|
|
Arwah Zara Qairina pernah mengadu diugut Kak M, nak ‘touch’ sampai berdarah
[Copy link]
|
|
|
goldden replied at 14-11-2025 06:24 AM
anak-anak den semua sekolah asrama. kdg2 hal budak2 ni kita kena tanya dgn kwn yg berlainan jantina. ...
Iya. Korek cerita dari budak2 jantan lagik best. Hapo takda selindung slamber jek spill tea. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Seorg budak baru berusia 13 tahun, tak pernah terjun dari tempat tinggi sebab takut dgn ketinggian cuba terjun pada malam hari tapi malangnya kite speku dia tergelincir semasa cuba turun semula dari tembok penghadang...
Kite speku disebabkan zq tiada pengalaman, dia tak tahu nak anggarkan jarak tembok penghadang dgn tanah yg berada kat bawah menyebabkan dia mgkn landing dgn kaki yg lurus (macam terjun dari kerusi)...
Kite juga speku bila kaki zq dah cecah tanah dia mgkn terjatuh tergolek disebabkan tulang2nya dah retak disebabkan impak jatuhan plus keberatan badan...pastu dia cuba bangun semula tetapi malangnya dia rebah semula ke bumi selama2nya...hat nie kite rasa ada tertgk cite apatah dolu2 dlm babak terjun bangunan pastu pelakon tuh masok hospital, terbaring dgn kakinya berbalut...
Sekian spekuan kite semata2..maaf.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by borrow at 14-11-2025 10:57 PM
Tak rasa A & Zq berpakat. Mcm betul2 dituduh. Sheols minta gunting , berjam2 kat toilet. Ni mcm minta dipujuk. Sbb toilet ada org keluar masuk. Boleh je nyorok tempat lain yg mmg betul2 sunyi. Mcm arwah betul2 rasa kesorangan . Pastu byk saksi ckp arwah ada tanya sedih tak klo sheols jatuh. Anak tunggal selalunya klo merajuk , tak lama nanti mak pujuk la. Ntahlah. A pula KW ckp dari awal persekolahan mak A dh byk kali report yg duit/brg sheols kena curi.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Psl jatuh tu , tringat loyer ada tanya , klo zara mendarat dgn kaki dulu , bukan ke arwah sepatutnya jerit kesakitan. Yg ni dr Jessie ckp tak tahu sbb sheols hanya periksa org yg dh meninggal.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pelajar yg cakap arwah zara terjun dari aras dua tu jadi salah seorg saksi ke dlm inkues ni? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
yg mana pulak ni? Rasanya saksi inkues semua ckp tak tahu @ takde nmpk stkt dgr speku je.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
borrow replied at 15-11-2025 10:46 AM
yg mana pulak ni? Rasanya saksi inkues semua ckp tak tahu @ takde nmpk stkt dgr speku je.
dormmate kepada saksi kanak2 ke 20 bagitau saksi yg arwah zara qairina 'terjun dari aras dua'.. tapi tak perasan pula samada dormmate saksi tu ada jadi salah seorg saksi bagi inkues ni ataupun tak
---
berita 23 okt..
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/10/1462493/inkues-zara-qairina-zara-terjun-dari-aras-2-banyak-darah-di-lantai
Saksi kanak-kanak ke-20 inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir itu memberitahu mahkamah, ketika mendengar perkara itu, dia baru bangun tidur kira-kira jam 4.30 pagi.
Menceritakan semula keterangan saksi, peguam Joan Goh berkata saksi menjelaskan bahawa dia tidak percaya arwah Zara Qairina sanggup berbuat demikian.
"Pada pagi 16 Julai 2025, lebih kurang jam 4.30 pagi, semasa saksi baru bangun tidur, seorang 'dormmate' saksi berbisik kepadanya, 'Zara terjun dari aras dua, banyak darah dia dekat lantai aras paling bawah'.
"Saksi menyatakan dia tidak percaya dan merasa tidak mungkin Zara sanggup buat begitu. Apabila saksi keluar dari 'dorm' ramai pelajar berdiri di kawasan koridor aras tiga, tapi saksi terus pergi mandi.
"Selesai mandi, saksi dapati 'dormmate' saksi masih lagi berada di dalam dorm dan bertanya balik apa yang dia cakap tadi kepada saksi. Kemudian, dia beritahu sekali lagi kepada saksi yang Zara sudah terjun dari aras dua ke aras paling bawah.
