CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong

[Tempatan] Barisan Kabinet 2013

[Copy link]
Post time 17-5-2013 10:08 AM | Show all posts
PERDANA MENTERI:
YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (Islam)

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (Islam)

JABATAN PERDANA MENTERI:

MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (Islam)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (Islam) (3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (Kristian) (4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (Kristian) (5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (Islam) (6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (Islam) (7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (Kristian) (8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (Kristian)

TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (Islam) (2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (Hindu)

KEMENTERIAN KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (Islam)(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (Islam)(3) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (Islam)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (Islam) (2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (Islam) (3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (Kristian) (4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (Hindu)

KEMENTERIAN PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (Islam) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (Islam)

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (Islam) (MEMANGKU) (2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (Islam)

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (Islam) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (Islam)

KEMENTERIAN KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (Islam) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (Islam)

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (Islam) (2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (Islam)

KEMENTERIAN LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (Islam) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (Islam)

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (Islam) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (Islam)

KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (Islam) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (Islam)

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (Kristian) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (Islam)

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (Islam) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (Kristian)

KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (Islam) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (Islam)

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (Islam) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (Hindu)

KEMENTERIAN KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (Hindu) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA(Islam)

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (Islam)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (Hindu)

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (Kristian) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (Islam)

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (Kristian) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (Islam)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (Islam) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (Islam)

KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (Islam) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (Kristian)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1)MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (Kristian)
(2)TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (Islam)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (Hindu)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (Kristian)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (Islam) (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (Islam)



jumlah anggota kabinet islam = 40 (69%)

jumlah anggota kabinet kristian = 12 (21%)

jumlah anggota kabinet hindu = 6 (10%)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2013 11:44 AM | Show all posts
'Kabinet Global' di bawah kepimpinan Najib

Oleh Azmi Hassan

PENGUMUMAN barisan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bukan sahaja mengambil kira suasana politik tempatan yang telah berubah secara mendadak, tetapi menyesuaikan dengan keadaan geopolitik serantau dan juga antarabangsa yang kadang kala begitu berkait rapat dengan perjalanan politik tempatan.

Begitu malang sekali buat rakyat Malaysia yang telah melaksanakan tanggungjawab demokrasi dengan sempurna pada 5 Mei lepas tetapi masih berhadapan dengan segelintir golongan yang masih tidak mahu menerima keseluruhan keputusan pilihan raya.

Malah begitu ironis sekali golongan yang sama juga telah mengadu kepada Washington supaya melakukan sesuatu dalam usaha golongan tersebut untuk menggambarkan bahawa proses demokrasi di Malaysia telah tercemar dengan penipuan dan manipulasi.

Ironis kerana tidak sampai 48 jam selepas keputusan pilihan raya diumumkan, Patrick Ventrell iaitu Pembantu Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri dan Barisan Nasional kerana berjaya mengekalkan pentadbiran kerajaan.

Begitu juga tahniah diberikan kepada rakyat Malaysia kerana berjaya melaksanakan tanggung jawab dalam suasana pilihanraya paling sengit pernah dilalui. Ventrell juga bagaikan menempelak bantahan pihak pembangkang. Beliau menyeru semua pihak menghormati keputusan yang telah di buat oleh pengundi.

Tidak cukup dengan kenyataan daripada Jabatan Negara AS, pada 8 Mei berikutnya White House mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan keputusan pilihan raya dengan ucapan tahniah kepada Najib di atas kejayaan BN dan Washington mengharapkan hubungan dua hala dapat dipertingkatkan lagi demi kepentingan serantau.

Jika dua kenyataan rasmi daripada Jabatan Negara AS dan White House masih tidak mencukupi untuk meyakinkan pembangkang supaya menerima dengan hati terbuka keputusan pilihan raya, maka panggilan telefon daripada Presiden Barack Obama kepada Najib kelmarin sudah cukup untuk meyakinkan proses pilihan raya Malaysia telah terlaksana mengikut peraturan.

Begitu jelas Obama menegaskan dalam perbualan telefon bahawa beliau memahami dan menerima proses serta keputusan pilihan raya.

Panggilan telefon Obama jelas mempamerkan betapa AS menghormati Malaysia di bawah kepimpinan Najib sebagai negara yang mempunyai pengaruh, bukan sahaja di rantau Asia tetapi juga dalam kalangan negara Islam.

Jika pentadbiran Najib dianggap tidak sah masakan pula Obama boleh menyatakan persetujuan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 11 dan 12 Oktober ini.

Paling menarik, perbualan telefon kedua-dua pemimpin ini juga menyentuh isu pengawalan senjata nuklear sedangkan Malaysia tidak mempunyai kemampuan teknologi nuklear.

Tetapi perlu ditegaskan Obama telah lama mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mampu memainkan peranan dalam isu ini kerana pada Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yang diadakan di Washington pada April 2010, status Malaysia sebagai negara Islam yang berpengaruh jelas terbukti.

