CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fynnkakiblock

[Tempatan] Update #1 Sudah Ditangkap! Lelaki Tikam Mati Abang Kandung Kekasih

[Copy link]
Post time 17-10-2016 08:32 AM | Show all posts
takziah kepada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 17-10-2016 08:33 AM | Show all posts
   
Tumpat: Jenazah Muhamad Shukri Husin, 34, mangsa tikam teman lelaki adik di Kompleks Seri Iman, Terengganu, pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kok Keli 2, di sini, pada 11.40 malam tadi.
Terdahulu, jenazah yang dibawa dari Terengganu tiba di rumahnya pada 10.05 malam.
Jenazah kemudian disembahyangkan oleh kira-kira 500 jemaah termasuk ahli keluarga, rakan sekerja dan penduduk kampung.

Isteri Muhamad Shukri, Noriah Lah, 34, yang sarat mengandung lapan bulan anak sulung mereka tidak dapat membendung rasa sedih selepas melihat jenazah suaminya untuk kali terakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Oktober 2016 @ 12:12 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 08:34 AM | Show all posts
Bell replied at 17-10-2016 08:19 AM
Dah dpt tangkap ke blom?

Suspek masih di buru ,,,blom trtangkap lg
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 17-10-2016 08:33 AM
Tumpat: Jenazah Muhamad Shukri Husin, 34, mangsa tikam teman lelaki adik di Kompleks Seri I ...

Minat tudung kelabu tu la adik dia ea..
Kena kat aku..mmg ku rejam ko smpai mati....dasarr sgttttt
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 08:42 AM | Show all posts
dlm FB ,ghamai kutuk minah ni ....

Kuala Terengganu: Status lelaki yang mahu dikahwininya terbongkar pagi tadi apabila semakan di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu mendapati lelaki itu sudah berkahwin, namun episod pilunya tidak berakhir di situ.

Abangnya ditikam lelaki terbabit sehingga mati di kawasan parkir di Kompleks Seri Iman, di sini sejurus membuat semakan itu dan kira-kira 7.30 malam tadi, dia melihat jenazah abangnya di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Azlina Husin, 27 tidak dapat menahan sebak sebaik dibenarkan melihat jenazah abangnya, Muhamad Shukri Husin, 34 yang juga kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurut Azlina, dia tidak menyangka lelaki yang berperwatakan lembut itu tergamak bertindak sedemikian terhadap abangnya.

"Sebelum ini, dia kelihatan tenang apabila saya mahu hubungan kami ditamatkan sebaik status perkahwinannya terjawab.

"Dia hanya cakap OK dan abang saya mengajaknya untuk minum sebelum abang ipar memaklumkan abang mati ditikam lelaki itu," katanya.

Azlina dilihat menangis sambil ditenteramkan ahli keluarganya sebelum jenazah abangnya dibawa dengan van jenazah untuk dikebumikan di Kampung Kok Keli, Tumpat, Kelantan.

Van jenazah beredar dari pekarangan Unit Forensik HSNZ kira-kira 7.40 malam.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan sebaik tiba di kampung halaman isterinya yang kini sedang hamil anak sulung mereka.

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
teen_angelJB replied at 17-10-2016 08:38 AM
Minat tudung kelabu tu la adik dia ea..
Kena kat aku..mmg ku rejam ko smpai mati....dasarr sgtttt ...

Adik dia tak tahu jantan tu dah bersuami.lepas ada bukti yg jantan tu dah nikah..dia pon dh bersetuju utk putus.lps tu baru la tragedi tu trjadi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2016 08:48 AM | Show all posts
dinopower replied at 16-10-2016 03:33 PM
muka buruk gitu bini dah dua.... muntah

kan.... pas tu ada hati nak berbini tiga pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 08:53 AM | Show all posts
nicdiandra replied at 16-10-2016 10:07 PM
Belum andartu lagi baru 27. Konsep asal berlaki ni rentikanlah.

27 tu bayangan andartu makin cerah...
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 17-10-2016 08:53 AM | Show all posts
Ethernet replied at 17-10-2016 06:59 AM
gitu kisahnya...

