|
Peniaga senjata ditahan -- Miliki lebih 50 mesingan, pistol yang biasa diguna TLDM, PDRM
Oleh: ANGELINA SINYANG dan NORHANA SALASHAR BASHARUDDIN
IPOH 21 Jan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reporter Malaysia strikes again! besar mana peluru perpuluhan 99mm tu ye.... |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by standupper at 22-1-2007 07:20 AM
Peniaga senjata ditahan -- Miliki lebih 50 mesingan, pistol yang biasa diguna TLDM, PDRM
Oleh: ANGELINA SINYANG dan NORHANA SALASHAR BASHARUDDIN
IPOH 21 Jan. |
|
|
|
|
|
|
|
'Crime spree' in Selangor today, but everything's cool
22 Jan 2007
Alang Bendahara
SHAH ALAM: Police are gearing themselves for several "major crimes" in Selangor today.
Speeding patrol cars with sirens wailing and lights flashing, road blocks and increased presence of policemen with dog units in tow will be seen in almost all major roads in the state.
Police, however, have advised the public not to panic. They will be in control of the "crime spree" as this is a mock exercise to test Selangor police’s readiness and efficiency in the event of a major crime.
This exercise will also serve to improve their standard operating procedure when a crime is committed.
Selangor deputy police chief Senior Assistant Commissioner I Mohd Noh Kandah said the exercise, codenamed Ops Tutup, will cover all 12 districts in the state.
Police will come up with several scenarios including hijacking and robberies.
"There will be a crime committed in each district. It will be almost real. We want to see the response from the various police units to the crime," Mohd Noh said.
The police chiefs of all districts were given two weeks’ notice of this exercise.
Today, the police chiefs will be at their respective District Control Centres overseeing their men’s response in the event of a crime.
Mohd Noh and Selangor Police Chief Datuk Ismail Omar will be at the Contingent Control Centre to supervise the district police chiefs.
Mohd Noh said all 1,200 policemen who were on duty today are expected to be involved in the operation.
"We want a more integrated approach to the Cordon, Search and Arrest procedures we now have."
For instance, he said, whenever there was an armed robbery, only personnel from the serious crimes’ division were involved in the case.
"We want to utilise personnel from all branches of the state police. This will include personnel from the narcotic, traffic and special branch divisions."
Mohd Noh said it has been years since Selangor police mounted such a large scale mock exercise.
"Previously there were issues of logistics. Now we have enough manpower and logistic support to carry out such an exercise."
Mohd Noh said they would also gauge the response time of the patrol vehicles and the effectiveness of road blocks.
"Several areas in the state, like Sabak Bernam, have had the same road network for years. But for areas in Shah Alam, there are frequent changes to the road system.
"So it is essential that our men are familiar with the changes so that road blocks can be mounted more effectively."
Mohd Noh advised the public not to be alarmed if they see road blocks, a car chase or increased police presence on the streets today.
He said the public should not close an eye to the events unfolding before them but should continue to call and inform police of any incident.
"In fact, the public can also help us gauge the response time by calling to inform us of a crime."
-----------------------
amat jarang sekali pdrm wat eksesais cam nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #323 tin's post
ANGELINA SINYANG dan NORHANA SALASHAR BASHARUDDIN
ko kena tanya ler kat dua state rep nie.. :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia hantar pasukan terakhir Malcon-Unifil
clik di sini: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=mh_04.htm
SUBANG 22 Jan. – Malaysia hari ini menghantar pasukan terakhir dan terbesar kontinjen Malaysia (Malcon) bagi misi Pasukan Pengaman Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil) yang terdiri daripada 257 anggota tentera.
Pasukan tersebut yang menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini dilepaskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin dan Panglima Angkatan Tentera, Laksamana Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor.
Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata, penghantaran pasukan Malcon-Unifil itu terbahagi kepada tiga pasukan iaitu pasukan tinjauan awal (advance party) membabitkan seramai 100 orang anggota, pasukan logistik dan pasukan induk yang berlepas hari ini.
“Pasukan tinjauan awal dan logistik sudah pun sampai di Lebanon awal bulan ini. Keseluruhannya kita menghantar 365 anggota untuk misi ini, di mana 283 anggota daripada pasukan Tentera Darat, 41 anggota Tentera Laut dan 41 lagi anggota Tentera Udara.
“Buat pertama kali misi Malcon-Unifil ini menaiki kapal terbang sewaan khas MAS untuk keselesaan anggota tentera Malaysia. Di Lebanon, mereka juga akan disediakan dengan kabin penginapan, bukannya khemah,” katanya.
Menurut Najib, anggota misi itu juga membawa 17 kereta perisai (APC) jenis Condor bagi memastikan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang diserahkan kepada pasukan berkenaan berjalan lancar.
