|
Rahsia Hati Hanim- [U] update n3 baru page 21 (sorry lambat update)
[Copy link]
|
|
aizad ni tak guna tau...
cian kat hanim... |
|
|
|
|
|
|
|
patutlah HANIM marah betul ngan AIZAD...
camne HANIM sekarang erkkk... |
|
|
|
|
|
|
|
eh.... makin mernyampah kat aizat. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa nak siat2 aje Aizad ni... |
|
|
|
|
|
|
|
eeii.. sakitnya hati dengan manusia yang tak reti bersyukur nih... tak tau laa nak ckp apa lagi.. punya laa baik isteri dia... tetap dok suka perempuan plastik tu lagi.. hehehe..geram tul ngan aizad nih... |
|
|
|
|
|
|
|
menanti dgn sabar n3 cik shana utk hari ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
cehhh..kurang asam punya aizad..tak jadi lah nak kesian kat dia..vote for zahir lah cam nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa kini
Zahir meraup wajahnya. Tidak percaya bagaimana Aizad setegar itu menyakitkan Hanim. Melukakan hati Hanim. Seandainya masa dapat diputar kembali, dia tidak akan beralah. Pasti dia berusaha mendapatkan Hanim. Wajah Hanim dipandang. Riak wajah itu kosong tanpa perasaan. Beku.
“Hanim nak buat apa sekarang?” soal Zahir. Hanim sekadar mengangkat bahu. Zahir menggeleng melihat gelagat Hanim itu. Entah apa yang ada difikiran hanim.
“Abang bimbangkan Hanim. Ingat walau apapun berlaku abang Z akan sokong Hanim. Lagi satu, walau apapun yang Hanim ingin buat, fikirkan mengenai Amar sama. Abang tak nak dia jadi mangsa,” Zahir bersuara perlahan. Matanya memandang Amar yang masih lagi leka bermain sambil diperhatikan Kak Tipah.
Hanim mengeluh mendengar kata-kata Zahir itu. Itu yang menghantuinya. Bagaimana dengan Amar nanti. Jika dia berpisah dengan Aizad, pasti hak pengjagaan akan jatuh pada lelaki itu kerana Hanim tidak bekerja. Tiada sumner pendapatan untuk menjaga Amar. Langkah pertama, dia harus bekerja semula. Teringat tawaran yang di terima. Rasanya dia akan terima tawaran itu.
“Hanim dah fikirkan hal itu. Minggu depan Hanim dah start kerja. Sekurang-kurangnya Hanim ada sumber pendapatan tetap kalau apa-apa terjadi,” Zahir tersenyum. Hanim yang berada di hadapannya telah banyak berubah. Makin matang.
“Dekat mana? Jawatan apa? Aizad dah tahu” soal Zahir.
“Dah, tapi dia tak izinkan. Biarlah, Hanim dah tak peduli. Izin atau tidak Hanim akan tetap bekerja. Malas nak fikirksn mengenai dia lagi. Hanim letih. Letih sangat,” adu Hanim. Hanya Zahir sahaja tempat dia luahkan rasa hatinya. Zahir sudah seperti abangnya. Guardian angelnya. Zahir tersenyum. Suka melihat wajah Hanim yang bersemangat sekarang. Tidak lagi akur pada nasib.
………………………………………………………………………………………………………
Aizad mundar-mandir dihadapan rumah. Matanya tak lepas memandang pintu pagar. Menanti kepulangan Hanim dan Amar. Biarpun opah beritahu Latipah turut serta bersama mereka, hatinya tetap tidak tenang. Resah. Tidak suka Zahir rapat dengan keluarganya. Peluh di dahi dikesat kasar. Wajahnya juga sudah masam mencuka. Lambatnya masa beredar.
Hati yang resah agak tenang bila melihat kereta Zahir meluncur masuk. Amar yang berada dalam dukungan Latipah meronta ingin turun sebaik melihat Aizad. Hanim pula melangkah perlahan menghampiri Aizad yang sudah tercegat di laman. Wajah keruh lelaki itu sudah diduga. Zahir masih selamba. Bibirnya mengukir senyuman melihat gelagat Aizad.
Aizad mengdukung Amar yang sudah menerpanya. Anak kecil itu ketawa diagah papanya. Aizad tersenyum senang melihat wajah riang Amar.
“Anak papa pergi mana?” soal Aizad pada sikecil.