"Saksi masih tidak percaya, lalu menjenguk ke aras bawah dan dapat melihat kesan darah di tepi longkang. Dalam fikiran saksi, dia terfikir adakah Zara terjun dari aras dua ataupun dari aras tiga. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hart_attack replied at 13-11-2025 12:33 PM
Nnti meroyan lg netizen,ilos rasa cikgu yg kena panggil cikgu yg ambik diari zara tu,dia ada bacak ...
Kenapa dia ckp gitu? Bukan ke mmg cikgu dan pengetua akan dipanggil juga
Sah2 la dah sebut awal ada 60 lebih org saksi mestila saksi dah tau awal bkn sbb dipanggil bila nama kena petik kan |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
oo skk20 ni yg sakit perut & pergi ke tandas dgn skk21 mlm tu. Deyols berdua satu dorm tp Zara dorm lain. Ai tgk balik Skk21 pun ckp ada kwn bagitau zara terjun aras 2. Tp rasanya student yg ckp tu takde dipanggil. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ya...semua yg terlibat akan di panggil
mahkamah mesti dah bagi tahu dari awal
ada je komen yg terlebih ' cerdik'
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 15-11-2025 08:44 PM
Kenapa dia ckp gitu? Bukan ke mmg cikgu dan pengetua akan dipanggil juga
Sah2 la dah sebut awal ...
Ini fb indon,sheols ni folo ke inkues zara. News dh ckp pengetua dgn guru kena panggil utk bg keterangan. Apa yg dia x puas hati,yg kena panggil tu mmg saksi penting. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya zara punya timeline ni. Form1 dah kena pulau dgn kwn2 and seniors. Psychology yg memulau dan dipulau needs to be studied. Especially yg memulau. Awat dia rasa so superior utk memulaukan org? Dh rasa diri tu berkuasa sgt ke? This goes to school bullies as well. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hart_attack replied at 16-11-2025 07:15 AM
Ini fb indon,sheols ni folo ke inkues zara. News dh ckp pengetua dgn guru kena panggil utk bg kete ...
Oh indon ke? Naik kat feed kemain byk komen 1k semua pun komen yg sama mcm dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ledigugu replied at 16-11-2025 07:51 AM
Kesiannya zara punya timeline ni. Form1 dah kena pulau dgn kwn2 and seniors. Psychology yg memulau d ...
Satu lagi palau. Ini pun satu pembulian paling teruk org dewasa ramai wat gini
Sikit2 nak palau org, geram betul.
Iols drpd sekolah tak suka berkawan ikut geng biasanya cuba nak baik ngn semua orang. Nak bersifat neutral je sayangnya org neutral selalu jadi mangsa kena palau sbb tak dia tag team dgn mana2 geng jd bila geng2 ni nak buat event ke apa org neutral la yg akan tersisih dan dikecuali kan.
Iols dah muak ngn sikap gini sampai ke tua bangka ni pun tak berubah.
Iols ckp ngn anak2 jgn ada geng tertentu kat sekolah baik je ngn semua org.
Bila ada geng2 mula la nk buat menda nk kena ikut kawan, ha pastu kalau geng tu takda gi sekolah mulaa gelabah bila sorang2 diri je tp kalau berbaik ngn semua org tak select bagai takde masalah pun kalau kawan ni tak datang, nk mkn kat kantin pun boleh je ngan sesiapa.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 16-11-2025 05:33 PM
Oh indon ke? Naik kat feed kemain byk komen 1k semua pun komen yg sama mcm dia.
Sbb ada guna perkataan 'bisa' di situ. Indon pun folo jugak kes Zara ni. Ada guna inkues kesaksian kanak². Ayat tu mcm x betul. Iols rasa je la. Kot la org sabahan sana x tau
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hart_attack at 17-11-2025 06:05 PM
Guru dedah hanya satu kes buli dalam pengetahuannya
November 17, 2025
KOTA KINABALU: Seorang guru memaklumkan kepada Mahkamah Koroner bahawa hanya satu kes buli pernah diketahuinya sepanjang bertugas di SMKA Tun Mustapha, dan kejadian itu melibatkan pelajar di asrama Putera.
Addorie Francis, 25, berkata insiden tersebut adalah satu-satunya maklumat berkaitan buli yang pernah dimaklumkan kepadanya sepanjang berkhidmat sebagai guru dan guru asrama.
“Sepanjang saya bertugas, hanya satu isu buli yang saya tahu,” katanya ketika membaca kenyataan saksi pagi tadi di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Saksi ke-45 inkues kematian Zara Qairina menjelaskan lebih lanjut kes buli tersebut ketika ditanya oleh Pegawai Pengendali Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari.
