CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putr@polo

[Tempatan] Perhimpunan Bantah GST - 'Lautan merah' banjiri Dataran bantah GST

[Copy link]
Post time 2-5-2014 10:05 AM | Show all posts
gst pun gst la, barang naik pun naik la, nak naik apepun naik la, kerajaan belanja mcm mna pun ikutla..... pasrah je demi negara katanyer.... malas dh aku, pentingkan perut sendiri sudaa, ada yg miskin melarat pun ala2 x kesah... so, lantak la kann...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2014 10:46 AM | Show all posts
suji posted on 2-5-2014 10:00 AM
Hi Melah, mudah mudahah Allah kuat kan lagi hati Melah dan keluarga dlm menghadapi kejadian MH370. ...

TQ kak. MH370 mmg berhantu betul... sakit hati sakit jiwa hampa merana

GST ni (sepatutnya) sangat berfaedah kepada negara
sebab more tax will be collected dengan cara paling efisyen (berbanding SST)
tapi tulah, kita pengguna yang akan tanggung sengsara....peniaga takpe, diorg boleh claim balik input tax..kiri kanan tetap peniaga untung. pengguna pulak kiri kanan atas bawah depan belakang tetap rugi lagi merugikan

however, ini hanya salah satu fiscal strategy buat masa ni nak combat debt issue, ranking issue, duit negara habis dll issue
ia bukan satu-satunya cara yang perlu gomen buat utk selesaikan masalah tu seme
ada lagi strategy lain (sepatutnya) macam kurangkan expenditure kerajaan, kurangkan penubuhan suruhanjaya, kurangkan badan2 baru, agensi agensi yang tak terpakai/merge/aquire agensi, hapuskan program mengarut..pendek kata buat strategy penguncupan la

tapi semua agensi macam melepaskan pucuk masing2
aku tengok kat gomen ni, central agency je yang banyak kedekut pait kat staff sendiri
kat tempat lain bisness as usual

aku paham ramai tak suka gst
aku tak suka jugak...tiket wayang sebelum ni hanya bayar entertainment duty, lepas ni bayar entertainment duty + gst
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
tapibukanaku posted on 2-5-2014 09:59 AM
baik berniaga uncle bob depan masjid negara..lepas tu letak tabung depan tu...

Jangan lupa tampal stiker ' membangun bersama negara berkebajikan'. Tapi minum air lombong la.

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 10:48 AM | Show all posts
oh jangan lupa, we have subsidy rationalisation coming soon
hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 10:53 AM | Show all posts
Knights posted on 2-5-2014 09:05 AM
When asked if knew what was GST, he ignorantly said that; "I don't entirely know what is GST is all  ...

so kau tahu sangat pasal GST??
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 10:54 AM | Show all posts
MelahJanda posted on 2-5-2014 10:48 AM
oh jangan lupa, we have subsidy rationalisation coming soon
hahahahaha

itu yg org marah kan kak melah.... seolah2 rakyat plak kena tanggung.... penjenayah politik ni dok membazir kehulu kehilir.... beli kipas bodoh pun rega lain2... dgn beratus2 peratus dr harga asal..... nak cover hidup perompak ni plak rakyat kena gst.....



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2014 11:01 AM | Show all posts
macai Umno kepanasan
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 11:06 AM | Show all posts
dino posted on 2-5-2014 10:54 AM
itu yg org marah kan kak melah.... seolah2 rakyat plak kena tanggung.... penjenayah politik ni dok ...

basically org marah harga barang naik
hidup tertekan

lama-lama jadi indonesia pakai juta-juta saja
duit puluh, ratus ni seme da tak terpakai


mapuh!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2014 11:10 AM | Show all posts
airfilterbersih posted on 2-5-2014 10:46 AM
Jangan lupa tampal stiker ' membangun bersama negara berkebajikan'. Tapi minum air lombong la.

...

semua nanti bijak2 belaka
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 11:12 AM | Show all posts
MelahJanda posted on 2-5-2014 11:06 AM
basically org marah harga barang naik
hidup tertekan

hat harga minyak tu adalah pokok pangkal nya kemarahan rakyat...sebab semua nya bergantung pada minyak
ni dengarnya nak naik harga minyak bulan JUne, tak tau lah betul ke idak..tunggu je ar
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 11:15 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 11:16 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 2-5-2014 11:12 AM
hat harga minyak tu adalah pokok pangkal nya kemarahan rakyat...sebab semua nya bergantung pada mi ...

