|
[Tempatan]
KRISIS MB KEDAH:[KEMASKINI}KRONOLOGI DARI AWAL ISU MUKHRIZ PG1
[Copy link]
|
|
Author |
Post time 31-1-2016 09:42 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
sabbath_shalom replied at 31-1-2016 01:38 PM
Tu la sis...elaun S/U mesjid kalau x dah dinaikkan sis...
Kantoi iols orang mesjid
Masa raya zaman khalid lampu raya lagi meriah dari tahun lepas.sad but true
Iols percaya jah uols org sejid hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
antu cun.... kalau nak update tajuk .. Jemaah Pemangku nak interview 19 Adun Kedah yg sign SD esok
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-1-2016 10:24 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
scorpionkiki replied at 31-1-2016 01:58 PM
antu cun.... kalau nak update tajuk .. Jemaah Pemangku nak interview 19 Adun Kedah yg sign SD eso ...
Done temkiu ki cun jap nak cari beritanya tepek |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-1-2016 10:26 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Adun BN Kedah akan jumpa Jemaah Pemangku Sultan
31 Januari 2016
Krisis kedah
ALOR SETAR - Satu pertemuan antara BN dengan Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan diadakan di sini esok, dipercayai berkaitan kemelut politik membabitkan kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.
Beberapa Adun mengesahkan telah dimaklum mengenai pertemuan itu yang dijangka berlangsung di Wisma Darul Aman, 2 petang esok.
Seorang Adun yang enggan namanya dinyatakan berkata, beliau menerima makluman tersebut menerusi WhatsApp tetapi enggan mengulas lanjut.
"Surat tiada, tetapi saya mendapat mesej untuk hadir ke pertemuan itu esok," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Seorang lagi Adun berkata, beliau mendapat mesej mengenai perkara itu dan dihubungi oleh seorang pegawai dari Wisma Darul Aman.
Sementara itu, seorang Adun terlibat mengesahkan akan hadir pertemuan itu, dan difahamkan mereka akan dipanggil mengadap seorang demi seorang.
Suasana politik di Kedah 'panas' sejak kebelakangan ini apabila Mukhriz menerima tekanan daripada Adun dan Ahli Parlimen Umno Kedah, serta pemimpin kanan Umno negeri yang diketuai timbalan pengerusi Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.
Terdapat maklumat bahawa 19 daripada 21 Adun BN - 17 daripada Umno dan dua MCA - telah menandatangani surat akuan menyatakan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.
Jumaat lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Tan Sri Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah, yang juga Tunku Temenggong Kedah, di Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan di ibu negara bagi membincangkan mengenai pertukaran Menteri Besar.
Turut hadir pada pertemuan hampir sejam itu adalah dua lagi anggota jemaah iaitu Tunku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani dan Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Najib dalam sidang media pada hari yang sama selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dilaporkan sebagai berkata beliau telah menyembah maklum beberapa cadangan kepada Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah berhubung kemelut berkenaan. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-1-2016 10:28 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Mukhriz tidak bersama dalam pertemuan esok
MOHD ISKANDAR OTHMAN31 Januari 2016
Mukhriz tidak bersama dalam pertemuan esok
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersalaman dengan penyokongnya setibanya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar malam ini. - Foto Bernama
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak akan bersama dalam sesi pertemuan Adun BN dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah esok.
Mukhriz berkata, walaupun beliau akan ke Wisma Darul Aman namun tidak akan bersama dalan sesi khas berkenaan yang dijadualkan akan berlangsung pada jam 2 petang itu.
"Pertemuan berkenaan bukan dengan saya sebaliknya ia hanya melibatkan Adun-adun BN dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah sahaja.
"Mungkin Jemaah Pemangku Sultan Kedah mahu bertanyakan adakah benar mereka (Adun BN) mempunyai pendirian yang sama seperti pada sidang media pada 20 Januari lalu," katanya ketika ditemui media selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas di sini sebentar tadi.
Terdahulu kira-kira 100 orang penyokong Mukhriz itu menunggu ketibaannya di lapangan terbang berkenaan.
