|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
Ada kemanisan di sebalik setiap kepahitan hidup ini..
[ Last edited by aziefa at 14-1-2009 05:15 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3367 ayahjoe's post
kalau tak kemana mana saya boleh join sekali ........... |
|
|
|
|
|
|
|
Suasana sebelum wukuf ........... jemaah yang sedang bertawaf.. |
|
|
|
|
|
|
|
juga gambar sebelum wukuf ... cuba lihat kat belakang khemah tu............... ada jemaah dari negara lain yang sedang "mengutip anak anak batu" di Tanah haram Makkah.
[ Last edited by bayangan_rindu at 15-1-2009 09:11 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibutia at 14-1-2009 12:12 PM
Asalamualaikum semua saya pulak duduk di Maktab 86 pergi dgn TH Travel sampai ke Msia 6 Januari 2009, entah-entah dah jumpa dgn ahli dari benang ni cuma tak kenal je. Memang banyak pengalaman yg ...
salam ibutia, kita di satu tempat, Hotel Barakah kan? Saya KT 24. Ibutia mesti KT 82 atau 93.
Ibutia duduk kat tingkat mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3377 dalnas's post
betul tu dalnas........
masa kat mudzalifah......... saya membaca Al Quran pakai lampu suluh kecil saya ..... Sesuatu yang memang tak pernah saya lakukan dalam hidup saya sebelum ini. Fikir2 balik semula ...... di setiap tempat kita singgah ada kelebihannya yang tersendiri dan meninggalkan kesan pada diri. Semoga berterusan kerajinan saya itu sepanjang hayat. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalnas
Ibu KT77, duk hotel Barakah tkt 7. Entah-entah kita dah berbual pun masa waktu makan kan cuma tak kenal je. |
|
|
|
|
|
|
|
seronok baca pengalaman haji forumer sekalian, masih terasa-rasa lagi perasaan walaupun dah lama pergi, apatah lagi yang baru pulang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibutia at 15-1-2009 12:48 PM
Dalnas
Ibu KT77, duk hotel Barakah tkt 7. Entah-entah kita dah berbual pun masa waktu makan kan cuma tak kenal je.
ibu, saya di tkt 5...509.
kalau ibu perasan ramai jemaah mengatakan saya dan suami adik beradik...termasuklah Umi dan Ustaz Zaine..
muka sama...jemaah lain katalah...saya rasa cam lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Kata Pujangga (Al-Humaidi Al-Muhaddith):
...Pertemuan manusia
tiada manafaat selain memperpanjang untaian kata
Kurangilah bertemu manusia
kecuali dalam menuntut ilmu
atau melakukan kebaikan
di segala bidang...
"Biarkanlah mereka (di dunia) makan dan bersenang-senang dan dilalaikan oleh angan2 (kosong), maka kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatan mereka)." (Al-Hijr: 3)
Wallahu'alam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3377 dalnas's post
Menurut majalah Hajj & Umrah yang dibaca ketika menetap di Madinatul Hujjaj, jumlah payung semuanya berjumlah 250 unit.
Payung ketika kuncup selepas waktu asar. Mengambil masa selama dua minit.
[ Last edited by HarizAzhari at 16-1-2009 10:20 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum, mana forumer sume???cian benang ni dah jauh ketinggalan... bay, dalnas, ibutia... mana citer lg ???xkan dah abis kot??? |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin ada yang dah tau atau pernah dengar...
So utk yang tak tau dan tak pernah dengar cerita..
Haji ..zaman atuk atuk..opah opah kita dolu dolu..
Zaman Sheikh Haji
Latar Belakang
Pada zaman dahulu seseorang muslim yang baru hendak mengerjakan ibadat haji akan dibimbing
oleh jurupandu upahan yang digelar Mutawif (untuk tawaf dan saei di Makkah)
dan Muzawir (untuk menziarah makam nabi di Madinah). Juru-juru pandu ini,
sejak dulu hingga kini, boleh didapati pada bila-bila masa sahaja disekitar tempat ibadat di Masjidil Haram (Mutawif)
dan di Masjid Nabawi (Muzawir) dengan diberi upah setelah selesai tugas dilakukan.
