CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lily_lyssa

Keliru...

 Close [Copy link]
Post time 1-12-2007 10:53 PM | Show all posts
aduihh.. sggh keliru... uhuk.. uhuk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2007 10:55 PM | Show all posts
nampak gayanya ada pelakon baru lak ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2007 11:33 PM | Show all posts
Bab 46

Masa lunch tinggal seminit sahaja lagi.Aku mengeluh.Bosan...Kertas kosong bersaiz A4 di hadapanku diconteng.Apakah yang dicontengku?Aku merenungnya dan tersenyum.Lakaran bayi.Aku memegang perutku.Sekiranya tidak gugur,kandungan ini...6 bulan!

"Tak lunch ke Sheila?"soal Iz yang baru keluar dari pejabatnya.Sheila menggeleng."Iz kan free so ingat nak tanya Iz."Iz mengerti dan tersenyum."Sorrylah...Iz ada lunch date ngan Ana,"kata Iz.

Hatiku bagai ditoreh dengan pisau.Lunch date?Ngan Ziana?Kenapa pula aku nak rasa sakit?Iz berhak sebab Ziana tu tunang dia.

Sheila mengeluh."Nampaknya,Sheila ngan Wana kenalah terima invitation buaya darat tu,"kata Sheila.Dahi Iz berlapis."Adi?Wana pon dia ajak?"Sheila mengangguk.AKu hanya tenang memasang telinga.Namun berasa tidak selesa apabila ditenung tajam.

"Hemmm...Nak tahu satu cara lawan buaya darat?"soal Iz.Aku tersenyum.Sheila mengangguk."Kalau dia jadi buaya darat,cubalah kita jadi biawak laut..."Sheila terpinga-pinga."Apa kena mengena?"Iz ketawa.

"Buaya mana yang mengawan biawak?"soal Iz.Sheila tersenyum.Dia memandangku."Tapi Sheila rasa Wana tak boleh bertukar jadi biawak laut dah sebab dah disumpah kena jadi mangsa buaya tu,"kata Sheila.Senyuman Iz sirna."Adi...Wana?"soal Iz.Sheila mengangguk.

"Iz!Cepatlah!"Ziana memanggil Iz.Iz merenungku sekilas sebelum pergi.

"Wana,jom!Diorang tunggu kita kat bawah,"kata sheila.Aku mengangguk.

*******************************************************************************

"Kita makan kat restoran nasi ayam Linda Onn nak?"Aku diam mendengar soalan Adi.Erin mengangguk."Okey.Muktamad!Kedai nasi ayam Linda Onn,"kata Efa.

"Pasal kereta...Efa,Istin ngan Sheila naik kereta kancil aku.Wana naik kereta Adi.Okey?"Semua mengangguk setuju tetapi aku diam."Naper tak Sheila ngan Wana yang naik kereta Adi?tiga kereta kancil tiga kereta civic,"kataku.

Efa menggeleng."Ala,Wana.Takpe,hari ni jer...Ingat senang Adi ni belanja?"Aku mengeluh dan mengangguk.

Adi mengenyitkan matanya pada Efa dan ke keretanya.AKu menurutnya.Di dalam kereta,aku diam.Sesekali,Adi menoleh memandangku.

"Naper kita jer ada kat sini?"soalku pada Adi apabila kami sudah sampai di hotel.Seingat aku,mereka bercadang ingin ke restoran lain tapi..."Diorang makan kat tempat lain.Kita makan kat hotel.Okey,o..."

Aku bangun."Tapi...Saya tak selesa makan berdua-duaan dengan awak.Saya rasa nak baliklah,"kataku.Adi menggeleng."Alah,takper sekali ni jer.Please..."aku mengalah memandangkan dia sudah merayu.Takut nanti cara erlebihan pula digunakan supaya aku mengikutnya.

Aku merenung Grilled Chicken pesananku.Tiada selera.Adi di hadapanku sudah menghabiskan separuh Fish And Chipnya.Dia berhenti dan memandangku."Kalau tak makan,I suapkan,"katanya.Sejak bila pula ber-I ngan aku ni?

Aku bangun dengan hasrat ingin meninggalkannya.Keluar sahaja dari pintu hotel itu.Tanganku ditarik.Aku berpaling.Adi memegang tanganku!Aku ingin menarik tanganku dari pegangannya tetapi gagal.Merah tanganku digenggamnya.Erat benar.