Pegawai Pengendali: Apa kes buli yang kamu ketahui?
Saksi: Kes buli melibatkan pelajar Putera.
Pegawai Pengendali: Kamu tahu macam mana ceritanya?
Saksi: Tidak tahu secara terperinci tapi yang saya tahu tindakan gantung sekolah sudah dikeluarkan.
Terdahulu dalam kenyataan saksinya, Addorie, seorang guru sains dan matematik di SMKA Tun Datu Mustapha, Kinarut, sejak 13 Februari 2025, berkata beliau mengenali Zara sebagai muridnya dari Februari hingga 8 Julai 2025.
“Saya tidak pernah mendengar Zara Qairina mengadu tentang masalah persendirian atau konflik dengan sesiapa dan Zara juga tidak pernah mengadu kepada saya tentang apa-apa gangguan seperti buli, tekanan pelajaran dan keletihan,” katanya yang merupakan guru lantikan kontrak interim.
Addorie, memberitahu Mahkamah bahawa tugasan beliau berkaitan asrama adalah sebagai guru asrama dan bukan warden.
“Saya diberi tugas sebagai guru asrama, bukan warden asrama. Tugas saya sebagai guru asrama adalah sebagai pembantu warden dalam pemantauan kebersihan dorm, mengurus pelajar yang sakit dan memantau kelas berfokus malam atau prep malam,” jelasnya.
Dalam kenyataan saksinya, Addorie berkata dia bukan guru asrama yang bertugas pada 16 Julai 2025, hari Zara ditemui tidak sedarkan diri di asrama.
“Pada 16 Julai 2025, saya pada mulanya tidak tahu Zara Qairina terjatuh dari bangunan asrama puteri. Saya hanya dihubungi oleh seorang warden yang memaklumkan bahawa ada pelajar jatuh pada pagi hari tersebut.
“Warden tersebut mahu saya menjaga rakan satu dorm dengan mangsa tetapi saya tidak dapat menjalankan tugasan tersebut kerana saya perlu bertugas di luar sekolah dan guru asrama yang bertugas pada hari itu dihubungi untuk menjalankan tugasan tersebut,” katanya.
Addorie turut menjelaskan, pada 15 Julai 2025, beliau melakukan rondaan ketika prep malam manakala jam 6 pagi hingga 5 beliau bertugas di luar sekolah untuk mengiringi pelajar ke pertandingan Gami-code di Sekolah Menengah All Saints, Kota Kinabalu.
“Program itu berlangsung selama dua hari, sehingga 16 Julai 2025. Selepas masa prep tamat, saya berada di kuarters guru,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by borrow at 17-11-2025 11:12 PM
Saksi Ke 45 - Pn. Addorie Francis
- Guru kontrak , ajar Sains & math kat kelas Zara.
- Zara ceria dan menghormati guru.
- Pertama kali dilantik jd guru asrama , sejak Feb 2025.
- tugasnya pantau kebersihan , kelas prep malam & pelajar sakit.
- Ada 8 guru dilantik sbg guru asrama , 9 pula dilantik sbg warden. Hanya warden asrama dpt elaun.
- Tak tahu sistem pelajar senior jd Ketua Dorm utk pantau junior.
- Kelas Prep dari pukul 8-10 mlm. Tugas sheols pantau pelajar di blok kelas prep saja. Lps tu balik ke rumah. Tk pnh dpt arahan ronda pd waktu mlm.
- 15/7 iringi pelajar pergi sek All saint di KK utk pertandingan Gami Code. Hanya ada di kuarters guru slps prep malam.
- Ikut jadual , saksi & cikgu Adlee adalah guru bertugas. Tiada warden bertugas di blok asrama sblm waktu masa tidur
- hanya tahu kejadian pelajar jatuh pd 16/7 , slps dimaklumkan warden (cikgu Rohayati) , pd pukul 5.47 pg. Cikgu Rohayati beritahu ada pelajar jatuh dan patah kaki.
- diminta jaga rakan bilik zara tp saksi ada tugas lain. Rakan serumah saksi , Cikgu Gloria ambil alih tugasan itu.
- Hanya tahu satu kes buli , melibatkan pelajar lelaki & deyols dh digantung sekolah
Saksi Ke 46 - Gloria Theresa
- Guru BI , ajar form 2 & form 3. Juga guru asrama.
- tk pnh berinteraksi secara langsung dgn Zara
- 16/7 , 10.30 pg , hadiri satu pertemuan di musolla bersama guru & warden , utk temu bual pelajar.
- ada 10 pelajar (form 1 & 4) berkumpul dlm musolla.
