CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

MASIH DIHATIKU----- TAMAT DAH

[Copy link]
Post time 17-12-2012 02:42 PM | Show all posts
misssakura posted on 17-12-2012 11:32 AM
Shazrina mengerling jam pada pergelangan tangannya... dah dekat pukul 3 petang. Lambat lagi ke mamat ...

oooo tidak....please la aliff....jangan teruskn niat jahat tuh....huhuhu bila la nak terbongkar rahsia jahat farah nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2012 03:03 PM | Show all posts
Alif, alif...jgn kern dendam lama dah mula pasg niat nk teruskn...napa x bg peluang shaz tuh insaf diri...10 taun tuh...terlalu lama & x mustahil akn berubh...shaz pon dh jd muslimah yg walupun masih ada kekurgn tp boleh aje dibentuk...

patutnya ada perbincgn round table antara shaz-alif-farah...baru tau permaslahn diorg selama nih...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 05:11 PM | Show all posts
kompom la bocor juga rahsia si farah ni....red nak teka....mak & ayah shaz terserempak dgn farah & aliff...pehtu mak shaz ckp tq kat farah sebb dah selamatkan shaz dari budak jahat kat sekolah...masa ni aliff terdengar cite 10 thn dulu huhuhuhuhu... kompom aliff menyesal x sudah lepas dah kenakan shaz dgn teruknya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2012 07:38 PM | Show all posts
suria74 posted on 17-12-2012 02:42 PM
oooo tidak....please la aliff....jangan teruskn niat jahat tuh....huhuhu bila la nak terbongkar ra ...

itulah... liat bnor farah ni nk terkantoi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2012 07:40 PM | Show all posts
sellie003 posted on 17-12-2012 03:03 PM
Alif, alif...jgn kern dendam lama dah mula pasg niat nk teruskn...napa x bg peluang shaz tuh insaf d ...

itulah kan... actually benda ni senang je settle kalo bincang face to face.. gtau apa yg x puas ati.. tp nak buat mcm mne nak dijadikan cerita... lagi pon sakura rse la org mcm farah akan berusaha sedaya upaya untuk tutp kejahatan dia pernah buat. if Aliff try untuk bincang face to face dengan shaz mesti farah akan cuba gagalkan niat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 07:42 PM | Show all posts
redsentra posted on 17-12-2012 05:11 PM
kompom la bocor juga rahsia si farah ni....red nak teka....mak & ayah shaz terserempak dgn farah & a ...

cik sokong cadangan red...tapi ape2 pn ni cerita TT...
Semua terserah kat TT...huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-12-2012 07:43 PM | Show all posts
redsentra posted on 17-12-2012 05:11 PM
kompom la bocor juga rahsia si farah ni....red nak teka....mak & ayah shaz terserempak dgn farah & a ...

hehehe.. jauh menyimpang la red... tak pe cuba lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 10:52 PM | Show all posts
ala, knpla aliff ni bodoh sgt kan, percaya je bulat2 apa farah cakap.. hehehe.. kesian ye nanti ngan shaz.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2012 11:42 PM | Show all posts
Errrrrrrr Aqil jd saingan Aliff ke
Suka gak klu Aliff ada rasa cemburu
bab Farah tu pasti akan terbongkar cuma cepat lambatnya dan andai sakura nk bg pengajaran kat Aliff ok gak sbb niat Aliff yg ingin membls dendam pd Shaz maka Aliff punwajar mendpt sedikit pengajaran juga
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 09:42 AM | Show all posts
misssakura posted on 17-12-2012 07:40 PM
itulah kan... actually benda ni senang je settle kalo bincang face to face.. gtau apa yg x puas at ...

Alah...kalu dah ketara farah dolak dalihnya...masa tuh baru tau siapa yg rasa berslh sekrg...huhu...

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 12:10 PM | Show all posts
Aliff oh Aliff......sampai bila Aliff nak berdendam dengan Shaz ni???
Tapi kalau Aliff dapat taw perangai sebenar Farah, jangan lak nk balas dendam kt Farah pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 01:59 PM | Show all posts
Sakuraaaaaaaaaa cepatlah sambung
Jgn meruntun jiwa ana nie
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 09:31 AM | Show all posts
masih menunggu dengan sabarrrrrrrrrrr....huhuhuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2012 11:27 AM | Show all posts
norza79 posted on 17-12-2012 10:52 PM
ala, knpla aliff ni bodoh sgt kan, percaya je bulat2 apa farah cakap.. hehehe.. kesian ye nanti ngan ...

