CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ColbyRaikkonen

♥♥ SUTRAMAYA CINTAMU di dada akhbar dan majalah ♥♥

[Copy link]
sayang_manja This user has been deleted
Post time 27-8-2006 11:19 AM | Show all posts
Ina lawan Siti



ORANG dok sibuk dengan persandingan Siti Nurhaliza dan Datuk K, Astro Ria rancang strategi lain.

Dan Joyah rasa strateginya akan mengena juga bila yang ditampilkan ialah bekas tunang Mawi yang semakin sensasi, Ina Kulai.

Rancangan Cit Cat khas bersama Ina akan disiarkan pada pukul 8.15 malam di Astro Ria bersama host popular Azwan Ali.

?pisod ini adalah episod terkejut dan baru dirakamkan hari Rabu lepas, 23 Ogos di Royal Adelphi Seremban Joyah oi,? kata Azwan sendiri secara langsung kepada Joyah.

Joyah dan Azwan sama-sama laser jadi bolehlah dia tahu identiti Joyah ya. Yang lain jangan marah.

Khabarnya Azwan dengan soalan `nerakanya? tetap mengangkat Ina sebagai primadona dalam rancangan berkenaan. Amboi dah primadona ke? Menyanyi ke mana, lakonan ke mana tapi dah jadi `superstar? Dengan soalan yang macam-macam tu Azwan bagi peluang peminat menilai siapakah Ina yang sebenarnya.

?arap dari rancangan tu orang boleh nilai siapa Ina,? kata Azwan lagi.

Antara soalan maut yang bakal diajukan ialah ?au ingat kau Diana Rafar ke? Kau Diana Kulai le dik, yang kau berani mati cukur kening sekarang ni, kau artis ke??

Tak habis dengan itu soalan maut seterusnya ``Mawi baru mengamuk, engkau dah menggelupur telefon wartawan. Pandai-pandai buat kenyataan sedangkan berita belum rasmi lagi. Padan dengan muka menggelupur sendiri akhirnya?.

Lagi soalannya yang tak kurang laser ?aulah ratu hidung tak mancung pipi tersorong, orang dah tak nak sudahlah. Kau terhegeh-hegeh buat apa?

Itulah antara soalan yang bakal ke udara malam ini, kita tengoklah macam mana Ina hendak menjawabnya. Seram dah Joyah ni sebenarnya sebab ada lagi soalan lain yang lebih ?eraka? dikenakan oleh Azwan kepada Ina. Apa dia? Tengoklah kat Astro Ria malam esok ya.

Sebelum ini pada malam yang sama juga iaitu pukul 7.45 malam Cit Cat Lisdawati akan ke udara.

Saksikan macam mana Azwan mengharuk Lisda tentang kes tarik rambut dengan Rita Rudaini.

Joyah nampak meletuplah rancangan Astro Ria pada minggu ini. Nak tengok tv yang mana? Tepuk dada tanya selera.

Tapi khabarnya dalam ?elaser? orang sana sini, pengacara sensasi ini tetap juga akan hadir ke majlis persandingan Siti Nurhaliza malam berkenaan.

Jangan terkejut kalau kat karpet merah nanti ternampak Azwan pakai kain ?ace? bertatah berlian malam esok ya. Rambu ramba tak ada ke Azwan? Jangan lawan Joyah sudah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sayang_manja This user has been deleted
Post time 27-8-2006 01:11 PM | Show all posts
Mahligai Asmara
Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN



LENYAP sudah segala spekulasi apabila penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Tarudin, 27, selamat diijabkabulkan dengan usahawan terkenal, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, 47, dengan sekali lafaz.

Majlis pertunangan dan pernikahan pasangan mempelai itu yang berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah di Masjid Wilayah Persekutuan, tanggal 21 Ogos lalu mendapat perhatian ramai, termasuk golongan VVIP.

Ikuti fakta menarik raja sehari ini, termasuk apa berlaku sekitar majlis pernikahan, persiapan majlis resepsi dan persandingan di Dewan Pameran 1 & 2, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), jam 8 malam esok.

Datuk K nafi belanja lebih RM12 juta untuk meraikan hari bersejarah itu. Katanya, kos sebenar tidak sampai RM1 juta.

Cinta Datuk K berputik apabila bertandang ke rumah Siti atas urusan kerja. Penampilan Siti ringkas tanpa solekan berkemeja-T dan berkain batik menawan hati Datuk K.

Datuk K mengakui bukan mudah meluahkan isi hati kepada Siti. Dia melakukan sembahyang sunat disusuli memohon petunjuk daripada Allah di Makkah.

Majlis pertunangan dan pernikahan Siti yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 mencatat sejarah baru dalam waktu siaran pagi apabila mencatat 2.860 juta penonton. Sumber ini dikeluarkan oleh AGB Nielsen Media Research.

Majlis ini bukan saja dihadiri keluarga dan teman terdekat raja sehari, bahkah turut diserikan dengan kehadiran ramai undangan VVIP, antaranya isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahamd Shah serta isteri dan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Kira-kira 100 wartawan serta jurugambar tempatan dan Indonesia bertugas pada hari bersejarah itu. Namun, ramai wakil media dari negara seberang meluahkan kesal dengan layanan diterima.

Kehadiran Datuk Dr Harun Din pada majlis pernikahan Siti menimbulkan tanda tanya. Tokoh itu dilihat meninjau persekitaran ruang utama dewan solat, tempat berlangsungnya pernikahan, bersama pembantunya. Harun juga ada di belakang Datuk K ketika tokoh korporat itu melafazkan akad nikah.

Bapa Siti menolak untuk ditemubual ketika diserbu wartawan selepas majlis akad nikah. Pesara polis ini menjelaskan, dia tidak boleh berdiri lama dan meminta media memahami keadaannya yang kurang sihat.

Siti dan Datuk K dikawal ketat oleh pengawal keselamatan. Ada wartawan merungut apabila pengawal keselamatan yang menjaga Datuk K bersikap lebih sudu daripada kuah sehingga menyukarkan wartawan menemubual ahli perniagaan itu.

Majlis sidang media bersama Siti kecoh apabila lokasi asal di Dewan Serbaguna ditukar ke Dewan Muslimat. Saiz dewan yang kecil menyukarkan keadaan. Wartawan tempatan dan Indonesia berebut mengajukan soalan sehingga memaksa wakil TV3 campur tangan.

TV3 bertungkus lumus memastikan majlis berjalan lancar. Jangan tak tahu, ada krew berkampung di masjid wilayah dan memulakan kerja seawal jam 3 pagi.

Siti dan kakak iparnya, Rozie pernah berbincang mengenai perkahwinan enam tahun lalu. Rozie banyak memberi idea mengenai majlis itu tetapi bila tiba harinya, perasaan sayu menguasai diri. Maklumlah, adik kesayangan kini disunting orang. Dia antara yang terawal tahu hubungan Siti dan Datuk K.

Siti sedih apabila hasratnya untuk berarak dengan kereta kuda terpaksa dibatalkan. Dua hari sebelum persandingan, dia meluahkan rasa susah hati kerana ingin berjumpa peminat pada hari bersejarah itu. Hasil perbincangan bersama perunding perkahwinannya, peminat berpeluang melihatnya dari dekat apabila dia melapangkan masa 30 minit bermula jam 5 petang dengan muncul di tingkat 3, West Wing, KLCC (bersebelahan Hotel Mandarin Oriental). Peminat dapat melihat Siti dari taman KLCC.

Khabarnya Siti tetap mahu memakai persalinan Dewi Mustika rekaan Khoon Hooi, tajaan bersama Rafflesia The Pearl Centre. Gaun sutera satin berwarna krim itu disulami ribuan mutiara kecil koleksi Rafflesia. Sepatutnya Siti memakai busana indah itu ketika menaiki kereta kuda.

Siti dan suami akan memakai pakaian rekaan Radzuan Radziwill di majlis persandingan esok, sementara untuk upacara memotong kek pula pasangan mempelai akan mengenakan persalinan rekaan Michael Ong.

Majlis resepsi dan persandingan esok bertemakan konsep dalam taman. Direka khas oleh Allsport, menggunakan bunga segar berwarna krim dan kuning lembut, merah jambu dan putih.

Ruang legar KLCC akan diserikan dengan persembahan gamelan serta tarian daripada kumpulan Tepak Sirih yang dibawa khas dari Singapura bermula jam 7.30 hingga 8.30 malam. Di laluan permaidani merah pula, artis dan tetamu kenamaan akan diwawancara. Replika pelamin majlis pernikahan iaitu Mahligai Permata, hantaran dan persalinan nikah Siti, rekaan Radzuan Radziwill turut dipamerkan di ruang legar.

Jika pelamin pernikahan diberi nama Mahligai Permata, singgahsana untuk persandingan rekaan Kem dari Kapas pula diperkenalkan sebagai Mahligai Asmara. Kedua-dua nama dipetik daripada lagu dendangan Siti. Pelamin di KLCC, Mahligai Asmara, dipetik daripada judul lagu Siti.

