|
BAB 68
DAHLIA mengemas baju – bajunya untuk dibawa masuk ke biliknya. Paklong sudah balik jadi dia akan masuk kebilik asalnya.
Haidar masuk kedalam bilik, melihat Dahlia sedang mengeluarkan baju dari almari.
“Nak kemana?” tanya Haidar.
“Pindah bilik sayalah.”
“Oh, okey. Rabu ni saya nak ke Janda Baik. Nak ikut?” pelawa Haidar ikhlas.
“Wah bestnya. Tapi saya kerjalah. Rabu ni nak kena pergi site. Kalau tak saya ambil cuti ikut awak. Ada kerja apa kat sana?” tanya Dahlia. Bajunya digulung – gulung sahaja. Menggeleng Haidar melihat perbuatan Dahlia.
“Lipatlah baju tu elok – elok.” Tegur Haidar. Baju Dahlia diambil dan dilipat kemas. Terkebil – kebil Dahlia melihat kelakuan Haidar.
“Saya ada photoshoot untuk majalah. Sehari je. Siap baliklah. Saya tak dapat nak hantar awak pergi kerja. Nanti saya suruh Nana hantar dan ambil awak. Nanti kita pergi buat lesen kereta, susahlah macam ni. kalau saya kesana – sini payah nanti awak nak pergi tempat kerja.” Bebel Haidar. Tangannya laju sahaja melipat baju Dahlia dan disusun kemas diatas katil.
“Saya naik teksi ajelah.” Tak sanggup rasanya Dahlia menyusahkan Nana.
“Tak apa. Saya suruh Nana aja.” Haidar bangun. Dia menuju kebilik Dahlia sambil membawa baju yang sudah dilipat. Dahlia cemas. Buru – buru dia mengikut Haidar. Baru saja Haidar mahu membuka pintu Dahlia sudah menghalang didepan sambil mendepangkan tangannya.
“Eh awak nak buat apa?” tanya Dahlia.
“Nak susun baju awaklah.”
“Tak payah, tak payah. Bagi saya je susun. Awak dah lipat ni kira bersyukurlah.”
Dahlia masih lagi menghalang laluan.
“Tepilah.” Haidar menolak sedikit tubuh Dahlia. Dahlia masih tidak berganjak.
“Tak apa, bagi saya je baju tu. Biar saya susun sendiri. Awak tak payah susah – susah.”
Haidar menghulurkan baju itu kepada Dahlia. Dahlia membuka pintu. Dengan pantas Haidar menolak Dahlia kedalam bilik. Dahlia tidak boleh berbuat apa – apa kerana tangannya penuh dengan baju. Melulu sahaja Haidar menuju kearah almari Dahlia. Dia membuka pintu almari.
Haidar menjerit halus. Manakala Dahlia hanya mampu tersenyum cantik sahaja. Mati aku. Bisik Dahlia
|
|
|
|
|
|
|
|
Haidar mundar mandir dihadapan Dahlia. Dahlia hanya tertunduk – tunduk seperti orang bersalah sahaja.
“Kat mana awak jumpa dia ni?” tanya Haidar.
“Kat bawah tadi. Masa saya pergi buang sampah.” Jawab Dahlia perlahan. Anak kucing dipangkuannya diusap – usap perlahan. Kasihan melihat kucing kecil itu mengiau. Dia mencari juga kalau – kalau ada ibu kucing disitu. Takut anak kucing itu dilanggar kereta dia membawa pulang kucing itu secara curi – curi. Tak sangka Haidar akan melulu masuk kebiliknya.
Haidar melihat kucing berwarna putih itu yang kelihatan manja dengan Dahlia. Dia juga menggemari kucing tetapi tiada masa mahu membela. Lagipun dia tidak tahan bau najis kucing.
“Pergi letak dekat bawah balik.” Arah Haidar.
