|
|
Arwah Zara Qairina pernah mengadu diugut Kak M, nak ‘touch’ sampai berdarah
[Copy link]
|
|
|
Edited by Burong_Hantuk at 22-10-2025 05:51 PM
-edited- |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dah settle
samirah tak bersalah
kes appeal pun dia tetap tak bersalah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hari ni pn masih tkde kata zara kena tibai |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 20-10-2025 06:03 PM
Dia tu NPD, ego plak melangit
Bila kawan tak senada dengan apa yang dia percaya terus la kena tudu ...
Bukan takat hilang komen tu, pakej sekali kena block. Asal ada je komen tak kena dgn selera dia, walaupun sekadar teguran memperbetulkan fakta, tetap kena block |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Saksi Knk2 ke-18
- Pelajar jr , sebilik dgn arwah.
- Seorang ahli dorm( ni A la kan) jumpa sheols & sorang lg rakan utk adu kehilangan dompet. Syak sbb "zara rapat sama dia".
- Pastu sheols bersama 3 org lg, buat spot check kat beg & locker zara.
- nmpk seorang rakan jumpa pin dlm beg & seluar hitam arwah.
- pd ptg 15/7 (pukul 4) , saksi dgr citer yg kad telefon milik rakan sekelas zara, pernah dijumpai kat tmpt arwah.
- Pelajar yg bercerita psl kad telefon tu adalah org yg sama jumpa 2 pin bendera.
- tahu amalan barcode di kalangan pelajar sejak awal 2025. Bila di tanya ada yg jawab , cuma "barcode ja ba ni"
- Nmpk senior tegur Zara supaya lebih hormati ibu , slps lihat arwah tulis sesuatu di kertas.
Saksi Knk2 ke-19
- rakan sekelas dan tinggal di blok & aras yg sama.
- zara pnh catat nama saksi sbb tak solat
- cam zara selalu menulis dalam diari hijau "Love & peace" kat sekolah
- 15/7 saksi ada kat dorm snd. Tak tahu zara dipanggil senior pd mlm tu.
- Pada 8 July , lebih kurang pukul 4.00 ptg , saksi & kwan minum ptg di dewan. Then saksi pergi ke tandas , tinggalkan beg sekolah bersama jagaan rakan.
- lps keluar tandas , saksi nmpk beg dlm keadaan tak terjaga. Pin bendera juga hilang. Saksi bertanya kt rakan tp rakan juga tak nmpk apa2.
- 10 mlm hari yg sama , saksi report badar psl pin. Boleh cam pin sbb ada tulis nama & kelas pd pin tersebut.
- Pin bendera hilang tak pnh dijumpai.
- Sahkan pin yg dikemukakan ke mahkamah harini adalah miliknya sbb tertulis nama sheols.
source : https://www.facebook.com/photo/?fbid=4019045265092463&set=pcb.4019045395092450
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tangisan Zara Qairina 'Aku nda curi bah' jadi detik terakhir diingati rakan sebilik
22 Oktober 2025 07:39pm

KOTA KINABALU - Tangisan Zara Qairina Mahathir sambil menjerit "Aku nda curi bah” pada malam sebelum mangsa ditemukan meninggal dunia, menjadi detik terakhir yang diingati rakan sebiliknya.
Keterangan itu diberikan saksi kanak-kanak ke-18, yang belajar serta tinggal sebilik dengan Zara Qairina di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, pada hari ke-26 prosiding inkues di Mahkamah Koroner di sini pada Rabu.
Berkongsi keterangan saksi itu, peguam Mohd Syarulnizam Mohd Salleh yang mewakili ibu kepada Zara Qairina berkata, saksi memaklumkan bahawa pada malam sebelum kejadian (15 Julai), beliau terdengar suara pelajar dari arah depan dorm memanggil Zara Qairina untuk datang ke bilik dorm sebelah berjumpa dengan pelajar senior.
Beliau berkata, pada ketika itu, Zara Qairina dilihat sedang menulis sesuatu di hadapan lokar miliknya sebelum bangun dan menuju ke bilik berkenaan.
"Apabila Zara kembali ke biliknya sekitar jam 11 malam, saksi berkata, arwah terus baring di lantai sambil menangis, sebelum menjerit perkataan itu.