Pasukan tersebut juga, kata beliau, akan berkhidmat selama enam bulan dan ia akan dilanjutkan bergantung kepada keperluan.
“Kumpulan tinjauan awal seramai 100 anggota sudah berlepas pada 2 Januari lalu dengan menggunakan pesawat MAS. Saya difahamkan mereka sekarang berfungsi sebagai elemen penubuhan asas di kawasan misi bagi kumpulan induk,” katanya.
Kumpulan logistik pula berlepas dengan kapal laut awam dari Pelabuhan Klang pada 4 Januari lalu menuju ke Pelabuhan Beirut dengan membawa semua kenderaan APC, peralatan berat serta lain-lain barang keperluan.
Terdahulu, Najib dalam amanatnya menyeru pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terbabit dalam misi di Lebanon supaya menjaga nama baik Malaysia walaupun ia satu tugas yang sangat mencabar.
“Saya ingin tegaskan betapa pentingnya kita (Malcon-Unifil) dilihat sebagai pasukan yang mesra dengan rakyat tempatan. Kita mahu menjadi pasukan yang disegani dan dihormati oleh rakyat Lebanon,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan setiap anggota Malcon-Unifil supaya tidak bersikap angkuh kerana ia bukanlah imej ATM yang sebenar.
“Saya berharap tuan-tuan sekalian dapat belajar memahami budaya setempat dengan cepat supaya kita dapat mengelakkan timbulnya sebarang masalah atau konflik dengan penduduk di sana,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri juga mengingatkan mereka supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti prosedur keselamatan yang ditetapkan semasa bertugas di negara berkenaan bagi mengelakkan sebarang pertikaian dengan mana-mana pihak.
Pada masa yang sama, Najib meminta setiap anggota misi Unifil menjalinkan kerjasama dengan tentera pelbagai negara yang bertugas di negara Asia Barat berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Majlis sambut menantu 8 RAMD meriah
Ah..majlis sambut menantu pun masuk berita!
Cerita pasal ATM gak kan? hehe.... :ketuk:
SETIAP pasangan yang berkahwin tentu tidak akan melupakan majlis persandingan yang dianggap satu peristiwa paling indah dalam hidup mereka, lebih-lebih lagi jika ia disambut beramai-ramai serentak dengan rakan setugas.
Justeru, majlis menyambut menantu beramai-ramai membabitkan seramai 15 pasangan pengantin baru di Kem Batalion Kelapan Rejimen Askar Melayu Di Raja (8 RAMD) Kuala Lipis, Pahang, baru-baru ini menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Semua pasangan pengantin diarak masuk dengan paluan kompang ke dalam dewan di kem berkenaan dan disambut dengan tembakan meriam 10 das. Majlis itu turut dihadiri oleh kira-kira 1,000 tetamu termasuk semua ahli dewan undangan negeri (Adun), Ahli Parlimen Lipis dan Pegawai Daerah, Dato Zainal Abidin Mat serta ahli keluarga pengantin.
Mempelai disandingkan bersama dengan pasangan masing-masing yang mana pengantin lelaki berpakaian lengkap anggota tentera dan pengantin wanita mengenakan pakaian gaun. Persembahan silat dan tomoi serta pancaragam 8 RAMD dan majlis menitik inai turut memeriahkan pengantin dan tetamu yang hadir.
Pasangan Lan Kpl Azlizam Hashim dan Norasimah Mohd Nasir mewakili semua pengantin memotong kek pulut kuning setinggi dua tingkat dengan pedang.
Pegawai Memerintah Batalion ke Lapan Rejimen Askar Melayu Diraja (8 RAMD) Kuala Lipis, Lt Kol Kamarudzaman Mohd Thani, berkata inilah kali pertama majlis menyambut menantu itu diadakan secara beramai-ramai di kem itu.
“Kesemua pengantin itu berkahwin sejak Ogos hingga Disember lalu, baru-baru ini di kampung masing-masing di Pahang, Kelantan, Kedah, Perak dan Terengganu.
“Sebagai bapa kepada anggota berkenaan, kami tidak dapat menghadiri ke semua majlis yang diadakan di seluruh negara itu, jadi dengan adanya majlis seperti ini ia dapat diraikan secara serentak,’ katanya.
Lt Kol Kamarudzaman berkata, sepatutnya ada 17 pasangan pengantin yang diraikan pada malam ini, tetapi dua pasangan dari Johor tidak dapat balik kerana kawasan mereka menghadapi banjir.