"Lepaskan!"jeritku.Dia menarik sebelah tanganku."Sorrylah,I buat lawak je tadi..."

"Wana?Adi?"terdengar suara wanita di belakang Adi.Adi berpaling.Ziana dan Iz di sisinya.Adi tersenyum.Tangannya sudah melepaskan tanganku.Aku menarik nafas lega tetapi sedikit tersentak apabila tangan Adi melingkari pinggangku.Aku tergamam.Lelaki ini!Aku tidak tahu bagaimana harus meronta tanpa disedari orang lain.Makin erat pula pinggangku dirangkul.Aku sesak nafas.Mahu melepaskan diri tetapi terlambat.Sudah terlalu kuat dia merangkul pinggangku.

Iz memandang tangan Adi yang merangkul pinggangku.Dia seperti marah tetapi tersenyum.Dibuat-buat.Namun senyuman itu akan disangka ikhlas sekiranya aku tidak mengenalinya selama 4 tahun.

Ziana tersenyum."Ada apa-apa ke yang I terlepas,Di?"soalnya.Adi tersenyum."Dalam proses memikat ni,"katanya."Nampak macam berjaya.Jaga Wana elok-elok Di.Dia tu lawa.Melepas kang,frust menonggenglah you,"kata Ziana.Aku dan Iz pula diam.

Sebaik sahaja Iz dan Ziana berlalu,Adi melepaskan rangkulannya."Jarang ada janda yang masih maintain macam you.Ramping lagi pinggang,"katanya.Aku tersentak.Dengan geram,kakiku melangkah ke dalam teksi yang berhenti kerana menyangka aku mahu menaikinya.

*******************************************************************************

"Sorry,"kata Sheila apabila aku menceritakan apa yang berlaku.Aku menggeleng."Bukan salah korang..."kataku.

"Wana sila masuk."Interkom ini selalu buat aku gelabah dan takut.Suaranya begitu menyeramkan diriku.Aku melepaskan keluhan berat.

"Encik Iz free sampai pukul 5.Pukul 5 tu ada mesyuarat,"kataku.Iz diam."Itu sahaja?Saya nak keluar,"kataku.

"Stay there,"kata Iz.Aku kaku.Iz bangun dan mendekatiku.Aku mengundur sehingga tersandar pada dinding.Iz begitu dekat denganku.Nafasnya menampar wajahku sedangkan nafasku tertahan.Jantungku berdegup kencang.Mata kami berlaga.

Iz mengundur setapak.Dia berpeluk tubuh."Baru dua bulan bercerai dah ada pengganti?"Aku terkejut.Apa Iz ni?Okey,inilah reaksi Iz kalau dia cemburu.Api cemburunya akan ditunjukkan pada lelaki itu tetapi aku tetap terkena tempiasnya.

"Mana ada.Adi tu yang...Gatal."Iz mendengus.Dia menapak selangkah ke hadapan.Aku tergamam.Sekali lagi jarak kami begitu dekat.Terlalu dekat.Tangan Iz kemudian melingkari pinggangku.Terlalu erat sehingga senak perutku.Boleh pecah perutku!Adi pun begni,Iz pun begini!Urrgghhh."Macam ni takder apa-apa?"bisik Iz di telingaku.

Aku cuba menolak tubuh Iz yang sudah menindihku.Tapi tenaga seorang lelaki berbanding dengan tenaga aku ini...Bagai ikan paus dengan ikan tuna sahaja.Rangkulan Iz makin erat.Jarak kami juga makin dekat sehingga hidung kami bersentuhan.

"Jawab,"kata Iz.Aku tidak bisa berkata-kata.Khuatir bibirku tersentuh bibirnya.Iz mengerti dan melepaskan pinggangku.Aku menghembuskan nafas lega.Perutku yang terasa senak tadi,sudah lega.Lega!

"Dia cuma nak belanja makan kitorang tapi...Dia dah berpakat dengan yang lain.Wana nak balik tapi,dia sekat.Wana keluar,lepas tu dia tarik tangan Wana.Bila Iz ngan Ziana datang jer,dia terus buat benda tu...Wana nak lepas tapi macam yang iz buat tadi,kuat sangat..."aku diam.Dadaku terasa sesak.