97 tak boleh buat apa dah..mmg floating
diorg nak perkenal balik angka-angka kebelakang yang lebih murah 92, 88
mmg nak rationalize soon
depends kepada kehangatan sambutan rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 11:20 AM | Show all posts
MelahJanda posted on 2-5-2014 11:16 AM
97 tak boleh buat apa dah..mmg floating
diorg nak perkenal balik angka-angka kebelakang yang lebi ...

kualiti pulak macam mana? lahaiii....bumi ku Malaysia
Last edited by tapibukanaku on 2-5-2014 11:23 AM

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 11:22 AM | Show all posts
Rakyat bosan cara politik pembangkang

DARI KIRI:Sam Ku Kasih, Yusof Abdullah

KUALA LUMPUR 1 Mei - Rakyat sudah letih dengan cara berpolitik pembangkang yang kerap menganjurkan perhimpunan sehingga menyusahkan kehidupan mereka.

Tinjauan Utusan Malaysia selepas himpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka mendapati ada kalangan warga kota tidak senang dengan penganjuran perhimpunan seumpama itu dan meminta ia dihentikan.

Mereka turut bersimpati terhadap nasib kanak-kanak yang diheret bersama oleh ibu bapa masing-masing ke kawasan perhimpunan sekali gus membahayakan keselamatan golongan tersebut.

Apa yang menyedihkan, jelas mereka, terdapat bayi yang terkena asap selepas beberapa suar dinyalakan oleh peserta perhimpunan berkenaan.

Seorang pesara yang mahu dikenali Abdul Ghaffar memberitahu, rakyat sudah bosan dengan perhimpunan saban tahun yang tidak mendatangkan sebarang manfaat signifikan kepada pembangunan negara.

Katanya, budaya mengheret rakyat ke jalanan yang diamalkan oleh pembangkang sudah ketinggalan atau overrated dan politik semikian sudah lama berlalu.

"Kita ada Parlimen. Usulkan di Parlimen. Apa guna ahli Parlimen pembangkang dilantik kalau ak­hirnya rakyat diheret ke perhimpunan-perhimpunan?" soalnya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu, pekerja swasta, Kamal Fareez Mustazar, 27, membantah cara peserta membawa kanak-kanak ke perhimpunan tersebut yang dilihat amat memalukan.

Dia turut menempelak pihak penganjur kerana gagal menasihatkan peserta untuk tidak berbuat demikian.

"Suasana ini menyedihkan apabila kita lihat ada bayi yang terdedah dengan risiko keselamatan. Ada juga yang menyalakan suar," katanya.

Seorang penjawat awam, Khairi Akmal Mohd. Nor, 28, berkata, sudah tiba masanya semua pihak mencari kaedah bantahan baharu tanpa melibatkan rakyat diheret ke jalanan.

"Mungkin kita perlu memikirkan kaedah seperti mengumpul petisyen untuk menyampaikan bantahan bukan berkumpul seperti hari ini," katanya.

Sementara itu, golongan pemandu teksi di ibu negara menyelar penganjuran perhimpunan membantah GST kerana menyebabkan pendapatan mereka terjejas.

Sam Ku Kasih, 40, berkata, perhimpunan tanpa permit itu menyebabkan orang ramai tidak keluar walaupun hari ini merupakan cuti umum dan keadaan lalu lintas di sekitar ibu negara turut sesak ekoran tindakan peserta perhimpunan yang berarak di atas jalan raya tanpa mematuhi arahan pihak berkuasa.

"Walaupun hari ini cuti umum, orang ramai tidak keluar kerana mereka tahu hari ini ada perhimpunan. Jalan sesak sebab ada perhimpunan tetapi mereka bukan naik teksi jadi tiada hasil tambahan untuk saya," katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia di Jalan Tun Perak sekitar Pudu Sentral dan Dataran Menara Maybank mendapati kesesakan mula berlaku kira-kira pukul 2 petang ekoran tindakan peserta perhimpunan yang berkumpul sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Seorang lagi pemandu teksi, Yusof Abdullah, 53, menyifatkan peserta perhimpunan sebagai rakyat Malaysia yang tidak mencintai keamanan.