Selain persembahan artis ternama tanah air dan Indonesia, acara menepung tawar serta memotong kek, turut diadakan majlis ulang tahun perkahwinan ayah bonda Siti, Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 27-8-2006 01:25 PM | Show all posts
9 tingkat


Siti dan Datuk Khalid bakal potong kek berharga RM12,000


KUALA LUMPUR: Tanpa diarak menggunakan kereta kuda, persandingan Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) esok tetap menampilkan kelainan apabila pasangan suami isteri itu bakal memotong kek setinggi sembilan tingkat berharga RM12,000.


Lebih menarik, kek dihasilkan Eksekutif Chef Pastri KLCC, Zainudin Abd Aziz itu mempunyai namanya sendiri, iaitu ?ndah Percintaan? yang juga lagu popular Siti dalam album Safa.

Berdasarkan reka bentuknya pula, kek berkenaan boleh disifatkan ?ain daripada yang lain? berikutan mempunyai ?angkar? dan turut meletakkan pasangan pengantin lengkap berpakaian pengantin mirip Siti dan Datuk K.

Menurut Zainuddin, dia dan kakitangannya mengambil masa tiga minggu untuk menyiapkan kek berkenaan.

Katanya ?ek mewah? itu akan disimpan dan dijaga dengan rapi sebelum bermulanya majlis persandingan Siti dan Datuk K bagi mengelakkan ia rosak atau berubah rupa bentuknya.

Sementara itu, suasana persiapan persandingan pasangan suami isteri itu rancak dijalankan, dengan petugas bertungkus lumus memasang perhiasan seperti lampu dan bunga sebagai penyeri suasana persandingan.

Meskipun dibuat secara terbuka, tiada perkara tidak diingini berlaku, malah peminat Siti di lokasi berkenaan juga ?oleh dibilang dengan jari?.

Hasrat Siti dan Datuk K untuk diarak menggunakan kereta kuda esok tidak kesampaian apabila terpaksa membatalkan rancangan itu pada saat akhir berikutan ura-ura kononnya ada pihak memprotes dan akan membaling telur busuk.

Bagaimanapun, bagi memenuhi janji berkongsi hari bahagia bersama peminatnya, Siti akan muncul di balkoni tingkat tiga KLCC beberapa jam sebelum majlis persandingan dimulakan.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 27-8-2006 09:00 PM | Show all posts
Siti? mentor is one proud papa



SURIA Records managing director Tan Su Loke is a proud father. Not only will he walk his own daughter down the aisle in November, he has also just witnessed the wedding of his other ?aughter?: pop princess Siti Nurhaliza.  

China Press reported that the country's number-one singer calls Tan ?apa? as he is not only the mentor who brought her to fame but also a father figure and family friend who took care of her when she started her singing career 11 years ago.

  
Siti: Lived in a house Tan owned when she first came to Kuala Lumpur
?iti was just a 16-year-old teenager from a Malay kampung in Kuala Lipis when we met 11 years ago,? he recalled. ?ut even then, I had a feeling that she would be a superstar, what with her beautiful voice and gorgeous looks.?  

He said Siti would take the express bus from her hometown with her mother every weekend to Kuala Lumpur for recording sessions.  

?t was from her determination that I could see she really wanted to make a success of her career,? he said.  

Tan added that Siti also lived in a house he owned when she came to Kuala Lumpur to develop her singing career after completing her studies in her hometown.

?t was only after she bought her own house that she moved out. I had accompanied her when she bought her first house and car and she asked me for my opinion,? he said.  

He said Siti was a polite, down-to-earth and hardworking person who was very serious about her job.

Tan said he was touched when Siti thanked him after she won the Best Song and Best Female Singer awards at the TV3 Juara Lagu award ceremony following her debut album Jerat Percintaan.  

? was very happy because she thanked me when receiving the awards. It showed that she did not forget what I had done for her,? he said.  

On Siti's decision to marry businessman Datuk Khalid Mohamad Jiwa, Tan said: ?s long as it is her decision, it will not be a mistake. I give her my blessing.?

He said Siti was a strong-minded person who seldom made mistakes in her decisions.  

?iti and Khalid have been together for two years and she has the right to select her life partner,? he said, adding that he hoped Khalid would appreciate and take good care of his ?aughter?.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 27-8-2006 09:26 PM | Show all posts
Saturday August 26, 2006
Her grand entrance

By KEE HUA CHEE



WHEN Siti Nurhaliza and Datuk Khalid Mohamad Jiwa arrive at the Kuala Lumpur Convention Centre at 5pm on Aug 28, it will be a scene worthy of a fairytale. And why not? She is a pop princess after all, and the Petronas Twin Towers are like modern-day castle turrets.

Datin K will be enveloped in a frothy cloud of veil and tulle amid a palette of creamy-white and grey.  

Explains Khoon Hooi, ?atuk K? suit will be grey summer wool. His vest will be creamy-white. Underneath he will wear a white shirt, neck tie and matching grey pants.?

Roslen Fadzil, assistant chairman of Anugerah Bintang Popular, named the gown Dewi Mustika.  

?he name just popped into my mind,? recalls Roslen.  

?s Siti is lovely like a goddess, the ?ewi? is suitable, while ?ustika? means ?recious gems? and also ?omeone you love?, which is perfect for a wedding gown. In addition, one of Siti? albums is called Sanggar Mustika. ?

Khoon Hooi has been sworn to secrecy, so all he can reveal about Siti? gown is that it is a new silhouette he has not tried before.  

?t? a full-length gown with fishtail, not too tight and not too loose,? he says warily.  

?t? an unusual, gently flaring silhouette that is formal but not a full-blown ballgown with petticoat!  

?iti thinks ahead. She says she wants to be able to move and fidget, and feel comfortable.  

?er veil is three metres long. I wanted it to be a magnificent train of eight metres but Siti says she doesn? want her means of transport to be filled with fabric until she and Datuk K disappear under it!?

Winnie Sin has supplied a staggering 100,000 pearls (from 2mm pearls to large 10mm ones) handpicked for their lustre, for Siti? dress.  

? think Khoon Hooi will use over 30,000 pearls. He and I agree the number of pearls must be an auspicious number,? she says.

By the time Khoon Hooi and his seamstresses finish, they will have enough pearls for a lifetime. They have been frantically sewing Rafflesia? pearls not only on Siti? gown but also on her veil, fan and shoes!  

?f Khoon Hooi uses 38,888 pearls, they will be worth about RM400,000,? calculates Sin.  

?hese exclude Siti? pearl and diamond necklace, pearl tiara, ring and earrings worth RM1.2mil.  

?s Siti is wearing an elaborate pearl necklace, there will be no pearls around her neckline. Most of the pearls will be sewn around the sleeves and at the edges of her gown.  

?he smallest pearls will be stitched around her waist but not too many or she will look fat,? says Khoon Hooi.

Datuk and Datin K? movements have been planned with military precision. They will be in KLCC? gardens for one hour (from 5pm to 6pm) for the adoring public to pay homage before proceeding to the ballroom to pose on the pelamin.  

After which, both will return to their suite to change for the wedding dinner.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 27-8-2006 09:36 PM | Show all posts
Saturday August 26, 2006
Pearls for the pop princess


When the couple-of-the-moment arrives at the Kuala Lumpur Convention Centre on Aug 28, Siti Nurhaliza will be wearing a gown studded with RM400,000 worth of pearls, sponsored by Rafflesia Pearl Centre. The gown? name: Dewi Mustika. KEE HUA CHEE reports.

PEARLS are common enough in wedding gowns but they are usually man-made. However, the gleaming pearls on Siti Nurhaliza's wedding gown are real as they are sponsored by Rafflesia Pearl Centre.  

The collaboration between designer Khoon Hooi and Winnie Sin of Rafflesia Pearl Centre will be talked about long after Siti's wedding for its scale and audacity.  

Both are titans in their trade. Khoon Hooi won the Editors? Award ? Designer of the Year 2005 organised by The Star during last year? Kuala Lumpur Fashion Week. Sin specialises in jade and pearls for the wealthy and titled.


  
Malaysian designer Khoon Hooi with singer, Siti, in Tahitian pearls from the Rafflesia Royal.


Sin met Siti when she was asked to sponsor jewels befitting a superstar for the Anugerah Bintang Popular five years ago. Two years ago, Sin introduced Khoon Hooi to the songbird. Both have nothing but terms of endearment for Siti.  

Says Sin: ?iti is so nice and easy to talk to. Although a top star, she is not stuck-up at all and rather shy.?

According to Khoon Hooi, to celebrate Anugerah Bintang Popular? 10th anniversary last year, Sin hosted a dinner for Siti and presented her with a pearl set worth RM180,000.  

? was asked to design the red gown worn by Siti that evening. In the last two years, I have designed five elaborate gowns for her, all for formal awards nights,? says Khoon Hooi.

?iti is surprisingly easy to work with. I thought she would be a prima donna, throwing tantrums and being difficult, but no, she is charming and friendly. I am even more surprised that she gives me a free hand in designing her gowns.?

Of course, Khoon Hooi was given guidelines by Siti? minders who nurture her reputation and image religiously. No bare backs, no plunging necklines, and God forbid, no bra-less, sexy tops or bottoms.