nk wat cm ne... dulukan shaz perangai belagak sikit kan... that why dia ingt shaz still mcm tu. farah tu pulak kan bawak imej wanita yg baik sbb tu mudah je dia percaya kt farah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2012 11:29 AM | Show all posts
fatehana posted on 17-12-2012 11:42 PM
Errrrrrrr Aqil jd saingan Aliff ke
Suka gak klu Aliff ada rasa cemburu
bab Farah tu past ...

aii cepat je detect kewujudan Aqil ye... hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2012 11:30 AM | Show all posts
sellie003 posted on 18-12-2012 09:42 AM
Alah...kalu dah ketara farah dolak dalihnya...masa tuh baru tau siapa yg rasa berslh sekrg...huhu. ...

hehe itulah... x tercapai pulak idea ke situ..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2012 11:31 AM | Show all posts
suria74 posted on 19-12-2012 09:31 AM
masih menunggu dengan sabarrrrrrrrrrr....huhuhuu

tq kerana sabar.. k sakura smbung sikit hari ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2012 11:33 AM | Show all posts
Puan Rogayah, encik Tarmizi dan Shazrina sedang berkumpul di meja makan untuk menjamah hidangan makan malam. Turut tidak ketinggalan mak Timah turut menyertai mereka. Mak Timah sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri.

“Shaz....” panggil encik Tarmizi memecah kesunyian ketika masing-masing sedang leka dengan makan malam. Shazrina mengangkat kepala yang tunduk sedari tadi lalu dipandang wajah papanya.

“yer? Kenapa papa?” soal Shazrina.. berfikir sejenak otaknya perkara yang ingin dibincangkan oleh papanya. Pasal apa ek?

“dua tiga hari ni papa tengok Shaz selalu keluar dengan lelaki.. siapa tu?” Shazrina menelan liur mendengar pertanyaan dari papanya yang straight to the point. Memang setakat ini dia tidak pernah memaklumkan kepada mama dan papa yang dia sudah mula menyambung semula cinta lama dan kini dia dan Aliff sudah pun bercinta hampir sebulan. Shazrina menyusun ayat supaya ibu bapanya tidak berkecil hati dengan sikapnya.

“hmmm kawan.” Balas Shazrina teragak-agak. Entah kenapa masih ada rasa takut untuk mengakui dia sudah punya kekasih. Kenangan 10 tahun lalu di tampar papanya kerana pandai-pandai bercinta buat dirinya sedikit trauma. Lagi-lagi apabila dia bercinta dengan orang yang sama iaitu Aliff.

“kawan biasa je ke?” puan Rogayah pula mencelah. Mak Timah sekadar memasang telinga.Terasa diri belum layak untuk masuk campur urusan keluarga majikannya. Shazrina mendiamkan diri untuk seketika mendengar soalan dari mamanya. Hatinya serba-salah untuk mengaku hubungan cinta yang sudah terjalin. Keluhan kecil dilepaskan demi mencari sedikit kekuatan.

“kekasih Shaz..” jawab Shazrina lambat-lambat. Pipinya sedikit merona merah dengan pengakuan yang dibuat namun tidak dinafikan hatinya lega selepas memberitahu kebenaran yang disimpan. Puan Rogayah tersenyum simpul mendengar balasan dari Shazrina. Sangkanya anak gadisnya ini tidak berminat untuk bercinta selepas kisah 10 tahun yang lalu. Nampaknya hati Shazrina sudah pun terbuka dan pastinya dia bakal mendapat menantu tidak lama lagi... jauh pulak berangan!

“apa nama budak tu? Kerja apa?” korek puan Rogayah lagi. mula berminat untuk mengetahui latar belakang bakal menantu. Encik Tarmizi menayang wajah tenang namun turut sama memasang telinga. berminat sebenarnya!

“Aliff... dia ada kedai kek sendiri.” jelas Shazrina. Encik Tarmizi dan isterinya mengangguk-angguk tanda mengerti. Shazrina menghembus nafas lega apabila melihat mama dan papa tidak sedar Aliff kekasihnya kini sama dengan kekasihnya 10 tahun yang lepas.

“nanti suruh Aliff jumpa papa dan mama... nak kenal jugak lelaki mana yang selalu ke hulu ke hilir dengan anak papa.” Pesan encik Tarmizi tegas. Sebenarnya dia kurang senang melihat anaknya selalu  sangat keluar dengan lelaki tanpa ikatan yang sah. Tak manis dipandang.