“gi enan. Best main uai, uncur,” cerita anak kecil itu dalam pelatnya. Aizad tersenyum. Senyuman itu mati bila melihat Zahir. Wajah itu kembali keruh.
“Sayang papa masuk mandi dengan Mak pah K? biar wangi-wangi,” Aizad menyerahkan Amar pada Latipah. Amar sedikit meronta. Dengan sedikit pujukan anak kecil itu akur.
“Bye mi, bye papa, bye bah. Mmmuuuaahhhh ,” Hanim ketawa melihat gelagat Amar. Begitu juga Zahir. Aizad sekadar tersenyum. Sebaik bayang Latipah hilang bersama Amar, wajah Aizad kembali serius. Matanya merenung tajam Zahir dan Hanim yang selamba duduk berbual di taman orkid Puan Nora. Langsung tak memperdulikan Aizad. |
|
|
|
|
|
|
|
Aizad rasa apa yg perna hanim pernah lalui dulu...
Aizad kena kerja keras untuk mengambil hati hanim semula |
|
|
|
|
|
|
|
hahahah kelakar la plak.. aizad makan hati.... padan ngan muka dia....sengal bertingkat-tingkat |
|
|
|
|
|
|
|
mesti mata aizad berasap2kan... tak tahan tgk hanim dan zahir duduk berdua berbual2 kat taman tu, best3x.. huhu... mmg sengalla aizad ni... |
|
|
|
|
|
|
|
aizad ni kawen ngan hanim apa tujuan nye....sngaja perangkap hanim smpai kena tangkap basah... tak faham napa aizad buat gini... ingat ke dia admire n cinta kat hanim dlm diam... ada maksud lain rupenya... memang jantan @#$%^&*... pi @#$*&% la ko aizad... |
|
|
|
|
|
|
|
yeah,,,pdn muka aizad,,vote 4 zahir |
|
|
|
|
|
|
|
hanim kn bg pgjrn ckt kt org camtu |
|
|
|
|
|
|
|
kalu free letak n3 lagi tau... |
|
|
|
|
|
|
|
ada gak lelaki macam Aizad ek.. |
|
|
|
|
|
|
|
AIZAD
agak kalu family dia tahu dr org lain pun, hanim kena gak ...
merahsilver Post at 10-5-2011 11:21
emosi tul kak merah kite..
bantai jer kak aizad tu....
hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
n33333,,,masih setia menunngu |
|
|
|
|
|
|
|
“Hanim, opah panggil,” suara Aizad. Matanya memandang wajah Hanim yang sedang ketawa.
“Erk, tak dengar pun,” Hanim menjawab selamba. Keningnya dikerutkan. Rasanya tak nampak pun kelibat opah sejak balik tadi. Biasanya waktu macam ni Opah kat bilik. Tengah mengaji atau membaca terjemahan Al-Quran.
“Ada, tadi opah pesan kat abang. Kalau Hanim balik opah suruh jumpa dia,” Aizad bersuara tegas. Hanim akhirnya akur walaupun sedikit pelik.
“Nim masuk dululah abang Z. rasanya esok jadi. Abang Z ambil Nim pukul 3 erk,” Hanim sempat berpesan pada Zahir sebelum melangkah. Zahir hanya mengangguk. Senyuman masih tak lekang dari bibirnya. Wajah Aizad makin cemberut. Panas hatinya. Makin sakit melihat senyuman Zahir. Jari digemgam kemas. Cuba menahan diri. Takut penumbuknya mengena wajah sahabatnya itu.
“Aku tak suka kau ganggu keluarga aku,” Aizad bersuara tegas.
“Kenapa? Releks aarr. Sejak bila kau pandai emosi ni?” soal Zahir selamba. Matanya menentang mata Aizad yang tajam merenungnya. Marah benar. Muka tu pun dah masam mengcuka. Hairan betul. Kata tak cintakan Hanim tapi cemburu…macam apa lagi. tak faham betul.
“apapun Hanim milik aku. Jangan mimpi kau akan dapat dia. Sekali jadi milik aku selamanya hak aku. Kalau sayangkan persahabatan kita, jauhkan diri kau dari Hanim,” tegas Aizad. Pantas dia berlalu dari situ. Meninggalkan Zahir yang tenang berdiri. Lelaki itu tersenyum. Ada keanehan pada senyuman itu. Akhirnya Zahir meninggalkan perkarangan rumah itu. Sudah ada rancangan yang terangka dalam kepalanya. Rasanya Aizad perlu diajar. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|