CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia (U)... jom baca bab 36

 Close [Copy link]
 Author| Post time 26-8-2013 01:28 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


           “Kamu tak kerjakah hari ni Lily? Pucatnya muka kamu Lily. Tak sihat ke, sayang?”

           Hairan juga dia dengan anak angkatnya. Selalunya masa begini dia sudah bersiap ke tempat kerja. Muka gadis itu kelihatan agak pucat. Terdetik rasa bimbang dihatinya.

           “Entahlah ibu, rasa tak sedap badan pula. Pinggang ni, sakit sangat. Perut Lily pun kadang-kadang rasa macam keras saja. Ibu tengok kain Lily ni, rasa basah saja dari tadi. Takkanlah peluh Lily sebanyak ini? Kenapa ya ibu?”

            Berkerut sedikit mukaku menahan senak bercampur dengan rasa berdenyut di perutku. Takkan kalau berpeluh sampai basah macam ni kain aku?

            “Ya Allah, bukan peluhlah sayang. Nampaknya, air ketuban kamu dah pecah!! Kamu dah nak bersalin ni. Kenapa tak beritahu ibu awal-awal? Kamu tunggu kat sini Lily, biar ibu ambilkan beg kamu. Kak Nah, mari tolong saya.”

             Cemas nada suara ibu. Keadaan agak kalut ketika ini. Aku hanya duduk sahaja. Perutku terasa senak menyucuk. Tak tahu bagaimana hendakku gambarkan kesakitan itu. Agaknya, beginilah kesakitan yang emak alami ketika mahu melahirkan kami. Ya Allah, betapa besarnya pengorbanan seorang ibu ketika melahirkan.

             Aku benar-benar insaf. Janganlah sesekali disakiti hati kaum ibu. Jasa dan pengorbanan mereka sepanjang mengandung, melahirkan dan membesarkan kita sangatlah besar. Tidak terbalas malah tidak dapat dinilaikan dengan harta walau setinggi gunung kekayaan itu.

             “Mari Lily, ibu papah kamu. Boleh jalan tak ni? Pak Hamdan dah tunggu di luar.  Ibu pun dah telefon ayah. Dia akan terus ke hospital nanti.”

             Dia memaut bahuku, aku berjalan perlahan. Sakit di pinggang kian menyucuk ditambah dengan sakit di perut. Aku menggagahkan diri untuk berjalan. Terasa semput sedikit pernafasanku yang sedang cuba menahan rasa sakit diperutku yang kian rancak. Sakit yang menyucuk-nyucuk….aduh!!!
*******************


Last edited by wipers81 on 26-8-2013 01:31 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2013 01:33 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


              Sampai sahaja di hospital, aku terus dimasukkan ke wad kecemasan. Kelihatan kelibat doktor Haryani, berlari-lari anak ke arahku. Mukanya kelihatan agak cemas.  Setelah memeriksa aku, dia mengarahkan pembantunya memasukkan aku ke bilik pembedahan. Menurutnya, aku perlu dibedah untuk mengeluarkan anak-anakku. Segala persiapan telah pun siap. Macam-macam yang mereka buat padaku ketika berada di dalam bilik pembedahan. Rumit juga segala proses mengenainya.

              Tangan kananku dicucuk jarum untuk memasukkan air. Bahagian perutku dicukur dan dibersihkan bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman. Aku diminta duduk dengan melunjurkan kedua kakiku ke hadapan sambil memeluk sebiji bantal. Kelihatan, seorang doktor berdiri di belakangku untuk membius aku dengan memasukkan jarum ke tulang belakangku. Sakitnya hanya Allah S.W.T yang tahu. Selesai, aku diminta baring.

              Tidak lama selepas itu, aku mula terasa kebas dari paras pinggang ke kaki. Doktor Haryani memutuskan membelah perutku secara melintang di bahagian bawah bukan secara menegak. Katanya jika dia membelah perutku secara menegak, aku akanmengalami banyak kesukaran tatkala mahu duduk nanti. Anak-anakku pula berkedudukan seperti huruf ‘T’ di dalam perutku.   

********************

               Hampir tiga jam setengah aku berada di dalam bilik pembedahan. Aku separuh sedar semasa proses pembedahan itu. Pandanganku terhalang oleh sehelai kain putih yang direntangkan di hadapan mukaku. Setiap detik waktu yang berlalu, aku merasa sedikit resah. Mulutku tidak putus membaca sepotong doa Nabi Yunus.

