CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antara

Gangguan Selepas Berkahwin

[Copy link]
Post time 23-3-2017 12:53 PM | Show all posts
antara replied at 15-3-2017 05:16 PM
kipidap..dongibab

insyaAllah ada rezki..ada jodoh aku sambung menulis...kikikiki sebelum tu. ...

saya memang folo cite TT dari dulu. sila la sambung. dan lama MPS ni sunyi dari cite best huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2017 12:24 PM | Show all posts
antara replied at 15-3-2017 05:16 PM
kipidap..dongibab

insyaAllah ada rezki..ada jodoh aku sambung menulis...kikikiki sebelum tu. ...

salam tt.. boleh ke share mana2 tempat berubat yg tt pernah pergi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2017 02:57 PM | Show all posts
monaconice replied at 24-3-2017 12:24 PM
salam tt.. boleh ke share mana2 tempat berubat yg tt pernah pergi..

mksd awk...nk berubat yg macamana? yg berubat ikhtiar anak ke macamana?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 03:39 PM | Show all posts
antara replied at 24-3-2017 02:57 PM
mksd awk...nk berubat yg macamana? yg berubat ikhtiar anak ke macamana?

nak ikhtiar dan berubat benda dalam rumah, dalam badan.. sbb benda ni lepas ok kejap, dia akan datang balik..
ni thread sy

https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1035459


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2017 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Story la lg tt..btw sekampung kita ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2017 04:58 PM | Show all posts
abfarha replied at 1-4-2017 07:31 AM
Story la lg tt..btw sekampung kita ni

kampung yang mana satu ehhehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-4-2017 05:28 PM | Show all posts


SIAPA SI PEMBACA MENTERA??

Disebabkan mendapat sokongan ada yang masih nak baca update tentang diri aku...aku pun nak update lah ye..
maaflah..aku ni menaip waktu opis, jadi kalau typo..bila free aku dapat la betulkan balik...

ok, kisahnya aku balik kampung yang lepas...
asal nya nak mencari tukang urut untuk suami, kami ni asyik lah bergilir-gilir demam..
badan lenguh tak yah citer lah..macam nak tanggal rasa. tapi yela kan, musim hujan memang la mudah sakit...sejuk2 sendi semua lenguh kan...

kakak ada la bagitau kawan dia punya ayah ada mengurut lelaki..
aku pun on jela..lagi pun dekat.
janji selepas maghrib aku datang. Tapi sampai rumahnya dalam jam 8 macamtu..dah ada beberapa pesakit menunggu

ehh makin ramai pulak...
rupenya ramai juga berubat dengan pakcik ni...aku bole tak tau pulak heheh..
semua dah balik, giliran kami...pakcik ni saje nk bio kami lewat sebab sambil saya dengan kakak berbual dengan anak dia...
habis nanti dia nak sembang lama sikit dengan kita..da lama tak jumpa...

aku tengah syok berbual dengan kakak dengan kawan dia, tiba-tiba laki aku panggil pergi depan
ehh...ingatkan dah siap berurut tadi...ni dia panggil untuk apa...
kata laki aku, pakcik ni nak jumpa aku. aku bahasakan dia pakcik je ea...

sampai depan... pakcik ni bertanya soalan yang agak sensitif pasal hubungan suami isteri...
(*to be mention...kalau mod rasa agak lucah nanti saya akan padam)

pakcik : saya nak minta maaf dulu..saya nak bertanya..kalau bersama...#%^$&^%&*&^(

aku : ya.... (jawapan yang dijawab suppose to be 'tak') mana la aku tau kan..aku takde pengalaman hahahahah ok..tolong jgn caruts aku

pakcik : sebab saya nampak pintu rahim kau ke atas ni..menghala ke perut...patut pintu rahim ke bawah... (sambil dia tunjuk la..dia dah suruh aku baring)

dia minta izin dengan suami aku untuk pegang aku...part ni..aku sebenarnya kurang selesa sangat..walaupun beralas baju dan seluar jeans tebal..seriously..aku rasa bersalah dan tak selesa...

pakcik : *dia letakkan tangan atas rahim aku..dia baca2 ayat muqadam. dia berdialog "kamu masuk dalam..kamu betulkan...haa ok..macam ni..macam ni" sambil buat gaya tangan

aku : * dalam pikiran aku nak menyumpah pun ada...tak kan khadam dia masuk dalam rahim aku?? aku tengok laki aku rilex je tengok..fokus

pakcik : *dia tekan rahim aku...dia tanya samada masih senak..

