|
best jugak thread USM ni. saya dah khatam |
|
|
|
|
|
|
|
ok nak cite gak.. amek PJJ usm suppose tahun ni tahun akhir tapi terpaksa tangguh dulu.kesahnye jadi awal tahun lepas time orientasi PB 2 mggu kat usm. Ish xigt lah nama apa hostel tu tapi hostel tu sebelah d/siswa fajar harapan.. masa tu dh mggu terakhir so yg xde kelas tu bnyk dh cabut balik.. alkisah nak jadi cerita aku n rumate xtahu yg bnyk jiran2 sebelah dah balik.. so 1 day tu rumate p tandas then dia nampak budak sebelah bilik kitorg tgh cuci muka.. dia pun tegur lah "hai" kat budak tu tapi budak tu diam je.. rumate ni pun naik cuci muka gk so dia amek pili sebelah budak ni lah.. masa dia tunduk nak amek air nk kumur tu dia toleh tepi tgk budak tu dah xde masa tu dia pelik cepat betol budak tu blah sebab rasanya kejap sangat kan..lepas siap urusan rumate ni dia balik bilik teserempak dengan budak sebelah ni.. rumate tanye " aih nak p toilet pulak ka,awat tadi xperabih siap2" yg budak ni pulak buat muka pelik dia kata " wey aku baru bangon tdoq ni baru nak p kencing masa bila aku p toilet" last2 ngan budak yg nak kencin tu xjadi kencing terus masuk bilik.. dok esok tu dua2 demam yang rumate aku demam ok lah sebab dia yang nampak hat budak yg nak kencing ni pun demam sekali yg aku pelik ni
Sebelum kejadian rumate aku nampak "budak" sebelah dalam toilet ni, dia asyik komplen ja cakap malam2 apsal la org suka dok ngubah2 meja kerusi bising nk study susah.. rumate aku ni jenih suka study sampai lewat pagi ..time2 tu aku dah kroh2 dah.. dia jugak lah yg selalu cakap syok2 tgh study dengar kerusi belakang dia macam orang tarik lah dengo orang tuang air nak minum..dia igt aku bangun.. patutlah tiap2 pagi aku bangun mesti dia menyempit tido sebelah aku.. yang pasal bunyi2 kerusi meja dok tarik tu masa last day nak serah kunci tanya la warden tu sapa lagi yang ada dia kata level aku cuma 3 bilik ja ada orang..level atas semua dah balik lama dah. .
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyaknya tempat yg angker kt USM nie.. cam seluruh kampus je.. cousin aku ada yg alumni sini, nanti nak tanya2 dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
hostel aman damai ke....???? |
|
|
|
|
|
|
|
yaa betol2..
|
|
|
|
|
|
|
|
ade gk membe laki dok situ masa 2 week2 pjj tuh.. dia kata bilik yg dia dpt tu walaupun selesa dn bersih akan tetapi tidak tenang dikala malam menjelma..
|
|
|
|
|
|
|
|
wah rindunya usm lepas baca citer2 korang.. aku dulu study USM 3 tahun Alhamdulillah tak pernah alami gangguan mistik ni.. aku masa 1st year sllu duduk lepak pusat pengajian siap balik dari pusat pengajian tengah2 malam jln kaki sorang2 lalu pokok2 besar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi tmpt berlatih silat, karate, taekwando school pharmacy tu mmg scary la.. redup2 je tmpt tu kan, ada gak dgr citer tmpt tu mmg berhantu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi tak dinafikan kat usm ni mmg banyak sangat pokok2 besar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah pernah kena tempias dah kat Aman Damai ni masa 2nd year PJJ...stay kat blok K04..blok yg membelakangi rumah students ijazah lanjutan (mostly student luar negara ni...)...
Tahun ketiga plak dapat Hilton (Bakti Permai).... ada gak yang usik2 manja....perghhh...dasyat la....
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah duduk 3 hari 2 malam je kt rumah penginapan atas bukit tu...mmg cantikla USM tpi hotel yg buat depan USM mmg mengacau pemandangan la...Yg best makan kt USM murah. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah study kat usm. Batch 2010-2013.