Ini adalah kerana hanya dua pemimpin negara Islam iaitu Raja Abdullah dari Jordan dan Najib telah diberi penghormatan mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden AS.

Ramai yang sangsi dan mempunyai prasangka tidak baik kerana perhatian yang diberikan oleh Washington terhadap Kuala Lumpur mungkin melebihi apa yang diterima oleh sekutu kuat AS sedia ada seperti Manila, Bangkok malah Singapura sekali pun. Ada pula yang beranggapan pandangan positif tersebut disebabkan kepimpinan Obama dan bukannya kerana Najib.

Walau apa pun pandangan sinis tersebut, hakikatnya adalah sebaik-baik sahaja Najib dilantik Perdana Menteri pada tahun 2009, persepsi Washington terhadap Kuala Lumpur mula berubah.

Ketika menyampaikan ucapan kepada dunia Islam di Kaherah pada 4 Jun 2009, Presiden Obama telah mentafsirkan Malaysia sebagai negara Islam yang maju dan progresif tetapi masih mampu mengekalkan ciri-ciri kesederhanaan dan patut dijadikan contoh oleh negara Islam yang lain.

Ucapan Kaherah dan pandangan Obama terhadap Malaysia adalah kritikal dan penuh makna kerana ucapan tersebut dianggap sebagai manifestasi Washington untuk membuka ruang rundingan kepada semua negara Islam, tidak kira lawan atau kawan. Malaysia yang telah digunakan sebagai contoh negara Islam yang terbaik adalah manifestasi tadbir urus Najib.

Pembentukan kerajaan oleh Najib dengan pengumuman barisan menteri Kabinet semalam jelas mempamerkan betapa pentingnya pengamalan dasar luar yang pragmatik. Malah dalam Aku Janji Pilihan Raya BN telah diperincikan dengan jelas hala tuju dasar luar kerajaan. Paling menarik ialah penggunaan pendekatan kesederhanaan melalui Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) sebagai teras dasar luar negara apabila berhadapan dengan masalah antarabangsa.

Begitu juga pentadbiran Najib secara tegas menyokong usaha penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka adalah dasar yang sememangnya disanjung oleh rakyat Malaysia dan sudah pasti pentadbiran Najib lima tahun akan datang bakal menyaksikan lebih banyak program kemanusiaan dilaksanakan di wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, selatan Thailand dan Mindanao.

Kesinambungan kepimpinan Najib dan pasukan menteri Kabinet beliau bukan sahaja penting untuk kesejahteraan rakyat Malaysia tetapi kritikal juga untuk negara Islam dan juga negara kecil yang lain di mana suara mereka sukar untuk diketengahkan di pentas global.

Sebagai sebuah negara Islam yang maju, progresif dan dihormati berserta dengan GMM, Malaysia melalui kepimpinan Najib mampu sekurang-kurangnya menjadikan PBB lebih adil dan saksama. Ini adalah kerana Najib telah berikrar akan berusaha untuk memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam jangka masa lima tahun akan datang.

PENULIS ialah Geostrategis Institut

Geospatial dan Sekolah Perdana

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... Najib#ixzz2TWBBWWrG
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 11:50 AM | Show all posts
barisan menteri
yang akan jaga kepentingan
Najib

kepentingan rakyat ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 01:51 PM | Show all posts
MENTERI YG DPT MOSTI TU ADA BACKGROUND SAINS KE ?
kalay takat pndai ckp tp fail xtau info worldwide..ssh ar mosti nak berkembang nnti..dh berpuluh thn pun takat tu jer ae
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 06:58 PM | Show all posts
mjla posted on 16-5-2013 08:32 AM
Lg 5 taun peel menteri2 Msia takkan berubah.

Kaki spin, kaki songlap, kaki clubbing sumer lengkap ...

lets say la lagi 5 tahun PR berjaya memegang tampuk pemerintahan negara...
kaki spin, kaki songlap, kaki clubbing, kaki pompuan dan segala jenis kaki yang berbau busuk di kalangan puak2 PR pun tetap akan ada...
manusia... kalu dah ada kuasa, serta duit depan mata... what do we expect kannn???

politics are always dirty...



Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2013 02:14 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 16-5-2013 04:58 PM
semberong tu nama tempat
parlimen Hisam kat johor tu.

ok...tq..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2013 03:53 PM | Show all posts
Agree with Acong..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2013 04:51 PM | Show all posts
RedFoxx posted on 19-5-2013 03:53 PM
Agree with Acong..

atau nak lagi ramai menteri?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2013 11:45 AM | Show all posts
hidup KJ!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 11:59 AM | Show all posts
dah keluar result PRU13...baru meroyan...nah sekarang rasakan lah org Sabah dan Sarawak bilang...

"biarkan si luncai dgn labu labu nya...biarkan biarkan..." hahahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.044760 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list