|
|
Arwah Zara Qairina pernah mengadu diugut Kak M, nak ‘touch’ sampai berdarah
[Copy link]
|
|
|
Inkues: Pelajar lihat individu berbaju 'Hanafi' dalam tandas sebelum kematian Zara Qairina
Kota Kinabalu: Seorang pelajar tingkatan satu memberitahu Mahkamah Koroner di sini, hari ini bahawa dia melihat individu memakai baju sukan bertulis Hanafi mengurung diri dalam tandas asrama sekitar 2.35 pagi pada 16 Julai lepas, beberapa jam sebelum Zara Qairina Mahathir ditemukan meninggal dunia.
Keterangan itu diberikan saksi kanak-kanak ke-22, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, pada hari ke-28 prosiding inkues kematian Zara Qairina di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Peguam Joan Goh yang mewakili seorang kanak-kanak dalam kes buli membabitkan Zara berkata keterangan itu penting kerana waktu yang dinyatakan adalah tempoh paling hampir dengan kejadian.
"Semasa saksi bangun untuk mandi kira-kira jam 2.35 pagi, menjadi kebiasaannya mandi awal bagi mengelak kesesakan penggunaan tandas-saksi pergi ke tandas tingkat tiga.
"Saksi ada menolak pintu tandas nombor satu yang sedang tertutup.
"Namun pintu itu kembali tertolak dan seolah ada orang di dalam tandas tersebut yang sedang duduk menyandar di pintu tandas seperti sedang mengurung diri dan memaki baju sukan dengan tulisan 'Hanafi," kata Goh ketika berkongsi keterangan saksi kepada pemberita selepas prosiding.
Menurut Goh saksi tidak mengecam individu tersebut kerana tidak nampak mukanya, cuma mengecam baju yang dipakai individu terbabit.
Kira-kira 3 pagi , ketika saksi hampir selesai mandi, dia mendengar seseorang membuka pintu tandas nombor satu sebelum individu itu keluar.
Sementara itu, peguam Rizwandean M Borhan yang mewakili ibu Zara memaklumkan saksi berkenaan turut memberitahu mahkamah bahawa beberapa guru pernah memaklumkan kepada pelajar perempuan di musolla sekolah bahawa Zara bukan mangsa buli sebaliknya, meninggal dunia akibat bunuh diri.
Saksi ditanya 'Adakah cikgu pernah memberitahu bahawa kes Zara bukan kes dibuli tetapi bunuh diri? dan saksi menjawab 'Ya'.
"Perkataan yang digunakan oleh guru ialah 'dia tidak tahan sudah tu'. Itu yang dikatakan oleh saksi kanak-kanak ini," katanya.
Rizwandean turut memaklumkan saksi pernah melihat pelajar junior diarahkan pelajar senior melakukan pelbagai tugas seperti menyeterika pakaian dan mengambil air panas.
"Saksi memberitahu, biasanya MA (mesyuarat aras) akan diadakan di bilik musollah selepas Maghrib atau Isyak dan dia pernah mendengar pelajar senior mengeluarkan kata-kata kesat semasa mesyuarat itu," katanya.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di sini pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi, 16 Julai. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Saksi ditanya 'Adakah cikgu pernah memberitahu bahawa kes Zara bukan kes dibuli tetapi bunuh diri? dan saksi menjawab 'Ya'.
"Perkataan yang digunakan oleh guru ialah 'dia tidak tahan sudah tu'. Itu yang dikatakan oleh saksi kanak-kanak ini," katanya.
Jenis cikgu mulut jahat.. kata mengajar kat sekolah agama.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hart_attack replied at 28-10-2025 03:50 PM
Nama rumah sukan kot. Iols huznuzon je. Saksi ke 22 dh bgtau dia nmpk zara dlm tandas 2.35 pgi mas ...
kenapa cikgu ckp cemtu ermmmm tk kn nama rumah sukan erh ntahlah ghase pakai baju bf dia |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Inkues: 'Setiap kali kehilangan barang, kebanyakannya dilakukan Zara Qairina' - Saksi
Izwan Abdullah
[email protected]
Oktober 28, 2025 @ 6:09pm
Kota Kinabalu: Allahyarham Zara Qairina Mahathir sering dipersalahkan setiap kali berlaku kehilangan barang pelajar di surau atau asrama sekolah.
Saksi kanak-kanak ke-24 inkues kematian arwah Zara Qairina memberitahu Mahkamah Koroner hari ini, jika berlaku kehilangan barang, kebanyakannya dilakukan oleh arwah.
Menceritakan semula keterangan saksi, peguam Joan Goh berkata, arwah Zara Qairina sendiri memberitahu saksi apabila ada barang orang lain diambilnya.
"Sepanjang bersekolah dan tinggal di asrama, setiap kali kehilangan barang contohnya botol air, anak tudung, pin tudung, stokin yang hilang di surau asrama atau di dalam asrama kebanyakannya dilakukan oleh Zara.
"Ia kerana setiap kali dia (arwah Zara Qairina) mengambil barang-barang itu dia akan memberitahu kepada Saksi.
"Saksi menyatakan pernah bertanya kepada Zara kenapa ambil barang orang, tetapi jawapan Zara 'dia orang tidak mahu pakai jadi aku ambillah'," katanya selepas prosiding, di sini, hari ini.
Katanya, saksi juga menyatakan bahawa dia selalu menasihatkan arwah Zara Qairina supaya memulangkan semula barang-barang itu.
"Saksi kata, arwah Zara berjanji akan memulangkan tetapi tidak berbuat demikian sehinggalah kawan-kawan sibuk mencari dan terjumpa barang-barang itu di dalam almarinya barulah dia kembalikan.