"Jangan keluar lagi dengan Adi,"kata Iz."Iz tak bagitau pun Wana takkan keluar lagi dengan dia,"kataku.Iz senyap."Itu jer?"soalku.iz mengangguk.Aku keluar.

Sheila memandangku."Kenapa lama sangat kat dalam tu?"soal Shela.Aku menggeleng dan mengesat peluh yang memercik di dahi.Sheila memandangku.Aku tahu apa yang terlintas di fikirannya.'Bilik Iz ada air-cond tapi berpeluh?Semacam jer...' mungkin itu yang terlintas di fikirannya.Aku tersenyum.

"Takde apa-apalah.Aku berpeluh ni sebab perut aku sakit.Adi peluk aku kuat sangat,"kataku.Sheila menunduk.Rasa bersalah menghimpit dirinya kerana bersetuju dengan keiinginan Adi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2007 01:22 AM | Show all posts
Bab 47

Aku merenung gelang kakiku.Terasa damai jiwaku memandang gelang kaki itu.Tenang.Aku merenung keindahan pantai di hadapanku.Aku tersenyum.

"Hey,cik kak.Termenung nampak..."tegur satu suara aku berpaling.Erin,Efa dan Istin tersenyum memandangku.Aku membalas senyuman mereka.

Mereka duduk di sebelahku."Kau tau tak Iz tak jadi pergi Singapore?"soal Erin.Aku mengerutkan dahiku dan menggeleng."Dia tangguh.Dia kata family day ni penting untuk mengeratkan silaturrahim antara sesama kita.Alasan!Cakaplah nak berkepit dengan tunang!"kata Efa.Aku menjuihkan bibir tanpa sedar.

"Eh,bukan ke Iz tu bertunang sebab mak dia suruh?Iz ni kan dulu ada girlfriend muda....Nama apa dah?Aku tak ingat.Tapi pompuan tu kawin lain.Aku dengar Iz tu masih cintakan pompuan tu.Ingat tak mug Iz?I love W...Nama pompuan tu start huruf W...Hemm...Rugi betul pompuan tu kalau kawin laki lain,"kata Istin.Aku diam.Erin dan Efa mengangguk.

"Eh,Wana kau tak tahu ke saper pompuan tu?"soal Efa."Aku...Tak tahu,"kataku."Tapi Ziana cakap kau baik ngan family Iz,"kata Efa.Aku ketawa."Kalau aku baik ngan family dia,taklah aku jadi secretary dia.Mesti aku jadi pengurus saham ke apa ke,"dalihku."Tapi...Aku nampak kau baik ngan Farizza.Farizza tu kalau orang baru kenal,susah nak dekat tau!"celah Erin.

"Farizza tu adik ipar kawan aku,"kataku.Erin menggaru kepalanya."Kau kawan ngan Ziana ke?"soal Erin.Aku menggeleng."Aku kawan baik Azyan sejak kitorang 3 tahun lagi,"kataku.Dia mengerutkan dahinya."Oh,Azyan...Isteri Ridzal.Sayang Tuan Ridzal dah mati..."katanya perlahan.Aku mengangguk.

"Entah-entah Wana tak,buah hati Iz?"soal Istin.Aku terkejut."naper pulak aku?Nama aku tak start huruf W,"nafiku."Wana...Bukan ke start huruf W tu?"AKu terdiam.

"Hemm...."Efa mengeluh."Aku rasa kalau Wana buah hati dia,logik jugak.Sebab kalau dia dok kat pantai ni nak berkepit ngan tunang tak boleh sebab Ziana ada kat Washington,"kata Efa.

"Eh,kumpulan jejaka terkacak kat MFH,"celah Erin.Aku berpaling.Ada lima jejaka sedang berjalan di tepi laut.Iz berada di tepi sekali,Adi di sebelahnya dan tiga orang lagi ku tidak kenali.Aku tersenyum.Ya,memang benar.Kelima-lima mereka kacak tetapi pada mataku yang paling kacak di situ,Iz...Aku tersengih apabila beberapa kakitangan wanita mendekati jejaka itu untuk mengambil gambar.Erin,Efa dan Istin sudah pun menapak ke arah mereka.

Aku memandang pantai semula.Kain baju kurungku sudah basah dek air laut.Aku terasa seperti ingin bermain air pula.Aku pun mara ke hadapan dan bermain air laut dengan kaki sahaja.