               Mujurlah jururawat yang berada di sisiku cuba mengalihkan perhatianku dengan mengajakku bersembang. Adakalanya, aku terlelap seketika. Di satu masa, terasa nafasku agak semput. Susahnya untuk aku bernafas.Aku banyakkan berdoa dan mengucap. Manalah tahu ajal datang menjemput tika ini.  Aku berserah sepenuhnya nasibku kepada Allah S.W.T.

               Terasa lambat sungguh masa berlalu. Aku perlu bersuara setelah agak lama aku menanti….

               “Tak siap lagi ke doktor? Lama lagi ke? ” Soalku.

                Kesakitan mula ku rasakan di bahagian perutku. Adakah kerana kesan ubat bius semakin berkurangan?

               “Hampir siap puan. Tinggal cuci sahaja.”

                Jawab doktor Haryani di sebalik kain yang direntangkan depan mukaku. Mereka langsung tidak memberi aku melihat anakku yang dikatakan tidak sempurna itu. Mereka hanya menunjukkan padaku seorang lagi anakku yang sempurna kejadiannya dan memintaku mengesahkan jantina bayiku sebelum menyuruh aku mencium bayiku. Mereka kemudiannya berlalu pergi membawa bayiku.

                Seorang bayi perempuan yang sangat kecil. Hampir tidak percaya, aku kini sudah bergelar seorang ibu dalam usia yang muda ini. Mahu saja aku menangis kerana tiba-tiba aku teringatkan Ammar. Tahukah dia yang sekarang ini dia sudah bergelar ayah? Air mataku mula mahu terbit. Apabila aku fikirkan kembali, adakah berbaloi untukku menangis kerananya?

               Aku kemudiannya, ditolak keluar dari bilik pembedahan dan dibawa ke wad biasa. Aku dipindahkan ke katil di wad itu dan aku dikehendaki berbaring tanpa beralaskan bantal. Bayangkan selama ini, tidurku beralaskan bantal di kepala. Mujurlah hanya selama enam jam sahaja. Jika berlarutan sehari, tak tahulah bagaimana. Fikiranaku melayang tatkala teringatkan bayiku yang masih tidak diketahui bagaimana dengan keadaannya.

               Ya Allah, berilah kekuatan untukku mengharungi semua ini……


Last edited by wipers81 on 26-8-2013 01:38 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2013 01:40 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


             “Puan Dayana, bayi puan sekarang ditempatkan di ICU. Keadaannya tidak begitu baik puan. Beratnya semasa lahir hanya 685 gram sahaja. Terdapat masalah pada paru-parunya dan ada sedikit pendarahan di kepalanya. Saya harap, puan kuat untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Buat masa sekarang, pihak kami enggan menjanjikan apa-apa pada puan. Hanya boleh mengatakan yang bayi puan stabil. Bersabarlah ya puan.”

              Panjang penerangan dari doktor Haryani kepadaku. Pilu hatiku dengan penjelasannya. Sudahlah anakku yang seorang lagi langsung aku tidak lihat bagaimana rupanya. Ini pula, bayiku yang seorang lagi. Sungguh berat dugaanMu kali ini Ya Allah. Aku menangis, itu sahaja cara untuk aku mengurangkan tekananku.

              “Yana, sabarlah. Aku akan sentiasa ada di sisi kau. Sabarlah, jangan diturutkan sangat perasaan kau tu. Mungkin ada rahmat disebalik semua ini. Allah S.W.T itu Maha Adil. Dia menduga hambaNya dengan dugaan yang mampu ditanggung oleh hambaNya itu. Walaupun pada pandangan aku, dugaan yang kau hadapi sangatlah berat dan aku sendiri rasanya tidak mampu menanggung apa yang kau alami tapi kau berjaya juga laluinya. Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Mengetahui akan segalanya dan kau nampaknya mampu menanggung ujian seberat ini.”

              Azreena memujukku dengan kata-kata nasihat yang aku rasakan meresap masuk dalam jiwaku.Ya, aku akui kata-katanya adalah betul. Aku perlu lebih kuat.

