CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Keputusan Kes Saman Ali Puteh Terhadap Nor Hidayah Jumaat Ini

[Copy link]
Post time 18-2-2022 02:27 PM | Show all posts
enot_sibudak replied at 18-2-2022 11:56 AM
kes dayah n ali ni yg bukak mata iols n laki iols utk ambik hibah.. awal nya iols mmg nk ambil.. aja ...

yaaa uols. iols laki bini pun sama.
walaupun harta tak la menggunung, tapi paling risau hak anak2
sudahnya terus amik hibah 200k. cukuplah kot nak menampung sikit hidup utk anak2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 02:27 PM | Show all posts
tintin22 replied at 18-2-2022 02:05 PM
Ketika membaca keputusan penghakimannya, hakim Zulqarnain berkata, hantaran itu adalah sangat menj ...

Menitik airmata baca
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 18-2-2022 02:23 PM

Alhamdulillah...netizen+dayah 2 - alitakputih 0
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 16-2-2022 08:53 PM
Drama family ktorg mmg level2 telefilem raya Rashid Sibir, siap ada scene hampir kena halau dengan ...

baru baca story u pun da rasa sedih. x dapat bayang mcm mana u yg hadap. btw my mum pun sama mcm u, wanita melayu terakhir, apa2 org buat kena sabar sabar sabar. sampai i jadi sakit hati dgn prkataan sabar tu sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:37 PM | Show all posts
asfaz replied at 18-2-2022 01:19 PM
Haaa dia tu kalau laki mati, baru tau nasib. Adik beradik ramai kan. Mak pun ada lgi. Belum ada an ...

kan.. org2 mcm ni dia tak terapkan dalam kehidupan dia.
dok sokong sbb kawan tu retis tp tak fikir buruk elok.
esok2 kena batang idung mikel jeksen tu baru tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:42 PM | Show all posts
tintin22 replied at 18-2-2022 02:05 PM
Ketika membaca keputusan penghakimannya, hakim Zulqarnain berkata, hantaran itu adalah sangat menj ...


Syukur sbb Allah kirimkan malaikat kecil si Hamzah tu as pembela mak & arwah ayahnya...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2022 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ckp pasal harta...minggu lepas haku balik kg mak haku bg brg kemas utk hat haku punyer...n mak haku ckp.total brg kemas utk haku saje rm30k terbeliak biji mata haku dengo...n yg tau rahsia nie hanya, mak, haku ngan adik lelaki no.3... haku ank sulung pompuan tunggal ade adik lelaki 5 org...ade la harta makpak haku punyer tp kami mmg x nk lg sbb usaha abah haku dari muda kan n bapak haku rajin dengo ceramah pasal harta2 nie, tu yg makpak haku borak3 hal nie n bg brg komeh utk haku, sbb dlm rumah makpak haku pasal segala harta nie yg tau ade 4 org je...abah, mak, haku n adik no.3 rahsia pasal harta nie
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:46 PM | Show all posts
novlin replied at 18-2-2022 01:46 PM
belum dapat keputusan pun tak habis2 perli nganjing si Dayah..
rasa mcm kemenangan dlm genggaman d ...
Kuala Lumpur: Pelawak Ali Puteh akur dengan keputusan Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini yang memerintahkannya membayar RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan, di Instagram dua tahun lalu.

Hakim, Zulqarnain Hassan memerintahkan demikian selepas membenarkan tuntutan balas yang dikemukakan Hidayah selaku plaintif terhadap Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan selaku defendan.

Ia berhubung hantaran 'Bile balu arwah Abam berhati binatang!!!', pada dua tahun lalu.

Ali berkata, dia bagaimanapun akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berikutan terdapat beberapa fakta yang didakwa tidak tepat.


"Saya akur dengan keputusan yang ditetapkan hakim. Cuma, saya akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi sebab ada beberapa fakta yang tidak betul.


"Buat masa ini saya tidak boleh berkongsi apakah fakta yang dimaksudkan kerana bimbang akan mengganggu proses di Mahkamah Tinggi nanti.

"Keputusan hari ini kalau kita tengok berpihak kepada dia, tapi saya masih diberi 14 hari untuk membuat rayuan dan insha-Allah saya akan buat rayuan di Mahkamah Tinggi.