Katanya, Menteri Besar Pahang, Dato Seri Adnan Yaakob turut menyumbangkan RM10,000 untuk majlis berkenaan. Pada majlis itu, setiap pasangan pengantin turut menerima persalinan sepasang baju Melayu dan baju kurung serta cenderamata daripada Menteri Besar yang disampaikan oleh Adun Benta, Mohd Soffi Tan Sri Abdul Razak.
Beliau berkata, Ahli Parlimen Lipis, Dr Mohamad Shahrum Osman turut menyumbangkan dua ekor lembu untuk jamuan majlis berkenaan..
Sementara itu, Prebet Mohd Nazeri Sabri, 25 dari Batu 5, Gurun, Kedah yang berkahwin pada 17 Nov lalu berkata majlis itu amat bermakna dalam hidup mereka.
“Kami tidak dapat menghadiri kesemua majlis perkahwinan rakan mereka kerana bertugas, tetapi dengan adanya majlis seperti ini kami dapat melihat pasangan masing-masing dan berkenalan dengan lebih cepat,” katanya.
Pasangannya Sy Hanizar Ahmad @ Mat, 23 dari Sg Lalang, Sungai Petani, Kedah tidak menyangka dibanding kali ketiga kerana majlis perkahwinan dan majlis menyambut menantu diadakan di kampung masing-masing.
Katanya, walaupun diraikan beramai-ramai ia amat bermakna kerana diraikan oleh Pegawai Memerintah dan semua anggota tentera serta keluarga mereka di sini yang akan menjadi kenangan manis seumur hidup.
Bagi Prebet Nik Mansor Mat Jenal, 23 dari Kedai Lalat, Kota Bahru, majlis berkenaan dapat mengwujudkan semangat kekitaan dan kekeluargaan anggota tentera di situ.
“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai memerintah dan rakan di sini yang menganjurkan majlis ini kerana majlis yang amat bermakna kepada kami semua,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Ismail bakal Panglima TDM?
klik di sini: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ri&pg=dn_05.htm
Oleh: HAMDEN RAMLI
KUALA LUMPUR 22 Jan. – Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM), Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Ismail Jamaluddin disebut-sebut bakal mengisi jawatan Panglima TDM yang akan dikosongkan hujung bulan ini.
Pengosongan jawatan itu berlaku berikutan pelantikan penyandangnya, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal ke jawatan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), juga akhir bulan ini.
Sumber pertahanan memberitahu Utusan Malaysia, perubahan pucuk pimpinan tertinggi ATM itu juga akan menyaksikan beberapa pegawai tinggi TDM turut disebut-sebut bakal dilantik ke jawatan baru dan dinaikkan pangkat.
Antaranya, Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Masood Zainal Abidin akan dilantik ke jawatan Timbalan Panglima TDM mengisi kekosongan jawatan Ismail.
Jawatan Masood pula dijangka diisi oleh Panglima 3 Divisyen Infantri, Mejar Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd. Zin.
“Pemilihan mereka telah diluluskan oleh Majlis Angkatan Tentera dan pelantikannya dijangka berkuat kuasa serentak,” kata sumber berkenaan.
Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan pelantikan Abdul Aziz sebagai Panglima ATM baru menggantikan Laksamana Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor.
Pelantikan itu sekali gus menyaksikan tampuk pemerintahan ATM kembali kepada Tentera Darat.
Dalam pada itu, seorang penganalisis pertahanan ketika dihubungi Utusan Malaysia menyifatkan pelantikan Ismail dan Masood sebagai gabungan mantap yang mampu memperkasakan lagi TDM.
Katanya, kedua-dua pegawai tinggi berkenaan mempunyai pengalaman luas di semua peringkat perkhidmatan sama ada di peringkat pemerintahan, operasi dan pengurusan.
“Namun satu perkara yang perlu diberi perhatian adalah kedua-dua personaliti itu dijangka menamatkan perkhidmatan pada tahun yang sama kerana kedua-duanya lahir pada hari dan tahun yang sama iaitu 21 September 1952.
‘‘Jika ini berlaku, bermakna Tentera Darat akan kehilangan dua pegawai tinggi sekali gus apabila mereka bersara kelak dan pada masa sama mungkin akan menyaksikan pelantikan dua pegawai tinggi serentak,’’ katanya.
Muhammad Ismail, 55, yang dijangka akan dinaikkan pangkat kepada Jeneral ekoran pelantikan itu memulakan kerjaya bersama TDM setelah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda di Batalion Kelapan Rejimen Askar Melayu Diraja (8 RAMD).
Sebelum dilantik ke jawatan Timbalan Panglima TDM pada 25 Januari 2005, anak jati kelahiran Johor Bahru itu pernah memegang jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Perancang Pertahanan Markas ATM.