“betu ltu Shaz... tak elok pulak mama tengok korang berdua selalu sangat berdua tanpa ada ikatan... kalo tak ada aral boleh cepat-cepat bertunang dan lepas tu kawin pulak.” Cadang puan Rogayah pula. Encik Tarmizi turut sama menyokong kata-kata isterinya.

“errr tak cepat sangat ke mama, papa... kitorang baru bercinta sebulan.” Shazrina sedikit kalut apabila mamanya mencadangkan untuk cepat-cepat bertunang dan berkahwin. Aliff pon tak pernah bercakap perihal itu dengannya. Masakan dia pula mahu menggesa Aliff?

“bercinta lama-lama pon tak guna Shaz... cukuplah Shaz kenal hati budinya, keluarga dia macam mana yang selebihnya simpan lepas kahwin. Baru ada rasa manisnya percintaan lepas kawin ni... karang bercinta lama-lama, dah kawin bosan pulak. Lagi pon, kawin cepat-cepat boleh elakkan melakukan maksiat. Ingat tak berdosa ke korang ke hulu ke hilir berdua-duaan tuh.” Ajar puan Rogayah diselitkan dengan sedikit leteran. Dia tahu anak daranya tidak membuat perkara yang tidak senonoh namun langkah berjaga-jaga tu kena ada. Anaknya dan Aliff tu bukannya malaikat. Masing-masing ada nafsu. Ada eloknya mereka disatukan sebelum perkara tak elok berlaku.

“err nanti Shaz cakap kat Aliff... kalo ikutkan Shaz memang tak nak bercinta lama-lama pon. tapi itu laa... takkan Shaz pulak nak pergi meminang Aliffkan. Apa-apa nanti Shaz bagitau semula kat mama dan papa.” Shazrina memberi kata putus setelah berfikir sejenak.

“kalo dia betul-betul sayangkan Shaz dia sanggup je jumpa papa dan mama meski pon baru sehari kamu berdua start bercinta... itu pon kita dah boleh lihat sejauh mana komitmen dia dalam hubungan kamu berdua. Lagi pon papa dan mama suruh kawin cepat-cepat tu bukan bermaksud bulan depan Shaz dah kena nikah... atleast dalam masa setahun ni ada lah rancangannya nak kahwin.” Tambah encik Tarmizi. Sedikit sebanyak memberi garis panduan kepada anak gadisnya tentang lelaki yang sesuai untuk dijadikan bakal suami. Shazrina diam sahaja mendengar jawapan papanya.

“nanti kita bincang lagi yer papa, mama... insyaAllah Shaz akan beritahu Aliff secepat mungkin perkara ni.” Shazrina membalas sambil mengangkat pinggannya lalu di bawa ke sinki. Baginya tiada sebab juga untuk berbincang panjang lebar kalau tuan punya badan pon belum tahu lagi perkara ini. lainlah Aliff mengelak dan tidak mahu bertemu mama dan papa. Itu baru boleh dijadikan isu. Puan Rogayah dan encik Tarmizi sekadar mengiakan kata-kata Shazrina.  Namun masing-masing sudah tidak sabar untuk mendapat menantu.

Last edited by misssakura on 19-12-2012 11:41 AM

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 11:39 AM | Show all posts
misssakura posted on 19-12-2012 11:30 AM
hehe itulah... x tercapai pulak idea ke situ..hehe

nnt cepat lak novel nih tamat pulakkn...konflik dah selesai..semua dah terbongkar...so setuju ngan ana...bg jiwa alif kacau lak...ada jejaka tampan yg turut usha shaz...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2012 11:44 AM | Show all posts
“aik cikgu Aqil..........” sergah Shazrina sambil berhenti dimeja guru muda tersebut. Sebenarnya tak adalah muda mana dah boleh masuk kategori bujang telajak pon... tetapi kerana mukanya yang comel membuatkan rupanya seperti baru berusia pertengahan 20 an. Aqil yang sedang sibuk menanda buku pelajarnya mengangkat muka demi memandang Shazrina yang tiba-tiba menegurnya hari ini.

“hah cikgu Shaz... kenapa? Lain macam je nada suara tu.” Aqil meletakkan pen merah yang digunakan lalu memanahkan pandangan ke arah Shazrina. Shazrina menarik sebuah kerusi kosong lalu duduk dihadapan Aqil. Buku rancangan pengajaran yang dibawa dibuka dan dibelek satu persatu. Aqil mengerutkan dahi melihat perlakukan aneh Shazrina.

“ni haaa.....” Shazrina menayangkan satu kertas yang dilipat 3. Aqil makin tidak faham.