             “Terima kasih Azreena. Kau memang sahabat aku dunia akhirat. Aku nak tanya kau, mana ibu dengan ayah angkat aku? Dari tadi aku tak nampak?” soalku.

              Hairan, ke mana mereka pergi? Yelah, dari tadi tidak kelihatan bayang mereka.

              “Lah…aku terlupa. Mereka sedang menguruskan jenazah anak kau dan Zaki pun ada dengan mereka. Selesai nanti, mereka datanglah. Rasanya, dah selamat dikebumikan jenazah anak kau tu. Tak sempat diorang nak tunggu kau, Yana. Yelah, tak baik dibiarkan jenazah anak kau tu lama-lama.”

              Air mataku mengalir lagi. Aku terlupa akan anakku itu. Semoga kau tenang di sana anakku. Tempatmu sudah tersedia di dalam syurga anakku. Tunggulah kedatangan ibumu wahai anakku.


Last edited by wipers81 on 26-8-2013 01:44 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2013 01:46 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


            “Lily, macam mana sekarang? Dah rasa sihat sikit ke?”

             Sabariah menanyakan soalan sebaik sahaja sampai ke katil yang menempatkan anak angkatnya itu. Kelihatan, anak angkatnya tersenyum dan menganggukkan kepala. Sedih, bila mengenangkan nasib gadis malang itu. Suaminya yang turut sama berdiri di sebelahnya, hanya memandang wajah gadis itu dengan pandangan yang sayu. Mereka baru sahaja selesai menguruskan pengebumian bayi kepada gadis itu. Sayu hati Sabariah tatkala dia melihat fizikal bayi itu.

             “Lily, anak kamu dah selamat dikebumikan. Ibu dan ayah dah uruskan semuanya.  Kami letak nama Muhammad. Ibu rujuk pada ustaz Jaaafar terlebih dahulu tentang jantina anak kamu tu sebab fizikal dia kurang sempurna. Ibu minta maaf sebab tak menunggu Lily terlebih dahulu. Semuanya kena diuruskan dengan segera.”

              Sabariah lantas meraih tangan gadis itu lalu digenggam tangan kurus itu.  

              “Lily faham ibu. Terima kasih Lily ucapkan pada ayah dan ibu kerana sudi menolong Lily. Tak terbalas rasanya jasa ayah dan ibu.”

              Aku membalas genggaman ibu angkatku. Kemudian, dia bangun dan mencium dahiku. Tenang rasa hati aku, terasa seperti emak yang berada di hadapanku sekarang.

               “Ibu, rasanya dah lebih enam jam Lily terbaring di sini. Boleh tak ibu panggilkan nurse sebab Lily nak pergi tengok anak Lily, boleh tak ibu?” pintaku.

               Dia menggamit tangan ke arah nurse yang kebetulan lalu di hadapan katilku. Dia memberitahu akan permintaanku pada nurse itu.

              “Puan nak pergi tengok bayi puan ke? Nampaknya sudah lapan jam puan baring. Jadi, saya rasa puan dah boleh bangun. Jangan paksa kalau tidak boleh. Jahitan puan masih baru lagi, takut terbuka pula. Berhati-hati ya puan semasa nak bergerak nanti. Selepas saya menanggalkan tiub ini, puan bolehlah mula bergerak.”

               Doktor Haryani kemudiannya menutup tirai di sekeliling katilku. Dia mengeluarkan tiub disaluran kencingku dan memeriksa luka di perutku. Setelah selesai, dia kemudiannya beredar.

              “Boleh ke Lily? Kamu nak ibu bantu kamu ke?”

               Sedikit risau pula Sabariah dengan anak angkatnya itu yang baru sahaja menjalani pembedahan. Bimbang rasa hati dia….

               “Insya Allah ibu. Lily cuba. Sampai bila Lily nak harapkan bantuan ibu. Biarlah Lily buat sendiri ibu. Lama-lama nanti, Lily okeylah. Biasalah ibu, baru-baru ni memanglah sakit. Lily boleh tahan lagi ibu selagi Lily terdaya. Terima kasih ibu sebab sudi membantu Lily.”