Sepanjang kariernya dalam ATM, beliau pernah mengetuai Kontinjen Malaysia di Bosnia (Malcon IV-SFOR) serta memegang beberapa jawatan penting antaranya, Panglima Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) di bawah 10 Briged Para, Kolonel Alat dan Kolonel Inspektorat di Markas Tentera Darat.
Sementara itu, kerjaya Masood, 55, bermula apabila beliau ditauliah sebagai Leftenan Muda di 3 RAMD yang ketika itu berada di Alor Star, Kedah.
Antara jawatan lain yang pernah dijawat beliau adalah Panglima 4 Divisyen Infantri dan Panglima 10 Briged Para.
Beliau juga pernah dilantik sebagi Pegawai Staf 1 Infrastruktur Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) hingga 30 November 1995 selepas memegang pelbagai jawatan dalam pasukan infantri termasuk Pegawai Memerintah 17 RAMD.
Pelantikan itu menjadikannya sebagai salah seorang perintis pasukan PUTD.
Zulkifeli pula sebelum dilantik sebagai Panglima 3 Divisyen Infantri pernah dilantik sebagai Ketua Pasukan Pemantau Antarabangsa di Mindanao, Filipina dan Panglima 8 Briged di Kota Bharu, Kelantan. |
|
|
|
|
|
|
|
RAMPAS...Abdul Aziz Bulat (dua dari kanan) bersama Azman Shahrin (kanan) memegang senjata api yang dirampas dari sebuah rumah di Taman Venice semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di Lumut, Perak, semalam.
Polis sahkan peniaga tidak jual senjata kepada penjenayah
Oleh: ANGELINA SINYANG
LUMUT 22 Jan. – Polis mengesahkan ahli perniagaan yang ditahan kerana menyimpan 58 senjata api termasuk mesingan secara haram di rumahnya di Taman Venice, Manjung dekat sini Jumaat lalu tidak menjual peralatan tersebut kepada mana-mana penjenayah atau kumpulan militan.
Siasatan mendapati suspek berusia 29 tahun yang memiliki pejabat jualan di Persiaran Lumut Pantai Impian di sini mengusahakan perniagaan jual beli senjata api dan peluru kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara sah sejak 2003 sehinggalah lesennya dibatalkan pada 31 Disember 2005.
Polis bertindak membatalkan lesen ahli perniagaan itu yang difahamkan anak kepada seorang bekas anggota TLDM kerana kegagalannya menghantar laporan jualan dan pemilikan senjata api dan peluru ke Bukit Aman.
Ketua Polis Perak, Datuk Abdul Aziz Bulat berkata, suspek diberi lesen untuk berniaga senjata api, peluru dan membaiki senjata api pada 2003 dengan syarat semua bahan berbahaya tersebut diserahkan terus kepada pelanggan.
‘‘Ahli perniagaan ini telah melanggar undang-undang apabila dia masih menyimpan senjata api tersebut tanpa lesen. Ini kerana sebarang penyimpanan senjata api tidak dibenarkan melainkan permohonan untuk menyimpannya telah dibuat dan diluluskan oleh polis.
‘‘Perniagaannya bukanlah seperti perniagaan kedai senjata api yang mempunyai kedai dan menyimpan stok untuk dijual kepada pemilik senjata api berlesen.
“Perniagaan yang dijalankan pemuda ini lebih kepada membawa masuk senjata api untuk uji kaji atau demonstrasi bagi membolehkannya ditender kepada pihak berkuasa seperti PDRM, ATM atau lain-lain agensi kerajaan yang dibenarkan,” jelasnya.
Abdul Aziz berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di sini hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Dr. Hashim Harun dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Manjung, Deputi Supritendan Azman Shahrin yang mengetuai serbuan di rumah ahli perniagaan itu Jumaat lalu.
Menurut Abdul Aziz, setiap kali para peniaga senjata mahu mengimport senjata api, peluru atau peralatan senjata api, mereka terlebih dahulu perlu memperoleh lesen yang diluluskan oleh Ketua Polis Negara.
Beliau menambah, satu syarat wajib yang perlu disertakan bersama permohonan ialah surat End User Certificate darpada pihak berkuasa yang ingin membeli senjata api, peluru atau peralatan tersebut.
‘‘Dalam kes ahli perniagaan ini, polis mendapati dia tidak pernah memohon untuk mengimport senjata api dan peluru untuk diuji kaji atau dibekalkan kepada pihak berkuasa.
‘‘Syarikatnya hanya menggunakan End User Certificate untuk membawa masuk senjata api, peluru dan peralatan senjata api ke negara ini melalui jalan udara,” katanya.
Jelasnya, senjata api lebihan iaitu yang tidak dapat dijual hendaklah dipulangkan kepada pembekal atau peniaga.