Tetapi kemudian,aku terasa janggal.Loceng di kaki sudah tidak berbunyi.Aku mengangkat kaki.Bulat mataku.Kosong!Gelang kaki lesap.Aku mencelupkan tangan di dalam air laut itu.Tercari-cari gelang kaki kesayanganku.

"Cari apa tu Wana?"aku berpaling.Rupanya apa yang aku lakukan menjadi perhatian ramai.Aku menunduk kembali mencari gelang kakiku.

"Aku cari gelang kaki,"kataku sambil berpaling ke arah mereka.Iz tersenyum.Dia membongkok dan mengambil sesuatu di bawah kakinya.Dia mara ke arahku dan memakaikan seutas gelang kaki.AKu tersenyum lebar memandang kakiku yang sudah kembali serinya.

Yang lain bersiul dan bersorak kerana pengarah mereka memakaikan gelang kaki pada seorang janda!Aku mengeluh dan berjalan perlahan ke bilik.Meninggalkan mereka.

Kami semua bertolak ke Port Dickson ini,pagi tadi.Aku sebilik dengan Sheila.Oleh sebab,Sheila adalah ahli jawatan kuasa permainan,dia sibuk sedikit.

Aku mengeluh.Tudungku dibuka.Kain baju kurungku yang basah ditanggalkan dan aku masuk ke tandas untuk mandi.

Aku memakai seluar slack berwarna hitam bersama kemeja T berlengan panjang yang berwarna putih.Aku mengambil tudung berwarna hitam.Sepadan.

"Wana?Lunch dah ready.Cepatlah...Saper lambat kena denda,"jerit Erin dari luar.Aku tergesa-gesa keluar.

"Apa denda dia?"soalku pada Erin sambil berjalan."Nyanyi..."katanya.Aku tersenyum.Agaknya siapa ye yang terlewat?

"Aduh,"jeritku apabila terlanggar seseorang.Nasib baik ada yang sambut.Aku mendongak.Yang sambutku dari jatuh adalah Iz sementara yang melanggarku adalah Adi.Aku mendengus.Pasti Adi sengaja.

Aku berdiri dan meninggalkan mereka."Psstt...Dah pakat ke?"bisik Erin ke telingaku.Dahiku berlapis."Tu,"Efa menunjuk ke arah Iz yang memakai track bottom berwarna putih dan t-shirt adidasnya yang berwarna hitam.Aku mendengus.Kenapa harus ada sahaja yang melibatkan aku dan Iz?

Iz tersenyum memandangku.Aku tersengih sebelum berpaling kembali."Nampaknya takder saper yang terlewat,"kataku.Erin dan Istin mengangguk.Aku mengeluh.

"Pas lunch,ader apa?"soalku."Aktiviti kat pantai.Bebas.Tapi sumer kena ada kat pantai.Tak boleh masuk dalam bilik.Kecuali nak gi toilet,"jawab Sheila.Aku mengangguk.

Aku bermain air laut dengan Erin,Efa dan Istin.Ada juga yang bermain bola pantai dan bermacam-macam aktiviti lagi yang dijalankan sendiri.

Bajuku sudah basah.Malangnya,bajuku berwarna putih jadi,sekiranya basah,baju itu akan menjadi jarang.Aku jadi malu,khuatir sekiranya ada yang perasan keadaanku yang menjolok mata.Aku serba salah.Masuk ke bilik,akan didenda.Tidak masuk,berdosa!Aku melangkah ke bilik tetapi Erin menarik tanganku.

"Kau ni...Takpelah.Takder orang perasan.Tengok,diorang tengah leka main tu.Biarlah...Kita main sikit je lagi pastu kita masuk toilet.Tukar baju kaat situ sebab aku ada bawak baju aku keluar sebelum lunch tadi,"pujuk Erin.Aku mengalah.

AKu sekadar duduk di dalam air laut.Aku memandang Iz,Adi,Danniel,Razi dan Halim yang bermain bola pantai.Seolah menyedari aku merenung mereka,mereka berpaling padaku dan tersenyum.Aku membalas senyuman mereka.Nasib baik apabila aku duduk di dalam air laut ni,airnya jadi paras leherku bermakna bajuku yang jarang tadi tidak kelihatan.

Aku berpaling ke tempat lima jejaka tadi bermain bola pantai.Yang ada hanya empat.Aku ternampak Adi seperti sedang berjaalan ke arahku.Ah,si buaya darat ni!