Few remember ever seeing Siti? legs as she always wears jeans or a long skirt. Even for glamorous photo-shoots, she poses alone without handsome male stars or models, lest her squeaky clean reputation is compromised.  

?iti respects my proposals and seldom comments on the drawings as she knows I have her best interests at heart,? says Khoon Hooi.

?f I suggest a V-shape neckline, she insists on a high collar but that doesn? look nice! So I give her a round or boat-neck collar which looks better.

?he doesn? expose her arms either so her dresses are always long-sleeved. I play mostly with the sleeves and shape, like empire or cinched waist. She is not adventurous and goes for classic designs.

?he usually accepts my sketches and we only discuss colour. Siti is very aware of how she looks on stage and will find out in advance the colour of the backdrop!  

?f the stage is blue, then of course we won? use blue or else she might blend in with the d?or! Siti looks outstanding on stage because she does a lot of advance planning.?

Siti is what Khoon Hooi calls a size 10, perfect M (Medium). She is around 165cm tall and maintains her svelte figure because he is still able to use measurements he took two years ago.  

Despite her calm demeanor, Siti is like any light-hearted girl when she is charmed by something pretty, reveals Khoon Hooi.

?nce I had to rush to her house around 11pm for a final fitting for Anugerah Bintang Popular. She tried on the outfit and almost refused to take it off! She kept twirling round and round in front of her mirror, giggling as she did so. She made me so happy.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
sayang_manja This user has been deleted
Post time 27-8-2006 09:44 PM | Show all posts
Siti? wedding song for fans


PETALING JAYA: Now that the idea of a horse-drawn carriage has been scrapped, plans are under way for Siti Nurhaliza to sing to her fans on a specially-constructed stage outside the Kuala Lumpur Convention Centre.

For her wedding (bersanding) next Monday, she had planned to draw up in a horse carriage and spend an hour with her fans outside the centre.

The plan has been aborted due to fears that the grounds could be spoilt.

Instead, according to sources, there might be plans for her to sing to her fans on a specially constructed stage.  

Just how many songs and for how long, was not revealed to The Star.

So if all goes well, she will be wearing her specially designed off-white ball gown.  

Khoon Hooi, the hottest designer in town, made the silk gown and since it is quite heavy, fans should not expect Siti to perform for long.

Her husband Datuk Khalid Mohamad Jiwa will be wearing a tuxedo.  

The vest will be of the same material as Siti? gown.  

And where will he be when Siti performs? Perhaps she will serenade him as well.

After the performance, Siti will head into the Centre where she will change into Radzuan Radziwill? champagne songket baju kebaya with lace trimming and a four-metre long veil. To top it off will be a tiara from Elegance Club.

At 8.30pm, the couple is expected to sit on the garden-themed dais filled with orchids and pink roses. This will be followed by a cake-cutting ceremony, for which she will change into another ball gown, made by her favourite designer Michael Ong.

It will be cream-coloured, made of Thai silk with pink lace, and encrusted with diamonds. According to Ong, it will be really a Cinderella-like gown.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 27-8-2006 10:02 PM | Show all posts
Sunday, August 27 2006  
by Rahman Daros


Gala time assured


LIVING up to its billing as the wedding of the year, guests at the Siti Nurhaliza and Datuk Khalid Mohd Jiwa ? wedding reception on Monday are in for a great time.  

Wedding planner Datuk Raja Shah Rezza confirmed that nine artistes, including nasyid and hip-hop groups, will per- form during the two-hour wed- ding at Kuala Lumpur Conven- tion Centre.
Among the artistes are Ad- ibah Noor, Azlina Aziz, Ezlynn, Nash, Ning Baizura, Nora, Uji Rashid, nasyid group Hijjaz and hip-hop duo Too Phat.

Ziana Zain and two Indone- sian artistes, Kris Dayanti and Melly Goeslaw, will also be in the list of celebrities attend- ing the wedding but have yet to confirm if they will enter- tain guests that night.

Besides performances by local artistes, a band led by composer S. Atan will enter- tain guests during the recep- tion. The band will also back a 50-member dance troupe helmed by composer Suhaimi Mohd Zain or Pak Ngah.

A cultural group from Singa- pore called Tepak Sireh will also perform, while the sounds of gamelan music will fill the air as guests make their way to the hall.

Shah Rezza also said there will be four large screens in the hall to ensure that guests will not miss out on the pro- c e e di ng s.

He said among the VIPs at- tending are the Sultan of Pa- hang, Sultan Ahmad Shah, and Sultan of Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, the Yang Dipertua of Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Ahmad Barieng, and the Yang Dipertua of Malacca, Tun Khalil Yaakob, and their wives.

Other VIPs who have con- firmed their attendance in- clude Pahang Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob and Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud and their wives.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sayang_manja This user has been deleted
Post time 28-8-2006 11:44 AM | Show all posts
'Nanti papa saya marah'


KUALA LUMPUR: ?aaf, saya tak nak cakap apa-apa, nanti papa marah,? kata Mohd Ashraf Datuk Khalid, 14, ketika ditemui di sesi raptai persandingan bapanya dengan Siti Nurhaliza Tarudin petang, semalam.

Sekalipun enggan ditemubual media, kehadiran anak ketiga Datuk Khalid Mohamad Jiwa yang baru sampai dari Melbourne, Australia menamatkan spekulasi tiada seorang pun daripada empat anak Datuk K yang akan hadir pada majlis persandingan bapanya hari ini.

Kehadiran Mohd Ashraf yang ditemani pengawal peribadinya juga direstui ibunya, Tengku Zawyah Tengku Izham, 43, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada wartawan semalam: ?aya masih di Melbourne. Ashraf sampai di Kuala Lumpur pagi tadi kerana ingin menghadiri resepsi bapanya.

?aya fleksibel. Dia sudah besar untuk fikirkan apa yang terbaik. Tak pa la, sekurang-kurangnya ada juga anak dia yang hadir,? katanya.

Beberapa hari sebelum Datuk K dan Siti bernikah pada 21 Ogos lalu, Mohd Ashraf, Mohd Adib, 16 dan Mohd Aazief, 8, dilaporkan mengikuti Tengku Zawyah ke Melbourne selama tiga minggu untuk bercuti dan menziarahi abangnya, Mohd Anas yang belajar di sana.

Malah, Tengku Zawyah juga pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa beliau tidak akan menghalang anaknya menghadiri majlis resepsi bapanya.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro, sejak jam 3 petang hingga jam 11 malam semalam mendapati, persiapan majlis resepsi dan persandingan di Dewan Pameran 1 & 2, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) berjalan lancar seperti dijadualkan.

Seramai 2,500 tetamu dari kalangan keluarga terdekat, Raja-Raja Melayu dan kenamaan bakal memenuhi Dewan KLCC.

Majlis `Persandingan Dalam Taman? gilang-gemilang Siti dan Datuk K ini juga bakal menjadi lipatan bersejarah dalam hidup kedua mempelai ini.

Pasangan pengantin baru itu tiba jam 3 petang di Dewan Pameran 1 & 2, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Namun, mereka hanya menjayakan sesi raptai pertama kira-kira jam 8 malam dan menghilangkan diri sebelum raptai penuh pada jam 9 malam.

Pihak media yang berkampung di dewan terbabit sejak jam 3 petang juga hampa kerana pasangan mempelai ini juga sejak awal lagi menolak untuk ditemubual dengan alasan sudah kepenatan.

Sementara itu, perunding perkahwinan Siti dan Datuk K, Datuk Raja Rezza Shah dari Nusantara Gems Sdn Bhd ketika ditemui berkata, setakat ini persiapan sudahpun mencecah 80 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pagi ini.

?cara pembukaan majlis persandingan dimulakan dengan persembahan kumpulan gamelan di ruang legar KLCC.

?idak ketinggalan, kumpulan Tepak Sireh dari Singapura yang membabitkan 13 orang akan menyampaikan tarian dari lagu dendangan Siti seperti Ya Maulai, Mahligai Permata, Bagaikan Sakti, Aku Cinta Padamu, Nirmala, Joget Berhibur selama sembilan minit,? katanya.

Pada majlis persandingan itu, Siti dan Datuk K akan mengenakan busana rekaan Radzuan Radziwill dan acara potong kek pula, pasangan mempelai akan mengenakan persalinan rekaan Michael Ong.

Manakala, bagi pihak media pula disediakan dewan khusus iaitu di Ballroom 1 dan 2, KLCC untuk merakamkan gambar pasangan mempelai dan golongan kenamaan pada jam 7.45 malam.

Di dewan itu juga disediakan singgahsana untuk persandingan yang direka penasihat pelamin, Kem Salleh dari Kapas yang dinamakan Mahligai Asmara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 28-8-2006 11:50 AM | Show all posts
Sulaman Kasih Siti - Datuk K
Oleh Ramlah Zainal



JIKA stesen TV3 mendapat hak siaran eksklusif majlis persandingan ?edding Of The Year? penyanyi tersohor tanah air, Siti Nurhaliza Tarudin, 27 (Siti), dan Datuk Khalid Mohd Jiwa, 47, (Datuk K), Saluran Ceria Anda TV7 pula memilih memfokuskan busana yang bakal dipakai pasangan raja sehari itu pada hari bersejarah itu nanti.