"Sebelum saksi tidur, dia masih melihat Zara di lantai. Semua ahli dorm ada di dalam bilik dan mereka ada mendengar Zara berkata demikian. Tidak ada ahli dorm yang cuba menenangkan atau memujuk Zara semasa Zara menangis di dorm.
"Ketika itu, lampu bilik dorm sudah tutup. Zara tidak menggunakan bantal ketika dia baring atas lantai. Zara baring di atas tangan beliau dan menghadap sebelah kiri bawah katil. Saksi berkata itu merupakan kali pertama dia melihat Zara menangis dan menjerit di dalam dorm,” kata Mohd Syarulnizam ketika berkongsi keterangan saksi kepada pemberita selepas prosiding.
Mahkamah turut dimaklumkan bahawa pada hari sama, berlaku kehilangan dompet di asrama yang mengundang tuduhan terhadap Zara Qairina.
Saksi itu memberitahu, empat rakan sebilik Zara Qairina melakukan pemeriksaan mengejut terhadap loker, beg dan seluar milik Zara Qairina, namun tiada barang hilang ditemui.
Saksi juga memaklumkan tiada guru atau warden terlibat dalam sebarang pemeriksaan atau MA ‘Mesyuarat Aras’ yang dijalankan pelajar senior di asrama.
Sementara itu, peguam Joan Goh yang mewakili seorang kanak-kanak dalam kes buli Zara Qairina berkata, saksi kanak-kanak ke-19 yang merupakan rakan sekelas mangsa menggambarkan Zara Qairina sebagai seorang pelajar yang ceria di dalam kelas.
Saksi turut memberitahu mahkamah bahawa Zara Qairina sering menulis di dalam diari berkulit hijau bertulis Love and Peace, namun beliau sendiri tidak pernah membaca kandungannya.
Beliau berkata, saksi juga memberi keterangan bahawa dia pernah kehilangan pin bendera Malaysia yang disimpan pada beg sekolahnya pada 8 Julai.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, di sini pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi, 16 Julai.
Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung Khamis. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
AMARAN: POSTING INI DITUJUKAN KEPADA DIRI SAYA SENDIRI SEBAGAI PERINGATAN AGAR TIDAK MUDAH DITIPU DAN DIPERDAYA!!!! SESIAPA YANG TERASA ATAU MERASAKAN POSTING INI MENUSUK KALBU MEREKA KERANA TERASA PERNAH DITIPU ATAU DIPERDAYA, SILA INGAT IANYA TIDAK DITUJUKAN PADA ANDA.
NOTA: Saya telah ubah cara penulisan saya kerana ada manusia yang perasan suci kata saya tidak tahu mengeja dan tidak melambangkan peguam sebenar. Menurut manusia suci tersebut, peguam sebenar tidak pakai short form dan tidak akan guna 'sy' sebagai 'saya' dan tidak akan guna '2' dalam penggandaan perkataan atau ayat. Jika ada kesilapan di mana saya tertaip 'sy', itu adalah habit dalam FB semata-mata. Beritahu saya, saya amend nanti. Jadi, saya ubah la untuk puaskan tekak beliau yang juga penyokong tegar kepada peguam pink.
Posting saya:
Kenapa saya mesti membenarkan diri saya ditipu dan terpedaya dengan mudah? Sudah semestinya saya akan sedaya upaya mengelak dari itu semua. Bagi saya, jika saya telah ditipu dan diperdaya, jangan salahkan orang lain. Saya akan salahkan diri saya sendiri kerana tidak menggunakan akal fikiran anugerah tuhan. Saya tahu saya boleh buat laporan polis atau saman mereka yang melakukan kesalahan tetapi sebaiknya saya elakkan dari menjadi mangsa mereka.
Apabila saya mengelak untuk ditipu dan diperdaya, maka, saya sering dilihat sebagai seorang yang selalu berhaluan kiri oleh orang ramai especially oleh penduduk-penduduk di tanah FB ini. Akan tetapi, Allah lebih berkuasa dari manusia.
