CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Leonarzi

[MERGE EDISI AJL] Tahniah Juara AJL27 Yuna & Aizat (konspirasi TV3 kah?)

[Copy link]
Post time 7-1-2013 11:01 AM | Show all posts
kaki_palsu posted on 7-1-2013 10:51 AM
yg first tuh mmg terbaik la.. aku pun mempunyai harapan yg sama.. hahahha..

serius i pon nervous, coz baca tread juara terancang tu......sebab bg i lagu tu not up to par untuk jadi juara...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2013 11:08 AM | Show all posts
terukir di bintang
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 11:09 AM | Show all posts
Ibu Yuna: Terima Kasih Aizat, Mohon Maaf Pada Uji Rashid!


        
KUALA LUMPUR, 8 JAN 2013: Penantian penyanyi dan pemuzik bertaraf antarabangsa, Yunalis Zarai atau Yuna untuk menjulang gelaran juara di pentas Anugerah Juara Lagu akhirnya tercapai kali ini apabila lagu Terukir Di Bintang ciptaan sepenuhnya oleh Yuna sendiri telah dinobatkan sebagai Juara Lagu 27 pada malam kemuncak yang telah pun berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi. .
        Sepertimana yang diketahui ramai, Yuna yang baru sahaja menandatangani kontrak bersama pengarah muzik hebat, David Foster tidak dapat pulang untuk beraksi di pentas AJL kali ini dan kontroversi mula tercetus apabila pengganti yang dipilih Yuna iaitu Uji Rashid telah ditukarganti kepada Aizat Amdan dalam masa kurang daripada 3 hari sebelum Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) berlangsung.
        Ketika sidang akhbar AJL 27 diadakan sejurus selepas berakhirnya AJL 27 semalam, pihak murai.com.my sempat menemui ibu kepada Yuna iaitu Puan Anum Wahab bagi mendapatkan sedikit komen dan ulasan mengenai kejayaan besar anak perempuannya itu di pentas AJL kali ini.
        "Sebagai ibu sudah tentunya rasa bangga dan bersyukur sangat. Setelah melihat usaha dan kegigihan Yuna dalam bidang muzik yang dia minati, kejayaan ini seperti balasan kepada penat lelah dia selama ini.
        "Setelah apa yang berlaku (isu pengganti Yuna), saya susah hati sebenarnya. Terima kasih banyak-banyak kepada team Aizat serta team Palawan yang telah memberikan persembahan terbaik walaupun menerima tanggungjawab ini di saat-saat akhir.
        "Saya ada menghubungi Yuna sebentar tadi selepas lagunya diumumkan sebagai juara. Dia begitu gembira dengan kejayaan ini namun dia tetap agak terkilan tidak dapat bersama-sama meraikan kemenangannya itu. Dia juga berterima kasih pada Aizat kerana menyanyikan lagunya dengan baik,"ujar ibu Yuna, Anum Wahab kepada murai.com.my.
        Walaupun agak keberatan ketika diminta mengulas mengenai isu pengganti Yuna, Puan Anum berkata apa yang terjadi itu sebenarnya berada di luar bidang kuasa Yuna dan pengurusannya.
        "Memang daripada awal lagi Yuna membuat keputusan untuk mengambil Uji Rashid sebagai penyanyi untuk lagu Terukir Di Bintang. Kami sekeluarga memang sangat meminati Uji Rashid dan sebab itu Yuna memilih dia.
        "Apabila diberitahu Uji Rashid perlu diganti dengan orang lain, Yuna tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan dia tiada di sini. Jadi kami (pengurusan Yuna) akur dengan jalan penyelesaian yang diusulkan pihak penganjur untuk kebaikan semua pihak.
        "Saya telah menghubungi sendiri Uji Rashid sendiri dan memohon maaf atas apa yang berlaku. Alhamdulillah dia faham dengan situasi yang berlaku. Yuna juga ada menghubungi Uji untuk meminta maaf kerana terjadinya perkara seperti ini dan ianya berada di luar bidang kuasa Yuna,"ulasnya mengenai kontroversi membabitkan lagu Terukir Di Bintang di pentas AJL 27.
        Ini adalah kali keempat pembabitan Yuna di pentas Anugerah Juara Lagu semenjak 2009. Ketika kemunculan pertamanya tersebut, Yuna telah merangkul tempat kedua menerusi lagu hit pertamanya, Dan Sebenarnya. Pada 2010, Yuna mempertaruhkan lagu Cinta Sempurna dan tahun berikutnya dengan Gadis Semasa dan Penakut tetapi Yuna pulang dengan tangan kosong.

kredit: murai



Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 11:10 AM | Show all posts

Hafiz @ Black??

