Edited by Nfir at 6-6-2024 06:08 PM
Sebenarnya, pihak yang jadi penjamin sudah buat kesilapan. Kalau kita tidak ada hubungan yang dekat dengan seseorang, jangan baik hati sangat jadi penjamin dalam apa juga keadaan.
Tolak dengan baik. Tak perlu explain justification. No means no. Bertegas. Kemudian, diam atau ignore.
Kenapa kita perlu melakukan tindakan tidak berhati perut seperti ini?
Penjamin adalah seseorang yang akan dipertanggung-jawabkan apabila berlaku apa-apa masalah. Ini adalah term yang sudah tertera dalam kontrak. Term yang sudah dipersetujui oleh penjamin ketika dia menandatangi kontrak tersebut.
Risiko jadi penjamin adalah risiko yang sama macam kita bagi hutang dekat orang.
Kalau orang itu tidak ada hubungan yang dekat dengan kita, kenapa kita mahu pikul tanggungjawab dan risiko yang besar seperti ini?
Ada pihak lain yang lebih sesuai untuk pikul tanggungjawab dan risiko besar seperti ini. Contohnya, ibu-bapa.
Bagaimana pula kalau ibu-bapa itu tidak layak jadi penjamin?
Advise ibu-bapa untuk pergi berjumpa dengan pihak yang memerlukan penjamin – sama ada individu atau organisasi yang terlibat. Explain segala kekangan ibu-bapa kepada pihak tersebut. Biar pihak itu yang fikirkan how to solve that problem.
‘pihak MARA advised boleh jamin sesama sendiri (kau jamin, aku jamin kau)’
Kita ada otak. Kita fikir sendiri. Kita sendiri yang perlu menjadi kritikal. Bukannya membabi-buta mendengar suruhan pihak lain, walau pun suruhan government.
Kenapa tak boleh mendengar suruhan government membabi-buta?
Siapa kata semua suruhan government adalah bebas daripada masalah? Siapa kata semua pekerja government komited untuk memberikan solution terbaik untuk rakyat? Siapa kata tidak ada pekerja government yang buat kerja cincai-boncai?
Ini bukan gesaan untuk membenci government. In reality, setiap manusia perlu berfikir secara kritikal – termasuklah menjadi kritikal terhadap government organization sendiri. |