aku jawab dah takde..rasa kosong.kalau tak rasa macam senak dan penuh..ermm tak reti nak gambarkan...

ok...dah abis berubat..dia bagi syarat suruh bersama straight 3 hari...
tapi..ermmm i dah try my best...uhuhu...tak berjaya...hari ke 3 terkandas..kepenatan..tido je..hahahhah

esoknya...aku bawa mak aku...sebab dia ni kira rapat dengan keluarga aku.kalau da kata sekampung kan..beso mana je kampung aku ni...
jadi dia nak ubatkan kaki mak aku...sebenarnya kaki mak aku ni dia turun dari motor, dia rasa ada sesuatu macam 'libas' kaki dia..dia nak terpelecok. dia tahan..pegang motor..sekali tu jalan licin..dia terpelecok juga..sampai kan terpusing pergelangan kaki dia...lebam wehh sampai ke betis...
tulang berbunyi2 'klak..klakk' kalau dia bergerak...

puas aku membebel suruh pergi hospital..xray ke apa kan...boleh la simen..dia takut kne inject kalau simen..
aku cakap tak kene..tapi dia tetap takut...nak bawa pergi sangkal putung (urut patah/terseliuh) pun taknak..sampai nangis2..
mana la aku ni sampai hati nak bawa..ishhhh..tapi ni da dekat 2 bulan..terpaksa bawa juga ke pakcik ni

bawa, mula la diorang cerita pasal cik pon yang bergentayangan di kampung ni apa semua...
semua orang tau (sila rujuk cik mawar punya story) diorang kata memang dah tak asing lagi benda ni...memang dia ada...
kebetulan bini pakcik ni membuat nasi lemak memang dah bertahun..sedap ooww memang aku suka sangat nasi lemak dia..
tu yang dia rajin bangun awal kan..kadang-kadang dengar la bunyi menangis..kadang memang nampak pun dia lalu disebalik pokok pokok

cerita itu ini, terbuka la kisah rumah aku..dan juga pasal setiap kali bersama dengan orang perempuan baca mentera.
dia pergi kat laki aku...dia baca-baca....

dia pejam mata....
tiba-tiba dia soal laki aku....

sambung esok ea...nk balik....kalau sempat malam ni heheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2017 05:34 PM | Show all posts

ada sambungan sikit tu hehhe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2017 08:32 PM | Show all posts
antara replied at 3-4-2017 05:34 PM
ada sambungan sikit tu hehhe

Sambung sambung
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 09:34 AM | Show all posts
TT cepat la sambung lg....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
antara replied at 3-4-2017 04:58 PM
kampung yang mana satu ehhehe

Batu pahat jugakk...beriyani gamm satuuu!!  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2017 11:01 AM | Show all posts
abfarha replied at 5-4-2017 10:55 AM
Batu pahat jugakk...beriyani gamm satuuu!!

ahahahhah matilah nakkk....
mee racun tulang satoooo
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
antara replied at 5-4-2017 11:01 AM
ahahahhah matilah nakkk....
mee racun tulang satoooo

Jangan ko sebut tpt2 angker kat bp tu ye tt..
Kang balik kampung aku dok dlm rumah jer..hahaha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2017 12:28 PM | Show all posts
SIAPA SI PEMBACA MENTERA?? (sambungan)


cerita itu ini, terbuka la kisah rumah aku..dan juga pasal setiap kali bersama dengan orang perempuan baca mentera.

dia pergi kat laki aku...dia baca-baca....

dia pejam mata....
tiba-tiba dia soal laki aku....

pakcik : minta maaf cakap...kamu ni kawan ramai yang janda ye?


husbnd : *angguk je..muka da merah... kene soal macam tu depan keluarga mertua kau..hahahah


pakcik : tapi..ada sorang ni, kamu memang kawan lama..kamu tau dia memang bukan jenis bole dibuat isteri..betul?


husband : *angguk lagi dalam keadaan keliru..dia lap2 peluh kat dahi...laki aku ni memang cepat panic+nervous..kadang berani aku lagi

pakcik : perempuan ni...anak sekian..sekian..rumah sekian..sekian...bentuk tubuh sekian sekian...(in detail...memang terlopong mulut)

husband : *tunduk ke lantai..cuma mampu mengangguk dengan muka merah padam..mungkin marah barangkali...