Ketibaan Adun Ayer Hitam itu disambut dengan sorakan dan beberapa kain rentang yang menyokong kepimpinannya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Adun BN Kedah akan jumpa Jemaah Pemangku Sultan]
Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan ada perlantikan menteri besar baharu akan dibuat selepas pertemuan esok, Mukhriz enggan mengulas lanjut. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-1-2016 10:30 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Isu MB: Cawangan ingatkan risiko tindakan 14 ketua bahagian
RAZIATUL HANUM A.RAJAK31 Januari 2016
Isu MB: Cawangan ingatkan risiko tindakan 14 ketua bahagian
SHAH ALAM - Umno Cawangan Taman Bunga Raya, Sungai Petani mengingatkan 14 ketua bahagian dan pimpinan Umno Kedah lain berdepan risiko pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) nanti sekiranya mereka menuntut pertukaran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Ketuanya, Syed Osman Mansor berkata, kalah dalam PRU14 kelak merupakan satu opsyen yang tidak boleh dipandang ringan.
"Rakyat Kedah tetap akan menghukum petualang-petualang yang terlibat secara langsung atau mereka yang sedang bermain di belakang tabir jika Kedah jatuh ke tangan pembangkang akibat daripada permainan politik peribadi atau puak.
"Cawangan ini tetap akan bekerja kuat untuk memenangkan parti dalam PRU14 tetapi (kami) tidak akan bertanggungjawab jika dengan permainan politik keterlaluan, Umno-BN kecundang," katanya dalam satu kenyataan media.
Menurutnya, Umno Cawangan Taman Bunga Raya juga akan mengutuk sekeras-kerasnya pihak yang menjadi penyebab kepada kekalahan parti.
Baru-baru ini, 14 daripada 15 Ketua Umno Bahagian di Kedah yang diketuai Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merayu Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membuat perubahan segera terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah.
Semuanya selepas mereka mengatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz.
Dalam pada itu, Syed Osman mencadangkan agar ketua-ketua bahagian terlibat mengadakan majlis penerangan sebelum membawa ahli-ahli terlibat dan terpalit dengan keputusan yang disifatkannya kurang bijak.
"Keputusan dibuat pada 20 Januari tidak melambang suara akar umbi. Kepimpinan cawangan yang mewakili suara akar umbi perlu dibawa bincang dalam hal-hal yang penting dan kritikal serta yang bersabit dengan dasar yang besar.
"Kemelut politik ini bukan kaedah yang terbaik bagi memperkuatkan Umno-BN sebaliknya ia akan memecahbelahkan perpaduan ahli parti selain menghakis keyakinan rakyat secara total," katanya.
Dalam kenyataan sama, beliau menyifatkan kenyataan yang mendakwa rakyat sudah hilang keyakinan terhadap Mukhriz sebagai pendapat segelintir pemimpin sahaja yang tidak mewakili suara rakyat Kedah secara keseluruhannya.
"Datuk Seri Mukhriz dengan auranya sebagai pemimpin muda yang berkelayakan terbukti menjadi antara penyumbang kepada kejayaan Umno-BN dalam PRU13.
"Selain menjadi ikon golongan muda, beliau juga dilihat sebagai agen penyatuan rakyat terutama di kalangan ahli-ahli Umno dan Pas," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
sekali dua post sama. hauknya coverage berodbend kakak
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm2 konspirasi teori.... Bosan nk tggu ending. Cepat skitla announce MB:zz |
|
|
|
|
|
|
|
sekiranya mukhriz masih mb, sila lah tukar kan penentang2 beliau masuk ke dalam hutan |
|
|
|
|
|
|
|
sultan nk lena pun x senang...
umno diam je x bangkit krisis selangor ke |
|
|
|
|
|
|
|
Kedudukan MB Kedah Diketahui Petang Isnin
http://www.mstar.com.my/berita/b ... kedah-petang-isnin/
Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2016 8:17 AM
ALOR SETAR: Kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sama akan kekal sebagai Menteri Besar Kedah atau sebaliknya dijangka diketahui pada Isnin.
Seramai 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional telah diminta menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah melibatkan dua adinda Sultan Kedah serta anakanda Yang di-Pertuan Agong yang akan memutuskan berhubung perkara itu.
Setiap Adun akan menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Datuk Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan puteri sulung Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Tengku Panglima Besar Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.
