CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Esmiria

Fasha Sandha: Tidak akan kembali ke ex family mertua

[Copy link]
Post time 7-4-2016 04:04 PM | Show all posts
kakasotong replied at 7-4-2016 12:57 PM
Meols bukannya apa, meols xleh tahan tengok kebodohan some of forumers kat sini. Makin weols layan ...

Betul3..dah terbentang FAKTA depan mata diorg, diorg masih menafikan..mmg tak faham kan..
ada pepatah yg iols ingat..sesuai la kot..
Pandainya tak boleh diikut..jahilnya diorg tak boleh diajar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Well dulu masa serumah dgn FS xde plak kena denggi. Maybe FS pandai uruskan rumah, so xde lah tempat2 yg boleh membiakkan nyamuk...sila hadam sendiri ayat seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 05:04 PM | Show all posts
thyme2 replied at 7-4-2016 04:23 PM
Well dulu masa serumah dgn FS xde plak kena denggi. Maybe FS pandai uruskan rumah, so xde lah tempat ...

nok...kelak ada haters tuduh ko wat fitnah umah PS byk nyamuk aedes plak nok...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 7-4-2016 05:04 PM
nok...kelak ada haters tuduh ko wat fitnah umah PS byk nyamuk aedes plak nok...

Helo chuols. Umah org prominent mana ada nyamuk Aedes. We are prominent people katanya
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 05:22 PM | Show all posts
SELEPAS diceraikan oleh Jejai atau Rizal Ashram Ramli, 39, pada 20 Januari lalu, ramai risau jika pelakon Fasha Sandha, 32, tidak dapat menghadapi dugaan itu. Rupa-rupanya Fasha bukanlah wanita lemah seperti yang disangka, sebaliknya, dia menjadikan perceraian itu sebagai permulaan untuknya meneruskan kehidupan bersama dua orang cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, dua tahun sembilan bulan dan Putri Raysha Jemyma, setahun lima bulan.

                  
Malah, ada pula yang berpendapat, pasangan itu akan kembali menjalin hubungan sebagai suami isteri, apabila Jejai memuat naik ucapan selamat ulang tahun kepada Fasha Sandha pada 28 Mac lalu di Instagramnya. Ramai yang berpendapat itu tanda-tanda ke arah penyatuan semula. Lagipun Fasha turut memuat naik semula ucapan bekas suami di Instagram miliknya.
Siapa sangka, ucapan Jejai kepada Fasha mendapat like yang paling banyak di Instagram Jejai dan begitu juga tatkala pelakon itu melakukan perkara yang sama di Instagramnya, lebih 30,000 orang telah like.
Dalam kalangan peminat, ramai yang mahu melihat artis kesayangan mereka itu bersatu semula dengan bekas suami kerana kedua-dua mereka masih lagi dalam tempoh idah.
Tatkala soalan itu ditanya kepada Nur Fasha Sandha Hassan, yang ditemui sewaktu pelantikannya sebagai duta minyak Wangi Fasha Sandha by D’Haja, baru-baru ini, dengan berhemah dia menjawab.

Hits: Apabila bekas suami ucap selamat ulang tahun ke-32 pada Fasha, apa yang dirasa?
Fasha: Saya sebenarnya terkejut dengan ucapan yang diberikan dan ucapan itu juga mendapat like paling tinggi di dalam Instagram dia. Bila saya muat naik semula ucapannya di Instagram sendiri, tak sangka boleh mendapat like lebih 30,000.
Saya yakin peminat mendoakan yang terbaik untuk kami tetapi saya lebih anggap sebagai sekadar ucapan sahaja untuk selamat hari lahir saya, tidak lebih daripada itu.
Adakah ucapan itu tanda-tanda untuk Fasha dan Jejai berbaik semula?
Saya lebih nampak itu sebagai satu penghargaan daripada Jejai, saya anggap dia menghargai saya sebagai ibu kepada anak-anak dia. Saya tidak anggap itu untuk kami merujuk semula. Pada saya keadaan sekarang ini lebih baik dan tenang.

Kenapa Fasha memuat naik semula ucapan Jejai? Untuk apa?
Sebenarnya bukan ucapan dia sahaja yang saya memuat naik tapi rakan-rakan lain juga. Mana-mana ucapan yang saya nampak ‘cantik’ dan menarik, saya muat naik. Paling seronoknya, tahun ini sempena ulang tahun, saya dapat sembilan biji kek.