"Jom,main sekali,"ajaknya.Aku tersenyum dan menggeleng."Jomlah..."dia menarik tanganku.Aku tetap degil.

Adi duduk di sebelahku."Wana tak nak,Adi pun tak nak,"katanya.Aku membiarkan.

"Aku tak nak main dah!"laung Adi pada temannya yang lain.Iz menapak ke arah kami.Okey,aku tahu.

Iz memandang Adi dan mengambi bola di tangan Adi.Dia memandangku.Okey,Iz dengar ni!Baju Wana berbayang bila basah jadi...Tolonglah larikan Adi ni,aku cuba mengawal fikiranku.

Iz berdiri di hadapanku.Dia membuka t-shirtnya.Aku ingin menutup mata.Tidak sanggup melihat badannya tetapi lega apabila singletnya masih lekap di tubuh tegapnya.

Iz menarik tanganku kasar sehingga aku berdiri lantas dia menyarungkan t-shirtnya padaku.Dia menarik tanganku mengikutinya.Jauh dari yang lain.

"Lepas..."aku menarik tanganku.Diaa merenungku marah."Dah tahu baju tu berbayang naper pakai jugak?"tempelaknya."Wana mana tahu kena mandi pantai lepas tu!"bidasku.Dia mendengus."Nak sangat ke kat Adi tu?Ke nak pikat sumer laki kat sini sekali?"sindir Iz.

"Kalau ya?"marahku.Sedangkan aku tidak bermaksud begitu.Iz merenungku tajam."Tahniah,Wana berjaya!"kata Iz lalu ingin menarik t-shirtnya dari tubuhku tetapi aku mengundur."Tak!Kalau Wana nak buat benda tu tak perlulah berendam dalam laut sampai pedih hidung."

"Mana bilik Wana?Cepat tukar baju!"Iz menarik tanganku."Nanti kena denda!"pekikku."Tak kisahlah,"kata Iz.Aku masuk ke bilikku sementara Iz tunggu di luar.

Aku geram dengan Iz ni!Sikit-sikit marah.Dah tersalah makan agaknya.Aku mengambil baju kurung dan tudung krim.Apabila aku keluar,Iz ingin menarik tanganku lagi.Aku menepis.

"Kalau Iz tarik tangan Wana lagi,Wana lempar gelang kaki ni ke laut!"tengkingku."Lemparlah!"kata Iz.Aku membuka gelang kaki itu dan hampir melemparnya tetapi Iz merampas gelang kaki itu dari peganganku.Dia menunjuk gelang kaki itu di hadapan itu.

"Kalau Wana tak nak,jangan lempar!Wana tau tak baper lama Iz belajar camner nak ukir nama Wana atas gelang kaki ni?"marahnya lalu meletakkan gelang kaki itu ke dalam genggamanku dan berlalu.Aku tergamam.Aku melihat gelang kaki itu.

Benar!Di setiap bentuk hati itu terdapat huruf N,I,R,W,A,N dan A.Huruf itu sedikit senget.Oleh kerana,tulisannya yang kurang kemas,aku yakin Iz bercakap benar.Memang dia yang...Aku teringat yaang Iz punya bapa saudara yang pandai dalam bab ini.Aku terdiam.Patutlah dia tak bagi aku beri gelang kaki ini pada Ziana.

"Wana!Naper ngan Iz tu?Aku tengok marah je,"sergah Istin.Sheila memandangku.Aku menunduk.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2007 11:17 AM | Show all posts
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh bagi lah iz dan wana kembali kesian iz tanggung rindu dan kontrol jelous........................... huh laki kalau jelous bahaya tak senang duduk jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2007 11:17 AM | Show all posts
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2007 11:18 AM | Show all posts
izzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2007 12:34 PM | Show all posts
biar la iz bersama wana kembali
iz masih cintakan wana dan wana masih cintakan iz biar la mereka bersama
aduh sedih sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2007 09:03 AM | Show all posts
kesian wanna & izz....biarlah meeka dapat bersama...sampai akhir hayat...buatlah apa-apa pada ziana..hingga dia putus tunang dgn izz...nak wanna dengan izz...kalau dah jodoh mereka...akan bersama juga akhir nya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2007 11:21 AM | Show all posts
keliru dgn perasaan n emosi sendiri bila baca cite nie...nk wat cemana ek??...sahut ckp iz tue br tau ek wana...sapu bersih sume...kikiki.... ....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2007 11:34 AM | Show all posts
lor lily...
nape mcm ni jdnye....
x tahu la nk ckp ape lg....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2007 11:52 AM | Show all posts
wana bersama iz akan lebih membahagiakan semua
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2007 12:16 PM | Show all posts
lily bila nak smbg???
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2007 12:37 PM | Show all posts
  memang sungguh keliru dengan citer keliru ni. sesuai sangat dengan tajuknya KELIRU. Jangan semuanya hanya MIMPI dahlah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2007 01:32 PM | Show all posts