Semua wakil rakyat terlibat dijangka menghadap anggota jemaah itu bermula pukul 2 petang di Wisma Darul Aman.
Sumber berkata, sidang media telah diatur selepas pertemuan itu bagi memaklumkan keputusan berkaitan kedudukan Menteri Besar Kedah.
Sumber itu juga memaklumkan, jika Mukhriz disingkirkan, penggantinya akan diumumkan petang Isnin. |
|
|
|
|
|
|
|
di kalangan melayu umno, ramai juga penjilat buah pelir bashah ye...dah lendut2 pun masih mau di jilat nya... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau diorang 14 Bn ni jumpa pemnagku jemaah sultan. katakan semua ckp nak di buang mukriz ini.. tp pemangku jemaah ckp tak nak buang..
apa jadi ye lepas tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-2-2016 09:22 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
politik, kata pemerhati
OLEH MD IZWAN
Published: 1 February 2016 7:01 AM
Sikap mesra rakyat menjadikan sebahagian besar rakyat Kedah senang dengan kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerajui kerajaan negeri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 1 Februari, 2016.
Sikap mesra rakyat menjadikan sebahagian besar rakyat Kedah senang dengan kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerajui kerajaan negeri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 1 Februari, 2016.
Kemelut menteri besar Kedah yang tercetus hampir 2 minggu lalu dan masih berlarutan hingga kini, disifatkan rakyat negeri itu, termasuk pemimpin akar umbi parti, satu cerminan kepada imej Umno sebenar yang tidak akan dapat menerima budaya baharu merentasi fahaman politik.
Datuk Seri Mukhriz Mahathir membuktikan beliau mampu mentadbir negeri tanpa mengira ideologi politik yang berbeza tetapi cara ini tidak dapat diterima pemimpin dalam Umno Kedah, para pemerhati memberitahu The Malaysian Insider.
Dan berbeza dengan pemimpin terdahulu, tidak dapat disangkal lagi, anak negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad itu disenangi segenap lapisan masyarakat tanpa mengira parti dan fahaman politik.
"Saya sendiri lihat bagaimana rakyat Kedah sangat sayangkan beliau (Mukhriz)," kata Mejar Anuar Abdul Hamid, ketua Umno cawangan Jalan Badlishah di utara tanah air itu.
"Semasa program di Sanglang tempoh hari, kita boleh lihat ramai di kalangan pelajar dan tok-tok guru sekolah pondok yang datang," katanya merujuk kepada program Selasa lalu yang diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam bagi menyatakan sokongan kepada Mukhriz.
"Ini pemimpin muda yang sanggup tidur di pondok. Pernah pemimpin terdahulu buat macam ini? Kita tengok sendiri, orang PAS pun senang dengan Mukhriz ini," katanya.
Anuar mengikuti perkembangan dan banyak program Mukhriz sejak kemelut politik di Kedah bermula selepas 14 ketua Umno bahagian mengadakan sidang media pada 20 Januari menyatakan pendirian menolak Mukhriz, yang juga ketua badan perhubungan Umno negeri.
Kemelut politik menteri besar Kedah amat memeranjatkan, kata Anuar, memandangkan Mukhriz bukan seorang yang terpalit dengan skandal atau mempunyai rekod tidak baik sepanjang lebih 2 tahun memerintah negeri.
"Ia amat mengejutkan. Mukhriz seorang pemimpin yang bersih daripada sebarang kontroversi dan skandal," katanya.
Nasib Mukhriz mungkin akan diketahui hari ini susulan pertemuan antara Jemaah Diraja Kedah dan semua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional di Alor Star yang dijangka berlangsung pagi ini.
Sementara itu, bekas setiausaha kerja Umno Kedah, Zahran Abdullah berkata tindakan sekumpulan pihak menentang Mukhriz menunjukkan pemimpin lama parti itu "gila kuasa".
"Pemimpin lama ini sudah lapuk, tetapi mereka masih gila kuasa. Kita nak kesinambungan anak muda, jadi Mukhriz adalah calon terbaik.
"Kita mahu Mukhriz terus mentadbir negeri ini," katanya yang pernah berkhidmat di pejabat Umno negeri sekitar tahun 2010.