“apa pulak tu Shaz?” tegur Aminah guru bahasa Melayu yang berada setentang dengan Aqil. Berminat untuk tahu gossip yang dibawa Shazrina.

“inilah hasil tangkapan saya masa relief kelas 5 Perdagangan tadi... haa cuba teka apa nih?” cerita Shazrina sambil melayang-layangkan sepucuk surat yang dirampas didalam kelas corot tadi.

“surat cinta la tu... popular sungguh cikgu Aqil kita nih......” usik Aminah yang mula menghampiri Shazrina sambil mengambil surat tersebut dari genggaman gadis itu.Mahu membaca isi kandungnya walaupun hatinya cukup pasti segala ayat dan karangan didalamnya cukup memualkan. Aqil ketawa terbahak-bahak dengan kata-kata guru yang sudah hampir pencen itu.

“nak buat macam mana kak Min.. orang hensem la katakan.. bujang pulak tu.” Aqil perasan sendiri. Shazrina dan Aminah ketawa mengekek.

“hensem-hensem pon sampai sekarang tak berbini... tu cikgu Nizam yang sebaya dengan kau tu..dah ada anak tiga pon.” Aminah mula melaser. Siapa tak kenal Aminah, guru yang berpengalaman hampir 30 tahun dalam bidang pendidikan memang tajam lidahnya. Para pelajar memang ramai yang makan hati dengannya. Tapi mulut je la yang berbisa hatinya baik. Kadang-kadang kerana sikap pelajar yang memang menyakitkan hati membuatkan guru-guru bermulut tanpa insuran.

“aik kak Min... pedasnya ayat.. dah tak ada jodoh nak buat macam mana... nak cari bini bukan macam mencari ikan kat pasar kak oiii..” Aqil cuba mempertahankan dirinya. Sempat matanya mengerling kearah Shazrina yang tersengih-sengih melihat Aminah dan dia berdebat. Kalau ikutkan hatinya memang terpaut pada Shazrina namun melihat tiada respon dari pihak Shazrina membuatkan dia mematahkan angan-angan. Dia tidak mahu hubungan antaranya dan Shazrina sebagai rakan sekerja menjadi kekok kerana perasaannya itu.

“kau tu memilih sangat... takkan la keliling rumah kau tu tak ada anak dara yang baik perangainya.. suruh je la mak ayah kau pergi pinang.”

“ada tu ada kak.. tapi budak sekolah la... yang masuk university semuanya dah bertunang... yang dah kerja pulak semuanya hak orang.. macam manalah saya nak suruh mak ayah saya pergi meminang.” Dalih Aqil selamba. Aminah menggeleng-gelengkan kepalanya mendengar balasan dari Aqil. High taste sangat kot budak ni. Sebab tu la tak berbini sampai sekarang.

“iye la tu Aqil... haaa kat depan ni ada sorang yang bujang telajak macam kamu...kenapa tak masuk minang dia jer..” usik Aminah sambil menjuih bibirnya kearah Shazrina. Shazrina terkesima apabila dirinya dilibatkan dalam perbualan antara Aminah dan Aqil.

“hah?? Apa pulak kaitan dengan saya kak Min.” Bebel Shazrina pendek. Tak puas hati apabila namanya turut serta dalam perbualan Aqil dan Aminah.

“kak Min jangan pandai-pandai nak kenenkan Shaz dengan Aqil tu... Shaz tu dah ada orang cop.” Suara Mimi yang entah dari mana mencelah perbualan mereka bertiga.Terus sahaja mata Aqil dan Aminah terbuntang kearah Shazrina. Berita baru yang
didengar.

“betul ke Shaz?” soal Aminah tidak percaya. Aqil turut menadah telinga. Berminat untuk tahu status Shazrina kini.

“hish mana ada kak Min.. percaya lah cakap Mimi tu.” Marah Shazrina. Sempat lagi tangannya memukul bahu teman baiknya yang sudah berada disebelahnya kini. Mimi menjerit kesakitan.

“kasarlah kau ni... dah jom pergi kantin... tadi kata nak pergi makan” ajak Mimi seraya mengungkit janji yang dibuat Shazrina beberapa jam yang lalu. Shazrina lega apabila Mimi mula mengubah topik lain. Boleh dia melarikan diri dari ditanya yang bukan-bukan dari Aminah. Shazrina dan Mimi beriringan keluar dari bilik guru untuk ke kantin. Tanpa sedar ada hati yang terluka mendengar kata-kata Mimi sebentar tadi.

Last edited by misssakura on 19-12-2012 11:50 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.049703 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list