KUALA TERENGGANU, 16 Okt - Adik kepada lelaki yang maut ditikam oleh bakal adik  ...

padan muka.. aku harap ko menyesal seumur hidup sampai mati...
disebabkan ko bangang sangat, bakal anak buah ko jadi anak yatim...

puas hati kan??? disebabkan ko bingai bangang abadi abang kandung ko mati!!

aku harap ko dibuang keluarga ...harrrkk tuihh....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 08:53 AM | Show all posts

MEDIA.GIPHY.COM

MEDIA.GIPHY.COM

Noriah Lah, 34, menunjukkan gambar suaminya Allahyarham Mohd. Shukri Husin 34, ketika ditemuramah pemberita di rumahnya di Kampung Kok Keli hari ini. Suami beliau ditemui mati dengan enam tikaman oleh suspek yang juga bakal adik iparnya menggunakan pisau di tempat letak kereta pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam) pagi tadi. - Foto Bernama

TUMPAT - Hasrat seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Mohd Shukri Hussin, 34, untuk menimang cahaya mata sulungnya tidak kesampaian apabila beliau maut ditikam bakal adik iparnya di Kuala Terengganu hari ini.
Isterinya Noriah Lah, 34, kini sarat mengandung dan dijangka bersalin bulan depan.
Ketika ditemui pemberita di rumah mentuanya di Kampung Kok Keli 2 di sini, Noriah berkata arwah suaminya adalah seorang yang baik hati dan amat sukakan kanak-kanak kerana belum mempunyai anak sendiri biarpun sudah empat tahun berkahwin.
Beliau berkata, beliau hanya mengetahui kejadian yang menimpa suaminya selepas seorang rakan menunjukkan gambar seorang lelaki dalam keadaan berdarah selepas dikatakan terbabit dalam pergaduhan.
"Saya yang melihat gambar tersebut melalui WhatsApp mendapati mangsa berdarah dan dipercayai sudah meninggal dunia itu rupa-rupanya adalah suami saya sendiri," katanya.
Suaminya dilapor ditikam sebanyak enam kali di tempat letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu (Maidam) pagi tadi.
"Walaupun sedih atas apa yang berlaku, namun saya reda kerana menganggap ia adalah ketentuan Ilahi," kata Noriah.
Polis sedang memburu suspek kes itu yang berusia 29 tahun dan berasal dari Manir.
[ARTIKEL BERKAITAN: Bakal abang ipar maut ditikam enam kali]
Kejadian bermula apabila mangsa dikatakan datang bersama keluarganya ke pejabat Maidam bagi menyemak status suspek yang mendakwa dia masih bujang untuk berkahwin dengan adik mangsa.
Setelah status sebenar suspek diketahui, berlaku pergaduhan antara suspek dengan Mohd Shukri hingga membawa kepada pembunuhan mangsa.
"Setahu saya, bakal suami adik ipar saya itu dikatakan sudah berkahwin dan mempunyai anak, tetapi adik ipar saya tidak mengetahui perkara ini," katanya.
Jenazah Mohd Shukri dijangka tiba di kampungnya malam ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kok Keli. - Bernama

Post time 17-10-2016 08:56 AM | Show all posts
Ethernet replied at 17-10-2016 06:59 AM
gitu kisahnya...

KUALA TERENGGANU, 16 Okt - Adik kepada lelaki yang maut ditikam oleh bakal adik  ...

typical laki org lahanat...dkt awek prihatin, amik berat bagai... kat rumah mau lebam birat muka anak bini kena terjang tu belum anak bini makan pun x cukup...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 08:58 AM | Show all posts
MamaMima711 replied at 16-10-2016 08:27 PM
Masalah kesihatan mental actually..bukan sakit mental.suratkhabar salah quote.kakak aku keje kt KK ...

well known yg jantan2 terengganu ni banyak kaki pil kuda
memang patut la pon banyak masalah mental

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 08:59 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 17-10-2016 08:42 AM
dlm FB ,ghamai kutuk minah ni ....

muka bukan main cun lagi.. jantan hauk tu jugak yang ko tergila gilakan sampai abang ko mati...
nak bukti konon...harrrkk tuihhh...