Selepas bercerai, ada Jejai hubungi Fasha?
Adalah sesekali dia telefon, lagipun dia masih lagi papa untuk anak-anak saya.

Hubungan Fasha dan Jejai masih baik?
Kami baik atas dasar dia adalah ayah kepada anak-anak saya. Lagipun perpisahan kami pun bukan kerana kami, bukan kerana dia atau saya tetapi kerana pihak lain dan keadaan.

Ada tak Jejai menyuarakan hasrat untuk kembali berbaik?
Benda itu terlalu peribadi untuk saya berkongsi.
(Haters jgn nak fitnah citer lain!)

Sebelum ni Fasha ada cakap, kalau nak kahwin kena ada restu? Kenapa berkata demikian selepas mendirikan rumah tangga selama empat tahun dan ada dua orang anak?
Oleh kerana saya tidak pernah ada pengalaman berkahwin, jadi sebelum berkahwin saya fikir sebagai suami isteri, kita boleh meneruskan kelangsungan hidup, tetapi sebenarnya, tidak. Selepas melalui alam rumah tangga barulah saya sedar bahawa perlu restu, sebab tanpa restu akan berlakulah pelbagai dugaan di tengah jalan apabila melibatkan keluarga.

Hubungan dengan bekas mentua macam mana?
Tidak tahu, tidak berhubung. Saya ada sebab sendiri yang tidak perlu saya kongsi dengan orang ramai. Ada sebab saya tidak berhubung.

Anak-anak pula macam mana?
Saya mendapat hak penjagaan sepenuhnya terhadap anak-anak.

Imbas semula, kenapa masa dalam mahkamah menangis?
Saya menangis kerana terkejut dengan situasi yang berlaku, terkejut melihat ramai wartawan yang menunggu di bawah terasa macam konsert pula. Pada hal kita tidak bagi tahu sesiapa pun tapi biasalah wartawan kan boleh hidu. Waktu saya diajukan beberapa soalan dan masa itu rasa sebak. Saya juga rasa sebak sebab itulah pertama kali saya melihat bekas suami menangis. Sepanjang saya berhubungan dengan dia selama 11 tahun itulah kali pertama saya melihat dia mengalirkan air mata tak henti-henti.

Masih sayang tak?
Itu terlalu peribadi untuk saya jawab, takut disalahertikan kalau saya jawab soalan itu. Maaf.


Anak-anak bila tidak bersama ayah, macam mana mereka?
Sekarang mereka tidak faham situasi tersebut (perceraian) sebab masih kecil lagi. Mereka gembira macam tak ada apa-apa yang berlaku. Lagipun mereka memang rapat dengan saya.

Sebagai ibu tunggal yang baru, bagaimana nak urus anak-anak dan kerjaya?
Insya-Allah boleh. Cuma sekarang ini jadual saya sangat padat, di mana saya menjalani penggambaran tanpa henti. Sebelum ini saya berlakon drama Tentang Hati, 26 episod untuk RTM, lepas tu 18 episod untuk TV3, tayangan Ramadan nanti, lepas tu saya akan jalani penggambaran drama bersiri panjang, Laloba, 120 episod untuk Astro.

Rezeki selepas bercerai?
Saya pun tak tahu, saya sendiri tertanya kenapa lepas bercerai tiba-tiba tawaran berlakon datang sampai bertindih dan terpaksa tolak beberapa tawaran. Tapi saya anggap itu sebagai satu berkat dan perancangan Allah, mungkin untuk anak-anak.

Jejai ada datang melawat anak-anak, atau Fasha yang bawa mereka bertemu dengan bekas suami?
Ada situasi, dia datang jumpa anak dan bawa mereka berjalan-jalan. Kadang-kadang kita berjumpa di luar tapi saya yang menetapkan berapa kali dia boleh jumpa. Saya tidak letakkan had tapi ikut kesesuaian saya punya masa. Tapi hak penjagaan pada saya dan belum boleh bermalam dengan Jejai.

Ada tak rasa serik dengan perkahwinan?
Serik tu tak, sebab saya bersyukur kerana dapat anak dua orang. Itulah harta yang saya cari 10 tahun dulu. Saya selalu impikan untuk jadi mak, jadi saya tidak serik dengan perkahwinan tersebut. Jadi saya belajar sesuatu yang tinggi nilainya iaitu apabila berkahwin perlu mendapat restu. Itu yang saya belajar daripada perkahwinan saya sendiri.

