Originally posted by monorail at 31-10-2008 09:52 AM
boleh kongsi kat sini.............sampaikan walau satu ayat...
ringkasan je ye....
al- kusuf~ gerhana matahari
al- khusuf~ gerhana bulan
hukum solat gerhana adalah sunat muaakad dan sunat dilakukan secara berjemaah
sabda Rasullulah s.a.w sebagaimana yg diriwayatkan oleh muslim (914):
"sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda kebesaran Allah Taala: Kedua - duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana hidupnya seseorang. Oleh itu apabila kamu melihat gerhana berlaku, maka bersembahyang dan berdoalah sehingga hilang apa yang berlaku (menimpa) kamu iaitu bala kegelapan"
adapaun sesungguhnya solat ini adalah untuk mengelakkan kita daripada melihat gerhana tersebut kerana cahaya gerhana akan merosakkan penglihatan kita......