- Cikgu syuhada soal form 1 , Cikgu Yuslina & Fatimah soal form 4. Saksi hanya ikut cikgu Yuslina.
- Seorg pelajar form 4 maklumkan ttg diari zara. Saksi igtkan rakan sebilik arwah tp rupanya bukan.
- KW ada suruh saksi ke bilik isolasi asrama. Saksi masih igt pd pukul 6.30 pg , KW ada hantar wsp, suruh tahan pelajar2 terlibat di bilik isolasi.
- Sepatutnya cikgu Rohayati tp sheols jaga budak STPM , jd saksi yg kena pergi.
- Saksi diperkenalkan kpd pelajar jr. Saksi bertanya 'Dh jumpa duit?" , pelajar jr jwb "belum". Pelajar jr itu digugurkan drp mengikuti perlawanan hoki disbbkan kejadian pg itu.
- 11.15 pg , saksi bawa seorang pelajar senior ke blok A , dan pelajar itu pergi ke bilik Zara sementara saksi tunggu di aras bawah.
- Pelajar sr itu serahkan buku hijau & ungu yg diambil dari loker zara.
- saksi ada belek2 buku itu sekejap & arah pelajar itu utk serahkan kpd cikgu Yuslina utk tindakan lanjut di musollah.
- Saksi pergi sarapan , apabila kembali ke musolla , nmpk guru warden (cikgu Yuslina & Fatimah) berbincang & membaca diari2 zara.
sumber : https://www.facebook.com/photo?fbid=4045139029149753&set=pcb.4045139065816416
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
borrow replied at 17-11-2025 11:06 PM
Saksi Ke 45 - Pn. Addorie Francis
- Guru kontrak , ajar Sains & math kat kelas Zara.
- Zara ceria da ...
Thanks info |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hart_attack at 18-11-2025 05:06 PM
Inkues: Pengetua nafi dakwaan nasihatkan ibu Zara Qairina tidak buat laporan polis
KOTA KINABALU - Pengetua sebuah sekolah agama di Papar yang menjadi saksi dalam inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, menafikan dakwaan bahawa beliau pernah menasihatkan ibu pelajar tersebut supaya tidak membuat laporan polis ketika berada di hospital.
Sebaliknya, Shaharoom Hashim, 51, yang merupakan saksi ke-47, memberitahu mahkamah bahawa beliau hanya memaklumkan kepada ibu Zara Qairina bahawa pihak sekolah sudah membuat laporan polis mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya peguam, Shahlan Jufri, semasa memberi keterangan di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan, di Mahkamah Koroner di sini pada Selasa.
Shahlan sebelum itu mengatakan kepada saksi bahawa pihaknya dimaklumkan oleh ibu Zara Qairina mengenai apa yang berlaku ketika beliau berada di hospital pada hari kejadian.
"Ibu Zara memaklumkan kepada kami, semasa berada di hospital, ada orang di depan wad kecemasan memberitahu ibu Zara berbunyi begini: 'kau buat laporan polis'. Selepas itu, ibu Zara pergi berjumpa dengan pengetua dan bertanya, 'Puan, perlukah saya buat laporan polis?'
"Reaksi cikgu adalah seperti ini: 'tak payahlah buat laporan, ketua warden dah buat laporan polis', sambil reaksi cikgu diikuti dengan tindakan cikgu membelai atau menyentuh bahu ibu Zara. Ini yang diceritakan oleh ibu Zara kepada kami. Adakah ini yang berlaku semasa di hospital?" soalnya kepada saksi.
Bagaimanapun saksi mengatakan ‘tidak’ mengenai dakwaan tersebut dan beliau seterusnya diminta menceritakan apa yang berlaku di hospital antaranya dengan ibu Zara Qairina.
"Setelah ibu Zara sampai dan kami dibenarkan untuk melawat Zara di dalam. Ketika itu, ibu Zara berulang-alik ditemani oleh pegawai lain, kemudian dia keluar dan berkata kepada saya, pandangan orang terdekat menyarankan agar dia membuat laporan polis.
"Jadi saya hanya mengatakan pihak sekolah sudah buat, itu sahaja," katanya.
Beliau juga menafikan bahawa beliau ada menyentuh atau membelai bahu ibu Zara Qairina semasa ditanya peguam dalam prosiding tersebut.
Sebelum itu, Shahlan bersama rakan sepasukannya, Rizwandean M. Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan Jame hadir sebagai pihak berkepentingan dalam inkues ini bagi mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
welkem harini Pengetua je dipanggil.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|