"Saksi menyatakan tidak pernah memberitahu kepada siapapun perbuatan Zara kerana saksi tidak tahu siapa tuan punya barang-barang itu," katanya.
Sementara itu, Joan berkata, saksi juga menceritakan mengenai arwah Zara Qairina yang sering diejek dan dipulaukan oleh pelajar lain di sekolah.
Saksi ke-33 inkues itu yang sama-sama belajar dengan arwah Zara Qairina di Tingkatan Satu turut memberitahu mahkamah mengenai keadaan arwah yang menjadi mangsa body shaming (sindir badan).
"Sepanjang saksi berkawan dan tinggal di asrama yang sama dengan Zara, saksi ada melihat Zara diejek dan dipulau oleh kawan-kawan asrama.
"Saksi juga pernah dengar hampir setiap hari Zara diejek dan body shaming mengenai bentuk badan Zara oleh pelajar Tingkatan Satu, tapi saksi tidak tahu namanya dengan berkata 'gemuklah ko (kau) nih (ini)' dan Zara hanya berkata 'bah iya lah' sambil ketawa.
"Saksi juga pernah nampak pelajar lelaki satu kelas dengan Zara yang mengejek dengan menjerit-jerit memanggil Zara dengan panggilan 'anak Mahathir, anak Mahathir' dan ia berlaku setiap hari," katanya.
Bagaimanapun, katanya Zara Qairina tidak pernah marah diperlakukan begitu tetapi saksi nampak dia akan menulis dan meluahkan apa yang dirasanya dalam buku diarinya.
Saksi juga katanya, tidak tahu siapa lagi yang selalu mengejek dan membuat body shaming terhadap arwah Zara Qairina selain yang saksi nyatakan sebelum ini.
Katanya, saksi juga memberitahu mahkamah bahawa arwah Zara Qairina sendiri selalu bercerita kepadanya yang dia pernah dipulau oleh beberapa kawan sekolah dari Tingkatan Satu hingga Lima.
"Zara juga memberitahu kepada saksi dia sering diejek mengenai perangai dan fizikal Zara, hinggakan nama bapa Zara jadi bahan ejekan pelajar asrama.
"Tapi Zara kata kepada saksi yang dia tidak kisah dan tidak peduli mengenai semua ejekan kawan-kawannya," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Abahmung replied at 28-10-2025 07:58 PM
Inkues: 'Setiap kali kehilangan barang, kebanyakannya dilakukan Zara Qairina' - Saksi
Izwan Abdullah ...
ok berat zara taly dn mustahil muat masuk mesin yg mana nitezen tk bole terima saiz mesin 7kg je
nasib saksi d selidungi kalau tk mampus kena serang nitezen tk suka ni ngata2 arwah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
akuMNdia replied at 28-10-2025 05:08 PM
Jenis cikgu mulut jahat.. kata mengajar kat sekolah agama.
Cikgu tu mungkin kes curi mencuri,kes hilang barang. Kan cikgu tu ckp x tahan dah la tu. Pd iols merujuk kpd sisi negatif zara. Yg positif dia buat x nmpk.  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aaz at 28-10-2025 11:49 PM
makadek replied at 28-10-2025 05:46 PM
kenapa cikgu ckp cemtu ermmmm tk kn nama rumah sukan erh ntahlah ghase pakai baju bf dia
Sekolah agama biasanya guna nama2 tokoh2 ulama. Hanafi tu Mazhab Hanafi |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ishhh...rasa nak kepochi lak. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
aaz replied at 28-10-2025 11:44 PM
Sekolah agama biasanya guna nama2 tokoh2 ulama. Hanafi tu Mazhab Hanafi
ha ah agak gak sbb saksi ckp pakai baju warna yg sama rumah sukan dtg macik fb fitnah ade lelaki kt tandas pp |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 29-10-2025 12:30 AM
Ishhh...rasa nak kepochi lak.
ni kt post mana |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 29-10-2025 07:52 AM
ni kt post mana
Kt fb yati ibrahim tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 29-10-2025 07:52 AM
ni kt post mana
Dia post yg ni |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 29-10-2025 09:47 AM
Dia post yg ni
loya Ujen ade post pasal habit anak orka mencuri
aku ade kwn dia ni berduit
1 hari dia ckp ngn aku mcm nk amik sabun mandi ni tanak bayar sbb haritu dia rasa byk sangat membeli teringin nk yg free..
aku ckp ko byk duit pn boleh pk camni .dia diam je |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Geng terpaling senang kena scam. Teringat post tiktok bapak arwah.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 29-10-2025 08:07 PM
Geng terpaling senang kena scam. Teringat post tiktok bapak arwah.
alamak terlepas train mana link |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin...nama rumah sukan ikut mazhab
Hanafi, Syafie, Maliki, Hambali
dah sekolah agama kan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
takkan lah anak tunggal tak tahu ambil barang orang tu salah
arwah dah 13 tahun, masa sekolah rendah takkan cikgu tak ajar jgn ambil barang orang lain
arwah ada penyakit kleptomania rasanya
ada thrill bila dapat mencuri
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Incanto replied at 29-10-2025 09:03 PM
takkan lah anak tunggal tak tahu ambil barang orang tu salah
arwah dah 13 tahun, masa sekolah rend ...
Anak ai pernah sebilik dgn anak tunggal. Hangin aje dia sb girl tu selamba amik barang dalam almari tanpa izin,dia guna aje. Yg make up kawan pun selamba aje dia guna tak mintak izin. Sejenis harta org harta dia. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 29-10-2025 08:21 PM
alamak terlepas train mana link
Yg ni,ai ada letak aritu
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
aku ada anak buah yg anak tunggal
dia selalu datang duduk rumah aku
tak pernah pula dia ambil barang anak aku
sebab anak aku garang kot
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|