Berkaitan kes viral yang ramai orang menderma (termasuklah orang-orang yang merungut kata RM100 wang pemberian kerajaan madani sikit sangat), banyak perkara telah terbongkar atas kuasa dan kehendak Allah dan bukan atas kuasa atau kehendak saya. Saya hanya boleh berdoa tetapi segalanya atas kuasa dan kehendak Allah.
̲̲????̲????̲????̲????̲????̲????̲????:
Orang yang mula-mula viralkan kes tersebut yang pada awalnya banyak membuat posting-posting di FB menceritakan kisah yang konon-kononnya berlaku sedangkan dirinya tiada di tempat kejadian, sekadar membuat andaian itu ini, menyalahkan orang sana sini dan dalam masa menaikkan kemarahan rakyat pada PDRM, guru-guru dan para pelajar sekolah yang terlibat dan individu-individu yang cuba menerangkan isu-isu berbangkit dari sudut undang-undang dan medical, kini telah menjadikan akaun FBnya private. Dilockednya akaun FBnya. Kenapa?
Dari awal lagi saya perhatikan orang tersebut melalui posting-postingnya. Walaupun saya ada syak, tetapi saya pendamkan dahulu kerana saya tidak mengenalinya atau tidak pernah berhubung dengannya.
-Adakah orang tersebut genuine?
-Adakah scammer juga?
-Adakah orang tersebut mempunyai motif lain?
-Adakah orang tersebut telah menulis dengan jujur atau mahu mengambil kesempatan untuk memviralkan kes tersebut atas tujuan peribadi atau mempunyai kepentingan bersama yang tersembunyi?
Banyak lagi persoalan yang timbul di kotak pemikiran saya sebagai seorang peguam jenayah yang banyak berjumpa dengan para pesalah jenayah. Apabila sudah 24 tahun menjadi peguam jenayah, maka, saya menjadi seorang yang berhati-hati dan sentiasa ada syak serta tidak akan dengan mudah percaya sesiapa pun.
Selepas bercakap dengannya melalui telefon, saya sudah dapat rasakan ada sesuatu yang tidak benar keluar dari mulutnya. Saya dapat rasakan ada benih-benih fitnah yang ditaburkan. Maka, sebab itu saya siasat sendiri dengan menghubungi pegawai penyiasat.
Ditakdirkan Allah, saya juga dihubungi sendiri oleh kakak tiri mangsa, ayah kandungnya, keluarga suspek dan keluarga saksi-saksi kejadian. Saya tidak mencari mereka tetapi mereka yang cari dan hubungi saya. Dalam masa sama, saya berhati-hati dengan mereka terutama sekali dengan waris-waris mangsa tersebut kerana saya percaya perangkap itu wujud. Salah saya? Mestilah tidak.
Maka, saya dapat keseluruhan gambaran sebenar dan saya beritahu diri saya sudah tiba masanya saya diam, tidak perlu lagi post apa-apa pasal kes yang tiada kaitan dengan saya (hari ini saya telah langgar dan buat posting ini pula), tidak perlu ajar orang lain tentang undang-undang kerana mereka bukan berminat pun kerana mereka lebih suka pada fitnah, spekulasi dan hearsay dan biarkan sahaja orang ramai sibuk membincangkan tentang kes tersebut. Tambahan pula, kes sudah berada di mahkamah dan saya hanya perlu tunggu keputusan mahkamah. Dari situ saya boleh tahu keterangan siapa yang diterima oleh mahkamah.
Siapa yang menipu, siapa yang benar, biar mahkamah lihat sendiri. Saya akan simpan pendapat saya rapat-rapat dalam diri saya kerana saya tidak perlu kongsi dengan sesiapa. Cukup dengan bersyukur kerana orang-orang yang terlibat telah menghubungi saya dan menceritakan kejadian dari sudut masing-masing.
Maka, apabila locked dan privatekan akaun, sudah tentu ianya menjadi tanda tanya pada saya dan menimbulkan keraguan yang munasabah. Tidak salah untuk saya merasakan sebegitu kerana sebelum ini orang tersebut begitu bersungguh-sungguh dengan kes tersebut sehinggakan ada waris mangsa yang juga warisnya (sepertimana dakwaannya) dan individu lain yang memfitnah saya konon-konon sy berhaluan kiri dan tidak menyokong mereka dan kes tersebut kerana saya frust tidak dapat menjadi peguam mereka. Saya katakan fitnah kerana saya adalah peguam semenanjung dan mustahil untuk saya teringin atau mahu atau terkinja-kinja mahu mewakili mereka kerana saya tidak mempunyai PC untuk beramal di sana. Jikapun saya mahu, sepertimana fitnah mereka, saya wajib dapatkan kelulusan mahkamah sana. Kegilaan memfitnah saya sampai lupa fakta dan undang-undang sebenar.
