asfaz replied at 3-12-2025 07:01 PM
banyak tertinggal.. nanti free ai baca beklog.
A dari semua yg kita baca sebelum ni nmpak pemula m ...

Loyer sheols katanya bukan calang2 kan. Kita tgk je la bicara kes mencela tu nanti . Saling melondeh kah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2025 10:40 PM | Show all posts
Saksi ke 56 - Pn Muliati
- Guru sejarah (form 2,4 & 5 )
- Setiausaha Unit Disiplin sejak 2024.
- Kenal Zara sbb aduan kes Gangguan seksual dulu.  Kes ni buat sheols biasa dgn Zara.

- 17/7 , 12.45 t/hari dtg melawat kat hospital. Ibu Zara tiada sbb pergi ke Balai Polis.
- dgr family Zara nk segerakan pengebumian pd mlm tu
- doc nk cabut bantuan pernafasan tp tunggu ibu Zara dulu.
- tak beri apa2 maklumat siasatan dalaman pd ibu zara waktu kt sepital

Unit Disiplin
- tidak mempunyai ketua penyiasat yg khusus
- Setiap siasatan dibuat melalui perbincangan & keputusan bersama
- SOP yg diguna GP Buli @ SOP 1 :3 : 7
- SOP 1 :3 : 7 = tempoh 1 hari terima aduan , 3 hari mula siasatan & 7 hari utk selesai kes berkaitan buli
- SOP ni terbatal lps polis ambil alih kes.
- siasatan 16/7 , 17/7 , 4/8 , 5/8 & 13/8
- 5/8 tertumpu kpd 2 pelajar sr (kes kak M) . Tiada siasatan lisan , pelajar disuruh tulis keterangan.
-13/8 , 2 pelajar sekali lg dipanggil. Deyols buat kenyataan bertulis mengenai isu body shaming melibatkan Zara. Pelajar A & Zara dikatakan menyindir kak C .

- 12/8 , sorg pelajar sr hubungi guru pelapor . Sorg lg pelajar sr telah nasihatkan pelajar tu utk melapor sbb tindakan memulau ssrg spt Zara juga adalah perbuatan buli.
- Guru pelapor minta pelajar tu tulis kenyataan tambahan dan diserahkan pd 13/8.

- sahkan Unit Disiplin tahu wujud sebuah perjumpaan di dorm. Libatkan 5 pelajar form 4 yg terakhir jumpa Zara.
- ada pelajar dgr sindiran antaranya "sok sok badar"

- Laporan ditulis berdasarkan apa yg guru pelapor sampaikan . SHeols hanya taip semula info.
- SOP mewajibkan ibu bapa dimaklumkan bila berlaku insiden disiplin. Namun saksi menyatakan ibu Zara tidak dimaklumkan mengenai hasil dapatan siasatan dalaman.
- Mama zara juga tidak dimaklumkan ttg salah laku , sindiran & spot check.
- alasannya sbb polis dh ambil alih kes.

- Tak serah hasil laporan dalaman kat polis sbb tak diminta.
- Pihak sekolah takde kewajipan serah siasatan dalaman kpd polis. Pekeliling SOP GP Buli & KPM hanya memerlukan bbrp dokumen khusus diserahkan. Ini termasuk rekod kehadiran , akademik & dokumen yg diminta polis dari masa ke semasa.

- pnh terima bbrp laporan disiplin yg lain . Ini termasuk kes pelajar jr (lelaki) diarah seterika pakaian sehingga lambat ke dorm.
- rentetan kes itu , ada laporan Ketua Dorm  tampar dan tendang pelajar jr. Pelajar2 yg terbabit tlh digantung sekolah.

baca penuh kat sini : https://www.facebook.com/photo?fbid=4059421061054883&set=pcb.4059421327721523


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2025 11:01 PM | Show all posts
No warden on duty night Zara Qairina found unconscious, inquest hears

Former school official testifies no paid warden was on duty when Zara Qairina was found unconscious, revealing issues with supervision appointments


KOTA KINABALU: No hostel warden was on duty the night a student was found unconscious at her school, a coroner’s inquest heard today.

Former senior assistant for Student Affairs Asni Marjan, 56, testified that the state-appointed warden was also not on duty that day.

