CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MizzNaza

Cerita Ain [OFF] & Throwback TT Kedaung [UPDATED 6/9/2016 #551]

[Copy link]
Post time 28-7-2016 02:15 PM | Show all posts
Cerita TT sendiri pn seram gak ek..misteri2 gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2016 03:03 PM | Show all posts
Amboii TT.. melompat sampai 28hb 8 tu hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 03:14 PM | Show all posts
F8_girl replied at 28-7-2016 03:03 PM
Amboii TT.. melompat sampai 28hb 8 tu hihihi

eh ye ke? hahahaha otak nih melaju pulak duk pikirin apakah
tengs yea nanti kita buat pembetulan
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 03:19 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 28-7-2016 03:14 PM
eh ye ke? hahahaha otak nih melaju pulak duk pikirin apakah
tengs yea nanti kita buat pembetulan ...

Hahaha.. no hal TT.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 03:24 PM | Show all posts
Cuppy replied at 28-7-2016 01:59 PM
Tetibe I seram plak sebab bace ur story, I siap bayangkan duduk tempat u.

seram lite2 jah chuols. hehehe time menghadapinya ketika itu tak de rasa pape pun
dasar hati kering
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 03:25 PM | Show all posts
SelakLangsir replied at 28-7-2016 02:15 PM
Cerita TT sendiri pn seram gak ek..misteri2 gitu

aigoo seram kah? memang hati kering la tuan tanah kedaung nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2016 03:38 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 28-7-2016 03:24 PM
seram lite2 jah chuols. hehehe time menghadapinya ketika itu tak de rasa pape pun
dasar hati ker ...

Uols mmg hati kering. Anak mak kan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 04:05 PM | Show all posts
Edited by MizzNaza at 28-7-2016 04:12 PM

Cerita 3

Dulu masalah air terputus ke, gangguan air jadi slow tuh biasa je dialami. Memang la rumah pakai 2 sistem paip; dari tangki dan direct tapi adalah jugak time paip direct ada perangai, si tangki pon buat perangai jugak dan2 tu la dia nak kering. Memang kitorang ada kepala paip jugak kat laman rumah, selalu digunakan untuk siram orkid dan segala pasu bunga di keliling rumah, time ada memang tadah je baldi air kat situ. Tapi ada masanya kat rumah memang tak keluar air langsung, maka terpaksalah mummy dan abah cari alternatif lain; pegi tengok paip air kat area rumah teres terbengkalai tu semua.

Time tu hanya kepala paip yang dekat rumah kongsi tinggal ada airnya. Rumah kongsi tuh pulak terletak depan rumah kitorang je (sebelum dirobohkan beberapa tahun kemudian). Memang bergilir-gilir la mak bapak dan abang aku yang pergi menadah air kat situ.

Nak dijadikan cerita, air bekalan dah nak habis kot. Mummy pulak jenis tak boleh tunggu so dia sendiri pergi mengangkut. Aku ingat la time tu memang senja nak tunggu masuk maghrib. Dia selamba je pegi redah semak samun kat tepi rumah kongsi tuh dan berdiri tercegat je sambil tunggu air penuh sebaldi. Kemudian angkut bawak balik rumah. Malam tu terus mengadu sakit lengan. Ingatkan biasa jelah lenguh sebab mengangkut baldi air kot. Memang mencari masalah namanya. Mula-mula tuh setakat urut sendiri je dengan minyak angin tapi hilang lenguh sekejap je pun.

Bila lenguh hilang, datang balik. Mengaduh balik la makcik nih. mau 2-3 hari jugak dia menanggung dari lenguh menjadi sakit pulak. aku pun perasan lengan dia merah je. macam melecur pulak.

Nasib baik salah sorang jiran pandai jugak mengurut. maka mengikutlah aku jugak pegi rumah makcik tuh temankan mummy berurut. bila nak start je makcik tu tanyalah mana tempat sakitnya tuh. mummy cakap lenguh campur sakit jadi dia selaklah lengan bajunya.

"ooii ni lain macam dah nih!"

Aku duk je diam2 kat tepi peratikan makcik tuh duk pegang belek-belek lengan mummy. nampak la mulut dia kumat kamit bismillah dan baca 2-3 surah jugaklah.

"ada benda nih.. ada pegi ke mana2 ke sebelum nih?"

Mummy pun bagitau la kan hari kejadian tu lagu mana. Makcik tuh sambung lagi duk baca ayat-ayat dan hembus-hembus ke lengan mummy.

"...nih kena tahan sikit lah. ada yang nak uji nih. lengan kau nih dah dipakaikan sarung tangan jin"
kata makcik tuh, serius gila muka dia.

"sarung tangan jin?"

sumpah dengar je tuh aku ketawa berdekah-dekah kat ceruk dinding tu jugak. nih jin apa benda neii main sarung-sarung tangan pulak? boleh pulak aku duk bayang macam mana la rupa bentuk sarung tangan jin tuh. sarung tangan getah ke? sarung tangan fishnet ke? sarung tangan lace ke? Sebab aku takleh nak hadam, mummy nih garang lepas tu dengar mudah-mudah je dapat anugerah sarung tangan jin

"nih kulit macam merah melecur kena simbah air panas nih sebab sarung tangan api"

Terus aku diam. Boleh tahan black metal jugak jin nih, main sarung tangan berapi pulak. Lama jugak la proses mengurut tuh berlangsung. Mengerang jugak la mummy kena tahan sakit. yealah bukan mengurut betulkan urat bengkak ke apa. nak keluarkan sarung tangan berapi kot? tapi kalau time solat mummy cakap terasa lenguh semacam la, time lain bercampur baur rasanya.