Bakal-bakal haji dari luar daripada negara Arab Saudi biasanya akan pergi ke tanah suci melalui ejen-ejen
yang digelar Sheikh Haji yang menjalankan perniagaan memberi perkhidmatan pengendalian jemaah haji
dari tanah air mereka hinnggalah ke tanah suci, pergi balik dengan menguruskan tempat dalam kapal-kapal pengangkutan;
serta menyediakan kenderaan, rumah penginapan, makan minum dan jurupandu di tanah suci dengan dikenakan bayaran tertentu.
Institusi sheikh haji ini dijalankan sebagai perniagaan keluarga oleh orang-orang keturunan Arab.
Menurut sejarah, ahli-ahli perniagaan Arab yang digelar Sheikh Haji ini datang sendiri bermastautin di negeri ini,
dan biasanya berkahwin dengan wanita tempatan sehingga mempunyai anak-anak yang akan menyambung perniagaannya
pada masa akan datang.
Selepas Perang Dunia Kedua, kebanyakan sheikh haji mempunyai rumah sendiri (atau disewa) di sekitar Pelabuhan Kelang,
di Jeddah, di Makkah dan juga di Madinah.
Perjalanan bakal haji zaman dahulu bermula dari rumah, dihantar dengan bas ke rumah Sheikh di Pelabuhan Kelang,
di mana mereka tinggal beberapa hari menunggu tarikh untuk menaiki kapal, iaitu kapal api (bukan lagi kapal layar).
Perjalanan dengan kapal api (steam ship) dari Pelabuhan Kelang (atau Pulau Pinang atau Singapura) ke Pelabuhan Jeddah
memakan masa lebihkuang setengah bulan.
Pada zaman kapal layar, pelayaran dari tanah air ke Jeddah mengambil masa hampir tiga bulan.
Semasa dalam kapal ada yang jatuh sakit dan meninggal dunia (jenazahnya di humban ke laut);
dan ada jemaah yang bertemu jodoh dan terus berkahwin. Makan minum dimasak sendiri oleh jemaah di atas kapal.
Setibanya di Laut Ya Lamlam, jemaah mengenakan pakaian ihram dan memasang niat ihram untuk umrah tamattu |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3385 aziefa\ catat
azi
jenazah yg meninggal bukannya dihumban.......teruk beno lakk munyiknye
diletak perlahan2 di permukaan air till tenggelam lah iya
sorry |
|
|
|
|
|
|
|
Wasalam ada ni tapi nak cerita apa ya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 16-1-2009 11:59 AM
Mungkin ada yang dah tau atau pernah dengar...
So utk yang tak tau dan tak pernah dengar cerita..
Haji ..zaman atuk atuk..opah opah kita dolu dolu..
Zaman Sheikh Haji
Latar Belakang
Pada ...
good story... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3384 haziq_97's post
W'salam Haziq...
Bukan dah habis, tapi sekarang ni tengah sibuk 'berperang' dengan virus.
Dah banyak pc kena. Lebih parah bila server sendiri kena attack. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 16-1-2009 11:59 AM
Mungkin ada yang dah tau atau pernah dengar...
So utk yang tak tau dan tak pernah dengar cerita..
Haji ..zaman atuk atuk..opah opah kita dolu dolu..
Zaman Sheikh Haji
Latar Belakang
Pada ...
satu lagi saya pernah dengar cerita dari kawan...
masa mak dia pergi,
pergi berdua...
balik bertiga...kawan saya dapat adik..... |
|
|
|
|
|
|
|
my great grandfather & great grandmother pun gi Mekah 1st dgn kapal laut. |
|
|
|
|
|
|
| |
|