CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 11-6-2008 10:02 AM | Show all posts

Reply #320 Mas916's post

Assalamualikum mas dan semua forumer,

Nak tumpang masuk rumah hj.rezeki dan ustaz juga.  Maklumlah kita ni, rajin merayap, mana-mana rumah yang nampak pintu terbuka, dan ada cahaya nak juga join sama.

Pada pendapat akaklah mas, pakej muasassah sekarang pun dah bagus. Macam abang kakak buat haji 2 tahun lalu, nak ikut pakej tapi terlupa nak thick tempat pakej bila isi borang.  Ditawarkan pakej muasassah, berusahalah juga nak dapatkan pakej.  Tapi orang yang kakak temui untuk minta pertolongan itu menasihatkan tak apa dengan muasassah kerana servisnya dah bagus sekarang.  jadi tak jadilah tukar pakej cuma minta pergi tolong awalkan penerbangan saja.

Kata abang kakak memang benar servisnya bagus dan puashati.  Tambahan pulai katanya  satu masa tu dapat  duduk bilik hotel lima bintang dan duduk di suite lagi.  Itulah rezeki namanya.

Tapi kalau berkemampuan, elok juga kalau mas ambil pakej, banyak kelebihannya berbanding dengan muasassah. Ini pandangan kakak saja.

Wallahuaalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2008 10:16 AM | Show all posts

Reply #317 aziefa's post

azi...selamat pergi...dah banyak hotel runtuh di Mekah termasuk hotel yang biasa bagi Th Travel...jadi nanti menginap di hotel mana semasa di Mekah dan pakej mana ambil?...sedang usya-usya untuk Umrah akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 10:21 AM | Show all posts

Reply #321 Rosputih's post

salam kak ros.....kalau ikut pakej....tabung saya kena top up lg...
tp kalau muasassah..dh cukup...
tgk la mcm mana.....susah jugak tadak mahram ni...dok pk nak bermahram dgn sapa....kalau dpt yg sekg bole la tumpang mahram.

saya risau bila dlm ihram...saya rasa gelisah la kak...nanti bila haji lg la lama dlm ihram...saya rasa dlm ihram tu mcm puasa...kena jaga semua....ye la..silap2 kena bayo dam...agaknya iman x cukup lg ni byk dosa...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 10:31 AM | Show all posts
kita berpindah ke rumah baru...
akak....rinapun insyallah pergi dgn tabung haji pertengahan sept ..
ustaz boleh tak nak masukkan gambar kat rumah ustaz......
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 10:37 AM | Show all posts
Salam semua

Saya pun nak tumpang di sini sekejap. Macam kak Ros kata pakej muasassah pun sekarang ni dah bagus. Mana mana pakej pun kita ikuti kadang kadang ikut pada rezeki juga.

Saya cerita sikit untuk panduan pasal pakej haji. Adik yang pergi tahun lepas ikuti pakej untuk 2 orang sebilik harga lebih kurang RM23k. Agensi nya besar ternama tapi saya tak nama kan disini. Servis memang bagus semasa di Madinah & Makkah, hotel dekat, makanan pun bagus. Tapi ujian sebenarnya bukan di Madinah dan Makkah tapi semuanya terjadi semasa keberangkatan ke Arafah, semasa di Muzdalifah dan juga di Mina.

Harga dibayar mahal tapi sampai di Mina tak ada khemah adapun kena kongsi satu khemah untuk 20 jemaah. Bayangkan khemah yang sempit dikongsi 20 jemaah. Suami dia tidur di luar khemah dahlah masa tu cuaca sejuk. Katanya ada jemaah yang bertekak dengan Agensi sampai separuh dari mereka buat nafal awal tak sanggup berhimpit. Agensi kata memang dugaan buat mereka sebab tak pernah terjadi sebelum ni pada Agensi mereka. Adik kata jemaah yang tak puas hati tu pasal mereka telah biasa mewah semasa di Madinah dan Makkah jadi tak dapat terima keadaan di Mina.

Tahun lepas kebanyakan jemaah Muassasah sgt berpuas hati dengan layanan Tabung Haji.