"Saya tidak faham kenapa perlu ke jalan raya sedangkan perkara macam inilah yang boleh menimbulkan huru-hara. Malaysia sudah aman, apa lagi yang mereka mahu," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... gkang#ixzz30WbOG8vK
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 11:23 AM | Show all posts
kutip la bape banyak pun gst..kutip kutip jangan tak kutip..

selagi ketirisan..kebocoran..salah guna dana tak di atasi..

kutip la berapa banyak sekalipun..tekan la rakyat sampai botak sekalipun..tak akan cukup...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 11:24 AM | Show all posts
Himpunan gagal capai matlamat

SEBAHAGIAN peserta bantahan pelaksanaan GST menyertai perarakan di Dataran Maybank, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 1 Mei - Perhimpunan membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) anjuran pakatan pembangkang di Dataran Merdeka, bukan sahaja gagal mencapai matlamat utamanya untuk menarik ratusan ribu orang, malah ia dijadikan medan oleh pemimpin pembangkang melemparkan dakyah kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Selain itu, matlamat kononnya untuk menjadi perhimpunan itu bagi menumbangkan kerajaan hanyalah omong kosong apabila peserta yang mula berkumpul sejak pukul 1 petang, mula beredar dari kawasan dataran tersebut pada pukul 4.30 petang.

Seperti perhimpunan pembangkang sebelum ini, ia turut menyaksikan perlanggaran Akta Perhimpunan Aman apabila ada peserta membawa kanak-kanak ke perhimpunan hari ini.

Walaupun membantah GST dikatakan menjadi matlamat utama, namun perhimpunan kali ini menunjukkan tiada sepakatan dan dijadikan platform bagi sesetengah pihak menonjolkan diri mereka di hadapan khalayak.

Ini termasuklah sekumpulan pemuda Cina yang mengaku mengamalkan homoseksual dengan membawa sepanduk yang tertera perkataan, 'Kami homoseksual, kami menentang GST' dan 'Tidak kira saya tidur dengan siapa, tetapi saya menentang GST'’.

Kecelaruan juga timbul apabila ada peserta turut membawa sepanduk-sepanduk yang sama sekali tiada kaitan dengan matlamat perhimpunan seperti tuntutan ro­yalti minyak untuk Kelantan dan kes kematian Teoh Beng Hock. Malah lebih melucukan ada pula kelompok melaungkan slogan mengecam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Apa dikesalkan, perhimpunan itu juga menjadi medan kepada pemimpin-pemimpin pembangkang yang berucap untuk menyebar dakyah termasuk melakukan fitnah terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan.

Antara isu yang difitnah oleh mereka termasuklah kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, pembunuhan model Mongolia, Altantuya Sharibu dan mengecam hukuman penjara ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut menarik perhatian ialah kehadiran ribuan penyokong Pas yang dikatakan peserta majoriti perhimpunan itu walaupun mereka menyedari PKR dan DAP menentang keras pelaksanaan hukum hudud di Kelantan melalui usaha Pas untuk membentangkan Rang Undang-undang persendirian berhubung perkara itu di Dewan Rakyat, pada Jun atau Disember ini.

Sementara itu, menyedari perhimpunan kali ini gagal untuk mencetuskan kekecohan bagi menarik perhatian media asing, penyokong pembangkang cuba menggunakan taktik kotor apabila menyebarkan dalam laman sosial berita kononnya ada pemimpin pembangkang termasuk Anwar ditahan dan seorang anggota Unit Amal Pas mati ditikam ketika pergaduhan dengan anggota Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Mereka juga turut menyebarkan gambar seorang pemuda yang didakwa sebagai suspek kes itu digari dan terbaring di atas pengusung.