Tujuan sebenar saya menghubungi beliau benar-benar ikhlas mahu memperkenalkan peguam Hamid Ismail (kini YA Hakim Mahkamah Tinggi yang juga merupakan sahabat saya semasa di UIA). Saya tidak sangka mereka sudahpun melantik beliau ketika saya hubungi. Saya ada menyimpan screenshot perbualan di WhatsApp antara saya dengan orang tersebut dan antara saya dengan YA Hamid. Jadi, tidak perlu fitnah jika tidak tahu kebenaran.
Apa pun, tindakan orang tersebut telah mengundang banyak tanda tanya. Jika takut dikenakan tindakan menghina mahkamah, tak perlu locked account. Boleh sahaja post perkara-perkara lain seperti resipi memasak, berkebun, cara jaga anak, cara hentikan buli, cara terbaik fitnah orang lain dan macam2 lagi.
Apa yang pasti, Allah tunjukkan inilah yang berlaku dan saya percaya Allah mahu saya sedar tindakan saya tidak melibatkan diri dengan mempercayai kata-katanya adalah betul. Orang lain saya tidak peduli dan tidak mahu ambil tahu. Saya hanya perlu jaga diri saya sendiri.
̲????̲????̲????̲????̲????:
Orang yang menyakinkan ramai orang bahawa dirinya adalah pejuang kebenaran kes tersebut rupa-rupanya adalah seorang scammer sehingga sanggup mengaku pernah menjadi seorang peguam. Berduyun-duyun orang termasuk golongan professional mempercayainya sambil memaki hamun pula peguam-peguam yang berdaftar di Majlis Peguam dan ada PC. Suatu kegilaan yang real.
̲????̲????̲????̲????̲????̲????:
Orang yang ramai percaya dan hormati kerana satu kes viral suatu ketika dulu serta pernah screenshot posting saya yang saya lihat secara indirectly membuatkan ramai orang mengutuk dan memaki saya secara berjemaah sedangkan mereka tidak faham maksud sebenar posting saya kerana telah diputarbelitkan, kini saya lihat makan kawan sendiri.
Bagaimana orang sebegini yang dianggap terhormat oleh orang ramai boleh memfitnah orang lain sesuka hati? Apakan daya, itulah idola ramai rakyat Malaysia.
Adakah untuk menjadi seorang idola, mesti pandai memfitnah?
Hakikatnya, masih ramai menyokong dan kemudian menyalahkan pula orang yang terang-terang telah difitnah.
Saya jadi hairan tetapi itulah realiti.
̲????̲????̲????̲????̲????̲????̲????:
Saya menunggu Allah menunjukkan kebenaran terhadap 2 orang lagi.
- Yang penting, berapa jumlah kutipan derma orang ramai? Saya personally tidak jumpa sebarang makluman berkaitan hal ini.
- Berapa jumlah derma yang telah digunakan dan bagaimana ianya digunakan? Ini juga personally saya tidak jumpa sebarang makluman.
- Adakah ianya digunakan 100% untuk kes atau digunakan juga atas tujuan lain?
- Adakah derma untuk kes boleh digunakan untuk derma ke jalan lain atau derma bagi tujuan lain selain kes semata-mata? Mengikut undang-undang, itu adalah salah kerana tersasar dari tujuan dan makluman asal yang disebarkan kepada masyarakat.
- Adakah terdapat sharing di antara 2 manusia tersebut terhadap hasil kutipan derma?
Persoalan-persoalan di atas adalah wajar kerana tiada transparency dibuat kepada public. Tidak salah juga untuk saya memikirkan persoalan-persoalan tersebut sebagai peguam jenayah yang sudah selalu sangat berjumpa dengan kes-kes penipuan kutipan derma atas kepentingan diri sendiri dengan menggunakan simpati orang ramai.