Jadi terpulanglah ada rezeki lebih ikutlah pakej swasta kalau tidak ikut saja Muassasah. Niat kita yang lebih penting. Itu pandangan saya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 10:41 AM | Show all posts
kakak rina pergi buat haji 2 tahun lepas dgn pakej rayhar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2008 10:43 AM | Show all posts
aik..page rumah ustaz pun rina takleh baca posting
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 10:43 AM | Show all posts

Reply #325 aily's post

kak aily....saya kalau amik pakej pun..masih pakej TH jugak kot...tak amik yg swasta punya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2008 10:53 AM | Show all posts
semua rumah page mendap.........
kita nak berpindah kat mana lagi ........
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 11:24 AM | Show all posts

Reply #323 Mas916's post

Insya Allah mas, jangan risau dan bimbang.

Berdoalah  semoga semuanya  berjalan lancar, Insya Allah, Allah akan dipermudahkan segalanya.  Kat sini ramai yang  berpengalaman dan berpengetahuan luas dan tak lokek untuk memberi tips atau panduan. Ustaz mungkin boleh membantu mas nanti....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 12:08 PM | Show all posts

Reply #325 aily's post

"Mana mana pakej pun kita ikuti kadang kadang ikut pada rezeki juga."
Betul tu....
Allah kalau nak menduga n menguji kita...tak kira pakej ke Muasasah..
Pakej mahal ke..Pakej Murah..
Yang penting kita berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan kita untuk menunaikan
Ibadah Haji n Umrah kita disana.


Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 12:22 PM | Show all posts
naik turun..naik turun masuk dua dua rumah..tapi malangnya dua dua page mendap.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 12:45 PM | Show all posts

Reply #325 aily's post

setuju dgn aily. semasa di mekah dan di madinah memang ok.
masalah nya adalah semasa di arafah dan Mina.
Tapi sekarang ni dengar cerita tak kira pakej atau muasasah sama je.
semuanya dah duduk jauh.
masa akak pegi dulu 2003 ikut pakej,di Mina duduk seberang jalan aje dengan Jamrah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 12:52 PM | Show all posts
kalau pergi haji dgn muasasah..berapa lama tempoh di sana?lebih dari 45 hari ker?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 12:59 PM | Show all posts
Sebenarnya kalau ikut muasassah pun kira ok.
Kat madinah kita tinggal kat Movenpick & Hotel Al Haram, dua2 5 Star sama mcm Jemaah Pakej.
Cuma kat Mekah kita tinggal jauh sikit dalam 780m dari masjid...
kat Hotel Al-Janadriah yg menempatkan 7000 jemaah malaysia...
best... ada hotel, ada pharmacy, ada hospital, ada cafe, ada counter TH...
malah kat situ juga HQ TH...
jadinya nak berurusan apa2 kat situ juga...
mula2 memang rasa jauh, tapi lama kelamaan dah biasa...
lagipun van sapu sentiasa ada kat depan lobby... SR1 je satu trip...
makan pun sedap... chef dia executive chef PJ Hilton... bukan calang2...
jadinya walaupun makan packed meal... tapi memang sedap...

Ni peta hotel ke masjid
yang kuning tanda 1,2 & 3 adalah laluan yg boleh kita ikut...
jadinya kalau jam... boleh ikut jalan alternatif...


[ Last edited by  ustaz at 11-6-2008 01:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 01:03 PM | Show all posts
Ni para pekerja sedang membungkus makanan utk Jemaah Muasassah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2008 01:10 PM | Show all posts
ustaz...bersihnya ustaz..mereka teliti soal pembungkusan makanan........
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 01:15 PM | Show all posts
Tahun lepas Muasassah dalam RM8,883 je. Tapi memang puas hati...
hotel baru, bersih pulak tu...
Ada jugak jemaah pakej ada complain jugak... pakej yang RM14ribu lebih tu...
ada kata hotel dekat tapi buruk, bilik kecik, ada yg kena share toilet, dan mcm2 lg...
Saya takde complain langsung... semuanya best sangat... walaupun ikut muasassah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 01:22 PM | Show all posts
Originally posted by rinafarha1709 at 11-6-2008 01:10 PM
ustaz...bersihnya ustaz..mereka teliti soal pembungkusan makanan........


Ya... memang bersih sangat2. Kelihatan mereka tengah bungkus lauk sotong.
Makan memang mewah. Hari Jumaat kita makan nasi beriyani.
Lepas tu ada sambal belacan maggi... memang best sangat2...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 01:27 PM | Show all posts
ustaz..sambal belacan maggi tu mcmana??
makanan mmg packing utk setiap jemaah?
seorg dapat satu bungkusan setiap hari ke atau masa di mina?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.107479 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list