Naik bulu roma smlam mendengar vokal Black..betul2 sampai dijiwa..cewahh..tp lagu Teman Pengganti memang mempunyai maksud yang mendalam..iols bley feel sdeyh dgar lagu tu.. "lagu ini yang terakhir aku sajikan..kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan....."

Berbalik pada tajuk benang ni, uols rasa vokal sape ea yang lebih power antara 2 pnyanyi berbakat ini..hafiz or black?? kalo berdasarkan pengiktirafan, hafiz dh 3 kali ni..Black baru dpat skali..Sekadar berkongsi..



Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 11:13 AM | Show all posts
earphone yg letak kt telinga artis tu utk ape ek...sbb stgh artis buang earphone tu stgh pakai masa perform
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 11:14 AM | Show all posts
johnazizul posted on 7-1-2013 09:22 AM
Ada ke dia sebut A-I-M tadi. Ko biar betul. Kalau pun dia seronok sebab menang, dia xde la bodoh n ...

ha'ah..aku pun xdgr yuna ckp mcm tu...memandai jer.keputusan ajl pun yuna xdgr coz tertido.ni kan plk nk berlagak mcm tu..agak2 ler..ptenah tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2013 11:15 AM | Show all posts
johnazizul posted on 7-1-2013 08:58 AM
Aik TT sebelah. Semalam gigih kata konspirasi shila menang sebelum perform lagi. Dah menang yuna sem ...

aku baru baca......wakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 11:15 AM | Show all posts
2 2 pun best, mula2 der black nyanyi dah rasa dia leh menang vokal tp bila hafiz lak nyanyi confem dia menang lagik sekali..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2013 11:15 AM | Show all posts
Bawakan Terukir Di Bintang Dengan Stail GQ, Aizat Dipuji!                           
      
   



        Teks oleh Kheme Rosly
        [email protected]
        KUALA LUMPUR, 7 JAN  2013: Tuah yang datang daripada lagu Terukir Di Bintang telah menjulang dua nama penyanyi tempatan berbakat besar iaitu Yuna dan Aizat Amdan pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27).
        Walaupun terpalit dengan pelbagai kisah serta  isu kontroversi yang berkaitan dengan penyanyi yang bakal menggantikan tempat Yuna di pentas AJL 27 baru-baru ini, namun lagu hasil nukilan sepenuhnya Yuna atau Yunalis Zarai itu akhirnya telah pun diangkat sebagai juara.

        Dan, walaupun  Anugerah Juara Lagu diadili melalui kekuatan lagu itu sendiri tetapi Aizat telah berjaya mendapat pujian ramai kerana berjaya membawakan lagu tersebut dalam masa kurang daripada 3 hari selepas diberitahu.
        Kata  Aizat ketika ditemui di sidang akhbar AJL27 malam tadi, dia berterima kasih kepada rakan muzik Yuna di sini iaitu Palawan kerana telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi untuk dia membawakan lagu Terukir Di Bintang itu dengan sebaik mungkin.
        "Syukur Alhamdulillah dan tahniah diucapkan buat Yuna kerana lagunya telah bergelar juara pada tahun ini. Saya sekadar menjalankan tugas sebagai seorang kawan di mana Yuna sendiri meminta tolong saya untuk mempersembahkan lagu Terukir Di Bintang.
        "Dalam masa yang suntuk, saya bersama rakan muzik Yuna, Palawan dapat menghasilkan konsep persembahan untuk pentas AJL27. Tetapi semua ini sudah diatur olehNya. Kalau Dia sudah meletakkan lagu Yuna ini sebagai pemenang, sesiapa sahaja yang nyanyikan tetap akan menang," jawab Aizat kepada murai.com.my mengenai isunya menggantikan tempat Uji Rashid pada saat-saat yang terakhir.
        Penyandang bagi naib juara telah berpihak kepada Azlan & The Typewriter dengan lagu Idola yang ditujukan khas buat lagenda Sudirman Hj Arshad. Lagu tersebut telah dicipta oleh Audi Mok dan lirik oleh Azlan sendiri dan telah berjaya membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.
        Manakala Hafiz telah menjadi pemenang tempat ketiga dengan lagu Ku Akui ciptaan Ajai dan lagu Ku Akui telah membawa pulang trofi serta wang tunai RM12,000. Dia juga masih mengekalkan gelaran pemilik Vokal Terbaik bagi AJL 27 buat kali yang ketiga dan pulang dengan trofi dan wang tunai RM10,000.
        Bagi pemenang persembahan terbaik yang dipilih sepenuhnya melalui peminat secara undian, ianya telah diraih oleh Black dan RJ menerusi lagu Teman Pengganti. Mereka menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.
        Kesemua 12 finalis AJL27 telah diadili oleh 10 juri profesional yang kesemuanya mempunyai kepakaran dalam bidang masing. Azmeer selaku ketua juri dibantu juri-juri lain seperti Yasin, Aubrey Suwito, Hetty Koes Endang, Edrie Hashim, Helen Yap, Azmeer dan Ad Samad.
        Untuk siri kali ini, Anugerah Juara Lagu telah memilih tema Ekspresi Seni dan ia telah diterjemahkan melalui setiap persembahan finalis yang dilihat memiliki apresiasi seni tersendiri. Persembahan mereka juga telah dibantu dengan paparan LED teknologi tinggi memberikan kelainan kepada persembahan.
        Tirai AJL27 mula dihangatkan oleh pembukaan daripada Misha Omar dengan lagu Bunga-Bunga Cinta, Ziana Zain rancak di pentas mendendangkan Fantalistik dan diakhiri oleh Faizal Tahir bersama Royal FT Force untuk lagu Anti Graviti.
        Seperti tahun-tahun sebelumnya, Faizal Ismail dan Cheryl Samad masih kekal menjadi pengacara bagi anugerah yang membuka tirai 2013 ini.
        Yang menarik perhatian semua penonton di Stadium Putra pada malam itu adalah segmen interlude yang dibarisi para lagenda rock tempatan bersama gitaris hebat dari era masing-masing. Rodi (Kristal), AG Coco, Edrie Hashim dan Man Kidal telah digabungkan bersama dengan Rahmat (Mega), Aris Ariwatan, Joey (Bumiputera Rockers) serta papa rock, Ramli Sarip.
        Masing-masing telah menyampaikan killer song pada zaman kegemilangan mereka seperti Bayangan Gurauan, Lamunan Terhenti, Seribu Tahun Takkan Mungkin dan Kamelia. Seakan konsert, interlude dari genre muzik rock ini telah berjaya menghangatkan lagi suasana sebelum keputusan pemenang diumumkan.