̲????̲????̲????̲????̲????̲????:
Dalam masa sama, saya menunggu 2 orang saksi penting memberikan keterangan dalam kes tersebut. Adakah mereka berani untuk memberitahu dunia wajah dan diri sebenar salah seorang yang saya nantikan Allah tunjukkan kebenaran tentang dirinya (orang yang sama dalam item 4).
Secara umum, dalam mana-mana kes jenayah, saksi-saksi yang ingat pada akhirat dan tidak mahu dipersalahkan oleh mana-mana mangsa di akhirat kelak, saya percaya mereka akan berani tampil untuk menjadi saksi dan memberi keterangan. Jika mana-mana saksi tidak merasa bersalah dan tidak risaukan akhirat, mereka akan tutup rapat-rapat kebenaran disebaliknya.
̲????̲????̲????̲????̲????̲????̲????̲????̲????̲????:
Apa pun, Allah lah yang Maha Mengetahui. Allah jugalah yang berkuasa membuka mata manusia. Hidayah itu milik Allah. Hanya Allah mampu membuatkan manusia sedar samada mereka mahu diri sendiri terpedaya atau mahu diri sendiri bijak dan melindungi diri dari terpedaya dengan mudah.
Dunia akhir zaman. Penipuan, fitnah dan caki maki sudah menjadi santapan harian walaupun bagi orang-orang yang merasakan diri mereka beriman dan beramal soleh.
PS: Saya menyimpan semua screenshot mesej-mesej dari kakak tiri mangsa, ayah kandung mangsa, keluarga suspek, keluarga saksi-saksi kejadian, orang yang locked FB, ibu mangsa, pegawai penyiasat dan individu-individu lain. Maka, saya menulis dari pengetahuan dan bukti yang saya ada.
Sekian. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
She-Ra replied at 22-10-2025 09:03 PM
Bukan takat hilang komen tu, pakej sekali kena block. Asal ada je komen tak kena dgn selera dia, w ...
Mmg kaki block sama dgn CF tu,and kawan dia yg bankrup tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
saksi ramai nampak zara kt toilet
zara siap sua muka tgk siapa yg masuk toilet
ushar line aku tk rasa dia tkut org bantai dia
mgkn stress teruk kena maki gaduh semua tu
astu saksi ckp senior perli mulut dia pn boleh tahan
aku puas hati prosiding hari ni
jelas ...mmg gaya girl2 pnya perangai
semua cerita suka jeling la itu la ini la
mati kutu nitezen nk fitnah lg
sampai ler ni tadak isu touch! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 23-10-2025 07:12 PM
AMARAN: POSTING INI DITUJUKAN KEPADA DIRI SAYA SENDIRI SEBAGAI PERINGATAN AGAR TIDAK MUDAH DITIPU D ...
makck arwah masuk komen doc tu ...elokla perli halus kihkih kena jugak dia..tp dia pn ckp dia ade bukti dgn lawyer nk ckp lawyer tu cam nk duit ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Skk21 ckp zara pnh mengadu pelajar lelaki form 3 ada ganggu. Satu hari deyols terserempak dgn pelajar tu & heols panggil zara. Zara minta saksi tolong & saksi pun pergi jumpa (pelajar lelaki tu ) & ckp jgn gedik dgn form 1 , ko pun dh ada gf. Minggu dpn saksi ni akan sambung keterangan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
borrow replied at 23-10-2025 08:30 PM
Hari ni saksi kanak2 ke-20 & 21. Byk juga yg skk20 tu citer , kejadian tandas , senior sindir zara ...
Ai tertarik dgn post ni,ye ke setajah tu peguam?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Inkues Zara Qairina: 'Zara terjun dari aras 2, banyak darah di lantai' - Saksi
Oleh Izwan Abdullah - Oktober 23, 2025 @ 9:43pm

KOTA KINABALU: "Zara terjun dari aras dua, banyak darah dia dekat lantai aras paling bawah,". Seorang saksi memberitahu Mahkamah Koroner hari ini mengenai perkara berkenaan yang didengarnya daripada rakan sebilik pada awal pagi 16 Julai lalu.