Program khas selama setengah jam berjudul ?ulaman Kasih? Siti dan Datuk K ini bakal menemui penonton setia saluran ini, hari ini, 28 Ogos, jam 7.00 malam.

Penerbit program ini, Maizurah Hatta berkata, apa yang menarik, program ini bakal mengupas secara terperinci busana yang akan dipakai Siti dan Datuk K, sempena majlis persandingan mereka yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan di Kuala Lipis, Pahang.

?ebih istimewa, program ini turut menampilkan temu bual khas bersama tiga pereka fesyen terkenal yang terbabit menyiapkan busana pengantin berkenaan.

?ungkin TV3 pernah menyiarkan cerita mengenai pereka fesyen Siti sebelum ini tetapi kami paparkan lebih terperinci mengenainya khusus untuk penonton setia stesen ini. ?idak ketinggalan, program ini juga memaparkan tekstil yang digunakan Siti di hari persandingannya itu,? katanya ketika dihubungi RAP, semalam.

Maizurah berkata, pihaknya ada alasan tersendiri untuk memfokus pereka fesyen pengantin Siti dalam program berkenaan.

?ungkin ada yang tertanya-tanya kenapa Siti menggunakan khidmat lima pereka terkenal sekali gus untuk busana hari bersejarahnya itu? Adakah dia ingin menunjuk-nunjuk kepada orang ramai?

?usteru, menerusi program ini, segalanya akan terjawab kenapa Siti ingin tampil pelbagai konsep untuk majlis persandingannya itu. Sebagai contoh, konsep Radzwan lebih kepada tradisional, manakala gaun Michael Ong pula lebih sesuai untuk acara potong kek.

?elain itu, program ini juga tiada maksud untuk bersaing dengan mana-mana stesen TV lain yang turut membuat liputan pada majlis persandingan Siti itu,? katanya.

Kata Maizurah lagi, program ini dibahagikan kepada tiga segmen menarik yang pasti memenuhi cita rasa penonton stesen ini.

?egmen pertama, memaparkan serba ringkas info mengenai Siti dan fesyen kegemarannya. Selepas itu, penonton dibawa mengikuti temu bual bersama pereka fesyen Khoon Hooi dan latar belakangnya dalam dunia fesyen.

?egmen kedua pula temu bual bersama pereka fesyen Michael Ong dan Natrah Hasim. Manakala menerusi segmen ketiga pula, Dynaz akan menutup program ini dengan ucapan Selamat Pengantin Baru kepada Siti dan Datuk K.

?elain itu, turut diselitkan ucapan tahniah daripada barisan artis tempatan kepada pasangan ini. Tidak ketinggalan, tayangan video istimewa gambar Siti dan Datuk K ketika dia berkunjung ke stesen TV7 tidak lama dulu,? katanya.

Tambah Maizurah lagi, program itu hanya memaparkan tiga pereka fesyen terbabit saja kerana keadaan masa yang tidak mengizinkan untuk menampilkan kelima-limanya sekali dalam tempoh setengah jam.

?ebagai contoh, kita tidak dapat menampilkan seorang lagi pereka fesyen Siti iaitu Radzwan Radziwill kerana dia sibuk menyiapkan baju pernikahan Siti ketika itu.

?amun, dalam program ini kami dapat memaparkan baju pengantin Siti yang direka khas Natrah yang menyiapkan tiga busana untuk Siti iaitu kebaya moden dan tradisional. ?elima-lima pereka fesyen Siti juga menyediakan tiga atau empat pasang busana untuk majlis persandingan Siti sama ada ia akan dipakai atau tidak penyanyi berkenaan pada hari bersejarah itu nanti, kita lihat saja nanti,? katanya.

Dalam pada itu, Maizurah berkata, pemilihan pengacara sensasi seperti Dynaz sebagai hos program itu memang tepat sekali.

?ynaz, bukan nama asing dalam bidang pengacaraan. Dia pernah mengacarakan program Thumb TV untuk TV7 dan kami yakin dia mampu menceriakan program ini sekali gus menarik perhatian penonton.

?ia bakal tampil dengan gaun tajaan pereka terkenal Rizalman juga dikenali sebagai hos yang bijak berfesyen dan sentiasa mengikuti perkembangan fesyen semasa,? katanya.

?ulu orang cakap, Siti masih nampak seperti gadis kampung sekalipun mengenakan gaun Michael Ong, namun tanggapan anda berubah terhadapnya, selepas menonton program ini nanti,? katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 28-8-2006 11:54 AM | Show all posts
Mawi-Ina vs Siti-Datuk K
Oleh Zainuri Misfar



RTM, Astro berhak sedia program khas untuk pikat penonton biarpun bertembung siaran langsung TV3

BIAR apapun pendapat atau tafsiran dibuat orang ramai, RTM dan Astro tetap menegaskan tarikh siaran rancangan realiti bual bicara secara eksklusif Mawi dan bekas tunangnya, Nurul Diana Md Naim atau Ina sudah ditetapkan sejak Julai lalu.

Ini berikutan siaran langsung bual bicara mereka pada malam ini bertindih majlis persandingan penyanyi popular, Datin Siti Nurhaliza dengan Datuk Khalid Mohammad Jiwa di Pusat Kovensyen Kuala Lumpur yang disiarkan menerusi TV3.

Temu bual eksklusif bersama Mawi disiarkan di Astro Ria, manakala Ina pula menerusi RTM1. Kedua-duanya dipancarkan secara langsung dari Auditorium Putrajaya Holdings di Seri Kembangan, bermula jam 8.45 malam.

Siaran langung tiga program ini memang menarik. Persandingan Siti Nurhaliza mungkin dinanti-nantikan. Ini kerana belum ada persandingan seseorang penyanyi seperti beliau disiarkan secara langsung di televisyen.

Bagi peminat Siti Nurhaliza, tentu mahu melihat baju pengantin dipakainya, siapa tetamu kehormat yang hadir dan bagaimana suasana meriah majlis persandingan itu.

Namun, Mawi juga bukan calang-calang penyanyi. Raja SMS ini tetap mempunyai pengikutnya sendiri. Begitu juga Ina. Walaupun Ina masih belum menjadi penyanyi atau pelakon, kisah hubungannya dengan Mawi cukup sensasi dan mengundang tarikan ramai. Program RTM dan Astro sedikit sebanyak tentunya dapat menyingkap apa sebenarnya berlaku kepada dua insan ini sehingga ikatan pertunangan mereka terpaksa diputuskan.

Adakah Mawi tidak 'gentleman' kerana berdolak-dalik dan lupa daratan? Bagaimana pula Ina, hendak lari bayang-bayang Mawi? Itulah antara persoalan menarik yang mungkin mahu diketahui peminat dunia hiburan tanah air.

Pertembungan siaran ini ibarat tiga perlawanan bola sepak di Piala Dunia membabitkan enam pasukan terbaik dunia, yang semuanya disiarkan secara langsung. Setiap dua atau tiga pasukan yang berlawan itu diminati oleh orang yang sama. Memang cukup membingungkan kepada penonton.

Bagaimanapun, Pemangku Ketua Program Melayu Astro, Khairul Anuar Salleh menjelaskan, perancangan atau idea mengadakan program khas bual bicara Mawi dan Ina ini sudah lama dibincangkan tetapi masa dan keadaannya tidak sesuai. Malah, ia dirancang sejak Siti dan Datuk K belum mengumumkan lagi tarikh pernikahan dan persandingan mreka.

"Rancangan usaha sama RTM dan Astro sudah lama dibuat. Kita mula bekerjasama dalam pelbagai program sebelumnya seperti Anugerah Seri Angkasa, sukan sama ada secara dalam bentuk teknikal dan kandungan.

Memandangkan masa itu ada beberapa ketika tidak berapa sesuai, misalnya putus tunang berlaku tatkala ayah Mawi agak tenat, kemudian dia (Mawi) cuti panjang, kita (Astro) ada AF masa itu dan kita juga siarkan Piala

Dunia. RTM pula, selain Piala Dunia ada program lain. Maka, masa tidak berapa sesuai. Tapi sesudah program itu selesai, barulah kita berasakan masanya sudah tiba," katanya pada sidang media di Wisma TV, Angkasapuri, semalam.

Sidang media Mawi-Ina itu turut dihadiri Pengarah Urusan Rancangan TV, Norhyati Ismail; Pengarah Penerbitan TV, Rokiah Norma Ramli; Pengarah Kanan Perkhidmatan Kreatif Astro, Raja Fouzeel Akmal Raja Zainal dan Pengurus Kanan Perkhidmatan Kreatif Astro, Khairul Mizan Shagul.

Khairul Anuar berkata, tarikh 28 Ogos juga adalah hari selesa bagi Mawi kerana selepas itu beliau terpaksa ke Jakarta.

Beliau berkata, temu bual eksklusif itu dibuat secara menyeluruh. Ia membabitkan temu bual dengan keluarga kedua-dua personaliti itu, rakaman kehidupan mereka di kampung, wawancara dengan wartawan dan individu yang bersama Mawi dan Ina.