******** flashback *******

saya bahasakan suami (bob) dan siti (gf dia waktu tu)

bob dengan siti ni dah berkawan lama...bob sedia maklum siti ni status ibu tunggal dengan anak 2.
perkenalan yang bermula di tempat kerja, akhirnya bertukar menjadi semakin rapat.

bob nampak siti ni seorang yang agak berani, agresif, sorotan mata yang tajam dan menggoda.
ditambah dengan perwatakan manja siti, bob jadi lebih tertawan tanpa mengambil kira status siti.

berkawan lah mereka. Namun, mendapat tentangan mak bob...sebab katanya bob ni hanya kerja biasa-biasa.mana mampu nk tanggung anak orang yang semakin hari kian membesar. kalau sorang takpe..ini dua...
ditambah dengan perangai siti yang suka 'menyerang' ke rumah setiap kali bob lama tidak melayan dia kerana bergaduh atau apa..
siti dengan gaya yang selamba, mengenakan pakaian ketat serta skirt menjadikan emak bob memandang jelik kepadanya
apa lah nasib, kerana tiada restu emaknya, bob semakin cuba menjauhkan diri dari siti...
kadang dia tak tahan dengan perangai baran siti yang datang tiba-tiba, cemburu yang agak melampau
siti akan marah dan tengking bob di dalam apartment nya sambil menghisap rokok, siti melemparkn barang ke arah bob

bob tak sanggup lagi. Tapi apa kan daya, dia sayangkan siti. Selepas bertengkar, bob akan menghilangkan diri dalam seminggu dua. Nanti siti akan pujuk balik..namun, jauh sekali untuk meminta maaf dan mengakui kesalahan.

suatu hari, siti mengajak bob pergi ke kota tinggi.
alasannya mahu berubat. Setelah didesak bob, akhirnya siti mengaku dia ingin melembutkan hati bekas suaminya yang konon dulu suka memukul nya.
Walaubagaimana pun, siti kiti tiada ikatan lagi dengan bekas suami nya. Apa lagi yang dia nak buat? Bob malas nak ambil tahu dan masuk campur.
Bob dah marah, dah larang. SIti tetap berkeras.

2 minggu, bob sengaja tidak mahu berhubung dengan siti. Menunjukkan protes nya. Dia memang tak suka kerja-kerja syirik ni. Macam orang tak ada agama. Satu hari, siti minta tolong bob datang ke rumah nya. Tak pasti apa yang penting sangat. Dalam terpaksa, bob turutkan. Siti selalu menggunakan alasan adiknya tak balik rumah lah, adiknya kene pukul dengan boyfriend lah, macam-macam supaya bob datang ke rumahnya. Bob bukan apa. Takut nanti ditangkap basah. Mati dia kene halau dengan mak dia dari rumah.

Sampai di rumah siti, adik-adik siti semua ada berkumpul. Eh, elok je macam biasa...bob pun diam je lah.
Sambil dia bermain dengan anak-anak siti, tiba-tiba pintu rumah diketuk bertalu-talu
kedengaran lelaki merayu-rayu supaya pintu dibuka.
bob macam kenal suara tu......tu suara bekas suami siti. Bob takde masalah dengan bekas suami siti. dia ngam je..boleh borak

Bob pergi buka pintu. Betul lah suami siti. tapi nampak serabut..kusut..macam tak terurus.
Bekas suami siti (jamal) merayu dengan bob untuk berjumpa dengan siti. Bob yang tak tau hujung pangkal cerita, terus panggil siti datang.
Bob terus berlalu ke depan tv, namun tangan ditarik siti untuk tunggu dulu.
Bob pun tunggu je. Ingatkan nak jadi drama apa pulak lah ni.

tiba-tiba jamal melutut depan siti..merayu2 minta siti beri dia peluang untuk bersama kembali..
bob pelik...kenapa ni? minggu lepas dia jumpa jamal..kan jamal dah kahwin lain. kenapa tiba-tiba ni.
Anak-anak jamal pun keluar, berdiri dengan siti.
Bob terasa macam dia mengganggu. Bob terus ingin berlalu ke depan tv, sekali lagi tangan nya direntap siti untuk terus tunggu.