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 11:15 AM | Show all posts
hellyboringe posted on 7-1-2013 10:13 AM
earphone yg letak kt telinga artis tu utk ape ek...sbb stgh artis buang earphone tu stgh pakai masa  ...

utk dengar muzik supaya nyanyi in tune dgn muzik.
kalo xpakai earpiece nanti mungkin menyanyi lagging dgn music sbb music lambat sampai ke telinga (echo factor, etc.).

kalo ko perasan, earpiece aris ariwatan rosak, sebab tu dia try improvise/ad lib selagi boleh sbb dia xboleh nk agak music.
thats why ada lari2 sikit.

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 11:15 AM | Show all posts
kan juri2 dah jawab vocal sapa lagi bagus....tolol punya TT, lagi mau tanya
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 11:16 AM | Show all posts
adira ni masalah blur dia sgt teruk. jawapan sentiasa merepek. bergurau pon xreti. tgk dkt meletop pon mcm tu jugak dia jawab soalan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 11:16 AM | Show all posts
aizat ler
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 11:17 AM | Show all posts
hafiz lemak merdu jelas sebutan dia... black nyaring kengkadang dengar cam bingit... xdengar gemersik suara dia.. more to menjerit
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 11:17 AM | Show all posts
lepapilon posted on 7-1-2013 10:16 AM
adira ni masalah blur dia sgt teruk. jawapan sentiasa merepek. bergurau pon xreti. tgk dkt meletop p ...

setuju... compared to stacy, walaupun stacy sekolah xtinggi (spm pun xde), tp PR stacy bgs..

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 11:19 AM | Show all posts
jikalau semalam hafiz lebih cukup rasa kot?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2013 11:24 AM | Show all posts
          Corat-Coret Anugerah Juara Lagu 27

                                                            

1. Faizal Tahir muncul dalam persembahan pembukaan dengan imej baru yang fresh. Tampil bersama band beliau yang menggelarkan diri mereka Royal FT Force, band ini juga khabarnya akan menyertai rancangan realiti terhangat TV9, Versus bagi musim kedua!

2. Edisi AJL kali ini turut menyaksikan penampilan ramai komposer lagu bertanding untuk turut serta beraksi di pentas. Ajai muncul sewaktu Ku Akui, Edry Abdul Halim menerusi "Andaiku Bercinta Lagi" dan Taja mengiringi Stacy.

3. Kalau nak ikutkan giliran asal persembahan, lagu "Ombak Rindu" akan melakukan persembahan keenam. Namun dek kerana mengambil masa yang lama untuk menyiapkan props bagi lagu tersebut, giliran persembahan Hafiz dan Adira telah diawalkan kepada persembahan pertama. Mujur pihak produksi melakukan sesi raptai penuh malam sebelumnya, jadi kesulitan ini dapat diatasi dengan segera!