Reply #334 zyma_ram's post

bkn mimpila.....
lg pon lily mmg tak sker citer yg ending dye mimpi....
ekekekek....
lily akan smbg nnt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2007 01:59 PM | Show all posts

Reply #330 lembayungsenja's post

ekekekek....
makin kliru plak cyter niiyh kang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2007 03:03 PM | Show all posts
:hug: Konja da suka kat putra tapi buat hal lak si mamat ni tak guna betullah dia. Kesian kat wana dah lah tak dapat baby, jadi janda la pulak. Hopefully kali ni Izzat gentlemen lebih sikit, jangan lukakan hati wana lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2007 04:09 PM | Show all posts
tapi izzat tu asyik buat benda ngarut jer nyampah ada jer halangan dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2007 09:12 PM | Show all posts
lily kureng idea skang niyh...
mungkin lmbt smbgn seterusnya...
harap2 lily dpt abiskan cyter niyh b4 7th Dec...

Bab 48

"Dah malam ni,kau nak gi mana?"soal Sheila yang sudah mengantuk.Aku tersengih."Nak jalan sorang-sorang kat tepi pantai,"jawabku.Sheila menggeleng."Sebelum masuk balik bilik,baca surah-surah tau!Takut kang baby aku jadi mangsa 'bawaan' kau,"katanya sebelum tertidur.Aku tersenyum.

Aku duduk di atas batang pokok kelapa yang sudah tumbang.Dingin benar angin malam.Aku berpeluk tubuh menahan sejuk.Nyanyian ombak yang menghempas pantai menenangkan jiwaku.

Tiba-tiba satu tangan memegang bahuku.Aku berpaling dan membalas senyuman yang dilemparkannya.Dia duduk di sebelahku."Sorang je?"soal Adi.Aku tersengih dan mengangguk.

"Tak tido?"soalku."Tak boleh tido sebab buah hati tak tido lagi.Kena temankan dia,"katanya.Aku sekadar memandang air pantai bergelora.

"Sejuk?"soalnya.Aku diam.Dia menyandangkan sweaternya di tubuhku.Aku tersenyum."Thanks,"ujarku.Dia mengangguk."So,dah sebulan you kat MFH,"katanya."Sebulan...Banyak yang I dengar pasal you,"kataku.Sesuatu menggetarkan jiwaku...Ya,menggunakan I-you ini membuatkan aku teringatkan Putra.Namun,perasaanku mengingatinya tidak seperti perasaanku mengingati Iz.Berlainan sekali.Jauh benar bezanya.Bagaiman perbezaannya?Itu menjadi tanda tanya padaku.

"Yeah,a lot.I'm playboy.Perempuan keliling pinggang.Sila waspada dengan I.Tu yang you dengarkan?Sebab tu you tak layan I macam you layan yang lain,"kata Adi.Aku mengerutkan dahi."Mungkin,"gumamku bersahaja.Dia mendengus.

"You ada apa-apa ke dengan Iz?Ingat,Iz tu tunang orang.Tapi Iz tu nampak macam...Entahlah,dia bukan orang yang jenis tak setia."

Aku diam."Apa 'apa-apa' tu?And apa yang buat you ingat I ni ada 'apa-apa' ngan dia?"Adi memandangku.Cahaya bulan membuatkan aku nampak sesuatu di matanya yang tidak dapat ku baca.Bersinarkah matanya atau redup?Nampak kecewa tetapi gembira.Sukar digambarkan.

"I love W di cawan dia...Wana...You perempuan yang dia tak pernah usir dari hati dia.Setiap hari teringatkan you.5 tahun...4 tahun you milik dia tapi musnah sebab pengorbanannya untuk Ridzal.You kawin,dia lari.Tapi pulang dengan membawa berita.Berita yang tak munasabah bagi I.Cintakan gadis lain tapi bertunang dengan yang lain.Trust me,he loves you a lot.He loves you more than anyone does."