Pergaduhan dikatakan berlaku apabila peserta SAMM dikatakan mahu merempuh hadangan bagi memasuki kawasan padang di Dataran Merdeka dan tindakan itu dihalang oleh Unit Amal Pas.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa anggota SAMM bertindak ganas dengan menyerang petugas media yang membuat liputan sehingga ia mencetuskan kekecohan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... lamat#ixzz30Wc6DfZW
© Utusan Melayu (M) Bhd


p/s;- Himpun pasal GST lah sesangat....hak tuihhhhhhhhhhhhhhhh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2014 11:50 AM | Show all posts
Arkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan Muka Hadapan Himpunan anti-GST...sekadar hura-hura
Himpunan anti-GST...sekadar hura-hura

    Khamis, 01 Mei 2014 19:13
    NOOOR HASILAH ISMAIL DAN LUKMAN ABDULLAH

Ada kalangan wartawan yang membuat liputan Himpunan Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di sekitar jalan-jalan dekat Dataran Merdeka yang mengeluh tidak tahu sangat apa yang hendak ditulis kerana ia tidak lebih seperti pesta hura-hura yang kosong.

Macam biasa dalam mana-mana himpunan pembangkang yang dianjurkan sebelum ini ia menjadi medan mereka kutuk apa saja yang baik nak dibuat kerajaan untuk tujuan politik.

Malah ramai kalangan yang menyertai himpunan itu yang ditemui kata mereka sendiri tidak faham sangat apa itu GST dan hanya ikut-ikut kawan datang menyertai himpunan untuk menghiburkan diri.

Mengikut anggaran kasar jumlah yang menyertai himpunan cuma lebih 20,000 orang sahaja namun media pro pembangkang gembar gemburkan sampai 50,000 orang.

Para pemimpin pembangkang yang berucap di himpunan yang berlangsung dari jam 2 petang sampai 5 petang itu hanya melalak retorik biasa mereka termasuk dakwa GST membebankan rakyat.

Sebaliknya fakta di depan mata Malaysia bukanlah negara pertama akan gunapakai GST.

Kini sudah  lebih 160 buah negara guna sistem percukaian berkenaan.

Apakah lebih 160 buah negara itu silap dan pemimpin pembangkang ' terlebih pandai'.

Satu contoh nyata yang baru dialami oleh ribuan orang di Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya ialah kontroversi pasal catuan air yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor.

Cuma semata-mata kerana politik nak menentang rancangan Kerajaan Persekutuan projek Langat 2 tergendala hingga mencetuskan krisis air.

Akhir setelah tersedar kesilapan Menteri Besar Selangor tan Sri Khalid Ibrahim menandatangani memorendum persefahaman (MOU) air dengan kerajaan persekutuan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berucap dilihat lebih cuba meraih simpati pada kes liwat Saiful Bukhari Azlan dimana beliau dikenakan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan.

Beliau yang membuat rayuan peringkat Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan itu anatra lain ulang pukul canang tentang kisah kawan-kawannya di luar negara minta beliau jangan balik Malaysia untuk elak dari kena penjara.

Anwar dakwa konon beliau tolak pelawaan itu kerana mahu berjuang dalam negeri.

Anih tanpa mahu merujuk kepada kes kriis air Selangor yang menyusahkan rakyat beliau dakwa jika kerajaan Pakatan Rakyat perintah mereka ' akan dengar cakap rakyat'.

Apa lagi bukanlah Anwar namanya kalau tidak ulang dan ulang kerajaan zalim dan zalim.

Sementara itu dalam perkembnangan berkaitan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan akan tetap melaksanakan GST pada April 2015 meskipun mendapat bantahan dari sesetengah pihak.

Katanya, ini kerana kerajaan sudah hampir 30 tahun membuat persiapan bagi tujuan itu.

Sambil menyifatkan perhimpunan membantah GST sebagai tidak wajar, Ahmad Maslan berkata penganjur perhimpunan seharusnya menggunakan pendekatan lebih baik untuk menyuarakan pendapat mereka.

"Mereka sepatutnya mengemukakan memorandum berhubung perkara itu, ini (bantahan) hanya bertujuan untuk mempolitikkan segala perkara baik yang kerajaan mahu laksanakan", katanya kepada wartawan di Kuala Lumpur Khamis.

GST yang dikenakan pada kadar enam peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan dikecualikan ke atas barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung dan minyak masak.