Last edited by wipers81 on 26-8-2013 01:52 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2013 01:54 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


               Aku menolak bantuannya dengan lembut. Aku rasakan, aku perlu melakukan semuanya sendiri. Aku perlu berdikari. Perlahan, aku mengiringkan badanku ke kanan. Dengan sekuat tenaga, aku menolak naik tubuhku. Setelah aku berjaya duduk, aku cuba mengangkat kakiku satu persatu dan sekarang kedua-duanya terjuntai di kaki katil hospital yang tinggi itu. Aku memijak kerusi yang ada di situ dan akhirnya aku berjaya turun dari katil.

               Sedikit membongkok tubuhku sebaik sahaja kakiku mencecah lantai. Ku cuba menegakkan badan. Masha Allah, sakitnya….tak tergambar bagaimana sakit yang aku rasa. Terasa seperti bahagian perutku terdapat beratus-ratus pisau yang menghiris. Ingin sahaja aku menangis, namun ku tahan. Terasa amatlah berat kakiku untuk diangkat. Seperti diikat dengan batu. Aku gagahkan diri dan aku mula mengatur langkah satu demi satu menuju ke tandas.

               “Biarlah ibu tolong Lily. Takut ibu tengok kamu ni. Hati-hati, kamu baru saja lepas dibedah.”

               Sekali lagi Sabariah menawarkan diri untuk menghulurkan bantuan.

               “Ibu janganlah risau. Lily okey. Tengok, Lily dah boleh jalan sikit-sikit ni. Ibu tunggu kat luar ya. Kalau ibu nak tolong, ambilkan pakaian Lily dan lepas ni boleh tak ibu ambilkan Lily kerusi roda? Lily ingat nak pergi tengok anak Lilylah.”

               Aku menolak lagi bantuan yang mahu dihulurkan dengan lembut. Bimbang juga jika ibu berkecil hati.

               “Baiklah Lily. Tunggu sekejap ibu ambilkan pakaian Lily.”

               Terus dia melangkah meninggalkan aku. Selepas dia menghulurkan pakaianku, aku terus masuk ke dalam tandas. Membersihkan diri. Setelah selesai, aku keluar dan melangkah perlahan ke katil. Terasa segar sedikit tubuh aku.

               Beberapa minit selepas itu….

               “Eh Yana, kau dah boleh jalan ke? Beraninya kau ni. Bukan ke kau baru saja kena bedah?” soal Azreena kehairanan.

               Bila pula Azreena ni sampai? Zaki disebelahnya hanya mengerutkan keningnya. Apalah yang nak dihairankan? Takkanlah selamanya aku nak kena baring sahaja.

               “Bila korang sampai? Aku bukan apa Azreena, lecehlah kalau asyik baring saja.  Lagipun, doktor kata okey kalau aku nak bangun. Aku nak pergi tengok anak akulah. Rindulah aku dekat dia.”

                Kemudian perlahan aku duduk di kerusi roda yang diambil oleh ibu angkatku. Kami akhirnya, melangkah meninggalkan wad yang menempatkan aku menuju ke wad anakku.


Last edited by wipers81 on 26-8-2013 01:58 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2013 02:01 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


                Sedih dan pilu di hatiku tatkala melihatkan keadaan bayiku. Fizikalnya sangat kecil kerana lahir tidak cukup bulan ditambah pula dengan wayar yang berselirat ditubuhnya. Jika boleh dibuat pertukaran, aku lebih rela berada ditempatnya sekarang.

               Aku hanya boleh menyentuh bayiku melalui lubang yang disediakan di tepi balang yang menempatkannya. Itupun, selepas aku diarahkan membasuh tanganku terlebih dahulu. Aku membelai kakinya dengan perlahan. Air mataku mula menitis. Anak ibu….aku ingin memeluk dan mendakap bayiku. Namun, apalah dayaku kerana ianya adalah mustahil buat waktu ini. Terasa ada tangan memelukku dari belakang. Aku menoleh…

              “Ibu tahu anak ibu ni seorang yang kuat dan ibu tahu cucu ibu juga setabah ibunya juga. Banyakkan beroda moga semuanya di permudahkan oleh Allah S.W.T”

              Sabariah cuba memujuk anak angkatnya itu. Dia dapat merasakan kesedihan yang dialami oleh gadis itu. Dia juga tahu, betapa teringinnya gadis itu mahu memeluk bayinya sebagaimana dia juga turut teringin berbuat demikian. Dipendamkan semuanya jauh ke dalam hati. Dia perlu kuat untuk membimbing gadis itu.