Lama tak Fasha bersedih?
Beberapa hari sahaja kerana saya terkejut dengan keadaan itu, mungkin tiga empat hari sahaja. Selepas itu saya sibuk di lokasi penggambaran. Saya seronok sebab di lokasi pun orang tidak tanya. Mereka buat macam biasa saja.

Bila ramai dah tahu yang Fasha single, tentu ada yang mula mengintai hati Fasha. Sudah bersediakah untuk terima orang baharu?
Tiada komen. Maaf, sebab kalau komen nanti jadi lain.

Sekarang semakin langsing, ada apa-apa sebab?
Kurus sebab buat Muay Thai sejak dua bulan lalu, untuk keluarkan peluh. Sambil belajar, kita tumbuk orang. Mana tahu kalau ada watak yang memerlukan aksi lagak ngeri, saya boleh buat sendiri. Saya ada lagi 3.8 kilogram (kg) untuk turun mendapatkan berat sebelum bersalin kira-kira 50 - 55 kg. Kalau masih isteri orang pun saya nak kurus juga, bukan sebab saya sudah solo.

Bila waktu lapang, apa yang Fasha selalu buat dengan anak-anak?
Selalunya kami pergi tengok wayang atau jalan-jalan naik LRT sebab Rayfal suka kartun Choo Choo Train atau lepak di rumah.

Bagaimana pula persepsi masyarakat terhadap Fasha?
Alhamdulillah, masyarakat lebih terbuka dan mereka sentiasa memberi semangat supaya terus kuat meneruskan kehidupan. Saya hanya menjaga disiplin kerana untuk kekal dalam industri ini adalah disiplin. Sebab itulah bila mereka tahu saya kembali single, mereka tawar drama beratus episod.

Tak mimpi jadi duta
Sebelum bersetuju menjadi duta untuk D’Haja, Fasha Sandha memberitahu, dia pernah mendapat beberapa tawaran untuk menjadi model minyak wangi.Bagaimanapun dia tidak berminat untuk menerima tawaran tersebut kerana tidak pernah menyimpan impian untuk menjadi model minyak wangi.
Namun, semuanya berubah apabila pengasas D’Haja, Ija Ahmad menawarkan dia untuk menjadi model selama setahun, Fasha tidak menolak.
“Entahlah bila kak Ija tanya dan kata nak jadikan saya model untuk minyak wangi keluaran D’Haja, saya tidak terus kata okey. Saya kata padanya, saya suka bauan yang lembut kerana selama ini saya pakai Miracle Lancome. Dia kata minyak wangi yang dihasilkan memang sesuai dengan saya dan bila diberi, ternyata bauannya menepati cita rasa saya.
“Minyak Wangi Fasha Sandha by D’Haja ni boleh dibawa solat, itu yang buatkan saya teruja dan ia boleh dipakai oleh semua peringkat usia. Harganya tidak mahal, RM37 sebotol. Bauannya tahan sampai 12 jam. Memang berbaloi kalau memilikinya,” katanya yang turut terlibat dalam proses pembikinan minyak wangi berkenaan.
Jelas Fasha, untuk permulaan, sebanyak 20,000 botol telah ditempah oleh para stokis dan sebagai duta untuk jenama tersebut, dia bersedia untuk melakukan promosi bila-bila masa.
Antara sebab lain yang menyebabkan Fasha bersetuju untuk menjadi duta pewangi itu adalah kerana rakan baiknya, Rita Datuk Sosilawati turut mengeluarkan pakaian rekaannya di bawah jenama RTW Rita by D’Haja.

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 05:25 PM | Show all posts
Edited by annabellaruz2 at 8-4-2016 10:26 AM

I like the way Fasha respon kat wartawan nih..

Nasib baik Fasha cuma terkejut BERCERAI..bukan terkejut menjadi mangsa keadaan dan sentiasa dikejutkan oleh sesuatu kejadian..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2016 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
starcity replied at 7-4-2016 05:12 PM
Helo chuols. Umah org prominent mana ada nyamuk Aedes. We are prominent people katanya

Haah la uols nyamuk aedes pn pndai pilih rumah. Rumah prominent people xmasuk, terlalu berdarjat katanya sampai xberani nak hisap darah pepuak prominent ni

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 7-4-2016 05:25 PM
I like the way Fasha respon kat wartawan nih..

Nasib baik Fasha cuma terkejut diceraikan..bukan t ...

Ayat yg uols guna xberapa sesuai

"Nasib baik fasha cuma terkejut DICERAIKAN".

Diceraikan tu khas utk nd jah. Sbb sheols terkejut DICERAIKAN melalui fon.