Mereka boleh memilih menyerahkan senjata itu kepada polis untuk simpanan sementara sekiranya gagal menyerahkannya kepada pihak pembekal, katanya.
‘‘Sesiapa yang melanggar syarat-syarat yang ditetapkan boleh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1990 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda RM10,000.
‘‘Mereka juga boleh didakwa di bawah Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang enam kali,” katanya.
Ditanya mengenai serbuan pada pukul 3 pagi Jumaat lalu, Abdul Aziz berkata, jumlah keseluruhan senjata api yang dirampas ialah 58 pucuk terdiri daripada 47 pistol HK 9mm, lima mesingan LMG HK M4 5.56 mm, empat pistol Glock 26 9mm dan masing-masing sepucuk pistol Glock 17 9mm serta raifal automatik HK G36 5.56mm.
Turut ditemui ialah 12 laras `spare barel' untuk raifal 5.56mm.
Beliau memberitahu, pistol jenis HK 9mm hanya digunakan oleh polis dan tentera kerana ia boleh dipasang dengan penyerap bunyi.
Abdul Aziz memberitahu, harga pasaran bagi setiap pistol yang dirampas ialah RM4,000 sepucuk, mesingan (RM130,000) dan raifal (RM15,000).
Tambah beliau, hanya agensi penguat kuasa kerajaan seperti polis dan tentera dibenarkan memiliki senjata api automatik manakala orang awam hanya dibenarkan menggunakan senjata api semi automatik. |
|
|
|
|
|
|
|
Kapal Belanda berlabuh empat hari
KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan sendiri kekuatan armada perang Tentera Laut Diraja Belanda, apabila kapal HNMS Tromp berlabuh buat pertama kalinya di Pelabuhan Klang, Jumaat ini.
HNMS Tromp, membawa bersama 202 krew termasuk 32 pegawai, sebuah daripada empat friget kelas pertahanan dan kawalan udara, milik Tentera Laut Diraja Belanda.
Sesuai dengan peranannya ketika menyertai armada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), fungsi dan persenjataan Tromp diubah suai dari friget antikapal selam kepada pangkalan serangan maritim, selain dilengkapi fungsi samaran dan radar yang canggih.
Jurucakap Kedutaan Belanda di sini berkata, kapal itu berlabuh di pelabuhan selatan empat hari bermula Jumaat ini.
Katanya, lawatan secara kebetulan sempena Jubli Emas Malaysia serta sambutan 50 tahun hubungan rasmi Malaysia-Belanda itu, sebagai rangka lawatan HNMS Tromp dikenali ‘Global Enterprise’ bermula 8 Oktober lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #330 insignia's post
boley pergi ni...bukan senang naik kapal |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mmc at 23-1-2007 12:38 PM
boley pergi ni...bukan senang naik kapal
Oiii...bawak la aku sekali. aku pon nak gi gak :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #332 tin's post
apa ko susah, drebar dan keter ada, tunjuk kad kuasa garenti lepas, patut aku yang tumpang ko ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mmc at 23-1-2007 12:44 PM
apa ko susah, drebar dan keter ada, tunjuk kad kuasa garenti lepas, patut aku yang tumpang ko ni
malas aaa... byk benor red tape/paperwork nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Submarine launch is next BrahMos frontier
http://www.indianexpress.com/story/21610.html
Shiv AroorPosted online: Wednesday, January 24, 2007 at 0000 hrs
NEW DELHI, JANUARY 23 : Work has begun on a variant of the Indo-Russian BrahMos missile system that would, in the next few years, make India the only country with a submarine-launched supersonic cruise missile capability.
BrahMos, a joint venture between DRDO and Russia抯 NPO Mashinostroyenia, has asked the Navy to spare one of its Russian-made Kilo-class submarines as a test platform for the new missile. The request is likely to be shortly addressed. The missile is concurrently being configured for Russia抯 Amur-class submarines |
|
|
|
|
|
|
|
Ops Murni ATM bantu mangsa banjir
klik di sini: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=te_01.htm
Oleh: SOPI SAMAILE
“MEREKA adalah penyambung nadi mangsa banjir,’’, itulah antara kata yang boleh ditujukan kepada pasukan penyelamat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terawal membantu mangsa-mangsa banjir kali pertama dan kedua di Johor.
Pasukan itu tiba awal di lokasi-lokasi banjir dan bertindak segera memindahkan penduduk sebaik sahaja air mula naik selepas hujan lebat pada 11 Januari lalu.
Dengan kecekapan serta pengalaman menghadapi banjir yang pertama, pasukan ATM dapat melaksanakan tugas dengan lancar meskipun terdapat segelintir mangsa banjir yang enggan berpindah.