              “Insya Allah ibu. Kita sama-sama doakan untuk anak Lily, ya ibu.”

              Aku mengenggam erat tangannya yang memaut bahu kiriku. Cuba untuk mengambil sedikit kekuatan dalam diri ibu angkatku itu untuk disalurkan padaku. Aku perlukan sedikit kekuatannya untuk terus bertahan.

              “Ya, ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk Lily dan cucu ibu. Ibu akan sentiasa ada di sisi anak ibu ni. Kebahagiaan Lily, kegembiraan ibu. Ibu sayangkanLily.”

              Kata-kata itulah yang selalu dan akan sentiasa dia ucapkan kepada gadis itu. Dia mahu gadis itu tahu bahawa dia tidak keseorangan di dunia ini. Dia membalas genggaman jemari halus gadis itu.

               Aku pasrah dengan takdir yang menjadi milikku sejak dari awal lagi. Perjalanan hidup aku masih panjang. Mengapa harus aku berkeluh kesah sedangkan masih ramai lagi yang nasibnya lebih teruk dari aku di luar sana. Aku menginsafi diri.

              “Puan, nampaknya keadaan anak puan tidak berapa stabil sekarang. Seperti yang saya katakan sebelum ini, puan haruslah tabah menerima sebarang kemungkinan. Kami akan lakukan yang terbaik untuk puan. Sama-samalah kita berdoa semoga semuanya dipermudahkan.”

              Doktor Haryani menerangkan mengenai situasi bayiku. Aku masih lagi berada disisi anakku. Air mataku menitis mendengarnya. Kata-kata doktor muda itu ibarat belati tajam yang menghiris hatiku. Bisanya menjalar hingga ke jantung. Terasa seperti mahu terhenti nafasku.

               Kuatkah aku untuk menerimanya????  



berhenti sekejap....mata dah merah ni....


Last edited by wipers81 on 26-8-2013 02:06 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2013 03:56 PM | Show all posts
cian nye yana
hope baby dia stabil blk
tisuuuu i need u
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2013 04:19 PM | Show all posts
stand by tisu banyak2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2013 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama ke part sedih2 ni? Ishhh... Tissue ku dah habis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2013 09:55 PM | Show all posts
cmf_picanto posted on 26-8-2013 09:44 PM
Lama ke part sedih2 ni? Ishhh... Tissue ku dah habis

ada lagi...bab 28...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 10:25 AM | Show all posts
wipers81 posted on 26-8-2013 01:55 PM
ada lagi...bab 28...

bile nak sambung ..ai da ready tisu 5-6 kotak
tgu mase n ketika jek hujan banjir


Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 11:58 AM | Show all posts
Tuan umah...nak teka muleh....

Fahim tu ank kepd pasgn suamisteri angkat yana ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2013 12:41 PM | Show all posts
sellie003 posted on 27-8-2013 11:58 AM
Tuan umah...nak teka muleh....

Fahim tu ank kepd pasgn suamisteri angkat yana ke?

JENG100X tunggu je kak sellie

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 12:45 PM | Show all posts
sellie003 posted on 27-8-2013 03:58 AM
Tuan umah...nak teka muleh....

Fahim tu ank kepd pasgn suamisteri angkat yana ke?

kaki speku jugak ke kaka sellie
muahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 12:50 PM | Show all posts
yoozara posted on 27-8-2013 12:45 PM
kaki speku jugak ke kaka sellie
muahahahaha

baru tau ke...huhu...dah lama terjebk dlm speku memiku nih....
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 12:51 PM | Show all posts
wipers81 posted on 27-8-2013 12:41 PM
JENG100X tunggu je kak sellie

akak ok jek tggu nih....huhu...bakl ada sinar bahagia pada idup yana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2013 04:45 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


BAB 28


            Aku pasrah dan redha dengan ketentuan ini. Setelah hampir empat puluh lapan jam bayiku melihat dunia, akhirnya jam sepuluh pagi ini dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia pergi meninggalkan aku, ibunya yang langsung tidak berpeluang memeluk, membelai dan memegangnya.

            Akibat dari pelbagai komplikasi yang dialaminya ketika lahir menyebabkan dia gagal untuk bertahan lebih lama. Allah S.W.T lebih menyayangi dirinya. Terlalu berat hatiku untuk aku melepaskannya pergi.