Aku diam."I'm not a thing.Barang untuk di...I appreciate pengorbanan dia tapi,kenapa harus dia lakukan?Kalau dah rumah tangga..."

"Kena usaha.Sebenarnya...Memang benar Allah dah tentukan apa yang di hadapan kita.Tapi Allah ada bagi laluan.Setiap hujung laluan yang kita ambil,ada laluan lain yang dah ditentukan-Nya.Macam...You choose to divorce.Tapi Allah sebenarnya dah buat satu lagi laluan untuk you,berusaha kekalkan rumah tangga.Jadi,bila you divorce,Allah ada bagi laluan lagi untuk you.Terus janda atau kawin.Kalau you ingin kawin,Allah akan bagi peluang kita memilih.Kalau kita pilih lelaki ini,bahagiakah kita terletak di tangan kita.Kita berusaha atau biarkan...Hidup ini penuh laluan yang berliku sampai kita memilih laluan yang Allah dah buat penghujungnya maut.Contohnya,tak pelik ke?Orang kata Allah tak suka manusia bunuh diri tapi sedangkan orang kata Allah dah tentukan bila kita mati dan macam mana kita mati.Sebenarnya kita memilih dan Allah lakukan perkara seterusnya.Paham?"

Aku menggeleng.Dia tersenyum."Teruskan fikir.Sampai paham.Ini ajaran Agama.Kena ingat sepanjang hayat."

*******************************************************************************

Malam terakhir di Family Day ini,aku memakai baju kebaya lavender yang berbunga ungu terang."Wah,lawa kau ari ni,"kata Sheila aku tersengih."Biasa jer,"kataku.

"Kau ni pakat ngan saper?Iz ke Adi?"Aku  melongo."Apa maksud kau ni?"soalku.Sheila memuncungkan bibir pada Iz yang memakai baju melayu berwarna lavender dan Adi pula memakai baju melayu warna ungu terang.Aku diam.

Aku memandang Sheila pula yang memakai baju kurung berwarna kuning cair."Kau apa kurangnya,"kataku.Dia tersengih.Tas tangannya dicapai."Jom,"katanya dan kami berjalan beriringan ke dewan.

"Kau tahu,malam ni ada King and Queen of The Night.Ikut baju yang paling lawa.Yang pompuan undi yang laki.Yang laki undi yang pompuan,"jelas Sheila.Aku tersengih dan melilau mencari jejaka yang bergaya pada malam ini.

Aku tersenyum.Razi seperti layak memenangi King of The Night.Aku ketawa kecil."Naper kau ketawa?"soal Istin yang baru menyertai meja kami.Aku menggeleng."Tengok Razi,"kataku sambil menoleh ke arah Razi semula.Istin tersenyum."Hensem,kan?Okey,aku undi dia,"ujar Istin.Gadis lain yang semeja dengan kami mengangguk setuju.

"sstt...Pandai kau pakai tudung fesyen Wardina ni.Kalau aku bukan berbelit tudung tapi tangan aku,"kata Efa.AKu tersengih."Senang jer.Kau belit sini,belit sana,okeylah.Nanti ada majlis istimewa,kau nak pakai tudung camni,just gimme a call.I can help,"kataku.Dia tersenyum dan mengangguk.

Selepas,penyerahan hadiah,setiap pekerja diberikan secebis kertas dan menulis nama jejaka serta wanita yang paling bergaya pada malam itu.

"King of The Night...Farizzat!"Kedengaran sorakan sebaik sahaja mendengar keputusannya.Aku mengeluh.Iz kurang bergaya pada malam itu.Simple sahaja tetapi aku tahu kenapa dia yang diundi.Sebab dia yang terkacak antara yang terkacak.

"Queen of The Night...Sheila!"aku menepuk tangan.Sheila memang layak.Dengan baju kurungnya kalah mak datin dan...Wajahnya yang kelihatan bersih dan tenang.

"Tahniah,Sheila.Boleh jadi pasangan Iz kau ni,"kataku.Sheila tersenyum."Kalau aku tak kawin lagi dengan Khairil,aku pikat iz tu tau!"katanya.Aku tersenyum.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2007 09:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.104314 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list