Kumpulan anti Mukhriz memberi alasan mahu menyingkirkan menteri besar itu kerana beliau gagal menyatukan parti dan jentera di Kedah, tiada strategi untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang dan terlalu banyak menghabiskan masa di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, majoriti rakyat negeri itu yang ditemui The Malaysian Insider tidak membangkitkan isu tersebut.
"Saya sokong Mukhriz dan sangat sedih dengan apa yang berlaku," kata Aishah Aziz, seorang pekerja di Starbucks Coffee, Aman Sentral.
"Mengapa kumpulan tersebut nak menjatuhkan menteri besar? Bukan masalah besar Mukhriz berada di Kuala Lumpur," katanya.
Sementara itu, Maznah Abdullah, 45, yang berniaga sendiri berkata rakyat senang dengan Mukhriz yang tidak mempunyai skandal atau imej buruk.
"Apa salah Mukhriz? Adakah dia jahat? Setahu saya, dia tidak pernah menimbulkan kontroversi pun," katanya.
Berdepan kemelut ini, hanya Umno yang dilihat bersungguh-sungguh dalam agendanya menukar Mukhriz, namun pemimpin pembangkang negeri itu masih berada di belakang menteri besar.
Salah seorang pemimpin kanan PAS, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar juga menyokong pentadbiran Mukhriz walaupun tidak secara terang-terangan.
"Pilihan yang ada ialah mengekalkan Mukhriz sebagai MB hingga akhir penggal kerana sudah tentu keadaan akan kembali kepada status quo," katanya mengulas kemelut politik yang berlaku di Kedah itu.
Malah, parti pembangkang tidak agresif dalam memberi tekanan kepada Mukhriz untuk mendesaknya berundur.
Sebaliknya, ia hanya menyatakan mereka berpeluang cerah merampas semula Kedah selepas gagal mempertahankannya pada PRU 2013.
"PAS yakin peluang PRU14 berpihak kepada PAS. Krisis menteri besar yang berlaku adalah bonus kepada PAS," kata Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi.
Beliau tidak mempunyai masalah dengan imej agamawan dibawa Mukhriz dan tidak menolak kemungkinan ia faktor menyebabkan Mukhriz senang dirapati rakyat.
Mukhriz, yang dilihat seperti mengambil kesempatan menyerang kembali mereka yang menentangnya, semalam berkata ketua Umno bahagian Kedah yang mengadakan sidang media menuntut penyingkiran beliau itu perlu memohon maaf kepada Sultan dan Jemaah Diraja Kedah.
Katanya, tindakan mereka itu tidak mewakili majoriti ahli Umno mahupun kehendak rakyat Kedah.
Beliau juga berkata, ahli majlis eksekutif yang tidak menghadiri mesyuarat exco Kedah yang dipengerusikannya Rabu lalu, juga perlu memohon maaf kerana gagal menjalankan tugas mereka. – 1 Februari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rakyat-kedah-gembira-dengan-mukhriz-gesa-umno-henti-main-politik-kata-pemer#sthash.lQWnAifR.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-2-2016 09:24 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by GhostWalking at 1-2-2016 01:27 AM
Najib Mahu Adun Kedah Terima MB Baru Diumumkan Hari Ini Menurut Sumber
Published: 1 February 2016 8:53 AM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan menteri besar Kedah baharu bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, hari ini dan berharap semua pihak menerimanya memandangkan ia mendapat perkenan Istana. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Februari, 2016.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan menteri besar Kedah baharu bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, hari ini dan berharap semua pihak menerimanya memandangkan ia mendapat perkenan Istana. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Februari, 2016.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah ditemuinya semalam menerima menteri besar baharu yang bakal diumumkan hari ini bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dedah sumber dalaman Umno Kedah.
Beliau bagaimanapun, menurut sumber itu, tidak mengumumkan nama bakal menteri besar baharu itu tetapi berharap semua Adun yang hadir menerima keputusan yang akan dibuat hari ini.
"Najib memanggil semua Adun bagi mengumumkan sudah pun mendapat perkenan Istana.