4. Rupa-rupanya, bukan Aaron Aziz sahaja yang mengalirkan air mata sewaktu klip gimik persembahan Ombak Rindu. Beberapa penonton di stadium juga turut sama mengesat pipi mereka. Memang feeling habis!

5. Pemain gitar wanita yang mengiringi persembahan Azlan & The Typewriter merupakan ahli band Couple iaitu Ariana. Beliau yang biasa melakukan persembahan di pentas Indie teruja beraksi pertama kali di anugerah besar sebegini. Menariknya, ini juga kali pertama beliau menyarungkan dress ketika membuat persembahan! Kalau tidak jeans dan t-shirt sahaja yang jadi pilihan!

6. Kelab peminat Shila Amzah yang menggelarkan diri mereka 'Shilalas' antara yang setia menemani ke mana sahaja penyanyi ini membuat persembahan. Sambil Shila membuat persembahan, mereka menyalakan lampu sambil melambai mengikuti rentak lagu "Patah Seribu".

7. Sekali lagi, Anugerah Juara Lagu berjaya menjadi perbualan hangat di laman sesawang Twitter. Trending di laman sosial tersebut bermula sehari sebelum AJL berlangsung, ia sekaligus menambah kemeriahan penganjuran anugerah ini!

8. Faizal Ismail yang tersasul menyebut "menyusul" kepada "menyesal" bergegas berlari ke belakang pentas sebaik sahaja iklan bermula. Semua penonton menjerit melihat gelagat Faizal yang memang sempoi. Itulah namanya professional!

9. Sewaktu iklan, penonton di stadium dihiburkan dengan klip video Tiru Gaya Artis AJL. Antara klip yang mencuri tumpuan adalah lagu "Menaruh Harapan", Juara Lagu 1987. Aksi peserta yang cukup kelakar memang boleh buat orang gelak!

10. Teka-teki siapakah pemilik suara soprano dalam lagu "Andaiku Bercinta Lagi" nyanyian Mojo terjawab apabila Marsha tampil mengiringi persembahan Aweera.

11. Acara karpet ungu yang bermula seawal jam 7:45 malam memerlukan artis tempatan menggayakan busana mengikut tema. Hasil tinjauan GUA, kebanyakan dari mereka menggayakan koleksi sendiri dan tak ramai yang mendapatkan khidmat pereka tempatan. Mungkin ingin memberi ekspresi seni tersendiri, maka gaya pun pilihan sendiri!

12. Segmen Interlude melibatkan barisan rockers tanahair cukup memberikan impak di hati penonton. Sambil melambaikan light stick yang diberikan pihak produksi, penonton turut sama menyanyi dan bangun memberikan standing ovation terutamanya ketika persembahan papa rock kita, Ramli Sarip.

13. Bukan sahaja di Malaysia, laman Twitter juga dihujani dengan komen dari mereka yang menonton live streaming AJL 27 serata dunia. Ada di antaranya pelajar kita yang menuntut di Scotland, United Kingdom dan Australia. Kredit patut diberikan kepada team online streaming kerana berjaya melancarkan AJL 27!

14. Seperti tahun-tahun sudah, klon 'Ziana Zain' yang seringkali hadir memeriahkan acara TV3 tidak melepaskan peluang memeriahkan AJL 27. Mengenakan baju serba merah jambu, beliau dilihat tiba di perkarangan Stadium Putra Bukit Jalil sejak jam 2 petang lagi bagi menyatakan sokongan kepada penyanyi kesayangannya.

15. Salah seorang juri, Hetty Koes Endang bangun memberikan standing ovation selepas sahaja Hafiz selesai melakukan persembahan bagi lagu "Ku Akui". Begitu besar impak persembahan vokal Hafiz maka tak hairanlah Hafiz menang kategori Vokal Terbaik buat kedua kalinya.

kredit: gua

   
                  


Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 11:28 AM | Show all posts
cupu posted on 7-1-2013 11:14 AM
ha'ah..aku pun xdgr yuna ckp mcm tu...memandai jer.keputusan ajl pun yuna xdgr coz tertido.ni kan  ...

Xde. Dia gurau je tadi. Ala2 panggilan hangit
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 11:28 AM | Show all posts
Along_XX posted on 7-1-2013 11:15 AM
aku baru baca......wakakakakakaka

Sabo je lah
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 11:29 AM | Show all posts
senang nya jadi haron aziz, tunjuk muka n dukung betina jer keja.. pastu dpt upah ribu2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.766852 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list