Selain itu, program bual bicara 'Mawi...' di Astro Ria dan '...Ina' (di RTM1) turut memuatkan babak lakonan semula, selain persembahan secara eksklusif daripada anggota kumpulan Dewa 11, Once yang menyanyikan lagu Dealova, selain persembahan daripada Jamal Abdillah dan Mawi.

"Kita akan lihat Once akan menyanyi lagu Dealova di khalayak. Lagu itu lagu yang popular, lagu cinta yang kami rasa sesuai sangat dengan situasi sekarang. Once tidak pernah nyanyi lagu ini di hadapan penonton.

"Kami bertuah kerana dia mempunyai masa menyanyikan lagu itu secara live pada program ini nanti. Kami juga akan mempersembahkan Jamal Abdillah, Mawi nyanyi satu lagu dan mungkin satu kejutan apabila Ina akan menyanyikan satu lagu. Ini adalah acara kandungan yang kami rasa berjaya menambat hati penonton," kata Khairul.

Beliau berkata, Astro melihat Mawi seorang insan yang melonjak secara tiba-tiba menjadi fenomena, tapi apa yang penting ialah apa yang berlaku di sebaliknya.

Sementara itu, Rokiah pula menjelaskan, sama ada RTM atau Astro, mereka berhak untuk melahirkan sebuah program khas yang dapat menarik perhatian penonton beralih kepada kedua-dua stesen itu.

"Ya, betul kami akui Siti Nurhaliza penyanyi nombor satu negara. Tetapi, takkan terpaksa tangguhkan atau tunda pada hari lain hanya semata-mata hendak memberikan laluan kepada siaran langsung majlis persandingannya.

"Secara teknikalnya, siaran eksklusif bicara Mawi dan Ina boleh menjadi alternatif kepada penonton yang tidak mengikuti persandingan Siti," katanya.

Beliau berkata, RTM1 menjadi platform kepada Ina untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa dia sebenarnya mahu lari daripada bayang-bayang Mawi dengan membuktikan bahawa putus tunang dengan bekas juara AF3 itu tidak bermakna dunianya sudah habis.

"Pengurusan Ina bersetuju melihat ketelusan kita. Dia datang kepada kita, kita memberi ruang kepada dia, apabila dia sudah bersedia barulah kita bagi peluang kepada dia, dia datang kepada kita dan Astro, bukan stesen TV lain. Dia melihat kita menyediakan platform itu.

"Sekarang orang melihat dia sebagai bekas tunang Mawi, walhal pada peringkat awal, selepas putus tunang, macam-macam orang kata yang tidak baik pada Ina. Menerusi rancangan ini, Ina mahu keluar dari fobia sebagai tunang Mawi," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 28-8-2006 11:57 AM | Show all posts
Wedding of the Decade berkonsep 'garden party'
Oleh Farihad Shalla Mahmud


SEBELUM ini terlalu banyak cerita mengenai majlis persandingan pasangan sensasi digembar-gemburkan media. Baik media cetak mahupun media elektronik, masing-masing membuat andaian bahawa persandingan penyanyi popular Datin Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa atau lebih glamor dengan panggilan Datuk K bakal mencatat sejarah tersendiri dalam industri hiburan tanah air.

Apa saja yang membabitkan majlis ini, ramai yang ingin mengetahuinya. Khabarnya, banyak juga wang yang dilaburkan bagi memastikan majlis Wedding Of The Decade berlangsung seperti yang diidamkan.

Meninjau persiapan yang dilakukan pihak perunding perkahwinan Siti dan Datuk K petang Sabtu lalu, bagai terbayang di depan mata betapa meriahnya nanti majlis itu. Terdetik di hati, bukan calang-calang orang mampu membuat majlis perkahwinan sehebat ini.

Dewan 2, Pusat Persidangan Kuala Lumpur yang boleh memuatkan tiga ribu orang dalam satu masa itu kini berubah wajah apabila warna putih menguasai keseluruhan kawasan itu. Bungaan serta dedaun segar menunggu masa untuk dijadikan perhiasan siling malam itu sekali gus melengkapkan tema perkahwinan di dalam taman seperti yang diimpikan Siti.

Perunding perkahwinan Datuk Shah Rezza dari Nusantara Gems Sdn Bhd, menegaskan konsep sederhana tapi meriah masih menjadi inti pati majlis persandingan pasangan mempelai itu.

?arangkali anda sendiri sudah menyaksikan bagaimana majlis pernikahan Siti dan Khalid berlangsung tempoh hari. Jadi, kami masih mengekalkan konsep yang sama.

?ang pasti, kami akan memastikan majlis yang berlangsung Isnin ini (malam ini) berjalan dengan sempurna seperti yang dirancang,? kata Shah Rezza yang peramah ini.

Mengulas perjalanan majlis pada malam itu, bekas pelakon filem Ali Setan ini berkata, tetamu seramai 2,500 orang itu akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian artis terkenal tanah air dan Indonesia.

Antara barisan artis yang akan menyumbangkan suara pada malam itu ialah Uji Rashid, Azlina Aziz, Datuk M Daud Kilau, Ziana Zain, Nash, Ning Baizura, Nora, Kris Dayanti, Too Phat, kumpulan Hijazz, Ezlynn, kumpulan Swara serta protege Siti, Kat.

?ami menyediakan empat pentas kecil yang diletakkan berdekatan meja tetamu. Acara hiburan berlangsung sebelum upacara bersanding di mulakan. Sekurang-kurangnya tetamu tidak bosan.?

Tambahnya, untuk kesenangan tetamu yang hadir, pihaknya turut membahagikan dewan itu mengikut abjad bermula huruf ?? hinggalah ke ??.

?etiap tetamu perlu mendaftar di meja pendaftaran dan di situ mereka akan diberikan nombor meja serta zon mana mereka perlu berada. Jika ada sebarang kemusykilan, kami juga ada menyediakan pemerhati untuk membantu mereka,? jelas lelaki ini sambil memberitahu mereka juga menyediakan khidmat kaunter ?ilang dan jumpa? sebagai kemudahan tetamu.

Kek kahwin bernilai RM12,000

BUKAN sekadar diraikan di atas singgahsana indah yang dinamakan Mahligai Asmara tetapi pasangan pengantin ini turut memotong kek sembilan tingkat yang direka khusus untuk mereka.

Dinamakan Indah Percintaan, kek yang dihiasi 1,200 kuntuman mawar kecil bersadur emas yang keseluruhannya bernilai RM12,000 ini adalah hadiah istimewa daripada pihak KLCC istimewa untuk penyanyi Biarlah Rahsia itu.

?dea untuk menghasilkan kek ini memang datang daripada saya sendiri. Hiasan kereta kuda di kek itu umpamanya berdasarkan impian yang pernah Siti luahkan sebelum ini.

?otif payung pula adalah tanda semoga Siti dan pasangannya sentiasa dilindungi Tuhan. Ini adalah hadiah istimewa kami kerana Siti adalah penyanyi popular negara dan kami berbesar hati kerana dapat menghadiahkan sesuatu untuk hari bersejarahnya itu,? jelas Eksekutif Chef Pastri KLCC, Zainudin Abdul Aziz kepada Hip.

Zainudin berkata kek seberat 50 kilogram itu juga akan dibentuk seperti spiral serta dihiasi lampu beraneka warna.

?ek eksklusif ini mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan dan perlu dibuat dengan teliti kerana ia membabitkan banyak hiasan tertentu. Justeru, kami memperuntukkan 16 jam sehari untuk menyiapkan setiap bahagian kek itu serta hiasannya. Setiap hari kami mulakan kerja pada jam 9 pagi dan tamat hanya pada jam 11 malam," dedah Zainuddin lagi.



INFO
Menu Meja Utama Persandingan Siti dan Khalid


Kerana Jelingan Sup Ekor Berempah
Purnama Merindu Nasi Kabuli
Nasi Putih Daun Pandan Berpantun Kasih
Lenggang Lenggok Ayam Dara Masak Merah
Ikan Kerapu Goreng Tepung Bersama Sos Pedas Bunga Kantan Nian Di Hati
Udang Galah Goreng Bersama Sos Kunyit Bersantan Gelora Asmara
Dalca Sayur Bersama Hirisan Daging Sulam Sembilan
Intrig Cinta Sayur Campuran Istimewa Bersama Cendawan Abalone dan Isi Ketam
Acar Jelatah Sanggar Mustika
Acar Buah Masri Manis
Kek Hazelnut Royal Beradu Di Khayalan
Tak Boleh Lupa Kopi Atau Teh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 29-8-2006 12:31 AM | Show all posts
Majlis persandingan yang indah dan penuh 'glamour'
29-08-2006 12:20:08 AM  



KUALA LUMPUR:  Majlis persandingan Datin Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) malam ini merupakan majlis cukup luar biasa.

Ia bagaikan membuka era "glamour" baru dalam industri hiburan, dan tidak janggal sekiranya dikatakan bahawa majlis tersebut akan sukar ditandingi di masa akan datang.

Acara bermula dengan sesi bertemu peminat selama setengah jam di lobi KLCC, yang terletak di atas dewan utama di mana majlis persandingan tersebut diadakan.