Yg fasha ni meols rasa sesuai pakai pkataan BERCERAI. Coz memasing amik kata sepakat berpisah kat mahkamah kan. Dlm hal ni fasha xterkejut hokeh sbb masing2 dh amik keputusan demi kebaikan bersama.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 05:38 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 7-4-2016 10:04 AM
nok...kelak ada haters tuduh ko wat fitnah umah PS byk nyamuk aedes plak nok...

ada anak ppuan tp malas tak de makna gak
sik melaram je tau
rumah tak kemas
dapur berlumut











Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 7-4-2016 05:04 PM
nok...kelak ada haters tuduh ko wat fitnah umah PS byk nyamuk aedes plak nok...

Opppsss...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
'Kereta rosak' mmg tempat nyamuk aedes membiak kan..sapa suruh simpan..

Uols know la wat i mean kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Madel replied at 7-4-2016 07:32 PM
'Kereta rosak' mmg tempat nyamuk aedes membiak kan..sapa suruh simpan..

Uols know la wat i mean k ...

Madel, takpun dulu mungki jentik2 je..skrg dh jadi nyamuk aedes betina..keja hisap darah org..hinggap sana, hinggap sini..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
kakasotong replied at 7-4-2016 05:29 PM
Haah la uols nyamuk aedes pn pndai pilih rumah. Rumah prominent people xmasuk, terlalu berdarjat k ...

X sangka ek nyamuk pun berani hisap darah bangsawan prominent nih
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 07:49 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 8-4-2016 07:01 AM
X sangka ek nyamuk pun berani hisap darah bangsawan prominent nih

Mesti tu nyamuk kurang ajar, lupa diri tu yg pergi hisap darah bangsawan prominet tu.

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 10:27 AM | Show all posts
kakasotong replied at 7-4-2016 05:38 PM
Ayat yg uols guna xberapa sesuai

"Nasib baik fasha cuma terkejut DICERAIKAN".

aah betul la..BERCERAI bukan diceraikan..
dah edit dah nok..
thanks
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 10:29 AM | Show all posts
miss_white replied at 7-4-2016 05:38 PM
ada anak ppuan tp malas tak de makna gak
sik melaram je tau
rumah tak kemas

harapkan anak pompuan jer ke nok?
habis maid buat apa?
klu tgk pasa ig prominent ni, rumah mcm x berapa nak kemas..
bersepah barang sana sini ..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2016 11:02 AM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 8-4-2016 10:29 AM
harapkan anak pompuan jer ke nok?
habis maid buat apa?
klu tgk pasa ig prominent ni, rumah mcm x ...

nasiblaa jejai yang kene.. bukan ps.. tu pon Tuhan da warning... rumah bsepah angkara siapa la tu.. sibuk urusan rumahtangga anak menantu.. rumah sendiri tak terjaga..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 11:05 AM | Show all posts
Edited by miss_white at 8-4-2016 04:06 AM
annabellaruz2 replied at 8-4-2016 03:29 AM
harapkan anak pompuan jer ke nok?
habis maid buat apa?
klu tgk pasa ig prominent ni, rumah mcm x ...

maid kemas lps tu dorg buat sepah balik camner
dlm umah tu kalu sumer  pembersih xde lah nmpk barang2 sepah sana sini
dh buat sepah kemas balik lah
dah biasa dok dlm sampah sbb tu tak kisah umah bersepah


umah nenek aku kt kampung lagi bersih
laman dia pun bersih
walaupun pasu  bunga keliling rumah tp bersih

dorg ni kena dok dgn nenek aku belajar cara kemas supaya umah sentiasa bersih
dari dlm rumah smpi ke laman bersih




Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 11:07 AM | Show all posts
LaLA_ replied at 8-4-2016 11:02 AM
nasiblaa jejai yang kene.. bukan ps.. tu pon Tuhan da warning... rumah bsepah angkara siapa la tu. ...



pandai nyamuk pilih mangsa...hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 11:11 AM | Show all posts
miss_white replied at 8-4-2016 11:05 AM
maid kemas lps tu dorg buat sepah balik camner
dlm umah tu kalu sumer  pembersih xde lah nmpk ba ...

haahaha... nok, patut ps kena belajar dengan mak jiran kawan aku punya kawan punya kawan x habis habis.....
lepas memasak walau pun sekadar telur dadar, ko kena lap dapur dari lantai smpi ke dinding hingga ke bumbung tau..hahahahahh
makanan jajan terutama yg bergula haram masuk dalam rumah..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.350759 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list