Siti bersuara. "aku tak perlukan kau lelaki @$%#^$&^*... aku dah ada bob!" "berambus kau dari rumah aku...@$%#^*" segala maki hamun keluar.
Bob rasa macam nak lempang je muka siti waktu siti buat macam tu. ohhh rupenya suruh aku datang sebab nak tunjuk depan mata aku macam ni?
buat lelaki takde maruah macam ni. Bob dah agak ni memang kerja siti...


Jamal pulang ke rumahnya. Bob terus heret siti masuk.

Bob: apa sebenarnya awk dah buat ni? awk ni kawan dengan setan ke? panggil saya semata2 nak pergunakan saya. eh saya ada maruah tau. Jamal tu ok je dengan saya. Kalau awk dengan dia, hal lepas dah la. apa awk dah buat ni....

bob mula naik angin. Ikut hati, nak je dia lempang berdas-das. nasib ada anak-anak siti dan adik siti. Semua yang lain diam membatu tengok tv. Tak siapa berani masuk campur.

Siti : *hidupkan rokok..duduk depan tv* awak nak tau saya buat apa? duduk dulu....*sambil senyum senyum...*

bob : *duduk walaupun amarah dia masih bernyala...

siti : macam ni, haritu kan saya dah ajak awk pergi kota tinggi. awak taknak. saya dah naik geram dengan Jamal tu. dia taknak bagi nafkah anak apa semua...dah kahwin baru tapi buat anak-anak saya macam ni.

bob : setau saya jamal belikan budak2 ni susu pampers semampu dia. bukan nafkah ke tu?

siti : aahhh biar lah....

bob terus angkat kaki...blah dari rumah siti...panas betul hati dia...kalau ikut perasaan tak rupe muka manusia dah siti tu dikerjakan...

selang beberapa minggu, adik siti (sama nama macam aku...benci aku nak taip...sebab dia try2 nk goda laki aku..hahha choii nyah kau sana...)
cerita dengan bob...

kakak dia kan pernah minta bob gantung sesuatu kat bumbung rumah..tapi bob tak buat sebab dia malas melayan kerenah siti.
habis siti upahkan orang lain. Gantung gambo Jamal kat alang rumah, dan dia baca apa tah sampai gambar tu jatuh sendiri.
itu yang Jamal asyik datang rumah je merayu kat siti untuk bagi peluang lagi. SIti cume nak sakitkan hati jamal je. Bukan dia nak pun kahwin balik dengan Jamal. kan waktu tu dia ada Bob dah....
Siap siti ada cakap...kalau bob berani nak tinggal kan dia..tengok lah apa dia buat...

bob tak cerita banyak lagi..lepas tau pasal ni. Bob ajak siti keluar malam tu. Nak korek rahsia.
Konon-konon macam bob dah tak marah dengan siti. Ternyata apa yang adik siti cerita tu betul. Dan siti dalam nada gurau berkata " awak tengok..awak jangan berani tinggalkan saya ea..kalau tak..awak tau la apa saya buat.." bob ingatkan tu cma ugutan kosong.....


***** tersedar dari flashback bila pakcik tepuk perlahan peha suami aku ******

pakcik : kamu dah ingat siapa yang buat? kamu tahu kan....ok, malam ni balik rumah kamu pagar rumah dengan ayat-muqadam dan garam...

........nanti iols sambung ye....penat menaip hehhe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2017 03:34 PM | Show all posts
SIAPA SI PEMBACA MENTERA?? (sambungan)

Balik dari rumah pakcik tu,  aku dengan laki aku standby nak balik jb dah..
sebelum balik mak ayah aku suruh lah makan dulu..
waktu tu around jam 8-9malam.
laki aku makan atas meja makan...
meja tu menghadap dinding..tapi sebelah kiri tu...straight bole terus nampak pintu masuk rumah..
tak jauh juga..rumah kos sederhana...harap korang boleh bayangkan...
waktu tu, aku malas nak makan..kenyang lagi...
aku duduk je bawah kaki di..
sambil dia makan..aku picit-picit kaki dia..