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 08:59 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
SiMontel replied at 17-10-2016 08:20 AM
meluat giler dgn adik dia...tah hape hape..sian abg dia tu..
apa ke bingai sgt, nak bukti2 bagai..p ...

Laki kalau betul nak kawen xde tangguh2 macam tu. Pg jumpa wali ckp nak kawen ngn anak pakcik. Marah betul iols
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Ethernet replied at 17-10-2016 06:59 AM
gitu kisahnya...

KUALA TERENGGANU, 16 Okt - Adik kepada lelaki yang maut ditikam oleh bakal adik  ...

nape aku rasa ayat adik dia ni nk cover line nk kurang kan impact rasa bersalah kt abg dia je :zz
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 17-10-2016 09:01 AM | Show all posts

Tidak berhenti disitu, pada 16 september Shukri Husin kembali meminta kepada ramai mengesan wanita bernama afieza binti nawang isteri kepada muhamad hafiz.

“Minta maaf kepada yang mengenali awang dan isteri ,saya bukan nak rosakkan rumah tangga kamu, tapi nak selamatkan adik saya yang percaya kata kata awang ni,Saya nak cari bini awang ni supaya masalah ini dapat diselesaikn secepat mungkin dan suruh bagi penampo kat mulut adik aku yang tengah mabuk kat laki ni,laki ni muut manis,manis sangat sangat.tulisnya .

Menurut isteri mangsa berkata, sebulan lalu, dia dan suaminya pergi ke Pejabat Agama Terengganu dan dimaklumkan oleh pegawai agama di sana mengenai status teman lelaki adiknya itu “sudah beristeri”

“Hal itu kami maklumkan kepada Azlina, (adik Shukri Husin ) namun dia tidak mempercayainya.
Kerana itu, suami ke rumah keluarga di Jeli pada 10.30 pagi semalam untuk mengambil ibu mentua dan Azlina”katanya

Status lelaki yang mahu dikahwini adiknya itu terbongkar pagi semalam apabila semakan di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu mendapati lelaki itu sudah berkahwin dan sudah memiliki anak.

Karena tidak berpuasa hati Hafis kemudian menikam Muhamad Shukri hingga maut dan melarikan diri.

Azlina Husin tidak dapat menahan sebak melihat jenazah abang kandungnya yang ditikam oleh kekasihnya itu sebanyak 6 kali.

Dia tidak menyangka bahwa Hafis yang berperwatakan lembut itu tergamak membunuh abangnya  .“Dia hanya cakap OK dan abang saya mengajaknya untuk minum sebelum abang ipar memaklumkan abang mati ditikam lelaki itu,”katanya ketika di tanya pemberita.

Sementara isteri Shukri Husin yang serat mengandung 8 bulan selepas 4 tahun kahwin tidak dapat membendung air matanya,melihat wajah suaminya untuk terakhir kali ketika pemakaman di Tanah Perkuburan Kampung Kok Keli 2, di sini, pada 11.40 malam tadi.

Manakala pihak Polis Wan Abd Aziz berkata, identiti suspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan meminta orang ramai yang mengetahui lokasi Mohd Hafiz Mohamad, 29, dari Kampung Baloh, Manir di Kuala Terengganu supaya dapat menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan berkaitan kejadian.

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya....
Dah la lama tggu nk dpt ank
Xlama nk dpt, meninggal pula
Semoga akk ni tabah..
Adik yg jd punca tu tolong lah sara ank buah ko sampai tua ye..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 09:05 AM | Show all posts
"Sebelum ini abang saya selalu menasihatinya dan meminta saya agar membuat keputusan yang tepat. Abang juga seorang yang sangat bertanggungjawab. Saya sangat terkilan disebabkan saya, abang saya yang menjadi mangsa," katanya.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, mangsa ditikam sebanyak enam kali dengan pisau.

Suspek kemudian melarikan diri bersama seorang rakannya dengan kereta. - Bernama

nasi dah jadi BUBUR DIK.........................
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
cicakgemok replied at 17-10-2016 01:32 AM
Saspek ic 06..agak2 orang negeri mana?

Seriuss?
Tu rasa muka laki tu mcm familiar..
Iskkk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.097721 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list