Barangan dan perkhidmatan lain yang turut dikecualikan ialah perkhidmatan kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen dan perkhidmatan kesihatan.

Ahmad Maslan berkata GST bukan perkara baharu, malah 90 peratus penduduk dunia berada dalam negara yang telah mengamalkannya.

Kadar GST yang bakal dikenakan juga adalah antara yang terendah dalam dunia, katanya.

"rinsip yang perlu semua fahami adalah cukai itu diproses daripada rakyat dan dikembalikan semula kepada rakyat untuk tujuan pembangunan sosial dan ekonomi mereka.

"Kerajaan tak simpan duit itu kerana kita akan kembalikan kepada rakyat melalui bajet tahunan", katanya.

Di JITRA pula pada sebelah pagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata GST yang akan dilaksanakan mulai April tahun depan mampu menjamin masa depan negara dengan hasil yang lebih mantap.

Katanya walaupun ada pihak bercadang untuk membuat bantahan di Kuala Lumpur terhadap CBP tetapi hakikatnya apabila sistem cukai itu diperkenalkan, masa depan negara terjamin.

" Kalau kita fikir secara rasional.. Kita faham setiap dasar kerajaan bertujuan untuk kebaikan rakyat. Jangan tengok sehari dua. Hari ini tanam benih, esok nak buah," katanya ketika merasmikan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 di Dewan Wawasan di Jitra Khamis.

Najib meminta rakyat memahami nawaitu kerajaan dalam melakukan perubahan dan transformasi kerana kerajaan mempunyai rasional yang kukuh.

" Ini pengertian yang harus disedari..tak boleh hentikan perubahan.. Kena diteruskan..kalau tak berubah maka kita akan berdepan himpitan ekonomi dan membawa kesusahan dan derita pada rakyat. Kerajaan mahu lakukan perubahan dan transformasi walaupun dipandang sebagai sesuatu yang tak patut dan tak perlu dilakukan," katanya.

Najib berkata kerajaan yang ada tidak menjanjikan sesuatu perkara yang tidak mungkin dapat ditunaikan dan bukan hanya untuk meraih sokongan atau populariti, tanpa memikirkan kemudaratan.

"Bila nak buat sesuatu kita timbang dengan teliti dan gunakan pertimbangan adil. Kalaulah Presiden Cuepacs hendak elaun diperbaiki, gaji ditambah maknanya kita perlu kepada hasil bertambah.. Dari mana nak mencari dananya kalau tak ada hasil kalau nak biaya pertimbangan ini?," katanya.

Katanya berdasarkan pertimbangan kerajaan, ia telah membawa kejayaan kepada negara walaupun dunia kini berhadapan krisis ekonomi.

Najib berkata peningkatan ekonomi Malaysia adalah sederhana tinggi iaitu 4.7 peratus pada 2013 dan tahun ini mungkin lebih tinggi sedikit berbanding tahun lepas.-1/5/2015 - OLEH NOOR HASILAH ISMAIL DAN LUKMAN ABDULLAH

p/s:- Kan dah awal2 cakap...yg berhimpun tu tak faham satu hapah pun pasal GST...tapi mai bantah sebab suka2 dan ikut2an...bodohnya lebih dari cipan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
tapibukanaku posted on 2-5-2014 11:10 AM
semua nanti bijak2 belaka

Terlebih bijak. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 12:11 PM | Show all posts
dino posted on 2-5-2014 08:04 AM
isunya gst menampung gomen yg korup.... tp yg demo tu opkoz tak paham pun psl gst....wpun gst lebi ...

tau takpa.. kesimpulannya sapa2 pun pegang sebenarnya sama jah...  dan yg pasti haku mmg tak sanggup nak naikkan DAP ngan PKR.. nampak gaya blum dpt tampuk pemerintahan negara pun dah teruk berganda-ganda..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 12:15 PM | Show all posts
harimau76 posted on 2-5-2014 12:11 PM
tau takpa.. kesimpulannya sapa2 pun pegang sebenarnya sama jah...  dan yg pasti haku mmg tak sangg ...

walaupun diberi peluang sekali pun?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.150849 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list