He confirmed the school administration had appointed several teachers as unpaid hostel supervisors

A security guard previously testified she discovered the student after a alert and informed the head warden by phone.

Asni explained he monitored duties via a logbook but could not recall entries for the night of July 15.

He testified he did not go to the location after receiving a call from the head warden around 3.25 am on July 16.

Asni said he entrusted the warden to manage the situation and went directly to the hospital later.

“As I recall, I only went to the incident site on the third day,” he told the court.

He stated he focused on consoling the parents and met them nearly every day until his transfer.

https://thesun.my/news/malaysia-news/courts/no-warden-on-duty-night-zara-qairina-found-unconscious-inquest-hears/



Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 4-12-2025 11:01 PM
No warden on duty night Zara Qairina found unconscious, inquest hears

Former school official testif ...

Mmg x de wardenkan mlm tu,budak² tu dh tau. Sbb tu dorg berani. Kalau zara x jatuh,msti gunting tu jadi senjata
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 09:14 PM | Show all posts
hart_attack replied at 5-12-2025 06:46 PM
Mmg x de wardenkan mlm tu,budak² tu dh tau. Sbb tu dorg berani. Kalau zara x jatuh,msti gunting t ...

15/7 Cikgu Addorie bertugas kan. Sheols ckp ada ronda waktu prep mlm (15/7), lps tu balik ke kuarters . Esoknya pepagi lg nak kena bawa student gi KK utk pertandingan. Ikut citer saksi2 pula, aritu hujan lebat , prep tamat awal , warden suruh balik dorm. So lps tu tada siapa jaga la.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 09:18 PM | Show all posts
Guru sekolah Zara Qairina tertekan, takut keluar selepas 'diserang' netizen

KOTA KINABALU: Bekas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, hari ini memberitahu Mahkamah Koroner di sini guru sekolah berkenaan tertekan dan takut keluar ke mana-mana susulan 'serangan' netizen di media sosial berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir.

Asni Marjan, 56, berkata berikutan kecaman dan 'serangan' itu, beberapa guru memadam akaun Facebook masing-masing dan ada yang berasa takut untuk pergi ke pusat beli-belah, kedai dan pasar.

"Kami sudah lakukan yang terbaik. Dalam kalangan guru-guru, saya yang paling berusia di sekolah itu.

"Mereka memanggil saya 'bapa'. Saya berperanan untuk membelai jiwa mereka. Hari-hari mereka berhadapan dengan netizen. Saya sentiasa memberi motivasi kepada mereka. Saya tak pernah menangis depan mereka… di sini saya nangis," katanya sambil mengesat air mata.


Asni yang ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Papar sejak Oktober lalu, berkata netizen membuat tuduhan tidak berasas, liar dan berunsur fitnah terhadap guru-guru sekolah berkenaan.

Saksi ke-57 itu yang akan bersara pada Januari tahun hadapan itu berkata demikian ketika disoal peguam Shahlan Jufry yang mewakili ibu Zara Qairina, di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Shahlan: Tuduhan-tuduhan itu telah menyebabkan emosi cikgu dan guru-guru lain terganggu, selain membuat mereka berasa tertekan sehingga tidak mahu pergi ke pusat beli-belah atau ke kedai?

Asni: Betul

Shahan: Saya juga difahamkan ada pelajar yang tertekan kerana dilabelkan oleh netizen sebagai pembuli, malah ada individu yang menjerit 'pembuli' di luar kawasan sekolah. Betul, cikgu?

Asni: Betul

Shahlan: Cikgu, apa yang berlaku kepada Zara Qairina pada malam itu, adalah sama dengan apa yang cikgu dan rakan-rakan cikgu berhadapan, yang berbeza ialah netizen tidak berhadapan dengan pihak sekolah, tetapi Zara Qairina berhadapan dengan pelajar-pelajar senior pada malam itu. Lebih kurang sama kan, cikgu?

Asni: Saya tak pasti

Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di sini pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi 16 Julai.

