sebu, resepi aku ni simple je..tapi org yg mkn tu ckp sedap..ntah dia nak ambik hati aku ke tak pasti lah..
Tom Yam Seafood
Bahan kisar
4 biji bawang merah 1 biji tomato 1 batang serai 1 biji cili merah (kalau nak pedas guna cili padi dalam 6 – 8 biji
isi ayam – potong kecil2 / sotong / udang / daging (ikut citarasa) 1 biji bawang besar – hiris 2 sudu perencah tomyam – brand ikut suka la, aku guna adabi je Sayuran – carrot/caulifower je daun limau purut – buang urat daun tengah tu, supaya bau kuat 3 batang serai – diketuk 1 cm halia – diketuk 1 cm lengkuas – diketuk 3 biji cili padi 1 biji tomato 1 sudu susu pekat atau susu cair, aku pakai susu cair 1 biji limau kasturi air – lebih kurang 1L garam & gula
Cara masak
- Tumis bahan kisar tu sehingga garing. Lepas tu masukkan perencah tomyam. Gaul sehingga sebati.
- Masukkan air ke dalam periuk, lepas tu masukkan pula ayam, sotong, udang etc.
- Bila ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayur, halia, lengkuas, serai, daun limau purut dan biarkan seketika
- Akhir sekali, perah limau kasturi dan ambil airnya. Lepas tu masukkan susu pekat/susu cair, garam, gula dan tomato.
- Siap untuk dimakan.
|