Siti, yang memakai gaun ala Cinderella dengan gelaran "Dewi Mustika" hasil ciptaan pereka fesyen terkenal Khoon Hooi, kelihatan berseri sambil melambai dan melemparkan senyuman kepada lebih kurang seribu peminat yang berkumpul.

Gaun sutera berwarna krim bertatahkan ribuan mutiara ihsan koleksi Rafflesia itu pada asalnya dijadualkan untuk sesi berkereta kuda.

Walaupun sesi tersebut terpaksa dibatalkan, suasana "fairytale wedding" tetap dirasakan.

Datuk Raja Rezza Shah telah berjaya memberikan majlis sentuhan romantis. Dewan utama bak taman yang indah, disempurnakan dengan alunan muzik merdu serta dihiasi bunga ros putih dan merah muda, dan orkid putih dan hijau muda.

Untuk istiadat persandingan, Siti bagaikan puteri dengan tiara yang indah serta aksesori selengkapnya.

Penyanyi popular berumur 27 tahun itu mengenakan songket sutera klasik ciptaan Radzuan Radziwill, sepasang dengan suami tercinta Datuk K.

Tetamu dihiburkan dengan alunan tradisional gamelan beserta 30 penari dari kumpulan Tepak Sirih yang diterbangkan dari Singapura.

Di antara tetamu diraja yang hadir di majlis tersebut termasuk Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Kalsom, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Nur Zahirah, dan Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman dan Cik Puan Muda Julita Aishah.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.  

Artis Malaysia dan Indonesia yang dipilih Siti untuk menghiburkan majlis gilang-gemilang ini termasuk Kris Dayanti, Nora, Nash dan Too Phat.

Jemputan turut dihiburkan persembahan "kejutan" oleh Hetty Koes Endang.

Siti mengenakan gaun ciptaan Michael Ong untuk acara memotong kek tujuh tingkat diberi nama "Indah Percintaan", yang dipercayai berharga RM12,000.

Kek seberat 100kg tersebut diselaput emas 22 karat serta dihiasi 1,200 bunga ros.

Di akhir majlis, Siti sendiri naik ke pentas untuk menyampaikan lagu Cahaya Cinta, khas buat yang hadir dan sudah tentunya untuk suami tersayang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 29-8-2006 12:33 AM | Show all posts
Siti sedih semasa temui peminat di KLCC
28-08-2006 10:44:56 PM  


KUALA LUMPUR:  Siti Nurhaliza menitiskan air mata apabila melihat hampir 1,000 peminatnya berkumpul di taman KLCC berhadapan hotel Mandarin Oriental petang tadi.

Siti yang keluar ke verandah tingkat tiga Pusat Konvensyen Kuala Lumpur jam 5.30 petang memakai gaun putih rekaan Khoon Hooi bertatahkan 8,888 mutiara Rafflesia.

"Siti amat sedih kerana tidak dapat lebih dekat dengan peminat.

                                                   
                                                       (foto The Star)

"Siti amat berharap peminat akan datang ke majlis di Kuala Lipis. Di sana, Siti akan dapat melayan peminat dengan lebih baik lagi," ujar Siti apabila ditemui wartawan selepas sesi bergambar dengan gaun tersebut.

Terdapat juga peminat yang datang dari jauh, termasuk dari Sabah, Sarawak serta Indonesia.

"Saya peminat nombor satu Siti. Bila saya baca Siti akan buat majlis di KLCC, saya terus tempah tiket untuk datang," kata Ken Tugusan, 36, dari Sandakan, Sabah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 29-8-2006 09:16 AM | Show all posts
Persandingan Siti seindah fantasi
Oleh Zul Husni Abdul Hamid, Farihad Shalla Mahmud dan Serimah Mohd Sallehuddin



SEMOGA DIBERKATI: Siti Nurhaliza dan Khalid mengaminkan doa yang dibaca oleh Asri Ubaidullah dari Kumpulan Rabbani.


KUALA LUMPUR: Ibarat kisah fantasi yang sering dibayangkan dalam novel cinta, begitulah gambaran kemeriahan majlis persandingan penyanyi terkenal, Datin Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa.

Daripada riak wajah pengantin tergambar segenap rasa bahagia yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.

Melangkah anggun dengan persalinan kebaya moden putih, Badarsila dipetik daripada judul lagu popularnya rekaan Radzuan Radziwill ke Dewan Pameran 1 & 2, Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC), senyuman dan debaran mengiringi langkah pasangan pengantin baru itu untuk upacara bersanding.



KENANGAN MANIS: Pasangan pengantin bersama pengiring kanak-kanak pada majlis persandingan mereka malam tadi.

Paluan irama gamelan kumpulan Tepak Sirih dari Singapura bergema di segenap ruang foyer ketika pasangan pengantin sensasi itu diarak menuju ke pelamin, Mahligai Asmara rekaan Datuk Shah Rezza dari Nusantara Gems Sdn Bhd yang tersergam di tengah dewan.

Bungaan segar melatari setiap sudut dewan seperti mengalu-alukan ketibaan lebih 2,500 tetamu yang diundang khas bagi meraikan hari bersejarah pasangan yang diijabkabulkan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, pagi Isnin lalu.

Kira-kira jam 9 malam, upacara persandingan bermula apabila pasangan mempelai sepadan itu diarak masuk dewan, serentak dipancarkan secara langsung ke seluruh negara menerusi TV3.

Bermula dengan bacaan doa dan pujian ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW oleh Ustaz Asri Ubaidullah daripada kumpulan Rabbani, majlis penuh gemilang itu diteruskan dengan acara merenjis sebelum upacara makan beradab dilangsungkan.

Siti kelihatan tenang, wajah bersihnya yang disolek cantik oleh jurusolek dari Indonesia, Mia terukir senyuman bahagia namun suaminya kelihatan agak gementar, lebih banyak tertunduk ketika upacara berlangsung.

Upacara merenjis itu disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan isteri, Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan isteri, Sultanah Nur Zahirah; Tuan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Sallahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Hajah Norkiah; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tan Sri Khalil Yaakob dan isteri, Toh Puan Zurina Kassim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Ketika acara makan beradab, sebagai halwa telinga tetamu persembahan hiburan daripada dijayakan artis terkenal tempatan dan Indonesia antaranya Azlina Aziz, Kris Dayanti, Ning Baizura, Ziana Zain, Datuk M Daud Kilau, Uji Rashid, Ezlynn, Too Phat, Nora dan Nash dipersembahkan.

Rangkaian lagu popular bertemakan cinta antaranya Syurga Di Hati Kita, Permata, Semakin Hari Semakin Sayang, Bukan Cinta Biasa, Mencintaimu, Percayalah dan Can't Help Fallin' Love berkumandang, seakan meraikan cinta suci mereka.



MAHLIGAI ASMARA: Pemandangan dalam dewan persandingan hasil rekaan Datuk Shah Reza daripada Nusantara Gems.

Pengantin perempuan turut mengalunkan lagu terbarunya, Cahaya Cinta ciptaan sepenuhnya Siti yang ditujukan khas buat suami tercinta.

Peluklah daku, sayangi daku, berjanji denganku semai cinta nan satu adalah antara bait lirik Cahaya Cinta yang jelas menggambarkan betapa tinggi harapan yang diletakkan Siti terhadap istana cinta yang baru seminggu dilayarinya.

Melengkapkan hari bersejarah mereka, kedua mempelai kemudian menukar persalinan dengan rekaan Michael Ong untuk acara memotong kek perkahwinan sembilan tingkat bernilai RM12,000.

Untuk upacara itu, Siti menggayakan gaun berwarna krim dan pink bernilai RM35,000, diserikan dengan layah sepanjang enam meter yang disiapkan sepenuhnya selama sebulan.

Pasangan mempelai turut meraikan ulang tahun perkahwinan ibu bapa pengantin perempuan, Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik yang ke-38 yang kebetulan disambut semalam. Acara itu juga menjadi kejutan manis buat ibu bapa Siti yang diraikan pada malam bahagia anak kesayangan mereka.

Sebagai memeterai upacara ulang tahun itu, Siti membuat kejutan dengan menjemput kedua-dua ibu bapanya untuk memotong pulut kuning. Ishak Nengah dan Zakiah Anas bertindak sebagai pengacara sepanjang majlis persandingan itu berlangsung.

Antara artis yang hadir ialah Anita Sarawak dan suami, Mohd Mahathir Abdullah, Erra Fazira, Umie Aida, Camelia, Ella, Chef Wan, Hetty Koes Endang, Aishah, Norlia Ghani, Azwan Ali dan Betty Banafe.

Terdahulu, kira-kira jam 5.40 petang, Siti menunaikan janjinya untuk bertemu peminat yang diadakan di balkoni Tingkat 3, KLCC sebagai menggantikan acara perarakan berkuda yang dibatalkan atas sebab keselamatan.

Siti yang jelita dengan gaun putih disulami 8,888 butiran mutiara asli rekaan Khoon Hooi berharga RM300,000, sempat meluangkan masa selama tujuh minit sebelum memberi laluan kepada pihak media untuk sesi bergambar.

Lebih 1,000 peminat yang membanjiri pekarangan Taman KLCC mengambil kesempatan untuk melihat dari dekat wajah penyanyi terkenal itu, sebahagian besarnya adalah peminat warga Indonesia.