Pernah beberapa kali berdepan situasi 'bulu roma tiba-tiba meremang dan terasa ada 'benda' nak muncul', tapi syukurlah entiti sekian-sekian tu tak jadi menjelmakan diri. Aku banyak dengar cerita2 senior/alumni. Betul tak betul, entah la. Tapi sejak zaman tahun 2000, kisah mistik kat USM macam dah toned down. Kalau ada pun, macam dah moden sikit.
Aku pernah masuk tapak RST masa kawasan tu baru nak dibangunkan. Masa tu tanah baru nak diratakan, konkrit pun baru nak cucuk. Arwah ayah aku salah seorang yang terlibat dalam pembinaan blok Tekun. Dia cakap masa nak buat bangunan kat situ, memang ada beberapa kes. Pekerja2 ada yang nampak itu ini. Tapi ayah aku cakap tu benda biasa bila kita nak dirikan sesuatu di tempat yg hutan2, bukit2 etc. Jangan kacau diorang, sudah. (respect giler kat ayah aku. kalau aku jadi dia, aku dah tarik diri daripada projek tu. tak sanguppppppp....) Dengar cerita penghuni2 pioneer a.k.a 1st batch yg duduk kat RST, diorang selalu nampak Cik L dengan Cik P bertenggek kat bumbung2 blok sebelah. Betul atau tidak, korang kena tanya diorang sendiri.
Pensyarah aku pernah cakap ada burung hantu kat bangunan SoLLat/pusat bahasa. Pelajar2 dia tak percaya. Aku percaya sebab aku sendiri pernah nampak. Satu malam tu aku dengan member2 gi lepak dekat area menghadap kondo The View (twin tower) sebelah pusat bahasa dan studio HBP. Masa tu nak dekat 11 malam. Konon nak tengok pemandangan jambatan dari jauh. Tiba2 rasa macam ada gerimis hujan, tapi tak lebat. Aku pun tengok la jam dan terkejut bila sedar dah agak lewat malam. Kalau terlepas bas shuttle terakhir, alamat jalan kaki baliklah nanti. Dahlah asrama kami di Aman Damai gate gambier sana tu. Hujung dunia dgn hujung dunia. Jauh jugak tu. Aku pun ajak la member2 aku balik. Diorang mcm tak nak balik lagi. Eh eh diorang ni, excited lebih pulak malam tu. Tiba2 dari jauh aku dengar mcm suara nyaring, sayup2. Aku rasa member2 aku tak dengar sbb takde sorang pun yang beri reaksi. Aku rasa tak sedap hati. Aku ajak diorang balik sekali lagi. Dgn berat hati, diorang pun berjalan perlahan-lahan balik ke bus stop depan pusat bahasa. Tiba-tiba bunyi nyaring tadi terdengar lagi. Kali ini member2 aku dengar sbb semua berpaling muka ke arah bunyi itu. Tengok2 seekor burung hantu yang besar terbang atas kami. Masa dia melintas atas kami, ya ampun, bunyi dia nyaringggg sangat2. Aku rasa kalau aku tak tahu yg tu burung hantu, aku dah ingat cik sekian-sekian empunya suara. Cepat2 aku suruh member2 cepat sikit jalan. Dalam hati aku rasa mcm burung tu kasi warning suruh cepat blah. Tengah2 jalan tu, skali lagi dia terbang melintasi kami. Warning kedua. Hati aku makin tak sedap. Mata dah tertoleh2 bangunan2 D09 pusat bahasa. Gelap gelita. Ishh. Masa nak melintas blok D10, tiba2 bulu roma aku naik. Tegak 90 darjah. Apasal pulak ni tiba2 meremang? Hati memang tak sedap sangat. Aku rasa waktu tu macam ada benda nak menjelmakan diri. Betul, aku tak tipu. Aku dah cuak sangat dah masa tu. Aku pun bacalah apa aku ingat dalam hati, dan doa minta jangan muncul, please please. Member2 aku jalan rilek ja, mcm takde apa2. Suksis memang semua berani mati ke? Sampai saja bus stop tak sampai seminit ada bus shuttle lalu (masa tu bas ada colour2. yg naik bukit pusat bahasa tu hanya bas biru dgn kuning. dan petas). Lega akuuu. Lepas tu tobat 2-3 bulan tak pergi tempat tu malam2. Nak cari angin kononnn. Ambik ko, burung hantu datang melawat dgn suara yg tak berapa sedap didengar malam2.