           “Puan, jika hayat anak puan panjang sekalipun, macam-macam masalah akan dia hadapi. Sepanjang hidup, dia hanya akan bergantung pada mesin untuk teruskan hidup. Allah S.W.T lebih menyanyanginya puan. Kami telah lakukan apa yang terdaya. Walaupun dia tidak dapat bertahan lama, bayi puan seorang yang kuat dan tabah. Dia mampu bertahan untuk dua hari. Semoga puan tabah.”

           Itulah kata-kata yang diucapkan oleh doktor Haryani semasa dia memberitahuku mengenai pemergian anakkku. Kata-kata itulah yang sering dilafazkan oleh sesiapa sahaja yang melawatku. TABAH!! Sudah sebati telingaku mendengarnya. Berat mata memandang, berat lagi bahuku yang memikulnya.

           Bila difikirkan kembali, hidup aku perlu diteruskan. Mampukah aku meneruskan semua ini. Betapa rindunya aku pada anakku. Mengapa aku tidak diberi peluang untuk membelai dan memeluknya. Ya Allah, bantulah hambaMu ini agar tidak terus hanyut dengan menyalahkan segala ketentuanMu padaku.

           Berilahpeluang padaku untuk membaiki diriku yang sememangnya banyak melakukan kesilapan dalm sedar atau tidak.

           Ampunilah segala dosa-dosaku, Ya Allah…

Last edited by wipers81 on 27-8-2013 04:48 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2013 04:51 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


             Suasana di rumah ibu angkatku agak tenang walaupun dengan kehadiran ramai orang. Ramai juga tetamu yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir buat anakku.  Tidak ketinggalan, rakan sepejabatku. Jenazah anakku telah siap dimandikan dan dikafankan oleh pihak hospital. Kecil sahaja anakku. Luluh hatiku tatkala melihat kain putih yang membaluti tubuh kecilnya itu. Perlahan aku bergerak menghampiri jenazahnya yang telah siap dikafankan itu.

             Aku menatap wajah anakku sepuas-puasnya. Tiada lagi tatapan seperti ini di lain hari. Inilah tatapan terakhir untukku. Ya Allah, comelnya anakku ini. Nur wardah. Itu, nama yang aku berikan padanya yang bermaksud sekuntum bunga mawar. Sungguh jernih wajahya. Sayu rasa hati kerana dia juga akan pergi meninggalkan aku. Singkatnya peluang aku bersamanya.

             “Pergilah dengan tenang wahai anakku. Nantikan ibu di sana bersama Muhammad. Walaupun ibu tidak sempat bertemu dengan Muhammad, ibu sayangkan anak-anak ibu. Ibu doakan kalian bahagia di sana. Tunggu kedatangan ibu di sana ya, wahai anak-anak ibu yang ibu kasihi.”

             Aku kemudiannya mencium dahi dan pipi Nur Wardah. Ku tahan air mata yang mahu keluar dari kolam mataku. Bimbang jika air mataku tumpah pada muka comelnya itu.  Terasa kosong fikiranku di saat ini.

            “Lily kena ikhlas lepaskan anak Lily pergi. Tempatnya sudah tentu di syurga. Sudah pasti mereka juga menantikan Lily di sana. Bersabarlah anakku sayang.”

             Dipeluk tubuh anak angkatnya itu. Sabariah juga sedih dengan nasib yang menimpa anak dan cucu angkatnya itu. Dia juga sebak dengan situasi ini.

             “Akak tahu Lily mampu hadapi semua ni dengan tabah. Akak tahu Lily kuat orangnya. Akak kesal sebab tak dapat temani Lily sebelum ni.”

              Kak Mariam bersuara sambil teresak-esak menangis. Dia baru sahaja sampai bersama abang Wahid. Dahulu, aku memanggilnya cikgu Wahid. Mereka bergegas ke mari, sebaik sahaja mengetahui keadaan anakku yang kritikal sejak malam tadi. Aku juga turut mengalirkan air mata.


Last edited by wipers81 on 27-8-2013 04:55 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2013 04:57 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


          “Jangan kata begitu kak. Akak dan abang Wahid telah banyak membantu saya.  Tak terbalas rasanya jasa akak dan abang terhadap saya. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas budi akak berdua.”