Prosiding inkues bersambung. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/12/1481114/guru-sekolah-zara-qairina-tertekan-takut-keluar-selepas-diserang-netizen


Aritu setaz KW , harini setaz PK HEM pula menangis ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
berita 3 disember..

https://www.sinarharian.com.my/article/759196/berita/semasa/inkues-saksi-berpendapat-zara-qairina-terguris-dengan-kata-makian-pelajar-a

Inkues: Saksi berpendapat Zara Qairina terguris dengan kata makian pelajar A

KOTA KINABALU - Saksi ke-53 dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir berpendapat Allahyarham tidak terganggu akibat kata-kata makian daripada pelajar E, sebaliknya mungkin disebabkan kata-kata makian daripada pelajar A.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
inkues bersambung tahun depan, 21 januari
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 11:56 PM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 5-12-2025 11:43 PM
inkues bersambung tahun depan, 21 januari

Bg laluan kat kes mencela pula. Minggu dpn start,  ikut jadual 8 - 19 Dec .
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2025 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 5-12-2025 09:14 PM
15/7 Cikgu Addorie bertugas kan. Sheols ckp ada ronda waktu prep mlm (15/7), lps tu balik ke kuart ...

saya recap balik sikit sesi cikgu addorie francis

addorie francis - ajar sains, math.. jadi guru asrama (bukan warden) sejak feb 2025

tugas guru asrama - pantau kebersihan, urus pelajar sakit, pantau kelas prep malam

guru asrama tak dapat elaun spt warden

guru asrama pantau kelas prep 8-10 mlm...  kebiasaannya, pantau pelajar di blok kelas prep je... selepas prep, guru asrama akan balik ke rumah masing2.. sbg guru asrama, cikgu addorie tak pernah dpt arahan ronda pd waktu mlm...

15 julai.. tidak ada warden bertugas di blok asrama sebelum waktu masa tidur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2025 10:09 AM | Show all posts
Edited by borrow at 6-12-2025 10:10 AM
terma2nkondisi2 replied at 6-12-2025 12:31 AM
saya recap balik sikit sesi cikgu addorie francis

addorie francis - ajar sains, math.. jadi guru  ...

Deyols ada jadual bertugas kan. Dan pd malam tu , tugas cikgu Addorie. Sefaham ai takde nama lain dlm jadual. Klo tak mesti ada disebut. Tp cikgu Addorie ni pula cuma guru asrama , bukan warden lantikan JPN.


Dalam keterangannya, beliau bersetuju bahawa terdapat lima guru warden seperti yang tertera dalam jadual bertugas sebagaimana dirujuk kepadanya dan dua daripadanya iaitu Cikgu Addorie dan Cikgu Adzlee hanya guru asrama.
https://www.sinarharian.com.my/a ... pada-malam-kejadian




Jadual tugas pula disediakan oleh Ustaz Rezany. Waktu kejadian heols pen. Ketua Warden , skrg dh jd KW . Tp ustaz ni pun bukan warden lantikan JPN , heols tolak lantikan rasmi sbb tanak dpt elaun Warden , nanti elaun kediaman ditarik balik. Jejas pendapatan . Dlm court PK HEM akui perlantikan setaz rezany sbg KW tak sah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2025 10:57 AM | Show all posts
Saksi ke- 57 : Asnie bin Marjan
- PK HEM sejak Mac 2024 , ajar sejarah
- 16/10 , dipindahkan sbg Timbalan PPD Papar
- Pnh jd warden asrama sekolah SMK kinarut antara thn 1991-1996

Struktur skolah
- Pentadbir : Pengetua , PK Kurikulum , PK pentadbiran , PK form 6 & PKHEM.
- Lantikan Warden dibuat melalui mesyuarat pentadbir , then borang dihantar ke JPN utk proses semakan & pengesahan.
- Guru asrama punya skop tugas spt warden , cuma tak terima elaun & tak bertugas waktu hujung minggu. Semua pentadbir juga dianggap guru asram.
- Perlantikan guru asrama berdasarkan rasa tanggungjawab & kesanggupan guru tsbt , bukan paksaan. Ianya tak ikut garis panduan KPM dan dibuat utk bantu pengurusan asrama sekolah.
- tak igt cikgu Rezany punyai lantikan rasmi drp JPN. Tak pasti Warden boleh dilantik tanpa kelulusan JPN.