Bagaimanapun, sesi itu mengundang rasa kecewa sebahagian peminat yang hadir kerana tidak puas menatap wajah Siti yang hanya muncul dalam masa singkat sebelum kembali ke dewan untuk persiapan majlis resepsi.

Sebelum ini pihak pengurusan Siti menjanjikan sesi itu berlangsung selama 30 minit.

Maka tertunailah segala impian yang pernah Siti impikan dan lengkap kini fasa kehidupan penyanyi tersohor itu apabila bergelar isteri kepada Khalid, usahawan ternama yang bertakhta di sudut hatinya sebagai suami.




INFO
Persandingan Siti, Datuk K

Kek perkahwinan sembilan tingkat bernilai RM12,000.

Siti menggayakan gaun krim dan pink RM35,000, diserikan dengan layah sepanjang enam meter yang disiapkan sepenuhnya selama sebulan untuk upacara memotong kek.

Gaun putih Siti disulami 8,888 butiran mutiara asli rekaan Khoon Hooi berharga RM300,000, ketika bertemu peminat di balkoni tingkat 3 KLCC.

Siti turut mengalunkan lagu terbarunya, Cahaya Cinta hasil ciptaannya yang ditujukan khas untuk suami tercinta, Datuk K.

Siti menjemput kedua-dua ibu bapanya untuk memotong pulut kuning meraikan ulang tahun ke-38 perkahwinan mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 29-8-2006 09:26 AM | Show all posts
Persandingan Siti - Datuk K meriah



                                                      
Siti Nurhaliza Tarudin dan Khalid Mohd. Jiwa ceria di atas pelamin yang direka khas sempena persandingan mereka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam tadi.
--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 28 Ogos ? Majlis persandingan penyanyi nombor satu negara, Datin Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa yang berkonsepkan ?ersandingan Dalam Taman? di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini malam ini berlangsung meriah dan penuh tradisi.

Majlis yang diberi julukan Wedding of the Year itu bermula pukul 5.30 petang apabila Siti Nurhaliza, 27, yang mengenakan gaun putih silk duchess satin ?ewi Mustika? rekaan Khoon Hooi muncul melambai tangan kepada kira-kira 1,000 peminatnya dari balkoni tingkat 3, sayap barat KLCC berhampiran Hotel Mandarin Oriental.

Tanpa ditemani Khalid, 47, atau lebih dikenali sebagai Datuk K, Siti kelihatan terharu dan menitiskan air mata sambil melambaikan tangan kepada peminatnya selama 10 minit.

Siti bergelar isteri apabila diijabkabulkan dengan Khalid dalam majlis pertunangan dan akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 21 Ogos lalu.

Majlis persandingan itu disiarkan secara langsung oleh TV3 bermula pukul 9 malam.

Tepat pukul 7.45 malam, Siti yang mengenakan persalinan kebaya moden french lace dan songket (padasila) rekaan Radzuan Radziwil, menghadiri sesi penggambaran dengan Khalid di singgahsana persandingan yang direka penasihat pelamin, Kem Salleh.

Kedua-dua mempelai meluangkan masa hampir sejam bagi sesi penggambaran bersama media dan kenamaan sebelum menuju ke Dewan Pameran 1 & 2 KLCC.

Pada pukul 9 malam, kedua-dua mempelai bersanding di atas pelamin khas ?ahligai Asmara? rekaan Datuk Shah Rezza dari Nusantara Gems, yang juga perunding bagi majlis persandingan yang menelan belanja RM500,000 itu.

Seramai 2,500 jemputan termasuk golongan kenamaan dan kerabat diraja disambut dengan haruman 2,500 kuntum bunga termasuk dari jenis hydrenges, casablanca lily dan ros putih yang diimport dari Belanda dan China.

Turut menarik perhatian ialah 13 sangkar burung yang ditempah oleh Khalid yang diletakkan di hadapan 32 tempat duduk tetamu khas terdiri daripada orang kenamaan.

Kenamaan yang duduk di meja utama itu dijamu 12 menu khas dengan kos mencecah RM297,000.

Antara kenamaan yang hadir ialah Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah; Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin; Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Barieng Mohammed Salahuddin; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob; bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Artis tempatan dan luar negara termasuk Kris Dayanti serta Hetty Koes Endang turut menghadiri majlis persandingan itu yang dimeriahkan dengan pengacara Farah Fauzana, Aidil Abdul Ghaffar, Zakiah Anas dan Ishak Nengah.

Selain pelbagai hidangan istimewa yang dinamakan sempena lagu-lagu Siti, tetamu dihiburkan dengan persembahan gamelan dan tarian serta nyanyian oleh artis tempatan seperti Ziana Zain, Ezlynn, Hijjaz, Datuk M Daud Kilau, Nash Lefthanded dan Uji Rashid.

Upacara menepung tawar pengantin didahului Sultan Ahmad Shah diikuti orang kenamaan dan keluarga mempelai sebelum diteruskan dengan majlis santapan.

Ia disusuli dengan acara memotong kek perkahwinan khas tujuh tingkat yang diberi nama ?ndah Percintaan? berharga RM12,000.

Kedua-dua mempelai mengenakan persalinan rekaan Michael Ong bagi acara memotong kek. Siti memakai `English Wedding Gown? ala Cinderella berwarna merah jambu, perak dan krim daripada kain lace serta sutera Thai.

Kejutan yang dijanjikan oleh Siti pada majlis persandingannya merupakan dendangan sebuah lagu khas untuk suaminya yang tersayang, ?ahaya Cinta? yang gubahan lagu dan liriknya hasil nukilan Siti sendiri.

Beliau tidak lupa mengundang ibu bapanya, Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik untuk memotong pulut kuning sempena ulang tahun ke-38 perkahwinan mereka hari ini.

Seramai 90 krew TV3 terbabit bagi menjayakan majlis persandingan malam ini di bawah kawalan lebih 100 anggota keselamatan daripada pasukan polis dan Rela.

Majlis itu turut mendapat liputan lebih 10 wakil media Indonesia termasuk dari Trans TV, SCTV, Jawa Pos, Nova dan beberapa majalah hiburan dari negara jiran itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sayang_manja This user has been deleted
Post time 29-8-2006 09:29 AM | Show all posts
Edisi KL : Siti bahagia
Oleh Hartati Hassan Basri, Nor Akmar Samudin dan Sabran Md Sani



KUALA LUMPUR: Selepas seminggu bergelar isteri, Datin Siti Nurhaliza mengakui gembira dan bahagia, tetapi masih dalam proses menyesuaikan diri dengan suasana baru dalam kehidupannya.

Siti, 27, yang bernikah dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, 47, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini, Isnin lalu, berkata, dia bahagia menjadi isteri kepada ahli perniagaan itu.

Katanya, Datuk K tidak cerewet, sangat memahami dirinya dan banyak bertolak-ansur dengannya.

?a sesuatu yang baru dalam hidup saya dan masih banyak yang perlu dipelajari. Saya akan cuba menjalankan tanggungjawab dengan baik dan berharap ikatan suci ini kekal sampai ke akhir hayat.

?aya juga berharap peminat mendoakan yang baik-baik untuk saya,? katanya ketika ditemui pada sesi fotografi sebelum menghadiri majlis persandingan berkonsepkan Persandingan Dalam Taman di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, malam tadi.

Siti dan Datuk K bersanding di pelamin kedua yang dibina di tingkat dua KLCC khusus untuk jurugambar sebelum bersanding di pelamin sebenar. Ia juga dihadiri keluarga Siti.

Penyanyi itu turut berpesan kepada peminat jangan bimbang dengan keadaan dirinya kerana suami menjaganya dengan baik.

Mengenai perasaannya ketika sesi bertemu peminat di balkoni tingkat 3 KLCC hingga mengeluarkan air mata, Siti mengakui sangat sedih dan terkilan kerana tidak dapat mendekati peminat sebagaimana yang diinginkannya.

?eminat orang yang sangat penting kepada saya kerana menyokong kerjaya seni selama 11 tahun. Saya mahu mereka turut sama meraikan hari bahagia dengan sesi khas bersama peminat. Dari situ timbul idea berarak dengan kereta kuda di sekeliling taman KLCC.

?amun, hasrat ini tidak kesampaian kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa atas alasan keselamatan.

?pabila perkara ini tidak dapat dilakukan, saya cuba mencari jalan lain. Ternyata inilah cara yang ada untuk menunaikan hasrat untuk berjumpa peminat.

?pa boleh buat, jarak saya dengan peminat agak jauh dan masa juga terhad. Tapi itulah yang mampu dilakukan.

?aya harap majlis pada 3 September nanti peminat dapat datang ke Kuala Lipis kerana memberi peluang kepada saya mendekati peminat,? katanya.

Untuk sesi bertemu peminat, Siti muncul di balkoni jam 5.35 petang menggayakan gaun putih rekaan Khoon Hooi berharga RM300,000. Gaun yang dinamakan Dewi Mustika itu dihasilkan dari sutera dan satin Belanda dan mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan.

Ia istimewa kerana bahagian bawahnya dihiasi 200 kuntum ros putih dan juga 8,888 butir mutiara tajaan Rafflesia The Pearl Centre.