           Ikhlas dari hati aku ucapan itu. Terlalu banyak pertolongan yang telah mereka hulurkan padaku. Aku tidak tahu bagaimana hendak aku ungkapkan rasa terima kasihku pada mereka. Hanya ayat-ayat itu sahaja yang mampu aku luahkan setiap kali berterima kasih pada mereka.

**********************

           Jenazah anakku telah selamat dikebumikan selepas solat Asar. Aku yang masih lemah hanya terbaring lesu. Aku hanya mampu melihat jenazahnya diusung keluar dari rumah ibu angkatku. Tidak aku sangka, sekelip mata aku kehilangan anak-anakku. Aku benar-benar tidak bermaya. Semangatku seolah-olah hilang dan di bawa pergi bersama mereka. Untuk apa aku hidup lagi di dunia ini? Semuanya sudah tidak bermakna untuk aku.

            Sudahlah hidup umpama sebatang kara, tidak bersuami malah keluarga sendiri juga telah membuang aku dari hidup mereka. Tidak mahukah mereka tahu bagaimana keadaan aku sekarang? Tidak mahukah mereka tahu akan nasib aku sekarang? Tidakkah mereka tahu jiwa aku sangat menderita sekarang? Puas aku cuba melelapkan mata.

           Namun,tersangatlah payah mataku ini mahu pejam. Hari ini merupakan hari ke lima aku berpantang. Ibu menasihati aku supaya jangan banyak berfikir kerana tidak bagus untuk kesihatanku. Apa yang harus aku lakukan sekarang??

Last edited by wipers81 on 27-8-2013 04:59 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2013 05:01 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


            “Yana, nah makanan kau. Ibu angkat kau pesan, kena makan sementara masih  panas lagi ni. Kau tu masih dalam pantang lagi. Masuk angin pula perut tu nanti. Makanlah, aku temankan kau. Janganlah diturutkan hati sangat, nanti merana badan, kau juga yang susah.”

            Beria-ia sahabat aku itu memujukku untuk makan. Azreena banyak membantu aku di kala aku perlukan teman untuk berbicara. Dia dan Zaki banyak memberi motivasi kepadaku. Aku beruntung mendapat sahabat seperti mereka.

            “Entahlah Azreena, takde selera aku nak makan. Macam dah mati pula selera makan aku ni. Tak tertelan pula rasanya nasi ni. Boleh tak kalau kau saja yang makankan untuk aku?”

            Aku masih dalam keadaan lesu. Boleh ke macam tu??? Tiada niat sebenarnya nak buat lawak.

            “Hesy...kau ni Yana. Jangan nak cari pasal pula. Tolonglah makan. Sikit pun takpelah. Baiklah, kalau kau tak nak makan, aku panggil ibu dengan kak Mariam kau. Macam mana?”

             Ni yang aku lemah kalau kena ugut. Siap guna nama ibu dengan kakak angkat akul agi. Malas nak berperang mulut dengan sahabat bertuah aku ni, aku menggagahkan juga diriku untuk menelan nasi yang ku suapkan ke mulut.

             Nasi putih, berlaukkan ikan talang kering yang dimasak asam amatlah sinonim dengan lauk untuk orang yang dalam pantang. Dalam masa empat hari ini, itulah makanan aku. Hanya beberapa suapan sahaja yang dapat aku telan. Aku meletakkan pinggan di meja berdekatan katilku.

            “Dayana, kau tak nak beritahu mak dan ayah mertua kau pasal hal kau dan anak kau ke? Akak boleh tolong kalau kau nak.”

            Kak Mariam menyanyakan soalan kepadaku yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.  

            “Tak perlulah kak! Kalau cerita pada mereka pun, anak saya boleh hidup balik ke? Atau boleh ke mereka kembalikan kehidupan saya yang lalu? Biarlah mereka bergembira tanpa saya di sisi kak. Saya dah tak mahu ada kaitan dengan mereka lagi kak.”

            Hati aku benar-benar terluka dengan perbuatan mereka. Aku benar-benar rasa terkilan kerana mereka tidak bersungguh mencari aku. Untuk apa mereka mengetahui tentang perkara ini. Biarlah, moga mereka bahagia dengan kehidupan mereka tanpa kehadiran aku.


Last edited by wipers81 on 27-8-2013 05:04 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 11:02 AM GMT+8 , Processed in 1.056132 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list