aku ni memang bertebiat sikit bila disuruh picit..aku malas bukan main lagi..
kalau tak disuruh..duduk sambil tengok tv ke..bersembang ke..
tangan aku merayap la..picit tapak kaki dia la..
betis la apa ke...berejam pun sanggup
sampai laki aku paksa berhenti..sebab dia kata nanti tangan penat
padahal dia tak tahan geli+sakit kene picit..hahah

okeh sambung...
tengah dia nak makan tu..aku sambil berbual dengan mak aku pasal tadi..
aku tanya..apa pakcik tu cakap tadi? sebab apa orang tu nak buat itu ini?
sebab waktu pakcik tu berbcakap dengan laki aku
sibuk je bini pakcik tu ngajak aku berbual...
dah aku tak dapat dengar berita gosip hot pakcik tu...ceeihhh
sekali aku korek ngn mak aku pun..mak aku malas nak cite...

waktu tengah berbual tu...skali laki aku panggil...
"yang...yang.." sambil sentuh bahu aku..
aku jawab..."ermmm apa?" tapi tak pandang pun dia...
sekali aku tengok diam je laki aku...aku pun dongak tengok dia kat atas
dia diam je sambung makan..
aku tanya..."kenapa? nak air ke apa? air cuci tangan?" aku tanya...
dia geleng je kepala sambil jeling pintu masuk yang terbuka..

aku tengok...ingat ada orang ke apa..tak de pulak nampak apa-apa..
sekali tu...dah sampai jb...
laki aku citer..waktu dia nak makan..kitorang kan syok berbual gosip..
ada lelaki tua tengah berdiri depan muka pintu..sambil tenung dia tengah makan...
perghh scary eahhhh aku tak nampak apa pun....

dalam otak aku memikir...mesti dia dah tau kita pergi berubat.....
jeng..jeng..jenggggg.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 12:09 PM | Show all posts
antara replied at 10-4-2017 03:34 PM
SIAPA SI PEMBACA MENTERA?? (sambungan)

Balik dari rumah pakcik tu,  aku d ...

panjangnya nk baca.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2017 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Abis dah...sambung lagi pleae
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 09:50 AM | Show all posts
lagi lagi lagiiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2017 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antara at 18-9-2017 05:41 PM

Assalmmualaikum semua....

Maaf lama menyepi...pegi merayau ke benang org lain..malang nya tak habis2 baca hahahah...

Nak update sikit kisah kehidupan yang masih berterusan diganggu...
Baru baru ni sy berhenti kerja...
Jadi ada lah masa nak tanam pokok lada ke apa kat pasu yang dah naik berlalang tu..
Pagi tu masak , saya da asingkan biji2 lada utk ditanam dalam pasu..almaklumlah duduk taman kan...

Jadi petang nya..dah siap sedia air basuhan beras semua , saya pergi la korek tanah dalam pasu..bersihkan rumput yang tumbuh tu smua..
Sambil tu ada korek 2 3 pasu tau..ada yang ada arang bekas bela bunga orkid dulu ( mak mertua)

Asalnya nmpk ada gumpalan kain putih...
Saya campak je ketepi..apa la kain ni..budak2 lah ni..'kata saya dalam hati'
Sekali korek2 lagi...keluar pulak sebotol minyak yang dalam nya ada rambut...ok..ni aku da tak bole nk pikir budak2 ni...
Ini dah lain macam dah dalam hati...
Aku masuk dalam rumah aku pi tanya suami...
"ni awak punya barang ke?"
Suami : "taklah..mana ada..pegi buang sana kat luar..pegi buang"
Dalam hati aku pikir..ehh knp nk suruh buang..benda belum tau siapa punya ke..benda apa..
Aku terus ke dapur jumpa mak mertua aku..aku tanya dia..ni barang dia ke?
M.i.L : "taklah..bukan barang ma..mungkin barang orang berubat dulu2..surh B** pegi buang kat sungai sana.."

Dalam hati aku kan ..pikir..apa tak kene dengan keluarga ni..kenapa suruh buang cepat2?

Aku masuk dalam bilik..dengan adik lelaki aku ambil gambar.  Aku suruh dia mesej mak aku kat kampung. Pastu aku masukan dalam plastik.

Laki aku masuk bilik..dia suruh buang. Aku cakap aku takmau..aku nak jawapan ni barang apa..aku nak jumpa ustaz malam ni juga..



Mulanya suami macam acuh tak acuh..layan tak layan..sakit betul hati aku..
Sebab otak aku dah syak ni tah2 barang dia ke kan...
Aku paksa dia pergi call ustaz sebelah rumah..
Takde nombor pulak..aku dengan dia..redah pegi ketuk pintu jiran sebelh rumah..
Bagi salam...