Siti juga memakai set tiara bersama kalung dan subang tajaan Rafflesia.

Sebelum itu, Skuad Pengesan Bom memeriksa keadaan sekeliling sebagai langkah keselamatan. Siti diberi masa selama 10 minit melambai kepada hampir 1,000 peminat yang menantinya dari jam 4 petang.

Sementara itu, bapa Siti, Tarudin Ismail, ketika ditemui, menyambut ramah sapaan wartawan dan mengatakan majlis menyambut menantu di Kuala Lipis pada Ahad ini berjalan lancar.

Begitu juga dengan ibu Siti, Siti Salmah Bachik, turut memberi kerjasama apabila didekati media.

Katanya, dia gembira dan bersyukur kerana semuanya sudah selamat. Keadaan agak berbeza ketika majlis pernikahan Siti di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Isnin lalu.

?aya harap tiada lagi spekulasi mengenai Siti selepas ini. Saya juga gembira kerana semua keluarga rapat Siti dari Pahang dapat datang. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengundang semua ke majlis di Lipis nanti,? kata Siti Salmah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 29-8-2006 09:32 AM | Show all posts
Siti titis air mata temui 1,000 peminat di KLCC


KUALA LUMPUR 28 Ogos ? Penyanyi tersohor negara Datin Siti Nurhaliza Tarudin, 27, sebak dan menitiskan air mata sewaktu muncul 10 minit di khalayak ramai pada majlis persandingan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) petang ini.

Isteri kepada Datuk Khalid Mohamad Jiwa, 47, itu menangis kerana terharu dapat bertemu kira-kira 1,000 peminatnya yang membanjiri bahagian luar sayap barat KLCC.

?Siti menangis sebab dapat bertemu dekat dengan peminat walaupun dari tempat tinggi, walaupun Siti tak dapat berbicara dengan mereka,? katanya kepada pemberita selepas sesi bergambar bersama media di atas pelamin khas berkonsepkan taman rekaan Kem Salleh di Ballroom 2 KLCC.

Siti yang mengenakan tiara dan aksesori Rafflesia, memakai gaun putih Dewi Mustika yang berhiaskan 888 mutiara asli bernilai RM300,000 rekaan Khoon Hooi, muncul di khalayak ramai pada 5.35 petang.

Beliau disambut dengan jeritan peminat yang menunggu artis pujaan mereka sejak dari pukul 4 petang lagi.

Acara muncul di khalayak ramai diadakan bagi menggantikan perarakan berkuda untuk mempelai itu mengelilingi KLCC yang terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.

Mengulas perkara itu, Siti berkata ia dibatalkan kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa yang bimbangkan keselamatan beliau.

Malah, kira-kira lima minit sebelum muncul di khalayak, sepasukan skuad pemusnah bom memeriksa pelantar tempat Siti akan muncul di khalayak ramai itu.

?Siti sedih sebab mahu dekat dengan peminat tetapi perancangan awal tak jadi... itu yang mampu Siti lakukan,? katanya.

Beliau turut menjemput semua peminat untuk hadir di majlis persandingannya yang kedua di Kuala Lipis pada 3 September ini.

Majlis persandingan yang bermula 9 malam ini disiarkan secara langsung di TV3 dan dihadiri kira-kira 2,500 jemputan yang terdiri daripada orang kenamaan, kerabat diraja serta rakan artis dari dalam dan luar negara.

? Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 29-8-2006 08:21 PM | Show all posts
Rating Siti-Datuk K mendahului Mawi-Ina
29-08-2006 05:07:14 PM
Oleh ZIEMAN  



Siaran langsung "Wedding of the Decade" Siti Nurhaliza dan Dato? K semalam telah memecahkan rekod tontonan paling ramai dalam siri khas terbitan TV3 bersempena menjelangnya majlis perkahwinan bersejarah itu.

Menurut sumber yang dikeluarkan oleh AGB Nielsen Media Research, siaran langsung majlis perkahwinan gilang-gemilang semalam telah berada di kemuncak ("peak") 4.3 juta penonton atau 70% (overnight rating) dari peratusan penonton yang menonton pada waktu itu berbanding dengan pesaing terdekatnya Mawi?na yang disiarkan serentak pada tarikh dan masa yang sama di saluran Astro dan RTM meraih sekadar purata 1.6 juta atau 22.5% sahaja.

Sebelum ini TV3 telah mengadakan beberapa rancangan bersiri khas telah dimulakan sebelum menjelangnya majlis pernikahan dan persandingan tersebut seperti program ?iada Rahsia?.

Rancangan selama satu jam ini yang diterbitkan sebanyak 3 siri khas selama 3 minggu berturut-turut memaparkan Siti Nurhaliza sendiri, Datuk Khalid Mohamad Jiwa bersama dengan orang yang paling rapat dengan mereka ?endedahkan? satu persatu perhubungan dan perancangan perkahwinan mereka telah berjaya meraihkan purata 2.5 juta penonton.

Malahan untuk majlis pernikahan Siti-Datuk K pada 21 September yang lalu, juga telah memecah rekod waktu tontonan siang hari di mana kadar tontonan mencecah 2.86 juta.

Menurut Eliza Mohamed, Pengurus Besar Komunikasi Korporat Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, "TV3 amat mementingkan pengisian yang berkualiti yang dapat menambat perhatian penonton. Jangkaan kami memang tepat sekali kerana segalanya telah dirancang begitu teliti untuk memenuhi cita rasa penonton yang tidak jemu-jemu mengikuti perkembangan Siti menerusi TV3. Saya bagi pihak TV3 ingin mengucapkan terima kasih kepada penonton semua kerana terus setia bersama kami."

Mungkin percaturan meletakkan Mawi-Ina pada waktu yang sama tidak begitu tepat. Tarikh 28 Ogos bukanlah masa yang sesuai untuk kedua-dua belah pihak menjelaskan kedudukan sebenar tentang masalah peribadi mereka.

Walau apapun alasan yang diberi, RTM mahupun Astro seolah-olah mengambil kesempatan atas mana-mana pihak bagi mempertemukan Mawi dan Ina yang sibuk dengan komitmen masing-masing dan sejauh mana program Mawi...Ina adalah win-win situation (sama-sama menang).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 29-8-2006 08:26 PM | Show all posts
Siti jemput peminat ke Kuala Lipis
29-08-2006 03:01:05 PM  


Abang kesayangan Datin Siti Nurhaliza Tarudin, Ayie boleh menarik nafas lega sekarang kerana hampir semua urusan perkahwinan adiknya sudahpun selamat diuruskan.

Hanya tinggal satu lagi persandingan yang akan diadakan di Dataran Kuala Lipis, Pahang jam 8 malam pada 3 September ini di mana difahamkan sebanyak 16 ekor lembu akan ditumbangkan dan akan dikerjakan oleh enam kumpulan terdiri dari lebih 50 orang, yang akan dikenali sebagai ?rang pangkal.?.

Ayie bagi pihak keluarga Siti mengalu-alukan semua peminat Siti untuk datang beramai-ramai memeriahkan persandingan adiknya di Kuala Lipis nanti.

"Alhamdulillah semuanya dah selamat," kata Ayie ketika ditemui sejurus selepas upacara persandingan gilang gemilang Siti ?atuk K semalam.


Siti amat berharap peminatnya akan datang beramai-ramai ke majlisnya di Kuala Lipis (Foto The Star)

Apakah panggilan Datuk K kepada Ayie yang merupakan abang sulung kepada Siti?

"Panggil Ayie je lah?.biasalah panggilan tu lebih mesra," kata Ayie yang berusia di awal 30an.  Menurut Ayie lagi, apa yang penting ialah keikhlasan dalam perhubungan.

Bila ditanya bagaiman perasaannya sekarang setelah ?elepaskan? Siti yang kini bergelas isteri orang?

"Perasaan yang bermacam-macam. Sedih pun ada, gembira pun ada. Sekarang ni dah ada orang menjaga Siti," kata Ayie yang kehilangan 15 paun sejak kebelakangan ini.

Menurut Ayie, terlalu awal untuk menjangkakan mengenai perancangan karier Siti sekarang tapi "mungkin juga Ayie nak nyanyi balik."

Sementara anak ketiga Datuk Khalid Mohd Jiwa, Mohd Asyraf, 14, kelihatan serba salah untuk memberi komen tentang perasaannya apabila melihat persandingan ayah dan ibu tirinya

"Maaf, saya tidak boleh cakap dengan wartawan?.," kata Asyraf ketika ditemui diruang legar lobi Pusat Konvension Kuala Lumpur.

Asyraf, yang ditemani beberapa rakan baiknya, walau bagaimanapun berkata dia tidak suka membaca cerita negatif tentang bapanya.

"Banyak benda yang tidak betul ditulis oleh akhbar. Saya kesian dengan bapa," ujar Asyraf yang merupakan satu-satunya anak Datuk Khalid yang hadir di perkahwinan bapanya bersama Siti Nurhaliza.

Ketika ditanya mengenai panggilan terhadap ibu barunya itu, Asyraf berkata dia masih menggunakan panggilan Kak Siti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.046466 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list