Ada sekali tu malam2 aku gi hantar assigment kat bilik pensyarah. Ni bilik pensyarah school humanities dekat2 dgn office SK (social science) tu. Masa tu dah malam. Kalau boleh, memang aku tak nak ke situ. Tapi sebab nak submit assigment, terpaksa la beranikan diri. Sorang2 pulak tu. Turun bas kat bus stop menghadap office IK dan dewan kuliah SK, aku pun gagahkan diri berjalan ke bilik pensyarah. Blok dia yang paling belakang skali. Ishhh. Dah la gelap. Guard hanya pasang satu lampu yg kat bawah skali depan tangga. Yg lain tutup. Bilik pensyarah aku ni pulak tingkat atas. Haishh. Memang menguji betul. Sepanjang aku jalan nak sampai bilik pensyarah aku tu, aku tekan suis on apa2 suis lampu yg tangan aku capai. Scary kot. Sampai2 saja depan bilik pensyarah aku, terus aku selit assigment bawah pintu bilik, lepas tu cabut. Takde maknanya nak lama2 tunggu kat situ. Sepanjang pergi balik tempat tu kena lalu bawah pokok2 kemboja. Serius buat hati tak keruan. Balik2 hostel, aku kena marah dengan member aku sbb gi sana sorang2. Huhu. Itu kali terakhir aku nekad gi bilik pensyarah malam2 utk hantar assigment, dan kali terakhir aku buat assigment yg deadline dia 'by 12 am'. Moral di sini, jgn buat kerja last minute dan submit tgh2 malam. Ada sorg member aku pernah buat benda sama, tapi dia lagi dahsyat, submit pukul 3 pagi. Masa dia jalan2 kat blok tu, dia cakap lampu asyik main2 dgn dia sampai dia teringat scene dlm drama Supernatural. Zzzz.....
Persatuan silat, kalau tak salah setiap tahun diorang akan buat satu majlis (sorry aku tak ingat majlis apa) yg mana diorang akan berada kat padang diorang sampai lewat malam. Kalau tak salah sepanjang malam tu diorang pasang lagu tradisional (kalau aku silap, tolong maafkan aku). Dan sepanjang malam tu jugak anjing2 sekitar kawasan tu akan menyalak. Student2 yg duduk di hostel Aman Damai, terutamanya yang menghadap stadium selalu ada cerita macam2.
Kalau nak dengar lebih banyak cerita, tanya pak guard2 kat usm. Brader2 bas pun ada dua tiga yg ada cerita masing2. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Fuhh...menggelegak darah baca kisah ko ni...huhu...4 tahun buat PJJ ni...5 hostel yang aku stay...xde satu pun yang feeling 'biasa2 je'....daripada Fajar harapan masa orientasi...ke cahaya gemilang masa 1st year....pastu kena pulak aman damai - 2nd year...then (hilton) bakti permai - 3rd year...finally Tekun...masa final year..... ada2 je ter'tempias' walau macam mana pon.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Antara semua hostel kat usm tu, aku tak tahu yang mana satu paling 'angker'. Semua hostel ada sejarah dan cerita masing2. Tapi dari segi yang 'selamat' pulak aku rasa, menurut pendapat dan pengalaman aku, IK kot. Mungkin sebab ia agak 'open' sikit dan tak begitu gelap, apa2 jadi orang nampak. Taklah rasa takut sangat. Cuma perlu awasi orang2 luar a.k.a manusia yang kadang2 'tersesat secara tak sengaja' masuk blok perempuan. Aku ingat lagi ayat kawan aku - "Kalau 'benda tu' yang datang, kita boleh halau. Tapi kalau orang? Kalau dia kuat, habis kita!"