Namun itu bukan alasan untuk pasukan ini memandang remeh usaha memindahkan penduduk yang mula panik dan cemas apabila air naik dengan pantas malah kerja-kerja pemindahan turut dilakukan pada waktu malam.
Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd. Zin memberitahu, kejadian banjir gelombang kedua dapat disedari awal memandangkan pasukan ATM masih berada di lokasi-lokasi banjir dan sedang melakukan kerja-kerja pembersihan akibat kejadian banjir yang pertama pada 19 Disember lalu.
Sehubungan itu, jelasnya, pasukan ATM tanpa teragak-agak untuk terus menghulurkan bantuan dengan peralatan yang sedia ada menyelamatkan mangsa banjir sehinggakan operasi terbabit berlanjutan hingga ke awal pagi.
“Walaupun dalam keadaan gelap dan air pula naik begitu pantas, pasukan kita tetap bertungkus lumus memastikan semua penduduk dapat dipindahkan dengan selamat.
“Misi kita adalah memindahkan mangsa dengan segera ke kawasan yang selamat dan berusaha mengelak sebarang perkara yang tidak diingini dalam keadaan yang genting sebegitu,'' katanya.
Menurut Zulkifeli, sepanjang operasi ‘Ops Murni' pada bencana banjir kali kedua ini, sebanyak 1,000 anggota ATM telah ditugaskan di setiap kawasan yang terbabit dengan bencana itu.
Pasukan ATM juga katanya, telah menyediakan pegawai perubatan dalam operasi itu untuk membantu mangsa banjir dari segi perkhidmatan rawatan dan perubatan.
Untuk menjayakan operasi tersebut, ATM menggunakan sebanyak 60 bot tempur, 49 ‘operator boat machine (OBM), 63 trak dan 14 jip untuk memudahkan pengangkutan dan pemindahan mangsa banjir.
“Selain itu, turut digunakan adalah lima helikopter Augusta Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dan dua buah helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk tujuan memindahkan mangsa yang terputus hubungan, menghantar pesakit ke hospital dan menghantar bekalan makanan ke pusat-pusat pemindahan,” ujarnya.
Sementara itu, Pegawai Gerakan Rejimen Pertama Renjer Diraja, Mejar Suvinder
Singh yang bertugas di daerah Kota Tinggi memberitahu, pengangkutan pada masa itu hanya boleh menggunakan bot memandangkan semua kawasan telah dinaiki air kecuali di jambatan Sungai Johor dan Hospital Kota Tinggi.
Katanya, jambatan telah dijadikan perantara mangsa yang berada di kawasan hospital untuk ke daratan di Kampung Batu 25 dengan menaiki bot sebelum diturunkan di kawasan berkenaan.
“Arus sungai yang deras menyebabkan kita tidak mahu mengambil risiko untuk terus meredah ke sebelah Kampung Batu 25 dan cara yang terbaik adalah menurunkan mangsa di sebelah utara jambatan sebelum mereka naik sebuah lagi bot di sebelah selatan untuk meneruskan destinasi ke daratan,'' katanya.
Suvinder menambah, tugas lain pasukan ATM adalah memastikan bekalan makanan dihantar ke pusat-pusat pemindahan di samping memantau keadaan segelintir mangsa banjir yang enggan berpindah.
Jelasnya, pasukan ATM tidak mengabaikan mangsa yang enggan berpindah itu dengan berusaha memujuk mereka empat hingga lima kali sehari agar berpindah ke pusat pemindahan.
“Kita tidak mahu mereka yang enggan berpindah ini menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan makanan, maka kita sentiasa memantau malah memujuk mereka supaya mengikut arahan,'' katanya sambil menambah beberapa orang daripada mereka akhirnya bersetuju untuk berpindah.
Dalam pada itu, Pegawai Penghubung Bilik Gerakan Banjir Kota Tinggi, Leftenan Muda Majani Japon berkata, pihaknya juga berusaha memujuk mangsa-mangsa yang enggan berpindah itu menerusi panggilan-panggilan telefon setiap hari.
Sementara itu menurutnya, tugas pasukan ATM di bilik gerakan pula adalah memastikan setiap panggilan mangsa banjir ke pusat ini akan disusuli dengan tindakan lanjut.
Selanjutnya, bilik gerakan akan mengeluarkan arahan untuk menggerakkan pasukan di peringkat operasi untuk melaksanakan tugas sama ada memindahkan mangsa atau menghantar makanan.
“Saya beri contoh mangsa yang enggan berpindah kadang kala menghubungi kita meminta dibawa ke pusat pemindahan tetapi bila pasukan penyelamat digerakkan ke situ, mereka sebaliknya hanya ingin bekalan makanan tetapi berdegil untuk terus tinggal di rumah masing-masing,'' katanya.