Saksi kanak-kanak ke-20 inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir itu memberitahu mahkamah, ketika mendengar perkara itu, dia baru bangun tidur kira-kira jam 4.30 pagi.
Menceritakan semula keterangan saksi, peguam Joan Goh berkata saksi menjelaskan bahawa dia tidak percaya arwah Zara Qairina sanggup berbuat demikian.
"Pada pagi 16 Julai 2025, lebih kurang jam 4.30 pagi, semasa saksi baru bangun tidur, seorang 'dormmate' saksi berbisik kepadanya, 'Zara terjun dari aras dua, banyak darah dia dekat lantai aras paling bawah'.
"Saksi menyatakan dia tidak percaya dan merasa tidak mungkin Zara sanggup buat begitu. Apabila saksi keluar dari 'dorm' ramai pelajar berdiri di kawasan koridor aras tiga, tapi saksi terus pergi mandi.
"Selesai mandi, saksi dapati 'dormmate' saksi masih lagi berada di dalam dorm dan bertanya balik apa yang dia cakap tadi kepada saksi. Kemudian, dia beritahu sekali lagi kepada saksi yang Zara sudah terjun dari aras dua ke aras paling bawah.
"Saksi masih tidak percaya, lalu menjenguk ke aras bawah dan dapat melihat kesan darah di tepi longkang. Dalam fikiran saksi, dia terfikir adakah Zara terjun dari aras dua ataupun dari aras tiga.
"Selepas itu saksi terus ke surau untuk sembahyang subuh," katanya selepas selesai prosiding, hari ini.
Terdahulu, katanya, saksi menceritakan mengenai arwah Zara yang dilihat berada dalam tandas ketika saksi bersama dua kawannya pergi ke tandas aras tiga untuk mengisi air dalam gelen (bekas air) pada kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Saksi katanya, memberitahu mahkamah, ketika itu ada seseorang berada dalam tandas nombor satu dan orang itu ialah arwah Zara seperti yang dimaklumkan oleh kawannya.
"Mereka bertiga menunggu Zara keluar dari tandas nombor satu, tapi Zara tidak keluar-keluar dan mereka hanya mendiamkan diri saja dan meneruskan mengisi air di dalam gelen. Mereka tidak tahu mengapa Zara berkurung di tandas pada masa itu.
"Semasa mengisi air dalam gelen, saksi menyatakan dia menghadap cermin tandas dan terkejut nampak dari cermin ada tangan dan sebahagian kepala serta muka Zara di atas dinding kiri bilik tandas nombor satu, seolah-olah sedang memerhati siapa yang ada dalam tandas.
"Saksi terus berlari keluar mendapatkan dua orang kawan saksi yang sedang berada di koridor tandas dan terus sambung bersembang dengan mereka, tapi tidak masuk lagi ke dalam tandas," katanya.
Selepas itu, katanya, saksi memberitahu mahkamah pada kira-kira jam 12.50 tengah malam, mereka bertiga pergi ke bilik rakan mereka untuk membangunkan ketua bilik dan memberitahu bahawa Zara berkurung dalam tandas.
Katanya, mereka juga membangunkan rakan sebilik yang lain untuk menemankannya masuk semula ke dalam tandas kerana mereka risau dan takut dengan keadaan Zara yang tidak keluar-keluar dari tandas.
"Tapi, saksi menyatakan rakan sebilik yang lain hanya mendiamkan diri dan tidur. Selepas itu, saksi balik ke dorm dan terus masuk tidur manakala dua rakannya bersembang di hadapan pintu bilik, sebelum masuk ke bilik masing-masing pada jam 1 pagi," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
borrow replied at 24-10-2025 08:38 AM
Tak tau . Ai pun tak kenal setajah ni. Search post sheols jumpa ni ,
saya hanya lulusan undang-un ...
so dia bkn lawyer yg practise cuma tau law |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
abang ni lagi dasyat dialah doc dia la lawyer dia lah pilot dialah jual durian...
dia la abang jamu dn terpaling j4z
legit ke |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Complicated sangat life anak-anak zaman sekarang. Tu je i dapat simpulkan. Macam susah sangat nak berkawan dengan elok. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
baru aku tahu sekolah ni sekolah campur
ingat sekolah perempuan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sama..igtkan sekolah ppuan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|