Alhamdulillah dlam 10 minit..dia jawab..
Kami masuk...
Selepas dah cerita..tunjuk barang..terkejut besar dia..dia kata ni satu perbuatan sihir..
Dia kata dia akan double confirm dan call syeikh dia yg dia belajar kat mesir...

Jadi dia call..pakai loud speaker...

Ustaz : assalammualaikum ya syeikh..ini ana...bla..bla..

Syeikh : ye..ada apa saya boleh bantu?

Ustaz : maaf syeikh..saya nak minta kepastian. Seorang kawan saya ni..jiran saya..dia ada jumpa barang dalam pasu rumah dia.. Barang tersebut ialah kain kafan yang balut barang apa saya kurang pasti..dengan satu botol minyak dengan rambut...
Boleh syeikh terangkan ni barang apa? Adakah untuk pagar rumah?

Syeikh : astagfirullah..masyaAllah..ini kerja khianat...kerja sihir...masyaAllah ....kamu tolong buatkan bacaan dan tolong buang ..
Bacaan sekian2...ayat2 sekian..

Ok...
Ustaz panggil anak dia semua..berkumpul..semua ank lelaki..3 orang. Dia terangkan..lepas tu dia suruh masing2 semua ambil air sembahyang..
Katanya mari kita doakan abang ni dengan isteri dia..kita sama sama solat sunat dan hajat...

Kami semua dah ambil air sembahyang..duduk berkumpul..mula dia baca surah2 yang aku dengar al fatihah,3 qul, ayat qursi dan surh nabi musa kot...

Dia balut dlm kertas putih A4. Baca berterusan dengan doa lainnya..dia suruh kami balik buat juga solat hajat dan solat sunat apa smua..
Malam tu suami aku pergi buang kat air yang mengalir..aku kat rumah buat solat2 yang ustaz suruh smpai dalam jam 2 aku da ngantuk..aku tido..

Suami aku pergi busking kat bandar..

Malam tu...aku minta nak sangat nampak siapa yg hantar supaya otak aky ni tak fitnah org lain..tapi tak nampak.yang aku mimpi....

Aku seolah olah baru bangun dari kematian...
Aku berkafan...aku lap muka aku yang tebal bedak putih...mata aku hitam gelap..mcm lingkaran hitam bawah mata tu..rambut aku kembang mcm mak limah...

Tapi yang pelik...aku tengah terpinga2...memang aku perasan aku baru bangun dari mati...
Lepas tu aku tersedar..dalam jam 2 lebih...laki aku balik...

Laki aku cerita..ex gf dia..dtang tengok dia busking..jalan tepi..lepas tu terus pergi..
Aku memang taknak tuduh dia..
Tapi mcm co-inciden tau..
Dulu first..kitorang dapat klu..siapa yang hantar orang baca mentera pada kami...dan apa niat dia..

Malam esok nya dia dtang tempat busking..lalu tepi . Ini kali ni..pun dia datang..
Tak pernah2 selama ni dia datang tau..
Sebab ustaz ada tanya..kamu ada syak sesiapa tak..kamu ada musuh sesiapa?

Setau aku..memang aku takde..lagi aku ni baru kwen..cume ada la orang yang jeles dengan aku dan suami..sampai cakap..hina..ejek macam2 pasal aku yang blum ada zuriat..dan diorang pun cuba tutup periuk nasi suami aku dengan tak bagi busking lagi... Lain dari tu..mungkin ex gf laki aku la..sebb dia je yang ugut laki aku kan..kalau dia ditinggalkan..dia akan buat smaa mcm dia buat bekas suami dia  (rasanya aku pernah cerita kat post sebelum ni)...

Dan sekarang...aku cume kadang kadang bau wangi..tak tau bau apa..
Aku tnya laki aku...dia pakai minyak wangi ke..dia kata mana ada..tapi kadang memang ada wangi yang..entah..pada dia..

Info yang agak menakutkan..ustaz tu kata..kain ni kain.kafan orang mati kene bunuh..dan biasanya..kain kafan orang mati dibunuh ni..sebelum dipuja..orang yang ambil tu..kene ambil menggunakan mulut..tk bole guna tangan...
Omggggssss....ngeri betul aku...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde sambungan dah ke? Serammm tp best baca. Semoga Allah lindungi TT dan family.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.805283 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list