Lepas berurut tuh makcik tuh cakap settle. Tapi apa yang menarik pendengaran aku tuh bila dia cakap takpe, tak melarat dah. dia cakap lagi, dia tau tangan orang nih (mummy) dari lineage orang pandai2 jugak. Maksud orang pandai2 tuh menurutnya orang yang pandai tengok, pandai merawat. senang cakap nenek moyang mummy ni dulunya bomoh/pawang raja. katanyalah. kali nih aku nak tergelak jugak, tapi meletup dalam perut je. Ok so our ancestors nih bomoh jadi sampai turn mummy dia jadi misi pulak. elok lah tu entahlah kenapa aku terasa lucu sangat time tau sedikit sejarah nenek moyang mummy time tuh.

Kalau tak silap, seminggu dua lepas berurut dan agak baik sikit lengannya, mak sepupu aku (cousin Mummy) datang  ziarah kitorang. Aku panggil umi je. Dia ustazah kat madrasah di Narathiwat. At least sebulan sekali dia mesti datang berjalan hari minggu kat rumah aku. Diorang ni membesar sama-sama, dah la sama-sama anak tunggal. Mak diorang adik beradik. Pun kalau tak silap aku anak tunggal jugak. Aku agak close jugak la dengan umi, kadang-kadang aku tido dengan dia sebab kira umi pun macam mak jugak jaga aku time mummy kena shift malam.

Time umi datang kali tu, aku memang menyibuk la diorang sembang berborak. Mummy ceritakan la apa dah jadi kat dia. Eh boleh pulak umi pon cerita memang la keturunan nenek moyang belah mak-mak kita nih bomoh. Saka hantu raya pon tok ayah ada. Tapi dah buang masa diorang nak pegi haji. Buang kat gunung ayam bawak bijik jagung goreng. Tok ayah suruh tunggu jagung tu tumbuh dan masak. baru kau balik. Bila diorang meninggal pun aman2 jah, dah selamat tenteram la anak cucu kita ni sebab semua dah kira settle.

"...tapi yang rumah nih jaga anak beranak dia jah..."

ok masuk ayat terakhir tu tinggal tergantung di situ saja sebab aku nampak mummy bagi isyarat mata dekat umi, tak nak bagi aku dengar cerita panjang2 dah. Maka tinggal misteri lah bagi aku dengan kata-kata umi di situ.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2016 04:20 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 28-7-2016 04:05 PM
Cerita 3

Dulu masalah air terputus ke, gangguan air jadi slow tuh biasa je dialami. Memang la ru ...

U x nk tanye ur mum cerita tu blk?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 04:25 PM | Show all posts
Cuppy replied at 28-7-2016 04:20 PM
U x nk tanye ur mum cerita tu blk?

my mum dah takde uols. bulan syawal 4 tahun lepas.
umi pon dah takde years before.
ada la sekali je i mimpikan diorang sama-sama datang senyum jah kat iols nih

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 04:27 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 28-7-2016 04:25 PM
my mum dah takde uols. bulan syawal 4 tahun lepas.
umi pon dah takde years before.
ada la sekali ...

Sorry TT. I tak patut tanye soalan ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 04:30 PM | Show all posts
Cuppy replied at 28-7-2016 04:27 PM
Sorry TT. I tak patut tanye soalan ni.

eh tak mengapa uols! lumrah hidup.
i tenang2 saja tapi ok je buat trobek nih at least macam nak pahamkan jugak dengan keadaan diri sendiri di hari ini
sesuatu or not?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 04:33 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 28-7-2016 04:30 PM
eh tak mengapa uols! lumrah hidup.
i tenang2 saja tapi ok je buat trobek nih at least macam nak  ...

It's normal kalau u nk fhmkan situation u. Sesuatu? x lah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 04:38 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 15-7-2016 04:19 PM
bila aku dah tau serba sikit background si Ain ni, nak plak melibatkan unsur2 mistik gitu. Jadi aku  ...

park sini. baru jumpa citer ni.
best2

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 05:17 PM | Show all posts
ainsinchan replied at 28-7-2016 04:38 PM
park sini. baru jumpa citer ni.
best2

thanks!
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 06:19 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 28-7-2016 04:05 PM
Cerita 3

Dulu masalah air terputus ke, gangguan air jadi slow tuh biasa je dialami. Memang la ru ...

bab bijik jagung goreng tu macam filem Jangan Pandang Belakang pulak. tanam dalam tanah. of course tkkn tumbuh dah kan. sampai bila-bila pun benda tu duduk dlm tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2016 06:21 PM | Show all posts
rigorsamsa replied at 28-7-2016 06:19 PM
bab bijik jagung goreng tu macam filem Jangan Pandang Belakang pulak. tanam dalam tanah. of course ...

cara turun temurun membuang belaan kot?

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 06:21 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 28-7-2016 01:26 PM
Cerita 2

Rumah kediaman kitorang ni dulu dalam kawasan sendirian je. Tanah pusaka nenek moyang ba ...

Mummy TT ni mesti jenis orang kuat semangat. plus, byk pengalamn masa kerja misi. tau camne nk encounter bila ada yang mengacau.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 06:22 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 28-7-2016 06:21 PM
cara turun temurun membuang belaan kot?

mgkin juga. nak buang dlm botol kat laut @ sungai, takut ada org jumpa plak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 06:31 PM | Show all posts
rigorsamsa replied at 28-7-2016 06:21 PM
Mummy TT ni mesti jenis orang kuat semangat. plus, byk pengalamn masa kerja misi. tau camne nk enc ...

sangat la kuat semangat inside out!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.162525 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list