Pemantauan Asrama
- saksi tk pnh berbincang secara terperinci ttg penyediaan jadual tugasan warden.
- Pemantauan tugasan warden dibuat melalui buku laporan yg disediakan Penyelia asrama.
- Buku tu kompilasi kertas A4 yg terikat dijilitkan. Mengandungi catatan berkaitan pelajar sakit dan laporan semakan rutin warden.
- saksi semak buku ni sekali @ 2 kali seminggu.
- tak pasti bila bilik isolasi ting. bwh dijadikan dorm. Tak selalu pantau dorm dan serahkan kpd KW.
- sbrg petukaran dorm pelajar mesti melalui guru asrama @ warden.


insiden 15/7
- secara peribadi tak igt apa berlaku haritu.Tak tahu guru yg ditugaskan , cikgu addorie , mmg tak bertugas pd malam tu.
- 16/7 , 3.25 pg , dimaklumkan zara jatuh.
- tak berada di tmpt kejadian , kekal kat rumah. Beri kepercayaan kpd KW utk urus. Pastu  bergerak ke hospital slps ambulan bawa zara.
- hanya lawat lokasi kejadian lps 2-3 hari. Tiada kesan darah , lokasi telah dibersihkan.
- bermula 16/7 , masa dipenuhi dgn tugasan & tanggungjawab santuni ibu bapa pelajar2. Mereka byk bertanya kpd saksi mengenai hal ehwal pelajar , proses perpindahan skolah , perkembangan emosi & juga beri nasihat & motivasi kpd pihak skolah snd.

Siasatan Dalaman Unit Disiplin
- tak terlibat dlm siasatan , tak tahu terperinci.
- Dpt penerangan & rumusan secara lisan oleh cikgu syahadah (ttg hasil siasatan 16/7)
- masa prosiding inkues baru tahu Zara menangis masa perjumpaan mlm 15/7.
- tk pnh lihat laporan bertulis @ borang2 keterangan yg diambil pd 16/7 & 17/7.
- Fail siasatan lazimnya disimpan unit disiplin (UD). Tak bertanya lanjut sbb kekangan masa santuni ibu bapa pelajar.

- Tahu laporan siasatan UD tidak diserahkan kpd polis.
- bila ditanya siapa maklumkan , heols jwb tak pasti. Bila ditanya bagaimana tahu laporan tak diberi , saksi nyatakan laporan & keterangan berada di UD dan mmg disimpan di UD
- Ckp laporan akan diberi jika polis mohon. Bila ditanya acaner polis nk mohon klo tak tahu ia wujud , saksi jwb tak pasti.
- sahkan tiada arahan larang guru beri kenyataan kpd polis.


SOP
- siasatan berdasarkan SOP 1:3:7  keluaran KPM berkenaan aduan kes buli
- susulan siasatan dalaman UD , tak pasti samaada laporan Kes zara dikemaskini dlm Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) SSDM biasanya dikemaskini oleh UD , dan pengetua & PKHEM dpt akses kpd data tsbt.


Perjumpaan Ibu Zara
-
-


baca penuh di sini : https://www.facebook.com/photo?f ... cb.4061277380869251
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2025 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 5-12-2025 11:43 PM
inkues bersambung tahun depan, 21 januari

Sebulan jugak la tunggu inkues
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2025 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 4-12-2025 05:25 AM
sbg cgu skolah, kita cuma nk bg tau tkde cgu yg ndak jd warden. semua tu paksaan.
berat tgjwb warden ...

Skrg ni elaun warden dah naik 300. Ketua 350. 2 thn lps dh naik kalau tak silap. Betul kata cuols. Skrg ni mmg paksa rela dilantik jd warden. Iols pernah merasa. Harap lepas kejadian ni kpm do something lh nak tarik cg jd warden. Zmn skrg tak mcm dulu even kat rural school, cg yg tgl kt kpg bdekatan pun dh xsanggup nak jd warden mcm dulu2. Kalau iols jd deyols, iols sanggup - janji kat kpg. Selain dr cg bujang, yg takda anak n tinggal kat kuarters pun jadi mangsa dipaksa jd warden.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 08:26 PM GMT+8 , Processed in 3.010674 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list