"Apa yang ditetapkan hari ini saya sangat okey dan tiada langsung rasa nak marah atau mengamuk sebab saya menghormati keputusan mahkamah," katanya.

Menurut Ali, biarpun reda dengan keputusan yang tidak memihak kepada dirinya namun, sedikit sebanyak ia menerbitkan rasa sedih kerana selama dua tahun ini dia berjuang untuk mempertahankan maruah keluarga.

"Rasa sedih itu pasti ada sebab kalau nak bawa Abam dan mak ke sini mereka sudah tiada. Jadi, orang hanya tertumpu kepada saya seorang yang masih ada. Kalau arwah mak dan Abam ada lagi, perkara seperti ini tidak akan terjadi.

"Cuma, saya nak betulkan beberapa fakta yang mana masyarakat atau netizen yang menghentam  dan mengatakan saya yang menyaman Hidayah adalah tidak betul.

"Sebenarnya yang memulakan saman bukan saya. Kalau diikutkan dari awal, saman ini bermula 15 hari selepas arwah Abam meninggal dunia dan saya dituntut ganti rugi am sebanyak RM900,000 masa itu.

"Jadi saya perlu berdepan dengan kes itu kerana sudah menerima notis untuk ke mahkamah. Dalam keadaan arwah yang baru meninggal dunia saya terpaksa cari peguam dan rasa perlu balas sebab masyarakat rata-rata ingat saya yang menyaman terlebih dulu," katanya.

Pada Mei 2020, Hidayah, 30, telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh, 34, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.

Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu dalam prosiding sama, mahkamah menolak saman fitnah yang dikemukakan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya yang lain terhadap Hidayah dan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dengan kos sebanyak RM13,000.

Selepas prosiding selesai, Hidayah dilihat menangis dan sujud syukur di galeri awam.

Dalam prosiding hari ini, Ali Puteh diwakili peguam, Noorazmir Zakaria manakala Hidayah diwakili peguam Mohamed Ibrahim Mohamad manakala Alif Syukri diwakili peguam, Hasshahari Johari Mawi.

Kemelut antara kedua-dua individu itu tercetus selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.


ada fakta tak betul katanya. seeeeeee???? tetap ada yang salah.
ni dah dikira menghina mahkamah ni
bodohnya punya susun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 02:47 PM | Show all posts
Edited by AshkieLa at 18-2-2022 02:49 PM
Fly_over replied at 18-2-2022 12:39 PM
tgk ali confident sgt iols takut jugak. td buka2 ig terus keluar posting dayah menang rasa sebak nak ...

masa confident boleh menang takde pulak nak claim salah fakta, info bagai..
dah kalah nak claim salah itu ini... tiberrr
tak boleh ke hakim dan segala isi court yg bicarakan kes ni...
saman si Ali ni pulak sbb gaya dia skang mcm hina keputusan yg mahkamah dah keluarkan.
geram pulak meols.. tak sudah2 nak susahkan balu n anak yatim.
ape dia ingat kalau Dayah n Hamzah tu end up merempat tepi jalan hasil drpd yg dia buat skang,
arwah abang dia kat sana 'yakyakyeay' ke???
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Parit.Hilton replied at 18-2-2022 02:46 PM
ada fakta tak betul katanya. seeeeeee???? tetap ada yang salah.
ni dah dikira menghina mahkamah  ...

Cehhh dia igt loyer tak buat kerja ke  .
Tak hbs2 bawak nama arwah abam. Arwah tu kalau ada lagi mau dia hempok kepala kau susun oiii.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Afie13 replied at 17-2-2022 09:37 AM
Bagus dayah senyap2 je x kecoh pun maybe ambik pengajaran drp kes masa dlm eddah dulu. Masa mak arwa ...

Laa baru tahu mak abam dah meninggal.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Parit.Hilton replied at 18-2-2022 02:46 PM
ada fakta tak betul katanya. seeeeeee???? tetap ada yang salah.
ni dah dikira menghina mahkamah  ...