“Tapi...dia kecik lagi. Saya cari ibu dia tak jumpa. Saya takut kena langgar aje. Kesian dia awak. Mengiau lapar. Bagilah saya bela. Saya janji saya bela elok – elok. Kita letak sangkar dekat balconi.” Rayu Dahlia.
“Nanti hujan basah pulak dia. Bak sini kucing tu.”
Dahlia menggeleng. Takut Haidar menghantar anak kucing itu kebawah. Dia memeluk erat anak kucing itu.
“Bak sini saya kata.” Haidar sudah menghulurkan tangannya. Dahlia menghulurkan anak kucing itu kepada Haidar.
“Hmmm...comel. Betina.” Sempat Haidar membelek jantina kucing itu.
“Awak sempat ke nak menjaga kucing ni. Awak pun boleh tahan sibuk juga. Kesian nanti kucing ni terabai. Saya suka jugak kucing, tapi saya tak mampu bela. Sebab kekangan masa.”
“Saya janji saya akan jaga Putih ni elok – elok. Bolehlah ya. Buat teman. Awak pun kadang – kadang balik lambat saya bosan sorang – sorang dekat rumah. Ada si Putih ni tak adalah saya sunyi sangat.” rayu Dahlia.
“Putih? Tak urban langsung nama. Saya bagi dia nama Prada. Baru best. Okey awak boleh bela. Tapi awak kena bertanggungjawab semuanya. Dari beli makanan, uruskan najis dia, bawak dia ke vet. Semuanya awak yang tanggung. Esok kita pergi beli sangkar. Hari ni awak suruh Prada tidur dalam bilik air. Biar dia biasa dengan bilik air. Tak adalah nanti dia berak merata.”
Dahlia lega. Tak sangka Haidar sangat baik hati. Mahu sahaja dia peluk Haidar kuat – kuat.
“Awak ingat jaga dia elok – elok. Kalau boleh pergi mandulkan dia. Kalau awak tak jaga elok – elok saya akan bagi Prada dekat orang lain atau hantar SPCA je.” Ugut Haidar awal – awal.
Dahlia mengangguk laju.
“Saya janji.”
Haidar menghulurkan kembali Prada kepada Dahlia. Kucing putih itu sangat manja dengan Dahlia. Dahlia mencium – cium kucing itu dengan geram.
“Busuknya Prada. Esok akak bagi mandi okey.” Dahlia bercakap – cakap dengan kucingnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
ni je iols sempat sambung...next episod tunggu ye...tgh karang |
|
|
|
|
|
|
|
kikuri posted on 22-5-2013 03:30 PM
Haidar mundar mandir dihadapan Dahlia. Dahlia hanya tertunduk – tunduk seperti orang bersalah sahaj ...
prada?? ingatkan nak bagi nama nicki
|
|
|
|
|
|
|
|
tq kikuri....sgt hepi....smpi su lak tersenyum smpi ke telinga....hahahhaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Tq...terubat jugak rindu kat Haidar... |
|
|
|
|
|
|
|
ala... nak smbgn lagi.... bila masa nak kelas biologi nie...
haidar nie romantik sbnrnye kan??? suka dgn sikapnya tu... |
|
|
|
|
|
|
|
1st time bace cite gelak guling2...adoiiii
klaka la ...sambung lagik n3 byk3 aww |
|
|
|
|
|
|
|
best...ada je dahlia dgn haidar ni |
|
|
|
|
|
|
|
adeh tak de sambungan lagi ker?????? |
|
|
|
|
|
|
|
kikuri x cukup la... nk lagi |
|
|
|
|
|
|
|
lamanya nak tgu sambungan utk kisah yg menarik mcm nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam pagi Jumaat semua..... |
|
|
|
|
|
|
|
lamanya menyepikan diri
tiada sambungan lagi kah? |
|
|
|
|
|
|
|
ble nk smbg ni... |
|
|
|
|
|
|
|
bestlah citer ni... takde sambungan ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
masih tergantung lagikah citer nih???? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|