Sambil menambah, perkara itu telah berlaku beberapa kali namun pihaknya akan memastikan pasukan penyelamat datang ke tempat mangsa.
Bagi krew bot pasukan ATM, Sarjan Awang Jepun berkata, beliau berada di lokasi banjir sejak 8 Januari lalu untuk melakukan kerja-kerja pembersihan sebelum dilanda banjir kali kedua itu.
Katanya, keadaan kali ini tidak sama dengan bencana banjir kali pertama apabila terdapat segelintir mangsa yang trauma sehingga tidak mahu berpindah walaupun air sudah naik.
Jelasnya, mereka tidak menyangka bahawa banjir akan berulang semula dan oleh sebab itu enggan berpindah menyebabkan kerja-kerja pemindahan menjadi sukar.
“Bagaimanapun kita terus memujuk mereka untuk berpindah dan ada yang mahu keluar dari rumah mereka tetapi ingin ke tempat lain selain daripada pusat pemindahan.
“pada mulanya kita akan melayan permintaan mangsa banjir dengan membawanya ke tempat yang ingin dituju oleh mereka hingga akhir sekali mangsa itu bersetuju untuk ditempatkan di pusat pemindahan,'' katanya.
[ Last edited by kahmadz at 24-1-2007 12:40 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Jackstay pemindahan logistik di laut
klik di sini: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=te_02.htm
DALAM sesuatu misi pelayaran, pemindahan logistik sama ada barangan atau anggota dari sebuah kapal ke kapal lain kadang-kala dilakukan di laut tanpa perlu menunggu sehingga sampai di pelabuhan.
Sama ada untuk menampung kekurangan bekalan atau merawat anggota yang sakit, pemindahan tersebut terpaksa dilaksanakan kerana tidak mahu mengganggu jadual pelayaran.
Untuk tujuan itu, satu kaedah dinamakan ‘jackstay’ digunakan, iaitu pemindahan dengan tali yang direntang di antara dua buah kapal.
Kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak terkecuali daripada menggunakan kaedah berkenaan.
Semasa program Sehari Bersama Media sempena hari ulang tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-73 baru-baru ini, pihak media berpeluang menyaksikan demonstrasi `jackstay’ ringan iaitu pemindahan beban yang kurang daripada 250 kilogram.
Petugas-petugas media yang hadir dipertontonkan bagaimana seseorang anggota dipindahkan dari kapal KD Hang Tuah ke kapal KD Kedah dan sebaliknya.
Dalam demonstrasi itu, KD Hang Tuah yang bertindak sebagai kapal pembekal berada pada kedudukan lambung kanan KD Kedah atau dipanggil `replenishment at sea approach’ (rasap).
Setelah anak-anak kapal berada pada kedudukan bersedia, bendera Romeo dinaikkan oleh kedua-dua kapal.
Pada masa yang sama, KD Kedah menaikkan bendera Golf yang bermaksud sebagai kapal penerima atau pemandu.
Satu tiupan wisel kemudiannya dilakukan oleh KD Hang Tuah menandakan bersedia untuk menghantar ‘bolas line’ atau menembak ‘gun line’.
KD Kedah pula membalas dengan dua tiupan wisel yang bererti bersedia untuk menerima.
Anak-anak kapal KD Kedah seterusnya menyambung tali ‘outhaul’ kepada tali ‘bolas’ serta tali jarak dan menariknya.
Selepas itu, tali ‘jackstay’ yang akan direntangkan di antara kedua-dua kapal untuk proses pemindahan dilepaskan dari KD Hang Tuah ke KD Kedah.
Sebaik tali itu sampai ke KD Kedah, ‘grommet strop’ (gelang) yang terdapat dihujungnya dipasang pada ‘senhouse slip’.
Pemasangan ini perlu dilakukan dengan sempurna supaya ‘grommet strop’ tidak mudah terlepas.
Setelah kesemua ikatan itu selesai dipasang, tali ‘outhaul’ dimasukkan ke dalam blok enam inci yang terdapat di KD Kedah.
Ujian bebanan kemudiannya dilakukan bagi memastikan tali ‘jackstay’ berkeadaan baik untuk digunakan.
Semasa ujian ini, anak-anak kapal cuba mengelak tali daripada terkena air laut supaya tidak mudah reput.
Tali tersebut ditandakan pada setiap jarak enam meter dengan warna-warna hijau, merah, kuning, biru dan putih.
Penandaan ini penting bagi memastikan kedua-dua kapal berada pada jarak yang sesuai.
Apabila ujian bebanan selesai, maka penghantaran logistik pun dilakukan.