Ye ke lepas 15 hari . Rasa macam kes 900k tu lama tempoh aje dr arwah meninggal.
Sessi play victim dah bermula.. heret nama arwah abam kehulu hilir
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:55 PM | Show all posts
Parit.Hilton replied at 18-2-2022 02:46 PM
ada fakta tak betul katanya. seeeeeee???? tetap ada yang salah.
ni dah dikira menghina mahkamah  ...

bongok...
si susun ni ingat hakim tu bodoh ke tak reti nak teliti fakta kes...
iols harap loyer dia nasihatkan lah si susun ni...
buat rayuan pun buang masa semorang je...

tp iols rasa xdanya si susun ni nak wat rayuan..
acah2 je tu sbb nak cover malu sbb kalah...

ko susun pun tak berapa nak susun...
lagi nak buat rayuan... renti kan lah..

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:58 PM | Show all posts
mizruncing replied at 18-2-2022 11:51 AM
ku perasan jgk hahahha. sbb dia memang tgu sgt hari ni mcm dah confirm dia menang. hahh now silaka ...

Bini dia mana? Balik indon terus ke.. Baru lepas beranak lagi kan
Jangan meroyan udah dok abang2 dgn arwah tu
Gedik ya amat
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ali ni diwakili peguam yang rambut panjang tu kan.. apa ke nama dia.. Allan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 03:00 PM | Show all posts
asfaz replied at 18-2-2022 02:52 PM
Ye ke lepas 15 hari . Rasa macam kes 900k tu lama tempoh aje dr arwah meninggal.
Sessi play victim ...

Kalau arwah abam ada dia buat dayah gini, iols rasa abam tu tempeleng dulu kepala si ali niKesian dayah, masa arwah meninggal terus dikata macam2 oleh kakak/adik ipar
Dgn mertua lagi keluar tv cakap macam2
Kalau iols mmg teruk down


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 03:02 PM | Show all posts
"Saya akan buat rayuan di Mahkamah Tinggi.

"Ada beberapa fakta yang tak betul namun saya tak boleh beritahu kerana ia akan ganggu proses di Mahkamah Tinggi nanti."

#aliputeh #hidayahabam

Dia mana mahu kalah ye
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 03:02 PM | Show all posts
asfaz replied at 18-2-2022 02:52 PM
Ye ke lepas 15 hari . Rasa macam kes 900k tu lama tempoh aje dr arwah meninggal.
Sessi play victim ...

dia punya bodoh, sendiri confuse ni kes yg mana
kes yang hari ni Dayah saman sebab si susun tu keluar statement menghina sebab dia tulis
'balu abam berhati binatang' kat instagram

hakim pun bagi komen berkaitan apa yg dia tulis tu

tup2 dia cakap ada salah fakta la, orang tak tahu perjuangan dia utk abam dan arwah mak dia la, blablabla
takde kaitan pun.

sejenis dah salah tak nak mengaku, lepas tu bila orang betulkan taknak dengar.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
I nak share pengalaman handle harta peninggalan arwah abg i. Dia ade beli rumah, so boleh buat tuntutan pusaka di pejabat tanah daerah. Dalam tuntutan tu jugak boleh selit harta bolwh alih dan harta tak boleh alih (tak silap i term dia mcm ni) macam akaun bank, tabung haji, kereta dan motor. So, nnti mejistret tu yg akan tentukan semua tu kpd siapa. Ade fee kene bayar but still cheper than amanahraya.
Macam arwah pakcik i pulak, dia tiada anak lelaki. So, semua adik beradik pakcik i datang mengaku dpn majistret tu deme tanak apa2 harta dari arwah. So, semua tu dpt kat anak2 pakcik i.

Utk tak ot... hamzah tu anak lelaki kot, kau dah takde satu hak pun ali oiii
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Parit.Hilton replied at 18-2-2022 03:02 PM
dia punya bodoh, sendiri confuse ni kes yg mana
kes yang hari ni Dayah saman sebab si susun tu kel ...

Pasal dia ckp dayah saman mak dia tu, sebenarnya surat pengesahan waris kan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Alice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datuk Seri Berstatus Suami Orang?
YgBenarAlice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datu
Views : 28451 Replies : 21
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 98915 Replies : 3912
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72743 Replies : 784
Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” –Wanita kiciwa Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital Sultanah Nur Zahirah
YgBenarJumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?”
Views : 33735 Replies : 63
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32806 Replies : 38
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 48500 Replies : 126
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 17398 Replies : 236
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 42460 Replies : 257
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110996 Replies : 7259
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75021 Replies : 706

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.315923 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list