Kalau Aman Damai, lepas pukul 12 dah rasa seriau nak lalu. Sunyi rasanya. Fajar, kalau lalu depan2 yang menghadap jalan tu ok. Tapi kalau nak lintas tasik, memang tak laaa. Silap2 haribulan nampak sesuatu di sebalik2 pokok, atau ada benda misteri lompat dalam tasik. Tak pun disapa biawak2 mesra alam kat situ. CG sunyi jugak kalau dah lewat malam. Ditambah pulak ia dah dekat2 dengan area guest house, muzium yang... hmm... tak perlu aku cerita. Bakti Permai aku takde pengalaman di malam hari, cuma selalu dengar situ banyak anjing liar suka masuk. Kena hati2. RST luas, jadi ada macam2 ver. cerita. Kena histeria la, nampak itu ini la, member hostel kena sampuk la, etc. Memandangkan aku duduk hostel dalam, aku tak berapa alert sangat gosip mistik kat RST luar tu. Kalau dengar2 pun, daripada member2 tukang bercerita. Jadi kesahihannya tak dijamin.
Sepanjang study kat USM, ada beberapa tempat kat situ yang buat aku curious. Sesetengah daripada tempat2 ni, aku berjaya dapat beberapa info daripada alumni2 dulu2. Sesetengah lagi remain misteri sampai aku grad. Haha sempat lagi aku buat hobi pelik macam ni tengah2 struggle dengan study. Pengubat stres kot?
Btw, kalau ada sesiapa tahu cerita pasal sejarah bangunan farmasi, sharing2 ler. Dengarnya situ bekas school medic sebelum kita ada branch kat kelantan. Hmm...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hmm....just curious la...kalau unit atas berpenghuni a.k.a manusia/orang......tapi masih lagi ada bunyi2 guli jatuh ...perabut diseret...bunyi 'orang' berlari2...apekah itu tandanya ada benda alah tu jugak???? cer explain jap sesapa yang arif....saya musykil ni....huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
kau dh boleh buat program paranormal dah ni..hahahaha....apa2pon..enjoy story ko...best
|
|
|
|
|
|
|
|
kira_tomato replied at 3-4-2016 07:33 PM
Aku pernah study kat usm. Batch 2010-2013.
Pernah beberapa kali berdepan situasi 'bulu roma tiba-ti ...
Beraninya hantar assignment mlm2. Kita sama batch. I pernah terkena gurauan manja masa final year. Kena time kat bilik. I duduk restu. Pagi2 lepas solat subuh terlelap. Kebetulan I memang dah seminggu tidur2 ayam je sebab busy. Dapat terlelap pun kira okay lah tu. Sekali ada benda berbulu bermain2 di kaki. Lagi kita tepis dia makin menjadi2. Lama pulak tu. Last2, kuatkan diri bangun juga.
Yg second time kena, ada jelmaan ular dlm bilik. Ular ni I nampak dekat loker roommate. Cantik. Time yg sama mcm kejadian first. Lepas subuh. Rasa nak bangun tengok, tp ada benda halang. Lama dia berlingkar mcm suruh I tengok dia. Lama2 hilang terus terjaga.
Agaknya final year kan busy, emosi terganggu. Tu yang senang kena kacau. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nham22 at 6-5-2016 07:43 PM
kacanghazel replied at 4-5-2016 06:56 PM
hmm....just curious la...kalau unit atas berpenghuni a.k.a manusia/orang......tapi masih lagi ada ...
Jin tu ade dalam rumah u lahhh..bukan rumah orang atas... mmg taktik die mcm tu.... i dulu pon pernah kene.. i pernah sound n bukak ayat ruqyah..bende tu marah..die punye guli mcm dengar bola golf dah..punye lah kuat... meja kerusi die kasi bunyi kuat2...bunyi tapak kaki mcm bunyi gajah jalan....i tensen panggil ustaz halau depa..ustaz cakap bukan org hantar..cume die singgah nak ddk...ustaz pesan rajin mengaji n solat jemaah... solat kat setiap bilik... alhamdulillah sekarang xde dah..i pon xbrani tinggal kan rumah lebih dari 5hari... |
|
|
|
|
|
|
| |
|