Bendera hijau atau merah akan dinaikkan bagi memaklumkan kepada anak-anak kapal jenis barang yang dihantar sama ada tidak merbahaya (hijau) atau barang merbahaya (merah).
Semasa proses ini, anak-anak kapal yang terlibat terutama di bahagian ‘dump party’ melakukannya dengan berhati-hati supaya tidak berlaku sebarang kemalangan.
Beberapa petugas media tidak melepaskan peluang mencuba kaedah tersebut di mana mereka dipindahkan dari sebuah kapal ke kapal lain.
Setelah pemindahan selesai, KD Hang Tuah memberikan isyarat tanda selesai yang dilakukan oleh seorang anak kapal menggunakan papan isyarat berwarna merah dan hijau.
Isyarat itu dibalas oleh KD Kedah dengan melakukan proses yang serupa.
Serentak itu, anak-anak kapal KD Kedah melepaskan tali sedikit demi sedikit dan anak-anak kapal KD Hang Tuah menariknya.
Apabila isyarat ‘cut off’ diberikan oleh kapal KD Hang Tuah, maka anak-anak kapal KD Kedah melepaskan lebihan tali berserta tali jarak dengan pantas.
Sesungguhnya pengalaman menyaksikan pemindahan itu amat berharga buat petugas media yang hadir kerana bukan mudah mendapat peluang sedemikian. |
|
|
|
|
|
|
|
Persaraan, kenaikan pangkat pegawai TUDM
klik di sini: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=te_03.htm
Oleh: MEJAR ZULKIFLEE ABDUL LATIFF
SETIAP yang bermula pasti akan berakhir.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Perumpamaan ini juga merencana Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya berhubung beberapa perubahan dalam tampuk pemerintahannya.
Baru-baru ini telah berlangsung perbarisan persaraan Mejar Jeneral Datuk Yahya Bidin sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM di Pangkalan Udara Kuching.
Beliau menamatkan perkhidmatan setelah menabur bakti selama lebih 35 tahun dalam perkhidmatan TUDM.Tempat beliau digantikan oleh Mejar Jeneral Datuk Ali Nasiruddin Ibrahim.
Menyusul kemudian ialah Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Md. Hanif Darimi.
Perbarisan persaraan Md. Hanif diadakan di Pangkalan Udara Subang Jumaat lalu.
Beliau akan menyerahkan tugasnya kepada Mejar Jeneral Datuk Rodzali Daud.
Rodzali akan dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral dengan memegang jawatan sebagai Panglima Operasi Udara berkuatkuasa hari ini.
Brigadier Jeneral Datuk Jusof @ Che Jusoh Embong pula akan dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral pada tarikh yang sama dan menjawat jawatan sebagai Panglima No. 1 Divisyen Udara.
Juga tidak ketinggalan Asisten Ketua Staf Tadbir yang baru, Brigadier Jeneral Ali Karwi serta Pengarah Perkhidmatan, iaitu Kolonel Zulkafli Md. Nor.
Majlis kenaikan pangkat berlangsung baru-baru ini.
Tahniah diucapkan kepada yang dinaikkan pangkat.
Selamat bersara dan selamat maju jaya kepada yang menamatkan perkhidmatan. |
|
|
|
|
|
|
|
BERITA EKSKLUSIF
Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, SME Ordnance dah disenarai hitamkan dalam senarai syarikat yang diban oleh Pakcik Sam kerana menjalinkan usahasama bersama firma daripada Iran dan Syria. Namun begitu, berita ini tidak dapat dipastikan kesahihannya.
so, tak ada lah M4 untuk army at least for the next 3 years. wakil HK pun dah kena tahan polis. nampaknya pakai AK-101 atau AK 102 la gayanya.
UPDATE 1
Saya cuba untuk mendapatkan kesahihan berita tersebut dan ternyata berita tersebut TIDAK BENAR. Memang benar, ada sebuah syarikat daripada Malaysia yang diban oleh Pakcik Sam kerana menjalinkan hubungan industri pertahanan bersama firma daripada Iran dan Syria, tetapi ia bukanlah SME Ordnance tetapi sebuah syarikat dikenali sebagai Target Airfreight. Harap maklum...
[ Last edited by tin at 25-1-2007 09:00 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tin at 24-1-2007 16:43
BERITA EKSKLUSIF
Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, SME Ordnance dah disenarai hitamkan dalam senarai syarikat yang diban oleh Pakcik Sam kerana menjalinkan usahasama bersama firma ...
Well not too bad isn't it? Firearms masih banyak pilihan....tapi wa paling pening tengok HK416 kena angkut oooo |
|
|
|
|
|
|
| |
|