"Surat perkenan daripada Sultan Kedah sudah diterima dan Najib juga sudah memaklumkan kepada Jemaah (Diraja) mengenai nama pengganti Mukhriz," kata sumber tersebut.
Najib semalam sekali lagi mengadakan pertemuan dengan 20 Adun Kedah di kediamannya Jalan Duta, Kuala Lumpur, bagi memaklumkan yang beliau sudah mendapat perkenan Sultan dan Jemaah Diraja Kedah untuk menggantikan Mukhriz.
Susulan sidang media yang diadakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah di Alor Star pada 20 Januari lalu, Najib pertama kali bertemu ketua Umno bahagian, wakil rakyat serta exco Kedah di di Kuala Lumpur dua hari selepasnya.
Bashah pada sidang itu mengetuai sekumpulan 14 ketua bahagian Umno menyatakan tidak lagi menyokong Mukhriz dan menggesa Najib campur tangan bagi menyelesaikan kemelut tersebut.
Sebelum ini, spekulasi mengatakan terdapat 3 nama diserahkan untuk pertimbangan pihak Istana tetapi perkara itu tidak didedahkan Najib sendiri.
Media juga membuat laporan berbeza-beza apabila ada yang mengatakan Bashah bakal dilantik menteri besar baharu menggantikan anak bekas perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mengenai pertemuan dengan semua Adun Barisan Nasional Kedah dan Jemaah Diraja di Wisma Darul Aman, Alor Star yaang dijadualkan hari ini, sumber memberitahu ia sekadar formaliti sebelum penukaran menteri besar.
"Pertemuan esok (Isnin) dengan semua Adun sekadar formaliti. Keputusan dan perkenan sudah diterima untuk menukar menteri besar," katanya.
Pertemuan semalam berlangsung selama sejam, dihadiri semua Adun kecuali Mukhriz dan pengikut setianya, Datuk Aminuddin Omar yang juga Adun Jitra.
"Pertemuan berjalan dengan baik dan semua Adun menerima keputusan Najib menggantikan Mukhriz," kata sumber itu.
Majlis angkat sumpah dipercayai akan diadakan sebelum mesyuarat mingguan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) pada Rabu ini.
"Jika majlis angkat sumpah diadakan selepas Rabu, ia mungkin menambah lagi kekecohan dalam pentadbiran kerajaan negeri," sumber itu menjelaskan.
Dalam pertemuan semalam juga, sumber memberitahu, keputusan dicapai supaya 8 exco mengekalkan portfolio masing-masing sementara Aminuddin bakal digugurkan sebagai Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan.
"Salah satu syarat menukar menteri besar adalah exco sedia ada mengekalkan portfolio masing-masing.
"Hanya Aminuddin digugurkan dan nama penggantinya akan diumumkan menteri besar baharu nanti," katanya.
Hari ini, semua Adun akan menghadap 3 ahli Jemaah Diraja, yang terdiri daripada Pengerusinya Tunku Temenggong Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Datuk Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Puteri Sulung Sultan Kedah Tengku Panglima Besar Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.
Kemelut politik Kedah sudah berlarutan hampir 2 minggu selepas sidang media diadakan Bashah itu.
Bagaimanapun, tanda tanya mengenai pengganti Mukhriz masih menjadi misteri apabila Najib tidak mengumumkan nama baharu menteri besar walaupun sudah menghadap Sultan Kedah yang juga Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah pada Rabu lalu, dipercayai bagi membincangkan calonnya. – 1 Februari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-mahu-adun-kedah-terima-mb-baharu-diumum-hari-ini-kata-sumber#sthash.dLZCGRu1.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
smoga krisis ni cepat selesai so everyone can move on. pathetic lama2 pun tak guna jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
nampak macam Najib tidak lah sekuat mana....
|
|
|
|
|
|
|
|
Ahmad bashah dah tersengih sebab konfiden nama dia yg bakal ditabal jadi MB. Sekor2 tak tau malu |
|
|
|
|
|
|
|
najib tu crita lain sebab now orang swiss nak siasat pasal USD$4billion hilang daripada 1MDB plak dah. panjang lagi rasanya kisah najib tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
i meant najib is not that strong if he fail to push bashah as a new MB...that's my point
|
|
|
|
|
|
|
| |
|